1 1.
PENDAHULUAN
Islam menjadikan khutbah salah satu daripada fardhu solat Jumaat dan orang akan mendengar khutbah sekali dalam setiap minggu dan masjid merupakan tempat dimana khatib atau jurubicara khutbah itu menyampaikan khutbah pada setiap minggu. Khutbah adalah merupakan senjata dakwah Islamiyyah yang menyeru kepada Islam dan ianya adalah merupakan suatu bentuk pengucapan awam yang berunsur pendidikan untuk menyampaikan pokok-pokok ajaran Islam melalui pengantaraan khatib kepada para jemaah dengan maksud menaikkan semangat dan menimbulkan keinsafan kepada para jema’ah. Khutbah dapat dikategorikan kepada beberapa jenis yang terus dipakai dan diperkembangkan iaitu khutbah Diniyyah, khutbah Jihād, khutbah Wasiat, khutbah Mahafīl, khutbah Imlāk, khutbah Munadzarāt dan khutbah Siasah (Ahmad Asnawi, 1997: 163). Manakala di dalam perbincangan ini akan menghuraikan secara detail mengenai khutbah Diniyyah sahaja. Penyampaian khutbah khususnya adalah berbentuk cubudiyyah atau lebih dikenali dengan khutbah diniyyah yang merupakan salah satu media dakwah yang memainkan peranan yang penting terhadap kesejahteraan masyarakat Islam. Khutbah diniyyah adalah menyeru umat Islam melakukan amalan yang dituntut oleh Islam seperti melaksanakan amar makruf dan mencegah kemungkaran. Seruan dakwah di dalam khutbah bentuk ini adalah berupa melaksanakan segala rukun-rukun yang terdapat di dalam agama seperti solat, haji, memberi pengenalan mengenai hukum syarak dan menyelesaikan segala sengketa yang muncul di kalangan umat Islam serta memberi peringatan mengenai hakikat kematian dan balasan di hari akhirat. Oleh yang demikian itu, hakikat khutbah diniyyah ini adalah merangkumi semua aspek yang berhubung dengan kehidupan manusia di atas muka bumi ini (Shalbī, cAbd. Al-Jalīl cAbduh. 1987: 195) seperti firman Allah S.W.T yang berbunyi :
2
“ Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik: sesunguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (An-Nahl 16: 125)
Khutbah diniyyah adalah terbahagi kepada dua jenis antaranya khutbah Jumaat dan khutbah Hari Raya Aidil-Fitri dan Aidil-Adha. Khutbah Jumaat dilakukan sebelum sembahyang fardhu Jumaat yang merupakan wajib hukumnya sementara khutbah keduadua Hari Raya tersebut dilakukan selepas melakukan sembahyang (Ensiklopedia Islam Jilid 6, 1998: 65). Berikutan itu juga, tajuk-tajuk khutbah adalah merupakan faktor yang penting di dalam memberi kesan yang baik terhadap para jema’ah pendengar di masjid. Corak dan gaya penyampaian khutbah yang dibacakan oleh khatib adalah berbeza mengikut keadaan fizikal dan mental khatib itu sendiri. Gaya penyampaian khatib yang agak kurang menarik minat para jema’ah mungkin akan mengakibatkan sebahagian bilangan mereka merasa bosan dan adakalanya tertidur. Kemungkinan juga, boleh dikatakan faktor fizikal masjid yang agak selesa dan nyaman turut mengundang sebahagian para jema’ah itu tertidur walaupun di dalam keadaan sambil bersila sambil tidak memberi perhatian terhadap isi khutbah yang disampaikan.
3 Khutbah adalah satu bentuk pengerak kepada minda para jema’ah di dalam memahami isu yang berlaku dan berusaha melakukan perubahan sikap samada kepada diri atau keluarga selari dengan kehendak isi khutbah yang disampaikan (Zulkiple Abd. Ghani, 2003: 49). Persoalannya sejauh manakah khutbah pada masa kini dapat memberi keberkesanan di dalam masyarakat Islam? dan adakah gaya khatib dan isi yang kurang menarik dapat mendorong para jema’ah sendiri merasa bosan? Melalui kajian di dalam kertas ini cuba mengupas isu keberkesanan khutbah sebagai suatu pendidikan dan penyebaran risalah Islam kepada orang awam.
2.
DEFINISI TAJUK
Analisis ialah proses untuk menentukan sifat atau struktur, juzuk, binaan dan sebagainya (Kamus Komprehensif Melayu, 2005: 21) atau lebih dikenali dengan penyelidikan atau penghuraian sesuatu seperti keadaan, masalah, persoalan dan lain-lain untuk mengetahui secara terperinci atau mendalam. Manakala khutbah pula didefinisikan sebagai pidato iaitu (biasanya mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan) syarahan: membaca khutbah mesti mendahului sembahyang Jumaat (Kamus Dewan Ed. Ke-3, 1997: 675). Keberkesanan ialah perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dan sebagainya) (Kamus Komprehensif Melayu, 2005: 408). Berkesan ialah berhasil: mendatangkan akibat (Kamus Komprehensif Melayu, 2005: 404). Komunikasi awam ialah ia berlaku di tempat awam (Zulkiple Abd. Ghani, 2003: 14) dan pembacaan khutbah juga adalah dibacakan di masjid yang merupakan tempat awam. Oleh yang demikian itu, khutbah adalah merupakan suatu bentuk komunikasi awam yang disampaikan kepada jema’ah pendengar di masjid pada setiap hari Jumaat.
4 3.
KEPENTINGAN KHUTBAH TERHADAP MASYARAKAT ISLAM
Khutbah adalah suatu media dakwah yang sangat berkesan di dalam menguatkan persefahaman di kalangan masyarakat Islam seperti telah dinyatakan oleh Shafie, Hussain (t.th: 221) : “ Khutbah adalah merupakan kalimah mingguan yang disampaikan kepada
jema’ah
Muslimin
pada
setiap
hari
Jumaat
untuk
diperdengarkan kepada mereka di dalam memberi pembaharuan kepada umat Islam daripada segi keazaman, kekuatan iman dan mewujudkan tali ikatan yang erat di kalangan masyarakat Islam.”
Khutbah adalah merupakan senjata yang dapat menguatkan benteng akidah umat Islam disamping memberi kata-kata nasihat dan semangat yang kental terhadap pegangan akidah agama. Kebiasaan manusia adalah sering kali berkehendak kepada sesuatu yang dapat menguatkan mental dan fizikal tubuh badannya seperti manusia yang lapar berkehendak kepada makanan samalah seperti manusia yang memerlukan kepada katakata yang dapat menambahkan kekuatan mental dan keimanan mereka terhadap agama.(cAmmarah, Mahmud Mohd. 1993: 15) Berdasarkan firman Allah S.W.T yang berbunyi:
5 “ Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengkehendaki, tentulah Ia menjadikan manusia semuanya menurut agama yang satu. (tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: Ssesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahanam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)” (Hūd 11: 118-119)
Oleh yang demikian itu, manusia selalu berselisih faham tidak kira samada perselisihan dari segi pemikiran, pendapat dan perebutan harta duniawi yang mendorong kepada permusuhan sehingga dapat melemahkan keimanan mereka. Jesteru itu, al-Qur’an adalah sebagai panduan yang utama di dalam memperkukuhkan insan di dalam sesebuah masyarakat (cAmmarah, Mahmud Mohd. 1993: 16). Khutbah adalah salah satunya teknik atau cara yang berkesan di dalam menyampaikan pesanan Allah S.W.T kepada manusia untuk melaksanakan kehidupan yang makmur dan sejahtera di kalangan masyarakat. 4.
SEJARAH RINGKAS MENGENAI KHUTBAH
4.1
Khutbah di zaman Jahiliyyah
Kaum Arab Jahiliyyah, mereka amat mahir di dalam berpidato atau khutbah dalam bentuk syair dan di kalangan mereka menganggapkan khutbah sebagai kata yang boleh menaikkan semangat mereka untuk berperang ataupun mendorong kepada perdamaian. Faktor penting yang mendorong masyarakat Jahiliyyah ini mahir di dalam khutbah ialah kerana mereka mempunyai keupayaan yang hebat di dalam berdebat. Kemahiran mereka di dalam bahasa Arab telah mendorong kepada ramai di kalangan mereka berpidato.
6 Khutbah Jahiliyyah adalah menitikberatkan melalui perhimpunan kabilah-kabilah Arab untuk berbincang mengenai beberapa perkara seperti mencetuskan peperangan dan permusuhan serta menyelesaikan masalah sengketa di antara dua belah pihak. Penyampaian khutbah oleh ketua-ketua kabilah Arab Jahiliyyah adalah menunjukkan ketentuan dan keputusan terhadap sesuatu kabilah tersebut mengenai setiap perkara yang diperbincangkan (Shalbī, cAbd. Al-Jalīl cAbduh. 1987: 164). Kabilah Arab Jahiliyyah mempunyai keupayaan berfikir secara pantas di dalam menyampaikan khutbah mereka dengan pertuturan yang baik dan tersusun mengenai perkara yang berhubung dengan aspek kehidupan seperti soal ekonomi, politik dan kehidupan sosial masyarakat pada ketika itu. Walaupun kehebatan mereka dalam berdebat sekalipun tetapi secara umumnya kegiatan pidato atau khutbah pada zaman Jahiliyyah mengandungi unsur syirik yang di jampi mentera oleh “Kāhin” di dalam meniupkan semangat permusuhan di kalangan kabilah Arab sesama sendiri (Ahmad Asnawi, 1997: 163). 4.2
Khutbah di zaman kemunculan Islam
Pidato atau khutbah pada zaman kemunculan Islam terbukti sebagai satu kemahiran dan mempunyai seni dalam pengucapan yang dapat memberi kesan kepada umat Islam pada ketika itu. Oleh itu, para anbiyak dikurniakan hikmah daripada Allah S.W.T untuk menyampaikan risalahNya untuk umat manusia sejagat. Jesteru itu, para rasul sejak Nabi Nuh A.S sehingga Nabi Muhammad S.A.W adalah merupakan tokoh pemidato dalam usaha dakwah mereka kepada manusia (Ahmad Asnawi 1997: 162). Terdapat beberapa kenyataan ayat-ayat suci al-Qur’an telah menyebut mengenai wahyu yang telah disampaikan kepada para rasul antaranya seperti Nabi Nuh A.S diutuskan untuk memberi peringatan terhadap kaumnya :
7 “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggallah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedangkan mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka)” (Al-Ankabut 29: 14)
Manakala Nabi Daud A.S pula, telah dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan hikmah dan kepetahan berbicara : “Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya” (Sād 38: 19)
Sehubungan dengan itu juga, Nabi Musa A.S telah dikurniakan kemudahan di dalam berdakwah dimana Allah S.W.T menyuruh baginda pergi berdakwah kepada Raja Fircaun : “Pergilah kepada Fir’aun, sesungguhnya ia telah melampui batas. Nabi Musa berdoa dengan kata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku; Supaya mereka faham perkataanku;…..” (Tāha 20: 24-35)
Berdasarkan maksud ayat-ayat di atas ternyata bahawasanya Allah S.W.T telah mengurniakan hikmah berpidato kepada para-para rasulNya di dalam menyampaikan risalahNya kepada seluruh umat manusia di atas muka bumi ini. Kalau dilihat daripada perspektif Sirah Rasulullah S.A.W pula, baginda telah menyampaikan dakwahnya di dalam bentuk pidato atau khutbah dalam menyampaikan risalah kenabian kepada kaumnya seperti baginda Rasulullah S.A.W berdakwah kepada kaum Quraisy di atas bukit Sofa. Sehubungan dengan itu, khutbah adalah merupakan senjata yang khusus di
8 dalam menyiarkan syariat Islam. Menurut sejarah permulaan khutbah Jumaat di dalam Ensiklopedia Islam Jilid 6 (1998:66) telah menyatakan bahawa : “Ucapan khutbah dimulakan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. lagi iaitu sewaktu baginda di Madinah; tetapi kesemua khutbah yang disampaikan oleh baginda itu dibuat selepas sembahyang. Orang yang pertama melakukan khutbah Jumaat sebelum sembahyang Jumaat ialah Khalifah Umar bin al-Khattab atau Khalifah Uthman bin Affan atau Marwan bin al-Hakam”
Sehubungan dengan itu, selepas kewafatan baginda Rasul S.A.W, terdapat sebahagian umat Islam telah murtad dari Islam ketika di zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar as-Siddīq. Jesteru itu, khutbah adalah memainkan peranan yang penting di dalam menyeru umat Islam yang murtad itu kembali kepada Islam. Terdapat beberapa orang sahabat Rasulullah S.A.W telah mengambil inisiatif sedemikian dengan berkhutbah kepada umat Islam yang telah murtad di beberapa buah tempat, antaranya Suhail Ibn. c
Amrū telah menyampaikan khutbahnya di Mekah dan Uthmān Ibn. Abī Al-cAs di Thaīf.
Melalui khutbah juga, ianya disampaikan di dalam bentuk menaikkan semangat anggota tentera Islam sebelum berperang sepertimana pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W sewaktu perang Badar, Uhud dan begitu juga pernah dilakukan oleh para Khalifah Islam di dalam memerangi orang yang murtad serta berperang dengan tentera Rom. Kemunculan khutbah di zaman Rasulullah S.A.W telah menampakkan beberapa ciri perbezaan yang nyata berbanding dengan khutbah masyarakat Jahiliyyah. Kandungan isi khutbah Islam dimuatkan dengan beberapa hujah yang berdasarkan kepada dalil-dalil al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah S.A.W dengan bentuk susunan yang baik dan menarik misalannya khutbah perkahwinan dan khutbah menyambut hari perayaan serta khutbah menyeru kepada melaksanakan perintah yang disuruh oleh Allah S.W.T. Manakala khutbah Jahiliyyah hanya dimuatkan dengan unsur-unsur syirik yang mengagungkan nama baik kabilah yang mendorong kepada perbalahan dan pembunuhan di antara kabilah Arab Jahiliyyah untuk melindungi keturunan dan nama baik kabilah masingmasing.
9 Dorongan dan seruan khutbah Jahiliyyah yang sedemikian itu, boleh mencetuskan peperangan di kalangan mereka yang membawa kepada perpecahan dan kemusnahan. Manakala Islam pula, adalah memupuk semangat perpaduan di kalangan umat Islam dan memohon balasan pahala dan keredhaan daripada Allah S.W.T sepertimana yang termaktub di dalam al-Qur’an dan Hadith. Melalui khutbah juga dapat mempengaruhi jiwa manusia di dalam menerima balasan pahala syurga daripada Allah S.W.T melalui nikmat yang diberikan disamping dapat menimbulkan rasa insaf serta takut dengan balasan seksaan api neraka di akhirat kelak (Shalbī, cAbd. Al-Jalīl cAbduh. 1987: 174179). Berikutan itu juga, terdapat beberapa tuntutan khutbah yang perlu di ambil perhatian di dalam menimbulkan keberkesanannya terhadap para jema’ah Muslim. 5.
TUNTUTAN KHUTBAH 1. Khutbah adalah merupakan amalan cubudiyah yang dilakukan pada hari Jumaat. Oleh yang demikian itu, khutbah harus dilaksanakan dengan memenuhi syaratsyarat dan rukunnya. 2. Khutbah hendaklah diisikan dengan sifat umum dan ittifaqiyah dengan tidak menimbulkan persoalan khilafiyah di antara pelbagai golongan dan sebagainya. 3. Khutbah disampaikan adalah bertujuan untuk memperkukuhkan jiwa ukhwah Islamiyah di dalam saling bantu-membantu dan tolong-menolong serta menguatkan keimanan jema’ah di dalam menunaikan perkara wajib yang dituntut oleh agama Islam. 4. Khutbah hendaklah diisi dengan perkara yang sesuai dengan keadaan atau situasi di dalam menghadapi kehidupan masyarakat disamping membimbing ke arah ajaran Islam yang sebenar yang merupakan tuntutan terhadap kehidupan umat Islam sejagat. 5. Khutbah hendaklah disampaikan di dalam bentuk bahasa yang mudah di fahami, sederhana dan tidak terlalu panjang 6. Khutbah hendaklah di tanam dengan perkara yang dapat menguatkan keimanan, menggalakkan
segala
ibadat
wajib
dan
sunnah,
menyucikan
jiwa,
10 mempertinggikan budi pekerti dan akhlak serta memelihara tata tertib dan sopan santun mengikut landasan Islam yang sebenar ( Moh, Rifai 1981: 5). Peranan khutbah di dalam memupuk semangat dan kesedaran di kalangan umat Islam adalah amat diperlukan untuk menangani pelbagai masalah yang berlaku terhadap umat Islam itu sendiri. Khutbah boleh dikiaskan sebagai pendorong atau petunjuk kepada umat Islam di dalam sentiasa memberi peringatan untuk menjaga kesejahteraan iman dan taqwa Muslim itu sendiri sepertimana Allah S.W.T telah berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Juma’at, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Juma’at) dan tinggalkanlah berjual beli (pada sa’at itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (al-Jumu’ah 62: 9)
Berdasarkan ayat di atas, “Zikrillah” (mengingati Allah) ialah merupakan isyarat terdahap orang Mukmin di dalam mendengar khutbah yang diisikan dengan segala pertunjuk mengenai soal ibadat dan bimbingan kehidupan dan kemasyarakatan umat Islam. Segala perniagaan jual beli harus diberhentikan buat seketika di dalam menyahut seruan menunaikan ibadat solat Jumaat.
11 6.
KHUTBAH DARI PERSPEKTIF SYARcA
Ulama fiqh Islam dengan sepakat telah menyatakan bahawasanya khutbah Jumaat tidak akan sah jika tidak memenuhi rukun dan syaratnya (Itbē, Nasīr Mustafa, 1995 : 54). Oleh yang demikian itu, antara ciri-ciri yang dapat memenuhi keberkesanan khutbah adalah terkandung di dalam perspektif syarca seperti berikut: 6.1
Rukun Khutbah Jumaat: 1. Kata puji-pujian terhadap Allah S.W.T pada awal permulaan kedua-dua khutbah 2. Selawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W 3. Berwasiat kepada diri khatib dan para jemaah agar bertaqwa kepada Allah S.W.T pada kedua-dua khutbah 4. Membaca sekurang-kurangnya sepotong ayat al-Qur’an di dalam salah satu daripada dua khutbah tersebut. 5. Mendoakan orang-orang Islam di dalam khutbah kedua
6.2
Syarat-Syarat Khutbah Jumaat: 1. Dilaksanakan sebanyak dua kali 2. Dilaksanakan pada waktu solat Zuhur 3. Dilaksanakan sebelum solat Jumaat 4. Khatib yang melaksanakannya menutup aurat 5. Khatib yang melaksanakannya suci daripada hadas kecil dan besar 6. Khatib duduk sebentar di antara dua khutbah 7. Dihadiri oleh jemaah solat Jumaat
12 6.3
Sunnah-Sunnah Khutbah Jumaat: 1. Suci bersih dan menutup aurat 2. Khutbah dilaksanakan di atas mimbar 3. Khatib duduk di atas mimbar sebelum khutbah dimulakan 4. Khatib menghadap muka kehadapan tanpa berpusing ke kiri atau ke kanan 5. Khatib memberi salam kepada jemaah masjid apabila menaiki mimbar 6. Azan di hadapan apabila khatib duduk di atas mimbar 7. Khutbah di sampaikan dengan nada yang tinggi dan suara yang keras 8. Khatib memegang tongkat atau pedang di sebelah tangan kiri 9. Khutbah tidak terlalu lama dan khutbah kedua harus lebih pendek dripada khutbah yang pertama. 10. Menegah jemaah masjid daripada bercakap-cakap ketika khatib membaca khutbah (Mustafa, Nassīr 1995 : 55-59). Sehubungan dengan itu juga, perkara yang boleh menimbulkan makruh di dalam
khutbah haruslah dielakkan seperti meninggalkan perkara sunnah seperti khatib memanjangkan khutbah dan tidak bersuci daripada hadas kecil mahupun besar berdasarkan kata sepakat para ulama fiqh Islam. 7.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN KHUTBAH
Khutbah adalah sebagai suatu komunikasi awam yang khusus di dalam bentuk penyampaian terhadap orang ramai yang dapat memberi keberkesanan terhadap para jema’ah di atas tujuan mendidik mereka di dalam pelbagai aspek dalam ajaran Islam. Keberkesanan khutbah dapat dipengaruhi melalui beberapa faktor apabila merujuk kembali maksud keberkesanan adalah sesuatu perkara yang dapat menimbulkan hasil yang diharapkan dan membawa kepada sesuatu perubahan (Kamus Dewan Ed. Ke-3, 1997: 663).
13 Oleh yang demikian itu, melalui perbincangan di dalam konteks khutbah ini adalah boleh dikatakan dapat memberi kesan dan perubahan kepada para jema’ah yang menghadiri solat Jumaaat. Antara faktor-faktor yang dapat mempengaruhi keberkesanan khutbah iaitu faktor isi khutbah, faktor khatib, faktor fizikal masjid, faktor pendengar khutbah dan faktor politik. 7.1
FAKTOR-FAKTOR KEBERKESANAN KHUTBAH
7.1.1
Tajuk dan Isu Khutbah
Melalui bahagian ini, penulis telah membuat analisa terhadap isu-isu yang berbangkit di dalam beberapa khutbah yang telah di sampaikan kepada para jema’ah adalah berdasarkan
kepada tajuk-tajuk khutbah Jumaat yang telah disediakan oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Analisis ini adalah bertujuan untuk mengkaji beberapa isu-isu yang disampaikan kepada para jema’ah pendengar oleh JAKIM dari tahun 2004-2005 dan dari 6 Jan.- 11 Ogos 2006. Jadual 1 : Tajuk-tajuk khutbah JAKIM dan kategori isu antara 16 Januari – 31 Disember 2004. Bi
Tajuk
Tarikh
Kategori Isu
l 1 2
Perpaduan Umat Nadi Keamanan Negara Hijrah Menjana Kecemerlangan Umat
16 Jan 04 20 Feb 04
Sosial Isu Semasa
3
Kekuatan Akidah Melahirkan Generasi Yang
24 Feb 04
Akidah
4 5
Bertakwa Minggu Perbankan Islam Tanggungjawab Bersama Membina
5 March 04 26 March 04
Ekonomi Sosial
6 7 8 9
Kecemerlangan Ummah Pembangunan Ummah Pendidikan Anak-Anak Menurut Islam Tanggungjawab Sosial Dalam Masyarakat Penghayatan Maulidurrasul Dalam Kehidupan
9 April 04 16 April 04 16 April 04 30 April 04
Isu Semasa Akhlak/Tasawuf Sosial Sirah
14 10
Kepentingan Nilai Integriti Dalam
7 Mei 04
Isu Semasa
11 12 13
Melaksanakan Tugas Guru Berkualiti Pemangkin Negara Gemilang Persaudaraan Dalam Islam Tanggungjawab Melindungi Wanita Islam
21 Mei 04 28 Mei 04 4 Jun 04
Isu Semasa Akhlak/Tasawuf Sosial
14
Kasih Sayang Asas Pembentukan Keluarga
11 Jun 04
Sosial
Bahagia 15
Ikhlas Menurut Kaca Mata Islam
18 Jun 04
Akhlak/Tasawuf
16
Meningkatkan Ekonomi Ummah Dengan
25 Jun 04
Ekonomi
Pertanian 17
Khutbah Khas Hari Pahlawan
26 Julai 04
Isu Semasa
18
Khutbah Khas Sempena
10 Sept 04
Isu
Hari Angkatan Tentera
Semasa/Khutbah
19
Manfaatkan Bioteknologi
1 Okt 04
Khas Isu Semasa
20
Al-Qur’an Sumber Kebahagiaan Hidup
8 Okt 04
Akidah
21
Hayati Ramadhan Dengan Meningkatkan Amal
15 Okt 04
Akidah
22
Ibadat Hikmah Puasa Ramadhan Dalam Kehidupan
22 Okt 04
Akidah
23
Al-Qur’an sejarah Dan Pengertiannya
29 Okt 04
Akidah
24 25
Pendidikan Melalui Penghayatan Ramadhan Khutbah Hari Raya
5 Nov 04 14 Nov 04
Isu Semasa Isu
Aidil Fitri 1425H
Semasa/Khutbah Khas Akhlak/Tasawuf
26
Muhasabah Selepas Ramadhan
19 Nov 04
27 28
Zakat Fitrah Penyambung Kasih Sayang Bersama Melaksanakan Tanggungjawab Sosial
22 Nov 04
29
Dalam Masyarakat Kesempurnaan Akhlak
26 Nov 04 3 Dis 04
Akhlak/Tasawuf
30 31
Mengawal Dan Menghindari Perasaan Marah Keutamaan Memelihara Sifat Malu
10 Dis 04 17 Dis 04
Akhlak/Tasawuf Akhlak/Tasawuf
32
Tanggungjawab Ummah Memakmurkan Masjid
24 Dis 04
Akhlak/Tasawuf
33
Menghayati Ketinggian Akhlak Rasulullah
31 Dis 04
Sirah
34
S.A.W Hakikat Menghadapi Ujian Allah
31 Dis 04
Akidah
Akhlak/Tasawuf Sosial
15 (Sumber : JAKIM 2004)
Berdasarkan jadual di atas, antara bulan Januari hingga Disember 2004, pihak JAKIM telah mengeluarkan khutbah sebanyak 34 buah khutbah yang dapat dikelompokkan ke dalam enam kategori isu iaitu sirah, akidah, akhlak/tsawuf, sosial, isu semasa dan ekonomi . Berikutan adalah taburan kekerapan khutbah berdasarkan isu yang dapat ditunjukkan melalui jadual seperti berikut: Jadual 2: Taburan kekerapan kategori isu khutbah JAKIM (16 Januari – 31 Disember 2004) Kategori Isu Akidah Isu Semasa/Khutbah Khas Sosial Ekonomi Akhlak/Tasawuf Sirah
Kekerapan 6 9 6 2 9 2
Peratus % 17.64 26.47 17.64 5.88 26.47 5.88
Berdasarkan jadual di atas, kecenderungan pihak JAKIM di dalam menyampaikan khutbah sepanjang tahun 2004 adalah tertumpu kepada perkara akidah, isu semasa, sosial dan akhlak/tasawuf berbanding khutbah yang berkaitan dengan ekonomi dan sirah hanya disampaikan dua kali sahaja di dalam tahun tersebut.
Jadual 3: Tajuk-tajuk khutbah JAKIM dan kategori isu antara 7 Januari – 30 Disember 2005. Bi
Tajuk
Tarikh
Kategori Isu
l 1 2
Iktibar Bencana Tsunami Hakikat Sebenar Pengobanan Dalam Islam
7 Jan. 05 14 Jan. 05
Isu Semasa Akhlak/Tasawuf
16 3
Penghayatan Dalam Perlaksanaan Ibadah
21 Jan. 05
Ibadah
4 5
Korban Berbudi Bahasa Amalan Hidup Kita Muhasabah Ke Arah Meningkatkan Amal
28 Jan 05 4 Feb. 05
Isu Semasa Akhlak/Tasawuf
6 7
Ibadat Hijrah Menjana Kemajuan Ummah Masjid Sebagai Pusat Pembangunan
11 Feb. 05 18 Feb. 05
Isu Semasa Sosial
8
Ummah Mencegah Penyakit Lebih Baik Daripada
25 Feb. 05
Kesihatan
9
Mengubati Keutamaan Mengawal Keselamatan Diri
4 Mac. 05
Sosial
10
Dengan Menjauhi Dadah Menjana Keseimbangan Hidup Di Dunia
11 Mac. 05
Akidah
11
Dan Di Akhirat Fardhu Kifayah Dalam Pengeluaran
18 Mac. 05
Isu Semasa
12
Makanan Halal Mencegah Jenayah Tanggungjawab
25 Mac. 05
Sosial
13 14
Bersama Keutamaan Ilmu Dalam Kehidupan Peranan Suami Dalam Meningkatkan
1 April 05 8 April 05
Akhlak/Tasawuf Kesihatan
15 16
Kesihatan Keluarga Keimanan Dan Ketakwaan Kepada Allah Menghayati Ketinggian Akhlak
15 April 05 22 April 05
Akidah Akhlak/Tasawuf
17
Rasulullah S.A.W Kerja Berkualiti Menjana Kemajuan
29 April 05
Sosial
18 19
Negara Ibu Tonggak Kerukunan Rumahtangga Keluarga Cemerlang Membina Generasi
6 Mei 05 13 Mei 05
Sosial Sosial
20
Gemilang Memartabatkan Guru Sebagai Insan
20 Mei 05
Isu Semasa
21
Mulia Memanfaatkan Masa Ke Arah Melahirkan
27 Mei 05
Akhlak/Tasawuf
22 23
Kehidupan Berkualiti Mentaati Pemerintah Strategi Menangani Penyelewengan
3 Jun 05 10 Jun 05
Sosial Akidah
24
Akidah Umat Tanggungjawab Masyarakat Mencegah
17 Jun 05
Sosial
25 26
Gejala Sosial Islam Menjana Kehidupan Berkualiti Amalan Membaca Menjana
24 Jun 05 1 Julai 05
Akidah Sosial
Kecemerlangan Ummah
17 27 28
Remaja Berkualiti Harapan Negara Bersama Mencegah Dan Menjauhi
8 Julai 05 15 Julai 05
Sosial Kesihatan
29 30 31 32 33
Penyakit Kekuatan Rohani Menjauhi Amalan Keji Khutbah Sambutan Hari Pahlawan Bencana Jerebu Menyuci Kalbu Murid DiKasihi Guru Dihormati Mengekalkan Kemerdekaan Melalui
22 Julai 05 5 Ogos 05 12 Ogos 05 19 Ogos 05 26 Ogos 05
Akhlak/Tasawuf Isu Semasa Isu Semasa Akhlak/Tasawuf Isu Semasa
34
Perpaduan Ibadat Solat Melahirkan Insan Yang
2 Sept. 05
Ibadah
35 36
Mulia Hayati Qur’an Dalam Kehidupan Muhasabah Memperkukuhkan Jatidiri
9 Sept. 05 16 Sept. 05
Akhlak/Tasawuf Akhlak/Tasawuf
37
Ummah Peranan Ibadah Dalam Melahirkan Jiwa
23 Sept. 05
Ibadah
38
Penyayang Persediaan Menyambut Ramadhan Al-
30 Sept. 05
Ibadah
39
Mubarak Ibadat Puasa Mendatangkan Rahmat Dan
7 Okt. 05
Ibadah
40
Keampunan Allah Ibadat Puasa Melahirkan Keinsafan Dan
14 Okt. 05
Ibadah
41
Mendapat Keampunan Allah Ibadah Ramadhan Menjauhkan Diri Dari
21 Okt. 05
Ibadah
42
Azab Neraka Kesan Ibadah Puasa Terhadap
28 Okt. 05
Ibadah
43
Pembentukan Peribadi Muslim Khutbah 2 Aidil-Fitri 1426H (Jawi)
3 Nov. 05
Isu Semasa/Khutbah
44
Khutbah 2 Aidil-Fitri 1426H (Rumi)
3 Nov. 05
Khas Isu Semasa/Khutbah
3 Nov. 05
Khas Isu Semasa/Khutbah
3 Nov. 05
Khas Isu Semasa/Khutbah
45 46
Khutbah 1 Aidil-Fitri 1426H (Rumi) Khutbah 1 Aidil-Fitri 1426H
47
Menjana Kemuliaan Hati Dan Ketulusan
4 Nov. 05
Khas Isu Semasa
48
Jiwa Di Bulan Syawal Mengutamakan Integriti Dalam
11 Nov. 05
Akhlak/Tasawuf
49 50 51 52
Melaksanakan Tanggungjawab Sifat Istiqamah Membina Kejayaan Hikmah Perkahwinan Menurut Islam Tanggungjawab Memelihara Alam Sekitar Kewajipan Menjauhi Amalan Rasuah
18 Nov. 05 25 Nov. 05 2 Dis. 05 9 Dis. 05
Akhlak/Tasawuf Sosial Sosial Akhlak/Tasawuf
18 53 54
Hargailah Masa Tanggungjawab Ibubapa Mendidik Anak-
16 Dis. 05 23 Dis. 05
Akhlak/Tasawuf Sosial
55
Anak Membina Azam Dan Semangat
30 Dis. 05
Akhlak/Tasawuf
Menyambut Tahun Baru (Sumber: JAKIM 2005)
Berdasarkan jadual di atas, tajuk khutbah JAKIM antara bulan Januari hingga Disember 2005, pihak JAKIM telah mengeluarkan khutbah sebanyak 55 buah khutbah yang dapat dikelompokkan ke dalam enam kategori isu yang berkenaan. Berikut adalah taburan kekerapan khutbah berdasarkan isu yang dapat ditunjukkan melalui jadual seperti berikut: Jadual 4: Taburan kekerapan kategori isu khutbah JAKIM (7 Januari – 30 Disember 2005) Kategori Isu Akidah Isu Semasa/Khutbah Khas Sosial Akhlak/Tasawuf Kesihatan Ibadah
Kekerapan 4 13 13 14 3 8
Peratus % 7.27 23.63 23.63 25.45 5.45 14.54
Berdasarkan jadual di atas, khutbah pihak JAKIM sepanjang tahun 2005 banyak cenderung kepada isu semasa, sosial, akhlak/tasawuf dan ibadah berbanding dengan khutbah yang berkaitan dengan akidah dan kesihatan hanya disampaikan dua kali sahaja dalam tahun tersebut. Jadual 5 : Tajuk-tajuk khutbah JAKIM dan kategori isu antara 6 Januari – 11 Ogos 2006 Bil 1 2
Tajuk Berwaspada Terhadap Bahaya Pengaruh
Tarikh 6 Jan. 06
Kategori Isu Sosial
Black Metal Khutbah Kedua Aidil-Adha 1426H
10 Jan. 06
Isu Semasa/Khutbah
(Rumi)
Khas
19 3
Khutbah Kedua Aidil-Adha 1426H
10 Jan. 06
Isu Semasa/Khutbah
4
Khutbah Pertama 1426H (Rumi)
10 Jan. 06
Khas Isu Semasa/Khutbah
5
Khutbah Pertama 1426H
10 Jan. 06
Khas Isu Semasa/Khutbah
6 7 8
Sifat Takwa Teras Kemurniaan Akidah Tuntutan Membangun Ekonomi Ummah Hijrah Membentuk Ummah Berilmu Dan
13 Jan. 06 20 Jan. 06 27 Jan. 06
Khas Akhlak/Tasawuf Ekonomi Isu Semasa
9
Bertamadun Menghiasi Kehidupan Dengan Beramal
3 Feb. 06
Akhlak/Tasawuf
10 11
Jariah Tanggungjawab Membantu Anak Yatim Mencegah Penyalah Gunaan Dadah
10 Feb. 06 17 Feb. 06
Akhlak/Tasawuf Sosial
12
Tanggungjawab Bersama Kekuatan Akidah Melahirkan Generasi
24 Feb. 06
Isu Semasa
13 14
Yang Bertakwa Berjimat Cermat Amalan Mulia Tuntutan Menjaga Kebersihan Diri Dan
3 March 06 10 March 06
Ekonomi Isu Semasa
15
Persekitaran Kesempurnaan Amal Ibadah Membentuk
17 March 06
Ibadah
16 17
Insan Bertakwa Solat Membentuk Ketenangan Jiwa Memakmurkan Negara: Satu
24 March 06 31 March 06
Ibadah Akhlak/Tasawuf
18 19
Tanggungjawab Ketinggian Ahklak Asas Keteguhan Iman Al-Qur’an Dan As-Sunnah Merupakan
7 April 06 14 April 06
Akhlak/Tasawuf Akidah
20 21
Panduan Ummah Hindarilah Sifat Membazir Mengukuhkan Amalan Integriti Dalam
21 April 06 28 April 06
Akhlak/Tasawuf Isu Semasa
22
Pekerjaan Suburkan Kehidupan Dengan Kemuliaan
5 Mei 06
Akhlak/Tasawuf
23 24 25 26
Iman Kasih Keluarga Membawa Ke Syurga Guru Pembimbing Generasi Bangsa Kepentingan Ekonomi Dalam Islam Tanggungjawab Menjaga Dan
12 Mei 06 19 Mei 06 26 Mei 06 2 Jun 06
Sosial Sosial Ekonomi Isu Semasa
27 28
Memakmurkan Negara Anak Soleh Idaman Ibubapa Tanggungjawab Memelihara Jati Diri
9 Jun 06 16 Jun 06
Akhlak/Tasawuf Akhlak/Tasawuf
29
Muslim Pembangunan Tamadun Ummah Satu
23 Jun 06
Isu Semasa
20
30
Kefardhuan Peranan Ibubapa Dan Masyarakat Dalam
30 Jun 06
Sosial
31 32 33
Membenteras Gejala Dadah Al-Qur’an Panduan Hidup Muslim Jadikan Amalan Membaca Satu Budaya Menghayati Dan Memahami Hakikat
7 Julai 06 14 Julai 06 21 Julai 06
Akidah Isu Semasa Isu Semasa
34 35
insan Mengelak Pembaziran Satu Tuntutan Menghargai Dan Mensyukuri Jasa
28 Julai 06 4 Ogos 06
Akhlak/Tasawuf Isu Semasa
36
Perwira Negara Bersama Memerangi Keganasan
11 Ogos 06
Isu Semasa (Sumber: JAKIM 2006)
Berdasarkan jadual di atas, tajuk khutbah JAKIM antara bulan Januari hingga Disember 2006, JAKIM telah mengeluarkan khutbah sebanyak 36 buah khutbah yang dikelompokkan ke dalam enam kategori isu yang berkenaan. Oleh yang demikian itu, berikut adalah taburan kekerapan khutbah berdasarkan isu yang dapat ditunjukkan melalui jadual seperti berikut:
Jadual 6: Taburan kekerapan kategori isu khutbah JAKIM (6 Januari – 11 Ogos 2006) Kategori Isu Akidah Isu Semasa/Khutbah Khas Sosial Akhlak/Tasawuf Ibadah Ekonomi
Kekerapan 2 14 5 10 2 3
Peratus % 5.55 38.88 13.88 27.77 5.55 8.33
21 Berdasarkan jadual di atas, khutbah yang disediakan oleh pihak JAKIM bermula dari 6 Januari hingga 11 Ogos banyak cenderung kepada isu semasa dan akhlak/tasawuf berbanding dengan khutbah yang berkaitan dengan akidah, ekonomi, sosial dan ibadah. Berdasarkan khutbah-khutbah yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sekitar tahun 2004 hingga 2005 dan 6 Januari hingga 11 Ogos 2006. Terdapat pelbagai isu yang kerap kali diulangi dan kurang disentuh berdasarkan terhadap nilai peratus kekerapan yang dinyatakan sebelum ini. Isu semasa, akhlak/tasawuf dan sosial sering kali di sentuh di dalam penyampaian khutbah dimana antara setiap isu dan tajuk khutbah tersebut amat memberi pengaruh yang besar terhadap para jema’ah. Tetapi sejauh manakah penumpuan dan perhatian yang diberikan oleh para jema’ah terhadap isu tersebut?. Kebiasaannya para jema’ah pendengar amat meminati khutbah yang mempunyai isu-isu yang terkini, panas dan sensasi. Oleh yang demikian itu, tajuk dan isu khutbah haruslah dibentuk secara relevan dengan keadaan semasa dan sesuai didengari oleh semua para jema’ah bagi mengelakkan sebahagian jema’ah sahaja yang mendapat manfaat khutbah berbanding sebahagian jema’ah lain yang kurang mendapat manfaat. Memandangkan khutbah pada masa kini, kurang membahaskan isu-isu yang dianggap sensitif sedangkan ia amat penting di dalam mendidik para jema’ah itu sendiri. Jika dilihat pada masa sekarang terdapat banyak gejala sosial muncul di dalam masyarakat Islam yang jarang disebut di dalam khutbah sebagai memberi peringatan yang sewajarnya terhadap para jema’ah itu sendiri. Antara khutbah yang jarang menyentuh persoalan tersebut iaitu gejala pelacuran, pembuangan anak, mat rempit dan pelbagai hiburan atau konsert yang mendorong kepada kelalaian umat Islam itu sendiri. Walaupun terdapat juga sebahagian khutbah yang menyentuh mengenainya, tetapi isi khutbah yang disampaikan itu cuma tidak menyentuh dengan secara terperinci, padat dan tepat serta tegas. Amat sayang sekali jika dilihat melalui isi yang dimuatkan di dalam khutbah pada masa kini, masih kurang memberi kesan terhadap para pendengar di dalam mencapai hidayah yang sebenar. 7.1.2
Isi Khutbah
22
Tajuk dan isi khutbah yang mantap dan padat dengan isu terkini, dapat menarik perhatian para jema’ah pendengar ketika mereka berada di dalam masjid. Isi khutbah yang berkesan bermula dengan mukaddimah yang baik. Apabila khatib memulakan khutbah, sering kali para jema’ah masjid akan menimbulkan persoalan di hati mereka mengenai tajuk apakah yang akan dibacakan oleh khatib. Tajuk khutbah yang menarik akan terus membuatkan para jema’ah dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya dari awal hingga ke akhirnya. Mengenai isi khutbah juga, hendaklah dititikberatkan kepada pengungkapan aspek-aspek ajaran Islam, iman kepada Allah, Malaikat, al-Qur’an dan Rasul, menghuraikan segala perkara mengenai syurga dan neraka serta menerangkan ganjaran pahala yang akan diberikan kepada mereka yang beriman kepada Allah S.W.T. Pada umumya khutbah adalah pengetuk pintu hati mukmin Islam yang mendengarnya supaya meresap masuk ke dalam jiwa mereka di dalam mengentalkan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah S.W.T (Nasution, M.Yunan 1974: 18). Apa yang sering kita perhatikan pada hari ini, terdapat sebahagian para jema’ah menundukkan kepala mereka apabila makaddimah khutbah selesai dibacakan oleh khatib. Malahan pula berdasarkan pendapat oleh Zulkiple Abd. Ghani (2003: 50) bahawa kenapa khutbah tidak menimbulkan daya tarikan kepada para jema’ah pendengar sebabnya ialah : “Khutbah pada hari ini hanya dilihat oleh sebahagian masyarakat Islam adalah sebagai syarat sah menyempurnakan sembahyang Jumaat sahaja”. Oleh yang demikian itu, di dalam mengekalkan tumpuan para jema’ah dengan secara sepenuhnya semestinya isi yang menarik dimuatkan di dalam khutbah untuk menimbulkan perasaan ingin tahu di kalangan jema’ah mengenai perkara yang diperkatakan oleh khatib daripada awal hingga ke akhir penutup khutbah tersebut. Melalui isi khutbah yang menarik juga, para jema’ah dapat membayangkan dan memahami mengenai perkara yang disentuh serta dapat menimbulkan satu teguran rohani di kalangan para jema’ah. Dalil-dalil al-Qur’an dan Hadith perlu dimuatkan di dalam
23 khutbah untuk mengukuhkan pendapat dan hujah mengenai isi yang disampaikan bagi menambah keyakinan terhadap jema’ah. Walau bagaimanapun isi yang dimuatkan di dalam khutbah mestilah tepat dan ilmiah supaya tidak dapat menimbulkan kekeliruan di kalangan para pendengar khutbah itu sendiri. Khutbah yang disampaikan oleh khatib adalah merupakan khutbah yang sudah digubal oleh panel penggubal yang bertauliah untuk mengelak daripada berlaku percampuran dengan isi khutbah yang tidak memenuhi etika penulisan isi khutbah yang sesuai. Isi khutbah yang tidak gubal boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan para jema’ah seperti perkara yang boleh mendorong kepada fasiq dan khurafat. Oleh yang demikian itu, Majlis Agama Islam ialah merupakan badan tertinggi yang mempunyai sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab di dalam menyediakan khutbah yang sedia dihantar ke masjid-masjid seluruh kawasan bagi setiap negeri. Khutbah adalah sebahagian bidang tugas khatib di dalam menegakkan amar makruf dan melarang semua perkara yang mungkar dan garis panduan khutbah yang betul adalah suatu perkara yang perlu diberi penekanan supaya tidak menimbulkan kesan yang negatif terhadap masyarakat Islam. Antara faktor terpenting di dalam mencapai keberkesanan isi khutbah sebagai salah satu media penting ke arah pembangunan ummah serta penggerak giat masyarakat adalah seperti kandungan isi khutbah haruslah menyeluruh bagi menjawab dan menghuraikan persoalan besar yang berlaku di dalam masyarakat. Dengan demikian itu, kesedaran dan penghayatan Islam di dalam masyarakat akan sentiasa peka dan meningkat dari masa ke semasa. (Ahmad Asnawi, 1998: 165) 7.1.3
Penggunaan Bahasa
Berdasarkan tuntutan khutbah yang disebutkan sebelum ini, penggunaan bahasa di dalam khutbah yang disampaikan kepada para jema’ah hendaklah mudah difahami dan tidak menggunakan perkataan yang agak sukar untuk difahami oleh sebahagian jema’ah yang hadir. Penggunaan bahasa daerah bagi kawasan yang tertentu adalah digalakkan supaya mudah untuk difahami sepenuhnya oleh setiap jema’ah yang terdiri daripada pelbagai
24 lapisan masyarakat mengenai isi khutbah yang hendak disampaikan. Menurut pendapat sarjana Islam (Nasution, M.Yunan 1974: 16) belum terdapat dalil-dalil yang sahih mengenai pengunaan bahasa Arab itu adalah wajib disampaikan di dalam isi khutbah. Penggunaan bahasa yang positif dalam khutbah Jumaat dapat mempengaruhi para jema’ah masjid malahan ianya merupakan perkara yang penting untuk menimbulkan rasa minat orang yang mendengarnya. Secara ringkasnya, bagaimanakah cara yang baik untuk menarik minat para jema’ah dalam mendengar khutbah?. Pakar-pakar komunikasi dan pakar-pakar psikologi telah menyatakan bahawa faktor penggunaan bahasa yang positif dengan gaya bahasa ke atas gaya bahasa orang-orang lain (loghat) dapat menimbulkan kesan yang baik malah dapat mengeratkan jurang di antara khatib dan para jema’ah masjid ketika khatib menyampaikan khutbah (Abdullah Hassan, 2001: 113). Disamping itu juga, khatib haruslah berusaha mencetuskan segala inspirasi yang timbul di dalam fikirannya dengan kata-kata yang sederhana yang biasa dipergunakan dalam perbicaraan harian dengan orang awam. Ketika khatib berada di atas mimbar harus memahami tahap pemahaman para jema’ah daripada segi umur dan kecerdasan mereka di dalam memahami isi khutbah. Sekiranya khatib terpaksa menggabungkan percakapannya dengan istilah asing, maka ia harus memberi penjelasan yang lengkap dalam bahasa yang mudah difahami. Penggunaan istilah asing tanpa menjelaskannya dengan secara lengkap mungkin akan menimbulkan pengertian yang salah di kalangan orang awam (Muhammad Nashiruddin 2002: 75) seperti yang telah dinyatakan di dalam Ensiklopedia Islam Jilid 6 (1998:66) : “ Dahulu kesemua khutbah disampaikan dalam bahasa Aarab. Tetapi amalan ni telah diubah sejak zaman Turki, dimana khutbah disampaikan dalam bahasa Turki. Walau bagaimanapun, menurut ulama Islam khutbah boleh disampaikan dalam apa jua juga bahasa kerana tujuannya ialah supaya orang yang mendengarnya faham.”
Oleh itu, aspek bahasa dan penggunaan perkataan amat dititikberatkan di dalam penulisan khutbah agar jema’ah pendengar dapat memahaminya dan kesukaran di dalam
25 memahami isi khutbah boleh menjadikan khutbah tersebut tidak memberi kesan yang baik terhadap jema’ah. 7.1.4
Panjang Khutbah
Khutbah yang panjang boleh menimbulkan kebosanan kepada para jema’ah masjid dan boleh mengundang kepada kurang keberkesanan khutbah itu sendiri. Golongan jema’ah yang menghadiri masjid terdapat sebahagian mereka terdiri daripada kalangan orang tua yang lemah dan mereka yang bekerja dalam pelbagai sektor yang mempunyai kesuntukkan masa serta mempunyai tugas kerja. Oleh itu, khatib perlu memahami kehendak makmun yang perlu kepada masa singkat di dalam mendengar khutbah Jumaat dan ianya tidak seharusnya panjang dengan mengambil masa yang lama (Nasution, M.Yunan. 1974: 12) sehingga menimbulkan rasa bosan. Khutbah yang baik dan ideal hanya mengambil masa dalam lingkungan 15 minit di dalam menghuraikan isi khutbah pertama dan 5 minit untuk khutbah yang kedua. Mengenai khutbah yang mengambil masa yang panjang di dalam solat Jumaat, hadith yang diriwayatkan oleh (Muslim, Sahih. Kitab 3, bab 12) telah menyatakan :
“ Sesungguhnya lama solatnya seseorang dan singkat khutbahnya adalah petanda kedalaman agamanya, maka panjangkanlah solat dan persingkatlah khutbah”
Berdasarkan maksud Hadith di atas telah menunjukkan bahawa khatib seharusnya meringkaskan penyampaian khutbah yang hanya menghuraikan secara “direct to the point” (Nasution, M.Yunan. 1974: 14) dan teks khutbah perlu kepada perancangan tempoh masa yang sesuai untuk menggelakkan penyampaian khutbah yang terlalu lama dan panjang. Sehubungan dengan itu juga, sarjana tempatan Najmi Ahmad (1997:61) telah menyatakan pendapatnya berkaitan dengan penyesuaian masa di dalam khatib menyampaikan khutbah iaitu, “Dari sudut psikologi, jelas menunjukkan penumpuan pertama manusia adalah sekitar 15 hingga 30 minit. Selepas itu fikiran manusia sudah
26 tidak dapat lagi memberi penumpuan yang sebaiknya terhadap apa yang didengarinya”.
Jesteru itu, khatib seharusya prihatin dengan mengutamakan khutbah yang bercirikan kepadatan isi, pendek dan penyampaian idea yang mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Tindakkan penyampaian khutbah yang terlalu panjang dan meleret harus dielakkan agar tidak menimbulkan kegelisahan terhadap para jema’ah pendengar. 7.1.5
Faktor Penggunaan Media
Khutbah adalah merupakan media komunikasi yang bertujuan menyampaikan mesej Islam kepada para jema’ah pendengar di masjid melalui lisan. Sehubungan dengan itu, aspek yang utama yang perlu diberi perhatian penting mengenai keberkesanan khutbah ialah fungsi penggunaan media di dalam masjid. Setiap masjid pada hari ini saling mempunyai pembesar suara di dalam melakukan perkara ibadat seperti solat fardhu, ceramah agama, penyampaian khutbah setiap Jumaat dan lain-lain lagi. Kemudahan pembesar suara dapat menangani masalah kurang didengari oleh sebahagian para jema’ah yang membanjiri masjid sehingga melimpah ke luar pada hari Jumaat. (Muhammad Nashiruddin 2002: 87) Penggunaan pembesar suara yang meliputi mikrofon, kotak pembesar suara, amplifier dan pendawaian dapat mendorong khatib menyampaikan khutbah dengan suara jelas yang dapat didengari daripada setiap penjuru masjid. Suara khatib yang jelas melalui sistem audio bukan sahaja terhad kepada para jema’ah yang hadir ke masjid sahaja malahan pula dapat mempengaruhi masyarakat setempat yang tinggal di kawasan tidak berjauhan dari masjid terutamanya kaum wanita dan mereka yang bukan beragama Islam atau non-Muslim. Malangnya terdapat beberapa masjid pada hari ini, tidak mempunyai kewangan yang mencukupi atau tidak memberi penekanan yang penting terhadap sistem bunyi yang baik lantaran saiz masjid yang kecil yang dapat memuatkan kapisiti para jema’ah yang kurang daripada seratus orang. Oleh yang demikian itu, sikap perihatin terhadap sistem
27 pembesar suara adalah merupakan aspek utama yang dapat mempengaruhi keberkesanan khutbah terhadap para jema’ah masjid yang hadir. 7.1.6
Faktor Khatib
Khatib adalah pembaca atau penyampai isi khutbah untuk diperdengarkan kepada para jema’ah Muslim yang menghadiri solat Jumaat. Personaliti khatib adalah merupakan aspek yang utama di dalam memberi keberkesanan khutbah terhadap para jema’ah pendengar. Sehubungan dengan itu, beberapa perkara perlu dititikberatkan oleh khatib di dalam meningkatkan keberkesanan khutbah iaitu penguasaan ilmu pengetahuan, keikhlasan dan kejujuran di dalam menyampaikan mesej khutbah kepada para jema’ah dan mempunyai daya tarikan yang menarik. Ini termasuk kebolehan yang tertentu seperti kepetahan dalam menyampaikan khutbah, sikap suka menolong dan kekemasan fizikal (Zulkiple Abd. Ghani. 2003: 51-52).
Namun demikian itu, khutbah harus disampaikan di dalam bentuk percakapan bukan bacaan dan khatib perlu mempunyai tata-tertib dalam menyampaikan khutbah. Antara ciri-ciri yang perlu diambil perhatian oleh khatib ialah corak pemakain, air muka, kewibawaan, suara, suasana kesatuan dan menguasai bahan (Muhammad Nashiruddin. 2002: 78-82). Pakaian yang sesuai dan sopan bagi sesuatu tempat perlu diberi perhatian kerana ia boleh menimbulkan perasaan yang baik atau sebaliknya di kalangan para jema’ah seperti kenyataan berikut, “ Khatib yang membaca khutbah itu mestilah seorang yang alim dalam agama dan memakai pakaian yang khusus ketika menyampaikan khutbah. Di negara Arab, khususnya di Saudi Arabia dan Mesir, kesemua memakai pakaian jubah dan serban(‘imamah). Di Malaysia keadaannya tidak seragam, ada yang berjubah dan berserban, ada yang berpakaian Melayu dan bersongkok. Walau bagaimanapun, syarat utama dari segi pakaian khatib ialah menutup aurat”.
28 (Ensiklopedia Islam Jilid 6, 1998: 65-66)
Malahan air muka pula, khatib seharusnya menunjukkan sikap yang tegas dan wajah yang riang ketika berada di atas mimbar. Sehubungan dengan itu, kewibawaan khatib perlu menghindari diri daripada berlaku perbuatan yang mensia-siakan misalanya kancing baju terbuka dan di pasang kembali, menggaru bahagian badan berkali-kali apabila terasa gatal dan sebagainya. Perbuatan ini boleh menimbulkan tanggapan yang negatif oleh para jema’ah terhadap khatib itu sendiri. Ekoran daripada itu juga, suara khatib haruslah lembut dan tidak terlalu kuat sehingga menyakitkan telinga dan tidak terlalu perlahan sehingga sukar didengari oleh para jema’ah. Tindakkan melembutkan suara samada dari segi penyebutan perkataan hendakklah sesuai dengan keadaan, masa dan tempat supaya dapat menarik perhatian dan melembutkan hati orang yang mendengarnya seperti yang telah dinyatakan oleh sarjana tempatan Abdullah Hassan (2001: 68), “Pakar-pakar psikologi dan pakar-pakar komunikasi menunjukkan bahawa orang-orang yang pandai berkomunikasi adalah orang-orang yang dipandang sebagai orang-orang yang memiliki daya tarikan tinggi”.
Sehubungan dengan itu juga, elakkan diri khatib daripada berlaku kasar,mencerca dan memaki hamun atau sebagainya semasa menyampaikan khutbah dan tindakkan ini boleh membawa kepada dosa (Aziz Salleh, 2002: 72). Khatib perlu mencetuskan suasana kesatuan antara khatib dan para jema’ah di dalam khutbahnya iaitu bersama-sama mengambil inisatif terhadap isi khutbah yang disampaikan itu. Kecerdasan mental dan fizikal diri khatib di dalam menyampaikan khutbah adalah merupakan satu penilaian yang khusus oleh para jema’ah dalam keupayaannya berkhutbah. Jesteru itu, sebagai khatib yang berkaliber tinggi haruslah peka dan memahami reaksi yang ditonjolkan oleh para jema’ah masjid sendiri (Aziz Salleh, 2002: 50).
29 Antara beberapa reaksi yang dapat ditonjolkan oleh sebahagian mereka yang tidak berminat mendengar khutbah iaitu mula menguap-guap, tidak duduk tegap sambil merendahkan badan seolah hendak tidur dan sebagainya. Ini merupakan reaksi yang turut memberi makna yang negatif terhadap khatib sendiri di dalam penyampaian khutbahnya. Oleh itu, walaupun isi khutbah yang baik dan padat dengan mutunya tetapi belum lagi memberi kesan yang positif terhadap tahap keupayaan penyampaian khatib itu sendiri. Sebaliknya jika kita lihat, isi khutbah yang tidak begitu padat tetapi gaya dan corak penampilan khatib yang pandai menyampaikan khutbah dapat mempengaruhi para jema’ah masjid sebagaimana yang disebutkan oleh Zulkiple Abd. Ghani (2003:52), “Aspek kekemasan tidak boleh dipandang ringan kerana khatib yang selekeh akan turut menjejaskan mesej di mata makmum walaupun mesejnya mungkin nampak menarik. Semakin tinggi karakter khatib, semakin tinggi pula keberkesanan mesej, begitu juga sebaliknya”
Khatib seharusnya mempunyai kebolehan di dalam menguasai bahan khutbah dengan lengkap terutamanya al-Qur’an dan Hadith Rasulullah S.A.W. Pemahaman khatib di dalam bahasa Arab adalah penting di dalam menyampaikan hujah dalil daripada alQur’an dan Hadith yang terkandung dalam khutbah. Oleh itu, khatib harus elak dirinya daripada tersalah bacaan di hadapan khalayak umum yang mungkin menimbulkan keraguan di kalangan para jema’ah dan menjatuhkan kewibawaan khatib itu sendiri. Apa yang dapati pada hari ini, khatib terdiri daripada golongan yang berpengetahuan agama yang telah mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri dan telah menjalani krusus pentadbiran masjid anjuran Jawatankuasa Agama Islam Negeri. 7.1.7
Faktor Fizikal Masjid
Masjid adalah merupakan tempat yang menjalankan aktiviti ibadat seperti solat lima waktu yang merupakan tiang agama Islam dan sebagai pusat ilmu dan perbincangan, pusat bantuan dan takaful serta sebagai tempat untuk memberi pandangan dan bermesyuarat pada masa kini. Masjid mempunyai peranan yang penting di dalam
30 menyusun dan menyatu-padukan umat Islam dari segi zahir dan batin. Malahan masjid adalah berfungsi sebagai jantung yang mengerakkan masyarakat dan daulah Islamiyyah dengan landasan tauhid. Jesteru itu, fungsi masjid sebagai pusat ibadat yang bermakna di dalam menghubungkan manusia dengan Tuhan (Ahmad Asnawi, 1998: 160). Oleh yang demikian itu, masjid mempunyai potensi yang penting sekali di dalam menggerak masyarakat Islam untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Masjid pada hari ini, tersergam indah dengan seni bina yang unik dan cantik. Adakah reka bentuk dan saiz masjid itu dapat memberi keberkesanan terhadap khutbah?. Melalui seni bina yang cantik dan unik sememangnya dapat mempengaruhi keberkesanan khutbah. Pembinaan masjid di dalam sesuatu lokasi atau kawasan perlu diberi perhatian yang penting agar berada jauh daripada kawasan yang boleh menimbulkan kesukaran dan keselesaan para jema’ah masjid seperti kawasan perindustrian dan jalan raya. Faktor seperti ini dapat menimbulkan halangan ketika khatib menyampaikan khutbah seperti gangguan bising, pencemaran udara seperti bau busuk dan seupamannya. Kawasan persekitaran masjid yang cantik dan dihiasi dengan taman serta pokok bunga adalah fungsi utama untuk menimbulkan ketenangan jiwa dan rohani para jema’ah sendiri. Kebersihan masjid dan persekitarannya perlu diambil perhatian oleh jawatankuasa masjid yang dapat menimbulkan keselesaan ketika menunaikan ibadat solat dan mendengar khutbah. Islam amat menggalakkan kebersihan di kalangan umatnya malahan ia merupakan tuntutan agama yang mendorong keimanan dan ketakwaan terhadap Allah S.W.T. Oleh yang demikian, bagaimanakah kita mendengar khutbah di dalam masjid dan persekitarannya tidak bersih? dan sejauh manakah penumpuan para jema’ah yang hadir ke masjid untuk mendengar khutbah?. Belum lagi wujud jawatankuasa khusus yang menjalankan pemantauan terhadap masjid-masjid di dalam setiap kawasan atau negeri untuk memastikan kebersihannya. Sifat keperihatinan ini perlu wujud di kalangan umat Islam sebagai contoh dan teladan yang baik supaya dapat diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.
31 7.1.8
Faktor Pendengar Khutbah
Para jema’ah pendengar khutbah yang menghadiri ke masjid adalah terdiri daripada pelbagai golongan dan mempunyai latar belakang yang berbeza. Sebahagian mereka terdiri daripada petani, pegawai kerajaan, pelajar sekolah, pelajar IPT, ahli perniagaan dan warga asing beragama Islam yang bekerja di dalam pelbagai sektor. Oleh yang demikian itu, terdapat kepelbagaian pendengar khutbah yang turut mendorong kepada hasil keberkesanan khutbah yang disampaikan oleh khatib samada baik atau sebaliknya. Jema’ah masjid pada hari ini, apa yang kita lihat terdapat sebahagian mereka yang tidak memberi perhatian mengenai khutbah yang disampaikan oleh khatib malahan menimbulkan kebisingan ketika mereka berada di belakang masjid.
Para jema’ah masjid juga, ada yang tertidur sepanjang khutbah disampaikan boleh kita lihat dimana-mana masjid. Ekoran itu, bunyi bising adalah berpunca daripada suara kanak-kanak dan pelajar sekolah yang duduk berkelompok di belakang atau tepi masjid sambil berbual-bual sesama mereka. Tambahan pula tiada teguran daripada para jema’ah yang hadir solat jumaat terhadap golongan ini agar tidak membuat bising ketika khatib membaca khutbah. Teguran terhadap golongan kanak-kanak ini agak kurang kita lihat dan hanya terdapat segelintir para jema’ah sahaja yang perihatin berani menegur mereka. Sering kali kita lihat terdapat sebahagian jema’ah masjid yang tertidur sambil duduk ketika khutbah sedang dibacakan oleh khatib. Faktor pemakanan dapat menyebabkan sebahagian mereka ini mengantuk semasa khutbah. Pemakanan yang terlalu banyak dan mengenyangkan perut sebelum ke masjid banyak menyumbang kepada rasa mengantuk yang agak sukar dikawal oleh sebahagian para jema’ah. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh para jema’ah sendiri agar tidak mengambil pemakanan yang terlalu lebih dan mengenyangkan perut mereka yang boleh
32 menimbulkan rasa kurang selesa apabila menghadiri solat Jumaat sambil mendengar khutbah. Para jema’ah Muslim yang menghadiri solat Jumaat perlu mempunyai kesedaran di dalam diri mereka bahawa kehadiran mereka ke masjid bukan sekadar melaksanakan fardhu yang perintahkan oleh Islam tetapi untuk mendapat nasihat atau pendidikan daripada khutbah yang disampaikan. Sifat dan kesedaran ini perlu dititikberatkan oleh muslimin di dalam membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal sebelum pergi ke masjid seperti menyucikan diri daripada kekotoran yang ada pada tubuh badan. Mental yang kuat akan dapat menerima mesej khutbah yang disampaikan oleh khatib dengan baik untuk di asplikasikan di dalam kehidupan seharian dengan sempurna dan sejahtera.
7.1.9
Faktor Politik
Jika lihat pada hari ini, terdapat sebahagian orang menganggapkan masjid merupakan tempat melepaskan geram mereka yang menyokong atau memihak kepada mana parti politik samada UMNO atau PAS. Beberapa masjid di negara ini telah di labelkan sebagai masjid UMNO atau PAS dan ini adalah merupakan hasil daripada masyarakat setempat yang terlalu fanatik terhadap parti politik. Isu ini bukan satu perkara yang baru muncul di dalam masyarakat Muslim malah telah menjadi perkara biasa. Terdapat beberapa masjid menyampaikan khutbah yang cenderung kepada isu-isu politik atau sengaja dikatakan unsur politik. Masjid UMNO menyampaikan khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri yang agak kurang menarik dan banyak memuji pihak kerajaan berbanding dengan masjid PAS dimana penyampaian khutbahnya adalah cenderung kepada mengkritik kerajaan mengenai isu gejala sosial, maksiat dan sebagainya. Khutbah yang berunsur politik amat memberi kesan yang besar terhadap para
33 jema’ah masjid tidak kira mereka itu berpihak kepada mana-mana parti politik samada PAS ataupun UMNO. Sebahagian para jema’ah meminati khutbah yang disampaikan di dalam bentuk politik berbanding sebahagian yang lain menganggapkan perkara ini tidak sesuai dan tidak selesa diperkatakan di dalam urusan ibadat. Khutbah yang berunsur politik hanya boleh menimbulkan kurang keberkesanannya di dalam penerimaan jema’ah terhadap keseluruhan khutbah. Namun demikian itu, khutbah yang berunsur politik seperti begini seharusnya di elakkan agar tidak menimbulkan kontroversi di kalangan masyarakat Islam itu sendiri.
8.
USAHA KE ARAH MENINGKATKAN KUALITI KHUTBAH
Khutbah yang berkualiti adalah merupakan khutbah yang telah digubal dan diteliti oleh pihak berkuasa agama sebelum diedarkan kepada imam-imam masjid. Tugas pihak berkuasa ialah merupakan badan kuasa yang menjalankan tanggungjawab melantik penulis-penulis khutbah yang mempunyai kelayakkan baik dari segi pendidikan agama dan akademik. Oleh yang demikian itu, pengisian khutbah hendaklah mengikut peredaran zaman, relevan dengan isu semasa dengan menampilkan isu-isu yang menarik agar dapat memberi kesan yang positif terhadap para jema’ah pendengar di masjid. Peraduan pertandingan menulis khutbah oleh Majlis Agama Islam Negeri adalah merupakan satu galakkan yang baik dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan tawaran hadiah yang berupa wang tunai. Inilah adalah bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat penulis Islam yang mempunyai kebolehan di dalam penulisan khutbah dan berusaha menyumbang pendapat mereka untuk menimbulkan kesedaran dan
34 keinsafan terhadap masyarakat Islam sambil bersama-sama mengaplikasikan kehidupan yang sejahtera di dunia mahupun di akhirat. Ekoran daripada itu juga, prestasi khatib harus dipertingkatkan dari masa ke semasa di dalam memperbaiki ciri-ciri penyampaian khutbah seperti latihan, penglibatan diri dalam penulisan khutbah dan pertukaran pengalaman dengan rakan-rakan khatib dari luar negara iaitu melalui lawatan, muzakarah bersama dan sebagainya (Aidit Ghazali 1997: 76). Melalui tindakkan yang sedemikian itu, dapat menambahkan lagi keupayaan khatib dalam bentuk penyampaian khutbah yang berkesan terhadap para jema’ah masjid.
9.
KESIMPULAN
Khutbah adalah merupakan medium komunikasi pendidikan dan dakwah di dalam membimbing dan membentuk masyarakat Islam yang harmoni dan cemerlang. Khatib adalah sebagai jurubicara Islam ditugaskan menyampaikan dan menyebarkan kefahaman yang menyeluruh ke arah meningkatkan dan mendaulatkan hukum-hukum Allah S.W.T yang dituntut oleh Islam sebagai suatu nasihat terhadap para jema’ah masjid. Namun demikian itu, tugas khatib adalah begitu berat di dalam membimbing masyarakat dan khatib perlu mempunyai daya kemampuan yang sempurna dan lengkap agar tidak menimbulkan masalah dihadapan jem’ah ketika berucap. Disamping itu juga, pengisian isi khutbah seharusnya relevan dan hujah-hujah hendaklah bernas serta tidak bercampur-aduk dengan pengaruh politik yang ekstrem sebagai menarik tumpuan para jema’ah di dalam mendengarnya. Krusus khatib anjuran pihak berkuasa Islam adalah sebagai satu jalan yang baik untuk melatih dan
35 memperlengkapkan diri mereka dengan teknik-teknik penyampaian khutbah yang betul dan berkesan. Oleh yang demikian itu, kita sebagai umat Islam yang mukmin hendaklah menitikberatkan segala nasihat yang diberi oleh khatib sebagai penjana semangat dan berusaha mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T di dunia dan di akhirat.
Bibliografi Al-Qur’an al-Karim, “Tafsir Pimpinan Ar-Rahman”, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. c
Ammarah, Mahmud Mohd, 1413H/1993M. Al-Khitābah fī Maukibi Al-Dcawah, cet. Pertama, Dārul Al-Khair, Beirut, Lubnan.
Abdullah Md. Zin, Che Yussof Che Mamat, Ideris Endot (penyunting). 1998. “Prinsip Dan Kaedah Dakwah Dalam Arus Pembangunan Malaysia”, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Aziz Salleh, 2002. “Teknik Berkomunikasi Dan Berinteraksi Yang Efektif”, cet. Pertama, Karisma Publications Sdn. Bhd.
36 Abdullah Hassan, 2001. “Komunikasi Untuk Bakal Pendakwah”, cet. Pertama, Penerbit Pts Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur Ensiklopedia Islam, 1998. cet. Pertama, Jil: 6
Kuala Lumpur: Penerbit Malaysian
Encyclopedia Research Center Berhad, Anzagain Sdn. Bhd. http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/ 11/8/2006. Itbee, Nasīr Mustafa, 1995. Jawlā fī Fan Al-khitābah, cet. Pertama, Dār Al-Fathi, Amman, Jurdan. Tengku Iskandar, “Kamus Dewan”, 1997. Edisi Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, 2005. Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti. Muhammad Nashiruddin, 2002. “ Pembahasan Mengenai Khutbah Jumaat”, cet. Pertama, Penerbit Perniagaan Jahabersa. Mohd. Yusof Din, Azhana Abdul Mutalib, “Pemantapan Institusi Masjid Wasilah Ke Arah Kecemerlangan Umat”, cet. Pertama, Kuala Lumpur: Penerbit Institut Perkembangan Minda (INMIND). Nasution, M.Yunan. 1974. “ Pedoman Khutbah”, cet. Pertama, Penerbit Bulan Bintang, Jakarta. Rifai, Moh., 1981. “ Suara Mimbar”, cet. Pertama, Alharamaian Pte. Ltd. Singapura. Shafie, Hussain. t.th. Duca Al-Saurah, Kementerian Agama Islam Republik Arab Mesir.
37 Shalbī, cAbd. Al-Jalīl cAbduh, 1987. Al-Khatābah Wa cIdād al-Khatīb, cet. Ketiga, Dār al-Syurūq Qaherah Misr. Zulkiple Abd. Ghani, 2003. “Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat”, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
.