[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113]
UJIAN KECERDASAN. 1. PENDAHULUAN
Darjah kecerdasan atau dalam bahasa Inggerisnya “Intelligence Quotient” ( IQ ) telah di temui pada 1905 oleh Alfred Binet. Eksplorasi yang telah dilakukan oleh Binet ini telah menemukan bahawa manusia mempunyai satu tahap kecerdasan yang mampu membawa manusia ke suatu tahap yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Manusia mampu untuk menghafal, mengingat, mengira dan semua perkara yang hebat. Kemudian, kajian IQ ini berkembang malah menjadi satu evolusi yang amat drastik sehinggakan telah lahir satu ujian iaitu dinamakan IQ test tadi.
IQ Test telah membawa masyarakat di barat kepada satu tahap pemikiran yang tinggi dan mampu meletakkan seseorang atau individu itu berkembang dari sudut ilmu pengetahuan. Ini disebabkan perkembangan atau revolusi kehidupan Eropah telah berubah-ubah dari satu bentuk revolusi kepada satu revolusi yang lain. 1.1 Definisi Kecerdasan Toffler, di dalam bukunya The Third Wave ada mengelaskan beberapa perubahan di dalam dunia Barat menerusi kehidupan mereka. Mereka hidup dari
Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 1
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] zaman pertanian, berubah kepada zaman atau revolusi industri kemudian beralih kepada revolusi IT dan sehingga hari ini.
Perubahan kehidupan mereka amat memerlukan kepada revolusi ilmu dalam cara mereka berfikir, bertindak, ilmu pengetahuan dan apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan menurut perubahan tersebut. Kesannya, peningkatan IQ menjadi teras kepada kehidupan mereka, malah mereka amat amat menitik beratkan kehebatan IQ dalam melakukan perubahan.
Menurut kamus dewan ,1991:264 (dalam Sidek Mohd Noah,1998) bermaksud kesempurnaan untuk berfikir, mengerti dan lain-lain seperti ; kepandaian, kepintaran dan kecerdikan. Atan Long 1978 (dlm Sidek Mohd Noah, 1998) menyatakan Kecerdasan dapat ditafsirkan sebagai kebolehan untuk melakukan pemikiran secara mujarad , kebolehan untuk membuat penyeluruhan dan cara tindakan terhadap sesuatu situasi yang bermasaalah, Kecerdasan yang umum termasuk kebolehan untuk melakukan fikiran secara abtrak dan selalunya tingkah laku menjadi pertunjuk darjah kecerdasan seseorang.
Kecerdasan juga dirujuk kepada kebolehan kognitif seseorang individu yang dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 2
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] dalam kehidupan sehari-hari . Istilah “ kecerdasan “ mula diperkenalkan oleh Sir Francis Galton. Galton meyakini bahawa kebolehan intelek seseorang adalah bersifat penurunan. Walaupun beliau gagal membina sebuah ujian kecerdasan tetapi beliaulah yang memperkenalkan konsep “ kecerdasan”.
Menurut (David Wechler ,1975, dlm Sidek Mohd Noah 1998) ; Kecerdasan adalah kebolehan seseorang individu memahami alam persekitarannya , dirinya dan kepakaran yang ada padanya yang boleh menolong dia menghadapi cabaran hidup, kebolehan tersebut adalah bersifat sejagat ataupun universal.
1.2 Definisi Kecerdasan berdasarkan Teori: Binet (1905), memberikan erti kecerdasan sebagai kesanggupan yang membolehkan seseorang itu menyesuaikan diri dan kebolehan dalam memberikan pertimbangan yang kritikal terhadap diri sendiri.
Galton (1869), Cartell (1890) dan Hall (1844-1924)- Bersetuju bahawa kecerdasan adalah diwarisi. Perkembangan darjah kecerdasan (IQ) menusia pada dasarnya ditentukan dan tidak boleh berubah. Orang yang bijak datangnya
dari keluarga dan keturunan yang bijak juga.
Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 3
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] Persoalannya ialah apa itu “kecerdasan”? Adakah kecerdasan merujuk kepada keupayaan untuk belajar? Kebolehan untuk menyesuaikan diri kepada situasi-
situasi yang baru? Kemahiran penaakulan atau mengeluarkan idea-
idea abstrak atau kemampuan menyelesaikan masalah?. Kesemua takrif-takrif ini telah di
bicarakan tetapi masih tiada lagi yang di tetapkan hingga kini samada
bagi ahli
psikologi professional atau untuk kebanyakkan orang awam ( lay
Person) . Secara umumnya kecerdasan kerap dirujuk kepada keupayaan dalam menyelesaikan masalah secara praktikal, kebolehan lisan kecekapan dalam bersosial dan penyesuaian diri yang berkesan kepada sesuatu persekitaran dan
situasi-situasi baru serta perubahan yang berlaku didalamnya.
Dua perkara utama kecerdasan dalam pengukuran pendidikan khas adalah: i)
Verbal Intelligence: Keupayaan untuk memahami dan menyelesaikan masalah asas dalam bahasa.
ii)
Nonverbal Intelligence : keupayaan untuk memahami dan menyelesaikan masalah visual dan menggambarkan masalah (spatial problems)
2. Ujian kecerdasan 2.1 Ujian Kecerdasan Standart Binet.
Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 4
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] Alfred Binet merupakan pengasas Ujian Kecerdasan.pada tahun 1908 ‘Mencipta Mental Age’. Beliau mendapat gelaran ‘father of intelligence testing’. Bersahabat dengan Theodore Simon untuk membina alat ujian untuk mengenal pasti kanak-kanak yang lambat dalam pembelajaran. Item soalan yang dibina merangkumi aspek:-bahasa, kemahiran menyimpan maklumat, mengesan fakta yang diingat, kebolehan untuk memahami arahan. ( SUMBER : Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) Psikologi Pendidikan. Malaysia : McGraw Hill)
Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 5
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113]
Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 6
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113]
2.2 Ujian Kecerdasan Wechsler
Pengenalan kepada ujian kecerdasan Wechsler mendefinisikan kecerdasan sebagai agregat atau kapisiti global ke atas tingkah laku individu untuk berfikir secara rasional dan menangani persekitaran dengan efektif (Gregory,2007). Global
kerana
ia
mengkategorikan
tingkahlaku
individu
sebagai
keseluruhannya. Agriget pula kerana ia mengubah elemen atau kemampuan yang berbeza kretiria. Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 7
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] Ringkasnya, kecerdasan menurut kognitif
Wechsler merujuk kepada kebolehan
seseorang individu yang dipelajari daripada pengalaman
untuk
membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari. Menurut Wechsler , kecerdasan merupakan faktor umum (g factor) yang memberikan asas kepada kebolehan-kebolehan spesifik yang lain. Dengan kata lain, sekiranya seseorang secara umumnya adalah cerdas, ia juga berkemungkinan besar dapat mengembangkan kebolehan muzik,kesenian dan lain-lain lagi. Wechsler memulakan kerjanya pada ujian pertama nya tahun 1932 Ada 3 skala Ujian Kecerdasan Wechsler iaitu:i.
Prasekolah – Wechsler Preschool
ii.
Sekolah rendah
iii.
Orang dewasa
KRONOLOGI UJIAN KECERDASAN WECHSLER 1- The Wechsler – Bellevue Intelligence Scale (1939) 2- Wechsler
Preschool and Primary Scale of Intelligence (WPPSI,1944)
untuk 3-7 tahun. 3- Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC, 1949) Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 8
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] 4- Wechsler Adult Intelligence Scale (WAIS, 1955) untu 16 tahun ke atas 5- Wechsler Intelligence Scale For Children (WISC, 1974) 6- Wechsler Adult
Int elligence Scale- Revised (WAIS-R,1981) untuk 16
hingga 74 tahun 7- Wechsler Intelligence Scale for children . edisi ke3 (WAIS-III ,1991) untuk
7-16 tahun. 8- Wechsler Adult Intelligence Scale- 3rd edition (WAIS-III, 1997)
9- Wechsler Preschool & Primary Scale of Intelligence –III (WPPSI-III, 2002) 10-Wechsler Intelligence Scale For Children IV,(WISC-IV, 2003)
Ujian Kecerdasan Wechsler merupakan ujian individu yang sering digunakan di USA bagi mengukur kecerdasan seseorang.
Ujian ini telah disemak beberapa kali dan akhirnya dinamakan sebagai Wechsler Adult Intelligence Scale- 3rd edition (WAIS-IIIR ).
Ujian yang dibina oleh David Wechsler berbeza dengan Ujian Kecerdasan Stanford Binet.Wechsler lebih banyak melihat keupayaan-keupayaan yang lain seperti keupayaan untuk mengendalikan kehidupan seharian individu di dalam ujian kecerdasan beliau. Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 9
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113]
Ujian Kecerdasan Stanford Binet pula menekankan mengenai keupayaan bertutur serta sesuatu yang kecerdasan
adalah
abstrak. Menurut David Wechsler (1975),
kebolehan
seseorang
individu
memahami
alam
persekitarannya, dirinya dan kepakaran yang ada padanya yang boleh menolong dia menghadapi cabaran hidup. Kebolehan ini adalah bersifat sejagat ataupun universal
3. Isu-isu berkaitan alat pengukuran ujian kecerdasan.
Menurut Maarof Ridzuan (2002), isu ini berlaku apabila ujian-ujian kecerdasan yang menimbulkan banyak konflik. Misalnya ujian kecerdasan digunakan untuk kemasukan pelajar ke sekolah dan juga universiti, memilih calon yang sesuai untuk pekerjaan tertentu. Walaupun hubungan posiastif di antara ujian IQ dan pencapaian akademik, hubungan skor IQ dan status pekerjaan adalah tidak jelas. Skor bagi ujian IQ ini bukanlah penentu muktamad kepada pencapaian masa depan seseorang individu. Ini kerana kejayaan juga bergantung kepada usaha, motivasi serta sikap seseorang bukan hanya IQ semata-mata. Penyalahgunaan IQ juga berlaku:
i. Hanya skor IQ sahaja digunakan untuk menilai pelajar dan menerima
Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 10
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] mereka ke sekolah-sekolah ataupun university. ii. Bias di antara mereka yang kaya dan miskin. (terutama bagi ujian IQ yang awal) iii. Ujian IQ tidak dapat mengukur motivasi dan sikap seseorang individu.
3.1 Adakah pengukuran kecerdasan itu stabil?
Perbezaan antara manusia biasa (ordinary person) dengan manusia luar biasa (a genius) adalah manusia biasa tidak tahu apakah yang ada pada MINDA SEPARA SEDAR-nya, TETAPI manusia hebat/genius (a genius) telah menggunakan pengetahuan tersebut.”
Imam Jafar Sadiq (as)
Kecerdasan sebenarnya tidak stabil. Ini adalah kerana
walaupun
kecerdasan dikatakan sesuatu yang diperolehi secara genetic, ia masih boleh diperbaiki melalui persekitaran tempat kita dibesarkan. Menurut Richard Weinberg (1989). Baka tidak menetapkan tingkahlaku. Ianya membentuk reaksi-reaksi yang menjadi pemangkin kepada pengalaman yang
diperolehi
daripada
persekitaran.
Menurut Maarof Ridzuan (2002) Kajian yang membandingkan golongan yang kaya dengan golongan yang miskin membuktikan kecerdasan boleh diperbaiki dan ditingkatkan sekiranya mendapat rangsangan yang sesuai.
Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 11
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] Kajian yang dilakukan oleh Scarr-Weinberg mengukuhkan lagi pendapt bahawa kecerdasan boleh diperbaiki. Kajian yang dilakukan terhadap 130 kanak-kanak yang berkulit hitam dan dipelihara oleh keluarga yang kaya, berpelajaran tinggi serta kelas menengah mendapat skor ujian kecerdasan sebanyak 110, iaitu 10 markah lebih daripada kanak-kanak berkulit
putih.
Oleh
yang
demikian
dapat
disimpulkan
bahawa
kecerdasan adalah tidak statik atau stabil kerana ia boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran sosial yang baik yang meransang kepadag kepada potensi kecerdasan yang tinggi bukan sahaja kerana pengaruh baka.
3.2 Adakah kecerdasan diwarisi?
Mengikut pandangan tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan. Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan seperti Alfred Binet (1857-1911), Theodore Simon (1873-1961), dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2004) percaya bahawa kecerdasan adalah diwarisi. Kajian-kajian tentang kecerdasan menunjukkan bahawa nisbahnya ialah baka 51% dan persekitaran 40%. Setiap individu dilahirkan mewarisi beberapa ciri dari kedua ibu bapa serta saudara sedarah sebelumnya. Adakalanya anak-anak tidak banyak mewarisi ciriciri daripada ibu bapanya tetapi apabila dikesan, dia lebih mirip kepada nenek atau moyangnya. Sternberg (1985) yang mengatakan kecerdasan yang diwarisi boleh dipertingkatkan melalui pembelajaran. Borich dan Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 12
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] Tombari, (1997) percaya bahawa kecerdasan yang diwarisi tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran. Howard Gardner (1983), mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga andai seseorang anak didapati sangat pintar belum pasti ibubapanya terdiri daripada ahli bijak pandai. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara anak-anak yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan
oleh
ibubapa
yang
kedua-duanya
adalah
profesional.
Kecerdasan seseorang boleh dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan sekiranya individu itu diberi peneguhan atau pengajaran. Anastasi (1958) dalam Tang Chee Yee (1990) mengatakan bahawa tidak ada gunanya berbahas yang mana faktor yang lebih penting dalam kecerdasan, yang pentingnya ialah bagaimana kedua-dua faktor persekitaran dan baka dapat dipertingkatkan dalam proses perkembangan manusia.
3.3 Adakah terdapat perbezaan kecerdasan dari segi jantina?
Perbezaan jantina sangat penting dalam masyarakat Asia. Kanak-kanak lelaki sejak kecil lagi telah ditanamkan sifat berani dan dianggap Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 13
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] semangat keluarga. Keluarga yang tiada anak lelaki dianggap satu kekurangan besar dalam setengah masyarakat Asia. Oleh itu, biasanya ibu bapa meletakkan harapan yang tinggi kepada anak lelaki untuk berjaya dalam pelajaran. Tapi fenomena yang biasa terdapat di sekolah ialah murid lelaki lebih nakal dan susah untuk mematuhi disiplin. Sementara murid perempuan pula lebih rajin, mematuhi disiplin dan lebih berjaya dalam pelajaran.
Biasanya perkembangan dari segi fizikal, kognitif, emosi dan social kanakkanak lelaki biasanya lebih lambat dua tahun berbanding dengan kanakkanak perempuan sebelum akil baligh. Selepas akil baligh barulah pertumbuhan mereka bertambah pesat.
Satu kajian telah dijalankan perkaitan di antara, skor ujian kecerdasan dan kebolehan akademik umum, kajian oleh Maccoby dan Jacklin, 1974 (dalam Banks dan Thompson, 1995) mendapati pelajar perempuan lebih baik dalam kecerdasan lisan atau bahasa. Sementara pelajar lelaki pula lebih baik dalam kecerdasan ruang atau ‘ visual-spatial.’ Ini bermakna pelajar perempuan lebih baik dalam perbendaharaan kata, tugasan mengeja perkataan dan membaca. Sementara pelajar lelaki pula lebih baik skornya untuk tugasan membaca peta,teka silang kata,teka-teki atau
Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 14
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] tugasan berkaian dengan ruang. Pelajar lelaki juga lebih tinggi pencapaian dalam matematik seperti dalam tugasan geometri.
3.4 Apakah faktor persekitaran yang mempengaruhi kecerdasan?
Ramai ahli psikologi berpendapat bahawa terdapat factor persekitaran yang mempengaruhi kecerdasan. Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif individu ketika berlaku dalam persekitaran sosio-budaya yang mempengaruhi pemikirannya. Kebanyakan daripada kemhiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi social kanak-kanak dengan ibu bapa, guru , orang dewasa lain dan rakan sebayanya. Vygotsky telah menyatakan bahawa bayi lahir dengan beberapa fungsi asas mental ( Elementary mental functions) iaitu perhatian sensasi, persepsi dan memeori yang kemudiannya berubah menerusi konteks dengan budaya kepada proses mental yang lebih rumit dikenali fungsi mental yang tinggi (Higher Mental Functions).
Pada peringkat awal kebolehan kanak-kanak membentuk ingatan (memory) terhad oleh kekangan biologi. Namaun, melalui budaya kanakKerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 15
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] kanak dibekalakan dengan alat untuk membuat adaptasi dalam fungsi asas mental. Setiap didikan asas yang diterapkan oleh ibu bapa di rumah akan menjadi teras kepada perkembangan peribadi anak-anak. Apabila anak-anak telah memasuki era yang lebih luasbterutamanya di sekolah, pengaruh dan contoh luar turut menyumbang peranan terhadap perkembangan kognitif dan kecerdasan anak-anak.
Pengaruh yang paling kuat selain daripada ibu bapa adalah rakan sebaya dan guru-guru di sekolah. Rakan sebaya dan guru-guru kadang-kala dalat menyumbang usaha merangsang dan mencungkil kecerdasan minda anak dengan suasana yang cukup menggalakkan. Mereka juga ingin memperluaskan bakat dan minat, mengenali lebih banyak perkara dan mengalami lebih banyak pengalaman untuk memperkayakan minda. Di sini letaknya peranan rakan dan guru-guru. Sebenarnya kanak-kanak perlu menjalani perkembangan emosi yang seimbang dan sihat untuk membolehkan tahap inteleknya dan mentalnya bekembang dengan sempurna. Keseimbangan ini memberikan ruang yang cukup untuk bermain dan berinteraksi terutamanya dengan rakan-rakan.
Dalam masyarakat Barat untuk mengigatkan sesuatu kanak-kanak dilatih untuk mencatat nota, sementara dalam masyarakat orang Asli seperti Senoi, untuk mengigat semula jalan menghala ke suatu tempat, kanakKerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 16
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] kanak digalakan untuk mencantas dahandahan poko atau ikat tali pada pokok, sebagai penanda laluan. Jadi, setiap budaya memindahkan cara hidup kepada kanak-kanak melalui interaksi social termasuk strategi mengingat
atau
cara
menggunakan
mental
untuk
berfikir.
Oleh sebab setiap masyarakat memindahkan system kepercayaan dan nilai kepada anak-anak bermakna setiap budaya juga membekalkan perkara yang perlu difikirkan oleh kanak-kanak. Tema Teori Vygotsky ialah perkembangan kognitif individu berlaku dalam konteks social. Oleh itu, menurut
pandangan
Vygotsky
perkembangan
kognitif
individu
termasuklah penguasaan tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh budaya
atau
masyarakat
di
mana
mereka
tinggal.
Mengikut Vygotsky, setiap peringkat umur perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat iaitu Tahap Sosial dan Tahap Individu (Peribadi) i.
Tahap Sosial
Tahap social ialah suatu maklumat atau suatu ilmu diperolehi oleh individu melalui interaksi dengan ibu bapa, guru, keluarga dan rakan sebaya. Melalui mereka individu belajar ilmu pengetahuan dan cara untuk mencapai tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Antara peranan yang dimainkan oleh rakan-rakan dalam membantu Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 17
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] kepada perkembangn inteleks seseorang kanak-kanak ialah di mana kanak-kanak dapat belajar tentang cara bertingkah laku dan cara menjalani kehidupan melalui rakan-rakannya.
Rakan sebaya akan dapat membantu kanak-kanak melihat kehidupan dari kaca mata yang berbeza . Ini membolehkan kanak-kanak dapat belajar dengan lebih banyak. Pertengkaran semasa bermain akan mengajar mereka tentang beberapa kemahiran baru termasuk disiplin, cara bergaul dan cara memenangi hati orang lain. Tidak semua rakan dapat membantu kea rah inteleks mereka . Jesteru itu ibu bapa harus berhati-hati dalam membantu anak bergaul dan memilih rakan-rakan. Guru merupakan model pembelajaran kepada kanak-kanak. Mereka menjadi panduan utama kepada kanak-kanak untuk membentuk strategi kea rah intelektual yang tinggi.
Di sekolah juga pelajar-pelajar akan bersosialisasi. Pengaruh teman dan rakan sebaya adalah begitu kuat dalam membentuk kognitif mereka. Gabungan antara institusi iaitu sekolah dengan ibu bapa dan rakan sebaya serta dibantu oleh suasana yang sentiasa positif sudah tentu dapat menyumbang lahirnya anak yang pintar dari segi kognitifnya.
Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 18
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] ii.
Tahap Individu Tahap individu atau peribadi ialah kefahaman peribadi seseorang individu bertukar maklumat atau pengetahuan dan percakapan social kepada percakapan individu (peribadi). Maklumat yang diterima ditukar kepada skema individu. Otak hemisfera ini berfungsi untuk mengawal dan menguasai aktiviti-aktiviti logical dan akademik seperti bahasa dan matematik. Sementara otak hemisfera kanak-kanak pula menguasai perkara-perkara yang berkaitan dengan imaginasi dan kreariativiti seperti muzik, imaginasi objek dan sebagainya. Kedua-dua hemisfera tidak perlu berfungsi secara seragam dan harmoni untuk memastikan tingkat keintelektulan yang tinggi. Kecerdasan pengalaman ialah individu yang mempunyai kebolehan dalam menemui celik akal berkebolehan untuk membentuk idea baru.
Piaget (1936) berpendapat yang setiap manusia cuba sedaya upaya untuk mengatur dan memahami rangsangan luaran yang memberi pengalaman kepadanya dalam bentuk skema. Borich & Tombari (199&) mendefinisikan skema satu rangka kognitif yang berkembang khusus dengan peningkatan umur. Satu daripada skema yang
terawal ialah
skema menghisab. Tiap-tiap skema bertambah melalui pengalaman dan pembelajaran iaitu dengan perkaitan yang terjalin dalam diri individu.
Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 19
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] Mengikut Piaget ( 1936) kebolehan inilah asas kepada perkembagan kognitif manusia.
Menurut Howard Gardner dan R.j . Sternberg, Kecerdasan boleh dipertingkat melalui pendidikan dan latihan. Mereka berpendapat bahawa ujian piawai bukan cara yang terbaik untuk mengukur kecerdasan. Sebaliknya mereka berpendapat bahawa cara terbaik untuk mengukur kecerdasan ialah melihat individu menyelesaiakan sesuatu masalah dalam
budayanya.
Mereka
percaya
bahawa
kecerdasan
sangat
dipengaruhi oleh budaya di mana seseorang itu hidup. Oleh itu, kajian kecerdasan mesti mengambil kira cara penyesuaian individu kepada persekitarannya. Contohnya, tingkah laku kecerdasan orang Eskimo perlu mengambil kira bagaimana mereka menyesuaikan diri kepada kehidupan yang sejuk dan sukar di Kutub Utara dan bukan kepada tahap pencapaian pendidikan mereka. Faktor persekitaran lain yang mempengaruhi kecerdasan makanann ialah berkaitan dengan zat makanan sewaktu dalam kandungan. Bahan makanan yang seimbang yang diambil oleh ibu sewaktu mengandung banyak mempengaruhi perkembangan fizikal dan juga mental kanakkanak . Kekurangan zat makanan serta makanan yang mengandungi dadah berlebihan.
Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 20
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] Vitamin tambahan seperti vitamin B Kompleks juga mempengaruhi kecerdasan terutama dalam menjana saraf otak kanak-kanak. Vitamin seimbang yang diterima oleh kanak-kanak akan membantu kanak-kanak membesar dipengaruhi olehan baik. Tahap kecerdasan juga dan dipengaruhi oleh rangsangan persekitaran deria motor. Ransangan yang diberi oleh ibu bapa akan membantu system saraf otak kanak-kanak untuk berkembang dengan baik. Sebagai contoh, kanak-kana yang diberi pendedahan terhadap alam sekitar akan lebih peka kepentingan tumbuh-tumbuhan serta haiwan yang berada di sekeliling mereka. Ini secara tidak langsung akan menamba pegetahuan mereka serta merangsang saraf-saraf otak untuk berfikir dengan lebih kritis. Satu lagi faktor yang mempengaruhi kecerdasan ialah saiz keluarga dan susunan kelahiran. Menurut Zajonc (1983 dalam Linda L.D, 1987) bilangan ahli keluarga serta susunan kelahiran memainkan peranan dalam perkembangan kecerdasan seseorang individu. Menurut beliau kanak-kanak yang mendapat perhatian dari orang yang lebih tua akan membesar dengan teratur. Di dalam kes ini, anak sulung merupakan mereka yang mendapat kelebihan. Plumbum
dikenali sebagai bahan beracun yang terdapat di kawasan-
kawasan perindustrian, cat yang telah lama serta makanan dalam tin yang disalut dengan plumbum. Kehadiran plumbum dalam tubuh badan Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 21
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113] manusia akan menyebabkan perkembangan otak manusia terbantut.Ia berfungsi
secara tidak langsung dengan menekan sistem saraf yang
mengawal keupayaan untuk memberi tumpuan serta memanjangkan rasa letih dan bercelaru kepada individu yang mengambilnya. Penutup Manusia yang cerdas adalah mereka yang berjaya menyelesaikan masalah-masalah
yang
mereka
hadapi.
Dengan
itu,
kecerdasan
merupakan perkara penting yang harus diberikan perhatian oleh semua pihak. Ibubapa terutamanya, perlu mengambil berat akan corak pemakanan serta kualiti persekitaran tempat tinggal mereka bagi menjamin kecerdasan yang baik untuk anak-anak. Keadaan ini bukan sahaja perlu dibentuk semasa kanak-kanak tersebut sedang membesar tetapi ianya perlu disemai sejak awal kandungan lagi.
Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 22
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113]
RUJUKAN: 1. Abdullah Nasih Ulwan.(1988a). Tarbiyyatul Awlad Fil-Islam
(Terjemahan: Pendidikan Anakanak dalam Islam oleh Syed Ahmad Semait. Jilid Satu). Pustaka Nasional Pte. Ltd. Singapura. 2. Gamal Abdul Nasir Zakaria. (2003). Prinsip-prinsip pendidikan Islam:
Ibnu Sahnun, Al-Qabisi, Ibnu Khaldun. PTS Publications & Distributor. Bentong. 3. Gardner, H. (1993). The unschooled nmind: How children think and
how schools should teach. Basic Books. 4. Gardner, H.(2005). Multiple lenses on the mind. Paper presented at
the ExpoGestion Conference, Bogota Colombia, May 25, 2005. http://www.pz.harvard.edu. Akses pada 17 Julai 2006. 5. Gardner, H. (1999). Intelligence Reframed: Multiple Intelligences for
the 21 century, New York: Basic Books. 6. Maarof Ridzuan dan Haslinda Abdullah (2002), Psikologi,Kuala Lumpur. Mc Graw Hill. 7. Mohd. Sidek Noah ( 2001 ). Psikologi Sosial. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. 8. Wechsler Adult Intelligence Scale (WAIS). Retrieved 08 January 2009
from Wikipedia, the free encyclopedia http://en.wikipedia.org/wiki/Wechsler_Adult_Intelligence_Scale Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 23
[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT Mac 2009 (SYP 5113]
9. Alkhausar
(2000).
Implikasi
Baka
Terhadap
Perkembangan
Manusia.Ogos,30-2007,09:07:06,-0700. http://alkauthar.blogspot.com/2007/08/implikasi-kepadaperkembangan-manusia.html 10. Mahirppb, SK KIONSOM INANAM (2008). Pelbagai Kecerdasan.
Mei,21-2008,22:13:08,-0700. http://ilyasak.blogspot.com/2008/05/teori-kecerdasan-pelbagai.html
Kerja Kumpulan Feb’09[Type text]
Page 24