Ivancevich (1995) mendefinasikan Analisis Pekerjaan sebagai satu proses sistematik bertujuan untuk mengutip maklumat berkaitan aspek kerja yang penting bagi sesuatu pekerjaan. Manakala De Cenzo dan Robbins (1996) pula mendefinasikannya sebagai satu proses untuk mendalami aktiviti yag terdapar dalam pekerjaan secara sistematik.. Tujuan Analisis Pekerjaan disediakan ialah untuk menjawab persoalanpersoalan Apakah tugasan fizikal dan mental yag dilakukan oleh pekerja?, Bilakah kerja perlu disiapkan?, Tahap manakah kerja perlu disiapkan?, Bagaimana pekerja melakukan kerja?, Kenapa kerja tersebut dilakukan? dan Apakah kelayakan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu kerja? Henky Hendrawan (2009) berpendapat dalam analisis pekerjaan (job analyst) terdapat 2 langkah utama yang harus dilakukan iaitu : a. Penentuan tugas utama, kegiatan-kegiatan, perilaku-perilaku, atau kewajiban-kewajiban yang akan dilakukan dalam pekerjaan. b. Penetapan pengetahuan (knowledge), kemampuan (abilities), kecekapan (skills) serta tingkah laku (keperibadian, perwatakan, sikap, ketangkasan, mental) yang diperlukan nantinya dalam pekerjaan. Dalam sektor pendidikan, analisis kerja memberikan maklumat terperinci mengenai semua kerja kepada setiap jenis tugas. Memahami proses aliran kerja amat penting dalam sektor pendidikan terutama kepada pengurus di sekolah.
Melaluinya
pengetua atau guru besar dapat mereka bentuk semula aspek-aspek tertentu untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan. Pengetua juga perlu memahami keperluan kerja untuk membuat keputusan pemilihan guru yang terbaik. Pengurus di sekolah akan mengagihkan tugas-tugas kurikulum, pentadbiran, kokurikulum dan hal ehwal murid kepada semua guru. Namun demikian, jika beliau tidak mempunyai pemahaman yang jelas mengenai tugas-tugas yang dilakukan dalam setiap kerja dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk melakukannya, maka keputusan pemilihan mungkin berakhir dengan pemilihan guru-guru yang pengetua atau guru besar ’sukai’ tetapi yang tidak berupaya melakukan kerja dengan jayanya.
1
Pengetua atau guru besar bertanggung jawab bagi memastikan setiap guru melakukan kerjanya pada tahap yang memuaskan (atau lebih tinggi). Ini memerlukan pengurus di sekolah menilai bagaimana setiap guru melakukan tugas mereka melalui pencerapan dan pemantauan. Pengetua atau guru besar perlu memberi maklum balas kepada guru-guru yang memerlukan penambahbaikan dalam prestasi mereka. Oleh itu, ini memerlukan pengurus di sekolah memahami dengan jelas akan tugas-tugas yag diperlukan dalam setiap tugas guru di sekolah. Tiga Tokoh Guru Kebangsaan 2008 iaitu Datuk Dzulkarnain Abd. Rahman, 69, Abu Bakar Shawkat Ali, 63 dan K. Krishnasamy, 68, mengakui untuk menjadi pendidik yang cemerlang, setiap guru wajib mengetahui dan memahami peranan masing-masing dalam mendidik pelajar.
Guru-guru perlu
mengetahui huraian kerja dan spesifikasi kerja secara jelas untuk mejadi pendidik yang cemerlang. Namun begitu terdapat keluhan rintihan guru yang mengadu dibebani pelbagai tugas tambahan, selain mengajar di kelas terbukti kebenarannya apabila kajian Kementerian Pelajaran menunjukkan guru khususnya di empat negeri bekerja 74 jam seminggu. Guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur juga menghabiskan 38 hari bekerja setahun untuk menghadiri pelbagai kursus atau latihan, walaupun Jabatan Perkhidmatan Awam mengehadkan masa tujuh hari saja. Lebih membebankan lagi adalah 320,000 guru di lebih 9,000 sekolah seluruh negara perlu mengisi 108 jenis borang bagi menyempurnakan tugas pengajaran, kokurikulum dan kerja pentadbiran. Oleh itu pengurangan beban kerja guru perlu dilakukan sebagai menambahbaik persekitaran kerja di sekolah, sekali gus guru boleh
memberi tumpuan kepada tugas hakiki mereka.
Azizyus (2005) mencadangkan tumpuan harus diberikan kepada pengubahsuaian dan pembaikan tugas guru di sekolah. Penstrukturan jawatan baru di sekolah adalah langkah bijak, namun lebih berkesan jika jawatan pengetua/guru besar, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum, kaunselor dan guru disiplin diklasifikasikan sebagai pentadbir sepenuh masa dan perlu bekerja mengikut waktu pejabat. Mereka perlu dikecualikan dengan tugas mengajar. Pengecualian ini penting kerana mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas memajukan sekolah serta melahirkan suasana fizikal sekolah yang harmoni dan sihat. 2
Bibliografi Raymond A. Noe, john R. Hollenbeck (2002). Pengurusan Sumber Manusia : Memperolehi Kelebihan Bersaing. Malaysia : McGraw Hill Malaysia Sdn Bhd. Analisis Pekerjaan. (2009, Mei). Diperolehi Julai http://www.pdfcoke.com/doc/9727243/Analisis-Pekerjaan
16,
2009
daripada
Menjiwai Tugas Pendidik Kunci Kejayaan - Tokoh Guru. (2008, Mei 17). Utusan Malaysia. Diperolehi Julai 16, 2009 daripada http://blis.bernama.com/mainHome.do Kembalikan Semula Tugas Hakiki Pendidik. (2005, Julai 8). Berita Harian. Diperolehi Julai 16, 2009 daripada http://blis.bernama.com/mainHome.do Azizyus. Penambahbaikan Tugas Pendidik Tangani Masalah Disiplin Pelajar. (2005, Mei 07). Berita Harian. Diperolehi Julai 16, 2009 daripada http://blis.bernama.com/mainHome.do
3