Peranan Pengangkutan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peranan Pengangkutan as PDF for free.

More details

  • Words: 996
  • Pages: 17
TAJUK : Perkembangan sosial khususnya dari segi pengangkutan telah mempercepatkan perkembangan AHLI KUMPULAN semangat kebangsaan di 1) WAN SAL LEH UDDI N W AN AB DULLAH (7063) Negara kita. 2) MOHD SAL AH UDD IN B IN SIDI analisis 3) CL ARIC E BIN Buat TI G OMPO ROT kenyataan ini. 4) CHEAH LEE KON

anda

(7055) terhadap (7034) (7181)

PENSYARAH : PUAN ROSY TALIN

PENDAHULUAN : -Perkembangan sosial telah lama berlaku di Tanah Melayu seiring dengan perkembangan politik dan ekonomi yang berlaku di seluruh dunia. -Perkembangan sosial meliputi pendidikan, infrasruktur, pengangkutan, institusi keluarga, masyarakat dan hubungan kaum. -Mulanya berkembang dengan baik tetapi berlaku konflik setelah Tanah Melayu dijajah. -Sistem pengangkutan merebaknya semangat

sebagai ejen nasionalisme di

EFINISI PENGANGKUTAN : -Kamus Dewan (2005), pengangkutan bermaksud pembawaan (barang-barang dan lain-lain) dari satu tempat ke tempat lain. -Wikipedia ,pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. *Pengangkutan merujuk kepada infrastruktur yang disediakan untuk memudahkan pergerakan manusia/

JENIS-J ENIS P ENGANGK UTAN. Pengangkutan terdiri daripada pengangkutan air, darat dan udara. Pe ng ang ku tan ai r. -Pada kurun ke-19, cara pengangkutan yang utama ialah jalan air. Sungai menjadi jalan utama menghubungkan kawasan perlombongan di pedalaman seperti Larut dan Ampang dengan pelabuhan di pinggir pantai -Jalan-jalan laut menjadi jalan perhubungan di kawasan pantai Tanah Melayu. Keadaan ini dibuktikan melalui wujudnya bandar-bandar besar sama ada di tepi sungai ataupun di pesisiran pantai.

a) Jalan raya. -Pengangkutan darat berkembang pada abad ke-19, jalan raya telah dibina menghubungkan kawasan perlombongan biji timah dan ladang getah. Pada tahun 1875, jalan raya di Larut sejauh tiga belas batu telah dibina. b) Jalan kereta api.   - Perkembangan kereta api di Tanah Melayu terbahagi kepada tiga tahap iaitu : 1. Dari tahun 1895 – 1896 menghubungkan kawasan-kawasan perlombongan bijih timah di pedalaman dengan pelabuhan-pelabuhan di pantai Barat

2-Tahap kedua, tahun 1897 sehingga 1909. Ia bermula dengan kerja-kerja pembinaan landasan menghubungkan Bahagian Utara dan Bahagian Selatan Semenanjung. 3-Tahap ketiga, tahun 1910 sehingga 1931 dengan kemudahan keretapi memberikan penekanan kepada sektor pertanian ladang (Amarjit Kaur, 1985).

Pos. - Sistem komunikasi yang pertama adalah sistem pos. Menurut buku Tadbiran Awam Negara ( 1980 ) Pejabat pos mula dibina di Negeri-negeri Selat

Telegraf. -Kerajaan British mula menggunakan perkhidmatan telegraf setelah luas tanah jajahannya Telefon. -Perkhidmatan telefon berkembangkan pada tahun 1885 menghubungkan antara Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura

Pe ng ang ku tan udar a. Pada tahun 1920-an, 8 buah lapangan terbang telah dibina di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, P.Pinang, Ipoh, Taiping, Butterworth dan Alor Setar

Seman gat Keb an gsaa n -Kamus Dewan (2005)= satu perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam, pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing. -Walter Theimer = satu sentimen kepuakan yang didasarkan atas ciri-ciri bangsa terutamanya bahasa dan kebudayaan -Karl Marx = wujud apabila sesuatu bangsa dijajah, maka di negara tersebut secara automatik akan lahir dua golongan yang bertentangan, iaitu satu golongan yang menjajah (menindas) dan satu lagi golongan yang terjajah (ditindas).

Signifikan jaringan pengangkutan kearah mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. 1. Peranan dan penghijrahan Alim Ulamak -Antara Islam dan Sekularisme ciptaan barat amat bertentangan. wujud penentangan idealisme. -Golongan ulamak berdakwah di pondok-pondok dan kampungkampung mereka, mereka juga menggunakan pengangkutan sungai, laut dan darat atau dengan menunggang kuda ke tempattempat lain untuk berdakwah dan seterusnya menyebarkan semangat nasionalisme

2. Ketidak-adilan ekonomi -Pembangunan dan pembinaan infrastruktur berlaku di bandarbandar sahaja, rakyat di luar bandar ketinggalan -Penjajah memerintah berorentasikan keuntungan ekonomi dan mengabaikan aspek lain. -Nazaruddin Hj Mohd Jali (2001) Dari segi ekonomi, banyak infrasruktur awam seperti jalan raya dan jalan keretapi telah dibina, bertujuan memudahkan penjajah mengangkut dan mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi.

3. Ketidak-adilan sosial. -Ng Lay Yuan (1995) dalam bukunya Ekspres Sejarah menyatakan bahawa kemunculan bandar-bandar baru disebabkan berkembangnya sistem pengangkutan jalan raya dan kereta api ( Seremban ) dan peranan Pelabuhan ( Port Swettenham ) - Orang Melayu melihat kemajuan hanya berlaku di bandar dan dinikmati penjajah dan imigran.

- Ketidak-adilan sosial membangkitkan penentangan dan pemberontakan.

4. Mempercepatkan penyebaran maklumat, idea-idea dan falsafah politik -Dengan adanya telegraf, telefon dan perkhidmatan pos perkembangan yang berlaku di luar negara dapat diketahui dengan cepat oleh pihak British dan penduduk Tanah Melayu. -Pemodenan di barat dan revolusi di Turki dapat di ketahui dan disebarkan dengan cepat. - Mempercepatkan kesedaran orang Melayu menentang penjajah

5. Berlakunya migrasi penduduk : -Perkembangan pembinaan jalanraya/keretapi mendorong migrasi orang-orang Cina dan India dari kawasan lombong bijih timah dan kawasan ladang ke penempatan baru. -Akibatnya wujudnya penempatan,pekan dan bandar baru dipinggir jalan yang dihuni imigran.

-Bertambah penentangan orang Melayu.

6. Membantu perkembangan pendidikan : - Sungguhpun bukan dasar Inggeris meminimakan perkembangan pendidikan di Tanah Melayu. Sekolah yang didirikan turut diikuti oleh sebahagian kecil orang-orang Melayu. - Perkembangan jaringan pengangkutan membantu pergerakkan dan penyebaran ilmu dari bandar ke kawasan luar bandar.

7. Peranan pelajar lepasan Timur Tengah : - Fahaman Tajdid /pembaharuan seperti pandangan Jamaluddin al-Afghani ‘ada tiga cara penjajah melemahkan masyarakat yang dijajah secara berpanjangan: merampas kekayaan harta, melemahkan kekuatan askar (pejuang tempatan) dan menghapuskan golongan bijak pandai dalam masyarakat’. -Perkembangan pengangkutan laut terutamanya memudahkan orang-orang Melayu belajar disamping menukarkan fahaman taksub kepada tajdid, menentang penjajah secara bijaksana.

8. Perkembangan media cetak : -Majalah Al-Imam diterbitkan sebulan sekali / setiap terbitan 5,000 naskah secara keras mengkritik dasar penjajah di Nusantara dan kelailaian pemimpin-pemimpin Islam tempatan. -Antara kata-katanya yang menyemarakkan nasionalisme ialah ‘menyifatkan penjajah seperti serigala yang sentiasa mengerumuni mangsa-mangsanya (kambing). Walaupun adakalanya bergaduh namun tujuannya sama iaitu membaham kambing2’ -Perkembangan pengangkutan terutama jalan raya dapat mengedarkan Al Iman ke 37 buah tempat termasuk ke Sumatera, Jawa, Sulawesi, Thailand dan Tanah Melayu.

KESIMPULAN : Semangat nasionalisme bergerak dan disebarkan seiring dengan berkembangnya sistem pengangkutan jalan raya, kereta api, kewujudan pelabuhan dan lapangan kapal terbang. Menurut Dr Abd Rahim Md Nor (UKM) ‘pengangkutan sebagai alat mempercepat Pembangunan’. Pembangunan meliputi mental dan fizikal. Justeru itu tidak dapat dinafikan lagi perkembangan pengangkutan antara penyumbang kepada kebangkitan semangat nasionalisme menentang penjajahan di Tanah Melayu

Related Documents