SMK FELCRA BUKIT KEPONG
UJIAN BERTULIS
1 JAM 30 MINIT
Bahasa Melayu 02/1
Arahan 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian; Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Anda dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B serta satu soalan daripada Bahagian C. 3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 4. Bagi Bahagian B, tiga soalan disediakan. Soalan (1) merupakan soalan objektif pelbagai bentuk tentang sistem bahasa. Soalan (2) merupakan soalan subjektif pemahaman petikan, dan Soalan 3 pula merupakan soalan subjektif tentang novel. Jawab semua soalan di dalam ruangan jawapan yang disediakan. 5. Bagi Bahagian C, dua soalan subjektif dikemukakan tentang pemindahan maklumat. Pilih satu soalan sahaja. Kegunaan pemeriksa Nama Pemeriksa: Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 20 B 25 C 15 Jumlah 60 NAMA : …………………………………………………………………………… TINGKATAN : ………………………………….……………...………………… Disediakan oleh:
Disahkan oleh:
___________________ PN. NORAINI BINTI KHALIL Guru Bahasa Melayu SMK Felcra Bukit Kepong
___________________ EN. SHUKRI BIN SALIMAN Ketua panitia Bahasa Melayu (Menengah Rendah) SMK Felcra Bukit Kepong
1
BAHAGIAN A [20 Markah] Soalan 1 hingga 5 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1
2
3
Adik__________ kepada ibu kerana meminta dibelikan permainan. A merengek B meleter C merungut D meradang
C D
Mak Jah menggunakan galah untuk _________ buah rambutan. A memetik B mengutip C mengait D memotong
tilikan saranan
4
Cikgu Rahman menegur sikap _________ pelajar yang gemar berbasikal secara bersaing-saing di jalan raya. A setengah B seluruh C sesetengah D segala
5
Haji Hamid akan ________ anak gadis kesayangannya pada cuti persekolahan yang akan datang. A mempersuamikan B mempersuami C bersuamikan D bersuami
Menurut _________ Jabatan Meteorologi, hujan lebat dijangka akan melanda kawasan selatan tanah air pada minggu hadapan. A taksiran B ramalan
Soalan 6 hingga 10 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesahahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B, atau C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu memengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 6
7
8
Hasil kaji selidik yang dijalankan menunjukkan A bahawa sesetengah-sesetengah remaja terlibat B dalam perlumbaan motosikal haram akibat terpengaruh dengan rakan sebaya C Tiada kesalahan. D
menyebabkan tiada sesiapa yang suka berkawan B C dengannya.Tiada kesalahan. D 9
Perbuatan hina-menghina antara satu sama lain A tidak patut diamalkan dalam kehidupan kerana B boleh tergugat kesejahteraan. Tiada kesalahan. C D
Tujuan majlis itu diadakan ialah untuk meraikan A B kepulangan anaknya dari luar negara. C Tiada kesalahan. D
10 Anggota polis diseru agar melaksanakan A tanggung jawab untuk kesejahteraan bangsa dan B negara dengan ikhlas pada setiap masa. C Tiada kesalahan. D
Sikapnya yang menokok tambah sesuatu cerita A
2
Soalan 11 hingga 12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 11
I. Rahman agak liat untuk mandi di telaga kerana airnya yang dingin. II. Kempen kibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan tidak sewajarnya mendapat yang dingin daripada rakyat. III. Arina dapat menjangka bahawa Farhana pasti akan bersikap dingin terhadapnya setelah mengetahui hal yang sebenar. IV. Wajah Fatihah kelihatan dingin sahaja setelah ibu mencadangkan dia bertunang dengan jejaka pilihan keluarganya. A B C
D 12
I. Para penduduk membina benteng untuk menahan air sungai daripada melimpah ke kawasan kampung. II. Ayah mengambil sebatang galah untuk menahan pokok pisang itu daripada tumbang. III. Abang Ikhwan cuba menahan perasaan marah yang menguasai dirinya. IV. Aziz tidak sempat menahan bas tersebut kerana leka berbual dengan rakannya. A B C D
I,II dan III sahaja II, III dan IV sahaja I,II dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja
I dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja I, II, III dan IV sahaja
Soalan 13 hingga 14 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 13
Program tersebut diadakan demi untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang cara-cara untuk menjaga keselamatan anak-anak. A untuk memberi sedar kepada B demi memberi kesedaran pada C untuk memberi kesedaran kepada D demi untuk memberi kesedaran kepada
14
Jika sekiranya anda menghadiri majlis tersebut, tentu suasana akan menjadi lebih meriah lagi. A jika anda menghadiri B sekiranya anda hadir C jika sekiranya anda hadir D jika sekiranya anda menghadiri
Soalan 15 hingga 16 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 15
16
A
Pada setiap hari, Ahmad akan menjual nasi lemak yang disediakan oleh ibunya. A Ibunya akan menyediakan nasi lemak pada setiap hari untuk dijual kepada Ahmad B Ahmad akan menyediakan nasi lemak yang dijual oleh ibunya pada setiap hari. C Nasi lemak yang diijual oleh ibunya disediakan oleh Ahmad pada setiap hari. D Nasi lemak yang disediakan oleh ibunya akan dijual oleh Ahmad pada setiap hari.
B
C
Pelajar yang berjaya mencipta robot yang dapat mengesan lipas seterusnya memusnahkan lipas itu telah menerima anugerah khas daripada kerajaan.
D
3
Pelajar yang berjaya mengesan robot yang dapat mencipta lipas seterusnya memusnahkan lipas tersebut telah menerima anugerah khas. Pelajar tersebut menerima anugerah khas kerana berjaya mencipta robot yang dapat mengesan lipas seterusnya memusnahkan lipas ciptaan kerajaan. Pelajar itu telah menerima anugerah khas daripada kerajaan kerana berjaya mencipta robot yang dapat mengesan lipas seterusnya memusnahkan lipas tersebut. Pelajar yang berjaya mencipta robot yang dapat mengesan lipas itu menerima anugerah khas daripada kerajaan.
Soalan 17 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah. Danial : Ibu, cuti sekolah nanti saya bercadang hendak membantu ayah di pasar. Ibu : Elok juga cadangan kamu itu. Kata orang ________. Daripada kamu membuang masa, lebih baik melakukan sesuatu yang berfaedah. 17
A B C D
bersekutu bertambah mutu masa itu emas bertangguh itu pencuri masa muafakat itu berkat
Soalan 18 hingga 20 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) mula diperkenalkan pada tahun 2007 secara rintis kepada semua murid tahun satu. Pembelajaran PKJR ini dijalankan melalui penyerapan ilmu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pelaksanaan PKJR di sekolah rendah dan di sekolah menengah memberikan beberapa manfaat kepada murid. Melalui pembelajaran PKJR, murid dapat mempelajari peraturan-peraturan jalan raya. Misalnya, mereka belajar tentang cara untuk melintas jalan dan menunggang basikal dengan selamatnya. Mereka juga belajar tentang maksud lambang-lambang yang terdapat di jalan raya. Pengetahuan tentang hal ini penting untuk menjadikan mereka pengguna jalan raya yang berhemah. Selain itu, pembelajaran PKJR juga dapat mendidik murid-murid tentang nilai-nilai murni di jalan raya. Nilai-nilai yang baik ini patut dipelajari agar mereka tidak bertindak ganas di jalan raya. Sebagai contoh, mereka tidak menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba. Pembelajaran PKJR dapat menyedarkan mereka agar menggunakan jalan raya dengan selamatnya. Dengan mempelajari PKJR, kerajaan berharap akan dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini. Bagi tujuan tersebut, kesedaran tentang keselamatan jalan raya perlu dipupuk sejak kecil lagi, bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kerajaan berharap agar murid-murid akan menjadi pengguna yang mematuhi peraturan jalan raya apabila mereka dewasa kelak. Kesimpulannya, banyak manfaat yang diperoleh dengan mempelajari PKJR di sekolah. Oleh hal yang demikian, pembelajaran PKJR perlu diteruskan dan dilakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Dengan itu, kita berharap agar jalan raya di Malaysia menjadi tempat yang selamat. (Sumber: https://sites.google. com/site/webpkjr/laman-web-pkjr) Buku Teks Tingkatan 3, muka surat 47
18. Bagaimanakah inisiatif supaya menjadikan pelajar berhemah di jalan raya? A. Para pelajar mempelajari cara melintas dan menunggang basikal dengan selamat. B. Para pelajar memandu kereta tanpa lesen. C. Para pelajar menunggang motosikal dengan cuai. D. Para pelajar menunggang motosikal secara bergandingan 19. Berdasarkan petikan, apakah maksud peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya? A. Orang lain yang berbuat kebajikan, orang lain pula yang mendapat pujian. B. Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijadikan dan demikian sebaliknya. C. Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi. D. Tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan).
4
20. Berikut merupakan pengetahuan yang akan diperoleh apabila mempelajari PKJR, KECUALI A. Mempelajari peraturan-peraturan jalan raya B. Mendidik para pelajar tentang nilai-nilai murni C. Mengurangkan kadar kemalangan D. Menjadikan masyarakat yang suka berlumba di jalan raya
KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF 1 2 3 4 5
A A A A A
B B B B B
C C C C C
D D D D D
11 12 13 14 15
A A A A A
B B B B B
C C C C C
D D D D D
6 7 8 9 10
A A A A A
B B B B B
C C C C C
D D D D D
16 17 18 19 20
A A A A A
B B B B B
C C C C C
D D D D D
5
BAHAGIAN B [25 Markah] Soalan 1 Pilih kata sendi nama yang sesuai untuk ayat-ayat di bawah. 1.
Dia belajar____________ tekun untuk lulus dalam peperiksaan PMR.
bagi, dengan, hingga
2.
Kedai buku sekolah akan dibuka___________ pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi pada setiap hari.
daripada, dari, kepada
3.
Hari Kantin sekolah itu akan diadakan___________ hari Sabtu ini.
4.
Adik menerima ucapan tahniah___________ rakan kelasnya kerana lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.
5.
Mereka akan bertolak____________ Pulau Pinang pada hari esok.
pada, hingga, di dari, daripada, kepada kepada, ke, akan
[5 Markah] Soalan 2 Baca petikan mahkamah di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. PEGUAM BELA
:
HAKIM PENDAKWA RAYA HAKIM PEGUAM BELA
: : : :
TERTUDUH I PEGUAM BELA
: :
TERTUDUH I PEGUAM BELA TERTUDUH I PEGUAM BELA
: : : :
TERTUDUH I
:
Tuan hakim, saya membantah tindakan pendakwa raya. Pendakwa raya nampaknya cuba menekan anak guam saya. Ya, pendakwa raya. Saya fikir soalan awak sudah selesai. Awak boleh duduk. Baik, tuan. Sekarang giliran peguam bela untuk mengemukakan soalan. Dipersilakan. Bulat bin Leper, benarkah pada 10 Januari 1988, antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi, kamu berada di Taman Gagak Putih? Ya, benar tuan. Dan pada waktu siang yang tersebut itu, kamu telah makan sebiji pisang berangan ... kemudian kulitnya, yang kamu tidak lalu nak makan, kamu buang ke dalam tong sampah, yang tersedia oleh pihak berwajib, tapi sudah rosak pintunya? Ya, benar sekali, tuan. Dan kamu sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu bukan tugas kamu? Ya, tuan. Lalu, kulit pisang yang kamu buang ke dalam tong sampah itu ialah suatu perbuatan yang sudah cukup memperlihatkan kesedaran sivik kamu, malah kamu telah menunjukkan contoh yang baik? Benar sekali, tuan. (Dipetik daripada drama “Mahkamah”, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia.
i.
Apakah yang dilakukan oleh TERTUDUH I hingga menyebabkan dia dibicarakan di mahkamah ? (3 markah) ……………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………… 6
ii.
Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan drama tersebut.
(3 markah)
……………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………… iii.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa bagi memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak? (4 markah) ……………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………
Soalan 3 Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji semasa Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. (ii)Sejambak Bakti karya Rejab F.I (iii) Darah Titik di Semantan karya Arman Sani (iv) Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim Berdasarkan sebuah novel di atas, huraikan tiga perwatakan watak utama atau watak sampingan yang diberikan berserta contoh peristiwa yang berkaitan.
Sejambak Bakti Razali
Darah Titik di Semantan Zahid
Hempasan Ombak Farid
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………… 7
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Bahagian C [15 Markah] Arahan: Pilih satu soalan sahaja sama ada Soalan 1 ATAU Soalan 2. Soalan 1 :Ringkasan (15 markah) Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian tulis satu ringkasan tentang punca-punca kemurungan dalam masyarakat . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.
Sejak kebelakangan ini, ramai yang bercakap tentang gejala kemurungan. Ini seiring dengan laporanlaporan di media massa dan media cetak tentang insiden penderaan, pergaduhan, mahu pun bunuh diri yang berlaku akibat kemurungan atau depression. Terbaharu, seorang kakitangan sebuah sekolah yang dikatakan cuba membunuh diri bersama anak-anaknya dari atas jambatan di Batu Pahat Johor dan seorang guru yang maut kerana terjun dari sebuah pusat beli-belah lima tingkat di Ipoh adalah dilaporkan berasbabkan kemurungan. Melalui laporan-laporan sebegini, kita dihidangkan dengan pelbagai andaian mengenai kemurungan yang menyebabkan golongan sebegini tidak memikirkan lagi sempadan dan kewarasan dalam bertindak. Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkannya berasa sedih berpanjangan, keletihan, ketiadaan tenaga dan cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Banyak punca berlakunya kemurungan dalam diri seseorang. Menurut Portal Kementerian Kesihatan Malaysia antaranya disebabkan oleh pewarisan penyakit kemurungan daripada generasi keluarganya terdahulu atau persekitaran ekoran peristiwa hidup seperti kegagalan, kematian, atau bencana yang melanda dan Kemurungan turut boleh terjadi apabila seseorang mempunyai penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidism atau penyakit kronik lain. Kemurungan juga secara psikologinya berpunca daripada gaya dan corak pemikiran seseorang yang melibatkan bagaimana persepsi seseorang kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya. Kita lihat kehidupan orang sekeliling sentiasa kelihatan gembira, penuh hilai ketawa dan serba-serbi bahagia yang bukan indikator jelas kepada kemurungan. Silap-silap, anak-anak, keluarga terdekat mahu pun diri kita sendiri adalah penghidap kemurungan. Ada dalam kalangan kita yang terus menerus menidakkan bahawa mereka ada menunjukkan simptom kemurungan walau pun ia masih di peringkat awal. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan lebih kurang 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas atau 29 peratus populasi negara menghidapi pelbagai masalah mental termasuk kemurungan. Secara mudahnya, satu pertiga rakyat Malaysia mempunyai masalah mental.
8
Pakar psikologi dan perubatan mencadangkan banyak langkah pencegahan dan pembetulan yang perlu diambil secara proaktif dalam membendung kemurungan daripada menjadi kronik dan membahayakan penghidapnya dan orang di sekelilingnya. Antaranya, kita perlu ketahui penyakit kita dengan cara berjumpa dengan pakar psikiatri atau doktor dan mendapatkan konsultasi daripada mereka. Seterusnya, patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan andai dinasihatkan sebegitu oleh pakar perubatan. Kemudian, amalkan cara berfikir yang positif dan tenang dan menguruskan konflik-konflik yang boleh memekarkan tekanan dan kemurungan. Gaya hidup yang sihat perlu menjadi amalan dengan cara bersukan, berekreasi atau melakukan aktiviti fizikal yang boleh membuat kita rasa gembira, dapat bersosial dengan keluarga dan rakan-rakan dan memenuhi hobi atau aktiviti kegemaran kita. Begitupun, Islam memberi panduan yang berbeza dalam mengatasi masalah kemurungan. Manusia secara fitrahnya dipengaruhi oleh unsur dalaman yang terdiri daripada perasaan, jiwa dan nafsu. Sekiranya unsur-unsur tersebut mengalami gangguan, maka ia akan mempengaruhi tingkah laku dan perbuatannya. Bijak pandai bidang agama menegaskan bahawa proses penyembuhan kemurungan dan masalah mental lain adalah secara kerohanian. Ia dilihat sebagai alternatif terbaik untuk merawat penyakit-penyakit mental ini dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, mendirikan solat, bacaan zikir, doa-doa lazim dan khusus, bermunajat dan melakukan amar ma’aruf sebagaimana yang digariskan oleh syariat Islam. Islam menggalakkan umatnya supaya menjadi generasi yang cergas, cerdas dan bersemangat untuk menghadapi cabaran kehidupan yang sememangnya menekan emosi dan jiwa. Islam menggalakkan kita menyeimbangkan juga usaha membendung penyakit mental ini secara fisiologi atau lahiriah. Antaranya, menjaga kesihatan diri melalui pemakanan seimbang dan mengikut sunnah dan aktiviti fizikal dan riadah. Islam juga menyarankan melalui panduan Sunnah Rasulullah SAW yang sangat banyak dalam hal pembentukan silaturahim dan hubungan sosial yang baik dalam masyarakat. Kecenderungan untuk bersendirian adalah terma dan petunjuk kepada penyakit mental yang mana kurangnya asimilasi, komunikasi, dan perkongsian aspirasi bersama pihak lain secara kolektif. Ini seterusnya akan membawa kepada sikap suka menyimpan dan memendam rasa tanpa mendapatkan bantuan dan pandangan pihak lain. Hubungan yang erat antara ahli keluarga dan masyarakat sekeliling berupaya merangsang pemikiran, emosi dan perasaan yang lebih seimbang, bersemangat dan bermotivasi dalam meneruskan kelangsungan hidup. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/hati-hati-kemurungan-dalam-masyarakat1.720281#ixzz5hH1SmSFs © Utusan Melayu (M) Bhd ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………
9
Soalan 2 :Ulasan Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan
……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………… 10
11