Aktiviti Pbs.docx

  • Uploaded by: Asyikin99
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aktiviti Pbs.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,640
  • Pages: 8
a. Lukiskan pelan bilik darjah semasa membantu mentor melaksanakan PdP. Carta kelas

Papan putih

Carta kelas

Pintu depan

Meja guru

Meja murid Pintu belakang

Sudut bacaan Papan kenyataan

b. Huraikan cara-cara bahan dan sumber PdP dipamerkan di bilik darjah tersebut ssdigunakan secara berkesan. Saya telah menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu di Sekolah Kebangsaan Demang Taha. Saya mendapati bahawa penggunaan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) memainkan peranan penting dalam memastikan perlaksanaan pembelajaran yang berkesan. Sepanjang menjalani PBS, saya dapat melakukan pemerhatian terhadap proses PdP yang berlangsung di beberapa buah kelas bagi murid Tahap 1. Guru yang mengajar menggunakan pelbagai bahan dan sumber PdP untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan di bilik darjah. Antara kelas yang telah saya masuk untuk melihat penggunaan bahan pengajaran adalah kelas 3 Gamma dan 1 Sigma. Dalam kelas tersebut, terdapat pelbagai sudut yang menarik perhatian saya. Sudut-sudut tersebut disediakan untuk membantu perkembangan kognitif murid-murid. Antara sudut yang disediakan dalam bilik darjah ialah sudut bacaan, sudut mata pelajaran dan sudut pembelajaran abad ke-21. Terdapat juga bahan-bahan pengajaran yang dipamerkan dalam bilik darjah yang digunakan oleh guru untuk mengajar. Bahan yang dipamerkan adalah seperti nombor-nombor yang ditampal pada dinding kelas. Di dalam bilik darjah juga, guru menggunakan kad-kad imbasan (flash card) yang mengandungi nombor. Menurut guru yang mengajar murid-murid Tahap 1, bahan seperti kadkad imbasan sering digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Hal ini demikian kerana, proses pengajaran dan pembelajaran akan menarik dan mendorong minat pelajar untuk mempelajari ilmu yang baru. Kad-kad imbasan juga membantu murid-murid untuk menyebut, mengenal dan menghafal nombor atau huruf yang diajar oleh guru. Dalam pada itu, terdapat objek-objek konkrit yang disediakan di bilik darjah Tahun 1 Sigma. Objek-objek yang dimaksudkan adalah blok bentuk-bentuk seperti segi empat, bulat dan sebagainya. Blok-blok tersebut diletakkan di bahagian sudut pembelajaran abad ke-21. Apabila bahan tersebut dipamerkan, murid-murid dapat mengenali bentuk sesuatu objek dengan mudah. Di samping itu, terdapat rak buku yang diletakkan di bahagian sudut bacaan. Buku-buku yang disediakan mempunyai tajuk cerita yang menarik dan berwarna-warni. Hal ini dapat membantu dalam meningkatkan minat murid untuk membaca buku. Saya juga berkesempatan untuk memerhatikan proses PdP yang dijalankan di kelas prasekolah SK Demang Taha. Di dalam bilik darjah prasekolah, pihak sekolah telah menyediakan bahan multimedia seperti radio dan televisyen. Bahan teknologi tersebut kebiasaannya digunakan oleh guru prasekolah dalam untuk proses pengajaran dan

pembelajaran. Misalnya, radio digunakan untuk memperdengarkan lagu semasa mengajar murid-murid untuk menyanyi. Televisyen pula digunakan untuk aktiviti menonton video atau cerita kanak-kanak. Kesimpulannya, bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dipamerkan di bilik darjah amat penting dan berguna untuk mewujudkan proses pembelajaran yang berkesan. Bahan dan sumber PdP yang dipamerkan merupakan salah satu inisiatif untuk membantu murid-murid belajar secara kendiri tanpa perlu menunggu guru untuk mengajar. Guru pula tidak seharusnya menggunakan kaedah ‘spoon feeding’ tetapi guru seharusnya menjadi seorang fasilitator dalam membantu proses pembelajaran murid. Hal ini bertujuan untuk membantu dalam proses perkembangan kognitif murid-murid agar mereka dapat mempraktikkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis semasa belajar.

c. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid. Pada abad ke-21, pihak kementerian menggalakkan guru-guru untuk menggunakan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Alat bantu mengajar terdiri daripada pelbagai bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah untuk digunakan dan dapat menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan. Pada masa yang sama, bahan dan sumber PdP yang digunakan bertujuan untuk membantu murid memahami isi pelajaran dengan mudah. Antara bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid ialah papan kenyataan. Papan kenyataan telah disediakan di bahagian belakang setiap bilik darjah. Papan kenyataan juga adalah bahan yang kekal dan tidak berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia dilengkapi dengan pelbagai nota dan info tambahan berkaitan dengan pelajaran untuk dijadikan rujukan. Penggunaan papan kenyataan juga bertujuan untuk memastikan murid-murid dapat belajar dengan mudah semasa berada di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, penggunaan papan kenyataan telah menyediakan ruangan bagi mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan sebagainya. Bagi ruangan Matematik, guru telah menyediakan formula-formula matematik, sifir dan bentuk-bentuk objek untuk membantu murid-murid dalam memahami konsep matematik. Begitu juga dengan ruangan mata pelajaran Sains yang dilengkapi dengan kad bergambar seperti anggota badan manusia, klasifikasi haiwan, bahagian badan haiwan dan sebagainya. Dengan adanya papan kenyataan, murid-murid dapat belajar secara kendiri. Selain itu, penggunaan kad-kad imbasan atau dikenali sebagai flashcard mengandungi pelbagai gambar, huruf, nombor dan perkataan yang menarik, jelas dan terang. Kad-kad imbasan boleh digunakan dalam proses pengajaran bagi semua mata pelajaran. Perkataan atau nombor yang dipamerkan pada kad-kad imbasan menggunakan kombinasi warna-warna terang sekaligus dapat menarik minat murid-murid untuk belajar. Jika perkataan atau nombor yang digunakan tidak menarik, maka murid-murid akan berasa cepat bosan dan sukar untuk menumpukan perhatian semasa proses pengajaran. Bahan dan sumber PdP seperti bahan audio visual juga mudah untuk digunakan oleh murid-murid. Antara bahan audio visual yang boleh digunakan adalah radio, televisyen, komputer dan LCD. Sebagai contoh, radio boleh digunakan dalam proses pengajaran Pendidikan Muzik. Murid-murid dapat mendengar lagu yang dipasang di radio sambil menghayati lirik lagu yang disampaikan. Begitu juga dengan penggunaan televisyen bagi proses pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu. Pada kebiasaannya, murid-murid akan menonton cerita rakyat di televisyen. Kemudian, mereka dikehendaki untuk menceritakan dan melakonkan semula jalan cerita yang telah ditonton.

d. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan vvTMK? Ya. Berdasarkan pemerhatian saya, setiap murid diberi peluang untuk menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan TMK di sekolah. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Matematik, murid-murid Tahun 3 telah dibawa masuk ke dalam makmal komputer untuk mempelajari matematik. Antara aktiviti yang dilakukan ialah guru matematik tersebut telah mengarahkan murid-murid supaya membuka komputer dan kemudian mengakses Internet. Mereka disuruh untuk membuka laman web Frog VLE. Di laman web tersebut, muridmurid telah dibekalkan dengan info-info tambahan dan beberapa bentuk soalan yang perlu diselesaikan. Melalui aktiviti ini, murid-murid telah diberi peluang untuk menerokai dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Pada masa yang sama, saya sempat menyertai program ‘Jom! Terokai Bestari ICT’ yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Negeri Melaka (BTPN). Saya berasa bersyukur kerana diberi kesempatan dan peluang untuk menyertai program sebegini. Program ini telah dijalankan di SK Demang Taha dan melibatkan seluruh sekolah rendah dan sekolah menengah di Melaka. Murid-murid yang menyertai program ini didedahkan kepada penggunaan TMK yang bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21. Pertandingan yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung melibatkan penggunaan komputer dan komputer riba. Program yang dijalankan ini sekali lagi membuktikan bahawa murid-murid pada masa kini telah diberi ruang dan peluang untuk menggunakan TMK sebagai sumber pembelajaran.

e. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti xjjpembelajaran? Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang menjalani PBS, murid-murid sangat digalakkan untuk melibat diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan untuk memastikan murid-murid sentiasa mendapat ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru. Dalam pada itu, murid-murid hendaklah menerima input yang sama daripada guru dalam memastikan pencapaian yang seimbang dalam kalangan murid. Antara strategi dan teknik pembelajaran yang digunakan untuk melibatkan murid secara aktif adalah melalui teknik soal jawap. Guru akan bertanyakan kepada murid tentang topik yang telah dipelajari sebelum memulakan sesi pengajaran. Jawapan yang diberikan oleh murid adalah pengetahuan yang lepas dan merupakan pengalaman sedia ada dalam ingatan mereka. Dalam konteks ini, pengalaman sedia ada penting sebelum murid didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang baru. Melalui teknik ini, murid-murid akan berasa seronok dan tertarik dengan aktiviti yang dijalankan kerana mereka boleh berinteraksi bersama guru. Selain itu, murid-murid digalakkan untuk bertanya terus kepada guru jika ada perkara yang tidak difahami tentang sesuatu pelajaran yang diajar. Melalui kaedah ini, guru berpeluang untuk mengenali personaliti dan tahap kefahaman murid-murid secara lebih mendalam. Pada masa yang sama, kaedah ini melatih murid-murid untuk berani menyuarakan pendapat secara terbuka dan mengikis perasaan malu yang membelenggu sesetengah mereka. Dengan bertanya juga, mereka dapat memahami sesuatu pelajaran dengan lebih mendalam apabila diterangkan oleh guru.

f. Bagaimanakah murid-murid dibahagikan kepada kumpulan tertentu? Melalui pemerhatian saya, terdapat dua cara pembahagian kumpulan yang digunakan oleh guru. Cara yang pertama ialah guru akan melakukan pembahagian kumpulan mengikut tahap pencapaian dan tahap kepintaran murid. Murid-murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan murid yang bijak dan kumpulan murid yang lemah. Tujuan murid dibahagikan kepada kumpulan yang berlainan kepintaran adalah bertujuan untuk membantu guru dalam memberikan tumpuan yang lebih kepada kumpulan murid yang lemah. Bagi kumpulan murid yang bijak, mereka akan diberikan tunjuk ajar yang sedikit berbanding kumpulan yang lemah kerana mereka memerlukan tunjuk ajar yang lebih dari guru. Dengan pembahagian murid mengikut tahap pencapaian dan tahap kepintaran, guru dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada kumpulan murid yang lemah. Dalam konteks ini, apabila guru memberikan tumpuan yang lebih kepada kumpulan tersebut, maka prestasi murid dalam kumpulan yang lemah dapat ditingkatkan. Dalam pada itu, pembahagian kumpulan secara ini dapat mengelakkan sifat malu dalam kalangan murid yang lemah. Kumpulan murid yang lemah juga akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan mereka tergolong dalam kumpulan murid yang bijak. Pembahagian kumpulan cara kedua pula ialah guru membahagikan murid dalam kumpulan yang terdiri daripada murid yang bijak dan murid yang lemah. Guru melakukan pembahagian kumpulan seperti itu kerana ingin memberi peluang kepada semua murid terlibat dalam aktiviti yang dijalankan tanpa ada yang tersisih. Di samping itu, cara perbahagian kumpulan seperti ini merupakan tindakan yang bagus kerana dapat memberi peluang kepada murid yang bijak dalam membantu murid yang lemah. Tambahan pula, pembahagian kumpulan dengan mencampurkan murid yang bijak dengan murid yang lemah dapat memberi peluang kepada mereka untuk bergaul antara satu sama lain tanpa ada rasa rendah diri mahupun bangga diri. Murid-murid yang bijak juga diberi peluang untuk menjadi ‘guru kecil’ semasa membantu rakan-rakan mereka yang lemah ketika melakukan aktiviti berkumpulan. Dalam pada itu, murid-murid yang takut bertanya kepada guru juga boleh bertanya kepada rakan mereka yang bijak tentang perkara yang tidak difahami. Oleh itu, pembahagian kumpulan secara ini dapat membantu murid yang lemah dalam meningkatkan prestasi dan menambahkan minat untuk belajar.

Related Documents


More Documents from "Asyikin99"