Analisis Kesalahan Dari Segi Morfologi Dan Sintaksis.docx

  • Uploaded by: shaun
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Analisis Kesalahan Dari Segi Morfologi Dan Sintaksis.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 979
  • Pages: 6
2.0 Pengenalan Dalam tahap penulisan iklan dan papan tanda yang boleh dijumpai di sekitaran kita sebenarnya terdapat banyak kesalahan dari segi morfologi dan sintaksis dalam kalangan masyarakat kita. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata. Struktur kata merujuk kepada susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang (dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Morfologi merupakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata. “Morphology” itu berasal daripada bahasa Latin “morphe” yang membawa maksud bentuk. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa ilmu morfologi ini merupakan bidang linguistik. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan untuk mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata.

ANALISIS KESALAHAN DARI SEGI MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

GAMBAR 1

Gambar ini menunjukkan papan tanda yang mempunyai kesalahan dari segi morfologi. Perkataan “PASARAYA” yang dipaparkan di atas papan tanda sepatutnya perlu ditulis sebagai “PASAR RAYA”. Hal ini kerana pasar raya bukan kata majmuk bercantum. Perkataan ini perlu dipisahkan semasa bertulis, pasar raya perlulah digunakan bersama kerana merupakan kata yang terdiri daripada dua perkataan tetapi membawa satu makna. Pasar raya merupakan kata majmuk yang tidak bercantum. Selain itu, Penggunaan bahasa dari segi sintaksis juga terdapat dalam papan tanda ini. “PASARAYA” dan “CS” perlulah ditulis di dalam satu baris. Hal ini kerana jika tidak bertulis dalam satu baris tidak akan membawa maksud yang betul daripada asalnya. Sebenarnya ayat ini merupakan “PASAR RAYA CS” tetapi telah menjadi “PASARAYA” dan “CS”. Ini telah terjadi makna yang lain.

GAMBAR 2

Gambar 2 ini merupakan papan tanda kedai kereta. Kesalahan penggunaan bahasa ini adalah kesalahan dari segi sintaksis. Ayat yang ditulis di atas papan tanda, “LIM CEMPAKA ENTERPRISE” sepatutnya ialah “ PERUSAHAAN LIM CEMPAKA” . Enterprise merupakan

bahasa Inggeris, perkataan bahasa Melayu enterprise ialah perusahaan. Semasa menulis ayat bahasa melayu tidak boleh bercampur dengan bahasa yang lain. Ini telah menjadikan ayat yang tidak betul. Ayat yang seterusnya juga mempunyai kesalahan dari segi sintaksis. Ayat yang ditulis di atas papan tanda ialah “ Membaiki kereta, Air-cond, Accessori & Tayar Servis” . Ayat ini sepatutnya ditulis sebagai “Membaiki kereta, penghawa dingin, aksesori dan perkhidmatan tayar.” Dalam ayat ini telah mempunyai campuran bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, Perkataan Inggeris yang digunakan ialah Air-cond, Accessori. Perkataan yang betul ialah pendingin hawa dan aksesori. Dalam ayat ini “&” perlu digantikan dengan “dan”. Hal ini kerana bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan “&” .

GAMBAR 3

Dalam gambar ini telah menunjukkan papan tanda di tepi jalan raya, kesalahannya ialah dari segi sintaksis tentang kesalahan ayat. Ayat yang ditulis di atas papan tanda ialah “ MURIDMURID SEKOLAH MELINTAS 200 DI METER HADAPAN” . Ayat ini merupakan ayat penyata. Susunan ayat ini adalah salah, ayat yang betul ialah “ MURID-MURID SEKOLAH MELINTAS 200 METER DI HADAPAN”. Jika mengikut ayat yang asal, 200 telah menjadi tidak bermakna kerana tidak dapat menentukan bahawa 200 adalah menunjukkan apa. Sebenarnya adalah “ 200 meter”, ini telah dapat menentukan bahawa 200 itu adalah jarak.

GAMBAR 4

Dalam gambar 4 telah menunjukkan papan tanda di tepi jalan raya, kesalahannya ialah dari segi morfologi tentang kesalahan perkataan. Kesalahan penggunaan perkataan ialah “ Penjual gadis”. Ini sepatutnya digantikan dengan “jurujual wanita”. Perkataan “penjual gadis” adalah diterjemahkan daripada bahasa Inggeris secara terus.dan ini telah membawa maksud yang salah. Bahasa Inggeris yang digunakan ialah “Sales girl” tetapi perkataan yang betul untuk digunakan dalam bahasa Melayu ialah jurujual wanita. Oleh itu, perkataan tidak boleh menterjemahkan secara satu persatu. Manakala, perkataan bahasa Melayu “Jawatan Kosong” telah dijemahkan dengan betul daripada bahasa Inggeris,. Bahasa Inggeris jawatan kosong iaitu vacancy yang ditulis di tepi jawatan kosong. Ini merupakan morfologi bahasa Melayu yang betul.

GAMBAR 5

Dalam gambar 5 telah menunjukkan papan tanda yang digantung di tepi jalan raya. Kesalahan yang terdapat dalam papan tanda ini adalah dari segi morfologi tentang kesalahan perkataan. Perkataan yang salah ditulis ialah “Di Jual”. Sebenarnya ini perlu dituliskan sebagai “Dijual”. Perkataan ini perlu digabungkan sebagai satu perkataan. Hal ini kerana perkataan dijual merupakan kata kerja.dan “di” di sini merupakan perkataan yang menunjukkan perkataan

“jual” sebagai kata pasif. Jika perkataan ini dipisahkan akan membawa makna yang amat berbeza berbanding dengan apa maksud yang hendak dibawa pada asalnya. Perkataan yang ditulis di bawah sekali yang ditulis “ HUB:” juga mempunyai kesalahan. Antara kesalahannya ialah menggunakan kata singkatan yang dicipta oleh sendiri. Dalam bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan ini. Ini boleh ditulis sebagai “Nombor berhubung”. Kesalahan ini juga dari segi morfologi.

GAMBAR 6

Gambar ini menunjukkan papan tanda yang diletakkan di tepi jalan raya yang mempunyai kesalahan dari segi morfologi dan sintaksis. Dari segi morfologi, Perkataan “Bandaraya” yang dipaparkan di atas papan tanda sepatutnya perlu ditulis sebagai “Bandar Raya”. Hal ini kerana bandar raya bukan kata majmuk bercantum. Perkataan ini perlu dipisahkan semasa bertulis, bandar raya perlulah digunakan bersama kerana merupakan kata yang terdiri daripada dua perkataan tetapi membawa satu makna. Bandar raya merupakan kata majmuk yang tidak bercantum. Selain itu, kesalahan dari segi sintaksis boleh dilihat melalui ayat “ Dewan Pustaka & Bahasa Wilayah Selatan” Dalam ayat ini “&” perlu digantikan dengan “dan”. Hal ini kerana bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan “&”. Oleh itu huruf “&” tidak boleh digunakan dalam ayat bahasa Melayu.

GAMBAR 7

Dalam gambar 7 ini telah menunjukkan papan tanda yang diletak di atas kaca. Kesalahan yang terdapat dalam papan tanda ini adalah dari segi morfologi tentang kesalahan perkataan. Perkataan yang salah digunakan ialah “JUALAN”. Hal ini berlaku kerana perkataan bahasa Inggeris, “salesman” telah dijemah dengan perkataan yang salah. Sepatutnya perkataan yang betul untuk digunakan adalah “JURUJUAL”. Jurujual barulah perkataan yang betul untuk digunakan sebagai “salesman”, bukanlah perkataan “JUALAN”. Jualan adalah bermaksud barang yang dijual, manakala jurujual adalah bermaksud orang yang menjual barang. Kedua-dua perkataan mempunyai makna yang berbeza.

Related Documents


More Documents from ""