Wanita Solehah

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wanita Solehah as PDF for free.

More details

  • Words: 379
  • Pages: 2
Wanita Solehah, penghibur hati wanita solehah sentiasa tenang jiwanya.. Lantaran sentiasa mmebesarkan Allah dalam solatnya Dan sunnah RasuluLlah menjadi jalan hidupnya KalamuLlah adalah akhbar dan hiburan Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan. Sumber jiwanya beroleh kekuatan Agar sabar merintangi musibah Istiqamah dalam mujahadah Berteguh menjunjung hukum-hakam Allah. Jiwanya damai, tidak mudah bergoncang Ujian hidup baginya fitrah Sebagai mehnah, didikan terus dari Allah. Salah satu antara dua: Tanda kasih sayang Allah atau penghapus dosa yang meningkatkan iman. Berwaspada dengan firman Allah: “Barangsiapa yang tidak rela terhadap takdir-Ku, tidak sabar terhadap cubaan-Ku dan tidak bersyukur terhadap nikmat pemberian-Ku, maka carilah Tuhan selain Aku.” Berkhalwah pasrah di hujung malam Munajatnya adalah bicara cinta. Rintihan dan pengaduan adalah bait puitis Tidak pernah merelakan dirinya hanyut dibuai perasaan Gelodak rasanya tidak mudah dituruti. Dia insaf.. Hiburan yang tidak membimbing jiwa ke arah cinta keTuhanan adalah Pembohongan dan sia-sia Ketenangan yang diilhamkan hanyalah sementara Sentuhan iramanya tidakkan mampu memecahkan masalah. Gemerlap sinarnya tidakkan menyuluh jalan keluar. Bahkan jiwanya yang sakit akan semakin parah. Tusukan asyiknya adalah jarum-jarum syaitan mata hati akan buta, kaburlah hikmah yang tersurat Tidakkan nampak jalan akhirat Inilah yang paling ditakuti dan sentiasa diawasinya!

Maka kepada Allah lah dipanjatkan segala pengaduan Dan Dialah sebaik-baik tempat pergantungan Seperti yang dinukilkan dalam firman Allah: “Apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah Kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al Baqarah : 156-157) Inilah wanita solehah yang tidak akan membiarkan dirinya menjadi busar panahan syaitan diperalatkan untuk mengumpan kaum adam. Memandangnya menyejukkan mata Dirinya yang tenteram memberikan hiburan Kiranya ianya seorang isteri, Keperibadiannya akan menghibur suami. Seperti yang diungkap oleh pujangga sufi, “Rumahtangga menjadi gelanggang dan kebanggaan. Anak-anak menjadi murid dialah mursyidnya. Harta suaminya dijaga dengan sempurna Dilepaskan suami berjuang dengan rela dan bangga Dirumah dan di luar maruahnya sentiasa dijaga. Sentiasa menguntum senyum di hadapan suami. Sanggup hidup berdua Mati bersama. Lantaran mengharap keredhaan Allah semata-mata. Memadai dengan apa yang ada Tidak pernah menuntut apa yang tiada Menjadi tulang belakang perjuangan suami. Sehingga menjadi sumber kekuatan jiwa suami dalam menegakkan Jihadnya. Natijahnya : Lahirlah jiwa sakinah bernafsu mutmainnah Dan mendapat alu-aluan Allah: “Kembalilah kepada Tuhan-Mu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.” (Surah Al-Fajr :27) Wallahu a’lam. "

Related Documents

Wanita Solehah
November 2019 30
Sifat2 Wanita Solehah
October 2019 15
Isteri Solehah
May 2020 37
Peribadi Isteri Solehah
November 2019 29

More Documents from "zuhadisaarani"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31