Amali Jahitan.docx

  • Uploaded by: nur anith aqilah
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Amali Jahitan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,230
  • Pages: 19
1.0 Pengenalan

Menjahit adalah salah satu bidang yang dikategorikan sebagai satu bidang yang selamat serta mudah untuk dilakuan oleh sesiapapun dirumah. Ia juga suatu bidang perniagaan yang membolehkan anda mendapat kewangan yang tiada batasan lagi pada zaman baru ini. Anda cuma perlu mengetahui asas-asas menjahit untuk menjadi seorang usahawan jahitan dan perlu menguasai kemahirannya. . Bermula daripada nenek moyang kita dari zaman dulu kala, hinggalah kepada ibu bapa kita; ilmu menjahit langsung tidak hilang malahan telah menjadi satu sumber pendapatan bagi sesebuah keluarga.Oleh itu ilmu menjahit merupakan satu ilmu yang datangnya sejak dari turun-temurun Namun begitu, pada zaman sekarang; ramai yang menyangkakan bahawa ilmu ini merupakan satu ilmu yang remeh. Akhirnya, semakin kurang yang mengetahui cara-cara sebenar dalam menjahit. Sebagai seorang bakal guru perlu mengetahui ilmu menjahit dan jangan mengambil remeh terhadap ilmu ini kerana menjadi guru yang berpengetahuan dan berkompetensi tinggi merupakan salah satu matlamat untuk pendidikan negara kita. Bagi melatih atau mengajar kemahiran menjahit ini, projek jahitan adalah salah satu kerja kursus yang menawarkan pembelajaran tentang kemahiran menjahit ini. Dalam membuat kerja kursus ini iaitu kami ditugaskan untuk menyediakan sebuah artikel jahitan dengan mewajibkan sekurang-kurangnya terdapat tiga jenis jahitan sulaman dan manik ke atas artikel tersebut. Antara matlamat atau objektif yang ingin dicapai melalui penghasilan projek ini ialah bagi mendedahkan pelajar kepada langkah-langkah keselamatan, kemahiran serta kebersihan semasa menjahit, dapat membezakan fabrik dan menghasilkan sebuah artikel mudah mengikut proses jahitan yang betul. Setiap pelajar boleh memikirkan idea masing-masing mengikut kreativiti kerana tiada tema yang khusus. Setelah memikirkan artikel yang ingin dibuat, akhirnya tercetusnya idea untuk menjahit sebuah apron kerana mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya bagi pelajar Reka Bentuk dan Teknologi, RBT ini. Hal ini kerana, pelajar RBT mempunyai silibus tentang masakan yang memerlukan apron untuk kendalikan pengajaran dan pembelajaran. Setelah menjalankan projek ini, rekod maklumat tentang penghasilan perlu dibuat dengan menyediakan laporan dan perlu dinilai oleh pensyarah. Diharap, artikel ini dapat menepati kehendak projek ini.

2.0 Lakaran Dan Huraian Artikel Jahitan

2.1 Lakaran apron berserta ukuran

apron hadapan

2.2 Huraian Artikel Jahitan Apron yang dihasilkan adalah mudah dan ringkas. Lakaran dibuat dengan cetusan idea daripada sumber internet, pandangan rakan-rakan dan pensyarah serta pendapat sendiri. Lakaran dibuat dengan menggunakan lakaran bebas iaitu menggunakan lukisan tangan. Merujuk lakaran yang dilukis, terdapat hanya satu poket pada bahagian pinggan apron. Manakala, poket tersebut dihiasi dengan jahitan manik dan sulaman yang dapat menjadi daya tarikan kepada apron tersebut. Apron ini digunakan untuk menghalang daripada terkena benda atau bahan masakan pada baju semasa menjalankan aktiviti masakan. Ukuran bagi pola apron ini mengikut ukuran badan saya sendiri dan dicatat pada jadual ukuran. Bantuan daripada rakan digunakan untuk mengukur ukuran badan bagi memastikan ukuran tepat dan lebih mudah. Tema beg ini ialah bermotifkan taman flora dimana terdapatnya fauna seperti rama-rama yang hadir di kalangan bunga tersebut. corak pada kain kapas yang berbunga halus menunjukkan taman flora dan corak jahitan manik bunga pada bahagian tengah menyebabkan menjadi tarikan utama kepada individu lain tentang apron tersebut. bahagian poket menggunakan kain cross stitch dengan jahitan insang pari menyerlahkan dan menampakkan unsur kontra dalam pemilihan corak. Warna yang dipilih ialah warna pestel menyejukkan mata dan berasa tenang apabila berada di dapur untuk memasak. Warna lembut sepert biru muda, putih, ungu dan sebagainya membuatkan pemikian kita menjadi tenang bukan saja sangat menarik serta sangat serasi. Kain kapas yang digunakan ialah kerana sifat kain kapas yang tahan haba dan sangat sejuk dan selesa kepada pemakai membuatkan kesesuaian untuk dijadikan apron yang selesa dipakai. Bagi melengkapkan tugasan ini, tiga jahitan atau lebih perlu dijahit pada artikel dan meletakkan hiasan manik. Oleh yang demikian, beberapa jahitan sulaman dipilih untuk mencantikkan apron pada bahagian poket dan dicampurkan dengan jahitan manik. Antara jahitan yang dirangkumi ialah jahitan rantai bagi batang okok, jahitan kia bagi mengemaskan kelepet poket, jahitan insang pari untuk melekatkan dua fabrik dan memberi corak kepada tepi poket serta jahitan suji bilang yang digunakan untuk membentuk seekor rama-rama yang berada dicileh pokok-pokok bunga yang dijahit dengan gabungan labuci dan manik. Renda pada bahagian atas dan bahagian bawah membuatkan apron kelihatan feminin dan menaikkan unsur kekemasan. Selain itu, clip beg digunakan sebagai bahan kitar semula yang diambil pada beg yang telah rosak. Kegunaannya ialah untuk melaraskan panjang tali bagi memastikan pemakai selesa dan laraskan tahap labuh apron tersebut. Pada mulanya saya ingin menggunakan kun untuk menjadikan tali pengikat apron tetapi untuk mencantikkan lagi apron tersebut, fabrik lebihan digunakan untuk dijadikan tali pengikat apron. Kun digunakan sebagai pengemas tepi apron menjadikan apron mempunyai sempadan tepi. Jahitan dimulakan dengan menjahit sulaman kerana sulaman mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Pada mulanya, kesukaran dihadapi apabila memasang renda kerana renda tidak berkedut dengan betul. Penetasan terpaksa dijalankan berulang kali untuk mendapatkan hasil yang cantik. Namun kesukaran dapat diatasi dengan kesungguhan dan semangat untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali apron yang telah siap dikemaskan tepinya yang berbulu menggunakan gunting pucuk rebung.

3.0 Fabrik dan Bahan 3.1 Jenis fabrik yang digunakan Bil Nama fabrik 1 Kain kapas bercorak

2

Kain cross stitch

Catatan  Digunakan pada bahagian badan apron  Digunakan sebagai tali apron

 Digunakan pada pokot apron yang dihias dengan jahitan manik dan sulaman kerana memudahkan kerja-kerja menyulam disamping mempelbagaikan tekstur dan fabric

Jenis fabrik kapas (bercorak flora) Pokok kapas banyak terdapat di Russia, Amerika Syarikat, Negara India, China, dan Mesir. Pokok kapas mempunyai tinggi lebih kurang satu hingga satu setengah meter. Pada peringkat awal, bunganya berwarna kuning muda dan seterusnya selepas tiga hari bunga akan menjadi merah dan gugur meninggalkan lenggai atau buah kapas.

Kekukuhan

Kekenyalan

Kotoran mudah ditanggal dan bertambah kukuh apabila diserap air

Pakaian mudah renyuk dan tidak kenyal

Penyerapan lembapan Penyerapan berlaku dengan mudah dan selesa dipakai

Ciri-ciri gentian kapas

Tindakan asid asid hidroklorik dan asid sulfuric akan merosakkan fabrik

Pengalir haba Pengalir haba yang baik

3.2 Bahan-bahan yang digunakan Bil Nama bahan 1 Benang sulam

Catatan Membuat sulaman pada poket atau artikel

2

Manik pelbagai bentuk

Digunakan untuk menghias sulaman yang telah dibuat seperti menjahit manik labuci Bunga dan daun.

3

Labuci

Digunakan untuk mencantikkan lagi artikel

4

Kun kapas

Untuk mengemaskan tepi apron

5

Renda

Untuk perhiasan pada bahagian atas dan bawah apron

6

Clip beg

Untuk melaraskan tali pada leher apron

4.0 Pengekosan 4.1 Pengiraan kos bahan Bil Bahan

Kuantiti

Harga seunit (RM)

Jumlah (RM)

1 meter

1 x 5.00

5.00

1

Kain kapas bercorak

2

Kain cross stitch

3

Benang sulam

5 jenis warna

5 x 0.80

4.00

4

Manik pelbagai bentuk

3 jenis

3x 1.80

5.40

5

Labuci

1 jenis

1 x 1.00

1.00

6

Kun kapas

2 paket

2 x 2.00

4.00

7

Renda

2 meter

2 x 0.70

1.40

8

Clip beg

1

-

-

1 π‘šπ‘’π‘‘π‘’π‘Ÿ 4

1 Γ— 30 4

Jumlah

7.50

28.30

4.2 Pengiraan Kos Upah

Bil

Kepakaran

Kos Upah Upah seorang/ jam (RM)

1

Membuat pola

3.00

2

Menjahit

3

Menjahit manik dan sulaman

Upah mengikut bilangan jam (RM) 1 Γ— 3.00 2

Jumlah harga (RM)

3.00

3 x 3.00

9.00

4.00

4x 4.00

16.00

Jumlah

1.50

26.50

4.3 Pengiraan Kos Sampingan Kos sampingan Bil 1 2

Perkara Elektrik Jahitan kemas tepi Jumlah

4.4 Kos Artikel Kos bahan + kos upah + kos sampingan = jumlah kos kseluruhan RM28.30 + RM26.50 + RM1.00 = RM55.20

Jumlah (RM) 1.00 1.00

5.0 Langkah menjahit artikel jahitan Langkah 1: Lakaran Idea 1. Meembuat cetusan idea dengan mencari maklumat artikel dalam internet dan perkongsian pendapat. 2. Memilih dan menyusun idea supaya dapat memilih artikel yang terbaik. Apron dipilih sebagai artikel kerana memenuhi keperluan. 3. Memilih kombinasi warna, tema dan cadangan inovasi terhadap cetusan idea.

Gambar cetusan idea

lakaran apron

Lakaran awal cetusan idea

Langkah 2: Menyatakan ukuran atau dimensi apron 1. Membuat ukuran badan untuk menjadikan garis panduan tentang saiz apron. 2. Memindahkan ukuran badan pada lakaran.

Ukuran badan Melintang

Bahagian anggota badan

Ukuran badan

Lebar bahagian punggung

cm

Leher

cm

Dada

cm

Pinggang

cm

Menegak

Bahagian anggota badan

Ukuran badan

Dada ke atas lutut

cm

Lengan ke atas lutut

cm

Dada ke Pangkal lengan

cm

Melakar dan membuat pola Asas pertama untuk memulakan jahitan ialah menentu pakaian atau apron yang akan dijahit dan lakaran apron tersebut dengan memaparkan saiz sebenar. Bagi jahitan ini, apron merupakan pemilihan jenis artikel yang akan dijahit dan meneruskan perancangan jahitan dengan melakar apron secara pandangan hadapan Selepas lakaran,proses pengukuran badan adalah sangat penting bagi mengambil sukatan bagi bentuk dan saiz badan pemakai.Sebelum mengambil ukuran pastikan individu yang hendak diukur mesti berada di kanan kita.Seterusnya individu tersebut tidak memakai pakaian tebal bagi mengelak ukuran yang diambil tidak tepat dan individu tersebut berdiri tegak.Pastikan ukuran yang diambil ialah dalam unit centimeter. Ukuran yang perlu didahulukan ialah ukuran ke arah melintang .Daripada arah melintang kita dapat mengukur leher, hadapan dada, keliling pinggang dan keliling punggung.Pastikan ukuran yang diambil itu dicatat di dalam kertas dalam unit cm.Kemudian mengambil ukuran badan ke arah menegak ialah panjang dada ke pangkal lengan dan labuh apron iaitu dari dada ke bahagian atas lutut.

Langkah 3: penyediaan barang 1. Semua bahan diperlukan perlu disediakan terlebih dahulu. 2. Antara bahan yang diperlukan ialah : Bil

Bahan

Kuantiti

1

Kain kapas bercorak

1 meter

2

Kain cross stitch

1 π‘šπ‘’π‘‘π‘’π‘Ÿ 4

3

Benang sulam

5 jenis warna

4

Manik pelbagai bentuk

3 jenis

5

Labuci

1 jenis

6

Kun kapas

2 paket

7

Renda

2 meter

8

Clip beg

1

3. Bahan-bahan diperlukan diambil daripada bilik bekalan keperluan jahitan dengan kuantiti yang ditetapkan. Langkah 4: Membentang fabrik serta memotong kain 1. Ira kain dibetulkan dan kain dilipat dua dan diukur terlebih dahulu menggunakan pola untuk menyeimbangkan antara bahagian kiri dan kanan. 2. Pin disemat antara kain dan pola bagi memastikan ukuran tepat dan tidak beralih. 3. Kain dipotong mengikut pola yang disediakan tanpa baci kerana ingin menggunakan kun untuk menjahit tepi kain. 4. Kain kapas bercorak dipotong panjang kira-kira 60cm untuk dijadikan tali pengikat apron dan tebalnya 2 inci. 5. Selain itu, potong kain cross stitch mengikut pola poket untuk membuat poket apron.

Rajah menunjukkan fabric digunting bersama pola Langkah 5: membuat sulaman dan menjahit manik pada bahagian poket apron 1. Lakar corak sulaman menggunakan kapur. Tema flora telah dipilih. Oleh itu, bentuk ramarama dan bunga menjadi motif kepada hiasan sulaman dan manik. 2. Antara jahitan sulaman yang digunakan ialah: ο‚· Jahitan suji bilang ο‚· Jahitan rantai ο‚· Jahitan kia ο‚· Jahitan insang pari

Gambar menunjukkan jahitan suji bilang

Gambar menunjukkan jahitan suji bilang

Gambar sulaman yang hampir siap Langkah 6: menjahit apron 1. 2. 3. 4. 5.

Menjahit tali untuk dipasangkan pada apron Menjahit kun pada bahagian tepi kain apron Menjahit renda pada bahagian atas dan bawah apron Menjahit untuk memasang tali pada apron Mengemaskan tepi kain apron menggunakan gunting pucuk rebung

Langkah 7: Menjahit kain cross stitch pada apron 1. Kudua-dia kain dilekatkan menggunakan jahitan insang pari. Langkah 8: kemasan 1. 2. 3. 4.

Benang-benang lebihan jahitan pada apron digunting dan dikemaskan Cuba pada badan sendiri supaya ukuran tepat dan selesa dipakai. Laraskan clip pada bahagian leher apron untuk menguji berfungi atau tidak berfungsi. Kemasan terakhir ialah dengan memastikan tempat kerja iaitu atas meja dan lantai bersih daripada bahan lebihan dan tidak menyusahkan orang lain. 5. Artikel jahitan siap

Gambar 1: apron yang telah siap pada bahagian hadapan

Gambar 2: apron yang telah siap pada bahagian belakang.

Melakar apron untuk dijahit dalam sudut pandangan hadapan.

Mengukur badan

Mendraf variasi pola apron

Membentang fabrik serta memotong kain

menjahit apron dan membuat sulaman bagi poket dan kemasan

Refleksi Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdullilah saya berasa bersyukur ke atas hadrat ilahi kerana Dia masih mengurniakan kehidupan yang baik terhadap saya. Tanpa keizinan dia saya mungkin belum menyempurnakan lagi kerja kursus ini. Di sini saya mahu melafazkan rasa terima kasih kepada penasihat kerja kursus kami iaitu Dr. Hajah Sarimah binti Abd Razak kerana sepanjang saya melaksanakan kerja kursus ini dia tidak pernah jemu menolong kami bahkan memberi petunjuk kami agar mempertingkatkan kualiti saya. Malah saya mahu melafazkan penghargaan kepada kawan-kawan saya .Ibarat ringan sama dijinjing, berat sama dipikul,peribahasa ini sesuai menggambarkan kawan-kawan saya membantu saya sepanjang kerja kursus ini.Selain pensyarah sebagai rujukan, kawan saya turut menjadi rujukan kerana mereka lebih memahami daripada saya. Pada masa yang sama kami berbincang dan berkongsi pendapat supaya kerja dihasilkan lebih tepat dan berkualiti. Tugasan ini memberi cabaran kepada saya untuk menyiapkan dalam masa yang diberikan kerana terlalu banyak kerja perlu disiapkan dalam satu masa. Selain itu, syarat yang ditentukan iaitu perlu sekurang-kurangnya mempunyai tiga jenis jahita sedikit sebanyak menggusarkan hati kerana tidak punya pengalaman menjahit sebelum ini. Namun dengan tunjuk ajar daripada pelbagai pihak. Saya bersyukur kerana akhirnya dapat menyipkan tugasan ini dengan bantuan mereka dan banyak ilmu yang dipelajari daripada kerja kursus ini. Akhir sekali saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga saya kerana menyuntik semangat dan dorongan ketika saya menyelesaikan kerja kursus ini.

Rujukan

Mohamed Jalal Ahmad.Asas Merangka Pola Pakaian. (2005). Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Roba’ayah Hj Abd Wahab, Susan Manikam. (2010).Panduan Sains Rumahtangga. Modul Reka BentukDan Teknologi. PPG, Bahagian Pendidikan Guru. Edisi Percubaan Modul Pembelajaran Rekaan Dan Jahitan Pakaian. PusatPerkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

Asra Shamsudin, Betty Lim, Foziah Buang (2007). Ekonomi Rumahtangga Fokus Jingga SPM. Pelangi: Kuala Lumpur.

Azmawati Abdul Aziz, Zaitun Zakian Mohd Noor dan Lamah binti Abdul Ghani (2002). Pengurusan Pakaian Tingkatan 4, Bahan Sumber Pengajaran. Edu SysremSdn Bhd: Kuala lumpur

Noor Habibah Hassan Othman, Faudziah Md Din dan Zahrah Esa (2017). Pengajian Pakaian Tingkatan 5. Edu System Sdn Bhd: Kuala Lumpur.

Mariam Abu Bakar (2004) Panduan Membuat Pakaian, Panduan Lengkap LangkahDemi Langkah Teknik menjahit: Kuala Lumpur.

Related Documents

Amali
October 2019 41
Amali
October 2019 41
Amali Anith.docx
April 2020 34
Amali Penebat.docx
October 2019 36
Amali Jahitan.docx
April 2020 28
Amali Makmal
October 2019 49

More Documents from ""

Amali Anith.docx
April 2020 34
The Sun.pptx
December 2019 20
Amali Jahitan.docx
April 2020 28
Ece3443f05hw4.pdf
October 2019 22