Awal Dengan Niat Dan Diakhiri Dengan Salam

  • Uploaded by: nana
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Awal Dengan Niat Dan Diakhiri Dengan Salam as PDF for free.

More details

  • Words: 1,368
  • Pages: 5
Awal dengan niat dan diakhiri dengan salam. Bermula dengan takbir ratul ihram. Apa yang nak kita ikhramkan itu? Dari sudut syariat nya kita menjadi makmum dan mengikut imam yang ada didepan kita.Kalau dari sudut hakikat nya macam mana pulak tuu? Siapa yang menjadi imam dan siapa yang jadi makmum? Adakah kita menyembah atau mempersembahkan sesuatu? Sama2 lah kita renungkan semoga ianya menjadi munafaat bagi kita semua.Jadi lah Islam sejati dan bukan ikut2 orang ajer kerana beramal tanpa ilmu kecewa nanti. Sembahyang itu ibaratkan kita membunuh diri atau mati maka itu ada ayat yang menyatakan "Matikan lah diri kamu sebelum kamu dimatikan" Yang nak di ihramkan adalah diri kita ini kerana yang hidup hanya Allah. Maka takbir lah dengan kalimah Allahu Akhbar. Dia lah yang Hidup, Berilmu,Berkuasa,Berkehendak,Melihat,Mendengar dan Berkata2. Kalau dialah yang Berkata2 apakah kita yang membaca didalam solat itu,adakah kita yang Mendengar,adakah kita yang Berdiri......dah tentu bukan kan kerana kita bersifat Laa Haw La Wala. Jadi sifat siapa tuu yang solat kerana kita sendiri tak ada kuasa. Maka disini dapat lah kita simpulkan yang mendirikan solat itu adalah ruh kita yang dianugerahkan dengan 7 sifat ma'ani dan yang mempersembahkan solat itu adalah jasad yang bersifat muhaddas(sementara).Boleh lah dikatakan dari sudut hakikat nya Roh lah yang menjadi Imam dan Jasad kita menjadi Makmum kerana Jasad hanya mengikut apa yang dilakukan oleh Roh. Tanya sikit:

1. Makna ihram tu apa?

2. Boleh hurai sikit sifat ma'ani dan maknawiyyah? Saya boleh huraikan kecuali kalau kita dapat bersua muka kerana soal2 begini perlu dibincangkan dengan panjang lebar maka itu ada lah lebih baik kalau awak dapatkan seorang guru yang berdekatan. Itu terlebih baik. Assalamualaikum Sila tuan berikan penjelasan lanjut agar memberi manfaat bagi kita semua, 1. Sembahyang itu ibarat membunuh diri atau mati…apakah mati itu hanya berlaku dlm sembahyang? 2. Jika roh yg bersifat ma’ani itu mengawal jasad tidakkah keadaan jasad itu menghakikatkan ma’ani kepada maknawiyah?

Wa alaikum salam. Saya yakin para ahli2 disini semua nya ada guru masing2 maka lebih afdhal kalau kita rujuk kepada mereka2 yang lebih berilmu dari kita kerana kalau bersua muka lebih cantik perbincangan itu dan dapat mencapai satu persetujuan.Tujuan saya disini bukan nak memancing atau setakat nak sampaikan persoalan tapi untuk membuka minda2 kita dan boleh dijadikan bahan rujukan pada guru2 kita.Lain guru mungkin lain cara penyampaian nya walaupun persoalan dan akar nya sama.Maka itu terlebih dulu saya minta maaf lah kalau apa yang saya nak sampaikan ini bercanggah dengan pendapat2 ahli disini. Allah ada berfirman: Ketika Isa anak Maryam berkata,"Wahai Bani Israel",sesungguh nya Aku ini Utusan Allah untuk kamu membenarkan wahyu yang diturunkan sebelum Aku yaitu Taurat dan menyampaikan berita gembira kedatangan seorang Rasul sesudah dari Ku nama nya "AHMAD" Kemudian setelah kita ketahui,maka nyatalah kebenaran nya,bahawa selepas Nabi Isa menjadi Rasul,maka lahirlah seorang Nabi yang Akhir ternyata nama nya "MUHAMMAD". Jadi apakah beza nya "AHMAD DAN MUHAMMAD" ini? Jadi maksud dari kesimpulan dari riwayat ini yang dapat difahamkan disini ialah "AHMAD" adalah nama asal kepada perkataan "MUHAMMAD" yaitu Rohul-Quddus atau Nama yang telah diberikan kepada Nabi Isa Rohullah yaitu Roh yang belum zahir ke tubuh manusia. Kemudian Roh tersebut disandarkan ke tubuh manusia ianya dinamakan "Roh Idzafi" atau dinamakan juga "MUHAMMAD" yang bermaksud "SIFAT YANG TERPUJI" sebagai dalil dan kenyataan ZatNya,SifatNya,AsmakNya dan Af'al nya. Maka pada keseluruhan sembahyang yang dilakukan oleh kita itu adalah menggambarkan sebagai bentuk huruf: Berdiri seperti Alif Rukuk seperti Ha Sujud seperti Mim Duduk seperti Dal. ALLAHU > Terkandung nya huruf Alif Lam Lam Ha Sifat nafsiah,Salbiah,Ma'ani dan Ma'nawiyah(ada disitu) AKHBAR Siddiq,Amanah,Tabligh dan Fatanah(Juga ada disitu) Maka bahawasa nya pada hakikat Qasad itu dikehendaki "Zat Allah" semata2 dan Ta'arad itu "Sifat Allah" semata2 dan Ta'in itu "Af'al Allah semata2.Maka oleh kerana

itu dikatakan: Laa Maujuda Fissalah Ilallah > Tak ada yang Wujud didalam sembahyang melainkan Allah. Laa Hayata Fissalah Ilallah > Tak ada yang Hidup didalam sembahyang melainkan Allah. Wala Fa'ila Fissalah Ilallah > Tak ada yang Empunya Perbuatan didalam sembahyang melainkan Allah. Maka itu saya katakan sembahyang itu ibarat bunuh diri atau mati malah pada ketika kita melaungkan Takbiratul Ihram Tak ada satu yang keluar dari diri kita dan Tak ada ssesuatu yang Masuk pada ketika itu. Semua nya berlaku dengan satu nafas ajer. Inilah hakikat Ihram(macam orang mati lah). Baik lah sekian ajer yang saya dapat sampaikan disini dan saya sudahi dengan mohon maaf andai nya ada kesilapan atau kekeliruan. Amal Nya Di-Dunia Jariah Nya Di-Akhirat Nanti Sikit ajer boleh lah tuu. Berkongsi lah kita walaupun hanya sedikit ajer semoga dikurniakan barakah dan rahmat Allah Ta'ala. Baik lah saya terangkan tentang Ihram dan soal Sifat2 yang ditanyai itu boleh lah belajar lebih sikit tentang Sifat 20.Disitu ada jawapan nya. Nabi ada bersabda begini: Matikan lah diri Kamu sebelum Kamu diMatikan dan barang siapa berkehendak memandang Ia Mayat yang berjalan diatas bumi,maka hendak lah Ia pandang pada Saidina Abu Bakar As Siddiq. Maksud mati disini bahawa diri Kamu Tiada kuasa yaitu hal keadaan kamu seperti mayat kerana Sifat kamu itu adalah Sifat bagi Zat dan hendak lah mandikan diri kamu dengan air Riyadha yaitu air yang suci yang boleh menyuci bagi yang lain yaitu keikhlasan diri kamu. (Orang mati mesti nak dimandikan dulu kan) Dan hendaklah diri kamu itu dikapankan yaitu dengan mentauhidkan pada perbuatan.Sifat dan Ujud kamu itu kepada Zat Allah Ta'ala yang Wajibal Wujud.Dan hendaklah sembahyang kan diri kamu dahulu yaitu sucikan diri yaitu serahkan segala sifat2 kamu itu kepada yang Haq kerana Sifat yang ada pada kamu itu adalah Sifat bagi bagi Zat dan hendak lah tanamkan dahulu diri kamu didalam kubur yang Terusalli yaitu Asal Kita Tiada, Kembali Lah Kita Pada Yang Tak Ada.

Ok lah setakat ini aje. hakikat solat ialah sedar bahwer kita adalah hamber dan kita sedang sembah Tuhan....abih citer...syarat ialah dari awal takbir hingga salam ingatan ingat Allah...nak power skit ikut cam ihya ulumiddin citer...rasa tuh rasa nih...gambar tuh inih..sbenonyr kalau ingat saje pun kira amat orait dan terorait

...kunci jangan

lalai..nanti masuk neraka wail pakcik lihat ape yg korang citer pusing pusing lam ruang lingkup ahad jer...cumer guner bahser kitab pesal TG ajar... pakcik lihat apa saje peringkat ilmu yg korang dakwa awal pertengahan baru blaja etc..maka tak lepaih dari menghurai pekataan Ahad...tul besar kebesaran tuhan yg menurunkan Surah al Ikhlas...bebagai TG ngan zaman dok tafsir tapi cukup satu pekataan mewakili sekalian huraian manusia...lum abih kot ??tatau pesal ilmu Tuhan mane kita tahu kan Nak tahu pasal Ahad mesti tahu Jabal Uhud. Maaf tambah sikit boleh poning2 nya? Adapun Ujud nya sekelian alam dijadikan daripada kalimah "Alhamdu". Huruf Alif itu ibaratkan ZatNya. Huruf Lam itu ibarat SifatNya. Tak dapat nyata,hanya kenyataan bagi ZatNya dan SifatNya adalah kepada Sifat yang ada pada sekelian Alam yaitu ibarat huruf Ha yaitu Hayat artinya Hidup.Baru lah dapat segala Nama2 ibarat huruf Mim yang ada pada sekelian Alam dan huruf Dhal akan hendak menjadi Dalil atau kenyataan bagi Zat.Baru lah dapat segala Nama2 bagi Zat. Ringkas nya disini kalimah Alhamdu,Pertama huruf Lam mati,jadi lah(tinggal) AHMAD dan bila dimatikan huruf Mim jadi lah yang kita katakan "AHAD" dapat lah ganjaran nya sebesar Jabal Uhud bagi orang2 yang mengenal akan Tuhan Nya. Maka belajar dari ayat dapat lah ayat nya tapi kalau nak dapat Jabal Uhud belajar lah ilmu nya. Harap faham lah perkataan "Ibarat". Pernah Rasulullah berniat untuk menghantarkan salah seorang para sahabat nya kalau tak salah ke negeri Yaman untuk bertabligh. Sebelum berangkat nya sahabat itu lalu Rasulullah bertanya: Andai nya ada orang2 disana pertikaikan Islam,apakah yang nak terangkan.Maka para sahabat itu berkata "Aku akan katakan berlandaskan Kitab Al Quran".

Bagaimana kah kalau perkara yang ditanyakan itu tidak ada didalam Al Quran?Akan aku katakan berlandaskan Sunnah Rasulullah. Bagaimanakah kalau tak didapati didalam Al Quran dan Sunnah ku? Aku Berijtihad. Maka Nabi Saw pun dengan rela hati dan puas dengan jawapan yang diberikan oleh si sahabat itu maka berangkat lah dia dengan memikul satu tugas yang besar yang diamanahkan kepada nya. Itu dalil nya.Tak semesti nya sesuatu itu ada didalam kitab ataupun sunnah2 nya.Kalau para ulamak dah membenarkan nya maka tak salah dari segi hukum.Begitu juga para ulamak yang megeluarkan fatwa2. Saya tak suruh sesiapa disini pun ambil pengetahuan itu bulat2 kerana ugama itu adalah untuk orang2 yang berakal. Kalau tuduh menuduh fitnah memfitnah itu sifat syaitan. Maka jauhkan lah diri kita diri sifat2 seumpama itu.

Related Documents


More Documents from "Laura Computer"

Moyenag[1]
November 2019 45
Rekom Geuchik Tijue.doc
October 2019 43
Actividades Ula.docx
May 2020 36
Laporan Foodbar.doc
December 2019 43
Pacom (autosaved).docx
August 2019 56