SNORKELING Oleh: Khoo Mei Fong Saya, Khoo Mei Fong selaku AJK bagi aktiviti snorkeling, saya telah menyediakan peralatan snorkeling sebanyak 24 set J Tube dan mask serta 3 pasang Flipper. Semua peralatan telah diperiksa sebelum dibawa. Akan tetapi, Kampung Tok Mok juga telah menyediakan sebanyak 20 set snorkeling untuk kami. Oleh itu, kami telah menggunakan set snorkeling yang disediakan oleh Kampung Tok Mok dan flipper yang dibawa. Kami telah dibawa ke pulau yang berhampiri untuk aktiviti snorkeling. Kami telah diberi taklimat snorkeling oleh pensyarah-pensyarah yang diiringi. Pensyarah menunjukkan kami cara memakai set snorkeling dengan cara yang betul dan cara-cara untuk mengeluarkan air laut dalam J Tube semasa snorkeling. Dengan aktiviti snorkeling, semua peserta dapat menghayati flora dan fauna yang terdapat dalam laut. Aktiviti snorkeling ini juga memberikan impak kepada semua supaya sentiasa menghargai dan memelihara alam sekitar.