Upsr Bm Sjk Kertas 1 Set 1

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Upsr Bm Sjk Kertas 1 Set 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,225
  • Pages: 13
SULIT 021 / 031 Bahasa Melayu Kertas 1 2005 50minit

O21 / 031

JABATAN PELAJARAN PERAK ______________________________________________________ UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2005 “LEARNING TO SCORE” SET 1

BAHASA MELAYU Kertas 1 Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

2.

Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

3.

Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.

4.

Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas ini mengandungi 12 halaman bercetak dan 0 halaman tidak bercetak.

021 / 031

2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

SULIT

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan iaitu A , B dan C atau empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih. Soalan 1 hingga Soalan 16 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1 1

Gajah sedang mengangkat ________________ kayu balak menggunakan belalainya. A sebuah B sebatang C seketul D sebutir

Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2 2

Jangan _______________ ketika guru sedang mengajar di bilik darjah. A berbual B dibual C terbual

halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

2

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

Soalan 3 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3 3

Azman sedang menelefon ibunya di _____________ pondok telefon awam. A sebidang B sebatang C sebuah D seunit

Soalan 4 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4 4

Hadi _____________ Jalur Gemilang semasa sambutan Hari Kebangsaan. A mengibarkan B melambaikan C membuaikan

Soalan 5 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

3

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

5

Kami sekeluarga sedang ________________ televisyen di ruang tamu. A melihat B menonton C menyaksi D menengok

Soalan 6 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6 6

Adik duduk ____________ bermain alat permainan. A sehingga B sambil C supaya D semenjak

Soalan 7 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7 7

Hobi Ah Leong membaca buku. Oleh itu, dia digelar ___________________ A ringan tulang B ulat buku C otak cair D buta huruf

halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

4

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

Soalan 8 berdasarkan Gambar 8

Gambar 8 8

Ariffin masuk ke dalam rumahnya lalu __________________ suis lampu. A terpetik B dipetik C memetik

9

_________________ ahli keluarganya keracunan makanan selepas menjamu selera di gerai itu. A Kelima-lima B Lima-lima C Berlima-lima

10

Setiap hari ayah memakai ______________ ke pejabatnya. A kasut roda B kasut getah C kasut sukan D kasut kulit

Soalan 11 berdasarkan Gambar 9

Gambar 9

halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

5

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

11

Kakak ____________ menyuapkan sesudu air ke mulut adik. A berhati-hati B bertenang C berkasar

Soalan 12 berdasarkan Gambar 10

Gambar 10 12

Mei Ying menyerahkan dompet itu _______________ Encik Kamal. A dari B pada C kepada D daripada

Soalan 13 dan Soalan 14 berdasarkan Gambar 11

Gambar 11 13

Abang mengait buah mangga menggunakan mata pengait yang ______________ . A melengkung B bundar C bujur D lurus

halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

6

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

14

______________ mengait buah mangga yang telah masak sahaja. A Engkau B Dia C Kamu D Awak

Soalan 15 dan Soalan 16 berdasarkan Gambar 12

Gambar 12

15

Bapa membawa kami menonton wayang di ______________ . A pawagam B dewan C sarkas

16

Mereka menuju ke kaunter untuk membeli _______________ . A kupon B resit C tiket D bil

Soalan 17 dan Soalan 18 berdasarkan Gambar 13 Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

Gambar 13

halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

7

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

17

Murid-murid bersenam pada waktu pagi. A senja B malam C petang

18

Mereka bersenam di kawasan yang lapang. A lebar B dalam C pendek D sempit

Soalan 19 dan Soalan 20 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. 19

Ravi tidak menyangka akan peristiwa seperti ini berlaku di kampungnya. A mengadu B memaklum C mengalami D menduga

20

Selepas bersara Encik Yaakob berasa runsing berehat di rumah sahaja. A rimas B malas C bosan D bingung

Soalan 21 dan Soalan 23 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 21

Puan Low menjual pelbagai barangan di kedai runcitnya. A Pelbagai barangan di kedai runcit dijual oleh Puan Low. B Pelbagai barangan dijual oleh Puan Low di kedai runcitnya. C Berbagai-bagai barangan dijual di kedai runcit Puan Low. D Berbagai-bagai barangan di kedai runcit Puan low dijual oleh.

22

Pada hari Sabtu lalu, kami telah melawat ke sebuah kilang sawit. A Kami telah melawat ke sebuah kilang sawit, pada hari Sabtu lalu. B Mereka telah melawat ke sebuah kilang sawit, semasa hari Sabtu lalu. C Melawat ke sebuah kilang sawit pada hari Sabtu yang lalu kami. D Pada hari Sabtu lalu, kilang sawit telah melawat kami sebuah telah.

23

“Jangan bermain di luar kerana hari hampir senja,” kata ibu kepada adik. A Adik melarang ibu bermain di luar kerana hari hampir senja. B Hari hampir senja ibu bersama adik bermain di luar. C Ibu melarang adik bermain di luar kerana hari hampir senja. D Bermain di luar amat bahaya kerana hari hampir senja ibu berkata.

halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

8

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

Soalan 24 dan Soalan 25 Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan. 24

Durian, manggis, cempedak, dan rambutan merupakan buah-buahan tempatan negara kita. A Mengapakah buah-buahan tempatan negara kita disukai ramai? B Apakah jenis buah-buahan tempatan yang terdapat di negara kita?. C Di manakah buh-buahan tempatan negara kita boleh didapati?. D Bagaimanakah rasa buah-buahan tempatan negara kita?

25

Datuk Azhar Mansor mengambil masa selama 190 hari mengelilingi dunia. A Bilakah Datuk Azhar Mansur mengelilingi dunia? B Bagaimanakah Datuk Azhar Mansur mengelilingi dunia? C Berapa lamakah masa yang diambil oleh Datuk Azhar Mansur untuk mengelilingi dunia? D Benarkah Datuk Azhar Mansur mengelilingi dunia selama 190 hari?

Soalan 26 Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan. 26

Bilakah pertandingan bola sepak itu bermula? A Pertandingan bola sepak itu telah dibatalkan. B Pertandingan bola sepak itu merupakan pertandingan persahabatan. C Pertandingan bola sepak itu akan ditangguhkan pada minggu hadapan. D Pertandingan bola sepak itu bermula sebaik-baik sahaja pengadilnya sampai.

Soalan 27 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 27

I II III IV

Kopi itu pahit rasanya. Gulai lemak cili padi ikan tenggiri itu sangat pahit. Adik enggan menelan ubat yang pahit itu. Bapanya seorang penghisap pahit.

A B C D

I dan II sahaja I dan III sahaja I, II, dan III sahaja I, II, III, dan IV

Soalan 28 dan Soalan 29 Pilih ayat yang betul. 28

A B C D

Di hari ini jualan ikan tidak jalan. Satu penjenayah telah ditembak mati oleh polis. Dia telah pergi ke rumahnya kerana bermain bola sepak. Walaupun baru berusia empat tahun Ramesh petah bertutur.

halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

9

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

29

I II III IV

Ah Leng berbasikal ke sekolah. Mereka membimbing orang buta itu melintas jalan. Sungai itu telah tercemar sepuluh tahun yang lalu. Mukanya perang kerana kekurangan darah.

A B C D

I dan II sahaja I dan III sahaja II, III, dan IV sahaja I, II, III, dan IV

Soalan 30 Susun ayat-ayat di bawah mengikut urutan yang betul. 30

I II III IV

Santhi ketinggalan bas sekolah. Setiap hari Shanti menaiki bas sekolah Encik Ramu. Shanti menaiki teksi untuk sampai ke sekolah. Shanti terlewat bangun pada pagi itu.

A B C D

II, IV, I dan III II, III, I dan IV II, I, IV dan III II, IV, III dan I

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut. Koridor Raya Multimedia atau singkatannya MSC meliputi kawasan seluas kira-kira 750 kilometer persegi. Kawasan ini melingkupi Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, dan Putrajaya iaitu pusat pentadbiran baru Kerajaan Persekutuan. Secara umumnya, MSC ialah projek gergasi kerajaan untuk membangunkan industri teknologi maklumat dan telekomunikasi tempatan. Hal ini sejajar dengan wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Projek MSC ini akan memberikan faedah yang banyak dan kemudahan kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Salah satu daripada kemudahannya ialah membolehkan pengguna membayar bil seperti bil telefon atau bil elektrik secara elektronik. Kita hanya perlu menekan papan kekunci komputer dari rumah sahaja untuk menjelaskan bil berkenaan. Selain itu, kita juga dapat menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja melalui komputer peribadi yang disambungkan ke internet. Melalui cara ini kita dapat berhubung dengan rakan-rakan atau ahli keluarga tanpa perlu bertemu muka. Malahan mungkin suatu hari nanti ada pekerja tidak perlu ke pejabat setiap hari. Kerja-kerja dapat dilakukan di rumah dan dihantar kepada majikan melalui komputer sahaja. 31

Berapa luaskah kawasan yang dilitupi oleh Koridor Raya Multimedia? A 75 km persegi B 750 km persegi C 7500 km persegi D 705 km persegi

halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

10

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

32

Mengapakah projek MSC dikatakan projek gergasi kerajaan? A Projek ini merangkumi kawasan seluas kira-kira 750 kilometer persegi B Projek ini akan merealisasikan wawasan 2020 C Projek ini akan memajukan bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi negara D Memudahkan kerja menghantar dan menerima maklumat

33

Rangkaian kata-kata tanpa perlu bertemu muka bermaksud... A tidak payah berbincang B tidak perlu berjumpa C tidak perlu bergesel muka D tidak payah berselisih di jalan

34

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan tadi. A Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terletak di Sepang B Pengguna dapat membayar bil telefon secara elektronik melalui projek MSC ini C Dengan internet kita dapat berhubung antara satu dengan yang lain dengan cara yang canggih D MSC meliputi dua kawasan utama di Kuala Lumpur

35

Berikut merupakan manfaat yang boleh dinikmati daripada kemudahan MSC yang disediakan oleh projek ini kecuali... A Membayar bil B Menyebarkan maklumat C Menyediakan kemudahan awam

halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

11

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca laporan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. LAPORAN LAWATAN KE ARKIB NEGARA PERSATUAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PERAI Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Kuala Perai telah menganjurkan lawatan ke Arkib Negara. Lawatan itu diadakan pada hari Sabtu,13 Mac 2005. Sebanyak 10 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan menyertai lawatan itu. Lawatan itu diketuai oleh guru penasihat persatuan iaitu, Cikgu Idris bin Othman. Rombongan kami bertolak dari sekolah pada pukul 9.00 pagi. Kira-kira empat puluh minit kemudian, kami tiba di perkarangan Arkib Negara.Bangunan Arkib Negara dikelilingi pepohon yang menghijau. Arkib Negara yang terletak di Jalan Duta,Kuala Lumpur itu dibuka pada hari Isnin hingga Sabtu. Masuk adalah percuma. Ketibaan kami dialu-alukan oleh Pengawai Perhubungan Arkib Negara. Setelah diberi penerangan ringkas tentang sejarah penubuhan Arkib Negara ,kami dibawa melawat sekitar bangunan itu. Tempat yang mula-mula kami lawati ialah dewan penyelidikan. Dewan ini boleh memuatkan 120 orang penyellidik. Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada sesiapa yang ingin memperolehi maklumat tentang sejarah negara. Antaranya termasuklah bilik bacaan,bilik audio, dan khidmat membuat salinan dokumen sama ada secara fotostat, slaid dan gambar foto. Seterusnya, kami dibawa ke Pameran Arkib Warisan Eksklusif yang diadakan di Dewan Pameran Tetap. Pameran ini memaparkan bahan–bahan sejarah dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah era penubuhan Malaysia. Selepas itu, kami dibawa melawat ke Pameran Khas. Pameran ini diadakan berdasarkan sesuatu tema pada tempoh masa yang tertentu. Acara akhir yang disusun ialah lawatan ke Sudut Wira. Sudut Wira ini mempamerkan bahan-bahan tentang Perdana Menteri Malaysia yang pertama hinggalah sekarang. Rombongan kami bertolak pulang pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Diharapkan aktiviti ini dapat menambah pengetahuan dan pengalaman para peserta. Disediakan oleh, Nurafifah (NUR AFIFAH MOHD) Setiausaha Persatuan Bahasa, Sekolah Kebangsaan Kuala Perai.

18 MAC 2005.

36

Berapa orang pesertakah yang menyertai lawatan ke Arkib Negara? A 10 orang B 15 orang C 25 orang D 26 orang

37

Siapakah yang menyambut ketibaan rombongan Sekolah Kebangsaan Kuala Perai? A Guru Besar PersatuanBahasa Malaysia B Setiausaha lawatan ke Arkib Negara C Pegawai Perhubungan Arkib Negara D Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Perai

halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

12

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

38

Penyataan-penyataan yang berikut adalah benar tentang Arkib Negara kecuali….. A terletak di Jalan Duta,Kuala Lumpur B dikelilingi pepohon yang menghijau C dibuka pada hari Isnin hingga hari Sabtu D dikenakan bayaran kepada setiap pengunjungnya

39

Urutan rangka lawatan yang betul ialah….. A melawat ke dewan penyelidikan - Pameran Arkib Warisan Eksklusif Pameran Khas - Sudut Wira B melawat ke Sudut Wira - dewan penyelidikan - Pameran Khas - Pameran Arkib Warisan Eksklusif C melawat ke Pameran Arkib Warisan Eksklusif - Pameran Khas - Sudut Wira dewan penyelidikan D melawat ke dewan penyelidikan-Sudut Wira - Pameran Khas - Pameran Arkib Warisan Eksklusif

40

Apakah harapan Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia daripada lawatan tersebut? A Mengeratkan hubungan antara para peserta B Menambah pengalaman dan pengetahuan C Mengharapkan mutu perkhidmatan Arkid Negara akan semakin baik D Memupuk kemesraan antara pihak Arkib Negara dengan pihak Sekolah Kebangsaan Kuala Perai

KERTAS SOALAN TAMAT

halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

13

Related Documents