Wilayah Ekonomi Pantai Timur - Text Pak Lah

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wilayah Ekonomi Pantai Timur - Text Pak Lah as PDF for free.

More details

  • Words: 2,061
  • Pages: 5
oleh/by : dato' seri abdullah bin haji ahmad badawi perdana menteri malaysia tempat/venue : padang kompleks sekolah-sekolah kota bharu wakaf mek zainab, kota bharu tarikh/date tajuk/title negeri kelantan

: :

29/10/2007 ucapan pelancaran wilayah ekonomi pantai timur peringkat

bismillahir rahmanir rahim assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera yab dato’ haji nik abdul aziz nik mat menteri besar kelantan yab dato’ seri idris jusoh menteri besar terengganu yab dato’ sri adnan haji yaakob menteri besar pahang yab dato’ haji abdul ghani othman menteri besar johor yb dato’ sri mohd. effendi norwawi menteri di jabatan perdana menteri yb menteri-menteri kabinet ahli-ahli yang berhormat pegawai-pegawai tinggi kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri dif-dif kehormat tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian 1. alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat allah s.w.t. kerana dengan berkat limpah kurnia dan izin-nya, kita dapat sama-sama berkumpul pada petang yang penuh bermakna ini. 2. saya merasa amat bersyukur, gembira dan penuh dengan harapan kerana dapat bersama dengan rakyat negeri kelantan dalam majlis yang penting ini. kita semua berkumpul pada hari ini, bukanlah untuk meraikan kedatangan saya, bukanlah untuk meraikan kedatangan menterimenteri, tetapi untuk menandakan bermulanya satu usaha bagi memastikan kemajuan serta kesejahteraan rakyat negeri-negeri pantai timur. 3. usaha ini, tuan-tuan dan puan-puan, adalah rancangan pembangunan wilayah ekonomi pantai timur.

4. rancangan pembangunan ini telah dirangka berdasarkan hakikat bahawa negeri-negeri kelantan, terengganu, pahang dan johor utara mempunyai ciri-ciri dan kelebihan-kelebihan yang dikongsi bersama. jika kawasan-kawasan ini dimajukan secara bersepadu, dengan memanfaatkan persamaan dan rangkaian serantau, sudah pasti pantai timur malaysia akan membangun dengan lebih pantas. 5. rancangan pembangunan wilayah ekonomi pantai timur juga dirangka dengan satu tujuan murni, iaitu untuk meningkatkan tahap kemajuan dan taraf hidup rakyat negeri-negeri pantai timur. peningkatan ini adalah daripada penglibatan rakyat dalam peluang pekerjaan, perniagaan dan keusahawanan, hasil pelaksanaan rancangan ini. sesungguhnya, penglibatan rakyat adalah matlamat dan juga penentu kepada kejayaan usaha wilayah ekonomi pantai timur ini. tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, 6. saya berpendirian bahawa mengejar kemajuan itu adalah sebahagian daripada ibadah. kerana dalam mengejar kemajuan, kita bukanlah mengejar kekayaan semata-mata; kita mengejar ilmu, kita mengejar penghormatan, kita mengejar keupayaan untuk menentukan masa depan kita dan anak-anak kita. 7. kemajuan bukan hanya penting, malah ianya dituntut. namun kemajuan hanyalah bermakna sekiranya ianya tersebar ke seluruh pelusuk negara. inilah pemikiran di sebalik pendekatan pembangunan ‘koridor’ yang dibawa oleh kerajaan. saya tegas dalam pendirian bahawa tiada sesiapa yang harus tercicir daripada kemajuan dan kesejahteraan. peluang ekonomi harus tersedia kepada mereka yang ingin berusaha, tidak mengira bangsa, agama, kedudukan geografi atau perbezaan-perbezaan lain. rancangan wilayah ekonomi pantai timur ini mengenengahkan prinsip ini. kualiti hidup rakyat harus diutamakan, jika tidak kita bukanlah negara yang benarbenar maju dan dinamik. 8. wilayah ekonomi pantai timur merangkumi 51 peratus daripada jumlah keluasan semenanjung malaysia. jelas dengan kawasan yang sebegitu luas, dan dengan geografinya yang strategik, wilayah ekonomi pantai timur mempunyai kekayaan yang mampu dijadikan modal kemajuan. pembangunan secara bersepadu akan menggiatkan corak ekonomi di wilayah ini, seterusnya membolehkan penduduk tempatan mengambil bahagian dalam peluang-peluang yang muncul di masa akan datang. 9. di bawah rancangan wilayah ekonomi pantai timur, negeri kelantan akan dimajukan sebagai pusat perdagangan dan pembangunan modal insan. 10. kelebihan yang dimiliki negeri kelantan akan dimanfaatkan dengan menarik lebih banyak kemasukan pelajar asing, khususnya dari thailand ke wilayah ekonomi pantai timur. empat buah universiti baru akan diwujudkan di bawah rancangan malaysia kesembilan di wilayah ekonomi pantai timur. salah satu daripadanya ialah pembangunan universiti malaysia kelantan di bachok dan jeli, yang akan menyediakan kursus-kursus keusahawan dan industri kecil dan sederhana (i.k.s.). selain menarik kemasukan pelajar asing, universiti ini juga akan dapat merangsang aktiviti ekonomi setempat. 11. bagi memanfaatkan lagi kedudukan geografi negeri kelantan, usaha bersepadu akan diambil untuk membangunkan kawasan pengkalan kubor sebagai bandar sempadan yang maju dan dinamik. di bawah wilayah ekonomi pantai timur, kawasan pengkalan kubor akan dipromosi sebagai pusat pelancongan sempadan dan pusat perdagangan. pengkalan kubor boleh memainkan peranan penting dalam pembangunan segitiga pertumbuhan indonesia-malaysiathailand (i.m.t.-g.t.), menjadi pusat hubungan perdagangan dengan negara asia tenggara seperti kemboja, vietnam dan laos. sebagai bandar sempadan yang paling hampir dengan kota bharu, pengkalan kubor akan muncul sebagai hab perdagangan di wilayah ini, hasil peningkatan hubungan darat dan laut yang akan dikembangkan.

12. dalam pada itu, potensi kota bharu tidak dilupakan. pembangunan kota bharu city centre (k.b.c.c.) di palekbang, berhampiran kota bharu, akan memberi wajah baru kepada sektor pelancongan negeri kelantan. kawasan ini akan dimajukan sebagai kawasan pelancongan bandar yang kaya dengan budaya dan warisan. pembangunan akan meliputi pelaburan dalam hotel, kompleks perniagaan, pusat persidangan, serta pusat rekreasi air dan bazaar. bagi meningkatkan sektor kraftangan tempatan, kita akan mewujudkan sebuah perkampungan kraftangan khusus bagi memartabatkan cabang seni ini. kesemua elemen-elemen tadi akan digabungkan supaya pembangunan bandar baru ini benar-benar memberi impak positif kepada negeri kelantan. tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekelian, 13. wilayah ekonomi pantai timur juga kaya dengan sumber alam yang menarik untuk aktiviti pelancongan, malah ada di antaranya bertaraf antarabangsa. ini termasuklah pantai-pantai, pulau-pulau, keindahan semulajadi hutan dan keunikan budaya yang tersendiri. namun, aset-aset pelancongan ini belum benar-benar diterokai dan dimanfaatkan. maka bagi merangsang sektor pelancongan di wilayah ekonomi pantai timur, kita perlu membangunkan semua aspek yang menyokong industri ini agar ianya dapat berkembang dengan lebih berdaya maju lagi. 14. bagi mempromosi bidang eko-pelancongan negeri kelantan, kita telah mengenalpasti gunung musang, dabong dan lembangan sungai nenggiri. bagi mengimbangi antara pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar, elok sekiranya kawasan tersebut diwartakan sebagai taman negeri. lembangan sungai nenggiri merupakan kawasan penempatan bagi lebih 10,000 orang asli dari suku kaum temiar, ramai di antaranya miskin tegar. pembangunan aktiviti eko-pelancongan di kawasan ini akan dapat meningkatkan kehidupan mereka dan membantu melindungi alam sekitar. projek ini akan melibatkan program pemuliharaan hidupan liar sepanjang sungai nenggiri, sungai burok, sungai jenera, sungai pulan serta kawasan sekitarnya. tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekelian, 15. rancangan yang mementingkan kesejahteraan rakyat pantai timur pasti mengandungi agenda sektor pertanian. pemodenan sektor pertanian adalah cara paling berkesan untuk memperbaiki pendapatan sebilangan besar penduduk pantai timur yang berada di luar bandar. malah, pertubuhan bangsa-bangsa bersatu mengatakan baru-baru ini bahawa memajukan sektor pertanian adalah 4 kali lebih berkesan daripada sektor lain bagi membebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan. 16. wilayah ekonomi pantai timur juga akan memberi tumpuan kepada program pertanian komersil berskala besar menggunakan konsep perladangan kontrak. bagi fasa pertama, khususnya di kelantan, kita akan membangunkan lembah pertanian moden bagi buah-buahan dan sayuran, melibatkan kawasan seluas 2,000 hektar di bachok dan pasir puteh. pembangunan lembah pertanian, yang akan diterajui oleh syarikat swasta, akan menyokong terminal makanan nasional (teman) di kota bharu di bawah rancangan malaysia kesembilan. lembah pertanian ini dijangka dapat meningkatkan pendapatan lebih 4,000 petani, kebanyakannya daripada golongan miskin melalui konsep perladangan secara berkelompok. bagi menjamin mutu produk dari lembah pertanian ini, satu pusat pengumpulan, pembungkusan dan pemprosesan akan diwujudkan di besut. lembah pertanian ini juga akan dihubungkan dengan teman di kota bharu dan taman industri halal di pasir mas untuk menjana sektor hiliran industri tersebut. 17. kita juga turut memberi penekanan kepada pembangunan industri herba dan bioteknologi memandangkan potensi pasaran bagi produk-produk ini. kawasan seluas 1,000 hektar di gua musang telah dikenalpasti untuk pembangunan pusat kecemerlangan ubat-ubatan alternatif dan organik. ini ditambah lagi pembangunan sebuah ladang satelit seluas 50 hektar di jeli. taman ini akan mempunyai empat komponen utama iaitu pusat penyelidikan, ladang herba organik, pusat pemprosesan, pusat latihan dan inkubator usahawan. ia akan dibangunkan oleh kesedar dengan

kerjasama felda, universiti tempatan dan mardi. taman ini dijangka dapat meningkatkan pendapatan petani dan menambah eksport produk herba. 18. khusus bagi negeri kelantan, taman kekal pengeluaran ayam di gua musang akan diwujudkan bertujuan untuk membangunkan kawasan pengeluaran ayam yang moden dan bersih. projek ini dijangka dapat membantu menghapuskan kemiskinan menerusi peluang pekerjaan di bidang pengeluaran dan juga pemprosesan. 19. untuk meningkatkan jualan tangkapan dan peluang pekerjaan dari aktiviti perikanan di wilayah ekonomi pantai timur, kita akan memajukan sebuah pelabuhan perikanan laut dalam di tok bali. kita menjangkakan pelabuhan ini akan memainkan peranan penting dalam pembangunan industri perikanan di wilayah ekonomi pantai timur. pelabuhan di tok bali ini akan menyediakan perkhidmatan untuk kapal-kapal nelayan laut dalam yang beroperasi di laut china selatan dan juga untuk pengeluaran akuakultur. pelabuhan ini akan bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pengagihan dan pengedaran ikan, ia dijangka dapat menyokong aktiviti pemprosesan ikan berskala besar serta aktiviti perdagangan. peranan pelabuhan laut dalam tok bali tidak akan terhad kepada aktiviti perikanan semata-mata kerana kita ingin memastikan pelabuhan ini turut menjadi sebuah pusat perniagaan yang berdaya maju. tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekelian, 20. dalam kita merancang pelbagai projek untuk memajukan wilayah ini, kita turut menggandakan usaha untuk membela nasib golongan miskin dan mereka yang kurang kemampuan, agar mereka juga dapat merasai nikmat pembangunan. bagi tujuan membasmi kemiskinan tegar di wilayah ini, kita akan melaksanakan projek pembangunan agropolitan, iaitu pusat pertumbuhan baru berasaskan pertanian di luar bandar. 21. serupa dengan konsep felda, projek ini akan mewujudkan kawasan perladangan yang diurus secara berpusat. peserta keluarga miskin akan diberi pegangan dalam bentuk syer, kediaman dan tanah untuk menjalankan penanaman secara komersial. 22. satu projek agropolitan perintis akan dimajukan di kawasan kesedar di gua musang, melibatkan 5,200 keluarga. projek ini merupakan usahasama antara pihak kesedar dan universiti malaysia kelantan. melalui projek ini, pihak universiti akan membantu pihak kesedar dalam membuat perancangan operasi, tinjauan sosio-ekonomi dan latihan keusahawanan. sebuah lagi projek agropolitan akan dibangunkan di kawasan kada di sekitar utara kelantan, yang akan melibatkan 4,250 keluarga. pendekatan yang digunakan dalam menjayakan projek-projek ini kelak akan digunapakai untuk membangunkan projek-projek agropolitan yang lain di bawah wilayah ekonomi pantai timur, ke arah mencapai matlamat kemiskinan tegar sifar. tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekelian, 23. pembangunan sektor pertanian bukanlah sekadar untuk meningkatkan hasil penanaman sahaja. strategi kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian adalah juga untuk menggiatkan aktiviti hiliran dalam sektor pembuatan dan pemprosesan. dengan itu, kita tidak hanya melahirkan para petani yang moden dan berteknologi tinggi, kita juga melahirkan generasi usahawan baru dalam bidang-bidang yang berkaitan seperti produk makanan, produk perubatan, biodiesel dan sebagainya. 24. di bawah rancangan pembangunan wilayah ekonomi pantai timur, peranan dan aktiviti sektor pembuatan dalam pembangunan ekonomi wilayah akan dipertingkat dan dipelbagaikan. 25. khusus bagi negeri kelantan, sebuah taman industri halal akan dibangunkan di pasir mas sebagai projek yang mengintegrasi aktiviti huluan dan hiliran industri ternakan negeri kelantan. selain menyediakan tapak bagi usahawan industri pemprosesan halal, taman ini juga menyediakan sokongan teknikal kepada pengusaha ladang seperti penambahbaikan ladang,

pembangunan kemahiran dan pengembangan pasaran. kita menjangkakan taman industri halal ini akan dapat menarik masuk pelaburan asing serta mewujudkan 1,800 peluang pekerjaan baru. 26. industri kecil dan sederhana (i.k.s.) juga turut diberi penekanan khusus di wilayah ekonomi pantai timur. i.k.s. yang berkaitan dengan pembuatan produk makanan dan kraftangan dan lainlain akan diperkukuhkan di wilayah ini. ini termasuklah menyediakan program sokongan seperti latihan, geran, modal teroka serta pinjaman mudah. tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, 27. saya yakin dan percaya bahawa rancangan pembangunan wilayah ekonomi pantai timur ini akan membawa pelbagai faedah dan manfaat kepada pembangunan negeri kelantan. dengan adanya peluang-peluang baru yang akan tercetus ini, maka saya percaya pertumbuhan ekonomi di wilayah ekonomi pantai timur akan dapat dirangsangkan, sekaligus meningkatkan pendapatan dan mutu hidup rakyat negeri kelantan. 28. peluang-peluang ekonomi harus dijana untuk generasi hari ini dan yang akan datang. tiaptiap tahun, beribu orang muda kelantan berhijrah ke bandar besar di negeri-negeri lain untuk mencari peluang pekerjaan. ramai ahli perniagaan malaysia yang berjaya berasal dari kelantan, namun kejayaan mereka dibina di kuala lumpur, di johor bahru, di pulau pinang dan sebagainya. ini adalah satu kerugian kepada negeri kelantan. kerugian potensi dan kerugian modal insan. kita perlu memberi keyakinan kepada rakyat kelantan dan juga warga wilayah ekonomi pantai timur untuk sama-sama berusaha membangunkan bumi ini. kita harus berusaha untuk menarik semula minat kepada wilayah ekonomi pantai timur supaya rakyat wilayah ini juga dapat menikmati kemajuan dan kesejahteraan. 29. oleh itu, saya berharap seluruh rakyat negeri kelantan akan memainkan peranan masingmasing, agar objektif dan sasaran yang telah ditetapkan di bawah wilayah ekonomi pantai timur ini dapat dicapai. kita yakin, limpahan kemakmuran yang terhasil dari rancangan ini akan dapat dikongsi bersama, seterusnya dapat mengubah nasib diri, keluarga dan masyarakat ke arah masa hadapan yang lebih bermakna. 30. semoga usaha ini akan diberkati, dilimpahi dan dilindungi allah s.w.t. jua dan semoga kita mendapat taufik dan inayah-nya dalam melaksanakan segala yang dirancang ini dengan tekun dan amanah. maka dengan itu, dengan lafaz bismillahir rahmanir rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan rangka tindakan wilayah ekonomi pantai timur peringkat negeri kelantan. sekian, terima kasih.

Related Documents