3.0
INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN Sewaktu menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 4, saya telah
menggunakan beberapa instrumen supaya dapat membantu mengumpulkan datadata serta maklumat yang diperlukan bagi melengkapkan portfolio tugasan yang telah diberikan. Terdapat tiga instrument yang telah digunakan iaitu dari segi pemerhatian, senarai semak dan juga temu bual. 3.1
PEMERHATIAN Berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat, antara perkara yang saya dapat
ambil ialah murid dipupuk untuk mengamalkan amalan membaca. Daripada pemerhatian yang dilakukan, boleh dikatakan hampir kesemua kelas mempunyai perpusatakaan mini atau sudut bacaan yang kecil. Dengan wujudnya tempat seperti ini, sudah pasti dapat memupuk minat membaca dalam diri murid-murid. Selain dari itu juga, saya dapat nyatakan bahawa guru-guru di sini cuba untuk memupuk budaya membaca dalam diri murid dengan membawa mereka ke perpustakaan. Berdasarkan pemerhatian saya di perpustakaan SK Sultan Ismail 4 selama beberapa hari, bilangan kelas yang hadir adalah agak memuaskan.
Gambar 1: Murid sedang berbincang dan membaca di dalam Perpustakaan SK Sultan Ismail 4.
Gambar 2: Salah sebuah sudut bacaan di dalam Kelas 3 Amanah.
Gambar 3: Sudut Bacaan dalam Kelas 3 Gigih.
Gambar 4: Sudut Bacaan dalam Kelas 5 Amanah.
Gambar 5: Sudut Bacaan dalam Kelas 5 Amanah.
Selain itu, daripada pemerhatian saya juga mendapati guru-guru di Sk Sultan Ismail 4 mengaplikasikan penggunaan sistem Traffic Light di dalam pengajaran bilik darjah. Penggunaan sistem ini memudahkan guru-guru untu melihat dan mengenalpasti sama ada murid-murid faham atau tidak dengan input yang telah diberikan. Sekiranya murid-murid tidak faham, murid tersebut akan mengangkat kad berwarna merah sekiranya faham, mereka akan mengangkat kad berwarna hijau.
Gambar 6: Kad Traffic Light yang disediakan dalam kelas.
3.2
SENARAI SEMAK Dalam menyelesaikan tugasan portfolio ini, saya juga merujuk kepada senarai
semak yang telah diberikan. Senarai semak ini amat penting bagi saya untuk memastikan segala maklumat atau borang yang saya perlukan sudah mencukupi atau belum. Senarai semak portfolio PBS adalah seperti berikut:
SENARAI SEMAK PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Bil
1
Tajuk
Biodata
Item 1.1 Nama IPGK 1.2 Gambar 1.3 Nama Pelajar 1.4 No. Kad Pengenalan 1.5 Alamat dan No. Telefon 1.6 E-mel 1.7 Ambilan dan Pengkhususan 1.8 Tahun dan Semester Tahun_1_ Semester__2__ 1.9 Tarikh PBS 1.10 Nama Pensyarah
Tandaka n
2
3
4
5 6 7 8
3.3
Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 1-1) Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) Kolaboratif (Lampiran 1-3)
2.1 Pernyataan sebelum PBS 2.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 3.1 Pemerhatian 3.2 Senarai semak 3.3 Temu bual 3.4 Soal selidik 4.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 4.2 Perbincangan dengan mentor 4.3 Perbincangan dengan guru-guru lain 4.4 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 4.5 Interaksi dengan murid 5.1 Pemerhatian 5.2 Senarai semak 5.3 Temu bual 6.1 Aktiviti 6.2 Perbincangan/Interaksi
Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui Refleksi (Lampiran 1-4) Laporan Akhir Lampiran Pengakuan
TEMU BUAL Bagi menyelesaikan tugasan ini, saya juga telah menggunakan kaedah temu
bual bagi mendapatkan maklumat yang diingini. Saya telah menyoal beberapa kaki tangan sekolah supaya dapat maklumat yang lengkap. Temu bual ini juga penting untuk saya untuk membuat bahagian kolaboratif seperti yang diperlukan dalam fail portfolio PBS. Antara indidvidu yang telah ditemubual ialah: 1. Guru Penolong Kanan Pentadbiran,, En. Ambran Bin Ibrahim 2. Mentor, Pn. Alyssa Binti Amri 3. Guru Bahasa Inggeris, Pn. Arbakyah Binti Romli. 4. Ketua, Muhammad Hakimi Bin Roslan 5. Pengawal Keselamatan, Mohd Zamani Bin Yahaya
3.4
SOAL SELIDIK
Nama : Kelas : ARAHAN: Sila tanda ( ⁄ ) pada a. sekiranya bersetuju dan b sekiranya tidak bersetuju. 1. Adakah suasana di dalam kelas menyeronokkan? a. Ya b. Tidak 2. Adakah murid terlibat aktif di dalam kelas sewaktu guru mengajar? a. Ya b. Tidak 3. Adakah penggunaan komputer (TMK) digunakan dalam kelas? a. Ya b. Tidak 4. Adakah guru memberikan pengukuhan selepas kelas? a. Ya b. Tidak 5. Adakah murid dapat ingat perkara yang diajar oleh guru? a. Ya b. Tidak 6. Adakah murid seronok hadir ke sekolah? a. Ya b. Tidak 7. Adakah murid mengulangkaji pelajaran selepas tamat sekolah? a. Ya b. Tidak 8. Adakah murid menggunakan komputer untuk mencari maklumat di rumah? a. Ya b. Tidak.