Warisan Kesenian Pelbagai Kaum Di Malaysia. Kumpulan 1. -Azrul -Muhd Nur -Muhd Taufiq -Muhd Khidir
Seni Tarian Pelbagai Kaum di Malaysia • Tarian Kuda Kepang Tarian ini cukup unik dan lebih khususnya keturunan jawa.Tarian kuda kepang dipersembahkan oleh sembilan orang penari.Sekarang tarian ini lazimnya dipesembahkan dalam majlis budaya saja.Namun,sudah ada usaha untuk mempopularkannya semula. Alat yang digunakan ialah boneka kuda berbentuk dua dimensi yang dibuat daripada rotan dan kulit yang pelbagai warna.Tarian kuda kepang diiringi oleh beberapa alat muzik,iaitu gong,tamborin, dan angkung.
• Tarian Kenyah Tarian kenyah adalah tarian suku kaum Kenyah di Sarawak yang terdiri daripada pelbagai jenis.Salah satu jenis ini yang popular ialah datun julud.Tarian ini biasanya dipersembahkan untuk meraikan kedatangan para pengunjung ke rumah panjang.Pada umumnya,para penari tarian ini terdiri daripada lapan orang wanita yang akan menari mengikut alunan alat muzik sape. Peralatan utama dalam tarian kenyah ialah bulu-bulu burung kenyalang.Bulu-bulu ini menghiasi kedua-dua belah tangan setiap penari.Ayunan tangan yang dihiasi bulu-bulu kenyalang serta gerak tari yang lemah lembut inilah yang menyebabkan tarian kenyah sungguh unik dan tersendiri.
• Tarian Sumazau Tarian Sumazau adalah tarian suku kaum Kadazandusun di Sabah.Biasanya penari-penarinya terdiri daripada lelaki dan wanita.Semasa menari,mereka akan memakai pakaian serba hitam serta perhiasan seperti gelang suasa atau tembaga,cincin tembaga,anting-anting,kalung,sepasang keris,dan penutup kepala yang disebut terendak. Dahulu,tarian sumazau dipersembahkan sempena upacara tertentu yang berkait rapat dengan kepercayaan kaum tersebut.Misalnya upacara memuja kuasa ghaib,roh,dan semangat,upacara mengelak bencana,upacara memanggil semangat padi,dan sebagainya.Kini,tarian sumazau turut dipersembahkan sempena sesuatu keramaian seperti majlis perkahwinan,majlis meraikan pembesar dan pelancong,majlis sambutan Pesta Menuai,dan yang seumpamanya.
• Tarian Asyik. Tarian asyik adalah tarian tradisional kaum Melayu,khususnya di negeri Kelantan.Tarian ini menekankan ketertiban kepada para penari dan pemuzik iringan dari segi cara berpakaian,perawakan, serta gerak-geri.Hal ini demikian kerana tarian ini berasal dari istana dan dahulunya memang sering dipersembahkan kepada rajaraja Kelantan.Tetapi kini tarian ini turut dipersembahkan untuk tontonan umum. Tarian asyik bermula dengan kemunculan 10 orang penari yang bersimpuh dengan tertib.Seketika kemudian,muncul puteri asyik dengan gerak dan aksinya yang menarik,ditambah pula dengan pakaianya yang anggun serta kuku panjang melentik yang dipakaikan di hujung jari.Puteri asyik dan para penari akan menyembah lalu menari dengan lemah lembut sambil mengajukajukkan gerak-geri burung.
• Tarian singa. Tarian ini popular di kalangan rakyat Malaysia,khususnya masyarakat Cina.Biasanya tarian ini dipersembahkan semasa sambutan Tahun Baru Cina,meskipun ada juga dipersembahkan dalam sesuatu majlis rasmi. Alat yang digunakan ialah boneka singa dan badan singa yang dibuat daripada kain yang berwarna-warni seperti merah,kuning keemasan,dan oren.Tarian singa diiringi muzik yang dihasilkan oleh beberapa alat muzik,iaitu gendang,canang,dan simbal.
Seni Muzik Tradisional Malaysia. • Ghazal. Ghazal merupakan seni dan nyanyian Melayu yang mula berkenbang pada awal abad ke-19 di istana Riau-Lingga.Seni muzik yang mempunyai pengaruh Arab ini diperkenalkan oleh pedagang India dan Parsi.Malah kata ghazal merupakan kata Arab yang bermaksud “lagu dan puisi kasih”. Ghazal amat popular di negeri Johor.Seni muzik yang mulanya sering dipersembahkan di istana Johor telah menarik minat masyarakat Melayu di sana lalu berkembang dengan baiknya.Beberapa kumpulan ghazal mula tubuh dan telah mengadakan persembahan dalam majlis-majlis keramaian,perkahwinan dan upacara berkhatan.Hal ini semakin mempopularkan muzik ghazal hingga ke luar negeri Johor.
Persembahan ghazal menggunakan alat-alat muzik seperti harmonium,tabla,biola,gambus,gitar,tamborin,dan marakas. Liriknya pula merupakan pantun dua kerat,pantun empat kerat,atau pantun berkait.Antara tema dalam lagu ghazal termasuklah keindahan alam dan kawasan setempat,kasih sayang,nasihat,dan sebagainya.
Alat Muzik Tradisional Malaysia • Sape. Sejenis alat muzik tradisional bertali kaum Kenyah.Alat muzik ini dimainkan dengan cara dipetik.
• Rebab Alat muzik bertali dua atau tiga.Biasanya dimainkan semasa persembahan teater tradisi Melayu.Rebab dimainkan dengan cara digesek.
Seni Bina Malaysia. Di negara kita,ada pelbagai warisan seni bina yang melambangkan kekayaan sejarahnya serta budaya penduduknya yang berbilang bangsa dan agama.Justeru warisan seni bina ini dipelihara dan dipulihara dengan sebaikbaikya agar terus dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
Lukisan Tujuan lukisan dilukis ialah untuk menarik minat masyarakat dan pelancong terhadap seni lukis tempatan.Di samping itu,tujuan ini juga ingin menyedarkan mereka tentang pentingnya lukisan sebagai suatu bentuk warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia. Selain itu,lukisan tersebut juga memaparkan cara hidup rakyat yang berbilang bangsa.
Permainan Tradisional Di Malaysia. • Congkak Congkak dikatakan berasal daripada kata congak yang bermaksud mengira.Permainan ini dipercayai wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.Congkak yang pada mulanya hanya dimainkan di istana pada waktu itu telah berkembang dan turut dimainkan oleh rakyat jelata. Rupa bentuk papan congkak menyerupai sebuah sampan. Menurut ceritanya,congkak direka oleh seorang nelayan yang tidak dapat turun ke laut sebagai akibat musim tengkujuh.Oleh itu,untuk mengisi masa lapang yang banyak terluang,dia mendapat ilham mereka bentuk papan congkak berdasarkan sampannya.
Ada dua alat yang digunakan dalam permianan congkak,iaitu papan congkak dan buah congkak.Papan congkak boleh dibuat daripada pelbagai jenis kayu.Papan ini kemudiannya ditebuk tujuh atau sembilan lubang yang disebut “kampung”.Kampungkampung ini ditebuk dalam dua barisan secara berasingan dan selari.Di kedua-dua hujung kampung itu,ada sebuah lubang yang lebih besar dan lebih dalam disebut “rumah”.Sementara itu,buah congkak pula terdiri daripada biji saga,biji getah,kulit lokan,guli atau sebagainya
Kraf Tangan Tradisional Malaysia. • Batik Batik merupakan seni menghias corak kain dengan motif hiasan dan bahan pewarna khusus.Batik dihasilkan daripada teknik mencorakkan tekstil melalui proses penerapan lilin dan pencelupan benang.Batik berasal daripada kata Jawa “ambatik” yang bermaksud kain bercorak titik-titik kecil.
• Songket Songket pula adalah sejenis tenunan yang menggunakan benang emas.Juteru songket pada umumnya dianggap eksklusif dan agak mahal harganya.Itulah sebabnya pada masa dahulu songket dipakai hanya oleh gologngan bangsawan Melayu.Tetapi hari ini,songket sudah tidak asing lagi di kalagan orang kebanyakan dan makin dikenal oleh pelancong luar negara.Songket banyak dihasilkan di pantai timur Semenanjung,khususnya di Terengganu dan Kelantan