Write-up Pbljrn Koperatif

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Write-up Pbljrn Koperatif as PDF for free.

More details

  • Words: 4,117
  • Pages: 23
1.0 PENGENALAN Pembelajaran koperatif telah diperkenalkan di peringkat institusi pendidikan oleh Salvin (1984), Kagan (1988) dan Johnson and Johnson (1991). Ianya berasakan kepada aktiviti berpasukan melalui struktur. Aktiviti dalam proses pembelajaran koperatif berbagai-bagai bergantung kepada struktur yang dipilih

sama

ada

untuk

pembentukan

pasukan,

kelas,

penguasaan

pembelajaran, kemahiran berfikir, perkongsian maklumat dan kemahiran komunikasi. Aktiviti berbeza nagi setiap struktur yang dipilih dan boleh mewujudkan suasana bilik darjahyang ceria dan menyeronokkan. Manakala aktiviti berpasukan pula dapat mewujudkan kerjasama dan keharmonian terutama dalam bilik darjah yang mempunyai bilangan pelajar yang berbilang kaum dan pelbagai status sosial. Di samping itu melalui pelbagai struktur dalam pembelajaran koperatif dapat melahirkan pelajar yang mempunyai daya fikir

yang tinggi, tahap penguasaan emosi yang mantap dan dapat

membina hubungan sosial yang baik dengan rakan sebaya dan masyarakat. Aktiviti dalam proses pembelajaran koperatif mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai kemahiran berfikir, kemahiran komunikasi dan dapat mengukuhkan kemahiran sosial. Struktur pembelajaran koperatif juga dapat memupuk keyakinan diri pelajar dan keseronokan dalam pemnbelajaran di samping memupuk semangat bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain. Pengalaman pembelajaran ini dapat membantu pelajar menangani cabaran masa depan.

1

2.0 LATAR BELAKANG PEMBELAJARAN KOPERATIF Matlamat pengajaran iadalah untuk meningkatkan pencapaian akademik dan pembinaan kemahiran sosial pelajar melalui persekitaran pembelajaran yang kondusif di mana pelajar memainkan peranan aktif dengan menggunakan bahan resos yang banyak. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator. Untuk tujuan itu guru seharusnya bijak dan mahir menguruskan tingkahlaku pelajar. John Dewey, 1619 yang menulis tentang Democracy and Education mangatakan pendidikan sebagai makmal untuk pembelajaran yang sebenar di mana pelajar terlibat dalam penemuan masalah sosial dan interpersonal (small problem-solving groups). Manakala Herbert Thelen, 1954, 1960 mengatakan …the classroom should be a laboratory or miniature democracy for the purpose of study and inquiry and interpersonal problems. Bagi Johnson, D. & Johnson, R. 1987, 1994 yang membincangkan Experiential Learning menyebut “ ….you learn best when you are personally involved in the learning experience….”

dan

“ …. knowledge has to be discovered by

yourself….” . Seterusnya beliau menambah “…. Commitment to learning is highest when you are free to set your own learning goals and actively pursue them within a given framework”. Spencer Kagan, 1993, 1998 yang mempelopori Structural Approach pula menekankan tentang penggunaan struktur tertentu yang direka bentuk untuk mempengaruhi pola interaksi pelajar dengan matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan akademik dan kemahiran sosial dengan memberi pertimbangan kepada pelbagai kecerdasan dan pemikiran aras tinggi.

2

3.0 KEPENTINGAN PEMBELAJARAN KOPERATIF 3.1 Pencapaian akademik : kajian yang dijalankan oleh David and Roger Johnson (1981), Robert Slavin (1983) menunjukkan pembelajaran koperatif membantu meningkatkan pencapaian akademik tanpa mengira tahap umur dan matapelajaran berbanding dengan pembelajarn individu. Analisis 46 kajian kes yang dijalankan oleh Robert Slavin (1983) menunjukkan 63% pencapaian akademik melalui pembelajaran koperatif, 33% menunjukkan perbezaan dan hanya 4% kejayaan dicapai melalui cara pembelajaran tradisi. 3.2 Pembinaan kemahiran sosial : pembelajaran koperatif membantu membina keyakinan diri pelajar dan menyediakan pelajar menghadapi cabaran di alam persekolahan dan di luar alam persekolahan. Melalui pembelajaran koperatif, pelajar dilatih bekerjasama, bertolak ansur dan bertanggungjawab. Pembelajaran koperatif dapat menyemai kemahiran interpersonal di kalangan murid-murid. Sifat-sifat dan kemahiran yang terbina

membantu

mereka

dalam

menghadapi

kehidupan

dalam

masyarakat.

4.0 PENDEKATAN STRUKTUR (Spencer Kagan) Berasaskan kepada definisi dan kegunaan pelbagai cara yang berbeza dalam mengendalikan interaksi pelajar di bilik darjah yang disebut sebagai struktur. Setiap struktur boleh diramal outputnya dari segi akademik, linguistik, kognitif ataupun sosial. Struktur dapat menghuraikan pola interaksi individu dalam bilik darjah dan tanpa kandungan atau isi. Pemilihan struktur yang sesuai untuk tujuan penguasaan tertentu adalah penting. Penggabungan struktur yang baik boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki.

3

5.0 KONSEP UTAMA PEMBELAJARAN KOPERATIF 5.1 Pasukan Pasukan yang baik adalah empat orang satu pasukan. Ini memudahkan diadakan “ Pair work “ dan boleh mengelakkan “ odd man out “ dan “ Learning Pair “ dengan lebih banyak. Terdapat tiga jenis pasukan iaitu haterogenous, homogeneous dan random. 5.2 Pengurusan koperatif Melibatkan kemahiran : penyusunan bilik darjah, “quiet signal “, modeling dan pengagihan bahan. Peraturan bilik darjah perlu ada dan diamalkan untuk mengawal disiplin kelas. Antaranya guru boleh amalkan quiet signal seperti hand up, stop talking, stop doing, stoplight cards dan quiet captain. Simultaneous management

Matlamat

Sequential

Simultaneous

Pembentukan

Nama pelajar dipanggil

Pelajar serentak melihat

kumpulan.

satu persatu.

nama mereka di atas kad.

Pengagihan bahan.

Guru atau pelajar

Ketua bahan (Team

(material

mengagihkan kepada

Material Monitors)

distributed)

pelajar.

mengambil bahan dan agihkan kepada ahli setiap kumpulan.

4

Menjawab soalan.

Semua pelajar menunggu

Ahli dalam kumpulan

jawapan guru.

sama menjawab soalan. Guru sebagai fasilitator.

Pelajar kongsi

Seorang pelajar sahaja

Seorang pelajar mewakili

jawapan.

yang dapat menjawab

kumpulan menjawab

soalan dalam satu masa.

soalan yang sama.

Satu kumpulan satu masa.

Pembentangan dalam

Pembentangan projek.

kumpulan dalam satu masa serentak.

Jadual 1.1 Simultaneous management 5.3 Semangat kerjasama Terdapat tiga cara membina semangat ingin bekerjasama dalam proses pengajaran pembelajaran bilik darjah iaitu pembentukan pasukan ( teambuilding ), pembentukan kelas ( classbuilding ), tugas dan struktur ganjaran ( task and reward structure-Grade ), pasukan ( Group Grade ). 5.4 Kemahiran kerjasama Terdapat berbagai kaedah untuk mengembangkan kemahiran sosial termasuk modeling, main peranan, pemerhatian, refleksi dan latihanlatihan kemahiran sosial yang khusus.

5.5 Prinsip asas

5

4 prinsip utama (PIES) P – positive interdependence I – individual accauntability E – equal participation S – simultaneous interaction P – Positive interdefendence Kejayaan atau pencapaian individu mempengaruhi kejayaan atau pencapaian kumpulan. Kejayaan setiap ahli pasukan bergantung kepada kejayaan setiap individu. Jika seorang gagal, semua akan gagal. Positive interdependence boleh mewujudkan motivasi di mana semua ahli buat yang terbaik untuk kepentingan pasukan. Bimbingan dan sokongan ahli pasukan sangat penting. Semua ahli pasukan mempunyai matlamat yang sama. Contoh : menghasilkan satu laporan a) Ganjaran/penghargaan diberi berdasarkan sumbangan semua ahli b) Tugas distrukturkan/diagihkan c) Dipastikan semua individu mempunyai bahan keperluan yang berlainan d) Semua ahli pasukan memainkan peranan yang penting I – Individual accountability Mempengaruhi pencapaian. Berbeza bentuk bergantung kepada isi dan kaedah pembelajaran koperatif. Mengutamakan “ Reward accountability “ (gred individu – gred kumpulan ) dan “ task accountability “ (setiap pelajar berakauntabiliti terhadap tugas bertanggungjawab).

E – Equal participation 6

Penglibatan pelajar dalam aktiviti berbanding dengan ahli lain dalam kumpulan dilihat dari segi persamaan peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Contohnya struktur yang melibatkan dua orang pelajar seperti Time-Pair-Share, peluang berinteraksi adalah 50%. S – Simultaneous interaction Penglibatan pelajar aktif. Interaksi berlaku serentak dan ianya merupakan satu cara meningkatkan keberkesanan PNP.

7

6.0 DOMAIN STRUKTUR KAGAN Struktur Kagan dibahagikan mengikut domain tertenru iaitu: a) Pembentukan kelas (class building) b) Pembentukan pasukan (team building) c) Penguasaan (mastery) d) Kemahiran berfikir (thinking skill) e) Kemahiran komunikasi (communication skill) f) Perkongsian maklumat (information sharing) 6.1 Struktur Koperatif Kagan Struktur koperatif Kagan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu : a) Rally Robin b) Round Robin c) Rally Table d) Round Table e) One Stay, Three Stray f) One Stray, Three Stay g) Simultaneous Round Tables h) Team Stand – N – Share i) Numbered Heads Together j) Simultaneous Numbered Heads Together. k) Team Directed Numbered Heads Together l) Team Jigsaw a) Rally Robin Langkah pertama, guru akan mengemukakan soalan kepada murid. Langkah

kedua,

mengemukakan

murid

secara

idea. Aplikasi

berpasangan

yang

digunakan

akan

bergilir-gilir

ialah

perkongsian

maklumat secara berpasangan. Domain aktiiti ini ialah penguasaan Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Komunikasi. 8

b) Round Robin Murid secara bergilir-gilir memberi respon secara lisan terhadap tajuk atau soalan yang dikemukakan oleh guru dalam bentuk kumpulan. Langkah yang di ambil ialah guru akan mengemukakan tajuk atau soalan kepada murid. Setiap murid akan mengemukakan pendapat secara lisan bergilirgilir dalam masa yang ditentukan. Aplikasi yang digunakan ialah ketika memulakan pelajaran atau aktiviti. Perkongsian maklumat antara ahli dalam kumpulan dapat dijalankan dan aktiviti ini adalah sesuai untuk semua mata pelajaran. c) Rally Table Melalui aktiviti ini murid secara bergilir-gilir akan memberi respon secara bertulis terhadap persoalan yang dikemukakan oleh guru. Langkah yang di ambil ialah guru mengemukakan sama ada soalan, masalah ataupun tugasan kepada murid. Kemudian murid akan menulis jawapan pada kertas yang disediakan secara bergilir-gilir. Selapas itu murid akan membandingkan jawapan dengan pasangan dalam kumpulan dengan menggunakan struktur Round Robin. d) Round Table Murid secara bergilir-gilir akan memberi respon terhadap soalan atau masalah yang dikemukakan oleh guru secara bertulis dalam bentuk kumpulan. Langkah yang dijalankan ialah guru kemukakan soalan ataupun masalah yang mempunyai beberapa penyelesaian atau beberapa fakta, langkah atau prosedur. Dalam kumpulan, setiap murid bergilir-gilir mencatatkan respon pada kertas yang diedarkan. Satu fakta bagi setiap pelajar bagi setiap pusingan. e) One Stay, Three Stray Tiga orang ahli kumpulan bergerak ke kumpulan berdekatan dan seorang ahli tinggal untuk memberi maklumat kepada tetamu iaitu tiga orang ahli kumpulan lain. Proses ini akan berlaku pada setiap pusingan. Apabila Team Tour selesai, ahli-ahli kumpulan akan menerangkan apa yang didapati hasil dari lawatan tersebut. 9

f) One Stray, Three Stay Perkongsian maklumat selepas Round Robin atau Think – Pair – Square. Langkah yang dijalankan ialah guru kemukakan persoalan untuk setiap kumpulan. Salah seorang murid iaitu seorang wakil mengikut nombor bagi setiap kumpulan akan melawat kumpulan lain. Kemudian murid tadi melaporkan atau menerangkan apa dilihat atau didengar daripada kumpulan lain. Variasi, aktiviti ini boleh juga ditukar di mana seorang pelapor dari satu kumpulan melaporkan hasil perbincangan kepada kumpulan dilawati. g) Simultaneous Round Tables Murid

dalam

kumpulan

secara

serentak

mencatat

respon

dan

mengedarkan kertas jawapan mengikut pusingan jam untuk ahli kumpulan menambah idea atau memberi respon tambahan. Aplikasi lain ia juga sesuai untuk soalan atau masalah yang memerlukan jawapan dari berbagai-bagai aspek, jenis atau prosedur. Satu kertas jawapan bagi satu aspek atau jenis. h) Team Stand – N – Share Setiap kumpulan akan berdiri untuk berkongsi maklumat atau jawapan untuk kelas. Setiap kumpulan mempunyai satu senarai fakta atau idea untuk dikongsi bersama ahli kumpulan. Apabila seorang murid dipanggil mengemukakan idea, murid lain semak atau tambah maklumat dan jika sama, mereka boleh duduk. i) Numbered Heads Together Ahli kumpulan sama-sama memastikan semua ahli memahami dan boleh menjawab soalan atau masalah yang dikemukakan. Langkah yang boleh diambil ialah guru akan kemukakan soalan dan menentukan masa untuk mendapatkan jawapannya. Setiap murid akan menulis jawapan masingmasingdan kemudian murid akan berbincang dalam kumpulan untuk mendapat kepastian jawapan. Kemudian, murid disebut nombor akan mewakili kumpulan masing-masing akan memberi respon.

10

j) Simultaneous Numbered Heads Together. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memperbaiki kelemahan struktur Numbered Heads Together. Penglibatan murid minima kerana hanya seorang pelajar sahaja memberi respon pada satu masa. Oleh itu guru sukar untuk menentukan sama ada murid dalam kumpulan tahu jawapannya jika seorang sahaja murid dari satu kumpulan memberi respon. Untuk memperbaiki langkah ini, murid bagi setiap kumpulan mengikut nombor akan memberi respon secara serentak. k) Team Directed Numbered Heads Together Murid

akan

bekerjasama

membentuk

soalan

dan

disemak

oleh

keseluruhan kelas. Soalan boleh dibentuk berdasarkan bahagianbahagian tertentu dalam satu petikan. Langkah yang diambil ialah guru mengedarkan petikan kepada setiap kumpulan. Kemudian, guru akan menentukan tugas setiap kumpulan berdasarkan bahagian daripada petikan. Setiap kumpulan akan membina soalan. Selepas selesai, setiap kumpulan bergilir-gilir ‘ lead the class in a round of Numbered Heads Together ‘. l) Team Jigsaw Setiap kumpulan akan menjadi kumpulan pakar bagi satu tajuk, aspek atau fakta. Kemudian setiap ahli dalam kumpulan pakar akan berkongsi maklumat dengan kumpulan lain. Langkah yamh dijalankan ialah setiap kumpulan disediakan sebahagian daripada petikan untuk dihayati dan difahami. Setelah kumpulan menguasai bahan tersebut, ahli kumpulan akan sampaikan dan terangkan kepada kumpulan lain.

11

6.2 IMPLIKASI MODEL SOSIAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Mewujud

keseimbangan

dan

menghadapi pelbagai situasi.

pengintegrasian

koperatif

dalam

Jika fasilitator bijak mengawal

perkembangan aktiviti, maka akan berlakunya pembelajaran koperatif yang positif. Murid akan menghabiskan lebih banyak masa dalam usaha untuk menyelesaikan tugas akademik. Selain itu, pengurusan kelas oleh guru tidak ada unsur paksaan. Ia juga membantu pembentukan tingkah laku secara formal berasaskan perbezaan kebolehan dan nilai individu. Aktiviti ini dapat memastikan semua murid memberi sumbangan kepada pasukan masing-masing. Berbagai-bagai aktiviti boleh dilaksanakan untuk mencapai objektif pendidikan berbanding kaedah tradisi. Proses pembelajaran dilaksanakan secara beransur-ansur.

12

7.0 MODEL PERSONAL Model personal bermula daripada perspektif individu itu sendiri. Guru cuba untuk membentuk pendidikan supaya kita dapat memahami diri kita sendiri dengan lebih baik, bertanggungjawab terhadap pelajaran, berfikiran jauh, lebih sensitif dan lebih kreatif. Model personal terbahagi kepada empat tetapi kali ini hanya diberi penekanan kepada synectics sahaja. Synectics Synectics telah diaplikasikan dalam beberapa buah syarikat yang terlibat dalam industri pembuatan. Dalam sesebuah syarikat, terdapat satu kumpulan yang dikhaskan untuk mencipta barangan yang baru berdasarkan kekreatifan mereka. Kemudian William Gordon (1961) memikirkan bahawa kaedah ini amat bersesuaian diaplikasikan kepada murid-murid. Beliau mengaplikasikan kaedah ini agar digunakan dalam sekolah rendah dan sekolah menegah. Kaedah ini dicipta untuk membantu manusia “break set” dalam penyelesaian masalah, bidang penulisan dan memberi perspektif baru dalam sesuatu tajuk. Sebagai contoh, murid akan diberi satu tajuk seperti ‘Penggunaan Telefon’, sebelum ini murid hanya tahu penggunaan telefin sahaja. Tetapi kini, guru akan menyuruh murid membuat satu karangan tentang keburukan dan kelebihan dalam menggunakan telefon. Ini memerlukan murid menjadi lebih kreatif. Begitu juga dengan karangan auobiografi, murid perlu membuat metafora dan anologi bagi menghasilkan karangan yang lebih menarik untuk dibaca. Murid perlu menyamakan diri sendiri sebagai objek tersebut dan melambangkan diri sebagai tubuh badan alatan.

13

Kaedah ini juga dicipta untuk membantu manusia “break set” dalam penyelesaian masalah, bidang penulisan dan memberi perspektif baru dalam sesuatu tajuk. Synectics dikatakan boleh menyelesaikan sesuatu masalah seperti dalam subjek Matematik dan Sains. Kiat boleh lihat dalam matapelajaran Matematik terdapat satu tajuk iaitu ‘Problem Solving’. Ia boleh diselesaikan dengan pelbagai cara iaitu guess and check, look for the pattern, looking backwards, dan draw diagrams. Dengan adanya teknik-teknik seperti ini, pelajar dapat berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Di dalam kelas ia diperkenalkan secara siri di dalam bengkel sehingga mereka boleh mengaplikasikannya sendiri. Dengan ini, kaedah synectics secara tidak langsung dapat membina keseronokan kerana pelajar belajar menggunakannya secara berdikari dan usaha kerjasama bersama rakan.

14

7.1 IMPLIKASI MODEL PERSONAL Dengan menggunakan model ini,synectics dapat mengeluarkan bakat seseorang dan perasaan pelajar, secara tidak langsung guru boleh mengambil peluang ini untuk menjadikan mereka sebagai kawan. Guru boleh mengetahui bakat terpendam seseorang murid apabila guru mendekati murid. Ini membolehkan guru membantu murid untuk mengembangkan lagi bakat mereka yang selama ini tidak diberi peluang. Selain itu, kaedah ini dapat membantu guru untuk memupuk kerjasama secara koloboratif dan koperatif di antara murid. Apabila guru memberikan satu projek, seperti projek Matematik iaitu mencipta sesuatu objek yang mempunyai pelbagai bentuk dengan kerjasama dengan rakan-rakan akan terhasilah objek yang kreatif hasil daripada perkongsian idea bersama-sama. Ini secara tidak langsung membantu murid berfikir secara kreatif dan kreatis. Ini dapat memupuk perhubungan erat sesama murid. Guru juga dapat memupuk kesedaran peribadi , konsep kendiri dan harga diri yang tinggi. Contohnya, apabila guru dapat mencungkil bakat seseorang dan menggilap bakat tersebut, murid tersebut akan mempunyai harga diri yang tinggi. Murid tahu kelebihan mereka sendiri. Apabila murid lain melihat kejayaan rakannya, mereka akan terfikir akan diri mereka sendiri. Mengapa mereka tidak berfikir sebegitu?

Mereka

mula

sedar

menghasilkan sesuatu yang kreatif.

15

mereka

perlu

berfikir

untuk

8.0 RUMUSAN

Melalui model pembelajaran sosial ini dapat disimpulkan bahawa model ini menekankan tentang aspek koperatif dan struktur di dalam pembelajaran oleh Spencer Kagan. Dalam model ini terdapat beberapa garis panduan yang penting dalam memupuk nilai koperatif pembelajaran agar murid tidak berasa cepat bosan dalam kelas. Guru boleh memilih pelbagai aktiviti yang telah disarankan oleh tokoh tersebut dalam menarik minat murid untuk mendalami matapelajaran tersebut. model ini amat sesuai bagi semua tahap murid samada yang cemerlang, sederhana dan lemah kerana model ini juga menekankan terhadap hubungan sosial di kalangan kanak-kanak. Ini bermaksud kanak-kanak boleh berada di dalam kumpulan yang sama tetapi terdiri daripada pelbagai tahap pencapaian. Seterusnya mereka boleh bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu topik tersebut. Model ini tidak mendiskriminasikan murid dengan mengasingkan mereka mengikut tahap pencapaian mereka dalam pelajaran. Selain itu, model ini juga boleh difahami melalui konsep utama pembelajaran koperatif Kagan dan struktur koperatif Kagan. Guru boleh memilih mana-mana satu daripada struktur tersebut untuk dijadikan aktiviti bersama murid di dalam kelas. Model sosial lebih mendorong murid menjadi kreatif. Guru seharusnya mengaplikasikan kaedah ini di dalam kelas ataupun di dalam pembelajaran dan pengajaran. Dengan ini murid akan berasa seronok kerana berjaya mengeluarkan idea mereka sendiri. Mereka juga akan mula memahami orang disekeliling mereka apabila mereka kerap kali menggunakan anologi dan metafora dalam pembelajaran mereka.

16

REFLEKSI Allhamdulillah, syukur saya akhirnya berjaya menyiapkan tugasan ini pada tepat masanya. Walaupun terdapat sedikit komplikasi yang kami hadapi tetapi berkat tunjuk ajar pensyarah pembimbing kami, Puan Haliza dan Puan Norani tugas kami selesai dengan

jayanya. Pada mulanya kami berasa yakin

dengan tugasan yang kami dapat, tetapi di akhir-akhir minit kami dikehendaki menukar tajuk iaitu mengikut kembali sukatan pelajaran yang diberikan. Bagi merungkaikan kekusutan, kami berjumpa dengan pensyarah pembimbing kami , akhirnya saya memahami apa yang dikehendaki oleh tajuk tersebut. Sebaik sahaja mendapat tugasan, saya bersama rakan saya iaitu Siti Mariam Mhd Yusof dan Rosyati Mohd Rofee bergegas mencari bahan di perpustakaan. Malangnya tiada buku yang kami jumpa, mungkin pelajar lain sedang meminjamkannya. Maka sekali lagi kami berjumpa dengan pensyarah pembimbing dan dengan pertolongan beliau kami dapat mencari bahan yang diperlukan.

Kami

membahagikan

tugas

kami,

saya

akan

membuat

perbentangan tentang model personal, manakala dua lagi rakan saya menyiapkan tugasan model sosial. Apa yang memeranjatkan saya, tajuk saya merupakan tajuk kecil yang tidak banyak memerlukan huraian. Saya hanya perlu menukar bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

Setelah kami berjaya

menyiapkan pembentengan, kami meminta Puan Haliza menyemak tugasan kami, dan beliau telah membaik pulih tugasan kami. Sepanjang bersama rakan seperjuangan, saya berasa seronok kerana mendapat kerjasama yang sepenuhnya walaupun pada mulanya terdapat sedikit masalah. Apabila saya membuat tugasan ini, banyak yang telah saya pelajari. Bagi tajuk saya iaitu model personal, saya begitu tertarik dengan kaedah synectics. Kaedah ini dapat membantu murid berfikir secara kreatif dan secara tidak langsung menjadi kreatif dengan sendirinya. Selain itu, kini saya mula sedar akan penggunaan KBKK semasa di sekolah rendah dahulu. Ia dapat membantu murid menjadi lebih yakin dengan kebolehan diri sendiri disamping menggalakkan murid menjana idea yang lain daripada lain.

17

Kemudian, bagi tajuk model sosial saya begitu tertarik dengan struktur pembelajaran koperatif Kagan. Konsep utama kaedah ini terbahagi kepada pasukan,

pengurusan

koperatif,

semangat

bekerjasama,

kemahiran

bekerjasama, prinsip asas dan struktur . Kaedah ini dapat menyelesaikan sesuatu masalah secara berkumpulan. Masalah akan lebih cepat diselesaikan jika masing-masing bekerjasama untuk mengatasinya. Ini kerana setiap ahli kumpulan mempunyai peranan mereka sendiri. Seterusnya, saya sebagai guru dan juga sebagai pelajar dapat mengetahui aplikasi pembelajaran secar koperatif mengikut Kagan. Beliau telah menyatakan beberapa kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan apabila mengajar murid-murid di sekolah nanti seperti Rally Robin, Round Table, One Stray, Three Stay, Team Stand – N – Share dan sebagainya. Dengan ini murid tidak lagi bosan apabila guru hanya menggunakan satu kaedah pembelajaran sahaja. Akhirnya, saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada golongan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini, terutamanya penghargaan kepada ahli kumpulan saya yang sentiasa bekerjasama. Nor Lina Binti Hud

18

REFLEKSI Setelah ahli kumpulan mendapat tugasan ini kami telah berusaha mencari maklumat seberapa banyak yang boleh tentang tajuk ini iaitu Model Pembelajaran Sosial dan Model Pembelajaran Personal di Pusat Sumber Al Ghazali. Di samping itu, kami juga ada membuat rujukan melalui internet dan buku-buku yang berkaitan dengan model pembelajaran sebagai maklumat tambahan kami bagi melengkapkan pembentangan kami nanti. Kami mendapati bahawa guru pembimbing, Puan Noraini Mansur dan Puan Haliza Hussein tidak lokek untuk memberikan tunjuk ajar dan rujukan panduan kepada kami dalam menjayakan pembentangan kami. Setelah mendapat tunjuk ajar daripada guru pembimbing matapelajaran kami, kami telah membuat perbincangan untuk menyelesaikan dalam mencari bahan rujukan untuk tajuk kami. Dalam masa yang sama juga, kami telah membuat pembahagian tugasan untuk setiap individu dan saya telah ditugaskan untuk membentangkan subtopik masing-masing. Saya telah ditugaskan untuk membentangkan tajuk pendekatan struktur Kagan. Oleh sebab tajuk ini merupakan permulaan pembentangan dan memerlukan penerangan yang jelas sebelum melangkau kepada subtajuk seterusnya. Selain itu, saya juga turut berjumpa dengan guru pembimbing kami untuk berbincang tentang maklumat yang telah kami kumpul untuk

pantauan

pensyarah. Guru kami juga turut memberikan beberapa rujukan dan petunjuk yang amat berguna kepada kami dalam menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan. Kami bertuah kerana mempunyai masa yang agak lama bagi menyiapkan tugasan tersebut sebelum giliran kami untuk membentangkan tajuk kami. Kami telah memanfaatkan masa yang ada untuk melakukan persiapan yang terbaik untuk hari pembentangan kami nanti. Akhirnya tugasan tersebut berjaya disiapkan dengan jayanya dengan bantuan daripada ahli kumpulan saya yang lain iaitu Nor Lina bt Hud dan Siti Mariam bt Mhd Yusof. Mereka telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini bersama terutamanya semasa hari pembentangan. 19

Semuanya

memberikan

komitmen

yang

tinggi

dan

perhatian

yang

menyeluruh terhadap pembentangan kumpulan kami. Seterusnya, masingmasing tidak kekok dalam menyuarakan pendapat dan idea terhadap penerangan yang penting. Daripada tugasan yang telah kami lakukan ini, saya telah mendapat pengetahuan yang bermakna dengan menitikberatkan kepada aspek koperatif di dalam kelas.Saya mendapati bahawa Spencer Kagan menekankan tentang penggunaan struktur tertentu yang direka bentuk untuk mempengaruhi pola interaksi pelajar dengan matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan akademik dan kemahiran sosial dengan memberi pertimbangan kepada pelbagai kecerdasan dan pemikiran aras tinggi. Pendedahan ini telah mengajar saya bahawa sikap koperatif adalah sesuatu elemen yang amat penting dalam keharmonian kelas dan dapat menjamin kelancaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu terdapat juga beberapa konsep utama pembelajaran koperatif yang boleh diikuti bagi membentuk kerjasama antara pelajar. Selain itu, ia juga berkesan untuk individu itu sendiri dalam membina keyakinan diri sendiri. Bak kata pepatah, kanak-kanak seperti kain putih, kitalah yang mencorakkannya menjadi seperti apa yang kita mahu.

Berdasarkan pengetahuan yang ada

ini, saya akan mempraktikannya di sekolah nanti untuk membentuk koperatif baik di kalangan pelajar. Ini kerana kanak-kanak memang sukakan pembelajaran secara koperatif kerana mereka dapat bergaul dan menimba ilmu pengetahuan bersama rakan-rakan. Di samping itu juga, pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Rosyati bt Mohd Rofee

20

REFLEKSI Alhamdulillah, syurkur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kami dapat menyiapkan tugasan mengenai model pembelajaran ini. Tajuk yang kami peroleh ialah Model Pembelajaran Sosial dan Model Pembelajaran Personal. Setelah memperoleh tugasan ini, saya dan ahli kumpulan yang lain iaitu Nor Lina binti Hud dan Rosyati binti Mohd Rofee telah ke perpustakaan bagi emncari dan mendapatkan bahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini. Kami berusaha mencari ke segenap pelosok Pusat Sumber Al-Ghazali namun malangnya kami tidak menemui buku yang berkaitan dengan tajuk yang kami perolehi. Kami juga berusaha untuk mendapatkan bahan dengan melayari internet. Namun, tidak juga memperoleh bahan yang dikehendaki. Tapi kami berjaya mendapat bahan mengenai Six Thinking Hat yang kami perlukan ketika menjalankan

aktiviti

untuk

rakan-rakan

selepas

kami

menghabiskan

pembentangan mengenai tajuk ini. Six Thinking Hat terbahagi kepada enam iaitu Topi Hijau, Topi Hitam, Topi Putih, Topi Biru, Topi Kuning dan Topi Merah. Setiap topi ini mempunyai maksud yang tertentu. Contohnya Topi Hitam adalah merupakan pemikiran yang kritikal dan negatif serta selalu mencari semua yang salah dan silap. Manakala bagi Topi Putih pula ia merupakan pemikiran yang objektif dan mencari maklumat semata-mata. Model

Pembelajaran

Sosial

merupakan

model

yang

menekankan

pembelajaran secara koperatif dan ia melibatkan penglibatan murid-murid di dalam kelas ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P ) dijalankan. Melalui

Pembelajaran

Koperatif,

murid-murid

dapat

membina

dan

meningkatkan kemahiran sosial masing-masing. Melalui pembelajaran koperatif ini, murid-murid akan dilatih untuk bekerjasama, bertolak ansur dan bertanggungjawab ke atas tugasan dan kerja yang diberikan oleh guru sama ada secara berkumpulan atau pun secara individu. Nilai-nilai murni yang lain seperti hormat-menghormati dan tolong menolong juga dapat disemai oleh guru ketika menjalankan aktiviti bersama-sama murid.

21

Konsep utama Pembelajaran Koperatif ada enam iaitu Pasukan, Pengurusan koperatif, Semangat bekerjasama, Kemahiran bekerjasama, Prinsip asas dan Struktur. Di dalam konsep pembelajaran ini saya tertarik dengan pendekatan Struktur oleh Spencer Kagan. Pendekatan ini berasaskan kepada definisi dan kegunaan pelbagai cara yang berbeza dalam mengendalikan interaksi di kalangan murid di bilik darjah. Terdapat banyak struktur yang boleh dipelajari di bawah topik ini seperti Rally Robin, One Stay Three Stray, Numbered Heads Together dan beberapa lagi struktur lain yang menarik. Strukturstruktur ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk diaplikasikan di dalam P&P supaya pembelajaran menjadi semakin menyeronokkan dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Namun berlainan pula dengan Model Personal kerana model bermula daripada perspektif individu itu sendiri. Guru cuba untuk membentuk pendidikan supaya kita dapat memahami diri kita sendiri dengan lebih baik, bertanggungjawab terhadap pelajaran, berfikiran jauh, lebih sensitif dan lebih kreatif. Di bawah model ini kami hanya perlu memberi penekanan terhadap synetic sahaja walaupun model ini terbahagi kepada empat.

Model ini juga

memberi banyak kelebihan kepada murid-murid kerana ia dapat membentuk pemikiran murid supaya menjadi lebih kreatif dan kritis ketika berfikir serta dapat membina pemikiran yang cerdas pada murid-murid. Saya telah mendapat banyak ilmu dan informasi baru ketika mempelajari dan membuat penerangan mengenai Model Pembelajaran Sosial dan Model Pembelajaran Personal ini. Terdapat banyak kelebihan dan kekuatan di dalam model-model ini. Ia dapat membantu saya ketika mengajar kelak. Saya berharap saya dapat membantu untuk melahirkan insan-insan yang mempunyai kemahiran sosial dan sahsiah diri yang tinggi melalui pendekatan yang terapkan di dalam P&P nanti. Siti Mariam binti Mhd Yusof

22

23

Related Documents

Write-up Pbljrn Koperatif
November 2019 7
Writeup
November 2019 17
Writeup
October 2019 21
Pembelajaran Koperatif
June 2020 14
Itct Writeup
November 2019 22