Bab 2

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,635
  • Pages: 8
Gabriel Harris Midot 770908135011001 ______________________________________________________________________

BAB 2 KAJIAN KESUSASTERAAN 2.0

Pengenalan

Pada bab ini fokus perbincangan projek yang dicadangkan meliputi kajian, teori, kaedah dan sebagainya akan diperjelaskan dengan lebih mendalam lagi. Aspek-aspek yang akan dimasukkan dalam tinjauan ini ialah berkaitan dengan latar belakang kaedah dan cara pendaftaran Cakera Padat Sains Tahap 1 SK. Batang Ai,Lubok Antu, objektif penubuhannya, sistem manual sedia ada, kelebihan dan kelemahan sistem manual, cadangan sistem pendaftaran Cakera Padat Sains Tahap 1 berkomputer, kelebihan dan kelemahan sistem pendaftaran berkomputer, perbandingan sistem manual dengan cadangan sistem berkomputer. Bagi menguatkan lagi dapatan kajian, maka pengkaji telah melakukan pelbagai kajian. Pelbagai sumber yang digunakan untuk memantapkan lagi projek yang hendak di hasilkan.

2.1 Latar Belakang SK Batang Ai SK Batang Ai adalah salah sebuah sekolah rendah yang terdapat di Daerah Lubok Antu dalam bahagian Sri Aman. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1979. Ia di bina sejajar dengan pembinaan empangan hidro Lubok Antu. Yang mana 6 buah sekolah yang terjejas akibat pembinaan empangan dipindahkan di SK Batang Ai. Ia adalah sebuah sekolah yang terbesar dalam daerah Lubok Antu. Keluasan sekolah meliputi 5 hektar. Ia dapat dihubungi dengan jalan raya menggunakan kenderaan yang mana jaraknya adalah lebih kurang 82 km dari bandar Sri Aman. Pejabat pelajaran yang terdekat adalah Pejabat Pendidikan Lubok Antu. Fokus utama para pendidik SK Batang Ai adalah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar. Ini kerana ujian UPSR dijadikan landasan oleh kementerian untuk menilai _____________________________________________________________________________ Sistem Pendaftaranan Cakera Padat Sains Tahap 1 SK Batang Ai

Gabriel Harris Midot 770908135011001 ______________________________________________________________________ sesebuah sekolah. yang menyumbangkan kepada kemajuan akademik juga turut diadakan seperti penubuhan kelab mata pelajaran, kelas tambahan , kelas bimbingan serta ceramah dan motivasi kepada pelajar yang tahap pencapaiannya rendah. Di samping menekankan prestasi akademik pelajar, aktiviti ko-kurikulum juga menjadi fokus kepada para pendidik SK Batang Ai, yang mana terdapat pelbagai aktiviti yang di jalankan oleh pihak sekolah untuk menambahkan pengetahuan kepada para pelajar. Ini kerana polisi pendidikan sekarang menekankan keseimbangan dari semua aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Ilmiah. Aspek-aspek Pengurusan fail, rekod dan data serta pendaftaran peralatan atau sumber banyak yang di abaikan oleh guru-guru memandangkan beban kerja yang banyak.

2.2

Kaedah Pendaftaran Cakera Padat Sains Tahap 1

Dari segi merekod Cakera Padat yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran, masih belum ada satu sistem yang khusus untuk mendaftarkan Cakera Padat yang di perolehi. Kenyataan ini di sokong oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 50% daripada jabatan-jabatan awam serta badan-badan berkanun di Sarawak tidak menggunakan sistem maklumat untuk menjalankan pengurusan harian mereka.(Jurnal Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia, 2006). Kaedah yang di gunakan adalah pendaftaran secara manual dengan menggunakan pen dan kertas di dalam bentuk buku dan fail yang secara umumnya memang di ketahui mendatangkan masalah dari segi penyimpanan dan akses.

Oleh itu objektif utama Sistem Pendaftaran Cakera Padat Sains Tahap 1 SK. Batang Ai adalah; i)

untuk menggantikan sistem manual yang sedia ada.

_____________________________________________________________________________ Sistem Pendaftaranan Cakera Padat Sains Tahap 1 SK Batang Ai

Gabriel Harris Midot 770908135011001 ______________________________________________________________________ ii) memudahkan dan mempercepatkan cara pendaftaran menggunakan pen.

iii) mengurangkan penggunaan kertas dalam

usaha

merekod

keputusan

ujianpelajar.yang pastinya memerlukan kos yang banyak. iv) memudahkan capaian terhadap pencarian maklumat berkenaan pendaftaran Cakera Padat terdahulu.

v) mempercepatkan kerja-kerja pendaftaran Cakera Padat Sains Tahap 1. vi) data atau maklumat dapat diakses oleh pihak berkaitan dengan cepat tanpa perlu kehadiran pegawai penyelaras berkenaan. vii) data mudah dipindahkan dan selamat disimpan lama. Di sekolah, Guru Besar, semua guru Penolong Kanan, guru-guru dan kakitangan sokongan lain digalakkan menggunakan komputer untuk melaksanakan tugas harian. Pengurusan pentadbiran yang lebih teratur serta budaya kerja yang cekap, tepat, produktiviti dan berkualiti amat diperlukan dalam merealisasikan misi dan visi sekolah selaras dengan yang telah dilancarkan.Ini selaras dengan konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau lebih dikenali sebagai Total Quality Management ( TQM ). Dari segi konsep, TQM merupakan satu proses pengurusan kualiti berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan dan melibatkan semua aspek organisasi ( Robiah Sidin, 2003 ). Teori ini amat sesuai diaplikasikan di dalam pengurusan sekolah kerana ia memberi penekanan kepada kehendak pelanggan iaitu pelajar dan proses ini berlaku secara berterusan. Selain daripada itu, TQM juga melibatkan pengurusan dalam semua organisasi dan ianya amat sesuai dijadikan panduan dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah kerana ia mengandungi banyak bahagian. Model TQM ditunjukkan pada rajah di muka surat sebelah.

_____________________________________________________________________________ Sistem Pendaftaranan Cakera Padat Sains Tahap 1 SK Batang Ai

Gabriel Harris Midot 770908135011001 ______________________________________________________________________ Total Quality Management ( TQM )

MATLAMAT

FOKUS TQM

STRATEGI

PELAKSANA

2.3

- Kepuasan hati pelanggan - Output tanpa cacat ( Zero Defect ) - Output yang sentiasa cepat - Sistem dan proses - Budaya organisasi - Pelanggan - Pembekal - Penambahbaikan berterusan - Melibatkan seluruh organisasi - Tindakan-tindakan yang strategik - Berorientasikan matlamat jangka panjang - Pengawalan kos kualiti - Tindakan pencegahan - Kepastian kualiti

- Pengurusan atasan - Semua kakitangan - Pasukan-pasukan kerja

Sistem Pendaftaran Manual cakera Padat Sains Tahap 1

Pada ketika ini, pihak sekolah masih menggunakan sistem manual atau tradiosional dalam mendaftarkan Cakera Padat dengan menggunakan pen untuk mengisi borang. Sistem manual ini dianggap tidak relevan pada ketika dan saat ini lebih-lebih lagi dalam ledakan teknologi maklumat.

_____________________________________________________________________________ Sistem Pendaftaranan Cakera Padat Sains Tahap 1 SK Batang Ai

Gabriel Harris Midot 770908135011001 ______________________________________________________________________ 2.3.1

Kelebihan Sistem Manual

Semasa pendaftaran dilakukan, butir-butir murid seperti Tajuk cakera Padat, Nombor Siri Perolehan, Bilangan Cakera Padat diisi dengan menggunakan tulisan tangan. Sistem ini mudah dan ringkas. Selain itu, kelebihan sistem manual ini dilakukan pada bila-bila masa dan di mana juga tanpa memikirkan bahawa sistem manual ini tergendala jika dibandingkan dengan sistem berkomputer yang terpaksa dihentikan serta merta akibat gangguan atau terputusnya bekalan elektrik. Di samping itu, borang yang digunakan untuk mendaftar Cakera Padat ini akan di simpan di dalam kabinet untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan. Dengan itu, ia senang untuk dimansuhkan sekiranya tidak diperlukan.

2.3.2

Kelemahan Sistem Manual

Meskipun terdapat beberapa kelebihan, namun sistem manual ini tidak dapat lari daripada beberapa kelemahan. Di antaranya, Kesediaadaan sesuatu Cakera Padat mungkin sukar dikenalpasti akibat tulisan tangan yang kurang elok dan tidak terang menyebabkan sukar untuk dibaca. Sememangnya penulisan tangan seseorang adalah berbeza. Dengan penulisan tangan yang sukar dibaca adalah menyukarkan pembacaan .Akibat daripada keadaan ini akan mengambil masa bagi guru untuk merujuk balik atau mengesan maklumat yang betul. Sekiranya abjad dan angka yang ditulis berlaku kesilapan atau sengaja di contengkan, maklumat sebenar akan terganggu dan mungkin hilang. Boleh juga berlaku kesilapan data dan data yang berulang atau data yang di sangkakan berulang. Di samping itu data mungkin hilang atau tercicir disebabkan fail-fail yang bercampur aduk yang diletakkan di dalam kabinet yang sama. Kehilangan atau keciciran fail pendaftaran Cakera Padat tersebut menyebabkan akan menyukarkan pihak sekolah _____________________________________________________________________________ Sistem Pendaftaranan Cakera Padat Sains Tahap 1 SK Batang Ai

Gabriel Harris Midot 770908135011001 ______________________________________________________________________ atau pihak berwajib untuk mengesan rekod Cakera Padat pada masa lalu sekiranya tiada salinan kedua.

2.4

Cadangan sistem Berkomputer

Sistem manual yang sedia ada akan diganti

dengan

sistem pendaftaran secara

berkomputer atau secara elektronik di mana sistem pendaftaran Cakera Padat SK Batang Ai akan menggunakan komputer sepenuhnya. Dengan menggunakan sistem Pendaftaran ini, Ketua Paitia Sains akan memasukkan butiran seperti Kelas, Nombor Cakera Padat, Tajuk Cakera Padat, Nombor Siri Perolehan, Bilangan, Topik yang terdapat dalam Cakera Padat, Ringkasan Cakera Padat yang diperolehi dalam ujian akan direkodkan, dikemaskini dan dimasukkan ke dalam pangkalan data di dalam sistem berkomputer. Melalui sistem ini Jenis, bilangan dan maklumat Cakera Padat dicetak untuk dibuat salinan sekiranya diperlukan khasnya untuk rujukan Ketua Panitia Sains sendiri dan rakan guru yang lain. Sememangnya antaramuka-antaramuka pengguna utama dan yang berkaitan akan di rekabentuk. Rekabentuk yang mudah dan senang memudahkan bagi pengguna berinteraksi dengan sistem. Sistem ’Log In’ disediakan untuk guru bagi memasukkan data berkenaaan Cakera Padat. Hanya seorang pegawai, iaitu Ketua Panitia Sains sahaja yang boleh mendaftar dan mengubah data di dalam sistem ini, manakala guruguru lain hanya mempunyai akses untuk melayari dan mengisi borang pinjman sahaja. Semua data dan rekod yang berkaitan dengan Cakera Padat akan disimpan di dalam pangkalan data.

2.4.1

Kelebihan Sistem Pendaftaran Berkomputer

Penggunaan komputer di dalam sistem pendaftaran khasnya di sekolah mendatangkan banyak faedah dan mempunyai banyak kelebihan. Sistem pendaftaran di sekolah akan kelihatan lebih bersistematik dan teratur dari segi kecekapan dan kualiti kerja. Tambahan pula sistem juga boleh berfungsi sebagai inventori. _____________________________________________________________________________ Sistem Pendaftaranan Cakera Padat Sains Tahap 1 SK Batang Ai

Gabriel Harris Midot 770908135011001 ______________________________________________________________________ Kelebihan yang akan didapati daripada sistem pendaftaran berkomputer ialah bagi menyenangkan guru untuk mencari dan mengesan Cakera Padat Sains Tahap 1 SK Batang Ai sekiranya ia diperlukan dengan hanya klik ’Butang Menu’ melalui antaramuka yang disediakan. Melalui sistem ini, sistem pendaftaran Cakera Padat Sains Tahun 1 akan menjadi lebih cekap serta berkesan.

2.4.2

Kelemahan Sistem Pemarkahan Berkomputer

Meskipun sistem pemarkahan berkomputer sekolah ini mempunyai kelebihannya ,tetapi ia juga tidak dapat lari daripada beberapa halangan dan kelemahan. Di antara halangan dan kelemahannya adalah seperti :

i)

Sistem berkomputer akan tergendala dengan gangguan sistem samada gangguan teknikal atau fizikal pada perisian atau perkakasan yang berkaitan.

ii)

Sistem pemarkahan berkomputer tidak dapat berfungsi sekiranya terputus bekalan elektrik disebabkan cuaca buruk.

iii)

Sistem pendaftaran Cakera Padat tidak dapat dibuka disebabkan serangan virus yang pastinya boleh memusnahkan sistem yang telah dibangunkan.

2.6 Kesimpulan Berdasarkan kepada perbandingan dari segi keupayaan dan kelemahan terhadap sistem manual dan cadangan sistem berkomputer maka wujudlah mekanisme untuk membina atau membangunkan satu sistem yang baru. Ciri-cirinya akan disesuaikan dengan keperluan pengguna dan juga pihak pentadbir sekolah. Teknologi pangkalan data dan sistem secara ” stand alone ” yang akan digunakan membolehkan sistem ini dapat diakses .Perihal yang berkaitan sistem yang dibangunkan ini akan diterangkan dengan lebih lanjut lagi di dalam bab-bab yang seterusnya. Begitu juga hasil jangkaan akan diketahui selepas projek dibangunkan kelak. _____________________________________________________________________________ Sistem Pendaftaranan Cakera Padat Sains Tahap 1 SK Batang Ai

Gabriel Harris Midot 770908135011001 ______________________________________________________________________ Metodologi mengenai sistem yang dicadangkan akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 3.

_____________________________________________________________________________ Sistem Pendaftaranan Cakera Padat Sains Tahap 1 SK Batang Ai

Related Documents

Bab 2
June 2020 19
Bab 2
May 2020 26
Bab 2
May 2020 40
Bab 2
June 2020 23
Bab 2
April 2020 32
Bab 2
April 2020 37