9 Prinsip QCoP ‘Quality Cycle of Process’ Oleh Hamzah Mohamed
Merubah dan membina Budaya Sekolah Sihat dan Cemerlang
Menangani Perubahan? •Sekolah berkesan tidak akan berkesan jika tidak mengamalkan prinsip-prinsip kepemimpinan melalui teladan. •Sekolah berwatak tidak akan wujud jika jika pemimpin dan pengikut tidak ada ’personaliti’ dan ‘watak’, yang tidak ada ‘originality’ dan kreativiti dalam merancang, melaksana, menilai dan mengambil tindakan bagi mencapai visi dalam meletakkan keutamaan organisasi daripada diri sendiri.
Menangani Perubahan? • Kepemimpinan profesional mestilah berani menangani perubahan, membanteras segala macam kebejatan, menghapuskan budaya ‘negaholic’ yang telah merosak ‘morale’ serta meluntur semangat dan keyakinan dalam mencapai kecemerlangan dan martabat diri seluruh murid, guruguru serta sekolah.
Adakah bergantung kepada? N A AM
PER WA TAK
AN
L A G PEN
PENG ETAH UAN
KE
DU
DU
KELULUSA N
N A K
GE
RA
KH
AT I
Paksinya Prinsip • Tak dapat bezakan mana yang prinsip mana yang bukan prinsip. • Tidak dapat ubah cara kerja kerana masih belum faham-faham hala tuju organisasi dan situasi semasa. • Menyangka amalan sebelumnya sudah betul dan tepat tetapi sebenarnya tidak betul malah melanggar prinsip dan peraturan. • Akhirnya wujud budaya mediocrity yang merugikan diri dan misi organisasi.
Apa masalahnya? • Kajian terhadap Program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan (PKKP) Jabatan Pendidikan Pahang, Edisi Kedua (1999); Satu Penilaian dan Cadangan Pembaharuan menyebut faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada peningkatan dan dengan itu mestilah dibasmi dan dielakkan:
Tiada Visi dan Misi..? • Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota. • Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang. • Sikap tidak cakna.(Duli tak duli; buat de’) • Anggota yang masih tidak mahu berubah dari ‘Zon Selesa’. • Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau.
Nilai dan Kepercayaan... • Pemimpin organisasi tidak terlibat atau tidak ikut serta untuk membuat perubahan. • Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan. • Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan. • Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan oleh organisasi menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan memasuki kumpulan yang menolak perubahan.
Ubahlah Organisasi... Pemimpin berwibawa berkebolehan dan mampu memimpin, memandu, menentukan halatuju, menggembeling tenaga ke arah mewujudkan budaya organisasi berkesan. Ingatlah sebagai pemimpin sejati diri anda tidak penting; yang penting adalah orang-orang di bawah anda!
9 Prinsip QCoP
Berikut mungkin membantu
Prinsip 1: Do It Right First Time • Ertinya setiap kerja mesti bebas daripada buat salah dan silap kerana salah dan silap ‘boleh dielak dan dicegah’. Pada tahap yang lebih tinggi ertinya guru-guru mesti mengajar dengan betul dan murid-murid mesti belajar dengan betul dan sentiasa buat betul. Ringkasnya semua guru dan murid-murid mesti faham dan mesti jadikan prinsip utama mencapai kejayaan yang cemerlang.
Prinsip 2: Guru Mengajar Murid Belajar • Ertinya semua guru mesti faham dulu bahawa ‘kerja kita ialah mengajar’ bukan berborak, tidur, duduk di kantin, tak masuk kelas, keluar ke kedai, atau lainnya. Mengajar pula mesti penuh persediaan segi mental, fizikal dan spiritual, penuh semangat dan berwibawa. Prinsip paling utama ‘tidak ada kelas yang dibiarkan tanpa guru’. Kemudian murid pula mestilah belajar dengan betul, bersungguh-sungguh dan tidak main-main.
Prinsip 3: Mengongsi Visi Yang Sama • Ertinya semua guru mesti faham dan hayati halatuju sekolah untuk menjadi sekolah berkesan, sekolah berwatak dan sekolah model. Prinsip utamanya semua murid adalah ‘normal’ dan berpotensi mencapai prestasi cemerlang. Apa jua visi yang hendak direalisasikan bukan hak kepunyaan Guru Besar seorang tetapi menjadi hak kepunyaan semua guru, muridmurid, kakitangan serta ibubapa dan penjaga.
Prinsip 4: Apa Yang Disemai Itu Yang Dituai
• Ertinya apa jua yang guru-guru ajar (dan buat) itulah yang akan jadi hasilnya. Apatah lagi kalau guru-guru tidak mengajar dengan sepenuhnya. Prinsip utamanya apa jua yang guru buat (dan tak buat) akan tentukan prestasi atau pencapaian murid seterusnya. Ini kena ingat baik-baik.
Prinsip 5: Penambahbaikan Berterusan • Ertinya mencapai kualiti tidak ada had dan sempadan. Guru mesti sentiasa lakukan Kaizen (Continuous Improvement) dalam semua kerja terutama P&P. Prinsip utamanya mesti tidak mudah merasa berpuas hati dengan status kini tetapi sentiasa memikir dan mencari jalan bagi meningkatkan hasil kerja kurikulum, kokurikulum, pengurusan data dan maklumat, kebajikan dan keselamatan serta keceriaan fizikal dan persekitaran.
Prinsip 6: Mencegah Masalah Lebih Utama Daripada Menyelesai Masalah • Ertinya tidak cukup sekadar boleh ‘menyelesaikan masalah’ sahaja lebih-lebih lagi sudah tahu benda yang akan jadi masalah. Yang diutamakan ialah kebolehan ‘mencegah masalah’ supaya tindakan awal yang bersifat ‘preventive’ bukan ‘remedial’ dapat dibuat dengan berkesan. Prinsip utamanya amalkan pendekatan PDCA (Plan,Do,Check,Act) secara total dalam semua aktiviti organisasi.
Prinsip 7: Bukan Kepada Siapa Betul Tetapi Kepada Apa Yang Betul • Ertinya apa jua isu yang ditimbulkan dalam menangani perubahan adalah berdasarkan ‘perkaranya’ bukan kepada ‘siapa orangnya’. Prinsipnya ialah apa yang betul atau tidak betul bukan dasarkan dia itu Guru Besar atau Penolong Kanan atau Guru Penolong tetapi kepada apakah persoalannya, kesan atau implikasinya, terhadap proses penambahbaikan berterusan itu . Matlamat akhirnya semua orang buat perkara betul dan tidak dipertikaikan.
Prinsip 8: Permuafakatan dan Kesejawatanan • Ertinya tidak ada orang boleh buat kerja berseorangan.Prinsipnya semua guru mesti faham bahawa tanpa kerjasama dan permuafakatan banyak kerja terutama usaha meningkatkan prestasi murid dan sekolah tidak akan tercapai. Aspek permuafakatan dan kesejawatanan ini jelas dilihat apabila sikap dan semangat tolong-menolong, sanggup berkorban, ingat-mengingati,nasihat-menasihati wujud dengan penuh harmoni.
Prinsip 9: Guru Sebenar Guru; Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu • Ertinya seorang guru yang penuh iltizam, dedikasi, komited dan bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan muridmuridnya. Prinsipnya guru-guru mesti faham tugas ‘mengajar dan mendidik’ sebagai ibadah lagi mulia. Guru-guru begini tidak cepat menyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri terlebih dahulu di samping meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri.
Kuncinya: Terletak Kepada Diri Sendiri • Kunci kepada semua kejayaan menangani perubahan adalah terletak kepada diri anda sendiri. Ingatlah.... “The first rule of leadership, everything is your fault!”