Aktiviti Pbs.docx

  • Uploaded by: S Lin Ong
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aktiviti Pbs.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 323
  • Pages: 2
Aktiviti PBS 2. Persekitaran dan Suasana Bilik Dajah -Kelas 6A, subjek Sains. a. Lukiskan pelan bilik darjah semasa membantu mentor melaksanakan P & P.

Kelas 6A Papan putih & LCD

Meja Guru

P a p a n K e n y a t a a n

Pintu

b. Huraikan cara-cara bahan dan sumber P & P dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan. Pertama sekali, guru Sains menggunakan LCD yang sedia ada di dalam bilik darjah untuk memaparkan satu berita video yang berkaitan dengan gerhana matahari yang berlaku pada 9 Mac 2016. Video tersebut telah menjelaskan bagaimana dan faktor fenomena tersebut berlaku. Kemudian, guru memaparkan powerpoint tentang teori fenomena ini supaya murid lebih memahami. Apabila murid mempunyai konsep tentang gerhana matahari ini, guru memaparkan video yang berkenaan dengan fenomena gerhana matahari juga tetapi video ini lebih menarik minat murid untuk menumpukan perhatian mereka kerana ia adalah daripada kartoon Doraemon. Selepas video, guru mula mengadakan sesi soal jawab dan kebanyakan murid bertindak secara aktif untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Seterusnya, guru menyuruh murid mengeluarkan buku latihan mereka untuk menjawab soalan yang berkenaan di dalam buku latihan tersebut. Bagi mengukuhkan konsep gerhana matahari dalam kalangan murid, guru membekalkan I think map kepada semua murid. I think map ini dapat membolehkan para murid melukis peta minda berdasarkan kreativiti mereka tersendiri. Selepas melukis peta minda, guru memilih beberapa angka giliran murid secara rawak. Hal ini kerana guru ingin memberi peluang kepada murid untuk menerangkan balik apa yang telah dipelajari tentang tajuk tersebut. Secara tidak langsung, murid bukan sahaja dapat mengukuhkan lagi pengetahuan mereka tetapi pada masa yang sama mereka juga dapat melatih keberanian supaya berani bercakap di depan orang ramai. Akhir sekali, guru membuat kesimpulan tajuk tersebut sebelum P&P ditamatkan.

c. Catatkan bahan dan sumber P & P yang mudah digunakan oleh murid. Bahan dan sumber yang mudah digunakan oleh murid adalah seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, i think map dan komputer.

Related Documents


More Documents from "Asyikin99"