UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TKU 3023 INFORMATION AND COMMUNICATION IN CHEMISTRY TITTLE : SEKOLAH BESTARI GROUP : B PREPARED BY : ALIA FATEHA BT ZAINUDDIN D20081032312 NAZIRAH ADILAH BT SHAMSUL BAHARIM D20081322267 PREPARED FOR : MADAM HASMAYATI
Warna logo sekolah bestari Malaysia Tulisan berwarna hitam melambangkan pemikiran yang kritis dan kreatif. Kuning melambangkan pembelajaran secara optimis. Ungu melambangkan pengetahuan Putih melambangkan pendemokrasian pendidikan Biru melambangkan pembangunan pendidikan yang menyeluruh bagi pelajar Merah melambangkan peranan pendidikan sebagai nadi hidup negara.
Simbol sekolah bestari Malaysia Bentuk
hati
yang
riang
membawa
maksud
“hati
para
pelajarnya”.
Bentuk lampu bergaya yang sedang menyala membawa maksud “minda pelajarnya.” Bentuk empat segi yang kelihatan peramah melambangkan “perekaan semula Sistem Pendidikan Malaysia”
Lagu sekolah bestari Malaysia JIWA DAN MINDA
HEARTS AND MINDS
Bermula di sini
Together we are here
Hadapi cabaran dunia
Holding hands we face the world
Sehati sekata
We share the laughs and tears
Untuk jadi insan berjaya
Doing our best to the best
Suasana harmoni
Let’s learn in harmony
Menghormati menyayangi
Caring, loving we all shall be
Menggapai cita bintang kejora
We’ll try our best to be shining the star
Demi masa hadapan
The future in our hands
*Amal nilai murni
*Be strong, be kind, be fair
Dengan cara tersendiri
Together we chart our way
Didik jiwa minda
We use our hearts and minds
Berteraskan ICT
We learn through ICT
Sekolah Bestari,
Smart School you’re in our hearts
Namamu sentiasa di hati
We promise we’ll make you proud
Keranamu Malaysia
For the love of Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi**
One nation, we stand as one **
Malaysiaku tercinta
La?La?La?La?
La?la?la?la?la..
Du..du..du..du..du..du
Du..du..du..du..du..du
We’ll try our best to be the shining star
Menggapai cita bintang kejora
The future in our hands
Demi masa hadapan
(Repeat)*
(Ulang)*
**Together we are here as one
**Malaysia negara jaya
Ciptaan & Gubahan : Mohamed Anuar Dahalan Dalam usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia berstatus negara maju pada tahun 2020, teknologi maklumat (IT) telah dijadikan satu teras yang perlu dikuasai oleh semua lapisan masyarakat. Salah satu terminologi IT yang popular pada hari ini ialah Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT). ICT ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. Sama seperti lain-lain perkara baru yang diperkenalkan di dalam kehidupan sesuatu masyarakat, ia tentu menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi sebahagian daripada budaya hidup. Kefahaman masyarakat terhadap keperluan ICT di dalam kehidupan hari ini perlu dipertingkatkan. Ini memandangkan tanpa kefahaman yang jelas akan menjejaskan perkembangannya di Malaysia dan sekaligus memperlahankan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat bermaklumat di Malaysia. Dato' Seri Mohd Najib Razak dalam ucap utama di Majlis Perasmian Persidangan "Discovery Malaysia 1997" menyebut : "Sama ada kita setuju atau tidak, proses pendidikan di negara kita menjelang abad ke 21 tidak dapat lari daripada mendedahkan pelajar kepada teknologi maklumat dan multimedia. Ledakan multimedia sedang berlaku dengan pesatnya. Di seluruh dunia, negara maju telahpun melaksanakannya dalam prasarana pembangunan sumber manusia dengan tujuan melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berketrampilan dalam bidang teknologi digital menjelang abad akan datang". Justeru untuk turut sama bersaing dengan negara maju yang lain kerajaan telah mengambil langkah yang bijak dengan memperkenalkan sekolah bestari. Mengapakah kita memerlukan sekolah bestari? Persoalan ini telah terjawab berdasarkan penerangan di atas yang mana untuk membantu melonjakkan negara ke zaman maklumat supaya kita tidak ketinggalan berbanding negara lain. Justeru pendidikan berteraskan teknologi maklumat harus diterapkan kepada pelajar bermula dari usia yang muda lagi supaya
mereka tidak lagi merangkak-rangkak menggunakannya setelah berada di institusi pengajian tinggi ataupun setelah memasuki alam pekerjaan.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula membangunkan konsep Sekolah Bestari pada tahun 1996, di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu. Sekolah bestari merupakan sekolah yang diatur semula secara sistematik sama ada dari segi pengurusan, pengajaran dan juga pegajaran. Institusi pendidikan ini memberi penekanan kepada beberapa aspek seperti antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif. Sekolah bestari adalah berbeza dengan sekolah biasa dari segi pengajaran, pembelajaran dan juga pengurusan sekolah. Oleh itu, sekolah biasa akan dibestarikan dengan mengalami beberapa perubahan.
Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan
Program
Pembestarian
Sekolah.
Ini
memandangkan
untuk
membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah.
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah
dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengapliksikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (selfaccessed),terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).
Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai pencapaian ICT yang sama dengan menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi (hardware), menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap (software), memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru (wetware),
pentadbir
dan
staf
sokongan
dan
memastikan
wujudnya
sistem
penyelenggaraan. Program pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keupayaan dan kemampuan Kementerian Pelajaran dengan mengambil kira kesediaan sekolah.
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, sekolah bestari adalah berbeza dengan sekolah biasa. Di sekolah bestari, semua murid berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing. Guru di sekolah bestari pula akan mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan mengambilkira keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman murid. Persekitaran sekolahnya adalah kondusif untuk aktiviti pembelajaran, menggalakkan murid mengamalkan gaya pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan berkadar kendiri dengan guru sebagai fasilitator untuk menggalakkan minat belajar secara berterusan. Pentaksiran murid juga berbeza di mana
ia dijalankan secara berterusan dan digunakan untuk menggalakkan pembelajaran. Pengetua atau Guru Besar sekolah pula akan bertindak sebagai pemimpin pendidikan dan disokong oleh sekumpulan tenaga pengajar yang profesional dan berkaliber. Di sekolah bestari, tahap penglibatan dan sokongan ibu bapa dan komuniti adalah tinggi. Contohnya, ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran anak-anak mereka. Mereka juga akan membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar.
Dalam sistem persekolahan biasa, aktiviti pembelajaran adalah terhad. Oleh itu, murid akan berasa bosan meskipun guru telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan pelbagai kaedah dan teknik. Guru-guru di sekolah biasa, terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman hanya bergantung kepada buku teks atau buku-buku rujukan untuk menyampaikan pelajaran kepada murid memandangkan tidak ada kemudahan lain untuk mendapatkannya. Mereka sukar untuk mendapatkan bahanbahan pelajaran. Oleh itu, sumber rujukan yang boleh digunakan oleh murid-murid adalah terhad. Guru juga mempunyai had waktu mengajar dalam kelas biasa. Oleh itu penyampaian pelajaran adalah terhad. Kadangkala pelbagai masalah timbul disebabkan hal tersebut. Misalnya apabila guru tersebut tidak dapat masuk ke kelas kerana urusan lain, maka aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan. Guru di sekolah biasa juga sering menghadapi masalah untuk menyediakan bahan bantu mengajar/belajar kerana penggunaan bahan tersebut adalah terhad dan seringkali guruguru hanya menggunakan bahan-bahan bercetak atau bahan maujud yang lain. Tidak seperi di Sekolah Bestari, guru-guru tidak perlu menghabiskan banyak masa menyediakan bahan tersebut kerana banyak bahan bantu telah tersedia, seperti pakej pengajaran perisian komputer (software) dan internet.
Terdapat empat objektif penubuhan sekolah bestari. Objektif Sekolah Bestari adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu menghasilkan tenaga kerja yang
berpemikiran dan celik teknologi, mendemokrasikan pendidikan, meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan seperti masyarakat sekeliling dalam meningkatkan prestasi sekolah, berusaha memupuk perkembangan menyeluruh individu dan akhir sekali memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan setiap individu. Terdapat enam komponen dalam Sekolah Bestari Malaysia iaitu pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran, sumber manusia, kemahiran dan tanggungjawab, proses, teknologi dan dasar (Smart School Project Team 1997). Rajah 1.1 adalah model konseptual Sekolah Bestari yang dicadangkan oleh pasukan projek Sekolah Bestari. Model ini menggabungkan fungsi enam komponen Sekolah Bestari dengan lima matlamat Sekolah Bestari yang memfokus untuk menghasilkan tenaga kerja yang mahir dan bersedia untuk era infomasi dan merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Terdapat empat elemen dalam pengajaran dan pembelajaran Sekolah Bestari. Elemenelemen tersebut ialah kurikulum, pedagogi, penilaian dan bahan pengajaran dan pembelajaran (Smart School Project Team 1997). Komponen kurikulum dalam Sekolah Bestari secara keseluruhannya merangkumi pelabagai objektif, termasuklah membantu perkembangan individu secara menyeluruh, mengintergrasikan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, nilai, kemahiran dan sikap untuk berjaya serta beberapa matlamat yang lain. Berdasarkan komponen-komponen tersebut, adalah jelas bahawa pelajar-pelajar yang lahir melalui Sekolah Bestari sudah tentu mempunyai kemahiran-kemahiran yang menyeluruh. Pengetahuan dan pelbagai kemahiran itu nanti akan membentuk serta melahirkan seorang pelajar yang berwibawa Dari segi pedagogi pula, penyediaan kaedah pembelajaran di Sekolah Bestari adalah bertujuan untuk membolehkan para pelajar melalui pelbagai aktiviti, mengalami proses pembelajaran dengan membina pengertian, mengendalikan proses pembelajaran secara individu dan kolaboratif, serta mempelajari sesuatu berdasarkan kebolehan semulajadi para pelajar. Dengan cara itu, para pelajar akan mempunyai pengalaman yang luas semasa melaksanakan pembelajaran di sekolah. Berdasarkan pengalaman inilah para pelajar dapat membentuk suatu sikap yang baik dan dapat digunakan sama ada pada masa
kini atau akan datang. Proses penilaian dalam Sekolah Bestari adalah menyeluruh, autentik, fleksibel dan menggunakan pelbagai instrumen penilaian. Melalui proses itu, kesahihan penilaian tidak dapat dipertikaikan. Ini bermakna, kejayaan seseorang pelajar bukan hanya dinilai dari satu sudut sahaja. Kebolehan pelajar dari segala sudut turut diambil kira. Melalui proses penilain itu juga, Sekolah Bestari akan melahirkan pelajarpelajar yang sememangnya berkebolehan mengikut bidang-bidang tertentu. Oleh itu, kewibawaan terhadap kemahiran yang mereka miliki dapat lebi terserlah. Kurikulum Sekolah Bestari sememangnya menekankan kepada penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan diperolehi daripada banyak sumber. Hal itu akan membolehkan para pelajar mengumpul seberapa banyak ilmu pengetahuan mengikut kehendak dan kemampuan mereka. Berbekalkan ilmu pengetahuan dan kemahirankemahiran penggunaan teknologi dalam Sekolah Bestari, maka para pelajar yang lahir dari itu sememangnya akan menjadi seorang yang berwibawa pada masa akan datang kerana ilmu yang mereka miliki itu dapat digunakan dengan sebaik mungkin.
Dalam merealisasikan sesuatu projek, sudah tentu semua pihak harus memberikan sokongan sepenuhnya. Begitu juga dalam projek sekolah bestari, pelajar, ibu bapa dan para guru harus menyokongnya. Bagi pelajar,mereka hendaklah menyahut seruan kerajaan ini. Pelajar yang terpilih untuk belajar di sekolah hendaklah menggunakan peluang ini untuk mengutip sebanyak mungkin ilmu pengetahuan. Seperti yang telah dibincangkan, di sekolah bestari pembelajarannya adalah berpusatkan pelajar. Di dalam kelas penglibatan pelajar adlah amat diutamakan. Ini bermakna, guru bukan lagi bertindak memberi ilmu pengetahuan secara langsung, tetapi pelajar sendiri yang harus mencari sendiri dengan menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada. Para guru juga harus sedar bahawa mereka adalah sedikit berbeza dengan guru di sekolah biasa. Mereka juga harus mampu mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam ICT dan juga tahu mengenai perkembangan semasa dalam dunia ICT supaya mereka tidak ”kalah” dengan pelajar mereka. Contohnya, guru harus mempunyai email untuk selalu berhubung dan mengetahui perkembangan semasa pelajar atau mungkin untuk menghantar kerja sekolah. Selain itu, guru juga mengadakan forum untuk mengadakan perbincangan
dengan pelajar mengenai sesuatu topik pelajaran. Dengan ini, semua pelajar akan terlibat secara aktif dalam sesuatu pembelajaran. Selain itu, ibu bapa, komuniti, dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang Iebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak ini akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaranpembelajaran, dan sebagainya.
Sekolah bestari harian yang pertama, dikenali sebagai Kompleks Sri Bintang yang dilengkapi teknologi multimedia terkini, mampu menampung sehingga 4,600 pelajar. Empat buah sekolah akan bercantum dan sekaligus menjadi komponen sekolah bestari harian perintis itu. Sekolah-sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Sri Bintang 1 dan 2 serta Sekolah Kebangsaan Sri Bintang 1 dan 2, semuanya terletak dalam kompleks seluas 12.63 hektar di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur. Ia akan menjadi kompleks pendidikan termoden dalam negara dan dapat digunakan sepenuhnya pada Januari 1999. Komponen sekolah itu asalnya adalah Sekolah Menengah (SM) Perempuan Bukit Bintang dan Sekolah Rendah Kebangsaan (Perempuan) Bukit Bintang, yang tidak sesuai di tapaknya sekarang dan akan berpindah ke tapak sekolah bestari itu. Keempatempat buah sekolah itu akan berkongsi kemudahan seperti kompleks sukan, kolam renang, dewan serbaguna dan panggung multimedia, surau serta asrama untuk 800 pelajar serta 78 unit rumah guru. Secara keseluruhannya, sekolah itu mampu menampung sehingga 4,600 murid dan pelajar. Menteri Pendidikan pada masa itu, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perasmian pecah tanah dan menyatakan penyediaan tempat penginapan untuk murid, guru serta kemudahan-kemudahan bersepadu untuk akademik, riadah dan kokurikulum yang lengkap, dapat mewujudkan satu budaya baru ke arah mengeratkan lagi hubungan masyarakat. Antara ciri menarik yang terdapat dalam kompleks itu ialah penyepaduan antara sekolah dengan masyarakat setempat di mana kemudahan yang disediakan boleh dikongsi bersama. Selain di bandar, pembestarian sekolah juga dijalankan di luar Bandar. Sebanyak 15 buah sekolah luar bandar terlibat dalam pembestarian di bawah Multimedia Development
Corporation (MDEC), Multimedia Super Corridor (MSC) di seluruh Malaysia. Sekolahsekolah tersebut ialah SK Arau, Arau, (Perlis) SMK Megat Dewa, Kodiang, (Kedah) SJK (C) Mah Hua, Tasek Gelugor, (Pulau Pinang) SMK (Felda) Besout, Sungkai, (Perak) SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, (Selangor) SJK (T) Vageesar, Kuala Selangor, (Selangor)
SK
Palong
14(F),
Gemas,
(NegeriSembilan)
SK Pulau Sebang, Alor Gajah, (Melaka) SK Peserai, Batu Pahat, (Johor) SK Cherok Paloh, Kuantan, (Pahang) SK Tasik Cini, Pekan, (Pahang) SK Tok Randok, Ajil, (Terengganu) SK Jambu Lawar, Machang, (Kelantan) SMK Sematan, Sematan, (Sarawak) SMK (A) Mohamad Ali, Ranau, (Sabah). Program-program bestari yang sedang dan akan dilaksanakan kepada 15 sekolah ini merangkumi perkara-perkara seperti penyediaan alat-alat inovatif serta aplikasi untuk pengurusan sekolah, pengajaran dan pembelajaran, pengurusan perubahan untuk guru besar, pengetua dan guru-guru, latihan tambah nilai pengintegrasian bahan-bahan berasaskan ICT dan pemantauan secara on-site oleh pembimbing dari Institusi Pengajian Tinggi Awam. Perlaksanaan sekolah bestari merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha dalam memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Seperti mana diucapkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia iaitu pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat
prasarana
MSC
untuk
menggalakkan
pembentukan
Sekolah
Bestari."
Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ‘flagship application' dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia". Kesimpulannya diisini yang dapat kita rungkaikan bahawa perlaksanaan sekolah bestari bukanlah satu perkara yang tidak memberi manfaat kepada institusi pendidikan. Tetapi ia merupakan salah satu kaedah yang terbaik dalam memastikan taraf
pendidikan Negara mencapai taraf yang sama dengan dunia bak kata pepatah‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dan seterusnya mencapai hasrat ‘Wawasan 2020’.
Bibliografi
http://www.smkevii.edu.my/index.php? option=com_content&view=article&id=81&Itemid=100
http://infobestari.blogspot.com/2009/05/program-sekolah-bestari-luar-bandar-kpm.html
http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/informasi/soalan_lazim/status
www.smksgpusu.net/bahan/PanduanPembestarianSekolah.pdf
http://pkgseriampang.org/portal/index.php? option=com_content&task=view&id=13&Itemid=25
www.geocities.com/fmurni/skbestari.html
www.pspnperak.edu.my/files/PEMBESTARIAN%20SEKOLAH.doc
http://www.johordt.gov.my/ppdkulai/Galeri/kad_laporan_pipp_lampiran4.pdf
ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_bestari