Ajaran Sesat Di Selangor

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ajaran Sesat Di Selangor as PDF for free.

More details

  • Words: 3,502
  • Pages: 24
ABSTRAK “ Dalam sejarah Islam, golongan ulama’ sebagai intelektual nyata telah berperanan besar dalam

mengolah kehidupan ummah, disamping menangani

cabaran dalaman dan luaran yang dihadapi dan menentu-corakkan masa depan umat Islam. Kehadiran, penglibatan dan komitmen golongan berilmu amat diperlukan berikutan pensejagatan rancak fahaman-fahaman yang menyeleweng daripada landasan syariat yang sebenar. Justeru, tugas dan tanggungjawab para ilmuan Islam hari ini amat besar cabarannya dalam menangani krisis yang berkaitan dengan aqidah umat Islam hari ini ”

Jabatan Mufti Negeri Selangor

KANDUNGAN PENGENALAN..........................................................................................................................1 TAKRIF AJARAN SESAT.........................................................................................................2 FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN.......................................................................................3 BENTUK-BENTUK AJARAN SESAT......................................................................................3 CIRI-CIRI AJARAN SESAT......................................................................................................5 AJARAN-AJARAN SESAT YANG BERADA DI NEGERI SELANGOR...............................5 IMPLIKASI..............................................................................................................................15 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI................................................................................17 KESIMPULAN.........................................................................................................................18 BIBLIOGRAFI.........................................................................................................................19

ii |

iii |

PENGENALAN Kewujudan ajaran sesat di Negeri Selangor bukanlah suatu fenomena yang baru. Malah kemunculan ajaran sesat telah bermula sejak sebelum kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. di mana terdapat beberapa orang telah mendakwa dirinya adalah nabi selepas Rasulullah s.a.w.. Ajaran sesat ini memberi impak negatif dan kemudaratan kepada agama dan umat Islam. Pada umumnya, ajaran sesat merujuk kepada ajaran agama yang menyesatkan manusia. Ajaran ini mengadakan satu fahaman atau perkara yang baru dalam agama Islam atas niat-niat tertentu. Ketika ini, sudah terdapat pelbagai ajaran sesat yang muncul di sekitar negeri dan masih belum difatwa sesat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Penyebaran ajaranajaran sesat ini terus berjalan dari masa ke semasa dan bergiat aktif dalam menyampaikan ajaran dan kepercayaan mereka kepada orang ramai bagi mendapatkan pengikut-pengikut yang baru.

1|

TAKRIF AJARAN SESAT Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam mahupun orang bukan Islam yang mendakwa ajaran adalah berdasarkan kepada ajaran Islam tetapi pada hakikatnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Haji

Mohamed

Amin,

Mantan

Pengarah

Yayasan

Dakwah

Islam

Malaysia

mendefinisikan ajaran sesat di dalam Kertas Kerja ‘Ciri-ciri Kesesatan Dalam Sesuatu Amalan/ Ajaran’ yang dibentang pada Muzakarah Kefahaman Islam, Singapura sebagai “semua bentuk ajaran atau amalan yang didapati bertentangan dengan syariah Islam atau bertentangan dengan mana-mana sumber hukum Islam (al-Quran, Hadith, Ijma’, dan Qias) sedangkan ajaran dan amalan yang bertentangan itu didakwa atau dikatakan dari ajaran Islam, serta diajarkan kepada masyarakat samada dengan secara sulit atau rahsia atau untuk ahli sahaja atau diajarkan dengan secara terbuka kepada orang ramai, seterusnya ajaran itu diamalkan atau menjadi pegangan kepada individu atau kumpulan yang berkenaan”.

2|

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN Kemunculan ajaran ini melibatkan berbagai-bagai faktor. Salah-satunya kerana terdapat individu-individu yang mempunyai kepentingan untuk diri sendiri semata-mata. Mereka mahukan kedudukan, kemewahan dan sebagainya melalui meletakkan diri sebagai tuhan dan pengikutnya haruslah taat dan setia kepada setiap ajaran dan perintahnya. Ajaran sesat juga mendapat tempat di kalangan individu yang bersifat pasif dan tidak bergaul dengan masyarakat. Mereka ini anti-sosial dan kemungkinan tidak berpuas hati atau tidak menerima suasana sosial yang dilaluinya. Sikap ini akan mendorong orang yang berkenaan untuk menyertai ajaran sesat malah mungkin menubuhkan ajaran sesat mereka sendiri sebagai satu cara untuk memulakan kehidupan bermasyarakat. Kebanyakan manusia hari ini mengambil jalan mudah dalam memahami agama. Ilmu akidah kurang mendapat perhatian dan pegangan ajaran Islam menjadi longgar dan rapuh. Maka mereka sengaja memilih pendapat yang memihak kepada amalan mereka bagi mengelakkan rasa berdosa. Tunggangan hidup adalah berlandaskan hawa nafsu. Akhirnya turut menjadi faktor kemunculan ajaran sesat. Terdapat juga golongan yang dengan sengaja menubuhkan ajaran sesat dan menyebarkannya kepada umat Islam. Mereka ini berniat mahu melemahkan ajaran Islam dan memesongkan akidah umat Islam. Perlu diingat bahawa musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan Islam; samada secara zahir mahupun tersembunyi.

BENTUK-BENTUK AJARAN SESAT 3|

Ada beberapa cara dan kaedah tertentu telah digunakan untuk menyebarkan ajaran sesat. Salah-satunya berbentuk pengajaran, yang dicipta oleh guru atau pengasas dan wujud sebagai satu ajaran sahaja. Kumpulan ini diketuai oleh seorang guru dan jumlah pengikutnya adalah terhad. Guru ini memainkan peranan memesongkan pemikiran pengikutnya dengan menggunakan nama atau amalan tertentu yang didakwa ianya adalah ajaran Islam. Ajaran ini kebiasaannya tidak berpandukan kepada kitab atau buku. Kaedah melalui kumpulan juga digunapakai dalam penyebaran ajaran sesat. Kebiasaannya mereka menggelarkan sebagai kumpulan tarikat. Berbeza dengan kaedah berbentuk pengajaran, kaedah berkumpulan dianggotai oleh pengikut yang ramai dan mempunyai sumber kewangan yang banyak. Kumpulan ini mempunyai organisasi yang kuat dan berpengaruh. Ajaran ini direka oleh guru atau pengasas dengan menggunakan tarikat yang masyhur seperti Naqsyabandiah, Mufarridiyah dan lain-lain. Ajaran dan amalan yang dibawa membawa unsur-unsur penyelewengan akidah dan syariah Islam kerana guru tarikat tersebut menokok tambah di dalam pengajarannya. Kepercayaan, amalan tradisi dan pemujaan juga menjadi terbentuknya ajaran sesat. Amalan perdukunan atau perbomohan dan rawatan tradisional sebagai kaedah rawatan menjadi contoh kepada ajaran sesat ini. Mereka mendakwa kehadiran para wali Allah ke dalam tubuh perawat bagi membantu merawat pesakit. Ada juga mendakwa mendapat ilmu daripada mimpi, orang halus dan ulama-ulama tertentu melalui isyarat dan amalan menurun. Begitu juga amalan pemujaan di tempat-tempat tertentu yang dianggap sebagai keramat. Cara ini adalah yang paling mudah untuk umat Islam diperdaya.

Selain itu, terdapat ajaran sesat yang wujud di dalam bentuk media seperti media cetak dan media elektronik. Ia dijadikan medium untuk menyebarkan propaganda dakwah

4|

ajaran sesat berpemikiran liberal. Mereka membincangkan isu-isu agama dengan bebas tanpa dipantau dan dikawal selia oleh pihak berkuasa dengan baik. Mereka mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan ajaran-ajaran palsu kepada masyarakat secara terbuka.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT Penyelewengan dalam ajaran sesat berlaku dalam dua kategori utama. Ciri-ciri kesalahan ini adalah dari sudut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan sudut Syariah Islamiyah. Ada juga penyelewengan yang bercanggah dari sudut umum seperti akhlak dan etika masyarakat. Setiap satu ajaran sesat mempunyai asas atau ciri-ciri tertentu. Mereka menyalahi prinsip Islam dan mencipta prinsip yang baru bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah, Ijma’ dan Qias.

Ada antara ajaran sesat ini mendokong

kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib dan luar biasa selain Allah s.w.t. dan berhubungan dengan kuasa jin, syaitan dan iblis. Mereka melakukan pemujaan bagi mendatangkan kuasa pada diri mereka. Bagi kebanyakan ajaran, pengikutnya meletakkan guru pada taraf yang amat tinggi dan begitu fanatik kepada pemimpin. Penganut ajaran sesat ini sentiasa menganggap fahaman, kepercayaan dan amalan mereka sahaja yang benar. Kebiasaannya ajaran ini disebarkan secara tertutup dan maklumat ajaran dirahsiakan dari pengetahuan umum.

AJARAN-AJARAN SESAT YANG BERADA DI NEGERI SELANGOR 5|

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh JAIS sehingga Jun 2008, terdapat 70 ajaran sesat atau meragukan yang terdapat di Negeri Selangor. Berikut adalah carta yang telah dikeluarkan oleh Unit Akidah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, JAIS.

STATISTIK AJARAN SESAT/MERAGUKAN DI NEGERI SELANGOR SEHINGGA JUN 2008 22

25 23

DI FATWA SESAT - 25 DALAM SI ASATAN - 23 SELESAI - 22

STATISTIK AJARAN SESAT DI NEGERI SELANGOR SEHINGGA JUN 2008 8 17

6

Berfatwa

5 4 3

Tiada Fatwa

MASI H AKTI F - 8

TI DAK AKTI F -17

1 0

STATISTIK AJARAN SESAT/MERAGUKAN YANG AKTIF PER DAERAH DI NEGERI SELANGOR Petaling Klang Hulu Gombak Sepang Kuala Kuala Langat

Langat

Selangor

Berfatwa

2

6|

SEHINGGA JUN 2008

Berikut adalah beberapa ajaran sesat yang terdapat di Negeri Selangor beserta ciriciri ajaran tersebut.

Ajaran Syed Mohd Al Masyor/ Tarikul Islam Muhammad S.A.W Habibullah al-Hashim Ciri-ciri ajaran : 1. Syed Mohd al-Masyhor mengaku bahawa dirinya adalah Rasul.

2. Rasulullah bercantum dengan Allah. 3. Al-Quran sebenar ialah Nur Hikmah. 4. Pengikut ditegah berimamkan orang luar. 5. Ditegah berkahwin dengan bukan ahli.

6. Mengamal nikah batin. Nikah Batin adalah:

7|

a. Perempuan yang dinikahi itu bernama Maknikam. b. Maharnya adalah air mani. c. Walinya ialah Allah. d. Yang menikahkan itu ialah Muhammad. e. Saksinya Malaikat Kiraman Katibin.

7. Pengikut ajaran ini dijamin masuk syurga. 8. Menerbitkan buku bertajuk ‘Mengikut Jejak Rasulullah S.A.W.’ Perkara-perkara yang bercanggah dalam buku ini adalah :

a. Menulis Al-Quran dan Hadith dengan huruf rumi(latin). b. Menambah kalimah syahadah iaitu : I. Perjanjian kami dengan Allah S.W.T dengan kata iqrar: “Asyhadu an la ilaha illallah-HU ALLAH” m.s 25

II. Perjanjian kami dengan Rasulullah S.A.W dengan kata iqrar: “Asyhadu anna Muhammadur Rasulullah-HUL HAQ (A)” m.s 26

9. Salah tafsir al-Quran. 10. Memaksa anak-anak menjadi ahli.

Ajaran Ahmadiah / Qadiani Ciri-ciri ajaran :

1. Mirza Ghulam Ahmad (pengasas) mendakwa : a. Sebagai Nabi menerima wahyu. b. Imam Mahdi. c. Isa al-Masih. d. Mempunyai mukjizat.

e. Para nabi menyaksikan dirinya. f. Malaikat sebagai pancaindera Tuhan. 2. Ibadah Haji di Qadiani, India. 8|

3. Menafikan Jihad. 4. Mengubah ayat-ayat al-Quran

Ajaran Ilmu Laduni Ciri-ciri ajaran :

1. Ahmad bin Siraj (pengasas) mula mendapat ajaran ini melalui suara bisikan yang menyuruh berbuat baik (sembahyang) tetapi suara tersebut tidak diendahkan dan suara itu terus datang lagi. Oleh kerana beliau tidak tahu sembahyang maka suara itu datang lagi dan mengajar cara bersuci dan sembahyang; dimulai dengan sembahyang Asar dan diikuti dengan sembahyang lain. 2. Beliau menganggap suara yang datang itu adalah hidayah atau ilham. 3. Pengikut yang taat dan patuh dengan guru juga boleh mendengar suara bisikan itu yang datang pada bila-bila masa sahaja.

4. Ajaran ini mendakwa :

9|

a. Beliau tahu alam ghaib seperti syaitan, jin, alam barzakh, dan hal-hal

yang

akan berlaku pada masa akan datang.

b. Beliau diperintahkan oleh suara tersebut supaya berdakwah kepada manusia dan jin dan menyatakan ahli yang paling ramai ialah daripada golongan jin.

c. Beliau juga mendakwa dirinya sebagai bomoh tetapi cara mengubatnya tidak menurun hanya melalui jampi air sahaja.

d. Beliau mendapat ilmu ini di Pulau Besar, Melaka. e. Beliau mendakwa diri beliau tidak boleh dicaci dari belakang dan mereka yang berbuat demikian akan menjadi gila.

5. Keistimewaan/ Kelebihan guru : a. Boleh mengubat penyakit. b. Berjumpa Nabi-nabi. c. Berjumpa nenek kebayan. d. Boleh melihat benda ghaib. e. Boleh melihat Alam Barzakh.

Ilmu Salah Yang Dibawa Oleh Tuan Haji Khahar Bin Haji Ahmad Jalal Ciri-ciri ajaran :

1. Pengasas mengaku dirinya sebagai Rasul atau ‘Utusan Allah’. Dia mendakwa Rasul sentiasa ada di bumi untuk menyampaikan ilmu Allah.

2. Pengasas Bukit

mengaku

Kemensah

menerima dan

wahyu

diturunkan

daripada

dalam

Allah

sepertimana

yang yang

diturunkan dialami

di oleh

Rasulullah s.a.w..

3. Sembahyang lima waktu adalah tidak wajib. Pada pengasas, ‘sembahyang’ itu memadai dengan membuat kebaikan dan menjauhkan dari perkara mungkar.

10 |

4. Pengasas tidak percayakan al-Quran yang ada sekarang ini sebagai al-Quran yang sebenarnya. Al-Quran yang ada sekarang adalah sebagai catatan sahaja. Al-Quran yang sebenarnya berada di atas langit iaitu di Luh Mahfuz.

5. Pengasas tidak percayakan Hadith. Hadith yang ada sekarang ini hanyalah rekaan manusia yang dibuat selepas wafat Rasullah s.a.w..

6. Orang Islam tidak perlu mengerjakan haji ke Mekah. Ibadah haji boleh dibuat di manamana di bumi Allah. Pada beliau, pergi ke Mekah dan Arab Saudi hanyalah untuk melihat kesan-kesan sejarah Rasulullah sahaja.

7. Pengasas mendakwa mempunyai mukjizat. Mukjizat ini berlaku semasa beliau berada di Bukit Kemensah. Di peristiwa yang pertama, hari itu hujan tetapi beliau tidak terkena hujan. Di peristiwa yang kedua, pada hari panas tetapi beliau tidak merasai panas.

8. Pengasas mengajar dengan menggunakan sebuah buku yang dikarang oleh beliau sendiri bertajuk ‘AL-FURQAAN – PEMBEDA’.

Ajaran Haji Zulkifli Ismail Ciri-ciri ajaran : 1. Akidah

a. Guru ajaran ini menyatakan bahawa al-Quran yang ada sekarang adalah hiasan sahaja adapun al-Quran yang sebenar adalah di dalam diri kita.

b. Mengadakan upacara pertapaan sekurang-kurangnya tiga hari. Pertapaan ini dipanggil Uzlah; adalah disebabkan melanggar pantang larang ajaran. Setiap pengikut yang sedang dalam pertapaan boleh pulang ke rumah tetapi tidak boleh masuk ke dalam rumah. Di antara tempat pertapaan ini ialah di Puncak Kasih (Kuala Selangor), Gunung Jerai (Kedah), Linggi (Negeri Sembilan) dan Jenagor, Kuala Berang (Terengganu).

11 |

c. Mengadakan zikir di sekeliling sebuah makam bernama Mohamed Syarif AlBaghdi di Jenagor, Kuala Berang, Terengganu. Makam ini juga digelar dengan nama makam Tok Ayah. d. Ajaran ini mewajibkan kepada pengikut yang baru dengan mengadakan bai’ah. Upacara bai’ah ini hendaklah disaksikan oleh dua orang pengikut lain yang telah melakukan bai’ah. e. Setiap pengikut ajaran ini diwajibkan membuat ikrar dengan mengorbankan harta benda kepada pentadbiran ajaran ini. Sehubungan itu terdapat pengikut ajaran ini menghabiskan pendapatannya untuk diberikan kepada ajaran tersebut.

f. Pengikut ajaran ini tidak dibenarkan mengahwinkan anak mereka dengan orang luar sebaliknya perkahwinan hendaklah dilakukan dikalangan anak-anak ahli sahaja. 2. Fekah

a. Kebanyakan pengikut ajaran ini tidak mendirikan sembahyang Jumaat dan apabila ditanya mereka memberikan pelbagai alasan.

b. Melakukan Takbir dan Tahmid sejak awal Ramadhan hinggalah Hari Raya. Takbir ini diadakan secara beramai-ramai.

c. Ajaran ini juga adalah menetapkan Maqom seseorang pengikut. Justeru itu sofsof di dalam sembahyang mempunyai tempat orang-orang tertentu. Sekiranya seseorang itu tiada, maka tempat itu akan dikosongkan. Ini adalah disebabkan makmum di barisan belakang belum sampai maqom dan tidak layak memenuhi sof yang kosong di hadapan.

d. Ajaran ini menegaskan bahawa isteri-isteri yang tidak mahu mengikuti ajaran ini hendaklah diceraikan. Adalah didapati bahawa layanan yang diberikan kepada isteri pengikut ajaran ini amat bertentangan dengan hak-hak seseorang isteri.

Tarikat Tujuh (Martabat Tujuh)

12 |

Ciri-ciri ajaran :

1. Guru tarikat (Hamzah bin Embi) mengakui telah mendapat beberapa keistimewaan dari Allah dan boleh melihat alam ghaib (Kasyab).

2. Membaca dua kalimah syahadah semasa bai'ah tidak boleh putus. Jika putus bererti memisahkan zat Muhammad dengan zat Allah kerana zat Allah dan Muhammad itu satu.

3. Dalam zikir yang ke-enam, selawatnya sangat meragukan di mana zat Muhammad disamakan sifat ketuhanan.

4. Membuat rajah-rajah kajian ilmu tauhid yang tidak ada dalam penafsiran para ulama' Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah.

5. Guru tarikat tidak menunaikan sembahyang Jumaat kerana beranggapan dirinya lebih tinggi martabatnya daripada imam yang ada. 6. Tempat bersuluk tidak boleh dikosongkan (ada penunggu).

Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh) Ciri-ciri ajaran :

1. Pengasas telah menggunakan terjemahan al-Quran karangan A. Hassan sebagai rujukan. Beliau mendakwa karangan A. Hassan (Bandung) itu sahaja yang menepati kehendak Islam dan diakui oleh Nabi Ibrahim. Beliau juga mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa.

2. Mendapat ajaran terus dari Allah. Pengasas juga mendakwa semua ulama di Malaysia tidak betul dan hanya kumpulannya sahaja yang mengamalkan ajaran Islam yang betul dan benar.

3. Akan diadakan pertemuan empat kaum umat ahli Muhammad iaitu : a. Nabi Ibrahim (orang Arab). b. Nabi Nuh (orang Melayu). c. Ali Imran (orang Inggeris dan Jerman). d. Nabi Musa (orang Israel).

13 |

4. Cara sembahyang umat Islam di Malaysia adalah salah, hanya cara yang diamalkan oleh kumpulan ini sahaja yang betul.

5. Mengarahkan ahli kumpulan boleh sembahyang jama’ ketika membuat kerja-kerja bangunan di Rantau Panjang dan Teluk Kapas. Sembahyang Zohor dan Asar boleh dijama’kan kerana segala kerja itu adalah urusan Allah. Dalam bulan puasa, kumpulan ini telah membuat dodol dan ahlinya boleh sembahyang jama’ kerana mengacau dodol adalah urusan Allah. 6. Kumpulan ini juga mengamalkan beberapa zikir seperti : a. Lafaz sebelum menunaikan solat (ketika berdiri tegak) : “Demi Engkau Tuhan kami, Ya Allah, izinkan aku melaksanakan persembahan perintah sembahyang fardhu...kerana menyembahmu, serta tunduk sujud, berserah menyerah diri kepadamu, dengan maksud berlafazan kami, dan mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w.”.

b. Selepas sembahyang diucapkan pula terima kasih, kemudian beristighfar memohon keampunan atas kesilapan diri. c. Doa dan zikir adalah persembahan. Sebelum persembahan mesti ada pembukaan, iaitu dengan membaca al-Quran surah al-Imran ayat 18.

Terdapat pelbagai lagi ajaran sesat yang berada di Negeri Selangor. Antaranya adalah Ajaran Islam Jamaah/ Muhammadiah, Fahaman Syiah, Ajaran Tijah @ Khatijah binti Ali, Rufaqa dan banyak lagi. Ada ajaran-ajaran sesat yang ada kini masih ‘hidup’ dalam memperkembangkan ajaran mereka walaupun telah difatwakan haram. Ada juga ajaranajaran sesat ini masih belum difatwa dan diwarta oleh pihak berkuasa dan masih dalam siasatan.

14 |

IMPLIKASI Sekiranya kemunculan ajaran sesat ini tidak dibendung, ia akan memberi pelbagai kesan kepada diri, agama, masyarakat dan juga negara. Aktiviti-aktiviti yang diamalkan oleh pengamal ajaran sesat ini nyata bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia biasa. Kesan Kepada Individu

1. Seseorang yang terlibat di dalam ajaran sesat akan membawa kemungkinan kepada murtad. Ini kerana akidah mereka telah rosak dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Keimanan telah terhakis dari sanubari umat Islam itu sendiri. Maka segala ibadah dan amalan seseorang itu tidak diterima dan menjadi sia-sia. 2. Minda juga akan menjadi tertutup dan terkongkong oleh ajaran yang dianuti. Mereka bersikap tidak rasional dan fanatik kepada guru ajaran sesat.

3. Kebanyakan masa akan terbuang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Mereka tidak melaksanakan ibadah yang telah diperintahkan malah melakukan pula amalan-amalan syirik dan khurafat serta bertentangan dengan ajaran Islam. 4. Penglibatan individu dalam ajaran sesat menjadikan kehidupan yang tidak stabil. Mereka abai kepada tanggungjawab dalam tuntutan dunia dan juga akhirat. Kesan Kepada Agama

1. Gejala pencemaran akidah yang berleluasa akan menjadikan agama Islam yang suci menjadi tercemar. Ia menghakis ketulenan agama yang datang dari Allah s.w.t. dan ajaran dari al-Quran dan al-Sunnah.

2. Umat Islam akan berpecah-belah dan bermusuhan sesama sendiri. Ajaran sesat ini kebiasaannya menganggap hanya kumpulan mereka sahaja yang benar dan kumpulan yang lain adalah musuh. Ini akan lebih memudahkan musuh-musuh agama Islam untuk

15 |

menjatuhkan dan memusnahkan umat Islam. Ia turut memberi gambaran dan imej yang tidak baik kepada agama Islam.

3. Kemunculan ajaran sesat sama sekali telah menghambat kemajuan dakwah . Agenda pembangunan Islam juga terhalang dalam memperkembangkan sinar agama Islam. Kesan Kepada Masyarakat 1. Apabila akidah telah terhakis, ada antara ajaran sesat yang menggalakkan kehidupan bertunjangkan nafsu. Mereka mengamalkan seks bebas sehingga melahirkan anak luar nikah.

2. Institusi kekeluargaan juga akan runtuh. Mereka terlampau taksub dengan ajaran sehingga abai tanggungjawab kepada keluarga. Kehidupan keluarga akan berantakan dan tidak stabil. 3. Sikap pengikut ajaran sesat yang bermusuhan akan mengugat perpaduan. Mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling dan ini menjejaskan keharmonian hidup dalam masyarakat. Kesan Kepada Negara

1. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam kestabilan negara. Sejarah mencatatkan bahawa kemunculan ajaran sesat mampu mengancam keselamatan negara. Fenomena ini menimbulkan ancaman kepada keselamatan rakyat.

2. Sifat pengikut ajaran sesat yang berminda tertutup akan mengurangkan produktiviti individu. Mereka tidak proaktif dan menjadikan negara mundur.

3. Negara yang mundur dan kestabilan masyarakat yang tergugat boleh menjejaskan prestasi ekonomi negara. Negara terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak dalam membendung penularan dan menghapuskan ajaran sesat. Kekacauan masyarakat mengakibatkan ketidakstabilan negara lantas merencat pertumbuhan ekonomi.

16 |

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI Pada dasarnya, berasaskan pengamatan yang dilakukan, beberapa pendekatan harus diambil dalam menangani isu ajaran sesat ini. Suatu anjakan paradigma harus dilaksanakan bagi membela nasib umat Islam dari terus terjerumus ke lembah kesesatan dan mengembalikan maruah agama Islam. Inisiatif Individu Bagi menjamin diri dan keluarga tidak terbabit dengan ajaran sesat, umat Islam haruslah melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Sebagai seorang Islam, dengan jelas dinyatakan perlu berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Setiap umat Islam harus sentiasa menambah nilai iman dan taqwa serta mempunyai kekuatan fizikal, mental, emosi dan spiritual. Jauhkan perasaan ingin mencuba kepada sesuatu ajaran atau amalan yang baru dan mengambil sikap berfikir serta sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa agama bagi menentukan kesahihannya. Selain itu, habiskan masa dengan aktiviti yang sihat dan menambah ilmu bermanfaat serta peka dengan perubahan semasa. Inisiatif Masyarakat Setiap pihak haruslah prihatin bagi menangani isu ajaran sesat ini. Masyarakat sewajarnya bekerjasama dan bertindak sebagai mata dan telinga kepada badan bertanggungjawab

bagi menyalurkan sebarang maklumat berkaitan ajaran sesat di

sesebuah kawasan sebelum ianya berkembang luas. Inisiatif Badan Bertanggungjawab Pelbagai cara boleh diambil bagi menyekat perkembangan ajaran sesat di negeri Selangor. Antaranya adalah memberikan pendidikan dan dakwah yang berterusan secara terus kepada umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenar. Selain itu, pendidikan ajaran Islam boleh diterbitkan dalam bentuk media cetak seperti buku, brosur atau risalah dan dalam bentuk elektronik seperti dokumentari. Majlis keagamaan seperti forum dan seminar

17 |

yang menbincangkan mengenai ajaran sesat harus diperbanyakkan bagi memberi penjelasan yang jelas kepada masyarakat Islam serta memberi ruang bagi menjawab persoalan dan kekeliruan dalam masyarakat Islam. Selain itu, pihak yang berkuasa perlu memperkasakan undang-undang melalui tindakan yang tegas dan berat kepada pencipta ajaran sesat supaya mereka tidak akan sesekali cuba menghidupkan kembali ajaran tersebut. Jabatan agama perlu menfatwakan segera sesuatu ajaran sesat serta mewartakan kepada umum. Seterusnya, tindakan penguatkuasaan perlu diambil bagi membendung perkembangan ajaran sesat tersebut dan melumpuhkan kegiatan mereka. Negeri Selangor turut menubuhkan pusat pemulihan akidah melalui Majlis Agama Islam Selangor yang diberi nama Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman. Objektif pusat ini adalah ‘menyediakan perkhidmatan bimbingan kaunseling kepada individu dan kumpulan Islam yang memerlukan pemulihan akidah’.

KESIMPULAN Sebagai rumusan akhir, dapat disimpulkan kebimbangan kepada perkembangan ajaran sesat adalah penting dan tidak harus dipandang ringan. Impaknya kepada individu, agama, masyarakat dan negara bukanlah sesuatu yang positif. Justeru itu, umat Islam disarankan agar berpendirian teguh dalam ajaran Islam yang sebenar dan sentiasa bersatupadu dan memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah penyelewengan akidah yang berlaku di dalam Negeri Selangor pada masa ini.

18 |

BIBLIOGRAFI •

Wikipedia Ensiklopedia Bebas Organisasi Ajaran Sesat 19 Januari 2009 http://ms.wikipedia.org



Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Nota Pendidikan Islam SPM http://www.sabah.edu.my



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

1. e-Rujukan

http://www.islam.gov.my/e-rujukan

2. e-Fatwa http://www.e-fatwa.gov.my •

Jabatan Agama Islam Selangor Unit Akidah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan



Jabatan Mufti Negeri Selangor http://www.muftiselangor.gov.my

1. Kertas Kerja bertajuk ‘Ancaman Ajaran Sesat Terhadap Keharmonian Rakyat Malaysia’. i - Dato’ Setia Haji Mohd. Tamyes bin Abdul Wahid Dibentangkan dalam ‘Simposium Dakwah Daerah Klang’. 3 Februari 2007 ii - Dato’ Haji Abdul Majid bin Omar Dibentang dalam ‘Seminar Penerangan Ajaran Salah dan Isu Semasa’. 29 Januari 2008

2. Kertas Kerja bertajuk ‘Bahaya Ajaran Ahmadiah/ Qadiani dan Lain-lain Ajaran Sesat Di Selangor’ Nurhelmi bin Haji Ikhsan •

Institut Latihan Islam Malaysia Haji Zamihan bin Haji Mat Zin Kertas Kerja bertajuk ‘Ajaran sesat dan Bahayanya Terhadap Agama dan Negara’. Dibentangkan dalam ‘Seminar Pemantapan Aqidah dan Perpaduan Ummah Negeri Melaka 2008’. 3 April 2008

19 |

20 |

Related Documents