KAJIAN KEBERKESANAN PENGAJARAN GURU DARI PERSPEKTIF MURID Oleh Hamzah B.Mohamed
GARISPANDUAN PELAKSANAAN 1. Objektif Kajian: a. Murid boleh menilai guru b. Mengetahui ‘high expectations’ murid terhadap guru. c. Mengetahui imej dan status guru (guru sebenar guru). d. Mengubah ciri ‘negaholic’ dan unsur‐unsur ‘mediocrity’ dalam organisasi kepada ciri‐ciri guru yang berkesan. e. Menyedari implikasi “Apa yang disemai itulah yang dituai”. 2. Pelaksanaan: a. Mengambil masa kira‐kira 15 minit sahaja (tidak termasuk masa penerangan oleh guru pengendali) bagi satu‐satu kelas yang terlibat. b. Hanya murid‐murid Tahap Dua sahaja yang terlibat. c. Bahagian pertama memerlukan murid menandakan skala 1 (Terendah) hingga 10 (Tertinggi) bagi setiap orang guru/mata pelajaran yang diajar guru. d. Bahagian kedua, murid diminta member ulasan mengapa mereka memberikan markah tertinggi dan terendah di ruangan yang disediakan. e. Bahagian ketiga murid diminta memberikan pendapat mereka bagaimana yang dikatakan pengajaran guru yang berkesan (juga di sediakan ruangan khas). f. Borang dikumpul dan kemudian dianalisa; dan dapatan kajian dibentangkan dalam sesi perkembangan staf atau seumpamanya. (Lihat contoh Borang seperti Lampiran yang disertakan) 3. Catatan Tambahan: a. Kajian pengesanan pengajaran guru ini hendaklah dibuat sekurang‐kurangnya sebanyak dua kali bagi mendapatkan data dan maklumat yang boleh dijadikan asas bagi mengesan keberkesan P&P dan juga berlaku tidak perubahan tingkahlaku pengajaran guru ke arah yang lebih positif dan menggalakkan. b. Kajian seperti ini dapat membantu para Guru Besar/Pengetua dalam membuat penilaian prestasi tahunan setap orang guru dengan lebih tepat dan adil.