Analisis Khutbah Dalam Keberkesanan Komunikasi

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Analisis Khutbah Dalam Keberkesanan Komunikasi as PDF for free.

More details

  • Words: 3,203
  • Pages: 14
1

Analisis Khutbah dalam Keberkesanan Komunikasi Oleh : Saphibi Wangoh

10 PENDAHULUAN Dalam kehidupan sehari-hari kita harus melaksanakan berbagai kewajipan dan janggungjawab, baik kewajipan seorang hamba terhadap Allah mahupun tanggungjawab antara sesama insan. Tidak semua manusia mengetahui akan hakikat kehidupan, dalam menjalankan segala perintah Allah dan meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Sehingga dalam menjalankan tanggungjawab terhadap Allah dan tanggungjawabnya terhadap manusia menjadi tidak stabil dan harmoni. Menyebabkan banyak perkara dalam agama yang salah guna dan salah pakai, agama sangat perlu saluran untuk menyapaikan mesej Islam untuk umatnya memahami secara benar. Oleh itu dakwah adalah satu aktiviti untuk menyampaikan mesej Islam dengan berbagai cara yang boleh berkesan kepada umat. Untuk mencapai tujuan itu, diperlukan pembinaan umat yang sistematis sehingga membangkitkan umat untuk menuntut kembali kemuliaan dan kejayaannya. Umat harus disedarkan akan jati dirinya sebagai umat terbaik, pelopor, teladan bagi umat manusia lainnya. Umat harus disedarkan bahwa kini kondisi mereka justru sebaliknya, terburuk, dan terbelakang, bahkan menjadi bulan-bulanan pihak lain. Umat harus disedarkan bahwa rahasia kemunduran dan kelemahannya selama ini adalah karena mereka telah lepas dari prasyarat bagi terwujudnya umat terbaik, yakni ada something wrong pada keimanan kepada Allah SWT, keimanan kepada kitabullah, keimanan kepada syaiat Allah, dan keimanan kepada Rasulullah serta terhentinya aktiviti amar makruf nahi munkar secara menyeluruh. Umat harus disedarkan bahwa kondisi mereka yang sedemikian mundur dan terhina adalah kerana secara sistem mereka hidup di dalam masyarakat yang tidak Islami, sekalipun individu-individu mereka muslim. Mereka terjerat oleh pelbagai pemikiran, adat istiadat, cara hidup, dan ideologi yang tidak Islami. Dan umat harus disedarkan bahwa kondisi mereka tidak akan berubah kalau mereka tidak mahu mengubahnya. Allah SWT berfirman:

.... 

 

 

  .......



 

2 Artinya: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum hingga mereka berusaha mengubah keadaan mereka sendiri" (QS. Ar ra’ad 11). Oleh karena itu diperlukan para agen perubahan, berupa para pengemban dakwah yang handal, yang ahli dalam melakukan perubahan, dengan mengikuti metode perubahan yang pernah dijalankan Rasulullah saw., dengan membina umat ini kembali sebagaimana dulu Rasul membina generasi pertama umat ini, hingga peradaban Islam tegak kembali. Tentu saja itu harus dilakukan secara sistematis sehingga terwujud perubahan yang sistematis, cepat atau lambat.1 Khutbah

sebagai

sarana

dakwah

yang

lebih

efektif

untuk

menyampaikan mesej Islam kepada umat, kerana khutbah merupakan aktiviti yang rutin dilakukan oleh setiap masjid sebelum melaksanakan sembahyang jumaat dan ramai orang yang dapat menikmati mesej Islam yang disampaikan oleh khatib ketika berkhutbah. 20 Gambaran Umum Tentang Khutbah Khutbah bertujuan untuk menyampaikan pesan kepada orang dalam bentuk memberi peringatan dan kesedaran, agar umat Islam tidak lalai dalam kehidupan mereka. Banyak aktiviti yang disertai dengan khutbah seperti shalat jumaat, shalat sunnah dua hari raya, nikah dan lain-lain. Akan tetapi yang banyak difahami oleh orang adalah khutbah jumaat kerana khutbah jumaat melaksanakan secara ritun dan orang bagi umat Islam wajib hadir menunaikan ibadah shalat jumaat. 2.1Pengertian Khutbah Khutbah adalah pidato (biasanya yang mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan), syarahan.2 Menurut Ali Mahfus yang dikutip oleh Zulkiple Abd. Ghani, khutbah ialah himpunan undang-undang dan peraturan yang mampu meyakini pendengar dalam sebarang topik yang dikehendaki berdasarkan 1

Muhammad Al Khaththath, http://www.khilafah1924.org/index.php?option=com_content&task=view&id=347& Itemid=47, hari Ahad 31-08-08 pukul 11.02 siang. 2

Kamus Dewan, edisi keempat,Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005.

3 kesahihan mesej yang disampaikan sehingga membolehkan mesej itu dipilih sama ada untuk diikuti atau tidak.3

2.2Masa Berkhutbah Sudah ada penjelasan di atas beberapa amalan yang disertai dengan khutbah ada yang hukumnya wajib seperti khutbah jumaat dan ada juga sunnah seperti khutbah dua hari raya, khutbah nikah, khutbah sesudah shalat gerhana dan khutbah sesudah shalat istiqa. Sedangkan waktu pelaksanaan berbeza-beza antaranya : •

Khutbah

jumaah,

masa

pelaksanaannya

adalah

sesudah

matahari tergelincir dan sebelum shalat jumaah, isi khutbah yang disampaikan harus mempunyai makna dan berkesan kepada jamaah tentang kejadian semasa supaya jamaah dapat melaksanakan dalam kehidupan sehari-hari. •

Khutbah dua hari raya, sudah lazim bahawa dua hari raya cuman sekali dalam setahun, hukumnya shalat dan khutbah dua hari raya adalah sunnah mu’akat, masa melaksanakannya setelah shalat dua hari raya. Isi penyampaian khutbah berkaitan dengan kelebihan persaudaraan, sebab waktu yang sangat tepat untuk menyampaikan kerana semua orang muslimin dan muslimat berkumpul dalam satu tempat, kalau khutbah mengenai hari raya korban harus menjelaskan tentang kelebihan bersedekah dan tentang haji itu sendiri, supaya agar semua orang ingin menunaikan rukun Islam yang kelima dan supaya mereka yang mahu berkurban serta sedekah dengan ikhlas hati.



Khutbah nikah, bagi pengantin baru selesai akat nikah sunnah bagi pasangan mendengar khutbah nikah. Agar mereka dapat melaksanakan isi khubah dalam rumah tangga mereka dengan

3

Zulkiple Abdul Ghani, 2001, Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Maziza Sdn. Bhd, Kuala Lupur, hlm. 47

4 baik, sedangkan isi dalam khutbah tersebut tentang keutamaan berpasangan dan cara kehidupan berpasangan dalam rumah tangga menurut Islam. •

Khutbah sesudah shalat istisqa’, yang lebih utama dilakukan berdiri dan khatib berada di atas mimbar atau di atas tempat yang lebih tinggi. Adapun rukun dan syarat khutbah itu sama dengan khutbah jumaat dan khutbah dua hari raya.4



Khutbah sesudah shalat gerhana, disunahkan bagi khotib untuk berkhutbah. Sebuah hadis menyatakan :

.‫م‬.‫ فَانْ صَرَفَ رسول ال ص‬: ‫ فِي صَلةِ الْكُسُوْفِ قالت‬.‫ع‬.‫عَنْ اَسْمَاءَ بِنْتِ اَبِى بَكْرٍ ر‬ ....ُ‫ اَم ّا بَعْد‬: ‫وَقَدْ تَجَلّتتِ الشّمْستِ فَخَطَبتَ فَحَمَدَ الَ بِمَاهُوَ اَهْلُهتُ ثُمّت قال‬ ) ‫(رواه البخاري ومسلم‬ Artinya: “dari Asma’ binti Abu Bakar r.a. dalam masalah shalat gerhana matahari, ia berkata, ‘Rusulullah SAW. Berpaling dan sungguh matahari telah telan terang kembali, lalu beliau berkhutbah, beliau memuji Allah, menurut aturan-aturan khutbah khusuf itu, kemudian beliau bersabda, “adapun kemudian....” 5

30 Dakwah dan Khutbah Berbicara tentang dakwah adalah merupakan sesuatu hal yang sangat esensial dalam ajaran Islam sebab dengan berdakwahlah ajaran Islam dapat disampaikan kepada seluruh lapisan ummat manusia baik yang sudah memeluk agama Islam maupun yang belum memeluk agama Islam. Oleh karena itulah maka berdakwah atau kegiatan mengajak umat manusia masuk ke dalam jalan Allah dalam seluruh aktiviti hidup dan kehidupan sudah menjadi tugas setiap umat Muslim, sebab umat Muslim dilahirkan sebagai umat terbaik bagi manusia, seperti firman Allah dalam Al-Qur’an, 4

Maman Abd. Djaliel, 2005, Fiqh Madzhab Syafi’i, buku 1, Pustaka Setia Bandung, hlm 400.

5

Ibid, hlm. 412.

5

 Artinya:

 



 







  

    



  

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. (Q.S. Ali

Imran : 110). Tugas dan kewajiban berdakwah tersebut tentu saja dilakukan sesuai dengan cara dan kemampuan masing-masing individu Muslim. Sebagai umat Islam, kita berkewajiban untuk menyiarkan dan berdakwah atau mengajak seluruh umat manusia agar beriman dan bertakwa kepada Allah SWT serta gemar beramar ma’ruf nahi munkar. Dakwah dan khutbah merupakan hal yang sama tetapi cari menyampaikan sahaja yang berbeza, mesej yang disampaikan adalah ajaran agama yang bertujuan supaya umat memahami dan sedar tentang ajaran agama, cara penyampaian juga berbeza dapat kita analisa bahwa antara berdakwah dan berkhutbah terlihat memiliki persamaan. Akan tetapi, tentu saja antara keduanya dapat dibezakan kerana memiliki tata cara yang berbeza. Perbezaan tersebut dapat kita ihtisarkan sebagai berikut.6 Dakwah

Khotbah

1. Dapat dilaksanakan bila sahaja

1. Dilaksanakan secara rutin sebagaimana

2. Tidak ada rukun dan syaratnya

hari jumat atau hari raya Aidil Fitri dan

3. Tidak ada mimbar tempat khusus

Aidul Adha.

pada pelaksanaannya 4. Waktu tidak dibatasi dan siapapun boleh berdakwah 5. Dapat dilakukan dengan cara kreatif dan inovatif seperti seminar, lokakarya, pelatihan atau sarasehan

2. Ada rukun dan syaratnya 3. Ada mimbar khusus untuk menyampaikan khutbah 4. Waktunya

terbatas

dan

memerlukan

pengetahuan luas. 5. Dilakukan secara khusus dan ada tata tertibnya

40 Jenis Dakwah dalam Khutbah

6

Bustamam Ismail, http://hbis.wordpress.com/2007/11/27/dakwah-dan-khutbah/, hari Sabtu 30-08-08, pukul 09.00 pagi

6 Khutbah yang disampaikan oleh khatib di atas mimbar didalamnya mempunyai beberapa jenis dakwah yang digunakan, kalau khutbah yang disampaikan ingin berkesan kepada umat harus bagi khatib memahami jenis dakwah yang disertai dengan khutbah itu. Jenis dakwah yang dimaksud adalah dakwah bil lisan dan dakwah fardiya. 4.1Dakwah bil-Lisan - Dakwah jenis ini adalah penyampaian informasi atau pesan dakwah melalui lisan (ceramah atau komunikasi langsung antara subyek dan obyek dakwah). Dakwah jenis ini akan menjadi efektif bila disampaikan berkaitan dengan hari ibadah, seperti khutbah Jum’at atau khutbah hari Raya, kajian yang disampaikan menyangkut ibadah praktis, konteks sajian terprogram, disampaikan dengan metode dialog dengan hadirin.7 Agar tercipta proses komunikasi dakwah yang efektif dan efisien, maka perlu adanya teori komunikasi yang akan dapat menghantarkan proses jalannya komunikasi dakwah secara harmonis. Dalam hal ini ilmu komunikasi memiliki teori-teori yang dapat diaplikasikan dalam proses dakwah billisan. Untuk mencapai perubahan sikap, tingkah laku, dan pendapat, yang pada akhirnya akan tercapai suatu keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dengan ridho Allah SWT. 4.2 Dakwah Fardiah - Dakwah Fardiah merupakan metode dakwah yang dilakukan seseorang kepada orang lain (satu orang) atau kepada beberapa orang dalam jumlah yang kecil dan terbatas. Biasanya dakwah fardiah terjadi tanpa persiapan yang matang dan tersusun secara tertib. Termasuk kategori dakwah seperti ini adalah menasihati teman sekerja, teguran, anjuran memberi contoh. Termasuk dalam hal ini pada saat mengunjungi orang sakit, pada waktu ada acara tahniah (ucapan selamat), dan pada waktu upacara kelahiran (tasmiyah). Ternyata untuk berdakwah utamanya harus melalui pendekatan personal, baik dari orang terdekat kita atau orang yang sama sekali baru kita jumpai atau baru berkenalan. Utamanya hal ini dilakukan untuk kita yang tidak berkapasitas sebagai publik figure, ulama, 7

http://pusdai.wordpress.com/2008/08/07/makna-dan-cara-dakwah/, hari Sabtu 30-08-08, pukul 06.12 petang.

7 atau ustadz maka dakwah Fardiyah (berdakwah kepada perorangan) menjadi pilihan utama yang dapat dan sangat mungkin dilakukan.8 Setidaknya

ada

tiga

landasan

dalam

melakukan

dakwah

fardiyah: a. Dakwah fadiyah adalah kematangan pemahaman atas ajaran Islam. Ini modal dasar yang paling asasi untuk dimiliki oleh siapa pun yang ingin berdakwah. Dengan kematangan pemahaman dan kelengkapan wawasan Islam hingga detail perkaranya, seseorang dapat memahami pada sisi mana peluang dakwah itu dapat ditawarkan. b. Kemampuan memahami latar belakang dan alur berpikir objek dakwah. Sebab apapun tindakan yang diambil seseorang, pastilah lahir dari sebuah logika dan paradigma berpikir tertentu. Baik bersifat internal maupun esternal. Logika dan paradigma inilah yang harus dipahami, bahkan bila perlu dikuasai untuk dijadikan hujjah dalam dakwah. c. Masalah doa dan kesabaran. Dakwah itu sifatnya mengajak, namun Allah SWT jualah yang akan memberikan hidayah kepadanya. Kita tidak punya otoriti untuk memberi hidayah.



  Artinya:



  





 





9



 

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.10 8

http://tarbiyatuna.wordpress.com/2006/12/19/kiat-praktis-dakwah-fardiyah/, hari Sabtu 3008-08, pukul 06.05 petang. 9

http://tarbiyatuna.wordpress.com/2006/12/19/kiat-praktis-dakwah-fardiyah/, hari Sabtu 3008-08, pukul 06.05 petang 10

Surah Al-Qashash ayat 56

8 Khatib dan sidang jumaat hendaklah menjalinkan hubungan yang baik, ia hendaklah memimpin, menasihati dan memberi panduan kepada mereka agar

tugas

dakwah

beroleh

kejayaan.

Para

pendakwah

juga

perlu

mengetahui keadaan orang yang didakwahnya dengan mempelajari adat, cara hidup, tabiat serta budaya mereka supaya dakwahnya akan diterima dan sampai ke dalam hati mereka. 50 Peranan Khutbah Khutbah terutamanya khutbah jumaah mempunyai potensi besar bagi membentuk agenda tertentu (agenda setting) untuk meningkatkan taraf kehidupan umat Islam ke arah kecemerlang. Ia boleh dijadikan asas mingguan bagi setiap individu muslim dalam masyarakat, umpamanya bermula dengan menanam minat untuk memahami isu, berfikir, berbahas, membuat keputusan dan seterusnya melakukan perubahan sikap sama ada kepada diri atau keluarga selari dengan kehendak isi khutbah. Antara peranan yang boleh digerakkan melalui saluran khutbah adalah seperti berikut: 1. Memberitahu fakta atau ajaran kepada mereka yang jahil. 2. Mengingatkan orang yang lupa. 3. Menggerakkan orang yang lalai. 4. Mengejutkan orang yang khayal (lena). 5. Menghidupkan jiwa yang kontang atau mati. 6. Merendahkan jiwa yang angkuh. 7. Mengaktifkan hal-hal makruf. 8. Menggerakkan usaha menghapus kemungkaran. 9. Merangsang semangat untuk berkorban dan melakukan kebajikan. 10.Mengukuhkan ketakwaan serta menyebar mesej kepada yang tidak mendengar.11 Orang Islam perlu menyedari betapa penting dan besarnya peranan khutbah Jumaat sebagai saluran dakwah dan tarbiyyah di dalam membentuk serta

membimbing

umat. Atas

dasar

ini,

kaum

Muslimin

diperintah

menghadiri salat Jumaat, bukan setakat untuk shalat dua rakaat berjamaah

11

Zulkiple Abdul Ghani, 2001, Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Maziza Sdn. Bhd, Kuala Lupur, hlm.49

9 sahaja, bahkan supaya mereka tidak ketinggalan daripada menerima pendidikan agama yang disampaikan melalui khutbah. 5.1Khatib yang tidak berkesan Merugikan jikalau isi khutbah yang disampaikan tidak difahami dengan baik. Oleh itu, khatiblah yang harus memahami betul apa isi yang hendak disampaikan. Antara hal yang terjadi kerana khatib tidak menitik berat hal-hal yang anggap ringan. Justru itu, hal yang sangat penting dalam menyampaikan khutbah, antara perkara yang tidak menitik berat oleh khatib adalah sebagai berikut: 1. Tidak memilih tajuk yang menepati tuntutan semasa. 2. Tajuk khutbah mirip dengan apa yang diajarkan di sekolah. 3. Penyampaian khutbah terlalu panjang dan membosankan. 4. Pengungkapan isi khutbah berulang-ulang kali. 5. Khatib tidak amalkan apa yang disampaikan. 6. Tidak menguasai realiti semasa, khususnya isu yang terjadi kepada umat Islam. 7. Penekanan khutbah hanya untuk menunjukkan sikap ampu kepada pihak tertentu. 8. Tidak menguasai ilmu-ilmu agama dengan baik. 9. Tidak

mampu

menyelesaikan

sesuatu

masalah

apabila

dikemukakan isu tertentu. 10.Bersikap negatif terhadap orang ramai. 11.Tidak menghayati khutbah yang disampaikan kerana hanya membaca teks sahaja.12 60 Keberkesanan Khutbah Terdapat dalam sebuah laman wep tentang komen terhadap khutbah tajuknya, “khutbah malaysia kurang berkesan” cara penyampaian khutbah di Malaysia adalah kurang memberi reaksi kepada jemaah pada hari jumaat ini kerana 12

http://hdaily01.myfikir.com/index.php?option=com_content&task=view&id=8692&Itemid= 50, hari Ahad 31-08-08, pukul 11.41 siang.

10 pembacaan khutbah mengikut teks seperti membaca buku atau guru membaca buku sejarah di dalam kelas. semua jemaah mudah tertidur dan tidak menghayati isi kandungan khutbah. khutbah di Malaysia dilihat gagal kerana jemaah tidak menerima kandugan itu secara halus di sebabkan bacaannya agak kurang lancar. Mungkin ini boleh di baiki dengan bacaan khutbah seperti ceramah agama di mana isinya lebih mudah di sampaikan dan

pemahaman

khatib

lebih

tersusun.

ini

membuatkan

jemaah

bersemangat untuk mendengar khutbah yang di sampaikan.13 Penyediaan dan penyampaian khutbah tidaklah semudah yang difikirkan. Ia bukan sekadar menyampaikan mesej kepada makmum tetapi juga memerlukan mesej tersebut disampaikan dengan cara yang teratur, menarik dan berkesan. Penyampaian yang berkesan ialah penyampaian yang memberi keyakinan kepada pendengar, dapat mempengaruhi pendengar dan menyebabkan pendengar boleh menerima malah sanggup menurut saranan dan gesaan yang diutarakan. Maka, untuk penyampaian khutbah yang baik harus mempersiapkan beberapa hal sebagai berikut: 6.1Penyediaan bahan atau isi khutbah. a. Mengenalpasti tajuk khutbah. b. Mengenalpasti Objektif khutbah. c. Mengetahui siapa pendengarnya (audience). d. Mengumpul bahan – Penyelidikan, perbincangan, petikan, pendapat orang lain, pendapat sendiri, buku, majalah, akhbar dll. 6.2 Menyusun isi Segala isi yang dikumpulkan perlu dianalisis dan disesuaikan dengan pendengar dan objektif khutbah. Isi khutbah perlu diteliti dan disusun dengan rapi bagi menyesuaikannya dengan satu-satu isu disamping menyesuaikannya dengan kebolehan khatib serta pendengar dari berbagai peringkat. 6.3Gaya penyampaian Gaya persembahan ketika menyampaikan khutbah boleh menambahkan keyakinan pendengar terhadap isi khutbah yang disampaikan. Walaubagaimanapun gaya yang 13

http://anwaribrahimclub.com/forum/index.php?topic=1744.0, hari ahad 31-08-08, pukul 8.10 pagi.

11 keterlaluan boleh menyebabkan pendengar merasa kurang senang dan menjejaskan tumpuan. 6.4 Ingatan Ingatan yang baik sangat penting dalam menyampaikan khutbah. Menyampaikan khutbah dengan membaca teks tidak begitu baik. Komunikasi yang baik memerlukan pertembungan mata yang akan melahirkan ungkapan yang datang dari hati. Dengan terlalu membaca teks maka pertembungan mata dengan pendengar tidak dapat dilakukan. 6.5Teknik penyampaian Teknik penyampaian berhubung rapat dengan : a. Suara – Tinggi rendah suara, suara mengajuk, suara sedih, suara tegas, suara takut dan sebagainya. b. Laju atau perlahan. c. Gerak-geri badan.14

Tehnik komunikasi secara umum yang para khatib harus perhatikan dan dipertimbangkan dalam menyampaikan isi khutbah kepada jamaah supaya berkesan. Strategi yang amat sesuai untuk mempengaruhi audience supaya menerima penjelasan kita semasa ucapan. Audience adalah sumber penting semasa ucapan, tanpa mereka siapakah kita dihadapan. Gunakanlah strategi-strategi yang berkesan untuk menarik minat audience. •

Langah Pertama : Bercakap dengan mereka seolah-oleh kita sedang membayangkan sesuatu. Dengan menggunakan kaedah ini audience akan menggambarkan sesuatu dan akan menggerakkan seluruh perhatian mereka kepada apa yang kita minta digambarkan. “Cuba tuan-tuan bayangkan bagaimana Negara kita penuh dengan sampah sarap” atau “saudara-saudara bayangkan kita sedang berada di tepi tasik yang indah.”.



Langkah Kedua : Ceritakan keadaan sebenar yang sedang berlaku. Mainkan perasaan audience dengan bercerita secara berkesan seperti

14

Kamal Izat Bin Ahmed, http://www.geocities.com/khutbah2002/KertasKerjaHukumSolatDanKhutbahJumaat.htm, hari Ahad 31-08-08, pukul 12.50 siang

12 gunakan intonasi rendah dan sedih, gunakan gambar-gambar kejadian tersebut dan lain-lain. Secara tidak langsung akan tergerak hati audience untuk memikirkan apa yang kita perkatakan. Contohnya, “Beginilah keadaan universiti kita sekanag. Sampah merata tempat, jalan berlopak-lopak dan tandas diconteng oleh pelajar. Inilah pula gambar keadaan universiti kita sekiranya bersih dengan halaman yang cantik serta pemandangan yang indah. Jadi kita perlu bekerjasama sama mengembalikan suasana ini.” •

Langkah Ketiga : Beri penjelasan tentang aktiviti yang hendak dijalankan dan tunjukkan bukti supaya audience yakin. Contohnya “Inilah rentetan cerita seorang usahawan yang berjaya. Dalam masa 15 bulan sahaja beliau telah berjaya menjadi jutawan. Ingin tahu rahsianya. Saya akan terangkan satu persatu”.



Langkah Keempat : Tarik minat mereka membayangkan faedah dan keistimewaan yang akan mereka rasai selepas melakukan aktiviti. Kajian menunjukkan manusia lebih suka mengetahui faedah yang akan diterima berbanding kerja yang dilakukan. “Bayangkan apabila kita sudah berjaya, kita akan mencapai kejayaan yang cukup berharga. Ibu Bapa akan seronok dan gembira dengan keayaan kita. Kita akan berbakti kepada masyarakat dengan bertanggungjawab”.



Langkah Kelima : Ajak mereka memikirkan apa yang boleh dibuat untuk menjayakannya. Contohnya “Kita berharap semua pihak dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya terhadap kerja ini.”15 Ada

beberapa

stretegi

komunikasi

yang

dapat

dipelajari

dan

dikembangkan oleh khatib dalam menyampaikan isi khutbah kepada jamaah dengan baik dan peranan khutbah yang patut dianggap sebagai media perdana umat Islam kembali segar bernafas dan mampu mewarnai dunia dakwah. Pelaksanaan khutbah, kupasan isu, gaya penyampaian, mesti dipertingkat supaya mampu mengejutkan minda beku segelintir umat Islam. Budaya kerja pada hari jumaat, jangka masa khutbah mesti dikaji semula. Oleh itu, semua

15

http://hariridaud.wordpress.com/category/tips-komunikasi/, hari Sabtu 30-08-08, pukul 09.30 pagi

13 pihak mestilah mengambil peranan masing-masing, bergerak seiring, berderap selangkah dan berfikiran muafakat agar apa yang dicita-citakan dapat menjadi kenyataan.

70 Kesimpulan Secara umumnya khutbah yang baik hanya akan berhasil melalui gabungan di antara penyediaan yang baik, penyampaian yang baik dan pendengar yang baik. Oleh yang demikian kerjasama semua pihak amat perlu bagi memastikan setiap khutbah dapat dihayati dengan sebaiknya tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur lain yang tidak berkaitan dengan kehendak Syarak. Realiti sekarang keperluan umat Islam terhadap agama sangat meningkat, oleh sebab mesej agama yang disampaikan kepada umat tidak dapat diterima secara benar. Banyak timbul kekeliruan terhadap umat tentang mesej yang disampaikan. Peranan khutbah sangat penting kerana dengan khutbahlah yang dapat membangkitkan umat yang lalai, lupa, berkhayal, akhlak, adad istiadad Islam dan social. Untuk menambahkan semangat umat Islam dalam mengkaji ajalan lebih mendalam, sama ada melalui sekolah, universiti, majlid pengajian dan sebagainya. Dan untuk dapat meningkatkan masyarakat Islam yang sempurna dan menjadikan insane yang kamil.

80 Rujukan

14 Kamal Izat Bin http://www.geocities.com/khutbah2002/KertasKerjaHukumSolatDan KhutbahJumaat.htm, hari Ahad 31-08-08, pukul 12.50 siang

Ahmed,

Kamus Dewan, edisi keempat,Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005. http://anwaribrahimclub.com/forum/index.php?topic=1744.0, hari ahad 3108-08, pukul 8.10 pagi. http://hariridaud.wordpress.com/category/tips-komunikasi/, hari Sabtu 30-0808, pukul 09.30 pagi http://hdaily01.myfikir.com/index.php?option=com_content&task=view&id=8 692&Itemid=50, hari Ahad 31-08-08, pukul 11.41 siang. http://pusdai.wordpress.com/2008/08/07/makna-dan-cara-dakwah/, hari Sabtu 30-08-08, pukul 06.12 petang. http://tarbiyatuna.wordpress.com/2006/12/19/kiat-praktis-dakwah-fardiyah/, hari Sabtu 30-08-08, pukul 06.05 petang Maman Abd. Djaliel, 2005, Fiqh Madzhab Syafi’i, buku 1, Pustaka Setia Bandung. Muhammad Al Khaththath, http://www.khilafah1924.org/index.php?option=com_content&task =view&id=347& Itemid=47, hari Ahad 31-08-08 pukul 11.02 siang. Zulkiple Abdul Ghani, 2001, Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Maziza Sdn. Bhd, Kuala Lupur.

Related Documents