Upsr Bm Sk Kertas 1 Set 2

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Upsr Bm Sk Kertas 1 Set 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,456
  • Pages: 11
Nama : _____________________________________

Tarikh : ______________

SULIT 011 Bahasa Melayu LTS 2005 Set 2 50 minit

011

JABATAN PELAJARAN PERAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA _____________________________________________

MODUL LEARNING TO SCORE UPSR 2005

BAHASA MELAYU Kertas 1 Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

2.

Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

3.

Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.

4.

Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

011 2005 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak

SULIT

SULIT

2

SET 2 / 011

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 19 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar 1

1

Opah akan __________ sirehnya terlebih dahulu sebelum keluar ke mana-mana. A B C

menumbuk menggentel menggobek

Gambar 1

Soalan 2 dan Soalan 3 berdasarkan gambar 2

2

Encik Zaidi menggunakan __________ kawat berduri untuk memagar kebun sayur di belakang rumahnya. A B C D

seurat serawan segulung sebidang

Gambar 2

3

__________ Encik Zaidi berbaloi kerana sayur-sayurannya hidup subur dan mendapat pasaran yang baik. A B C

4

Penat-lelah Tungkus-lumus Comot-momot

“__________ diarahkan oleh Ketua Pengawas untuk bertugas di kawasan pintu pagar utama,” kata Zainal dan Harjit kepada Puan Rozita. A B C D

Kita Kami Kamu Kalian

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011 Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak

HALAMAN

2

SULIT

3

SET 2 / 011

Soalan 5 berdasarkan gambar 3

5

Kehidupan petani-petani di kawasan itu akan __________ sekiranya kemarau berterusan. A B C D

terjejas terjamin terbantut terkandas

Gambar 3

Soalan 6 berdasarkan gambar 4

6

__________bergiat dalam bidang muzik, Fiza juga berbakat dalam bidang lakonan. A B C D

Manakala Walaupun Di samping Oleh sebab

Gambar 4

7

Pembinaan ayat yang gramatis __________ sudut tatabahasa itu telah disampaikan oleh Munsyi Dewan dan pendengar memperoleh manfaat ___________ ceramah tersebut. A B C D

dari … kepada daripada … dari dari … daripada daripada … kepada

Soalan 8 berdasarkan gambar 5

8

Puan Latipah menanam beberapa __________ anak padi di sawahnya. A B C

ikat gemal rumpun

Gambar 5

9

Sekumpulan remaja itu __________ masuk ke belukar untuk menyelamatkan diri daripada serbuan pihak berkuasa. A B C

merejah menerkam menjunam

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011 Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak

HALAMAN

3

SULIT

4

SET 2 / 011

Soalan 10 berdasarkan gambar 6

10

Muhammad Zunaidi mengayuh basikalnya ______________ pantas sekali menuju ke garisan penamat. A B C

amat paling teramat

Gambar 6

Soalan 11 berdasarkan gambar 7

11

Adik Maria menangis teresak-esak kerana __________ oleh rakannya ketika bermain di taman permainan. A B C D

diusik diejek dipukul ditohmah

Gambar 7

12

Ayah menasihati adik supaya berjalan dengan lebih berhati-hati agar tidak __________ barang hiasan di atas meja itu. A B C D

tercuit terkuis tersigung tersadung

Soalan 13 berdasarkan gambar 8

13

Puan Zuraini berjaya __________ tempat pertama dalam pertandingan memasak yang dianjurkan oleh KEMAS. A B C

meraih menjulang menguasai

Gambar 8

Soalan 14 berdasarkan gambar 9

14

Walaupun bertubuh kecil, Nazrul mampu menghabiskan dua puluh __________ sate. A B C D

ulas rawan cucuk batang

Gambar 9

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011 Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak

HALAMAN

4

SULIT

5

SET 2 / 011

Soalan 15 berdasarkan gambar 10

15

Ahmad Khairul membuat __________ kedua dalam acara lontar peluru itu. A B C D

tamparan sepakan balingan lontaran

Gambar 10

16

Semua penduduk di pesisiran pantai itu menjadi __________ apabila mendengar khabar angin bahawa ombak besar akan melanda sekali lagi. A B C D

kecewa cemas rimas keliru

Soalan 17 berdasarkan gambar 11

17

Budak itu makan dengan gelojoh sehingga ___________ tulang ikan. A B C D

tersedak tersedu terbatuk tercekik

Gambar 11

18

Pokok renek yang rimbun dan berwarna-warni itu _______________ rumah Pak Hasan. A B C D

dipagari memagari dipagarkan memagarkan

Soalan 19 berdasarkan gambar 12

19

Keluarga Puan Kumari sedang __________ mengusahakan kebun sayur mereka setiap hujung minggu. A B C

bergotong-royong bertungkus-lumus berebut-rebut

Gambar 12

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011 Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak

HALAMAN

5

SULIT

6

SET 2 / 011

Soalan 20 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. 20

Para penyokong memberi sokongan yang padu kepada pasukan masing-masing dalam pertandingan bola sepak itu. A B C D

jitu tegap mampat mantap

Soalan 21 Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris. 21

“Perkara itu sangat remeh untuk dibincangkan dalam mesyuarat ini,” jelas Norhasibah. A B C D

biasa sukar senang mustahak

Soalan 22 dan Soalan 23 Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. Soalan 22 berdasarkan gambar 13

22

Penduduk Taman Alam Megah, hidup harmoni dan saling menolong __________. A B C D

bagai aur dengan tebing bagai enau dalam belukar bagai tikus membaiki labu bagai embun di hujung rumput

Gambar 13

Soalan 23 berdasarkan gambar 14

23

Hasbullah tidak pandai bermain layang-layang, namun dia __________ untuk bermain bersama rakan-rakannya. A B C D

ada hati berat hati busuk hati sampai hati

Gambar 14

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011 Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak

HALAMAN

6

SULIT

7

SET 2 / 011

Soalan 24 Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan. 24

Enjin kereta ayah itu sukar untuk dihidupkan kerana baterinya lemah. A B C D

Sudahkah enjin kereta ayah itu dihidupkan? Mengapakah enjin kereta ayah itu sukar untuk dihidupkan? Kenapakah ayah sukar untuk menghidupkan enjin kereta nya itu? Adakah bateri yang menjadi punca enjin kereta ayah sukar untuk dihidupkan?

Soalan 25 Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan. 25

Berapakah jarak tempat persembunyian pengganas komunis itu dengan pos kawalan pasukan keselamatan negara kita? A B C D

Pos kawalan pasukan keselamatan negara kita terletak sepuluh kilometer dari sini. Jaraknya agak jauh dari pos kawalan pasukan keselamatan negara kita. Ya, tempat persembunyian pengganas komunis itu memang jauh. Tidak jauh, Cuma kira-kira sepuluh kilometer sahaja.

Soalan 26 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 26

Sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan segera, nescaya kesan yang lebih buruk akan dapat dilihat pada masa yang akan datang. A B C D

Kesan yang lebih buruk akan dapat dilihat pada masa hadapan jika masalah ini tidak diatasi dengan segera. Masalah ini perlu diatasi dengan segera kerana pada masa akan datang kesannya akan menjadi lebih buruk. Biarpun masalah ini tidak dibendung dengan segera, namun kesannya akan menjadi lebih buruk pada masa hadapan. Andainya pada masa akan datang masalah ini akan mendatangkan kesan yang lebih buruk, maka eloklah masalah ini dibendung segera.

Soalan 27 dan Soalan 28 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 27

I II III IV

Hobi Jesika melayan internet sehingga larut malam. Mat Jenin melayan perasaannya di atas pokok kelapa. Seniwati veteran itu dapat melayan istimewa dalam majlis itu. Puan Latifah sedang melayan tetamu yang bertandang di rumahnya.

A B C D

I dan III sahaja II dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011 Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak

HALAMAN

7

SULIT

28

8

SET 2 / 011

I II III IV

Undang-undang di kolej kakak saudara saya agak longgar. Seluar baru yang dibeli oleh adik Kamaruddin itu longgar betul. Semenjak hari pertengkaran itu, hubungan antara Ali dan Ahmad menjadi longgar. Budak itu dikenakan hukuman longgar kerana melanggar peraturan sekolah.

A B C D

I dan II sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja

Soalan 29 dan Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang betul. 29

30

I II III IV

Bungkusan itu saya menerima daripada rakan saya semalam. Sudah satu setengah jam kami menunggu kedatangan Arjuna. Hampir setengah daripada kawasan itu ditumbuhi pepohon hijau Kejadian tanah runtuh itu berlaku pada waktu petang semalam.

A B C D

I dan III sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

I II III IV

Ramasamy memasukkan segugus anggur ke dalam kotak itu. Sungguh meriah sekali sambutan Hari Guru di sekolah kamu. Saya selalu mengunjungi restoran itu kerana amat suka akan masakannya. Berbagai kegiatan telah dijalankan oleh Kelab Kembara sepanjang tahun ini.

A B C D

I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Guru Bertugas Mingguan, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya berucap dalam perhimpunan kali ini. Sebagai ketua pengawas sekolah ini, saya mengambil kesempatan untuk mengumumkan satu berita yang menyedihkan. Ingin saya nyatakan bahawa pada malam tadi, rumah salah seorang murid sekolah ini telah hangus dijilat api. Murid yang malang itu ialah Mohamad Nor Shafik bin Ismail dari kelas Enam Mawar. Murid tersebut tidak dapat ke sekolah kerana keperluan dan peralatan persekolahannya turut terbakar. Dia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011 Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak

HALAMAN

8

SULIT

9

SET 2 / 011

Cikgu dan rakan yang dihormati, Saya juga dimaklumkan bahawa sekarang ini dia menumpang di rumah saudaranya. Oleh hal yang demikian, saya merayu kepada semua guru, kakitangan sekolah, dan rakanrakan agar dapat menghulurkan derma ikhlas untuk membantu keluarga yang malang ini. Sehubungan itu, rakan-rakan diminta menyampaikan maklumat ini kepada ibu bapa atau penjaga masing-masing. Hadirin yang dikasihi, Kutipan derma akan dilancarkan mulai esok selama seminggu. Ahli Jawatankuasa Kebajikan Kelab Guru akan mengutip derma dari kelas ke kelas. Diharapkan hasil kutipan derma yang diperoleh dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga tersebut. Di samping itu, wang tersebut dapat digunakan untuk membeli keperluan persekolahanya. Kita berharap dan berdoa agar dia dapat bersekolah seperti biasa secepat mungkin. Untuk makluman guru-guru dan rakan-rakan, hasil kutipan tersebut akan disampaikan kepada keluarga mangsa oleh Guru Besar semasa perhimpunan yang akan datang. Akhir kata, saya mohon kemaafan dan berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kutipan derma ini. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang terbabit dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan. Sekian dimaklumkan, terima kasih.

31

Di manakah ucapan ini disampaikan? A B C D

32

Apakah tujuan ucapan ini disampaikan? A B C D

33

Menyampaikan makluman dan memohon kutipan derma Menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati Menyampaikan pengumuman dan perancangan Menyampaikan pesanan dan tindak ikut

Mengapakah mangsa tidak dapat bersekolah? A B C D

34

Di bilik darjah Di kantin sekolah Di tempat kejadian Di dataran perhimpunan

Sedih dengan peristiwa yang berlaku Malu dengan kawan kerana tiada uniform Kecewa kerana tiada wang untuk berbelanja Malang kerana tiada keperluan dan peralatan persekolahan

Bagaimanakah rakan-rakan mangsa dapat menyumbangkan derma kepadanya? A B C D

Memohon wang daripada ibu bapa dan menyerahkannya kepada pihak sekolah . Memberitahu ibu bapa dan menyampaikan sumbangan peralatan sekolah. Memohon wang daripada ibu bapa dan meminjamkan wang tersebut. Memberitahu ibu bapa dan menyampaikan sumbangan .

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011 Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak

HALAMAN

9

SULIT

35

10

SET 2 / 011

Berdasarkan petikan di atas, kamu boleh membuat kesimpulan bahawa A B C D

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Bilik 101 A, Asrama Budiman, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan. 12 MEI 2005. Menemui Cikgu Siti Norhana binti Lokman yang berada di Taman Desa Chandan dengan selamatnya. Apa khabar cikgu di sana ? Saya berharap cikgu sekeluarga sihat walafiat. Keadaan diri saya di sini, sihat-sihat sahaja. Cikgu, Tujuan saya menulis surat ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu yang telah banyak berjasa kepada saya. Hampir sedekad saya tidak bertemu cikgu. Tanpa didikan dan bimbingan cikgu, saya mungkin tidak dapat menikmati kejayaan dalam bidang pelajaran. Berkat asuhan dan tunjuk ajar cikgu, saya dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading yang menjadi idaman setiap pelajar. Semoga cita-cita saya hendak menjadi seorang jurutera akan termakbul. Saya masih lagi teringat-ingat akan pesanan cikgu agar belajar bersungguh-sungguh sekiranya ingin berjaya . Cikgu mengambil berat tentang pelajaran dan kebajikan saya dan rakan-rakan. Cikgu juga bersusah payah mengadakan kelas bimbingan secara percuma kepada kami. Nasihat cikgu sebelum saya meninggalkan Sekolah Kebangsaan Permatang Raja dulu masih tersemat di hati. Cikgu pernah berpesan bahawa kunci kejayaan ialah usaha tanpa jemu dan berterusan. Selain itu, cikgu juga ada mengatakan sekali gagal bukan bermakna akan gagal buat selama-lamanya. Kini , saya mengakui akan kebenaran kata-kata cikgu itu.Saya berjanji akan menjadikan kata-kata itu sebagai pedoman hidup saya. Sebelum saya mengakhiri warkah ini, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terdapat salah dan silap yang pernah saya lakukan. Terimalah sekeping potret saya buat tatapan cikgu. Saya berdoa agar cikgu sekeluarga sihat dan dilanjutkan usia. Yang ikhlas,

Nazrin (NAZRIN BIN ZAABA)

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011 Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak

HALAMAN

10

SULIT

36

A

berdedikasi dan meminta agar semua anak muridnya belajar di universiti.

B

hanya memberi didikan semata-mata kepada anak muridnya sehingga berjaya ke universiti. berdedikasi, bertanggungjawab dan kurang memberi perangsang kepada anak muridnya. berdedikasi, bertanggungjawab dan mengambi berat tentang pelajaran serta kebajikan anak muridnya.

D

Perkataan termakbul dalam petikan bermaksud A B C D

40

memuji akan kebaikan cikgunya semasa belajar di sekolah rendah. memohon maaf kepada cikgu kerana banyak melakukan kesalahan. memberi sekeping gambar foto terbaru kepada cikgu kesayangannya. mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgunya.

Menurut pendapat Nazrin, Cikgu Siti Norhana ialah seorang guru yang

C

39

Kenalan lama Cikgu Siti Norhana Bekas anak didik Cikgu Siti Norhana Seorang graduan universiti tempatan Bekas rakan sejawat Cikgu Siti Norhana

Tujuan Nazrin menulis surat ini adalah untuk A B C D

38

SET 2 / 011

Siapakah pengirim surat ini? A B C D

37

11

tertera tertunda tercapai termimpi

Penyataan yang berikut benar tentang petikan di atas, kecuali A B C D

bekas guru Nazrin sangat mengambil berat tentang pelajaran anak muridnya. Cikgu Siti Norhana mengajar di Sekolah Kebangsaan Permatang Raja. Nazrin sentiasa menghubungi gurunya ketika berada di universiti. hampir sepuluh tahun Nazrin tidak berjumpa gurunya.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011 Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak

HALAMAN

11

Related Documents