TAMADUN MELAYU Disediakan oleh: SAG 2006
LATARBELAKANG TAMADUN MELAYU •
• •
•
Ada berpendapat orang Melayu adalah orang Mongoliod drp kumpulan Indonesia yang berhijrah ke selatan China(Yunan), ia dikenali sebagai Melayu Deutro atau Melayu Pantai. Ciri-cirinya ialah; Berdahi luas, kulit sawo matang, mata cantik, badan seimbang dan berambut hitam. Melayu Proto dikatakan lebih awal menduduki kawasan pantai, dan kedatangan Melayu Deutro menyebabkan Melayu Proto ditolak kekawasan pendalaman dan pergunungan, ia diwakili oleh Jakun, Orang laut dan Seletar(suku kaum orang asli) Wan Hashim Wan Teh telah menolak teori migrasi, berdasarkan para arkeologi mengatakan orang Melayu berasal dari Alam Melayu sendiri, kerana tiada ciri persamaan dengan orang melayu dengan orang Yunan
RAS DAN RUMPUN MELAYU • •
• •
Pengkaji Antropologi merujuk kepada enam kelompok manusia terbesar didunia berdasarkan ciri fizikal,bentuk muka, hidung, rambut, genetik, linguistic dan budaya Caucasoid(Kulit Putih), Negroid (Kulit Hitam), Mongoloid (Kulit Kuning), Australoid (Penduduk asal Australia dan New Guinea), Red Indian (Kulit Merah, asalnya dari benua Asia atau Alam Melayu, Melayu-Polinesia- Kulit Ciku Masak(sawo matang) Ras Melayu-Polinesia dicirikan oleh persamaan dari segi bahasa (linguistic) dan konsep ras tidak mengambil kira persamaan agama Ras Melayu boleh dipecahkan kepada ratusan suku atau ernik yang mempunyai perbezaan lokasi, dialek dan budaya, antaranya; – Melayu-Riau, Jawa, Bugis, Minangkabau, Aceh, Banjar, Mandaling, Sunda, Kerinci, Patani, Kelantan, Terengganu dan Champa
KONSEP MELAYU INTI • Diperkenalkan oleh Ismail Hussein dan Wan Hashim Wan Teh, merujuk kepada kawasan di sekitar dataran Sunda dihuni oleh ras melayu sebagai penduduk asal • Ia merangkumi semenanjung Tanah Melayu hingga ke Segenting Kra(Thai), Indonesia, China, Filipina dan seluruh kepulauan Indonesia dan Borneo • Di kawasan Dunia Melayu Inti inilah wujudnya kerajaan iaitu Champa, Funan, Langkasuka(indoChina) dan Segenting Kra • Kemudianya muncul kerajaan dan bangsa pascakolonial seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunai.
MELAYU DIASPORA Merujuk kepada bangsa melayu yang tersebar meluas dari Alam Melayu dan telah berhijrah ke kawasan baru iaitu sejak zaman Kerajaan Sriwijaya hingga ke zaman pascakemerdekaan. Lima belas kumpulan Melayu Diaspora dikenalpasti(rujuk modul), selain itu wujud juga kelompok kecil yang merupakan penduduk asal sebagai Melayu Minoriti(selatan Thai, Singapura, Vietnam dan Taiwan)
KONSEP MELAYU MENGIKUT BAHASA •
Bahasa Melayu termasuk dalam rumpun AustaonesiaNusantara yang bersumberkan daripada Filum Austrik(Filum ialah kelompok bahasa yang lama waktunya 5000 th ke atas), (Rumpun=2500-5000) dan Keluarga= kurang drp 2000 tahun)
MELAYU MENURUT PERLEMBAGAAN • Orang Melayu ialah orang bertutur dalam Bahasa Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan ciri-ciri Melayu • Kemudianya dengan penubuhan Malaysia 1963, maka konsep bumiputra diperkenalkan yang memasukkan orang Melayu sebahagian kaum bumiputra yang merupakan penduduk asal persekutuan termasuklah bumiputra Sabah, Sarawak dan orang Asli Semenanjung.
PUSAT KERAJAAN DAN KETAMADUNAN MELAYU Ia terbahagi kepada dua iaitu berbentuk agrarian(pertanian) dan maritime(perlautan) a. SRIWIJAYA(650-1200M) Muncul selepas Funan mulai lemah(6M) dipengaruhi HinduBuddha Sebuah kerajaan maritim yang kuat kerana mengawal perdagangan di Selat Sunda dan Selat Melaka Antara sumbangannya ialah: i. Pusat Perdagangan Memiliki sistem perdagagan yang teratur dan sistematik Diketuai oleh Raja dan dibantu oleh tiga struktur pentadbiran iaitu Daerah, Tentera dan Pentadbiran Diraja Tuhan Vatakvurah sebagi pegawas kepada golongan Puhawang(anak Kapal), dan Vaniaga(Pedagang tempatan) dan berperanan menetapkan harga barangan
ii. Pusat Kegiatan Ilmu Pengentahuan • Menurut I-Tsing, pada abad ke-7 Seriwijaya sebagai pusat akademik seperti menterjemah bahasa Sanskrit ke bahasa Cina • Pada 711 Sriwijaya sebagai pusat pembelajaran agama Buddha • Bahasa Melayu Kuno adalah bahasa rasmi dalam semua lapangan, ini terbukti penemuan batu bersurat Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur, Karang Barahi
MELAKA • •
Melaka sebagai empayar penting di Alam Melayu sebagai pusat perdagangan, agama Islam dan Bahasa Melayu. Mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja di bantu oleh emapat pembesar utama; 1. Bendahara, 2. Penghulu Bendahari, 3. Temenggung, 4. Laksamana
SISTEM KEPERCAYAAN DAN AGAMA • Evolusi sistem kepercayaan masyarakat melayu dilihat melalui dua tahap iaitu zaman pra-Islam dan zaman pascaIslam Zaman pra-Islam • Didominasi dua fahmanan anismisme-dinamisme, iaitu dikaitkan kewujudan roh, semangat, penunggu dan makhluk alam ghaib melalui pemujaan oleh pawang ataupun bomoh • Kepercayaan Hindu-Buddha
Zaman Pasca-Islam • Alam Melayu menerima Islam seawal kurun ke-9 dan kurun ke-10, malah ada mempercayai kedatanganya pada abad ke-13 dan 14 • Teori kedatangan Islam masih lagi tidak disepakati. • Namum terdapat tiga teori iaitu Islam datang dari Tanah Arab, India dan China • Kedatangan Islam telah merubah kepercayaan animisme-dinanisme, Hindu-Buddha kepada konsep ketauhidan • Konsep politik dan sosial orang melayu juga berubah iaitu konsep dewaraja telah dimanusiakan • Kedatanagn Islam ke Alam Melayu juga telah melahirkan kerajaan Melayu Islam seperti Pasai, Acheh, Pattani, Demak dan Melaka
SISTEM PERUNDANGAN MELAYU • Terdapat beberapa jenis perundangan yang digunakan sebagai panduan oleh masyarakat melayu • Di Melaka terdapat dua teks iaitu, Hukum Kanun Melaka yang mengandungi larangan dan keistemewaan Raja, t/jawab Raja dan Pembesar Negeri • Undang-Undang Laut Melaka, adalah peratuan mengenai perlayaran, tatacara jual beli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda dan t/jawab pegawai kapal.