wpi peneraju pembangunan terunggul written by nurul thursday, 05 july 2007 wilayah pembagunan iskandar (wpi) adalah satu projek mega kerajaan negeri bersama kerajaan pusat. terletak di selatan johor dan sekali gus ia memudahkan perjalanan orang ramai dan perpindahan barang dagangan antara singapura dan selatan johor. walaupun pernah mendapat tentangan hebat dari banyak pihak kini, pemaju wilayah pembangunan iskandar (wpi) tidak perlu gentar dengan itu semua kerana mereka kini di katakan mendapat sokongan padu dari pihak kerajaan. pihak pemaju juga di katakan amat berhati-hati dalam semua aspek pembangunan. setiap keputusan pembangunan ia telah dikaji secara teliti dan terperinci. dengan keluasan 48,000 hekta, yang dahulunya kawasan hijau itu akan dibangunkan sejajar dengan matlamat utama nya untuk mencipta satu bandar gabungan yang mampan. penubuhan jawatankuasa bersama peringkat menteri malaysia-singapura hangat diperkatakan, apabila ada sumber mengatakan malaysia cuba menggadai johor kepada singapura. tetapi tuduhan itu ternyata sama sekali tidak benar, kerana jawatankuasa yang ditubuhkan atas dasar bagi membincangkan isu-isu pembangunan yang menepati persetujuan semua pihak. selain mengadakan perbincangan berkaitan pembinaan laluan rel antara johor bahru dan singapura ia juga akan membincangkan mengenai pengeluaran smartcard, ia bagi memudahkan sistem pergerakan keluar masuk penduduk di sekitar kawasan wpi yang bekerja di singapura. isu smartcard itu juga turut mendapat perhatian di kabinet. dengan tujuan bagi memudahkan lagi aktiviti-aktiviti industri pelancongan dari singapura ke malaysia. bagaimanapun, ia perlu mendapat persetujuan kedua-dua pihak. antara projek yang sedang dibangunkan adalah nusajaya. berkeluasan 24,000 hektar iaitu tiga kali lebih besar dari singapura dan 48 kali jika bandingkan dengan putrajaya. nusajaya dikatakan bakal menerajui sistem pembangunan terulung di malaysia. nusajaya menyediakan keperluan infrastruktur yang bertaraf antarabangsa. ia bakal menempatkan pusat pentadbiran kerajaan tempatan, kawasan perumahan, pusat pendidikan, pusat peranginan, waterfront dan kawasan perindustrian. educity nusajaya adalah lambang komuniti interaktif yang diamalkan dalam dunia pengajian. keluasan 600 hekta, menempatkan pusat pengajian bertaraf antarabangsa, di mana ia mampu merangsang bakal pemimpin dunia mencari ilmu serta panduan . salah satu kehebatan educity adalah, pembangunan yang inovatif menjadikan universiti multi. ia memberi dan sekali gus memudahkan universiti-universiti si seluruh dunia mewujudkan cawangan-cawangan fakulti mereka di bawah satu bumbung. international destination resort nusajaya, menjadi satu zon destinasi untuk pengunjung untuk semua peringkat umur, dari seluruh dunia. antara komponen-kompenennya termasuk tamantama tema, hotel, resort, restoran-restoran, padang golf dan marina. pusat pentadbiran kerajaan tempatan johor dan kerajaan persekutuan akan ditempatkan di satu kawasan yang moden dan progresif di nusajaya. langkah strategi itu menyumbang ke arah
sistem memerintah yang lebih cekap di bawah satu bumbung. medical city pusat perubatan nusajaya bertaraf dunia menyediakan pakar-pakar perubatan profesional seimbang dengan permintaan perubatan berteknologi tinggi dari dalam dan luar negara. selain hospital, ia turut menempatkan klinik pakar, suit pakar-pakar, pusat penyelidikan dengan kemudahan-kemudahan yang canggih. bagaimanapun, konsep perubatan tradisional juga tidak diketepikan dalam pembentukan pusat perubatan holistik di nusajaya. kini rakyat malaysia dan warga asing boleh mendapatkan pelbagai jenis rawatan di medical city. dalam pembentukan dunia dalam satu bandar, wujudnya puteri harbour waterfront. satu campuran antara pusat perdagangan, tempat istirahat, menjalankan urus niaga, pusat membelibelah eksklusif, dan restoran mewah, dan menikmati keseronokan tanpa batasan. pembangunan bersepadu itu menggabungkan kehidupan mewah di kawasan persisiran sungai yang unik dengan pandangan panoramik selat johor. nusajaya bukan sekadar rumah tapi direka dengan kepakaran yang menggabungkan kediaman sistem keselamatan terbaik, lokasi tropika hijau semulajadi, dan ketengan. ia dijangka menepati keperluan-keperluan untuk 500 orang penduduk. southern industrial and logistic clusters, bekeluasan 1,300 hekta. pembangunan industri itu tertumpu tiga kawasan utama untuk dimajukan dengan berteknologi tinggi, pusat kajian kesihatan dan nutrisi dan logistik. projek wpi itu sudah mula mendapat perhatian pelabur-pelabur asing, antaranya singapura dan australia. ia terbukti dengan kilang-kilang yang sudah mula beroperasi di kawasan industri nusajaya. jarak 40 minit dari singapura ke nusajaya dan keadaan singapura yang sudah semakin sesak juga menggalakan mereka melabur di malaysia dengan pembelian kediaman di nusajaya. secara logiknya projek nusajaya sedikit sebanyak menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara. nusajaya bukan sahaja menjadi tumpuan pelabur dari singapura tetapi ia juga menjadi tarikan pelabur dari australia. salah satu usaha tarikan pelabur luar ini termasuklah dengan pembelian bangunan oleh icarnagie university di educity. danga bay pula antara projek di bawah wpi yang telah dibangunkan kini sudah mula menjadi perhatian penduduk malaysia, singapura dan pelancong asing. danga bay menyediakan pelbagai tempat untuk bersantai. ia tidak menjadi masalah, ini kerana dengan keluasan 1,888 hekta, danga bay memang sesuai dijadikan tempat beriadah untuk semua golongan. para pengunjung mempunyai pilihan untuk menjamu selera di restoran-restoran dan medan selera yang pelbagai disediakan. tempat riadah yang berhadapan selat johor itu menyediakan pelbagai tempat untuk kita melakukan aktiviti-aktiviti riadah sebagai contoh, trek untuk kereta yang menggunakan alat kawalan jauh, gelanggang kasut roda, dan sebagainya. sambil beriadah kita juga berpeluang membeli-belah di pusat dan gerai membeli-belah yang disediakan. ingin menjadikan perkahwinan anda unik? danga bay boleh merealisasikan impian anda. bot mewah tiga tingkat yang boleh memuatkan lebih kurang 500 orang amat sesuai menjadikan perkahwinan anda lebih bermakna, tetamu-tetamu yang hadir pasti senang dengan pemandangan laut biru yang menyegarkan. selain perkahwinan ia boleh dijadikan tempat
keramaian, seminar ataupun mesyuarat bagi mereka yang inginkan kelainan dari rutin yang membosankan.