4. Full.docx

  • Uploaded by: Hara
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 4. Full.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,046
  • Pages: 20
Pengenalan National Council for the Social Studies (NCSS) mendefinisikan Pengajian Sosial sebagai integrasi pembelajaran yang meliputi kemanusiaan dan juga sains sosial bertujuan menggalakkan kesedaran sivik (Seefeldt, 1997). Namun, bidang pengajian sosial pada masa dahulu amat luas kepada seseorang kanak-kanak yang terlalu muda untuk memahaminya. Lantaran itu, perubahan telah dilaksanakan kepada kurikulum pengajian sosial kini di mana ia dapat dikait rapat dengan prinsip amalan bersesuaian perkembangan kanak-kanak (ABP) dan dapat diterapkan dalam kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Terdapat 10 pendekatan elemen tematik yang dikemukakan oleh NCSS yang berpegang teguh kepada lima prinsip utama agar pembelajaran pengajian sosial ini dapat dijalankan secara berkesan kepada kanak-kanak (Charles B. Myers, 2002). Antara lima prinsip utama itu ialah bermakna, bersepadu, berasaskan nilai, mencabar dan pembelajaran yang aktif. Dengan pendekatan elemen-elemen tematik ini, kanak-kanak dipercayai dapat dipenuhi keperluan dan kehendaknya dalam proses menyediakan diri menjadi insan, masyarakat dan rakyat kepada sesebuah negara (Umar, 2009). Sebagai seorang bakal guru dalam pendidikan awal kanak-kanak, adalah penting untuk saya mengkaji dan memahami 10 tema NCSS ini serta perkaitannya dengan kurikukulum pendidikan awal kanak-kanak dan prinsip amalan bersesuaian perkembangan kanak-kanak (ABP).

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1

Tugasan (i) Pilih tiga tema NCSS. Kemukakan satu aktiviti yang boleh dilaksanakan berdasarkan tema tersebut dan perkaitannya dengan prinsip amalan bersesuaian perkembangan kanak-kanak.

Berdasarkan soalan Tugasan 1(i), saya telah memilih tiga tema daripada kesemua 10 tema NCSS yang dipelajari untuk dikaji perkaitannya dengan prinsip amalan ABP serta aktiviti yang boleh dijalankan bagi tema-tema yang saya pilih. Antara tema yang saya pilih ialah : 1. Kuasa, Pihak Berkuasa dan Penjaga 2. Pengeluaran, Pengedaran dan Penggunaan 3. Budaya dan Kepelbagaian Budaya

Aktiviti yang saya kemukan untuk ketiga-tiga tema di atas ialah : ‘Pesta Makanan’.

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

2

Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan setiap kaum mempunyai makanan tradisi masing-masing. Sebagai contoh, ketupat adalah makanan tradisional bagi kaum Melayu, Nasi Ayam ialah Makanan Orang Cina, Tosai adalah makanan kepada Kaum India dan lain-lain (Sam, 2016). Oleh itu, aktiviti yang saya kemuakan untuk mengaitkan dengan tema NCSS dan prinsip-prinsip amalan bersesuaian perkembangan kanak-kanak (ABP) ialah aktiviti ‘Pesta Makanan’. Hal ini disebabkan selain dapat menerapkan tema NCSS dan selaras dengan prinsip ABP, pesta makanan juga banyak memanfaatkan kanakkanak. Antaranya termasuklah kanak-kanak dapat didedahkan pelbagai budaya kaum di Malaysia dan seterusnya memupuk perpaduan kaum dalam kalangan mereka yang berbeza bangsa (Logen, 2016). Hal ini selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Dr. Siti Zaharah, selaku Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, bahawa perpaduan rakyat dapat ditingkatkan melalui makanan pelbagai kaum (Kumpulan Utusan , 2003). Dalam aktiviti Hari Pesta Makanan ini, beberapa aktiviti kecil-kecilan dapat diadakan untuk mengukuhkan ilmu pengetahuan dan pengalaman kanak-kanak bersepadu dengan prinsip ABP dan tema-tema NCSS, iaitu Kuasa Pihak Berkuasa, dan Penjaga, Pengeluaran, Pengedaran dan Penggunaan serta Budaya dan Kepelbagaian Budaya. Dengan ini, saya akan menghuraikan bagaimana aktiviti pesta makanan dapat dikaitkan dengan ketiga-tiga tema tersebut secara terperinci di bawah.

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

3

Tema NCSS

Prinsip Amalan Bersesuaian Perkembangan Kanak-kanak (ABP)

Huraian 1. Pihak komuniti terlibat :

1. Penglibatan komuniti penting dalam perkembangan Kuasa, Pihak Berkuasa dan Penjaga

pembelajaran kanak-kanak. 2. Perkembangan domain

- Chef / Tukang masak / Ibu bapa - Jabatan Kesihatan Negeri (pemantauan) - Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal

kognitif, afektif dan psikomotor

dan Pembersihan Awam / Majlis

saling berkaitan dan

Daerah (Pembersihan / Ceramah)

mempengaruhi antara satu

2. Perkembangan KAF Kanak-kanak:

sama lain.

- Main Peranan Sebagai Tukang Bersih / Tukang masak

Pengeluaran, Pengedaran dan Penggunaan

Budaya dan Kepelbagaian Budaya

1. Kanak-kanak adalah pelajar aktif. 2. Proses perkembangan

Aktiviti Cuba Jual Sendiri di GeraiGerai Makanan

meningkat melalui aktiviti yang mencabar. 1. Perkembangan adalah berterusan. 2. Kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran.

Pelbagai makanan tradisional kaumkaum (Meneroka, mencuba dan mengalami dalam pesta makanan)

Tema : Kuasa, Pihak Berkuasa dan Penjaga Salah satu tema NCSS ialah Kuasa, Pihak Berkuasa dan Penjaga. Tema ini merupakan salah satu pengajian sosial yang mengkaji tentang kaedah manusia berinteraksi dan perubahan struktur kuasa dan pemerintahan (National Council for the Social Studies (NCSS), n.d.). Aktiviti yang boleh dijalankan semasa Hari Pesta Makanan ialah main peranan Menurut Joyce et.al. (2008), kaedah main peranan adalah model pengajaran yang memiliki dimensi indiividu dan sosial dalam pendidikan. Kaedah main peranan membolehkan kanakkanak meneroka hubungan antara manusia dengan melakonkan situasi masalah dan berbincang mengenai lakonan tersebut (Nachiappan, 2015). Dengan ini, aktiviti main peranan yang saya kemukakan ialah aktiviti main peranan sebagai tukang pembersih dan tukang masak di gerai-gerai Pesta Makanan. Dengan ini, pihak sekolah atau guru serta pendidik boleh menjemput insitut-institut awam atau pihak-pihak berkuasa komuniti setempat untuk membantu dalam aktiviti Pesta Makanan ini. Pihak-pihak berkuasa seperti chef atau PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

4

tukang masak, ibu bapa yang pandai memasak dan lain-lain untuk membuka gerai dalam Pesta Makanan. Sesuatu gerai khas boleh disediakan untuk kanak-kanak memainkan peranan sebagai tukang masak untuk memahami kerja seseorang chef. Selain itu, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam atau SWCorp boleh dijemput untuk membantu dalam pembersihan Pesta Makanan ini (SWCorp Malaysia, 2018). Sebuah tempat khas boleh disediakan untuk jabatan ini mendirikan khemah dan kanak-kanak perlulah bermain peranan sebagai tukang pembersih seketika selepas Pesta Makanan berakhir. Sesuatu ceramah ringkas juga boleh diberikan kepada kanak-kanak. Dengan ini, kanak-kanak akan memperoleh pengalaman yang bermakna di samping mengetahui betapa pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan aktiviti Pesta Makanan ini, pihak-pihak berkuasa atau institut-institut awam di komuniti dapat dilibatkan secara langsung dalam pembelajaran kanak-kanak, misalnya SWCorp, Jabatan Kesihatan Negeri , Chef-chef, ibu bapa dan lain-lain. Dalam hal ini, Jabatan Kesihatan Negeri boleh menjalankan tugas sebagai pemantau kepada pemilik-prmilik gerai atau chef-chef agar menyediakan makanan yang menepati kehendak kanak-kanak meskipun makanan itu adalah beraneka jenis. Kaedah atau pendekatan ini juga selaras dengan prinsip amalan bersesuaian perkembangan kanak-kanak yang menyatakan bahawa ‘Penglibatan komuniti penting dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak’. Selain itu, kanakkanak juga memperoleh manfaat dengan merangsang pemikiran bercapah dan kreatif dalam diri kanak-kanak selain menambahkan ilmu dan pengalaman untuk merasai dan menerokai pelbagai pekerjaan (Howard-Jones, 2002). Dengan pengalaman aktiviti yang seronok ini, prinsip amalan bersesuaian perkembangan kanak-kanak (ABP) iaitu ‘ perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain’ dapat direalisasikan.

Tema : Pengeluaran, Pengedaran dan Penggunaan Dalam tema Pengeluaran, Pengedaran dan Penggunaan, kanak-kanak akan mempelajari bagaimana seseorang menguruskan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan dan perkhidmatan, iaitu ekonomi (National Council for the Social Studies, n.d.). Dalam hal ini, jangkaan pembelajaran bagi kanak-kanak di bawah tema pengajian sosial ini adalah untuk membezakan antara keperluan dan kehendak, mengenal pasti contoh-contoh barangan dan perkhidmatan awam dan peribadi serta menjelaskan dan menunjukkan peranan wang dalam kehidupan seharian (McGraw Hill School, 2009). Lantaran itu, aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menepati tema NCSS ‘Pengeluaran, Pengedaran dan Penggunaan’ yang selaras dengan prinsip amalan bersesuaian PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

5

perkembangan (ABP) kanak-kanak ‘kanak-kanak adalah pelajar aktif’ dan ‘proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar’ ialah aktiviti cuba jual sendiri di gerai makanan . Dalam aktiviti ini, guru boleh memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menjadi penjual makanan. Dengan bimbingan guru, kanak-kanak boleh cuba untuk menjual makanan kepada pelanggan-pelanggan yang datang, contohnya guru-guru lain di sekolah, ibu bapaibu bapa, ahli-ahli PIBG dan sebagainya. Aktiviti ini dapat menerapkan tema NCSS, Pengeluaran, Pengedaran dan Penggunaan kepada kanak-kanak kerana mereka dapat sendiri memerhati bahawa bagaimana sesuatu makanan diproses dan dikeluarkan (dimasak di gerai makanan), diedarkan kepada masyarakat (kanak-kanak membantu menjual) dan digunakan oleh masyarakat (pelanggan makan makanan yang dibeli). Selain itu, menerusi aktiviti cuba jual sendiri ini, kanak-kanak juga boleh diperkenalkan dan dikukuhkan pengetahuan sedia ada mereka mengenai mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas. Hal ini juga sepadan dengan tema NCSS yang dinyatakan. Di samping itu, aktiviti cuab jual sendiri ini juga boleh dijadikan sebagai satu persekitaran pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di mana ditekankan dalam sistem pendidikan abad ke-21 kerana ia berunsurkan strategi penyelesaian masalah dan membuat keputusan (Mohd Roslan Abd. Razak dan Hjh. Norain Mohd Nor, 2017). Selain itu, ia juga dapat melatih kanak-kanak supaya lebih berdikari.

Tema : Budaya dan Kepelbagaian Budaya Dalam pengajian sosial kanak-kanak, tidak kurang juga pengalaman pembelajaran yang berasaskan kepada faktor kebudayaan (Aiyas, 2011). Negara kita terdapat pelbagai kaum dan setiap kaum memiliki budaya dan adat resam masing-masing. Setiap individu perlulah belajar, memodifikasi dan menyesuaikan diri dengan budaya masing-masing serta menerima adat budaya di sekelilingnya, termasuklah kanak-kanak. Dalam Pesta Makanan ini, akan dijual pelbagai jenis makanan tradisional setiap kaum. Contohnya, Ondeh-ondeh (Kaum Melayu), Tang Yuan (Orang Cina) dan Roti Canai (India). Kanak-kanak dapat didedahkan kepada pelbagai budaya kaum di Malaysia di mana selaras dengan tema NCSS ‘Budaya dan Kepelbagaian Budaya”. Di samping itu, dengan sendiri menerokai dan merasai makanan-makanan ini, ilmu pengetahuan kanak-kanak yang hanya melihat gambar daripada buku sahaja dapat dikukuhkan. Dengan ini, pembelajaran kanakkanak dalam Pesta Makanan ini akan lebih berkesan dan perkembangan mereka dapat dimaksimumkan kerana perkembangan adalah berterusan, di mana kanak-kanak menimba

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

6

ilmu daripada pengalaman awal dan pengetahuan sedia ada mereka (ABP amalan bersesuaian dengan an kanak, 2014). Seperti yang dinyatakan atas, kanak-kanak boleh sendiri mencuba menghasilkan makanan di gerai. Aktiviti ini juga selaras dengan elemen 3E yang ditekankan dalam pendidikan awal kanak-kanak, iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami di (Ebaq, 2018). Aktiviti-aktiviti sebegini juga dapat dikaitkan dengan prinsip amalam ABP iaitu kanakkanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran (Mehat, 2011).

Keseluruhan Pendek kata, Aktiviti Pesta Makanan ini memang dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menambah dan mengukuhkan pengetahuan sedia ada mereka tentang kepelbagaian budaya bangsa Malaysia di samping menarik minat mereka untuk belajar dan meneroka serta merangsang perkembangan mereka dari semua aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Arif, n.d.). Walau bagaimanapun, guru perlulah mempunyai kemahiran kepimpinan yang baik dalam mengendalikan Aktiviti Pesta Makanan ini agar aktiviti ini dapat dijalankan lancar dan membawa makna kepada kanak-kanak. Dalam hal ini, guru haruslah membahagikan kanak-kanak kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing, iaitu main peranan sebagai tukang masak, tukang pembersih, dan aktiviti cuba jual sendiri. Demi kelancaran Pesta Makanan, guru juga boleh menjemput ibu bapa untuk membantu mengawal keadaan Pesta. Dengan mengaitkan tema-tema NCSS dan prinsip-prinsip amalan ABP, kanak-kanak juga dapat memupuk hubungan baik dengan rakan-rakan daripada aktiviti-aktiviti kumpulan yang dilakukan semasa Hari Pesta. Kanak-kanak juga memahami bahawa mereka adalah salah satu anggota dalam masyarakat ini.

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

7

Tugasan (ii) Menghuraikan tiga tema yang dikemukakan oleh NCSS dan aspek perkaitannya dengan salah satu kurikulum pendidikan awal kanak-kanak yang berikut: 

PERMATA, atau



KSPK Semakan 2017, atau



KSSR

Berdasarkan soalan Tugasan 1(ii), tiga tema yang saya pilih untuk mengkaji perkaitannya dengan kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak ialah : 1. Hubungan Global 2. Individu, Kumpulan dan Institusi 3. Sains, Teknologi dan Masyarakat

Berikut merupakan huraian saya dalam bentuk jadual dan esei.

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

8

Elemen-elemen Tematik (Tema NCSS) Hubungan Global

Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)

Aspek Perkaitan

Tunjang

Kurikulum dan

Kemanusiaan

Pentaksiran

Tujuan Tema:

Perkaitan Tema NCSS lain:

Mempelajari berkaitan hubungan

- Budaya dan Kepelbagaian

global dan kesalingbergantungan.

Kurikulum

Standard Kandungan:

Standard

- KM 6.0 Saya dan Dunia

Kebangsaan (DSKP KSPK)

Contoh / Perkaitan Lain

Kurikulum PAKK)

Dokumen Standard

Prasekolah

Huraian

(Tema NCSS &

- Orang, Tempat dan Jangkaan Pembelajaran: Kanak-kanak dapat meneroka sebab musabab, akibat dan

- KM 6.1 Mengetahui negara lain di dunia

kemungkinan penyelesaian kepada isu-isu global yang berterusan, semasa dan timbul seperti

Standard Pembelajaran : - KM 6.1.1 Menyebut nama negara lain - KM 6.1.2 Mengenali negara lain

Budaya

pencemaran dan spesis terancam.

Persekitaran - Pengeluaran,Pengedaran dan Penggunaan - Sains, Teknologi dan Masyarakat - Amalan sivik yang Sempurna

Contoh aktiviti :

Standard lain:

1. Melekatkan nama negara yang

- KM 5.0 Saya dan Alam Sekitar

sepadan dengan kedudukan di atas globe 2. Aktiviti pengasingan barangan 3. Menonton video klip / Bercerita

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

- KE 1.0 Muzik - KE 2.0 Drama

9

Tema NCSS ‘Hubungan Global’ bertujuan untuk kanak-kanak mempelajari berkaitan hubungan global dan kesalingbergantungan (McGraw Hill School, 2009). Dengan tema ini serta standard kandungan dalam Tunjang Kemanusiaan, kanak-kanak dapat meneroka sebab musabab, akibat dan kemungkinan penyelesaian kepada isu-isu global yang berterusan, semasa dan timbul seperti pencemaran dan spesis terancam (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), April 2016). Dengan aktiviti seperti melekatkan nama negara yang sepadan dengan kedudukan di atas globe, kanak-kanak dapat mengetahui nama dan kedudukan negara dunia. Selain itu, aktiviti pengasingan barangan membolehkan kanak-kanak boleh mengklasifikasikan barang buatan Malaysia dan barangan import dari luar negara. Di samping itu, daripada menonton video klip yang berkaitan atau penceritaan guru, kanak-kanak juga boleh memahami, menganalisis dan menghubung kait contoh kerjasama dan kesalingbergantungan sesama individu, kumpulan dan negara (contohnya penggunaan minyak, perlindungan persekitaran). Aktviti seperti ini juga dapat dikaitkan bersama dengan tema NCSS seperti ‘Pengeluaran, Pengedaran dan Penggunaan’, ‘Sains, Teknologi dan Masyarakat’ serta ‘Amalan Sivik Yang Sempurna’. Daripada aktiviti-aktiviti berkaedah penaakulan ini, kanakkanak dapat dilatih untuk kebolehan menjana idea baru daripada informasi yang sedia ada dan mengembangkan hubungan antara andaian-andaian mengikut prinsip yang sistematik (Rosser, 1994). Selain itu, tema ini juga dapat dikaitkan dengan Tunjang Kreativiti dan Estetika. Hal ini dikatakan sedemikian kerana lagu-lagu atau muzik yang sentiasa diperdengarkan dalam radio atau drama-drama serta karton-karton yang ditonton oleh kanak-kanak daripada televisyen juga merupakan salah satu unsur hubungan global yang dapat diterapkan kepada mereka. Dengan mengaitkan dengan contoh yang lebih mendekati kanak-kanak dalam kehidupan seharian, kanak-kanak dapat lebih memahami tentang hubungan global di seluruh dunia, maka terjadilan pembelajaran yang bermakna (Rahmah, 2013). Misalnya, lagu ‘Old MacDonald Had A Farms’ dari negara Barat, lagu ‘Didi and Friends’ dari negara kita, filem ‘Froezen’ daripada Disney serta ‘Upin-Ipin’ daripada Malaysia. Daripada tema ‘Hubungan Global’, kanak-kanak juga turut belajar mengenai cara hidup berbeza di negara yang berbeza serta perbezaan antara budaya barat dan budaya timur. Hal ini dapat dihubungkaitkan dengan tema NCSS iaitu ‘Budaya dan Kepelbagaian Budaya’ serta ‘Orang, Tempat dan Persekitaran’.

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

10

Elemen-elemen Tematik (Tema NCSS)

Kurikulum Pendidikan Awal

Aspek Perkaitan

Kanak-Kanak

(Tema NCSS & Kurikulum PAKK)

Huraian

Contoh / Perkaitan Lain

(PAKK)

Individu,

Kurikulum

Bidang Pembelajaran :

Tujuan Tema:

Tema NCSS lain:

Kumpulan dan

PERMATA

Perkembangan Sahsiah,

Mempromosikan

- Amalan sivik yang

Institusi

Negara

Sosioemosi dan Kerohanian

kesinambungan sosial.

(KPN)

- Perkembangan individu dan Hasil Pembelajaran: - Boleh bekerjasama dalam permainan dan gembira apabila berkongsi barang mainan dan bersedia menawarkan pertolongan

DSKP KSPK

sempurna

Tunjang Keterampilan Diri

Jangkaan Pembelajaran: Kanak-kanak perlulah mengenal pasti peranan

Prinsip ABP Lain:

dalam situasi tertentu

- Konsep main penting pada

seperti sebagai seorang

perkembangan kanak-kanak

pelajar, ahli keluarga, rakan

(bermain sambil belajar-

sepermainan dan

main sosial)

sebagainya. Standard Kandungan: KD 3.2 Menggunakan kemahiran bersosial dalam hubungan dengan orang lain

identiti

- Perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor

Contoh Aktiviti :

saling berkaitan dan

1. Bermain bongkah / Lego

mempengaruhi antara satu

2. Main peranan / Simulasi

sama lain

Standard Pembelajaran: KD 3.5 Menyesuaikan diri dengan situasi tertentu untuk bersosialisasi PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

- Perkembangan adalah berterusan (daripada pengetahuan awal) 11

Tema ini mempromosikan kesinambungan sosial (National Council for the Social Studies (NCSS), n.d.). Kanak-kanak perlulah mengenal pasti peranan dalam situasi tertentu seperti sebagai seorang pelajar, ahli keluarga, rakan sepermainan dan sebagainya. Oleh itu, melalui aktiviti bermain, adalah penting untuk kanak-kanak belajar berkongsi dengan rakan-rakan. Selain daripada dapat menerapkan tema NCSS ‘Individu, Kumpulan dan Institutsi’, kanak-kanak juga dapat membina kemahiran bersosial dengan orang lain. Hal ini bukan sahaja dapat mingkatkan ilmu dalam pengajian sosial, tetapi juga dapat memupuk sifat mulia kanak-kanak secara tidak langsung. Dengan ini, kanak-kanak dapat berkembang secara seimbang dari segi intelek, emosi dan sosial, di mana merupakan matlamat sistem pendidikan negara kita (Keow, n.d.). Misalnya, aktiviti membina bongkah atau bermain lego, kanak-kanak harus dilatih untuk berkongsi alat-alat mainan atau bekerjsama membina sesuatu binaan daripada bongkah-bongkah yang ada (Ujana Sinergi PLT, n.d.). Selain daripada mengetahui peranan sebagai rakan, kanak-kanak juga boleh menggunakan bongkah atau alat-alat mainan untuk bermain simulasi atau main peranan. Daripada situasi seperti dalam keluarga, kanak-kanak dikehendaki berlakon sebagai anak atau kakak abang mahupun adik. Manakala jika bertukar kepada situasi sekolah, kanak-kanak dikehendaki bertukar watak menjadi seorang murid (Adibah, 2015). Menerusi aktiviti-aktiviti ini, kanakkanak dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dan lebih memahami peranan sendiri dalam pelbagai situasi. Maka, ia juga dapat dikaitkan dengan prinsip amalan ABP iaitu ‘Perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain’, ‘Konsep main penting pada perkembangan kanak-kanak’ dan ‘Perkembangan adalah berterusan (daripada pengetahuan awal)’ (Mehat, 2011). Aktiviti-aktiviti atau pendekatan ini juga dapat diterapkan tema-tema NCSS seperti ‘Perkembangan individu dan identiti’ dan ‘Amalan sivik yang sempurna’ (National Council for the Social Studies (NCSS), n.d.).

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

12

Elemenelemen Tematik (Tema NCSS)

Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-

Aspek Perkaitan (Tema NCSS & Kurikulum

Huraian

PAKK)

Kanak (PAKK)

Contoh / Perkaitan Lain

Sains,

Dokumen

Sains Tahun 1

Tujuan Tema:

Tema NCSS

Teknologi

Standard

(SAINS HAYAT)

Kanak-kanak

lain:

dan

Kurikulum dan

HAIWAN

akan

- Amalan sivik

Masyarakat

Pentaksiran

Standard kandungan:

mempelajari

yang

Kurikulum

5.1 Bahagian Tubuh Haiwan

tentang

sempurna

Sekolah

Standard Pembelajaran:

antara sains

Prinsip ABP

Rendah

5.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh haiwan seperti paruh, sisik, sirip, berbulu halus, berbulu pelepah, tanduk, sumbu, sesungut, kulit keras, cangkerang, sayap, kepak, kepala, badan, ekor, dan kaki selaput renang.

dan teknolgi

Lain:

dengan

- Kanak-kanak

Standard

(DSKP KSSR) Tahap 1

5.1.2 Menghubungkaitkan bahagian tubuh haiwan dan kepentingannya kepada manusia

hubungan

manfaatnya

adalah pelajar

yang dibawa

aktif

kepada masyarakat.

- Kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya

Contoh

pembelajaran

aktiviti : 1. Nature Walk + lembaran kerja

TUMBUHAN

(berkumpulan)

Standard kandungan: 6.1 Bahagian Tumbuhan Standard Pembelajaran: 6.1.1 Membanding dan membezakan bahagian pada tumbuhan iaitu daun, bunga, batang, akar 6.1.2 Menghubungkaitkan bahagian tumbuhan iaitu daun, bunga, batang dan

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

2. Eksperimen sains (3E) – kitaran air, kejadian ais 3. Projek litar elektrik & Terang dan Gelap

13

akar serta kepentingannya kepada manusia Sains Tahun 2

4. Buku skrap

(SAINS FIZIKAL) Standard Kandungan: 6.0 Terang dan Gelap Standard Pembelajaran : 6.1.1 Menyatakan sumber cahaya 6.1.2 Membanding beza aktiviti yang dijalankan dalam keadaan terang dan gelap Standard Kandungan: 7.0 Elektrik Standard Pembelajaran: 7.1.2 Menerangkan fungsi komponen dalam litar elektrik lengkap (BUMI DAN ANGKASA) Standard kandungan: 9.1 Air Standard Pembelajaran: 9.1.4 Membuat urutan kitar air semula jadi

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

14

Dalam tema ‘Sains, Teknologi dan Masyarakat’, kanak-kanak akan mempelajari tentang hubungan antara sains dan teknolgi dengan manfaatnya yang dibawa kepada masyarakat (National Council for the Social Studies, n.d.). Contohnya, semasa kanak-kanak mempelajari tentang bahagian tubuh haiwan dan tumbuhan, guru boleh menggunakan kesempatan untuk mengajar kanak-kanak tentang kegunaan bahagian-bahagian haiwan dan tumbuhan kepada manusia dan masyarakat. Sehubungan itu, kanak-kanak juga boleh menjalankan aktiviti kerja berkumpulan untuk mengutip bahagian-bahagian tumbuhan semasa aktiviti Nature Walk dan menyiapkan lembaran kerja tentang kegunaannya kepada manusia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Seterusnya, kanak-kanak boleh menjalankan aktiviti eksperimen dengan menerapkan konsep pembelajaran 3E (Explore, Experience, and Experiment) untuk menimba pengetahuan dan pengalaman tentang manfaat sains dan teknologi kepada masayrakat. Contohnya, eksperimen tentang kejadian hujan daripada pembelajaran tentang kitaran air secara semula jadi atau pertukaran air kepada ais dan sebaliknya (Fonterra, 2017). Selain itu, kanak-kanak juga boleh menjalankan projek mengenai litar elektrik dan menghubungkaitkannya dengan pembelajaran terang dan gelap (Khee, 2012). Dengan pengalaman hands-on learning, kanak-kanak dapat belajar dengan berkesan dan isi pelajaran atau pengetahuan yang diperolehi mereka akan disimpan di ingatan jangka panjang (Yee, 2012). Ia juga dapat selaras dengan prinsip amalan ABP yang menyatakan bahawa ‘kanakkanak adalah pelajar aktif’ dan ‘kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran’ (ABP amalan bersesuaian dengan an kanak, 2014). Sehubungan itu, tema NCSS seperti ‘amalan sivik yang sempurna’ dapat diterapkan sepanjang aktiviti dilaksanakan. Akhir sekali, guru boleh meminta murid-murid menghasilkan satu buku skrap bagi mengukuhkan pengetahuan mereka di samping memupuk semangay kerjasama dan mengaplikasikan kaedah pembelajaran koperatif (Nachiappan, 2015).

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

15

Penutup Berdasarkan semua penulisan ini, dapat disimpulkan bahawa adalah penting untuk menerapkan pengajian sosial kepada kanak-kanak sejak kecil lagi, bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Hal ini kerana ia penting dalam membentuk sikap, shasiah, pemikiran dan keperibadian kanak-kanak yang mulia serta selaras dengan budaya, sosial dan norma masyarakat setempat di sekeliling kanak-kanak di samping membantu membina hubungan sosial kanak-kanak dengan persekitaran luar. Namun, adalah penting untuk seseorang guru dalam merancang dan menguruskan pengajaran dan pembelajarannya dengan teliti agar kanak-kanak tidak berasa terlalu terbeban dengan lingkup ilmu yang luas dalam pengajian sosial. Pendek kata, guru hendaklah menerapkan elemen-elemen tematik pengajian sosial ini dengan bermakna, bersepadu dan menarik minat kanak-kanak kerana pendekatan tema ini banyak memberi implikasi kepada kehidupan kanak-kanak.

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

16

Rujukan ABP amalan bersesuaian dengan an kanak. (2014, September 8). Didapatkan dari Multi Language Document: https://vdocuments.site/abp-amalan-bersesuaian-dengan-ankanak.html Adibah, A. A. (2015, Oktober 12). Kaedah main peranan. Didapatkan dari Slideshare: https://www.slideshare.net/DIFARINA1/kaedah-main-peranan Aiyas, A. M. (2011, April 18). Keadah elemen tematik. Didapatkan dari Scribd.: https://www.pdfcoke.com/document/53233904/Kaedah-Elemen-Tematik Charles B. Myers, A. M. (2002). National standard for social studies teachers. United States, America: National Standard for Social Studies. Fonterra. (2017). 5 fun experiments you can do at home with kids. Retrieved from Calciyum.com: https://www.calciyum.com.my/ms/active-parenting/article-listingactivities/activities-5-fun-experiments-you-can-do-at-home-with-kids.html Howard-Jones, P. T. (2002). The effect of play om the creativity of young children during subsequent activity. Dalam T. a. Francis, Early Child Development and Care (Vol. 172) (hlm. 323-328). Abingdon: Routledge. Joyce, B.R., Weil, M., & Calhou, E., 2008. Model of teaching (8th ed). New Delhi: Prentice Hall of India. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (April 2016). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan prasekolah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia . (2016). Kurikulum standard sekolah rendah sains dokumen standard kurikulum dan pentaksiran tahun 2. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (BPK KPM). Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Kurikulum PERMATA Negara. Selangor: Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA), Jabatan Perdana Menteri. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Kurikulum standard sekolah rendah sains dokumen standard kurikulum dan pentaksiran tahun 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (BPK KPM). Keow, C. L. (n.d.). Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Khee, L. S. (2012, November 26). Terang dan gelap. Didapatkan dari Sudut Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2: http://lausiawkhee2572.blogspot.com/2012/11/terang-dangelap.html McGraw Hill School. (2009). National Council for the Social Studies (NCSS) Curriculum Standards for Social Studies. NCSS Standards, 1-6. Mehat, N. (2011, Ogos 7). Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Didapatkan dari Slideshare: https://www.slideshare.net/normalaprasekolah/amalanbersesuaian-dengan-perkembangan-kanakkanak

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

17

Mohd Roslan Abd. Razak dan Hjh. Norain Mohd Nor. (2017). Asas pendidikan awal kanakkanak. Sungai Petani, Kedah: Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Nachiappan, S. (2015). Panduan pendidikan awal kanak-kanak (teori, model, kaedah dan aktiviti ke arah perkembangan kognisi). Tanjong Malim, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. National Council for the Social Studies (NCSS). (n.d.). NCSS Themes. Didapatkan dari Learner Org.: https://www.learner.org/workshops/socialstudies/pdf/session4/4.NCSSThemes.pdf National Council for the Social Studies. (n.d.). National curriculum standards for social studies : chapter 2 - the themes of social studies. Didapatkan dari National Council for the Social Studies: https://www.socialstudies.org/standards/strands Rahmah, N. (2013). Belajar bermakna Ausubel. Jurnal Pendidikan, 43-48. Rosser, R.. 1994. Cognitive Development:Psychological and Biological Perspectives. Massachusetts: Allyn and Bacon. Seefeldt, C. (1997). Social studies in the developmentally appropriate integrated curriculum. Integrated curriculum and developmentally appropriate practice: Birth to age eight, 171-199. Ujana Sinergi PLT. (n.d.). Apa yang anak-anak dapat pelajari dari bermain bongkah kayu. Didapatkan dari Junior Aulad: http://junioraulad.com/blog/apa-yang-anak-anak-dapatpelajari-dari-bermain-bongkah-kayu Umar, S. F. (2009, Jun 20). Elemen tematik mempengaruhi kehidupan kanak-kanak. Didapatkan dari Blog post: http://fillnthecookies.blogspot.com/2009/06/elementematik-mempengaruhi-kehidupan.html Yee, M. T. (2012). Kesan penggunaan aktiviti "hands-on" dalam proses pembelajaran sains tahun empat. Jurnal Penyelidikan Tindakan, 180-194.

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

18

Lampiran

Budaya Masa, Kesinambun gan dan Perubahan

Amalan sivik yang sempurna

Standard Disiplin Ilmu Orang, Tempat dan Persekitaran

Hubungan Global

 Sejarah  Geografi  Sivik dan Kewarganegaraan

Perkembang an Individu dan Identiti

 Ekonomi

Sains, Teknologi dan Masyarakat

 Psikologi Individu, Kumpulan dan Institusi Kuasa, Pihak Berkuasa dan Penjaga

Pengeluaran , Pengedaran dan Penggunaan

Model Konseptual Tema NCSS

Prinsip-pinsip Tema NCSS PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

19

Perkembangan domain kognitif, afektif & psikomotor saling berkaitan & mempengaruhi antara satu sama lain.

Penglibatan komuniti penting dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak.

Kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran.

Perkembangan berlaku mengikut urutan.

Prinsip-prinsip

Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza.

Amalan Bersesuaian

Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar.

Perkembangan adalah berterusan.

Perkembangan Kanak-kanak

Erkembangan adalah berperingkatperingkat.

Konsep main penting kepada perkembangan kanak-kanak.

Kanak-kanak adalah pelajar aktif.

Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran.

Prinsip-pinsip Amalan ABP Kanak-kanak

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

20

Related Documents

4:4
June 2020 76
4-4
December 2019 120
4
December 2019 37
4
November 2019 31
4
November 2019 44
4
November 2019 47

More Documents from ""