FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER SEPTEMBER 2015
HMEF 5093 QUANTITATIVE RESEARCH METHODOLOGY (ASSIGNMENT 2)
NAMA
: GOSSTIN ANAK BLIN
NO. MATRIK
: CGS01209706
NO. KAD PENGNEALAN
: 840331-135447
NO. TELEFON
: 0138453330
ALAMAT E-MEL
:
[email protected]
NAMA PENSYARAH
: DR. LAU HIENG SOON
PUSAT PEMBELAJARAN
: SIBU LEARNING CENTRE
1
ISI KANDUNGAN
PERKARA
MUKA SURAT
1.0
ABSTRAK
2
2.0
PENGENALAN
3
3.0
SOALAN KAJIAN
4
4.0
RASIONAL KAJIAN
4-5
5.0
REKA BENTUK KAJIAN
6-7
6.0
POPULASI DAN SAMPEL
7
7.0
INSTRUMEN KAJIAN
8
8.0
PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
9
9.0
RANGKA KERJA UNTUK MENDAPATKAN ANALISIS DATA
10.0
KESIMPULAN
13
11.0
RUJUKAN
14
12.0
LAMPIRAN
2
10 -12
KAJIAN MASALAH KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS BAHASA MELAYU MURID-MURID SEKOLAH RENDAH PEDALAMAN DI SEBUAH SEKOLAH DAERAH SELANGAU
1.0
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah tentang kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di pedalaman. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah tinjauan deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik yang digunakan merangkumi maklumat latar belakang dan masalah yang dialami oleh murid dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis. Pengkaji memberi fokus kepada dua aspek iaitu apakah masalah yang dialami oleh murid sekolah rendah di pedalamanan dalam kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dan perbezaan persepsi murid terhadap pengajaran guru dalam kemahiran membaca dan menulis. Sekolah yang terlibat dalam kajian ini merupakan sebuah sekolah jenis kebangsaan kategori pedalaman tiga di daerah Selangau. Responden kajian ini merupakan murid yang berada di Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Perisian SPSS for Windows digunakan untuk menganalisa data yang telah diperolehi melalui borang soal selidik. Hasil dapatan kajian juga diterangkan dalam bentuk jadual dan penerangan deskriptif oleh pengkaji. Seterusnya, setelah masalah kemahiran membaca dan menulis telah dapat dikenal pasti puncanya, satu langkah atau strategi yang difikirkan bersesuaian dan relevan bagi mengatasi masalah dan puncanya. Usaha tersebut adalah melibatkan ibu bapa, pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan seterusnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
3
2.0
PENGENALAN
Mata pelajaran Bahasa Melayu adalah merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib diambil dan lulus di semua peringkat peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM dan di peringkat yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, apa yang amat ditekankan dalam penguasaan Bahasa Melayu ialah asas dalam kemahiran membaca dan menulis bermula dari prasekolah hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Matlamat ini tidak begitu mudah untuk dicapai kerana proses pembelajaran membaca dan menulis itu sendiri amat kompleks dan telah wujud masalah dalam pembelajaran membaca dan menulis (Cecil D Mercer, 1989). Disamping itu, Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa yang agak asing bagi masyarakat dan murid-murid di sekolah pedalaman amnya. Penguasaan Bahasa Melayu oleh murid-murid yang bersekolah di pedalaman misalnya sekolah rendah perlu melalui proses pembelajaran membaca dan menulis dengan cara yang betul. Ini adalah disebabkan oleh salah satu faktor dimana murid-murid di sekolah rendah pedalaman hanya terdedah kepada situasi untuk berkomunikasi dalam satu bahasa dengan satu kaum sahaja dan seterusnya di sekolah rendah pedalaman pun kebanyakannya terdiri daripada guru tempatan yang sama kaum. Kemahiran membaca merupakan sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah untk memperolehi ilmu pengetahuan. Keupayaan membaca adalah suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Manakala kemahiran menulis pula merupakan kemahiran berbahasa tertinggi yang berkembang selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa seseorang individu. Kemahiran ini juga merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan satu proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira maklumat, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan. Disamping itu juga, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang dapat menjadi asas kepada keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Selain itu, ianya dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu khususnya.
4
3.0
SOALAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan berikut:
1. Apakah masalah kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah pedalaman? 2. Apakah masalah kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah pedalaman? 3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tentang persepsi murid terhadap pengajaran guru dalam kemahiran membaca dan menulis mengikut kelas Tahun 4, 5 dan 6?
4.0
RASIONAL KAJIAN
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan Laporan Modul Offline Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah sistem dimana tahap pencapaian murid telah dapat dikenalpasti oleh guru mata pelajaran masing-masing. Kedua-dua sistem ini merupakan satu maklum balas murid terhadap pengajaran guru selama ini sama ada sebelum dan selepas menjalani ujian dan pentaksiran formatif dan sumatif. Setelah keputusan murid dan pencapaian semua mata pelajaran teras diproses dan dianalisis, di dapati mata pelajaran Bahasa Melayu agak kurang memuaskan dalam kalangan murid tahap 2 khasnya Tahun 4, 5 dan 6 di salah sebuah sekolah rendah pedalaman yang dipilih di Daerah Selangau. Kelemahan murid-murid walaupun sudah berada ditahap dua iaitu Tahun 4, 5 dan 6 dalam kemahiran membaca dan menulis sering dibincangkan dalam kalangan guru-guru bahasa di setiap sekolah khasnya di pedalaman. Masalah pembacaan dan penulisan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah pedalaman telah disedari ramai kerana kenyataannya bukan sahaja dilihat oleh para guru dan jabatan pendidikan yang terlibat dalam tugas pengajaran malah juga oleh ibu bapa, penulis-penulis dan badan-badan bukan kerajaan yang sentiasa mengambil berat tentang kemajuan sekolah-sekolah rendah pedalaman di Malaysia. Kebolehan untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis merupakan suatu ilmu yang perlu dikuasi oleh semua murid agar dapat mendalami perkataan dan huruf dengan sebutan bunyi dan perbezaan bentuk huruf yang betul. Membaca adalah tugas intelek yang kompleks dan
5
melibatkan lebih kemahiran daripada sekadar mengenal dan menyebut perkataan penguasaan dalam pembacaan bergantung kepada amalan membaca pelbagai bahan dalam bidang yang luas (Halimah Badioze Zaman dan Jamaliah Mohd. Ali, 1994). Walau bagaimanapun, amalan membaca dalam kalangan anak-anak murid masih di peringkat rendah lebih-lebih lagi di sekolah pedalaman. Justeru itu, kemahiran menulis akan turut mengalami akibat yang sama disebabkan oleh lemahnya kemahiran membaca dalam kalangan anak-anak murid. Murid-murid sekolah rendah di pedalaman sering menghadapi keadaan di mana mereka sentiasa melakukan kesalahan bahasa dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Melayu, malah pertuturan ini pula berkembang menjadi satu variasi bahasa dalam komunikasi harian. Manakala dalam penulisan Bahasa Melayu dipengaruhi oleh tatabahasa bahasa ibunda masing-masing. Melalui penulisan projek penyelidikan ini boleh dijadikan sebagai percubaan oleh penulis untuk mengenal pasti permasalahan dalam kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah pedalaman berdasarkan dapatan kajian daripada sebuah sekolah yang telah dipilih di Daerah Selangau.
6
5.0
REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah bersifat tinjauan deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik. Reka bentuk kajian yang dijalankan oleh penyelidik ini adalah lebih menjurus kepada cara serta bagaimana untuk mendapatkan jawapan bagi persoalanpersoalan kajian yang telah ditimbulkan. Ia juga merupakan kaedah untuk
mendapatkan
objektif-objektif kajian yang cuba dicapai oleh penyelidik. Lokasi kajian sekolah yang terlibat dalam kajian ini merupakan sebuah sekolah pedalaman kategori pedalaman tiga di Daerah Selangau. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan. Responden kajian ialah murid Tahun 4, 5 dan 6 yang telah menduduki ujian akhir tahun 2015. Murid yang terlibat dalam kajian ini seramai 50 orang dipilih secara rawak daripada perbagai jantina. Pemilihan responden ini berdasarkan
kemudahan yang
diperolehi oleh pengkaji dengan bantuan rakan guru yang mengajar di sekolah rendah di pedalaman tersebut. Ini adalah bertepataan dengan saranan Mohd Majid Konting (2005), iaitu kebaikan untuk memilih sampel adalah yang boleh mengurangkan kos, tenaga dan masa kajian tetapi tidak mendapat tentangan daripada pihak sekolah, ppd dan kominiti setempat. Pengumpulan data juga adalah berdasarkan edaran soal selidik yang merangkumi bahagian latar belakang murid-murid iaitu maklumat demografi, permasalahan kemahiran membaca, permasalahan menulis dan persepsi murid terhadap kaedah pengajaran guru Bahasa Melayu dalam kemahiran membaca dan menulis. Soal selidik ialah alat pengumpulan data secara tidak langsung, penyelidik tidak langsung bersoal jawab dengan responden (Nana, 2005). Proses pengumpulan data adalah dengan bantuan para guru yang memasuki kelas murid untuk menjawab tanpa menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Perisian SPSS for Windows digunakan untuk menganalisa data yang diperolehi melalui responden borang soal selidik. Hasil dapatan kajian akan diterangkan dalam bentuk jadual dan penerangan deskriptif seperti dalam arahan jadual ‘Crosstab’.
7
Rajah 1: Reka Bentuk Kajian
Ujian Pencapaian Murid
Borang Soal Selidik diedarkan
Data Responden (Dimasukkan ke dalam Arahan Jadual Crosstab)
Analisis data menggunakan Data SSPS for Windows
6.0
POPULASI DAN SAMPEL
Populasi bagi kajian ini adalah murid sekolah rendah pedalaman. Manakala pemilihan sampel adalah terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6. Tujuan murid tahap dua ini dipilih secara rawak adalah berdasarkan pencapaian Bahasa Melayu dalam keputusan ujian akhir tahun 2015. Jumlah murid Tahun 4, 5 dan 6 adalah seramai 60 orang. Akan tetapi, sampel kajian dipilih seramai 52 orang sahaja berdasarkan penentuan saiz sampel mengikut formula Krejcie & Morgan (1970). Sampel yang telah dipilih adalah sekaligus untuk mewakili keseluruhan populasi bagi sebuah sekolah rendah pedalaman yang dikaji.
8
7.0
INSTRUMEN KAJIAN
Bagi proses menjalankan kajian ini, pengkaji menyediakan satu instrumen yang sesuai bagi mengumpulkan data untuk dianalisis. Instrumen terdiri daripada soal selidik untuk mengkaji masalah murid dalam kemahiran membaca dan menulis di sekolah rendah pedalaman selepas ujian pencapaian murid akhir tahun.
7.1
Ujian Pencapaian Tujuan ujian dilakukan adalah untuk menentukan sejauh mana pencapaian murid
dalam sesuatu proses pembelajaran diukur tahap penguasaannya. Proses ujian dapat diuji melalui pemerhatian atau tinjauan, ujian bertulis ataupun tidak bertulis (lisan). Ujian pencapaian ialah wajib dilaksanakan diperingkat sekolah untuk mengukur aspek pencapaian akademik dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran murid selepas menjalani proses pembelajaran dan pengajaran oleh guru sama ada dalam bilik darjah ataupun luar bilik darjah. Dalam kajian ini, hasil analisis ujian pencapaian ujian akhir tahun digunakan untuk membuat tinjauan awal sebelum mengedarkan borang soal selidik terhadap sampel kajian.
7.2
Pentadbiran Soal Selidik Guru Bahasa Melayu membantu untuk mentadbir Soal Selidik. Soal Selidik
mengandungi latar belakang responden berkaitan faktor-faktor yang mungkin turut mempengaruhi kemahiran membaca dan menulis murid-murid dalam Bahasa Melayu. Item-item dalam Soal Selidik ini dikategorikan kepada:
Bahagian A: Maklumat Demografi i.
Jantina
ii.
Umur
iii.
Kelas
iv.
Lokasi Sekolah
v.
Pekerjaan Ibu bapa
9
Bahagian B: Berkaitan dengan permasalahan kemahiran membaca dan menulis yang memerlukan murid untuk menjawab Ya atau Tidak sahaja. Bahagian C: Berkaitan dengan persepsi murid terhadap pengajaran guru Bahasa Melayu dalam kemahiran membaca dan menulis. Bahagian ini menggunakan Skala Likert 5 Mata seperti berikut:
8.0
Peringkat
Singkatan
Skor
Sangat Setuju
SS
5
Setuju
S
4
Tidak Pasti
TP
3
Tidak Setuju
TS
2
Sangat Tidak Setuju
STS
1
PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Penyelidik mentadbir borang soal selidik kepada 60 sampel Tahun 4, 5 dan 6 yang telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Pada mulanya penyelidik memberi arahan kepada guru yang mentadbir soal selidik untuk memberi satu penerangan umum kepada sampel tentang cara menjawab soal selidik. Responden menjawab soal selidik dibawah penyeliaan guru. Setelah maklumat dikumpul, pengkaji memulakan proses untuk menganalisis data menggunakan kaedah statistik deskriptif. Skor mentah bagi semua pernyataan masalah dan persepsi murid dalam soal selidik yang diperolehi akan diubahsuai dan dibahagikan kepada tiga aras iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Pengkaji menganalisis data menggunakan kaedah ini untuk melihat dengan jelas kekerapan dan peratusan yang diperolehi melalui data responden yang telah dikumpulkan dan dapat menjawab soalan-soalan kajian ini dengan tepat.
10
9.0
RANGKA KERJA UNTUK MENGANALISIS DATA
Hasil dapatan kajian ini akan diterangkan dalam bentuk jadual dan penerangan deskriptif. Seterusnya bahagian ini menjawab soalan kajian iaitu:
1. Apakah masalah kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah pedalaman? Contoh Jadual 1: Kekerapan dan Peratus Permasalahan Kemahiran Membaca Pernyataan Masalah
Kekerapan
Peratus (%)
Isi kandungan teks sukar untuk difahami Tidak faham maksud ayat yang dibaca Tidak lancar untuk membaca Cepat jemu dan letih
Jadual 1 menunjukkan data kekerapan dan peratusan permasalahan kemahiran membaca berdasarkan empat pernyataan masalah yang telah dikenalpasti dalam kalangan murid. Kekerapan data responden akan dikumpulkan dan dianalisis terlebih dahulu dalam jadual ini bagi menentukan pernyataan masalah dalam kemahiran membaca manakah yang lebih tinggi nilai kekerapannya dan diikuti oleh nilai peratusannya. Seterunya data mentah ini akan diuji ke dalam data SPSS untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan data dalam bentuk skor min dan sisihan piawai. Berdasarkan data SPSS ini nanti jenis masalah kemahiran membaca yang lebih cenderung dihadapi oleh murid dapat ditentukan dengan lebih tepat.
11
2. Apakah masalah kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah pedalaman? Contoh Jadual 2: Kekerapan dan Peratus Permasalahan Kemahiran Menulis Pernyataan Masalah
Kekerapan
Peratus (%)
Tidak dapat membezakan huruf besar dengan huruf kecil Tidak dapat mengecam abjad Tidak faham maklumat yang ditulis Tidak tahu menggunakan tanda baca Tidak dapat menulis dengan baik Tidak tahu menulis karangan yang bermakna Mudah berasa penat dan letih semasa menulis Mengeja untuk menulis
Jadual 2 menunjukkan data kekerapan dan peratusan permasalahan kemahiran menulis berdasarkan lapan pernyataan masalah yang telah dikenalpasti dalam kalangan murid. Kekerapan data responden akan dikumpulkan dan dianalisis terlebih dahulu dalam jadual ini bagi menentukan pernyataan masalah dalam kemahiran membaca manakah yang lebih tinggi nilai kekerapannya dan diikuti oleh nilai peratusannya. Seterunya data mentah ini juga akan dianalisis ke dalam data SPSS bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan data dalam bentuk skor min dan sisihan piawai. Melalui analisis data SPSS ini masalah kemahiran menulis yang lebih cenderung dalam kalangan murid akan dapat dikenalpasti dengan lebih tepat dan jitu.
12
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tentang persepsi murid terhadap pengajaran guru Bahasa Melayu dalam kemahiran membaca dan menulis mengikut kelas Tahun 4, 5 dan 6?
Contoh Jadual 3: Crosstab perbezaan persepsi murid terhadap pengajaran guru Bahasa Melayu dalam kemahiran membaca dan menulis mengikut kelas Tahun 4, 5 dan 6.
Kemahiran
Persepsi Murid
Tahun 4 Peratus Kekerapaan (%)
Tahun 5 Peratus Kekerapaan (%)
Tahun 6 Peratus Kekerapaan (%)
SS Kemahiran Membaca
S TP TS STS SS
Kemahiran Menulis
S TP TS STS
SS = Sangat Setuju, S = Setuju, TP = Tidak Pasti, TS = Tidak Setuju, STS = Sangat Tidak Setuju
Jadual‘Crosstab’ digunakan bagi melihat taburan kekerapan dan peratusan antara pemboleh ubah. Taburan ini dibaca dalam bentuk kekerapan dan peratus supaya mudah difahami. Keputusan ini juga dapat memenuhi soalan seterusnya iaitu menentukan perbezaan ketara tentang persepsi murid terhadap pengajaran guru Bahasa Melayu dalam kemahiran membaca dan menulis mengikut kelas Tahun 4, 5 dan 6.
13
10.0
KESIMPULAN
Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran yang sangat penting untuk dikuasi oleh murid-murid terutamanya di sekolah pedalaman. Penguasaan kemahiran ini tidak menjadi kenyataan seandainya murid-murid tidak dilatih dan didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah pembelajaran bacaan dan tulisan. Guru adalah individu yang memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid sekolah rendah. Seseorang guru yang berkualiti haruslah membuat perubahan paradigma yang lebih terbaru dan moden iaitu daripada kaedah konvensional kepada kaedah yang moden dan canggih. Akhirnya, sudah pasti prestasi murid dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis dapat dipertingkatkan ke tahap yang diimpikan warga KPM dan sekolah.
14
RUJUKAN
Benz, C., & Newman, I. (1998). Qualitative-quantitative research methodology: Exploring the interactive continuum. Carbondale: Southern Illinois University Press.
Johnson B. & Christensen L. (2000). Educational research quantitative and qualititative approaches. Needham Heights M.A. A Pearson Education Company.
Kamus Dewan (1989). Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka
Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai.
Mok Soon Sang (2004). Ilmu Pendidikan untuk KPLI Sekolah Rendah. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Prof Dr John Arul Phillips (2013). Quantitative Research Methodology. Open University Malaysia (OUM).
Zulkifley Hamid. (2006). Aplikasi psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
15
16
SOAL SELIDIK BAHAGIAN A: Maklumat Demografi Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan.
1. Jantina
Lelaki
Perempuan
2. Umur
10 Tahun
11 Tahun
12 Tahun
3. Kelas
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
4. Lokasi Sekolah
Bandar Luar Bandar Pedalaman
5. Daerah
Sibu Kanowit Selangau
6. Negeri
SARAWAK
7. Pekerjaan Ibu bapa / Penjaga
Bekerja Sendiri Tidak Bekerja Petani Buruh Pekerja Swasta Kakitangan Kerajaan
17
BAHAGIAN B: (i)
Permasalahan Kemahiran Membaca Arahan: Sila tandakan (/) pada ruangan yang dipilih.
(ii)
Bil
Pernyataan
1.
Isi kandungan teks sukar untuk difahami.
2.
Tidak faham maksud ayat yang dibaca.
3.
Tidak lancar untuk membaca
4.
Cepat jemu dan letih
YA
TIDAK
Permasalahan Kemahiran Menulis Arahan: Sila tandakan (/) pada ruangan yang dipilih.
Bil
Pernyataan
1.
Tidak dapat membezakan huruf besar dengan huruf kecil
2.
Tidak dapat mengecam abjad
3.
Tidak faham maklumat yang ditulis
4.
Tidak tahu menggunakan tanda baca
5.
Tidak dapat menulis dengan baik
6.
Tidak tahu menulis karangan yang bermakna
7.
Mudah berasa penat dan letih semasa menulis
8.
Mengeja untuk menulis
18
YA
TIDAK
BAHAGIAN C: Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Guru Bahasa Melayu dalam Kaedah Membaca dan Menulis.
Arahan: Sila tandakan (/) pada ruangan yang dipilih. Panduan : SS = Sangat Setuju , S = Setuju, TP = Tidak Pasti, TS = Tidak Setuju, STS = Sangat Tidak Setuju KAEDAH MEMBACA Bil
Pernyataan
1
Latihan Bacaan Tambahan
2
Kaedah latih tubi
3
Aktiviti Pengajaran Menarik
4
Dorongan guru dan situasi yang menarik
5
Guru menggunakan bahan bantu mengajar
SS
S
TP
TS
STS
S
TP
TS
STS
KAEDAH MENULIS Bil
Pernyataan
1
Pelbagai aktiviti menulis diadakan
2
Guru menyediakan latih tubi
3
Guru menyebut perkataan
4
Guru menggunakan bahan bantu mengajar
SS