Sifat- Sifat Isteri Solehah Adapun disenaraikan sifat-sifat isteri solehah di bawah jika seseorang isteri ataupun wanita itu kekurangan tidaklah dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki solehah itu ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka kerana segala sesuatu yang dijadikan Allah swt mempunyai rahmat disebaliknya. 1. Mentaati Perintah Allah s.w.t dengan mengerjakan segala perintah suami dengan kehendak Allah s.w.t 2. Bersikap malu terhadap suami 3. Sentiasa melembutkan percakapan di hadapan suami 4. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami sedang berkata-kata 5. Berdiri tegak sebagai menghormati suami pulang dan pergi 6. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri apabila suami memerlukan 7. Memakai wangi-wangian di hadapan suami (bersolek) 8. Menghiaskan diri untuk suami 9. Tidak berhias dan memakai wangian semasa ketiadaan suami 10. Memelihara mulut dari bau-bauan yang tidak menyenangkan suami 11. Tidak mengkhianati dan melakukan curang terhadap suami semasa ketiadaannya 12. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami 13. Hendaklah bersyukur di atas segala yang disediakan suami 14. Sentiasa bersedia serta rela disentuh suami bila sahaja dikehendakinya 15. Tidak melakukan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami 16. Tidak keluar rumah tanpa kebenaran suami