Assignment 2

  • Uploaded by: Adibah Salihah binti Jalaluddin
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assignment 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 8,662
  • Pages: 33
Tugasan ini adalah disediakan secara individu.Ia diberi pada 22 Mei 2008 dan perlu diserahkan pada 9 Jun 2008.Tugasan ini dapat disiapkan dengan bersungguhsungguh mencari maklumat tentang isu yang diberi. Tugasan ini adalah berkaitan isu remaja,cinta dan seks.Dalam tugasan ini telah dimuatkan dengan isu yang begitu padat dan berguna.Tugasan ini mengandungi kebaikan dan keburukan daripada isu tersebut.Selain itu,diselitkan juga langkah-langkah yang dicadangkan untuk menyelesaikan masalah bagi isu tersebut. Adalah diharapkan tugasan ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan yang berguna kepada pelajar-pelajar lain.

Dalam menyiapkan tugasan ini,saya telah dibantu oleh beberapa pihak.Justeru itu,tugasan ini dapat disiapkan dengan lancar dan dihantar pada masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Sa’adah bt Sumrah selaku guru yang memberikan info dan panduan bagi menyiapkan tugasan ini.Dengan penjelasan yang telah diberikan oleh beliau,proses penyediaan tugasan ini dapat dijalankan. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada ibu bapa yang memberikan sokongan penuh bagi menjayakan tugasan ini serta rakan-rakan yang memberikan panduan mencari maklumat menerusi internet,majalah serta bahan rujukan lain. Budi baik semua amat dihargai.Sekian,terima kasih.

Apa definisi remaja? Remaja didefinisikan sebagai masa peralihan dari masa kanak-kanak ke masa dewasa.Batasan usia remaja berbeza-beza sesuai dengan sosial budaya setempat. Menurut WHO (badan PBB untuk kesihatan dunia) batasan usia remaja adalah 12 hingga 24 tahun.Sedangkan dari segi program pelayanan, definisi remaja yang digunakan oleh Departmen Kesihatan adalah mereka yang berusia 10 hingga 19 tahun dan belum berkahwin.Sementara itu, menurut BKKBN (Direktorat Remaja dan Perlindungan Hak Reproduksi) batasan usia remaja adalah 10 hinnga 21 tahun. Setiap remaja harus mempersiapkan diri sebagai khalifah Allah. Mereka harus mempunyai tujuan dan kesungguhan sebagai insan yang taat dan kreatif.Tujuan hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai ke dalam diri seorang remaja jika mereka mahu berjaya dan maju sebagai generasi yang cemerlang dan diberkati.

Pengendalian Diri Remaja memerlukan pengendalian diri kerana remaja belum mempunyai pengalaman yang memadai dalam perkara ini. Masa remaja banyak menyentuh perasaan seorang remaja sehingga menimbulkan jiwa yang sensitif dan peka terhadap diri dan lingkungannya. Perkembangan ini ditandai dengan cepatnya pertumbuhan fizikal dan seksual. Akibat dari pertumbuhan fizikal dan seksual yang cepat itu maka timbullah kegoncangan dan kebingungan dalam diri remaja, khususnya dalam memahami hubungan lain jenis. Dari keadaan yang dihadapi remaja ini akan menimbulkan dua masalah. Pertama dorongan seksual kerana ingin membuktikan bahawa diri telah dewasa sehingga berakhlak yang kurang sopan di tengah masyarakat, sehingga orang ramai menilai bahawa remaja hanya menimbulkan masalah. Padahal ketika itu remaja sedang merabaraba dalam mencari jatidirinya.Kedua, mungkin juga remaja hilang kendali dalam dirinya sehingga lebih cenderung mengikuti nafsunya itu, ataupun remaja lebih suka menyendiri dan menutup diri. Remaja yang merasakan bahawa fizikalnya sudah seperti orang dewasa sehingga ia merasa pula harus bersikap seperti orang dewasa untuk menutup keadaan dirinya yang sebenar harus memahami bahawa anggapannya itu hanya sekadar imitasi atau peniruan.

Untuk itu remaja harus pandai mengendalikan diri dalam menghadapi dunia yang penuh dengan pancaroba dan gejolak ini. Hindarilah dari hanya mengikut kehendak hati, tapi gunakanlah fikiran agar setiap keputusan yang diambil benar-benar mengikuti citarasa ibu bapa, masyarakat dan agama.

Rasa Kebebasan Remaja Pada usia remaja sangat memerlukan kebebasan emosional dan material. Kematangan dalam bidang fizikal atau tubuh mendorong remaja untuk berdikari dan bebas dalam mengambil keputusan untuk dirinya sehingga remaja terlepas dari emosi ibu bapa dan keluarga. Ramai ibu bapa tidak memahami keinginan yang tersimpan di dalam jiwa remaja, sehingga membatasi sikap, keperibadian dan tindakan-tindakan mereka, dengan alasan merasa belas kasihan dan lain-lain. Dengan cara ibu bapa sedemikian remaja merasa dirinya tidak dipercayai oleh orang tuanya, akibatnya remaja yang tidak memahami akan hakikat dirinya sendiri akan memberontak dan melawan kepada kedua ibu bapa. Remaja yang beriman akan mengerti bahawa rasa kebebasan yang timbul dari dalam dirinya itu bukan selamanya harus dituruti, tetapi harus diatasi dengan cara yang bijaksana. Memang betul dalam satu aspek remaja memerlukan kebebasan untuk menentukan keputusannya, namun dari aspek lain remaja masih memerlukan orang tua untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepadanya. Jadi berfikirlah secara positif agar tuntutan dalam diri itu tidak mengalahkan tuntutan dan kehendak mulia orang tua terhadap diri anaknya. Jika ini dapat diatur secara efektif maka tidak akan timbul konflik kejiwaan dalam diri seorang remaja.

Rasa Kekeluargaan Remaja Sebetulnya keperluan remaja terhadap kebebasan diri sendiri dan ingin berdikari itu bertentangan dengan keperluannya untuk bergantung terhadap ibu bapanya. Gejolak jiwa tersebut membuat remaja merasa tidak aman, kerana dari satu aspek ia sangat memerlukan keluarganya, namun dari segi yang lain dia ingin berdikari. Pengalaman kejiwaan semacam ini menyebabkan remaja menjadi bingung dan tidak menentu. Bagi remaja yang mengerti peristiwa yang sedang menimpa jiwanya dia akan berhati-hati dalam mengmbil sebarang tindakan, sehingga ia akan menjadi remaja yang tidak tertekan perasaan. Rasa kekeluargaan dalam diri remaja ini bukan saja terjadi dalam lingkungan ibu bapa dan sanak saudara, tetapi juga pada kelompok teman seperjuangan, organisasi, sukan dan lain-lain. Jika perasaan ini disemai dengan baik, maka remaja tidak akan mengalami stres dan tekanan perasaan dan menjadikan kecenderungan jiwanya itu ke arah yang positif.

Kehidupan Sosial Remaja Remaja sangat memerlukan agar kehadirannya diterima oleh orang-orang yang ada dalam lingkungannya, di rumah, di sekolah ataupun dalam masyarakat di mana ia tinggal. Rasa diterima kehadirannya oleh semua pihak ini menyebabkan remaja merasa aman, kerana ia merasa bahawa ada dukungan dan perhatian terhadap dirinya. Perkara ini merupakan motivasi yang baik bagi diri remaja untuk lebih berjaya dalam menghadapi kehidupannya. Penerimaan masyarakat terhadap diri seseorang berperanan dalam mewujudkan kematangan emosi. Pada umumnya remaja sangat peka terhadap pujian dan cacian disekitarnya sehingga menyebabkan remaja mudah tersinggung. Jika ini terjadi remaja hendaklah memahami bahawa tidak semua manusia itu dalam keadaan serba baik, kemungkinan kesilapan yang dilalakukan oleh masyarakat sekitar itu dapat mendorong kita lebih matang dalam menghadapi masalah. Remaja juga harus menyedari, kemungkinan juga cacian dan celaan itu timbul kerana kesalahan dari pihak remaja sendiri. Bagi remaja yang beriman akan menghadapi suasana sosial semacam ini dengan lebih tenang dan sabar, sehingga ia akan menjadi remaja yang berhasil dan cemerlang.

Penyesuaian Diri Remaja Penyesuaian diri terhadap orang lain dan lingkungan sangat diperlukan oleh setiap orang, terutama dalam usia remaja. Kerana pada usia ini remaja banyak mengalami kegoncangan dan perubahan dalam dirinya. Apabila seseorang tidak berhasil menyesuaikan diri pada masa kanak-kanaknya, maka ia dapat mengejarnya atau memperbaikinya pada usia remaja. Akan tetapi apabila tidak dapat menyesuaikan diri pada usia remaja, maka kesempatan untuk memperbaikinya mungkin akan hilang untuk selama-lamanya, kecuali boleh didapati melalui pengaruh pendidikan dan latihan-latihan. Remaja yang mampu menyesuaikan diri dengan orang lain dan lingkungannya mempunyai ciri-ciri antara lain; suka bekerjasama dengan orang lain, simpati, mudah akrab, disiplin dan lain-lain. Sebaliknya bagi remaja yang tidak mampu menyesuaikan dirinya dengan orang lain atau lingkungannya mempunyai ciri-ciri; suka menonjolkan diri, menipu, suka bermusuhan, egoistik, merendahkan orang lain, buruk sangka dan sebagainya. Jika kebetulan remaja belum mampu menyesuaikan diri dengan cara yang lebih baik, maka berusahalah ke arah pembinaan akhlak yang mulia, maka insya Allah suatu saat nanti kita akan mampu. Seorang remaja jangan lekas putus asa dan patah hati dalam menghadapi kehidupan ini jika ingin lebih sukses dan cemerlang di masa akan datang.

Keyakinan Agama dan Nilai Murni Remaja Keinginan remaja terhadap sesuatu kadang kala tidak dapat dipenuhi kerana dihalangi oleh ketentuan agama dan adat kebiasaan di tengah masyarakat. Pertentangan itu semakin ketara jika remaja menginginkan sesuatu hanya menurut selera dan kehendaknya saja. Mereka berpakaian yang tidak senonoh, menonton video lucah dan berperangai tidak manis di pandang mata, padahal semua perbuatan ini berlawanan dengan ketentuan agama dan nilai-nilai murni. Bagi remaja yang pandai menempatkan dirinya pada posisi yang betul maka dia akan menghindari segala keinginan yang tercela dari kehidupannya. Pertentangan antara keinginan remaja dengan ketentuan agama ini menyebabkan jiwa remaja memberontak dan berusaha menepis kenyataan itu dengan menurutkan kata hatinya.Remaja yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia serta mempunyai lingkungan keluarga yang menjalankan perintah agama, maka perkara ini dengan mudah mereka hadapi. Namun bagi remaja yang telah terlanjur melaksanakan sesuatu yang berlawanan dengan perintah agama hendaklah berusaha memperbaiki diri agar tidak sentiasa terlena dengan sesuatu pengaruh dan kenikmatan yang bersifat semantara itu. Demikianlah di antara pengaruh atau gejolak jiwa yang terjadi dalam diri seorang remaja. Semuanya memerlukan perhatian remaja dalam memahami dirinya sendiri, serta perhatian ibu bapa agar ada saling pengertian dalam menghadapi dan memahami seorang insan yang berstatus REMAJA. Semoga informasi tentang remaja ini berguna dalam menjana para remaja dan pelajar dalam menghadapi abad yang penuh dengan cabaran dan godaan ini.

Remaja Cermin Bangsa Golongan remaja merupakan aset negara yang paling istimewa, berharga dan bernilai, malah mereka juga merupakan tulang belakang negara dan penyambung generasi akan datang. Mereka juga bakal pernimpin agama, masyarakat dan negara. Bagaimanapun, kebelakangan ini kita sering mendengar masalah yang sering ditimbulkan oleh golongan remaja ini sehingga terfikir adakah mereka ini yang bakal memimpin negara suatu masa nanti dan secara tidak langsung mencerminkan wajah bangsa kita. Jika rosak remaja, rosaklah sesebuah negara sebagaimana seorang penyair Arab, Shauqey Bek pernah menyebut, "Keunggulan bangsa kerana akhlaknya, runtuh akhlak runtuhlah mereka.”(kertas kerja Dr. Che Noraini Hashim, UIA - internet) Remaja dapat kita definisikan sebagai satu kumpulan anak-anak muda yang berumur

antara 12 hingga 21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan ´remaja´ berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. Kamus Dewan (1984) mentakrifkan remaja sebagai peringkat umur mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin. Manakala dalam Islam tiada secara spesifik istilah remaja. Apa yang ada ialah takrif Baligh yang membezakan had umur kanak kanak dan golongan mukallaf (dewasa / berakal).(ibid) Golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba serta sedang menuju ke tahap matang untuk menjadi seorang dewasa, zaman remaja merupakan satu jangka waktu bagi seseorang melengkapkan diri untuk menuju ke alam kedewasaan. Pelbagai langkah dan usaha telah dan sedang dijalankan untuk membanteras kegiatan tidak bermoral dan keruntuhan akhlak remaja ini, namun nampaknya semakin menjadijadi karenah mereka ini dan peratusan remaja dan pelajar kita yang terjebak dalam masalah sosial ini semakin meningkat setiap tahun. Apa yang akan berlaku kepada generasi dan warisan yang mencerminkan bangsa kita suatu masa nanti jika remaja hari ini terus hanyut dalam keruntuhan akhlak seperti melepak, penagihan dadah, seks rambang, pembuangan bayi, jenayah juvana, lari dari rumah, kelakuan lucah, bohsia, bohjan, minum arak, berdisko, merokok, ´mat rempit´ dan lain lain. Sering terpapar di media massa dan cetak kisah remaja yang giat membuat onar sehingga menjadi api yang membakar secara perlahan-lahan, meruntuhkan tamadun kemanusiaan dan menunjukkan kemunduran akhlak remaja negara kita. Amat sedih apabila memikirkan golongan remaja dan pelajar yang terjebak dalam aktiviti tidak bermoral ini adalah antara genarasi yang bakal menerajui negara bila kita tiada kelak. Tidakkah mereka ini sedar betapa besar peranan dan tanggungjawab mereka kepada agama, bangsa dan negara? Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Dr. Che Noraini Hashim dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), banyak faktor yang mengundang kepada salah laku remaja ini seperti kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak, kegagalan memberikan pendidikan agama dan moral, kegagalan memberikan keperluan semasa yang mencukupi serta kurangnya kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak.

Faktor lain adalah seperti pengaruh rakan sebaya, pengaruh dari media – contohnya, rancangan yang berunsur keganasan atau seks kerana media merupakan cara pantas remaja meniru gaya dan budaya yang ditontoni, kelemahan dalam sistem pendidikan seperti kegagalan guru menyampaikan mesej atau lokasi sekolah yang berhampiran dengan pusat beli-belah dan faktor sekeliling juga boleh mempengaruhi tingkah laku remaja seperti kelab-kelab malam, pub dan pusat karaoke yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, taman-taman rekreasi dan bunga yang menjadi tempat remaja bermadu asmara tanpa ada teguran daripada pihak yang bertanggungjawab dan hotel yang tidak menghalang remaja lelaki,perempuan yang bukan muhrim menginap di permis mereka. Walau apa sekalipun faktornya, remaja itu sendiri harus menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka untuk menilai setiap perbuatan dan keputusan yang bakal mereka buat kerana akal ini yang membezakan manusia daripada binatang. Jangan asyik menyalahkan ibu bapa, rakan-rakan dan perkembangan semasa jika akal yang ada tidak diguakan hanya untuk perhiasan. Biarpun sehebat mana kemajuan yang dicapai semuanya tidak bererti jika akhlak remaja runtuh maka akan runtuhlah sesebuah negara. “Cerminlah diri kerana anda remaja yang menjadi cermin bangsa.” http//www.yadim.com.my/Remaja/RemajaFull.asp?offset=5&RemajaID=73

N

>

Rencana

>>

Remaja

Cinta Menurut Pandangan Islam 03 August 2004

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu. Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka. Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan. Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras. Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata. Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spiritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal. Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat

alas Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana 50480, Kuala Lumpur Tel : 603-22746077 Fax : 603-22732330 :- [email protected] -:

Apa it u Cinta? 25 May 2007 Kategori: Artikel Cinta | Ungkapan Cinta Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta. Sifat Ci nta Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta. Ci nta Wuju d Sejak Dilah irkan Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Ci nta Be rsedia Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai. Ci nta Itu Indah Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih. Ci nta Itu Meng harap Balasan Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbul balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Ci nta Itu Menakl uki Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya. Ci nta Itu Mengeta hui Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan. Ci nta Itu Hid up Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati. Ci nta Itu Suci Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa. Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang

baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa. Ci nta Itu Mempesona Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta. Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apa kah itu Bukt i Ci nta? Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda? Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Sumber: Azdriana Tentang Cinta merupakan sebuah website yang fokus kepada percintaan. Segala tips-tips cinta, cerpen cinta, segala yang berkaitan dengan percintaan akan dimuatkan dalam website Tentang Cinta ini. Lagi... © TentangCinta.com, All rights reserved.

Konsep dan Objektif Pendidikan Seks Menurut Perspektif al Quran * Oleh Dr. Muhamad Zahiri Awang Mat Institut Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Rahimi Md. Saad Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Abstrak

Pendidikan seks menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat melibatkan masyarakat awam, kerajaan, ahli akademik dan lain-lain. Topik berkaitan konsep dan objektif pendidikan seks merupakan aspek penting untuk dibincangkan kerana ia perlu difahami secara jelas dan mendalam sebelum program tersebut dilaksanakan. Pemahanan tentang konsep dan objektif pendidikan seks amat penting kerana ia merupakan asas di dalam menentukan kerangka dan hala tuju pelaksanaan program pendidikan tersebut. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji konsep dan objektif pendidikan seks menurut perspektif al-Quran. Perbincangan-perbincangan alQuran berkaitan topik tersebut akan menjadi teras di dalam kajian ini di samping hadith-hadith yang menjadi penerang kepada konsep-konsep yang terkandung di dalam al-Quran. Pandangan para ilmuan Islam juga turut dibincangkan dalam memahami apa yang telah diperkatakan oleh al-Quran dan al-Hadith tersebut. Kajian analitikal berdasarkan sumber al-Quran dan alHadith mampu memberikan satu pemahaman yang jelas berkaitan dengan konsep dan objektif pendidikan seks menurut perspektif Islam. Rumusan daripada kertas ini dapat memberikan input yang berguna kepada pihak yang terlibat di dalam menggubal dan menentukan corak perlaksanaan program pendidikan seks di negara ini agar ia menjadi lebih berkesan dan tidak tersasar dari landasan agama.

* Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Seminar Seksual Kebangsaan 2005 yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya pada 30 Julai 2005

Diedar semula sempena Siri Diskusi Khas (SDK) Ke 3 Anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) pada 22 Julai 2006 Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. www.muafakat.net.my

Konsep dan Objektif Pendidikian Seks Menurut Perspektif al Quran Oleh Dr. Muhamad Zahiri Awang Mat

Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Rahimi Md. Saad Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan Universiti Malaya

Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi dan teknologi telah meninggalkan impak yang mendalam terhadap sosio-budaya informasi serta gaya hidup masyarakat. Isu moral dan sosial yang banyak diperkatakan kini sebahagian besarnya adalah hasil daripada perkembangan tersebut. Statistik berkaitan pelbagai gejala keruntuhan moral seperti penagihan dadah, rogol, pelacuran, persetubuhan luar nikah dan lain-lain lagi di kalangan remaja telah mendorong pihak berkuasa untuk mencari alternatif terbaik bagi menghindari mereka daripada terus terjebak di dalam aktiviti keruntuhan moral tersebut. Untuk menangani gejala yang berkait aspek seksual, maklumat dan pengetahuan yang tepat berkaitan dengan seksualiti dan reproduksi perlulah didedahkan kepada golongan remaja agar mereka memperolehi maklumat yang mampu menjadi benteng pertahanan diri dari perkara yang boleh merosakkan diri dan masa depan mereka. Sebagai langkah positif, untuk membendung perkara ini, Kementerian Pendidikan (kini Pelajaran) telah mengambil inisiatif memperkenalkan beberapa subjek berkaitan seksualiti dan reproduktif seperti Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam dan Moral, Biologi dan Sains. Kurikulum subjek-subjek tersebut menyentuh pelbagai topik yang berkaitan dengan kesihatan fizikal, seksualiti, reproduksi, dan aspek moral dan hubungan antara jantina.

Semenjak diperkenalkan, pelbagai bentuk penilaian dan perubahan terhadap kurikulum tersebut telah dilakukan untuk memenuhi keperluan dan perkembangan semasa. Kini, usaha untuk memberikan pendidikan seksual yang formal bukan sahaja ditangani oleh Kementerian Pelajaran tetapi juga melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kesihatan. Semua pihak yang terlibat telah berusaha untuk merangka dan melaksanakan satu program kesedaran dan pendidikan seksual yang berkesan untuk kepentingan masyarakat. Pendapat dan pandangan daripada pelbagai pihak diambilkira untuk menghasilkan pengisian yang terbaik untuk program tersebut. Pandangan dan perspektif agama merupakan aspek yang penting untuk diberi perhatian agar agenda program tersebut dapat membuahkan hasil yang terbaik. Sebagai sebuah negara Islam, pandangan serta perspektif Islam perlu diberikan keutamaan kerana nilai dan konsep yang diutarakan Islam seringkali bersifat universal untuk pelaksanaannya. Kertas kerja ini cuba menjawab beberapa persoalan yang berkaitan dengan pendidikan seks menurut perspektif Islam. Secara lebih khusus, ia akan menyentuh definisi, konsep dan objektif serta kedudukan pendidikan seks. Ia juga

membincangkan pendidikan seks dalam konteks holistik dan objektif jangka pendek serta jangka panjang pendidikan seks menurut perspektif al-Quran.

Pendidikan Seks Menurut Kamus Dewan (1994), perkataan ‘seks’ bermaksud sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan perempuan (jantina) atau keinginan syahwat. Secara umumnya, perkataan seks memberikan gambaran tentang suatu keadaan di mana wujudnya hubungan di antara berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan. Bagi sesetengah masyarakat, perbincangan tentang topik seks dianggap sebagai taboo atau tidak wajar dibicarakan kerana ia adalah perkara yang terlalu peribadi atau dianggap sebagai persoalan ‘dalam selimut’. Namun, apabila perkataan seks dikaitkan dengan pendidikan, ia akan memberi satu maksud yang amat berbeza. Pendidikan seks secara umumnya merupakan satu proses mendidik yang bersifat maklumat (cognitive), pemahaman dalaman (internal cosnsiousness/spiritual/ morality) dan juga jasmani (physical) kepada golongan sasaran tertentu seperti pelajar sekolah dan juga orang awam tentang amalan kehidupan yang berkaitan dengan hubungan di antara dua jantina tersebut. Ia boleh dilaksanakan samada secara formal atau pun tidak formal. Di dalam Islam, isu yang berkaitan dengan seks bukanlah perkara asing. Ia telah dibincangkan dengan begitu meluas oleh para ilmuan dan agamawan Islam. Perbincangan tersebut bukanlah berdasarkan kepada pandangan mereka semata-mata tetapi adalah bertunjangkan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t melalui kitab al-Quran dan juga penjelasan oleh RasulNya melalui al-Sunnah. Pemerhatian yang mendalam terhadap kandungan al-Quran dan al-Hadith akan mendapati bahawa perbincangan tentang seks sentiasa dikaitkan dengan persoalan akidah, akhlak, tingkah laku mulia, menjauhi kemungkaran dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

Sebagai contoh, al-Quran telah menggambarkan institusi perkahwinan sebagai sebuah institusi suci yang mampu memberi ketenangan dan merealisasikan erti kasih sayang yang sebenar melalui firmanNya yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tandatanda bagi kaum yang berfikir." (Al-Rum: 21) Apabila membicarakan perkara yang berkaitan dengan penyelewengan seks (sexual deviance) seperti zina, Allah s.w.t menegaskan ia sebagai perbuatan mungkar yang terkutuk. Ini dapat difahami melalui firman-Nya yang bermaksud:"Dan Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk." (Al-Isra': 32) Apabila menyentuh persoalan hubungan seks songsang (homosexsuality) seperti yang dikisahkan melalui kaum Nabi Luth, Allah s.w.t telah mengecam perbuatan mereka dengan menyatakan bahawa mereka telah melakukan perbuatan fahisyah iaitu perbuatan

yang dikutuk. Firman-Nya bermaksud: “Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatakala ia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan fahisyah (homosexuality) itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?" (Al-A'raf: 80) Daripada perspektif agama, orang yang mampu mengelakkan diri mereka daripada terjebak dalam salahlaku seks menunjukkan bahawa mereka mempunyai kekuatan dalaman (spiritual) dan daya tahan diri yang kuat. Dalam sebuah hadith, Nabi s.a.w. telah menjelaskan bahawa seorang yang mempunyai iman yang sempurna tidak akan melakukan hubungan seks di luar nikah. Baginda menyatakan: “Tidak akan berzina seseorang penzina itu dalam keadaan dia beriman… …” ( Riwayat Bukhari) Islam juga memandang serius kepada perbuatan atau perlakuan awal (preaction) yang boleh membawa kepada berlakunya zina seperti berkhalwat. Rasulullah menyatakan: “Tidak berada di tempat sunyi antara seorang lelaki dan seorang wanita kecuali yang ketiganya adalah syaitan”. Hadith ini menunjukkan bahawa perbuatan bersunyian (khalwat) antara seorang wanita dan lelaki (yang tiada hubungan mahram) boleh mendorong kepada penyelewengan seksual kerana mereka akan dipengaruhi oleh syaitan yang sentiasa mendorong manusia ke arah kejahatan. Larangan ini lebih jelas dapat dilihat di dalam al-Quran melalui larangan perbuatan zina. Allah berfirman (maksudnya): “Janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya ia adalah perbuatan fahisyah (terkutuk) dan buruk padahnya.” (al-Isra’:32). Jelas melalui ayat tersebut bahawa Allah bukan sahaja melarang perbuatan zina bahkan mendekati zina juga turut dilarang kerana sebagai Pencipta, Allah mengetahui bahawa di antara keduadua jantina ini akan sentiada ada daya tarikan untuk mewujudkan yang lebih intim dari aspek seksual.

Pandangan Islam terhadap Pendidikan Seks Abdulah Nasih 'Ulwan (1985) telah menghuraikan pendidikan seks sebagai satu proses untuk ; "mengajar, menjelaskan dan meberi peringatan kepada remaja tentang isu yang berkaitan dengan seks, naluri, nafsu (syahwat), dan hubungannya dengan perkahwinan…sehingga mereka membesar dalam keadaan memahami erti kehidupan. Remaja mengetahui apa yang dibenarkan dan apa yang ditegah dan mereka menjadikan sikap dan tingkahlaku Islam sebagai praktik dalam kehidupan."i(hal. 499) Al-Tawil (1992) pula menanggap pendidikan seksualiti sebagai satu proses yang bertujuan untuk; "mengajar, memberi peringatan dan berterus terang kepada kanak-kanak (remaja) semenjak baligh lagi dengan isu yang berkaitan dengan seksualiti, naluri dan perkahwinan. Apabila mereka meningkat dewasa, mereka akan

memahami perkara yang berkaitan dengan kehidupan dan mengetahui apa yang halal dan apa yang haram Cara hidup Islam akan menjadi akhlak mereka maka mereka akan menjauhi segala perlakuan yang keji."ii(hal: 8) Analisis terhadap beberapa ayat al-Quran dan al-Hadith jelas menunjukkan bahawa Islam amat menggalakkan umatnya untuk mempelajari ilmu dan pengetahuan yang berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan seksualiti dan reproduktif. Islam amat mementingkan umatnya menjalani kehidupan seksual yang sempurna dan baik selaras dengan tuntutan Allah s.w.t. Segala perintah dan peraturan agama berkaitan seksual yang ditetapkan oleh Islam adalah bermatlamatkan kepada kesejahteraan hidup manusia. Di antara firman Allah yang berkaitan ialah:"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah." (Al-Zariyat: 49) "Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah kotoran". Oleh itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu." (Al-Baqarah: 222) "Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau (hamba) yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka tidak (termasuk dalam kelompok orang yang) tercela dalam hal ini. Barangsiapa yang mencari di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." (Al-Mukminun: 5-7) "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka… Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya…" (Al-Nur: 30-31)

Nabi s.a.w. sendiri semasa hayatnya telah mengajar para sahabat baginda secara jelas pelbagai perkara yang berkaitan dengan persoalan seks. Segala permasalahan yang timbul di kalangan mereka akan terus dirujuk kepada Nabi s.a.w. untuk mendapat penjelasan. Kandungan sebuah hadith telah menunjukkan keprihatinan baginda dalam hal ini kerana telah memperuntukkan satu sesi khusus untuk wanita di kota Madinah mengemukakan masalah yang berkaitan dengan diri mereka (wanita) tanpa kehadiran kaum lelaki. Ini menggambarkan bahawa baginda amat mengggalakkan aktiviti perbincangan yang bermatlamatkan untuk menambah ilmu pengetahuan untuk kepentingan hidup seharian. Baginda menyatakan: “Kerahmatan bersama wanita Ansar (penduduk Madinah). Perasaan malu tidak menghalang mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan agama.iii Saidina Ali r.a juga menyatakan tidak sepatutnya ada perasaan malu dalam perkara berkaitan agama. Dalam satu hadith yang diriwayatkan daripada 'Abdullah r.a. katanya: "Di zaman Rasulullah s.a.w., kami adalah pemuda-pemuda yang tidak memiliki apa-apa. Rasulullah

s.a.w. berkata kepada kami (yang bermaksud): "Wahai para pemuda, siapa yang mampu berumahtangga, kahwinlah. Sesungguhnya perkahwinan itu melindungi pandangan mata dan memelihara kehormatan. Tetapi siapa yang tidak mampu berkahwin, maka berpuasalah, kerana puasa itu merupakan pendindingnya".iv Jika dilihat pada perspektif agama, perbincangan tentang seks adalah digalakkan selagi ia bermatlamatkan kepada keinginan untuk mencari kebenaran dan sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Perbincangan tersebut mestilah berlandaskan kepada pentafsiran ayat-ayat al-Quran, al-Sunnah dan juga pandangan ilmuan Islam yang berautoriti sama ada di kalangan ilmuan lampau atau semasa. Hasil daripada perbincangan tersebut sepatutnya mampu menghasilkan satu garis panduan yang jelas untuk menggubal dasar etika dan adab berkaitan dengan kekeluargaan, seksualiti dan reproduktif yang bercirikan Islam. Apabila membicarakan tentang seksualiti, isu-isu berkaitan yang perlu diberi perhatian tidak sepatutnya terhad kepada perbezaan, perkembangan dan perubahan fizikal jantina sahaja tetapi ia mestilah turut sama memberi perhatian kepada isu interaksi di antara lelaki dan perempuan serta peranan institusi keluarga kerana pemahaman yang betul terhadap perkara tersebut akan dapat mewujudkan kehidupan seksual yang harmoni di kalangan manusia. Jika diteliti, kita dapati bahawa perbincangan yang terkandung di dalam agama yang berkaitan dengan seksual amat menumpukan kepada perkara ini kerana ia adalah asas kepada kehidupan seksual yang sempurna. Pemahaman terhadap larangan dan peranan yang perlu dipatuhi akan membolehkan bentuk interaksi yang berlaku adalah harmoni dan menghindari penyelewengan atau interaksi songsang. Untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai isu seksual berdasarkan perspektif alQuran, kajian perlu ditumpukan kepada perincian dan pemahaman kandungan serta tafsiran berautoriti terhadap ayat-ayat al-Quran yang berkait dengan isu-isu seksualiti, reproduktif, kesihatan fizikal dan kekeluargaan. Berdasarkan analisa terperinci terhadap

kandungan al-Quran, ayat-ayat yang berkait dengan dengan isu-isu tersebut dapat dirumuskan seperti jadual berikut : Isu/Topik

Jumlah Ayat

Maruah diri, perkahwinan dan institusi kekeluargaan

87

Penyelewengan seks dan seks luar nikah

92

Hadath

4

Batas serta adab hubungan antara lelaki dan perempuan

44

Hubungan kedua ibubapa dan anak-anak

33

Matlamat Pendidikan Seks dari Perspektif al-Quran

Di antara matlamat utama dalam mendidik masyarakat memahami kehidupan seksual yang selaras dengan tuntutan agama adalah untuk mematuhi perintah dan tuntutan Allah terhadap manusia atau dengan ertikata lain sebagai satu ibadah. Allah telah menyatakan melalui firmanNya (bermaksud): “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melain untuk beribadah.” (al-Zariyat: 56). Tanggungjawab beribadah bermakna menjalankan kehidupan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah. Allah telah menyediakan garis panduan kehidupan manusia melalui al-Quran dan menyediakan konsep-konsep untuk difahami dan ia telah diperincikan oleh Rasulullah s.a.w melalui al-Sunnah yang seterusnya dibincangkan oleh para ulama dan ilmuwan. Sebagai hamba, manusia bertanggungjawab untuk mematuhi perintah Allah sebagai yang difirmankanNya (bermaksud): “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan sendiri mengenai urusan mereka, dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” (al-Ahzab: 36). Menjadi tanggungjawab kepada masyarakat untuk mendidik anggotanya memahami corak kehidupan dalam apa jua aspek sama ada ekonomi, sosial, moral dan sebagainya agar mereka dapat menjalani kehidupan yang sentiasa diredhai Allah. Dalam hal ini, kehidupan seksual juga tidak terlepas dari tanggungjawab masyarakat untuk menyampaikannya terutama kepada generasi muda kerana kecelaruan yang timbul akan menimbulkan masalah yang perlu ditanggung oleh semua anggota masyarakat. Mereka perlu difahamkan dengan gaya hidup seksual yang selaras dengan nilai dan garis hidup yang ditetapkan oleh Islam. Kandungan pengisian program pendidikan seksual mestilah mampu menjurus orang yang dididik ke arah memahami diri sendiri yang seterusnya membawa mereka kepada mengenali dan patuh kepada Allah sebagai tuhan mereka. Pendidikan seks juga perlu diberi perhatian kerana ia merupakan satu mekanisme untuk setiap individu memahami dan seterusnya memelihara maruah diri mereka. Perkara ini dapat difahami melalui perintah Allah s.w.t agar para wanita menjaga aurat mereka melalui ayat 59 surah al-Ahzab. Allah selitkan di dalam ayat tersebut kenyataan “..yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu...”. Kandungan ayat ini telah menunjukkan bahawa Allah mewajibkan perkara tersebut kerana ia adalah satu cara untuk memastikan kehormatan diri dan maruah wanita akan kekal terpelihara. Penjagaan maruah bukan perkara kecil kerana ia merupakan salah satu daripada tujuan atau matlamat umum (maqasid) kepada penurunan syariat Allah ke atas manusia. Islam amat mementingkan penjagaan kehormatan diri kerana Allah sendiri memuliakan manusia. Firman Allah (bermaksud): “Dan sesungguhnya kami muliakan anak-anak Adam dan kami memelihara darjat mereka di daratan dan lautan. Kami berikan rezeki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna daripada sekelian makhluk yang telah kami cipta (iaitu akal” (al-Isra’: 70) Kaitan Pendidikan Seks dengan Aqidah

Pendidikan seks juga mempunyai perkaitan amat rapat dengan aqidah. Pendidikan seks yang berkonsepkan Islam mestilah berteraskan kepada kepercayaan kita kepada Allah dan seluruh rukun iman yang lain. Apabila kita percaya kepada Allah sebagai Tuhan yang Maha Bekuasa, maka menjadi tanggungjawab kita untuk patuh kepadaNya. Orang yang patuh kepada perintah Allah adalah orang yang percaya kepada kekuasaanNya serta mempercayai balasan baik dan buruk di kehidupan akhirat. Dalam perintah menjaga a’urat, Allah memulakan ayat (bermaksud) : “Katakanlah kepada orang-orang perempuan yang beriman…” (al-Nur: 31). Dapat difahami daripada ayat ini bahawa wanita yang mematuhi perintah tersebut telah diakui oleh Allah sebagai orang yang beriman iaitu percaya kepada kebesaran Allah dan percaya bahawa balasan yang buruk akan menimpa orang-orang yang ingkar. Kaitan Pendidikan Seks dengan Kesejahteraan Manusia Masyarakat yang dapat mendidik anggotanya menjalani kahidupan seksual yang harmoni akan dapat mewujudkan sebuah kehidupan yang sejahtera. Allah telah menjanjikan bahawa umat yang patuh kepada perintah Allah akan sentiasa dirahmatiNya. Janji ini dinyatakan melalui firmanNya (bermaskud): “ Jika penduduk sesuatu negeri itu beriman dan bertaqwa (patuh) kepada Allah, Kami akan bukakan untuk mereka keberkatan daripada langit dan bumi…” (al-A’raf: 96). Apabila kehidupan seksual berjalan mengikut garispanduan agama, sebuah masyarakat yang damai dan sejahtera. Pembentukan sesebuah masyarakat akan menjadi harmoni kerana ia dibentuk oleh sebuah keluarga yang dipenuhi dengan kasih sayang. Allah telah memerintahkan supaya manusia berkahwin kerana ia membawa kesan yang begitu penting terhadap kesejahteraan hidup mereka jika mengikut lunas yang ditetapkan. Firman Allah (bermaksud): “ Dan Allah telah menjadikan untuk kamu daripada diri kamu berpasangan dan mengurniakan untukmu daripada mereka anak-anak dan cucucucu serta mengurniakan untuk kamu semua rezeki-rezeki yang baik.” (al-Nahl: 16). Allah juga menyatakan (bermaksud): “ Dan di antara tanda-tanda kekuasanNya Dia menciptakan daripada diri kamu pasangan untuk kamu memperolehi ketenangan daripadanya dan menjadikan di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mempunyai isyarat untuk kaum yang berfikir”. (al-Rum: 30) Pelaksanaan Pendidikan Seks Jika diperhatikan kepada apa yang disarankan oleh al-Quran dan al-Sunnah, pendidikan seks mestilah berjalan sebagai satu proses yang berterusan. Pelaksanaan yang bersifat sementara atau sekadar untuk menyelesaikan masalah sosial semasa adalah langkah yang tidak praktikal. Islam menekankan bahawa pendidikan harus dimulakan daripada peringkat bawah supaya kanak-kanak dapat memahami perbezaan jantina yang wujud di antara mereka. Pada peringkat usia 10 tahun lagi, ibu-bapa diarahkan untuk mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan. Arahan ini secara tidak langsung (indirect) adalah satu bentuk

didikan agar anak-anak ini dapat memahami bahawa perbezaan jantina yang wujud antara mereka tidak membolehkan mereka untuk berhubungan terlalu rapat walaupun mereka mempunyai pertalian darah. Apabila meningkat dewasa, kefahaman itu akan menjadi lebih jelas apabila mereka diwajibkan menutup aurat serta membatasi pergaulan dengan jantina yang berbeza. Hal yang sama juga dapat dilihat melalui pendekatan yang digunakan oleh syariat Islam untuk menerapkan garis kehidupan seksual umatnya. Penekanan diberikan kepada langkah pencegahan awal seperti mewajibkan penutupan aurat, melarang pergaulan bebas antara jantina berbeza serta menetapkan mekanisme penyaluran keperluan seksual yang sah melalui institusi perkahwinan yang amat digalakkan di dalam Islam. Nabi s.a.w sendiri telah menyatakan bahawa mereka yang berkahwin itu telah menyempurnakan separuh daripada kesempurnaan agamanya bahkan mereka yang mengelakkan daripada berkahwin dalam keadaan mereka mampu berbuat demikian dianggap tidak termasuk dalam kelompok umatnya. Pendekatan tersebut perlu diberikan penekanan kerana kandungan ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah lebih menekankan kepada perkara tersebut berbanding hukuman. Namun jika manusia masih gagal untuk mengikuti pendekatan ‘lembut’ yang dinyatakan, maka hukuman yang keras akan menanti mereka yang menyonsang perintah Allah dan fitrah kehidupan manusia. Syariat Islam telah menjanjikan sebatan seratus rotan untuk penzina bujang dan rejam sampai mati untuk penzina yang telah berkahwin. Hukuman ‘keras’ ini disediakan untuk mereka yang degil dan gagal untuk memahami tuntutan Tuhan yang manfaatnya adalah untuk kesejahteraan diri mereka sendiri. Kandungan pendidikan seks juga mesti sentiasa dikaitkan dengan nilai-nilai murni mereka yang dididik dapat memahami manfaat dan akibat daripada sikap mereka untuk akur atau menyanggahi apa yang telah disampaikan kepada mereka.

Objektif Am Pendidikan Seks Jika diteliti penulisan dan pemikiran para cendekiawan dan tokoh pendidikan Islam seperti Al-Ghazali, Nasih 'Ulwan, Othman al-Tawil dan Malik Badriv, objektif am pendidikan seks dan reproduktif berpaksikan Islam dapat digariskan sepereti berikut: 1) Untuk mempastikan pelajar dapat menghayati kesyumulan ajaran Islam dalam menangani segala permasalahan manusia. 2) Untuk menambahkan lagi keyakinan dan keimanan pelajar terhadap kebesaran dan keagungan Tuhan. Seterusnya melahirkan manusia yang taat kepada perintah Allah s.w.t (beribadat kepada Allah) tanpa berbelah bahagi. 3) Untuk memberi maklumat yang betul dan jelas mengenai perkara yang berkaitan dengan seksualiti kepada remaja. Ini dengan menyediakan kurikulum pendidikan seksualiti yang standard berkaitan dengan kebaikan dan keburukan serta halal dan haram bertepatan dengan ajaran Islam.

4) Untuk membentuk akhlak, sikap dan tingkah laku yang mulia di kalangan pelajar berhubung dengan seksualiti dan reproduktif. 5) Untuk membuka minda pelajar berkaitan dengan kesihatan dan etika seksualiti serta kepentingan institusi keluarga. Daripada objektif di atas, kesyumulan Islam adalah perkara yang amat ditekankan dalam kurikulum seksualiti. Kesyumulan bermaksud Islam tidak meninggalkan sesuatu isu kecuali untuk diperbincangkan sebagai panduan kepada umatnya dan keseluruhan manusia amnya. Garis panduan yang bersifat pengetahuan (ilmu) ini mempunyai kaitan dengan sifat suci dan spiritual sesuatu ilmu. Setiap ilmu terdapat rahsia ketauhidannya yang tersendiri.vi Secara umum, kesemua objektif tersebut menyentuh domain kognitif, spiritual, efektif dan psikomotor. Kesimpulan Berdasarkan perbincangan di atas, konsep pendidikan seks daripada perspektif Islam perlu; • dilihat secara menyeluruh (holistic) kerana pelaksanaannya adalah bermatlamatkan kepada sebuah sistem kehidupan insan yang harmoni dan sejahtera • mengelakkan daripada salahfaham yang boleh membawa kepada gangguan dan kekacauan akibat daripada salahguna maklumat yang diperolehi • menjadikan keselamatan dan kesejahteraan umat sebagai agenda utama dalam pelaksanaan pendidikan seks • berpandukan kepada rangka matlamat syariat (maqasid syariah) – menjaga agama, maruah, keturunan dll. - agar pelaksanaannya dapat mencapai objektif yang diharapkan

i

NOTA HUJUNG Abdullah Nasih 'Ulwan (1985), Tarbiat al-Awlad fi al-Islam, jil. 2. Kaherah: Dar al-Salam, hal: 499

ii Othman al-Tawil (1992): Al-Tarbiyyah al-Jinsiyyah fi al-Islam li al-Fatayat wa al-Fityan. Amman: Dar al- Furqan, hal: 8

iii Abu Zakaria al-Nawawi. Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Kitab al-Haid, Bab Istihbab Isticmal al-Maghtasalah min al-Haid, vol. 4. (Damascus: Dar

al-Khair, 1994): 13, lihat juga Muhammad ibn Ismail al-Bukhari. Sahih al-Bukhari bi Hashiah al-Sindi, Kitab al-Ictisam bi al-Kitab wa al-Sunnah, Bab Taclim al-Nabi Ummatahu, vol. 2, bhg. 4. (Cairo: Matbaah Dar Ihya’ al-Kutub al-cRabiah, t.t.) 263. iv

(Riwayat Bukhari). Lihat Sahih Bukhari (2002), terjemahan H. Zainuddin Hamidy dan lain-lain, jil. iv, bab al-Nikah. Singapura: Darel Fajr Publishing House, hal: 7-8.

v

Lihat Al-GHazali (…), Ihya' Ulum al-Din, op cit, hal: 25-33; Abdullah Nasih 'Ulwan (1985), Tarbiat al-Awlad fi al-Islam, op cit, hal: 499-604 ; Othman al-Tawil (1992), Al-Tarbiyyah al-Jinsiyyah fi al-Islam li al-Fatayat wa al-Fityan. Op cit, hal: 13; Malik Badri (2000), The Aids Crisis: A Natural Product of Modernity's Sexual Revolution, op cit, hal: 320-328. vi

Untuk keterangan lanjut mengenai kesucian ilmu (pengislaman ilmu) lihat tulisan S. M. Naquib al- Attas (1993), Islam and Secularism, Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), hal: 133-160; S. M. Naquib al- Attas (1999), The Concept of Education in Islam: A Framework for an Islamic Philosophy of Education, hal: 38-45 dan Wan Mohd Nor Wan Daud (1997), Penjelasan Budya Ilmu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal: 87-101.

Fwd: Nafsu Yang Cemerlang............. Options

Khairul Sallehin wrote: KAEDAH KECEMERLANGAN: NAFSU DIUMPAMAKAN SEPERTI LAYANG -LAYANG. JIKA TALINYA PUTUS HANCURLAH INSAN. BEBERAPA TIP (PERINGATAN) TENTANG SEKS Seks merupakan salah satu alat yang boleh membantu kecemerlangan anda. Justeru kemampuan untuk meletakkannya pada perspektif yang betul adalah penting agar ia menjadi seperti garam secukup rasa dalam hidup anda. Jika anda mengambilnya secara berlebihan atau melampaui batas, anda akan terbabas di dunia dan akhirat. Apa yang saya tulis ini bukanlah sangat tip tentang seks, tetapi lebih kepada peringatan tentang seks. Semoga ia bermanfaat bagi anda.. Mengikut Kamus Dewan, seks ialah, 1- Sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan perempuan, jantina; 2- Keinginan syahwat. Ini bermaksud, seks membicarakan tentang jantina serta sifat-sifat yang membezakan antara lelaki dan perempuan agar kita bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita dan menggunakannya

secara yang betul, dan agar kita menghormati mereka yang berlainan jenis dari kita dan tidak menzalimi mereka. Seks juga membicarakan tentang kehendak nafsu syahwat agar kita akhirnya mampu meletakkan nafsu ini di tempat yang terbaik baginya. 1- NAFSU SEPERTI LAYANG-LAYANG. Pernahkah anda melihat layang-layang yang cantik melayang-melayang dan menari-nari di udara? Ya, ia suatu pemandangan yang mengasyikkan! Tahukah anda mengapa layang-layang itu terus menjadi cantik dan mampu terus melayang-layang di udara dan mampu terus mengasyikkan anda? Ia disebabkan benang yang ada di badannya terus mantap dan tidak putus. Apabila benang itu putus, hilanglah kecantikan layang-layang itu dan akhirnya akan tersadailah ia di tempat yang tidak menentu menanti kehancuran! Demikianlah dengan nafsu termasuk nafsu seks. Apabila benang agama terputus darinya dia akan tersadai di tempat yang hina menanti kehancuran. 2- SEKS ADALAH KEPERLUAN FITRAH. Manusia perlukan seks kerana ia adalah keperluan atau fitrah manusia. Justeru dalam Islam konsep hidup ala rahib tidak pernah ada kerana agama Islam melayani fitrah manusia. Namun keperluan seks perlu diimbangi dengan nilai akhlak. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: "Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu." (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya. 3- SEKS ADALAH AMANAH. Tubuh anda adalah amanah yang dianugerahkan Allah kepada anda. Justeru anggota seks juga adalah amanah. Apa pendapat anda jika seseorang diberikan wang kemudian dia meletakkan dan menggunakan wang itu sesuka hatinya? Sudah pasti anda akan mengatakan beliau seorang yang tidak jujur! Demikianlah juga dengan alat kelamin anda. Ia diberikan Allah kepada anda. Jika anda lakukan sesuka hati anda dengannya tanpa mengikut panduan agama, anda juga boleh dihukum sebagai seorang yang tidak jujur. Justeru, sahabat nabi, Abdullah ibn Amr ibn Al-As, berkata: "Amanah ialah alat kelamin manusia. Jika manusia mampu menjaga amanah ini Allah akan memelihara dirinya dan keturunannya!" 4- SEKS BUKAN SEKADAR MEMUASKAN NAFSU. Seks yang sebenarnya ialah hubungan spiritual dan fizikal yang terjalin di antara sepasang suami isteri yang berkahwin secara halal, dinaungi oleh landasan syariat yang suci, demi untuk mencari keredaan Ilahi.Seks adalah satu hubungan suci antara dua insan, lelaki dan perempuan. Seks yang suci ini amat mendamaikan. Dalam Al-Quran Allah berfirman: "Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikanNya di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah Ar-Rum ayat 21) BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik adalah penting untuk menghasilkan seks yang bermanfaat, dan untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati di dalam hidup iaitu kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur. 5- SEKS YANG HALAL ADALAH IBADAH. Ibadah mendatangkan pahala, rahmat dan keberkatan. Perkara ini dijelaskan oleh nabi di dalam hadis yang bermaksud: "Sahabat-sahabat Nabi bertanya, Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada

kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala? Bersabda Nabi Muhammad: Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperolehi pahala!" (Riwayat Muslim) 6- TIDAK CUKUP SEKADAR MEMAKAI KONDOM. Barat menghalalkan hubungan seks luar nikah. Yang penting bagi mereka ialah memakai kondom agar kaum hawa terpelihara dari jangkitan AIDS. Dalam Islam zina adalah haram. Zina bermaksud, hubungan seks luar nikah yang dilakukan secara reda antara seorang lelaki dan perempuan. Walaupun ia dilakukan secara reda, ia adalah haram dan mendatangkan dosa. Di dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad bersabda: "Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat." (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim) 7- ZINA ADA PADAHNYA. Antara padahnya ialah kesan negatif di sudut emosi. Dr. David Weeks, seorang pakar neuropsikologi dari Hospital Royal Edinburgh, membuat kajian selama sepuluh tahun untuk mengenal pasti kesan seks ke atas kesihatan manusia. Beliau memberi amaran bahawa perubahan-perubahan positif kesan dari hubungan seks tidak akan berlaku ke atas mereka yang suka bertukar-tukar pasangan, malah kadangkala mereka yang seperti ini mengalami perubahan yang negatif disebabkan kerisauan dan tekanan yang sering melanda mereka hasil dari perbuatan mereka itu. (Rujuk BBC News, Sex Keeps You Young, 10 March 1999) Di sudut agama, padahnya lebih jelas lagi. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad bersabda: "Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat.Adapun tiga yang diperolehi di dunia ialah hilangnya seri di wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperolehi di akhirat ialah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka!" (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim) 8- SEKS BEBAS MEMBUNUH. Nabi Muhammad bersabda: "Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala ini menimpa..... Satu di antaranya ialah, apabila zina lahir di dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pernah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu." (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Al-Bazzar) Pada hari ini, penyakit-penyakit jangkitan seksual atau STD (sexually transmitted diseases) kerap menjangkiti individu melalui hubungan seks rambang. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit dari grup ini telah dikenal pasti di antaranya ialah syphlis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, infeksi cytomegalovirus, infeksi chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah dari kalangan kaum wanita. Kos yang diperlukan untuk merawat dan mencegahnya menjangkau $10 bilion. Di antara komplikasi yang timbul kesan dari penyakit-penyakit ini ialah mengandung di luar rahim atau ectopic pregnancy, barah, kemandulan, sakit jantung, infeksi dan sakit puan. Mengikut Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID) di Amerika, jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini. Ia disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan di samping berleluasanya seks bebas di dalam masyarakat. (Rujuk NIAID Fact Sheet, An Introduction to Sexually Transmitted Diseases, July 1999) 9- ZINA BUKAN SEKADAR HUBUNGAN KELAMIN. Islam mengutuk segala bentuk perzinaan dan segala perkara yang boleh membawa kepadanya dianggap buruk dan diharamkan oleh Islam. Allah berfirman di dalam Al-Quran: "Dan janganlah kamu mendekati zina." (Surah Al-Isra ayat 32) Antara alat yang boleh merangsang syahwat manusia dan kemudian membawanya kepada zina ialah mata. Sebagai contoh, melihat gambar-gambar dan

menonton filem-filem lucah, adalah satu bentuk zina. Justeru, Allah berfirman: "Katakanlah kepada lelaki yang Mukmin, (kawallah) penglihatan mereka dan peliharalah alat kelamin mereka!" (Surah anNur ayat 30) 10- BERDUA-DUAAN MEMBAWA RISIKO. Barat bersikap liberal di dalam aspek pergaulan lelaki dan perempuan dan menganggapnya sebagai satu cara hidup yang sepatutnya dicontohi oleh orang lain. Namun statistik semasa menunjukkan, cara hidup sedemikian lebih banyak mendatangkan kerosakan daripada kebaikan. Sebagai contoh, mengikut Jabatan Keadilan Amerika, bagi setiap dua minit seorang wanita mengalami gangguan seksual, dan pada tahun 1996, 307,000 orang wanita menjadi mangsa rogol dan serangan seksual di Amerika. Barubaru ini kajian oleh National Women Study di Amerika menunjukkan lebih kurang 683,000 wanita menjadi mangsa rogol setiap tahun di Amerika. KEBANYAKAN DARIPADA KES-KES INI MELIBATKAN ORANG YANG DIKENALI TERUTAMANYA KETIKA SEDANG BERDUADUAAN DAN BERTEMU JANJI. Justeru, larangan bergaul bebas dan berdua-duaan yang ditetapkan oleh Islam amat relevan dengan dunia hari ini. Larangan ini mendatangkan banyak kebaikan terutamanya bagi kaum wanita. 11- BAHAYA SEKS KETIKA HAID. Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya: "Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya." (Surah Al-Baqarah ayat 222) Mengikut Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan yang beribu pejabat di Oregon, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa. Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. 12-HARAM HOMOSEKS DAN LESBIAN. Nabi Muhammad bersabda, “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu ialah perbuatan kaum Lut. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Lut.” (Riwayat Ibn Majah, Tarmuzi dan Al-Hakim) Kaum Lut dihancurkan Allah disebabkan mereka tenggelam dengan perlakuan homoseks di kota Sodom. 13-ISLAM MENGGALAKKAN PERKAHWINAN. Berhubung dengan ini Nabi bersabda, “Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka dia bukan dari umatku.” (Riwayat Tabrani & Baihaqi) Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda, “Wahai anak-anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (dari gelojak nafsu)”. (Riwayat Bukhari) 14-CIRI-CIRI SUAMI ISTERI. Nabi Muhammad bersabda, berhubung dengan kriteria pemilihan isteri, yang bermaksud: “Pilihlah yang mempunyai kebaikan agama, akan selamatlah kamu.” (Riwayat Bukhari-Muslim) Baginda juga

tidak melupakan kriteria di dalam pemilihan suami, berdasarkan sabda Baginda, “Jika yang datang meminang anak perempuanmu seorang yang kamu redai agama dan akhlaknya, maka terimalah dan kahwinkanlah dia dengan anakmu.” (Riwayat TIrmIzi) 15-WAJIB MANDI SELEPAS HUBUNGAN SEKS. Kebersihan diri amat dipentingkan oleh Islam. Umat Islam diwajibkan mandi selepas mengadakan hubungan seks antara suami isteri, walaupun tanpa mengeluarkan air mani, seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad: “Apabila kemaluan bertemu dengan kemaluan, wajiblah mandi.” (Riwayat Tarmuzi) Di dalam riwayat yang lain Nabi bersabda, “Walaupun jika tidak mengeluarkan air mani.” (Riwayat Muslim dan Ahmad) Jika air mani keluar tanpa hubungan seks (sebagai contoh melalui mimpi), mandi tetap diwajibkan. 16-WAJIB MANDI SAINTIFIK. Mengikut pakar-pakar perubatan dari Institut Teknologi Penjagaan Kesihatan di Washington, untuk mencegah penyakit jangkitan seksual daripada merebak, hubungan seks perlulah dilakukan hanya dengan mereka yang dipercayai, dan tidak dilakukan secara bebas. Menjaga kebersihan diri sebelum dan selepas mengadakan hubungan seks seperti segera membasuh anggota sulit selepas mengadakan persetubuhan juga adalah penting. Malah pakar-pakar dari Institut ini menggalakkan seseorang mandi secara sempurna selepas mengadakan hubungan seks sebagai langkah pencegahan dari serangan penyakit-penyakit. (Rujuk The Institute for Technology in Health Care, Safer Sex: Reduce Your Risk Of Disease, After-Sex Hygiene, Washington. http//www.webpress.com @ http//www.google.com/keluarga islam

• Nama Buku : Pedoman Hidup Untuk Remaja Islam Pengarang : Roslim Hj. Shamsuri Penerbit : Jahabersa • Nama Buku : Aqidah Membina Mukmin Sebenar Pengarang : Abdul’al Salim Makram Penerbit : Pustaka Ilmi • Maklumat dari internet • Majalah Dewan Siswa

Related Documents

Assignment 2
November 2019 20
Assignment 2
November 2019 19
Assignment 2
May 2020 17
Assignment # 2
August 2019 35
Assignment 2
May 2020 19

More Documents from "Richard Green"