Prinsip

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Prinsip as PDF for free.

More details

  • Words: 419
  • Pages: 4
PRINSIP-PRINSIP SENI Friday, October 5, 2007 PRINSIP-PRINSIP SENI

Tajuk lukisan : ‘Looking For Something’ Medium: Pensel Warna & Marker Saiz : A4 (210x297mm)

Imbangan adalah prinsip seni yang menjelaskan tentang berat. Keseimbagan ini dilakukan dengan memasukkan unsur-unsur seni seperti: Garisan Bentuk Warna.

Gabungan garisan-garisan mampu menghasilkan bentuk. Garisan bayangan telah membahagikan bangunan dan objek manusia secara simetri. Dua bentuk yang sama dapat dilihat pada kedua-dua bahagian. Penggunaan warna asas (kuning) dan digabungkan dengan warna lain adalah seragam serta menimbulkan aspek imbangan pada bahagian kanan dan kiri lukisan yang pada asasnya adalah sama. Kedudukan: Kedudukan merujuk kepada saiz ataupun skala dalam kepelbagaian elemen-elemen seni. •

Ia menunjukkan kesesuaian/logikal kedudukan elemen seni yang memfokuskan kepada perhubungan antara objek dan bahagian keseluruhan dalam sebuah karya.



Objek-objek pada lukisan jelas dibezakan dengan kepelbagaian bentuk, warna dan saiz.



Perbezaan ini menunjukkan lokasi kedudukan antara objek dalam lukisan.

Irama: Irama merujuk kepada susunan elemen-elemen seni yang boleh mempengaruhi mood atau perasaan. Terbahagi kepada beberapa bentuk :•

Ombak



Radial



Tegak



Mendatar



Letupan

Menurut salah seorang pelukis barat : “Visual rhythm makes you think of the rhythms you hear in music or dance” Bentuk irama yang dihasilkan adalah radial, tegak dan mendatar. •

Irama menegak diwakili oleh objek (manusia), pokok-pokok, tiang-tiang lampu dan bangunan itu sendiri.



Manakala irama mendatar pula digambarkan oleh alas atau satah lukisan yang mendatar dan tidak menunjukkan permukaan yang berbukit atau tidak sekata.

Penekanan : Penekanan merujuk kepada sesuatu yang menjadi tumpuan pada karya.



Penekanan juga merupakan objek dominan yang menjadi tarikan tumpuan atau yang difokuskan oleh pelukis.



Penekanan boleh dilihat dari segi

-Bentuk-geometri atau organik -Warna-asas atau sekunder -Saiz -Jalinan-nyata atau tidak nyata -Posisi Kesatuan: Kesatuan merujuk kepada pengumpulan sebahagian atau keseluruhan elemen-elemen seni dan prinsip-prinsip seni. Kesatuan adalah keseluruhan perasaan dalam setiap karya lukisan yang menunjukkan seni karya itu bersatu dan memenuhi antara satu sama lain. Pengulangan bentuk dan warna dalam sesuatu karya akan menghasilkan kesatuan pada karya tersebut. KESIMPULAN Gabungan dalam prinsip-prinsip seni seperti imbangan, kedudukan, irama, penekanan dan kesatuan dapat menghasilkan satu karya lukisan yang menarik dan mempunyai pelbagai perspektif oleh para pelukis dan pemerhati. Lukisan yang kami hasilkan ini, menggambarkan situasi pelukis yang kelihatan seolah-olah kehilangan dan tercari-cari sesuatu. Posted by teh0aisbawang 9:33 PM

0 comments: Post a Comment Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

takuya kimura lost View my complete profile

Blog Archive 2007 (4)

Modified by Blogcrowds

Related Documents

Prinsip
October 2019 44
Prinsip
November 2019 49
Prinsip
November 2019 47
Prinsip-prinsip Kebersihan
November 2019 36