3 Full Esei.docx

  • Uploaded by: Hara
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 3 Full Esei.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,778
  • Pages: 15
Pengenalan Berdasarkan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Program Pendidikan Inklusif (PPI) yang bermula pada tahun 1987 ialah suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas (MBK) bersamasama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014 dan Badri, n.d.). Akta Pendidikan 1996 telah mendefinisikan bahawa murid berkeperluan khas (MBK) ialah murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, samada ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai kecacatan dari aspek penglihatan, pendengaran, pertuturan, fizikal atau masalah pembelajaran (Attorney General's Chambers of Malaysia, Julai 2013). Program Pendidikan Inklusif (PPI) bertujuan untuk meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersamasama murid di sekolah aliran arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Sehubungan ini, Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Educations telah mendeklarasikan bahawa penubuhan sekolah yang berorientasikan inklusif merupakan pendekatan paling efektif untuk menentang sikap diskriminasi dan mencipta komuniti penyayang inklusif di mana pendidikan dicapai kepada semua (UNESCO, 1994). Konvensyen Hak Orang Dengan Ketidakupayaan juga menyatakan bahawa orang tidak upaya memiliki kesamarataan hak dan peluang untuk memperoleh semua tahap pendidikan serta pembelajaran sepanjang hidup (Wong, 2018). Oleh itu, Akta Orang Kurang Upaya 2008 yang termaktub dalam Akta 685 Seksyen 28(1) Undang-Undang Malaysia merupakan salah satu dasar yang menyokong pelaksanaan PPI di mana akta ini menekankan pengaksesan kepada kesamarataan pendidikan bagi kanak-kanak kurang upaya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

2.0 Murid Berkeperluan Khas (MBK) – Cerebral Palsy (CP) Cerebral Palsy (CP) merupakan salah satu masalah ketidapupayaan kanak-kanak yang berpunca daripada gangguan saraf akibat kecederaan otak yang tiada progresif. Ia juga dianggap sebagai kecacatan yang berlaku semasa pemgembangan otak kanak-kanak sebelum, semasa atau selepas lahir (Ismail, 2016). Kebolehan mengawal pergerakan otot yang terjejas akan mengawal postur, pergerakan dan mengimbangkan diri (Sattar, 2014).

PAKK 3132 PENDIDIKAN INKLUSIF

1

3.0 Kolaboratif Khidmat Sokongan Pelbagai Pihak Dalam Usaha Menjayakan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI)

3.1 Pengenalan kepada Malaysia Advocates for Cerebral Palsy (MyCP) Malaysian Advocates for Cerebral Palsy (MyCP) ditubuhkan sebagai medium untuk jalinan kerjasama dalam perkongsian info, mendidik dan memberi sokongan tanpa sempadan kepada ibu bapa yang mempunyai anak Cerebral Palsy (Science of Life Studies 247 Malaysia, 2017). Matlamatnya adalah untuk menubuhkan persatuan rasmi yang berkolaboratif antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan para ibu bapa anak-anak Cerebral Palsy (CP) dan pakar-pakar professional, guru-guru sekolah, guru pendidikan khas, serta sukarelawan-sukarelawan.

3.2 Disability Equality Training (DET) – MyCP dengan UKM, JKM [Perkhidmatan sokongan: Masyarakat + Personel] Pada 27 April 2013 yang lalu, MyCP telah berkolaboratif dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam menganjurkan Disability Equality Training (DET) kepada ahli-ahli mereka (Tan, 2013). Antara ahli-ahli mereka termasuklah ibu bapa kanak-kanak CP, sukarelawan seperti pakar perubatan dan doktors, ahli terapi, pensyarah-pensyarah, guru pendidiikan khas, pegawai kerajaan, penyelidik, guru-guru dari sekolah arus aliran perdana serta anggota-angota badan NGO lain (Science of Life Studies 247 Malaysia, 2017). DET ialah satu kaedah yang komprehensif untuk memberi peluang kepada masyarakat dalam memahami isu-isu berkaitan ketidakupayaan CP pada perspektif Model Sosial. Matlamat utamanya adalah untuk mengubah pandangan dan persepsi masyarakat terhadap isu ketidakupayaan di samping mengenal pasti punca kepada masalah ketidapupayaan. Kesannya, guru sekolah dapat mengadakan pelan dan tindakan dalam mengatasi masalah MBK dalam kelas serta mewujudkan persekitaran (infrastuktur dan peralatan) kondusif kepada MBK CP melalui latihan DET demi menjayakan pendidikan inklusif (Jurulatih Training of Trainer of DET (TOT) Malaysia dan Asia Pasifik, 2016).

3.3 Sesi Santai Bersama Fisio Dan Rehab – MyCP dengan Pakar Perubatan (Ahli Fisiologi, Doktor Pemulihan dari PPUM) [Perkhidmatan sokongan: Personel + Peralatan + Infrastuktur ] Selain itu, MyCP juga mengadakan Sesi Santai Bersama Fisio Dan Rehab di Rumah MYCP bersama pakar-pakar profesional iaitu pasukan fisiologi dan doktor rehabiliti (pemulihan) PAKK 3132 PENDIDIKAN INKLUSIF

2

dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 10 Mac 2018 yang lalu. Usaha menganjurkan aktiviti kolaboratif ini adalah untuk membantu MBK-MBK dalam Program Pendidikan Inklusif dari segi peralatan serta infrastuktur dengan melibatkan perkhidmatan sokongan daripada pihak personel profesional. Pihak-pihak terlibat telah berbincang mengenai rawatan dan terapi yang sesuai untuk MBK CP serta perkhidmatan pemeriksaan berkala kerusi roda kepada mereka. Dengan memiliki peralatan bantuan yang sempurna, dapatlah kanak-kanak belajar dengan berkesan di sekolah harian biasa di bawah Program PI (Malaysia Advocates for Cerebral Palsy (MyCP), 2018). Sesi perbincangan yang kerap antara pakar perubatan juga dapat mempercepatkan perkembangan kanak-kanak CP kerana kanak-kanak CP dapat menjalankan rawatan intervensi pemulihan carakerja yang lebih berkualiti berdasarkan tahap masalah mereka (Sattar, 2014).

3.4 Modul Pra-Akademik - MyCP dengan Guru Prasekolah dan Ahli Pakar Terapis [Perkhidmatan sokongan: Masyarakat + Personel + Peralatan + Infrastuktur ] Kerjasama MyCP dengan Kementerian Pendidikan melalui Pusat Informasi UniversitiKomuniti dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah menghasilkan sebuah Modul PraAkademik kepada MBK berpalsi serebrum. Modul ini bertujuan untuk membimbing para guru, ibu bapa dan ahli terapi dalam membantu menyediakan kanak-kanak cerebral palsy ke sekolah arus aliran perdana (Malaysia Advocates for Cerebral Palsy, n.d.). Langkah-langkah dan prosidur tersenarai mampu menggalakkan kanak-kanak cerebral palsy melakukan aktiviti walaupun dalam posisi duduk melalui kaedah MyCP-ALIF (Academy of Learning Through Innovation Foundation). Modul ini juga merangkumi set kerusi istimewa bersaiz kecil bagi menyesuaikan kanak-kanak CP dan buku panduan menggunakannya. Ia dihasilkan daripada kolaboratif antara UKM, Uniten dan ProRehab Sdn Berhad. Selain membantu dalam pendidikan inklusif di sekolah, MyCP juga mengadakan tuisyen hujung minggu bagi MBK berpalsi serebrum di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar bagi mengukuhkan kemahiran mereka dan memudahkan pembelajaran mereka di sekolah.

3.5 Penyerahan Kerusi Roda - MyCP dengan ALEPS, JKM [Perkhidmatan sokongan: Masyarakat + Peralatan] Dengan kerjasama dengan Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kelab Sukan dan Kebajikan Audit Sabah (KESKAS), MyCP juga menyumbangkan khidmat sokongan peralatan dengan membekalkan kerusi roda kepada MBK CP dalam suatu majlis penyerahan bagi membantu pergerakan mereka di sekolah. PAKK 3132 PENDIDIKAN INKLUSIF

3

Berdasarkan Utusan Borneo bertarikh 5 Mei 2015, seramai 19 orang penghidap Cerebral Palsy kanak-kanak telah menerima kerusi roda daripada MyCP dan ALEPS (Alumni Look East Policy Society). Dalam majlis penyerahan ini, JKM Malaysia turut menyalurkan bantuan kewangan kepada golongan MBK yang memenuhi kriteria.(Utusan Borneo Online, 2015)

3.6 Kolaboratif Lain-lain Satu Program Kem Saringan Kesihatan untuk MBK khasnya kanak-kanak Cerebral Palsy (CP) telah diadakan di Sekolah Kubang Batang Daerah Tumpat, Kelantan. Aktiviti ini dianjurkan bersama Bahagian Penyelidikan dan Inovasi Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, kluster penyelidikan CP (CPRC), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, Pejabat Kesihatan Negeri, Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) dan Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak kurang upaya kepada mendapatkan peluang saringan terperinci daripada pakar untuk rujukan dan perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang lebih berkesan (Zakaria, 2016).

4.0 Penutup Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, salah satu dasar kerajaan adalah untuk memberi kesamarataan pendidikan kepada semua pelajar Malaysia. Hal ini juga bermaksud, Polisi ‘Zero-Reject’ yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk memasukkan lebih banyak MBK dalam pendidikan inklusif bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang sosial inklusif dan lebih menerima ketidakupayaan golongan-golongan OKU dengan hati yang terbuka dan prihatin (Azmi, 2018). Bagi menjayakan program pendidikan inklusif, kolaboratif antara pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan mahupun NGO-NGO bukan kerajaan adalah amat penting dalam menyumbangkan khidmat sokongan berasakan kemampuan tenaga masing-masing (Omar, 2018).

PAKK 3132 PENDIDIKAN INKLUSIF

4

5.0 Rujukan Attorney General's Chambers of Malaysia. (Julai 2013). Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013. Warta Kerajaan Persekutuan, P.U. (A) 230. Azmi, S. N. (2018, Disember 20). Zero reject policy for all students. Didapatkan dari New Straits Times: https://www.nst.com.my/news/nation/2018/12/442345/zero-rejectpolicy-all-students Badri, Z. B. (n.d.). Kajian kes ke atas program pendidikan inklusif di sekolah aliran perdana. Jurnal Kajian Pendidikan, 1-14. Ismail, I. B. (2016, Jun 29). Perawatan fisioterapi untuk palsi serebral. Didapatkan dari MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia. Jurulatih Training of Trainer of DET (TOT) Malaysia dan Asia Pasifik. (2016). Disability Equality Training (DET). Didapatkan dari Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia: http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=L3FvZEdoRHBXeThFejB1Y3h YakdZQT09 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Garis panduan program pendidikan inklusif murid berkeperluan khas (edisi percubaan). Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kod amalan pendidikan murid berkeperluan khas. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016, Disember 19). Program pendidikan inklusif. Didapatkan dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: https://www.moe.gov.my/index.php/my/pendidikan-khas/program-pendidikan-inklusif Malaysia Advocates for Cerebral Palsy (MyCP). (2018, Mac 11). Sesi santai bersama team fisio & doktor rehab dari PPUM. Didapatkan dari Evensi.com: https://www.evensi.com/santai-bersama-fisio-amp-rehab-rumah-mycp/250066278 Malaysia Advocates for Cerebral Palsy. (n.d.). Pre-academic module for children with cerebral palsy. Didapatkan dari Ureka.my: http://ureka.my/wpcontent/uploads/3151_idea-mycp-alif.docx Omar, A. A. (2018). Pelaksanaan program pendidikan inklusif bagi murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran di Malaysia. Jurnal Kajian Tinjauan, 32-40. Sattar, Z. B. (2014, Januari 27). Pengendalian kanak-kanak cerebral palsy. Didapatkan dari Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia: http://www.myhealth.gov.my/pengendalian-kanak-kanak-cerebral-palsy/ Science of Life Studies 247 Malaysia. (2017). Malaysian Advocates for Cerebral Palsy (MyCP). Didapatkan dari NGO Hub. : https://www.ngohub.asia/organizations/malaysian-advocates-for-cerebral-palsy-mycp Tan, P. G. (2013, Mei 14). Disability equality training for Malaysian Advocates for Celebreal Palsy. Didapatkan dari Peter Tan-The Digital Awakening: http://www.petertan.com/blog/tag/malaysian-advocates-for-cerebral-palsy-mycp/

PAKK 3132 PENDIDIKAN INKLUSIF

5

UNESCO. (1994). The Salamanca Statement and Framework For Action on Special Needs Education. World Conference On Special Needs Education:Access and Quality, 1-47. Utusan Borneo Online. (2015, Mei 5). 19 penghidap cerebral palsy telah terima kerusi roda. Didapatkan dari Utusan Borneo Online: https://www.utusanborneo.com.my/2015/05/05/19-penghidap-cerebral-palsy-terimakerusi-roda Wong, S. (2018, Ogos 7). Konvenshen Hak Orang Kurang Upaya Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu. Didapatkan dari Laman Berita Pengguna Konsumer Kini: http://www.konsumerkini.net.my/v2/index.php/berita-terkini/hak-asasi-manusia/147konvensyen-hak-orang-kurang-upaya-pertubuhan-bangsa-bangsa-bersatu Zakaria, M. Z. (2016, Disember 3). Penghidap cerebral palsy perlu diberi perhatian lebih serius. Didapatkan dari Kampus Kesihatan: http://www.kk.usm.my/index.php/newsmedia/166-penghidap-cerebral-palsy-perlu-diberi-perhatian-lebih-serius

PAKK 3132 PENDIDIKAN INKLUSIF

6

6.0 Lampiran

Gambar 1 Konsep Program Pendidikan Inklusif Malaysia

Gambar 2 Peluang Pendidikan Murid Berkeperluan Khas

PAKK 3132 PENDIDIKAN INKLUSIF

7

Gambar 3 Polisi ‘Zero Reject’ KPM untuk MBK

Gambar 4 Kanak-kanak bermasalah Cerebral Palsy

PAKK 3132 PENDIDIKAN INKLUSIF

8

Gambar 5 Jenis-jenis Cerebral Palsy

PAKK 3132 PENDIDIKAN INKLUSIF

9

Gambar 6

Logo-logo NGO – Malaysia Advocates for Cerebral Palsy (MyCP)

Gambar 7 Cerebral Palsy

PAKK 3132 PENDIDIKAN INKLUSIF

10

Aktiviti-aktiviti Anjuran Kolaboratif MyCP dalam menjayakan pelaksanaan PPI

Fun Day with CP

Disability Equality Training (DET)

Majlis Penyerahan Kerusi Roda Kepada MBK (Cerebral Palsy)

PAKK 3132 PENDIDIKAN INKLUSIF

11

Alat-alat Bantuan kepada Murid Berkeperluan Khas (Cerebral Palsy)

Walker

Walk O Long

Upsee (teknologi baru untuk kanak-kanak gangguan neuromuskular)

PAKK 3132 PENDIDIKAN INKLUSIF

12

Sepeda (Basikal khas untuk kanak-kanak Cerebral Palsy)

Alat-alat mobiliti lain yang biasa digunakan oleh penghidap Cerebral Palsy

PAKK 3132 PENDIDIKAN INKLUSIF

13

Latihan atau Rawatan Terapi Untuk Murid Berkeperluan Khas (Cerebral Palsy)

Terapi Sensori

PAKK 3132 PENDIDIKAN INKLUSIF

Terapi Wicara

14

Pertubuhan dan Sokongan Lain untuk Kanak-kanak Cerebral Palsy

PAKK 3132 PENDIDIKAN INKLUSIF

15

Related Documents

Full Informatiu 3
December 2019 9
Week 3 Full
July 2020 7
Full Text 3
June 2020 4
Grade 3 Full
May 2020 7
3 Full Esei.docx
June 2020 5
Full Chapter(3).pdf
April 2020 5

More Documents from "Hania Fathima"