Aktiviti PBS Persekitaran dan Suasana Bilik Darjah a) lukiskan pelan bilik darjah semasa membantu mentor melaksanakan P&P
B) Huraikan Cara – Cara Bahan Dan Sumber P&P Dipamerkan Di Bilik Darjah Tersebut Digunakan Secara Berkesan. Bahan dan sumber P&P boleh dikenali sebagai alat bantu mengajar. Penggunaan bahan dan sumber P&P adalah elemen yang paling penting bagi menjalankan pembelajaran yang berkesan di sekolah. Sepanjang menjalankan tugasan PBS saya di SJKT Taman Desa Pinji, saya dapat menjalankan pemerhatian terhadap guru – guru yang mengajar di beberapa buah kelas. Guru – guru tersebut telah menggunakan beberapa bahan dan sumber pembelajaran untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif. Bukan itu sahaja, dalam kelas – kelas tersebut terdapat pelbagai bahan dan sumber pembelajaran yang dipamerkan. Kelas yang saya masuk untuk melihat penggunaan bahan pengajaran dan cara mentor saya mengajar juga adalah kelas Tahun 3 (Pavalam). Antara sumber dan bahan pembelajaran yang dipamerkan dalam kelas yang saya diperhati ialah carta peta i-think, sudut bacaan yang mengandungi pelbagai buku – buku, peribahasa dalam bahasa tamil ditampal atas dinding, contoh karangan dalam bahasa melayu digantung di tepi dinding, dan lain – lain. Dengan adanya sumber – sumber sebigini, pelajar – pelajar dapat menggunakan sumber ini dalam pembelajaran mereka. Contohnya, sumber Peta i-think mampu mendorong pelajar berfikir secara rasional semasa digunakan dalam proses pembelajaran. Mereka juga dapat menghafal peribahasa yang dapat ditampal di atas dinding kerana mereka sentiasa melihat bahan itu semasa berada di dalam kelas tersebut. Selain itu, bahan pengajaran yang dapat memantapkan kemahiran membaca juga disediakan dalam kelas tersebut, iaitu sudut bacaan. Dalam sudut bacaan ini, terdapat pelbagai buku – buku cerita mengikut tahap murid tahun 3 dan juga kad – kad bacaan (reading card). biasanya, pelajar – pelajar di sekolah ini mesti melibatkan diri dalam waktu membaca pada waktu pagi sebelum P&P dijalankan. Pada masa itu , para pelajar dapat menggunakan buku – buku atau kad bacaan untuk membaca. Dengan adanya sudut bacaan, para pelajar dapat memantapkan kemahiran membaca dari masa ke masa. Lebih – lebih lagi, terdapat bahan pengajaran yang boleh dikenali sebagai satu bahan yang mampu memotivasikan atau meningkatkan semangat mereka sewaktu proses P&P dijalankan. Bahan ini memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran para pelajar. Apabila pihak guru menggunakan bahan ini semasa aktiviti kumpulan para pelajar dapat menumpukkan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran yang diajar pada hari itu. Ia juga dapat memberi semangat kepada pelajar untuk membuat sesuatu kerja kumpulan dengan baik dan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat markah yang tinggi dalam kalangan kumpulan mereka.
Kesimpulannya, sumber dan bahan pembelajaran yang dipamerkan dalam kelas amat berguna untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. sumber dan bahan pembelajaran yang dipamerkan dalam kelas dapat memudahkan murid untuk belajar sendiri tanpa menunggu guru mengajar. Bahan – bahan seperti ini perlu dipamerkan di setiap kelas untuk menjalankan proses P&P dengan sungguh menarik dan efektif.
c) catatkan bahan dan sumber P&P yang mudah digunakan oleh murid ? pelbagai jenis bahan dan sumber pengajaran atau boleh dikenali sebagai bahan bantu mengajar yang terdapat dalam sesebuah bilik darjah. Sumber – sumber pengajaran ini perlu mudah digunakan oleh murid untuk menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara bahan dan sumber P&P yang mudah digunakan oleh murid ialah, papan kenyataan. Papan kenyataa ialah satu bahan yang perlu ada di setiap kelas. Melalui penggunaan papan kenyataan ini, murid – murid dapat belajar dengan cepat tanpa perlu bergerak ke tempat lain. Papan kenyataan juga dapat dilengkapi dengan info dan nota berkaitan memudahkan pelajar membuat rujukan. Contohnya, dalam ruangan sains papan kenyataan itu dilengkapi dengan gambar berkaitan tumbuhan – tumbuhan, “parts of body”, ruangan bahasa melayu dilengkapi dengan peribahasa, penjodoh bilangan dan lain – lain. Dengan adanya papan kenyataan sebagai sumber P&P pelajar dapat belajar dengan kendiri. Tambahan pula, penggunaan televisyen juga salah satu bahan dan sumber pengajaran pada masa pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, semasa saya memerhati proses pengajaran dan pembelajaran di kelas tahun 3, guru praktikum telah menggunakan televisyen untuk subjek bahasa inggeris. Guru itu menggunakan televisyen untuk menunjukkan beberapa bunyi haiwan dan ciri – ciri haiwan tertentu dalam bahasa inggeris. Melalui penggunaan televisyen pelajar dapat memberi fokus terhadap apa yang guru diajar pada masa itu. Pelajar juga sangat aktif dalam P&P.
D) Adakah Murid Diberi Peluang Menggunakan Sumber Pembelajaran Yang Berasaskan TMK? E) Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap pembelajaran ? Murid – murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap mata pelajaran dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana, pelajar – pelajar dapat mendapatkan ilmu yang diajar oleh pihak guru pada masa pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga adalah unuk memastikan pencapaian yang seimbang antara murid. Melalui pemerhatian saya semasa PBS, sesetengah guru banyak menggunakan teknik perbualan. Pihak guru bertanyakan tentang topik yang diajar dan dikaitakan dengan pengalaman sedia ada pada murid – murid. Teknik ini digunakan supaya pelajar dapat menumpukkan perhatian yang sepenuhnya dalam proses pembelajaran mereka. Melalui teknik ini juga, pihak guru dapat mengenal pasti kebolehan seseorang pelajar dalam pembelajaran. Para pelajar juga aktif dalam sesuatu aktiviti. Selain itu, murid – murid juga digalakkan untuk bertanya terus jika ada perkara yang tidak difahami tentang sesuatu perkara yang diajar oleh guru. Kaedah ini melatih pelajar untuk berani memberitahu pendapat di hadapan kelas. Bukan itu sahaja, pelajar – pelajar juga digalakkan untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru dalam tentang topik yang diajar. Contohnya, semasa saya berada di bilik darjah mentor saya pada masa PBS, terdapat beberapa pelajar yang angkat tangan untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Ini menunjukkan bahawa murid – murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
f) bagaimanakah murid – murid dibahagikan kepada kumpulan tertentu ? pembahagian kumpulan dalam sesebuah bilik darjah adalah amat penting dan ia adalah satu tugas yang mesti dibuat oleh setiap guru. Guru – guru perlu membahagikan kumpulan mengikut tahap pencapaian murid – murid dalam kelas itu. Setelah pihak guru mengenal pasti tahap kemampuan murid dalam pembelajaran, barulah membuat pembahagian kumpulan. Terdapat pelbagai strategi yang digunakan oleh guru untuk membahagikan kumpulan. Melalui pemerhatian saya semasa PBS, strategi yang digunakan oleh pihak guru dalam pembahagian kumpulan ialah, mengikut tahap pencapaian dan pembahagian murid dengan mencampurkan murid yang bijak dengan murid yang lemah. Pembahagian kumpulan mengikut tahap kebolehan murid dilakukan dengan mengasingkan murid – murid kepada kumpulan – kumpulan tertentu mengikut tahap kebolehan pelajar. Murid – murid dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu, kumpulan pandai, kumpulan sederhana dan kumpulan lemah. Hal ini demikian, supaya guru dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada golongan murid yang berlainan tahap. Contohnya, dalam kelas mentor saya semasa PBS, mentor saya dapat membahagikan kumpulan sebegini supaya beliau dapat memberi fokus sepenuhya kepada pelajar - pelajar. Pihak guru juga dapat memberi latihan dalam kumpulan mengikut tahap pelajar. Pembahagian
yang
kedua
ialah,
guru
membahagikan
kumpulan
dengan
mencampurkan murid yang lemah dengan murid yang pandai dalam satu kumpulan. Tindakan ini sangat baik kerana ianya memberi peluang kepada semua pelajar untuk terlibat sama dalam aktiviti yang sedang dijalankan tanpa merasa tersisih. selain itu, pelajar – pelajar yang pandai juga dapat membantu pelajar yang lemah dalam sesuatu aktiviti kumpulan. Pembahagian ini juga memberi peluang kepada semua pelajar untuk bergaul antara satu sama lain tanpa ada rasa rendah diri dan bangga. Pembahagian kumpulan sebegini dapat membantu guru dalam meningkat prestasi murid – murid.