Mesyuarat Guru Yang Berkesan?
Bulat air kerana pembetung; Bulat manusia kerana muafakat. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Apa senarionya kini? • Sudah lama tidak adakan mesyuarat? • Ada sekolah buat mesyuarat sekali sahaja setahun; ada yang dua kali (awal dan akhir tahun),ada yang buat tiga kali sahaja, malah ada yang buat ikut rasa dan selera Guru Besar sahaja. • Ada mesyuarat tetapi tidak ada minit, tidak ada agenda ‘perkara berbangkit’. • Buat mesyuarat tidak sesuai dengan masa atau mengambil masa yang sangat panjang (sampai ada ‘break’ untuk solat dan makan).
Ciri Mesyuarat Berkesan Hendaklah bersifat Profesional, berwibawa dan berkualiti dari segi: • Agendanya • Pengisiannya • Penyelesaian konfliknya • Membuat keputusan • Menepati masa
Strategi Mesyuarat Yang Efektif Merancang: Tentukan tujuan sesuatu mesyuarat Tuliskan objektif yang jadi target Tentukan agenda, susun ikut turutan yang logik sebelum mesyarat dimula Setkan had masa bagi sesuatu agenda Tentukan keseluruhan masa mesyuarat itu.
Strategi Mesyuarat…(samb.) Mengelola: Putuskan siapa patut hadir dan mengapa. Pilih seorang pencatat minit, penjaga masa dan seorang fasilitator. Jadualkan tarikh, masa dan tempat yang terbaik. Hantar memo kepada yang terlibat, sertakan persediaan awal yang perlu.
Strategi Mesyuarat…(samb.) Mengendali: Mulakan mesyuarat tepat pada masanya. Takrifkan masalah khusus untuk diselesaikan. Jana beberapa penyelesaian alternatif bagi setiap isu. Rujuk dan patuhi agenda bagi tentukan kumpulan tidak tersasar.
Strategi Mesyuarat…(samb.) Menutup: Agihkan tanggungjawab dan tentukan tempoh akhir sesuatu tugas spesifik. Bersetuju dengan tindakan yang akan diambil bagi pastikan setiap keputusan dilaksanakan dengan betul dan sempurna.
Strategi Mesyuarat…(samb.) Menilai: Kekesanan mesyuarat harus dibuat pada akhir sesuatu mesyuarat. Dapatkan maklumbalas. Nilai mesyuarat itu, bincang apa tingkah-laku membantu objektifnya dan apa yang perlu diperbaiki bagi mesyuarat akan datang.
‘Do’s and Don’ts’ bagi mesyuarat yang efektif 1. Buat mesyuarat kurang dari 2 jam. 2. Jangan tunggu ahli-ahli yang lambat; mulakan tepat pada masanya bagi menghargai mereka yang telah bersedia awal. 3. Jangan benarkan peserta “melalut” atau terkeluar dari tajuk-tajuk agenda.
Ingat
Bukan ini….anda menentukannya!