Misteri kampung kembar Oleh Nurul Adlina Kamaludin
[email protected]
SEBAHAGIAN daripada 220 pasangan kembar perkampungan Kodinhi bersama keluarga mereka. Fenomena pelik di sebuah kampung kecil di India cetus tanda tanya KAMPUNG anak kembar. Inilah gelaran paling layak bagi sebuah perkampungan di India yang memiliki lebih 220 pasangan kembar pelbagai peringkat umur. Fenomena pelik tetapi satu realiti itu berlaku di perkampungan Kodinhi, di pedalaman Kerala, yang bukan saja mencipta kejutan tersendiri, tetapi turut membingungkan kalangan pegawai perubatan.