3. Penginapan, Pengangkutan, Senamrobik (jjing).docx

  • Uploaded by: Shu Yi
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 3. Penginapan, Pengangkutan, Senamrobik (jjing).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 840
  • Pages: 4
Laporan Ahli Jawatankuasa Penginapan dan Pengangkut , dan Senamrobik Oleh: Lim Jia Jing Sebagai memenuhi subjek PJM3113 Pendidikan Luar, kami dari unit Pendidikan Jasmani IPG Kampus Tun Hussien Onn dikehendaki mengikut Ujian Amali Pendidikan Luar. Seramai 15 guru pelatih dan 4 orang pensyarah terlibat dalam Pendidikan Luar ini yang diadakan di Pulau Tinggi, Mersing, Johor pada 10 Mac hingga 14 Mac 2019. Ujian amali Pendidikan Luar akan dijalankan di Pulau Tinggi. Ujian Amali Pendidikan Luar adalah bertujuan untuk memberi pengalaman baru kepada guru-guru pelatih iaitu melalui cara melaksanakan aktiviti yang lebih mencabar dalam persekitaran yang berbeza seperti di laut dan darat, Hal ini juga dapat memberi kesedaran terhadap keindahan alam semula jadi di dasar laut melalui aktiviti snorkelling, berkayak, berkhemah, mengenali flora dan fauna dan sebagainya. Selain itu, aktiviti ini dapat merealisasikan objektif Pendidikan Jasmani iaitu melahirkan guru pelatih yang serba boleh dan berketrampilan. Aktiviti yang dijalankan juga mampu membentuk individu yang berjiwa kental, bersemangat waja, saling bekerjasama antara satu sama lain dan sabar apabila menhadapi cabaran pada masa yang akan datang. Antara berikut adalah laporan perjalanan aktiviti yang berlangsung selama 5 hari 4 malam di Pulau Tinggi. Sebelum menjalani Ujian Amali Pendidikan Luar yang berlangsung selama 5 hari 4

malam,

persediaan

awal,

mesyuarat

dan

pembentukkan

jawatankuasa

dilaksanakan. Pensyarah-pensyarah telah memberi peluang kepada kami untuk merancang perjalanan Pendidikan Luar ini dari awal hingga akhirnya dari segi pengelolaan dan pengurusan. Mesyurat pertama telah diadakan untuk membentuk AJK Pelaksanakan dan guru pelatih Ooi Yong Yuen telah dilantik sebagai pengerusi Ujian Amali Pendidikan Luar. Kami semua mempunyai tugas masing-masing dalam jawatankuasa ini. Manakala, saya telah dilantik sebagai ajk penginapan dan pengangktan, dan ajk senamrobik. Mesyuarat kedua telah diadakan dengan berfokus kepada perbincangan tentang peralatan yang perlu disediakan dan dilengkapkan. Perbincangan tentang penginapan dan pengangkutan juga telah dilaksanakan pada mesyuarat kedua tersebut. Dalam mesyuarat kedua, kami menentukan tempat tinggal yang sesuai dan bas yang ingin digunakan bagi menjayakan Ujian Amali Pendidikan Luar ini. Setelah meneliti jumlah guru pelatih, saya telah menghubungi pihak pengurus Pulau Tinggi untuk menempah tempat penginapan manakala saya juga menghantar surat

pemohonan bas untuk memohon sebuah bas IPG. Kami mendapat khemah di dalam stor Pendidikan Luar kerana salah satu ujian amali Pendidikan Luar adalah berkhemah. Tiga guru pelatih akan tinggal satu khemah mengikut jantina. Oleh itu, enam khemah telah dikeluarkan daripada stor Pendidikan Luar. Kami memeriksa khemah tersebut bagi mengelakkan membawa khemah yang rosak. Manakala, selepas pemohonan bas diluluskan, saya telah menghubungi pemandu bas IPG iaitu Encik Mohd Amin untuk memastikan masa dan tempat menunggu bas. Pada 10 Mac, Bas tiba pada tepat masa iaitu pukul 7 pagi. Kami bekerjasama memindahkan barang-barang peribadi dan peralatan ke dalam bas. Pukul 7.30 pagi, bas bertolak pada tepat masa. Pada hari terakhir perkhemahan, saya menghubungi pemandu bas IPG. Mengikut tentatif program, kami dijangka akan menamatkan Ujian Amali Pendidikan Luar pada pukul 12.30 tengah hari. Bas tiba awal iaitu sebelum pukul 12.30 tengah hari dan kami memindahkan barang-barang ke dalam bas. Sebagai ajk senamrobik, saya telah mencari dan memilih lagu senamrobik yang sesuai selepas perbincangan dengan rakan sebaya dan pensyarah. Pensyarah juga ada memberi candangan dan bimbingan kepada saya pada pemilihan lagu. Hal ini juga dapat meningkat komunikasi saya dengan pensyarah, saya juga dapat mempelajari bagaimana memilih lagu yang sesuai untuk aktiviti senamrobik. Selepas pemilihan lagu, saya telah merancang dan melatih pergerakan asas serta gaya yang sesuai berserta iringan lagu tersebut. pada 10 Mac 2019, aktiviti senamrobik tidak dilaksanakan pada hari pertama kerana kami bertolak ke Pulau Tinggi pada jam 7.30 pagi. Aktiviti senamrobik pertama telah dilaksanakan pada jam 6.30 pagi hari kedua iaitu 11 Mac 2019. Semua guru pelatih memakai baju sukan yang lengkap dan tepat menghadiri aktiviti senamrobik. Tetapi, kekurangan peralatan telah mempengaruhi kelancaran aktiviti senamrobik tersebut. Hal ini disebabkan alatan ‘speaker’ tidak dibawa daripada IPG. Oleh itu, Lagu senamrobik daripada komputer tidak kuat menyebabkan kami tidak semangat semasa melakukan senaman pagi. Tetapi, hari ketiga iaitu 12 Mac 2019, aktiviti senamrobik telah dijalankan dengan lancar kerana “speaker” telah dipinjam daripada pihak pengurus Pulau Tinggi. Guru pelatih dan pensyarah juga melibatkan diri secara aktif dalam aktivit senamrobik dan mewujudkan suasana yang hamoni. Maka senamrobik seterusnya dijalankan dengan lancar. Melalui ujian amali Pendidikan Luar ini, saya dapat mempelajari pengelolaan dan pengurusan dari awal hingga akhirnya. Ini merupakan pengalaman menjadi ajk penginapan dan pengangkutan, dan senamrobik yang bermakna kepada saya yang akan digunakan pada masa kelak. Banyak perkara baru yang kami perolehi

sepanjang melaksanakan tugas sebagai AJK Ujian Amali Pendidikan Luar ini. Walaupun terdapat sedikit masalah yang timbul semasa Ujian Amali Pendidikan Luar ini., kami berusaha menjalankan tugas sebaik mungkin. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi tunjuk ajar kepada kami dan AJK dalam melaksanakan amanah yang diberikan sepanjang Ujian Amali Pendidikan Luar ini. Semoga Ujian Amali Pendidikan Luar kali ini memberi manfaat kepada kita semua dalam melaksanakan program-program yang lebih baik pada masa akan datang.

Gambar-Gambar Ujian Amali Pendidikan Luar .

Kami memindahkan barang-barang dan peralatan ke atas bas pukul 7 pagi pada 10 Mac 2019.

Tempat penginapan Ujian Amali Pendidikan Luar.

Aktiviti senamrobik pada 11 Mac 2019.

Aktiviti senamrobik pada 12 Mac 2019.

Related Documents


More Documents from "Nurul"