BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 2
SULIT 021 / 031 Bahasa Melayu Kertas 1 2005 50 minit
O21 / 031
JABATAN PELAJARAN PERAK ______________________________________________________
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2005 “LEARNING TO SCORE” SET 2
BAHASA MELAYU Kertas 1 Lima puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1.
Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.
2.
Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
3.
Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
4.
Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.
Kertas ini mengandungi 11 halaman bercetak. halaman LEARNING TO SCORE 021 / 031 2005 Hak2005 Cipta Jabatan Pelajaran Perak Jabatan Pelajaran Perak.
1 SULIT
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 2
Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga piliha jawapan iaitu A, B dan C atau empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih.
Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1 1
Mak Limah _____________ tikar dengan daun mengkuang. A menganyam B menjahit C membuat D membentang
Soalan 2 dan Soalan 3 berdasarkan Gambar 2
Gambar 2 2
Ramli sedang membasuh ________________ kasut. A sepasang B seutas C sekuntum D setongkol
halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.
2
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 2
3
Kasut yang dibasuh akan kelihatan ______________ selepas dicuci. A lawa B cantik C bersih D kemas
4
Ayah masih di sawah _______________ hari sudah senja. A namun B lantaran C meskipun D bahkan
5
Pemandu lori itu gagal memberhentikan lorinya kerana mengalami kerosakan pada_______________nya. A stereng B lampu C brek D roda
Soalan 6 dan Soalan 8 berdasarkan Gambar 3
Gambar 3 6
Semasa Hari Raya Puasa mereka ________________ bagi mengeratkan silatulrahim. A bersalam-salaman B berpeluk-pelukan C berbual-bual
7
Ayah memakai se_______________ baju melayu yang lengkap pada majlis hari raya itu. A helai B pasang C utas
8
________________ berbual-bual mesra sambil menikmati hidangan yang disediakan. A Mereka B Kita C Kami D Kalian
halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.
3
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 2
Soalan 9 berdasarkan Gambar 4
Gambar 4 9
Mei Ling akan menduduki peperiksaan UPSR, dia belajar ______________ larut malam. A ke B pada C hingga
Soalan 10 Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris. 10
Hati ibu menjadi radang apabila terpandang wajah ayah. A mesra B tenang C lembut D sejuk
Soalan nombor 11 berdasarkan Gambar 5.
Gambar 5 11
Anita gemar mengisi masa lapangnya dengan __________________ gambar pemandangan. A lukis B dilukis C melukis D melukiskan
halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.
4
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 2
Soalan nombor 12 berdasarkan Gambar 6.
12
Gambar 6 Encik Azman sedang __________________ sebuah kereta yang rosak di bengkelnya. A memulih B membaiki C menyembuh
Soalan nombor 13 berdasarkan Gambar 7
Gambar 7
13
____________________ yang terdapat di jalan raya hendaklah dipatuhi supaya tidak berlaku kesesakan. A Lampu jalan B Lampu isyarat C Lampu picit
halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.
5
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 2
Soalan 14 berdasarkan gambar 8.
Gambar 8 14
Liza lari lintang-pukang apabila seekor anjing _______________ mengejarnya. A bengis B garang C berang
Soalan 15 dan soalan 16. Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. 15
Persiapan sedang rancak dilakukan untuk menyambut ketibaan Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia. A kecoh B cepat C giat D tekun
16
Imbuhan yang diterima oleh Aziz tidak setimpal dengan tugas yang dilakukannya. A sesuai B secocok C sepadan
17
Kerja-kerja ___________________ bangunan itu dihentikan buat sementara kerana tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan. A binaan B dibina C membina D pembinaan
waktu
Soalan 18 Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris. 18
Keluarga Encik Zulkifli merupakan sebuah keluarga yang bahagia. A aman B seksa C damai D derita
halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.
6
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 2
19
Vimala merupakan anak manja dalam keluarganya. _____________ kemahuannya pasti akan ditunaikan oleh ibu bapanya. A Seluruh B Segala C Sebanyak
Soalan nombor 20 berdasarkan gambar 9
Gambar 9 20
Perbuatan ________________ seperti dalam gambar diatas tidak patut kita contohi. A panjang akal B panjang tangan C panjang langkah
Soalan 21 hingga Soalan 23 Pilih ayat-ayat yang betul. 21
22
I II III IV
Dia memberitahu berita itu kepada orang tuanya. Pondok kecil itu kami duduki selama setahun. Warta berita pukul lima akan ke udara sebentar tadi. Pegawai keselamatan memeriksa semua kenderaan yang memasuki kawasan itu.
A B C D
III sahaja IV sahaja III dan IV sahaja I, II, dan IV sahaja
I II III IV
Demi untuk negara dia rela berkorban apa saja. Luka di kakinya belum baik-baik lagi. Dia menyapa gurunya dengan sopan. Ana menari sambil mendengar lagu-lagu rancak.
A B C D
I dan II sahaja I dan IV sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja
halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.
7
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 2
23
I II III IV
Lelayang itu baru saya beli. Beg sekolah itu saya akan cuci. Jam tangan itu diambil oleh saya. Tong itu tidak terangkat oleh saya.
A B C D
I dan IV sahaja II dan III sahaja I dan II sahaja III dan iV sahaja
Soalan 24 Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan. 24
“Ya, saya sudah mengambil keputusan untuk tinggal di kampung dan mengerjakan sawah-sawah yang terbiar,” kata Kamal. A Adakah awak sudah mengambil keputusan untuk terus tinggal di kampung dan mengerjakan sawah-sawah yang terbiar? B Siapakah yang mengambil keputusan untuk terus tinggal di kampung dan mengerjakan sawah-sawah terbiar? C Mengapakah Kamal telah mengambil keputusan untuk terus tinggal di kampung dan mengerjakan sawah-sawah terbiar? D Apakah keputusan yang telah dibuat oleh Kamal?
Soalan 25 Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan. 25
Bolehkah kamu membawa adik saya yang sakit ini ke klinik? A Sudah tentu. Memang ada klinik dibuka 24 jam. B Sudah tentu. Saya pun memang hendak pergi ke sana. C Boleh juga. Adik kamu pernah dirawat di klinik itu. D Boleh juga. Saya kenal jururawat di klinik itu.
Soalan 26 dan Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 26
27
I II III IV
Sikat rambut kamu dengan kemas. Berapakah sikat pisang terdapat di dalam bakul itu? Abang membeli sikat yang murah harganya. Petani itu sikat tanah di bendangnya.
A B C D
I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja
I II III IV
Perut ayah buncit setelah makan tiga pinggan nasi. Tayar kereta itu buncit setelah diisi angin. Mat Buncit terkenal kerana perutnya yang buncit itu. Belon itu kelihatan sungguh buncit.
A B C D
I dan II sahaja I dan III sahaja I dan IV sahaja II dan III sahaja halaman
LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.
8
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 2
Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 28
“Jemur baju di ampaian supaya cepat kering,” kata ibu kepada kakak Anum. A Kakak diarahkan oleh ibu agar menjemur baju Anum di ampaian supaya cepat kering. B Kakak Anum meminta ibunya menjemur pakaiannya di ampaian supaya cepat kering. C Ibu meminta kakak Anum menyidai pakaian di ampaian supaya cepat kering. D Ibu meminta Anum menyidai pakaian kakaknya di ampaian supaya cepat kering.
29
Sebahagian daripada wang gajinya akan disimpan di Bank Pertanian. A Bank Pertanian menggalakkan orang ramai berjimat cermat. B Wang gajinya disimpan di Bank Pertanian. C Dia akan menyimpan sebahagian daripada wang gajinya di Bank Pertanian. D Di Bank Pertanian itu, dia mengeluarkan wangnya.
30
Penyanyi yang merdu suaranya itu akan menyanyikan lagu Melayu asli. A Lagu Melayu asli menjadi kegemaran penyanyi bersuara merdu itu. B Lagu Melayu asli akan dinyanyikan oleh penyanyi yang bersuara merdu itu. C Lagu-lagu itu dimainkan oleh mereka sebelum penyanyi Melayu asli itu bernyanyi. D Lagu Melayu asli dinyanyikan oleh penyanyi itu.
Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Farah Wani Farah Wani
: : : :
Farah :
Wani :
Farah : Wani : Farah :
31
Hai, Wani! Lama kita tidak bertemu? Seronokkah cuti sekolah yang lalu? Hampir seluruh cuti saya habis di hospital sahaja. Kamu sakit apa? Tak tahulah, Farah. Mula-mula, saya muntah-muntah. Badan saya letih dan tak ada selera makan. Kemudian perut saya sakit. Bapa membawa saya ke hospital dan saya terus ditahan. Doktor telah menjalankan banyak ujian tetapi mereka masih belum tahu puncanya dengan pasti. Maafkan saya. Sekiranya saya tahu kamu berada di hospital tentulah saya melawat kamu. Boleh juga saya hiburkan hati kamu. Sekarang, bagaimana dengan keadaan kamu? Lebih baik daripada masa cuti dahulu. Walau bagaimanapun, doktor akan membuat pemeriksaan lagi pada minggu hadapan. Mungkin saya kena tinggal di hospital dalam dua atau tiga hari. Saya takut dan bimbang, Farah. Jangan takut, Wani. Saya pasti doktor dapat mengubati penyakit kamu nanti. Terima kasih, Farah. Saya doakan agar kamu pulih segera. Saya juga akan mengajak Fatin dan Betty melawat kamu nanti.
Perbualan di atas menunjukkan bahawa Farah dan Wani ialah A guru dan murid B kakak dan adik C sahabat karib halaman
LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.
9
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 2
32
Mengapa Farah meminta maaf daripada Wani? A Sahabatnya sakit B Tidak menziarahinya ketika di hospital C Wani takut tinggal di hospital D Tidak memberitahu Fatin dan Betty
33
Mengapakah doktor menjalankan ujian ke atas Wani? A Untuk menentukan berapa lama Wani patut tinggal di hospital B Untuk mengetahui punca penyakit yang dihidapi oleh Wani C Untuk mengetahui kecerdasan Wani D Untuk menghentikan muntah-muntah
34
Perkataan keadaan yang diucapkan oleh Farah merujuk kepada A kesihatan Wani B pelajaran Wani C perasaan Wani D persahabatan mereka
35
Pada pendapat kamu, bilakah perbualan ini berlaku? A Sebelum cuti sekolah B Semasa cuti sekolah C Setelah cuti sekolah tamat D Ketika Wani berada di hospital
Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca jadual waktu yang disediakan oleh Kim Swee di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Jadual Waktu Isnin – Jumaat
6.30 pagi 7.00 pagi 7.15 pagi 1.45 petang 2.00 petang 2.30 petang 3.00 petang 5.30 petang 6.30 petang 8.00 malam 9.00 malam 10.00 malam
36
-
Bangun, mandi, dan berpakaian Sarapan Keluar rumah Pulang dari sekolah Makan tengah hari Berehat dan membaca surat khabar Membuat kerja sekolah dan mengulang kaji Bermain bola sepak di padang Mandi dan menonton televisyen Makan malam. Kemudian berbual-bual bersama ahli keluarga Mengulang kaji pelajaran Tidur
Pada pendapat kamu, ke manakah Kim Swee akan pergi pada pukul 7.15 pagi? A Sekolah B Pejabat C Perpustakaan D Taman permainan halaman 10
LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 2
37
Bilakah Kim Swee meluangkan masanya untuk membaca berita dalam dan luar negeri? A Pukul 1.45 petang B Pukul 2.30 petang C Pukul 3.00 petang D Pukul 5.30 petang
38
Bagaimanakah Kim Swee dapat menyihatkan badannya? A Tidur B Membuat kerja C Duduk berehat D Bermain bola sepak
39
Apakah yang dilakukan oleh Kim Swee sebelum mengulang kaji pelajarannya? A Tidur B Membuat kerja sekolah C Berbual dengan ahli keluarga D Menonton televisyen bersama keluarga
40
Berapakah jumlah masa yang dihabiskan oleh Kim Swee untuk membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pada waktu lapang? A Dua jam B Tiga jam C Tiga jam setengah D Empat jam setengah
halaman 11 LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.