Ppim

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ppim as PDF for free.

More details

  • Words: 3,006
  • Pages: 20
PENGERTIAN LOGO Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarnahijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi (Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif) Di bawah logo ini tertulis perkataan :“PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi PemimpinPemimpin

PENGERTIAN WARNA Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau : Agama Taqwa sebagai TERAS Putih : Kesucian Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

Majlis Pentadbir Kebangsaan Pergerakan Puteri Islam Malaysia Sessi 2007-2009

Yang Dipertua Naib Yang Dipertua I Naib Yang Dipertua II Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Setiausaha Eksekutif Ahli Pentadbir

: Yg.Bhg. Datin Hjh. Badiah Abdul Manan : Yg.A.Bhg. Datin Seri Dato'Hjh. Shamsiah M. Yassin : Yg.Bhg. Datuk Hjh. Sharifah Mordiah Tuanku Hj.Fauzi : Cik Hajah. Hamidah Mohd Khalid : Yg.Bhg. Datin Teh Zawahir Abdul Malek : Cik Hajah Aizar Md. Jaman : Yg.Bhg. Prof. Dr. Azizan Baharuddin Yg.Bhg. Puan Sri Datin Che Asidah Minin Puan Hjh. Che Rahimah Bt Hussin Puan Hjh. Che Su Mahamud Y.M. Engku Tik Azizah Engku Malek Puan Hannah Hj Nawawi Puan Hjh. Latifah Mahluddin Puan Hjh. Norazila Musa Yg.Bhg. Datin Sabariah Shukur Puan Hjh. Zabedah Mohamed Puan Hjh. Zaimah Ahmad Puan Norashimah Ismail Y.Bhg. Datin Hjh. Che Hasnah Abdullah

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia Berusaha Mencari Pengetahuan Berbakti Membuat Kebajikan Belajar Mencapai Kemajuan Bersemangat Penuh Keimanan Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengahtengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera. Penggunaan - Setiap upacara rasmi - Tatacara Perjumpaan Kedudukan Bendera dalam Tatacara Perjumpaan

Ikrar puteri

BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA, BERIKRAR AKAN :

Taat kepada allah, rasul, pemerintah, guru dan ibubapa Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak Membangunkan diri dengan sempurna Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara

LATAR BELAKANG PPIM Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T

SEJARAH PPIM Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin. Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama. Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa. Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain

Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Papan Congkak Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Congkak

Cara Bermain

Papan

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. Galeri Congkak

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanakkanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan. Menentukan Giliran Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

Cara Bermain Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Buah Satu Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut. Buah Dua Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan. Buah Tiga Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak. Buah Empat Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan. Buah Lima Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja. Buah Enam Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai. Buah Tujuh

Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut. Menimbang Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati. Mati Permainan Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

Galah panjang Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

[sunting] Cara bermain

Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain. 1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter. 2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang. 3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjagaa gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang. 4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang. 5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya. 6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik. 7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.

[sunting] Syarat permainan 1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang. 2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

Kesan pencemaran industri kepada alam sekitar Pengenalan “Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.......”. Begitulah sebahagian terjemahan kata-kata Chief Seattle sebagai bahan rujukan oleh penceramah dan aktivis alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap penduduk dalam sesebuah negara supaya tidak merosakkan alam sekitar ini dengan sewenang-wenangnya dalam apa jua cara untuk mengelakkan kesan buruk kepada generasi yang akan datang.

Apa dia pencemaran? Apa2 perubahan langsung atau tidak lansung kepada sifat2 fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana2 bhgn alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan2 hingga menjejaskan apa2 kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yg berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidupan2 liar, hidupan akuatik atau tumbuhan2. Masalah pencemaran air, tanah dan udara sentiasa menghantui manusia tetapi ada antaranya yang hanya memejam sebelah mata. Antara punca penyebab pencemaran adalah daripada kegiatan perindustrian. Pencemaran yang dilakukan oleh aktiviti industri dapat dibahagikan kepada 3 jenis:a)

Pencemaran kepada udara

b)

Pencemaran kepada air

c)

Pencemaran kepada tanih

Pencemaran Air Pencemaran Tanih

Pencemaran Udara Cara Mengatasi

GAYA HIDU P SIHA T Sebaik-baik doktor adalah badan anda sendiri. Itulah sebenarnya pegangan yang saya cuba unjurkan di dalam satu cara hidup sihat yang sempurna. Jika kita menjaga baik akan badan kita, maka badan kita sendiri akan menjaga kesihatan kita. Mungkin kini, kita tidak lagi terbelenggu dengan sebab-sebab mortaliti zaman dahulu antaranya disebabkan oleh kekurangan nutrisi dan penyakit berjangkit. Penyakit zaman sekarang lebih kepada masalah ketidakseimbangan nutrisi dan penyakit-penyakit moden seperti kanser, penyakit jantung, stroke, masalah pencernaan dll. Yang paling ketara juga ialah masalah kegemukkan yang mengundang segala jenis penyakit. Bayangkan buat masa ini statistik menunjukkan 24% daripada rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan. Menyedari hakikat pertambahan peratusan penyakit-penyakit moden berlipat ganda di abad ini, ada baiknya kita memahami serba-sedikit antara punca-punca masalah kesihatan yang boleh timbul. Secara ringkas, antara faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang termasuklah: 1. 2. 3.

proses autointoksikasi oleh penyerapan semula bahan toksid dari usus yang sepatutnya dikeluarkan jika seseorang itu tidak menjaga kesihatan ususnya. proses oksidasi dan kesan radikal bebas yang boleh mengakibatkan sel-sel badan rosak dan mengakibatkan gejala kanser, penyakit kardiovaskular dan proses penuaan pra matang. tahap immum yang lemah yang mendedahkan badan kita terhadap pelbagai kuman yang mengakibatkan penyakit yang tidak sepatutnya.

4. 5. 6.

ketidaklancaran pengaliran darah oleh kesan kolestrol, sumbatan salur darah dan proses arthorossclerosis yang menyebabkan sel-sel badan tidak mendapat nutriens dan oksigen yang secukupnya. ketidakseimbangan nutriens disebabkan pemakanan moden yang dimakan sekarang ini terdiri dari bahan yang diproses dan mengandungi zat-zat yang berkurangan. penurunan paksi hormone seperti HGH yang secara semulajadi berlaku apabila usia semakin meningkat.

Kita sebenarnya mampu mengatasi masalah di atas dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, menjaga pemakanan, mengelakkan stress, berehat secukupnya dll tetapi peranan pengambilan makanan kesihatan juga tidak kurang pentingnya. Yang menentukan ialah setakat mana kita memahami konsep pencegahan adalah lebih baik dari rawatan. Bayangkan kita baru membeli kereta mewah berharga RM 400,000.00. Sudah tentu kita merasakan kereta itu amat berharga. Dan sudah tentu kita akan menhargainya dengan menjaga dengan sebaik yang mungkin. Setiap 5,000KM kita tidak akan lupa untuk melakukan servis. Tujuannya tidak lain untuk mengelakkannya dari rosak dan memeliharanya supaya memberikan prestasi yang maksima. Bagaimana pula jika saya tanyakan pada anda harga atau nilai kesihatan anda sendiri? Tidak akan ada yang dapat meletakkan harga malah sebulat suara menyatakan bahawa kesihatan kita sebenarnya tidak ternilai dengan wang ringgit. Ianya terlalu berharga. Tetapi soalnya, apakah kita menghargai kesihatan kita yang tidak ternilai itu. Apakah langkah-langkah yang kita lakukan untuk mencegah badan kita dari sakit atau supaya badan kita mampu memberi prestasi yang optima? Pernahkah kita menjalani pemeriksaan kesihatan berkala atau mengamalkan gaya hidup yang sihat, menjaga pemakanan, bersenam dan sebagainya? Fikirkanlah. Kerana manusia sebenarnya tidak akan merasakan pentingnya kesihatan itu selagi mereka tidak sakit. Bagaimana untuk melakukannya? Seperti yang saya katakana tadi faedah pemakanan kesihatan tidak boleh dianggap remeh di zaman moden ini kerana terlalu banyak pengaruh medonisasi yang menjejaskan tahap kesihatan kita. Di sini saya ingin mengesyorkan satu gaya hidup yang saya namakan GAYA HUDUP EMAS yang saya bahagikan kepada 4 peringkat iaitu: 1. 2. 3. 4.

pembersihan (Detox) dan pencegahan pemulihan dalaman mengekalkan dan regenerasi melengkap dan memangkin

Related Documents

Ppim
May 2020 11
Ppim
May 2020 19
Ppim[1]
June 2020 13
Haram Food Ppim
May 2020 8