Pengukuran Prestasi Organisasi : Visi Dan Misi

  • Uploaded by: Iskandar
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengukuran Prestasi Organisasi : Visi Dan Misi as PDF for free.

More details

  • Words: 880
  • Pages: 5
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA National University of Malaysia PENGUKURAN PRESTASI ORGANISASI (STQK 6154)

Sem 1, 2009/10 Tugasan 0 : Visi dan Misi pensyarah

Dr. Noreha Husain oleh

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri P 50078

ISKANDAR SYAHRIL IBRAHIM SUKRI

Kandungan Pengenalan........................................................................................................................................ 3 Visi NCSB ....................................................................................................................................... 3 Misi NCSB ...................................................................................................................................... 3 Visi .................................................................................................................................................... 3 Misi ................................................................................................................................................... 4 Hubungan Visi & Misi......................................................................................................................... 4 Pandangan Visi dan Misi NCSB ........................................................................................................... 4 Visi NCSB ....................................................................................................................................... 4 Misi NCSB ...................................................................................................................................... 5 Rujukan ............................................................................................................................................. 5

"Vision without action is a daydream. Action without vision is a nightmare." – Peribahasa Jepun

STQK 6154 | Pengurusan Strategi

Muka 2 daripada 5

ISKANDAR SYAHRIL IBRAHIM SUKRI

Tugasan : STQK 6154

Pengenalan Organisasi yang di pilih adalah NIOSH Certification Sdn Bhd (NCSB). NIOSH Certification Sdn. Bhd. (NCSB), sebuah syarikat di perbadankan di bawah akta syarikat 1965 merupakan milik penuh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH). NCSB menyediakan perkhidmatan pensijilan system pengurusan yang menepati piawaian dan garispanduan nasional dan antarabangsa.

Visi NCSB “To be the certification service of choice by the Industry, Organisations and Auditors regionally.”

Misi NCSB “To provide valued certification services to the Industries and Organisations by supporting auditors with innovative and cost competitive services.”

Visi “Lima puluh tahun dari sekarang, nama kami akan dikenal diseluruh dunia… dan akan bersaing dalam inovasi dan kualiti dengan pesaing dimanapun didunia.…. Saat itu, “Made in Japan” akan member maksud sesuatu yang bagus, bukan sesuatu yang pelik” (Sony, tahun 1950-an) Ayat di atas merupakan ungkapan visi daripada Sony sekitar tahun 50an. Sony pada waktu itu merupakan sebuah perusahan kecil yang baru bertapak di Jepun. Ungkapan “Made in Japan” merupakan sesuatu yang kurang bermakna, di mana jepun pada ketika itu sedang pulih dan masih trauma akibat daripada Perang dunia keDua dan letusan bom atom di Nagasaki dan Hiroshima. Visi ini bagaimanapun telah Berjaya di capai yang mana jenama Jepun merupakan sesuatu yang memberi maksud inovasi dan kualiti seawal tahun 90an. Visi memberi maksud kehendak atau keinginan keadaan yang ingin dicapai dimasa depan, sesuatu yang akan menjadi tujuan suatu organisasi dalam jangka panjang. Visi korporat merupakan sesuatu yang ringkas, mudah di fahami dan memberi inspirasi kepada organisasi terhadap apa yang hendak di capai pada masa hadapan. Warren Bennis, penulis berkaitan kepimpinan berkata: "To choose a direction, an executive must have developed a mental image of the possible and desirable future state of the organization. This image, which we call a vision, may be as vague as a dream or as precise as a goal or a mission statement."

STQK 6154 | Pengurusan Strategi

Muka 3 daripada 5

ISKANDAR SYAHRIL IBRAHIM SUKRI

Misi Misi digunakan untuk menzahirkan keadaan sekarang, siapakah kita, dimanakah kita sekarang (dari perspektif waktu), apa kekuatan kita, dan lain-lain. Secara umumnya misi menyatakan kenapa sesebuah organisasi wujud dan apa yang ia perlu lakukan bagi mencapai visi. Penyataan misi mestilah mempunyai ciri-ciri SMART, iaitu Spesifik, Mengukur (boleh di ukur), Abiliti dicapai, Releven dan Tempoh masa. Apa yang penting penyataan misi haruslah berkeupayaan menjaga dan meningkatkan nilai bagi pemegang kepentingan (stakeholder) seperti pemilik organisasi, kakitangan-kakitangan dan pelanggan yang mendapatkan produk/perkhidmatan.

Hubungan Visi & Misi Gambarajah di bawah menunjukan hubungan diantara Visi dan Misi. Penyataan misi yang sesuai dapat membantu organisasi mencapai visi yang di diharapkan. SEKARANG

MASA HADAPAN

Apa/Siapa kita? Dimana Kita kini?

Bagaimana ke sana?

Apa yang di tuju?

MISI

STRATEGI

VISI

Kesimpulannya, visi dan misi suatu organisasi/korporat bolehlah panjang ataupun pendek-pendek saja, yang penting maknanya boleh dipahami. Yang utama adalah visi dan misi itu benar-benar memberikan inspirasi kepada anggota organisasi untuk berusaha keras mencapai tujuan.

Pandangan Visi dan Misi NCSB Visi NCSB “To be the certification service of choice by the Industry, Organisations and Auditors regionally.” Visi yang telah ditetapkan merupakan satu penyataan harapan iaitu menjadi sebuah penyedia perkhidmatan pensijilan pilihan bagi industri, organisasi dan juruaudit serantau. Syarikat ini baru memulakan operasi iaitu sejak 2004 disamping mempunyai saingan-saingan yang mempunyai nama yang besar di peringkat tempatan dan antarabangsa. Antara pesaing-pesaingnya iailah SIRIM QAS intenational, Moody International, BSI, LRQA dsb. Oleh itu visi yang di tetapkan bagi mencapai yang terbaik di peringkat serantau adalah sesuai dan berpatutan.

STQK 6154 | Pengurusan Strategi

Muka 4 daripada 5

ISKANDAR SYAHRIL IBRAHIM SUKRI

Misi NCSB “To provide valued certification services to the Industries and Organisations by supporting auditors with innovative and cost competitive services.” Misi yang di tetapkan adalah menyediakan perkhidmatan pensijilan yang bernilai kepada industri dan organisasi dengan membantu juruaudit dengan perkhidmatan yang inovatif serta kos kompetatif. Penyataan misi ini bagaimanapun jika di nilai menggunakan konsep SMART memberi nilai seperti berikut: Spesifik

: nilai bisnes yang ditetapkan adalah tertentu iaitu operasi bisnes pensijilan.

Mengukur

:nilai pengukuran adalah kurang jelas atau kabur yang mana syarikat menetapkan perkhidmatan yang inovatif dan kos kompetatif.

Abiliti dicapai : pencapaian syarikat hanya ditetapkan kepada industry dan organisasi. Releven

: misi yang ditetapkan adalah bersesuaian dengan bisnes yang disediakan iaitu sebagai penyedia perkhidmatan pensijilan.

Tempoh masa : tiada sebarang tempoh masa yang diletak bagi syarikat mencapai misi yang di tetapkan. Penyataan misi syarikat adalah terlalu umum dan boleh di cadangkan penambahbaikan. Cadangan input yang boleh di tambah adalah input masa yang bersesuaian.

Rujukan • • • •

ESSENTIALS of Corporate Performance Measurement (ISBN 0-471-20375-0 - John Wiley & Sons, Inc) Crafting and Executing Strategy (Thompson, Jr. Arthur, and A.J Strickland III. McGrawhill 2001) en.wikipedia.org/wiki/Strategic_planning www.ncsb.com.my

STQK 6154 | Pengurusan Strategi

Muka 5 daripada 5

Related Documents


More Documents from "hadikomara purkoni"