Amali 2.docx

  • Uploaded by: Azman Syafri
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Amali 2.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,922
  • Pages: 21
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, PARIT RAJA, 86400 BATU PAHAT, JOHOR

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (BINAAN BANGUNAN)

KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME NO AMALI DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO AND STATEMENT NAMA PELAJAR

KERTAS PRESTASI BBB 40203 – MAKMAL PERPAIPAN DOMESTIK AMALI 2: LATIHAN MENGUKUR, MENANDA, MEMOTONG DAN MEMBENANG LUAR PAIP G.1 (3/4’’) SERTA MEMASANG DENGAN BAHAN PEPASANG 19MM YANG DITETAPKAN. MUHAMMAD HAMBALI B MD MUIDNUDIN (CB160067) AZMAN SYAFRI BIN AMIR (CB160113)

1.1 PROJEK SIAP MENGIKUT TUGASAN DAN NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT

GAMBARAJAH (SETTING OUT) 1.2 UKURAN SEBENAR MENEPATI GAMBARAJAH 1.3 UJIAN TEKANAN/KEBOCORAN (80PSI) 1.4 KEKEMASAN DAN KEBERSIHAN PROJEK

TARIKH / DATE NO. SEKSYENN / SECTION NO.

SEKSYEN 1 20 MAC 2019

1.0 PRAKATA

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayah-Nya maka laporan projek mengukur, menanda, memotong dan membenang luar paip besi bergalvani ini dapat kami siapkan dengan jayanya. Laporan ini mengandungi urutan kerja dan proses yang kami jalankan dalam memenuhi kehendak bagi melaksanakan projek perpaipan ini. Laporan ini bukanlah satu hasil yang sempurna dan ianya masih lagi banyak kelemahan yang boleh ditambahbaik dari masa ke semasa. Sebarang teguran dan saranan yang membinakan, kami terima dengan terbuka untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada kami. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang sebaliknya itu datangnya dari kelemahan kami sebagai insan dan hambaNya yang lemah. Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyediakan laporan projek amali 2 perpaipan ini terutamanya Dr Arihasnida Binti Ariffin.

Sekian, terima kasih.

i

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

MUKA SURAT

1

PRAKATA

i

2

PENGENALAN

1

3

OBJEKTIF

1

4

JENIS – JENIS PENYAMBUNG PAIP

2

5

PERALATAN DAN BAHAN

7

6

PROSUDER KERJA PAIP

11

7

LANGKAH KESELAMATAN

13

8

KESIMPULAN

23

9

LAMPIRAN

23

9

RUJUKAN

24

ii

2.0

PENGENALAN

Paip besi bergalvani biasanya digunakan di rumah-rumah lama. Ia merupakan paip yang tahan lasak, tahan panas dan tidak mudah patah. Paip besi bergalvani ini mudah berkarat dan sering mengakibatkan tersumbat apabila sudah lama digunakan. Ia tidak sesuai ditanam di dalam konkrit kerana apabila sudah berkarat ia akan menyebabkan sukar untuk ditukar. Laporan Amali 2 ini menjelaskan kerja-kerja mengukur, menanda, memotong dan membenang luar paip besi bergalvani. Segala kerja yang dilakukan dalam amali 2 ini adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar untuk memasang paip besi bergalvani. Pelajar didedahkan kepada cara penggunaan peralatan yang betul dan juga cara pemasangan paip besi bergalvani dengan sempurna. Setiap kumpulan diberikan peralatan dan bahan yang mencukupi dan perlu melaksanakan amali mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

3.0

OBJEKTIF

 Membincangkan kaedah mengukur, menanda, memotong dan membenang luar paip besi bergalvani dengan sempurna.  Menghuraikan peralatan dan prosedur kerja yang betul.  Menguji tekanan kebocoran (80psi) setelah kerja pemasangan dan penyambungan siap dengan sempurna.

1

4.0

JENIS-JENIS PENYAMBUNG PAIP GALVANI

Terdapat pelbagai jenis penyambungan paip besi bergalvani yang berbeza-beza mengikut bentuknya. Antaranya ialah:

i) Soket Sama

Soket sama ini berfungsi untuk menyambung batang paip dan alat kelengkapan perpaipan yang sama diameternya. Ia mempunyai saiz antara 13mm sehingga 50mm. Jenis-Jenis Penyambung Paip (Soket Sama) Paip Galvani

Berikut adalah contoh penyambungan soket sama

2

ii) Tee Sama

Tee sama digunakan untuk membuat sambungan bercabang yang sama diameternya pada sudut 90 darjah tepat. Saiz tee sama ini adalah di antara 15mm sehingga 50mm. Jenis-Jenis Penyambung Paip (Tee Sama)

Berikut adalah contoh penyambungan tee sama

3

iii) Soket Penjodoh

Soket penjodoh ini berfungsi untuk menyambungkan paip yang sama diameternya tanpa memusingkan paip yang sedia ada. Jenis-Jenis Penyambung Paip (Soket Penjodoh)

Berikut adalah contoh penyambungan soket penjodoh

iv) Soket 90 Darjah Sama

Soket ini digunakan untuk mengubah arah sambungan batang paip yang sama diameternya pada sudut 90 darjah. Saiz yang biasa digunakan adalah 13mm sehingga 50mm.

4

Jenis-Jenis Penyambung Paip (Soket 90 Darjah Sama)

Berikut adalah contoh penyambungan soket 90 darjah sama

v) Penyuai Soket Injap Penyuai soket injap ini berfungsi sebagai penyambung kepada paip yang berlainan jenis. Sebagai contoh, sambungan paip galvani kepada paip PVC. Jenis-Jenis Penyambung Paip (Penyuai Soket Injap)

5

Berikut adalah contoh penyambungan penyuai soket injap

vi) Puting Heksagon Putting Heksagon digunakan untuk menyambung dua jenis penyambung atau alat kelengkapan yang berdekatan yang sama diameternya. Saiz yang digunakan adalah 13mm x 50mm. Jenis-Jenis Penyambung Paip (Putting Heksagon)

6

5.0 PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN

i)

Peralatan Kemahiran menggunakan peralatan sangat penting dalam kerja-kerja perpaipan. Oleh yang demikian, penguasaan pelajar menggunakan peralatan begitu penting sekali. Antara peralatan yang digunakan dalam kerja-kerja perpaipan adalah seperti berikut: 

Pita Pengukur Ia digunakan untuk mengukur jarak dan panjang batang paip. Selain itu, ia juga digunakan untuk mengukur kedalaman bebenang pada paip.



Pemotong Paip Beroda Ia digunakan untuk memotong paip besi bergalvani dengan cepat.

7



Ragum Paip Yoke Ia digunakan untuk memegang dan mengapit batang paip besi bergalvani supaya tidak bergerak semasa memotong, mengulir dan melakukan kerja-kerja pemasangan.



Kikir Bulat Kikir bulat digunakan untuk membuang gerigis di dalam hujung paip selepas dipotong.

8



Kikir Rata Ia digunakan untuk membuang gerigis luar pada hujung paip yang baru dipotong.



Perengkuh Paip Ia digunakan untuk mencengkam dan memutarkan batang paip. Selain itu, rahangnya boleh dilaraskan untuk mencengkam batang paip. Ia tidak sesuai untuk melonggarkan dan mengetatkan bahagian kepala pili, nat atau penyambung tepinya yang rata.

9



ii)

Sepana Boleh Laras Ia digunakan untuk melonggar dan mengetatkan nat pada pili dan penyambung. Rahangnya boleh dilaraskan untuk disesuaikan pada saiz benda kerja.

Bahan-bahan Bahan penyambungan paip digunakan sebagai bahan tambahan pada penyambung supaya pemasangan menjadi kukuh dan tidak bocor. Jenis bahan penyambungan yang digunakan ialah pita PTFE (Poly Tetra Fluoro Ethylene) dan glu paip PVC (PVC cement solvent). 

Pita PTFE digunakan untuk penyambungan paip BG. Pita ini lembut dan berwarna putih. Pita PTFE dililit pada ulir mengikut arah pusingan jam sebelum bahan penyambung dipasang.

10

6.0

Bil

Prosedur Kerja Paip

Prosedur

1.

Gambarajah

Kerja-kerja “setting out” perlu dibuat di atas kertas mahjung mengikut ukuran sebenar. Pelajar perlu membaca dan memahami lukisan kerja terlebih dahulu kerana pada peringkat ini memerlukan membaca manual pemasangan paip ini. Lukisan bersaiz ukuran sebenar ini akan memastikan kedudukan setiap komponen sesuai dengan kedudukan serta fungsinya. Contohnya kedudukan kedudukan paip yang hendak dipasang mengikut saiz yang sesuai.

2. Setelah itu paip GI iaitu besi bergavani berdiameter 20mm dipilih terlebih dahulu dan diukur sebelum dipotong mengikut kepanjangan yang sesuai dalam skala sebenar.

11

3. Setelah paip GI dipotong mengikut saiz yang dikehendaki, kerja kerja pembenangan perlu dilakukan pada kedua-dua belah hujung paip yang telah dipotong. Kerja-kerja ini lebih mudah dilakukan menggunakan mesin ‘Power Threading Machine’. Jarak bebenang yang digunakan adalah 16mm BSPT

4. Bahan pepasang yang sesuai iaitu GI tee, union, brass top cock dipasang pada paip GI. Saiz pepasang yang digunakan adalah berdimeter 15mm. Ukuran struktur paip yang telah dipasang perlulah mengikut ukuran yang telah dibuat pada kertas mahjung.

5. Akhir sekali, ujian tekanan air pada 110 psi dibuat dan dilakukan dengan betul. Pelajar perlu mengisi air terlebih dahulu ke dalam alat ini supaya ia dapat berfungsi. Pelajar juga dinasihati untuk membuat ujian ini terlebih dahulu sendiri sebelum penilaian dibuat oleh pensyarah.

12

7. LANGKAH KESELAMATAN 7.1 Keselamatan Diri Sendiri

1.

Perlindugan mata perlulah dijaga semasa berada di tempat merbahaya, maka kita perlulah memakai alat perlindugan mata.

2.

Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja, iaitu lengan baju yang panjang mesti dilipat hingga ke atas siku.

3.

Gunakan kasut yang tertutup dan bertapak getah semasa bekerja di dalam bengkel.

4.

Gunakan pakaian pelindung seperti baju bengkel, apron dan sarung tangan apabila bekerja dengan bahan kimai.

5.

Elakkan berambut panjang, jika berambut panjang maka mestilah diikat atau disepit supaya tidak menganggu sewaktu bekerja.

6.

Elakkan dari memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam seperti jam,rantai emas, loket , cincin dan lain-lain lagi.

7.

Sentiasa patuhi peraturan bengkel.

8.

Pastikan pakaian sentiasa kemas dan sesuai semasa bekerja di dalam bengkel.

9.

Lengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas.

10.

Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel.

11.

Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama ahli kumpulan.

12.

Laporkan sebarang kemalangan kepada pensyarah dengan segera.

13

7.2

Keselamatan Alatan Dan Bahan

1. Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum murid boleh menggunakannya. 2. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak. 3. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek. 4. Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai penggunaannya. 5. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru. 6. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel. 7. Pastikan alatan dalam keadaan yang selamat untuk digunakan. 8. Pastikan alatan yang digunakan sesuai dengan kerja yang hendak dibuat. 9. Tangan mestilah tidak bergris, berminyak atau basah semasa memegang alatalat tangan. 10. Bersihkan alatan setelah digunakan dan simpan di tempat yang dikhaskan. 11. Laporkan alatan yang rosak, hilang dan berbahaya kepada pensyarah dengan segera.

7.3

1.

Keselamatan Tempat Bekerja

Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan pensyarah sepenuhnya.

2.

Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur.

3.

Sentiasa mematuhi arahan pensyarah dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel.

4.

Jangan biarkan peralatan bersepah di kawasan kerja dan lantai.

5.

Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel.

14

6.

Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel

7.

Sentiasa bekerja di tempat sendiri dan tidak bertukar sesuka hati.

8.

Jalankan kerja khusus seperti mengasah bahan di tempat disediakan.

9.

Tempat kerja mestilah kemas semasa dan setelah selesai kerja.

7.4 Peralatan Perlindungan Diri

Peralatan perlindungan diri adalah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya yang sedang ditanganinya. Oleh kerana ia merupakan benteng terakhir daripada bahaya, maka adalah penting kelengkapan ini dipilih dan digunakan mengikut spesifikasi pembuatan dan penggunaan yang berkesan.Peralatan mestilah mencukupi dan diperiksa secara berkala.

Antara peralatan perlindungan perlindungan diri yang digunakan ialah : i.

Pakaian dan sarung tangan keselamatan Pakaian dan sarung tangan diperbuat daripada bulu kambing, kulit, fabrik getah, neoprene dan plastik, fabrik beralas plumbum dan fabrik kapas berkait. Ia digunakan untuk melindungi daripada hazard haba, haba kering dan api. Selain itu ia dapat melindungi daripada asid, sinar gama, sinar x serta bendabenda tajam, kasar dan berat.

15

iii.

Google dan topeng keselamatan Digunakan khas untuk melindungi mata dan muka. Ia sesuai digunakan untuk kerja-kerja kimpalan gas yang sederhana. Ia sesuai dipakai oleh pekerja yang memakai kaca mata. Pemilihan jenis KPP ini dibuat berdasarkan jenis dan darjah hazard yang akan dilaksanakan serta mengambil kira keselesaan pemakai.

iv.

Kasut keselamatan Kasut keselamatan digunakan untuk melindungi bahagian kaki yang diperbuat daripada getah pada bahagian tapaknya dan diperkukuhkan dengan logam. Ia digunakan untuk melindungi kaki daripada hazard panas, hazard berat, bertekanan dan tajam serta melindungi pekerja daripada tergelincir.

16

8.0 KESIMPULAN Setelah

melakukan

kerja-kerja

mengukur,

menanda,

membenang

dan

memasangan paip besi bergalvani ini, beberapa perkara perlu diambilkira. Pertama, perancangan perlu dilakukan sebelum sesuatu kerja dijalankan. Ini sangat penting bagi memastikan kerja perpaipan dapat dijalankan dengan sempurna tanpa sebarang halangan. Semasa projek ini dijalankan, kami didedahkan kepada cara menggunakan mesin threading dengan betul. Mesin ini digunakan untuk memotong dan membenang luar paip besi bergalvani. Terdapat beberapa masalah yang kami perlu selesaikan antaranya ialah berlaku kebocoran pada paip yang telah siap dipasang. Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ini, kami telah menanggalkan semula paip dan menyemak sambungan yang telah dibuat. Oleh yang demikian, kami dapat menambah ilmu pengetahuan terhadap cara pemasangan yang betul dalam konteks pemasangan paip besi bergalvani ini sekali gus dapat membantu kumpulan-kumpulan yang lain membetulkan kesilapan yang sama.

9.0 LAMPIRAN

23

10.0

RUJUKAN

1.

https://www.amazon.com/General-Tools-1399-ExtractorWrench/dp/B000I1VBGI

2.

http://nota-sekolah.blogspot.my/2013/07/kemahiran-hidup-bersepadutingkatan-1_4.html

3.

http://www.plumbinghelp.ca/toolbox/

4.

http://plumbing.about.com/od/basics/a/Plumbing-Safety-Basics.htm

24

Related Documents

Amali
October 2019 41
Amali
October 2019 41
Amali Anith.docx
April 2020 34
Amali Penebat.docx
October 2019 36
Amali Jahitan.docx
April 2020 28
Amali Makmal
October 2019 49

More Documents from ""