Universiti Pengkopratan

  • Uploaded by: ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Universiti Pengkopratan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,891
  • Pages: 13
UNIVERSITI DAN PENGKORPORATAN ABDUL RAZAK BIN ISMAIL 3081014831 Pengkorporatan universiti awam tempatan merupakan satu pendekatan baru oleh Kerajaan ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan di Malaysia bertaraf global dan menjadikan universiti awam tempatan sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia ini. Oleh itu konsep kerajaan mengenai pengkorporatan

universiti

awam

tempatan

tidak

sama

seperti

konsep

penswastaan agensi-agensi kerajaan yang lain, sebaliknya, pengkorporatan disini lebih bersifat kepada 'perbadanan'.

ISI KANDUNGAN No.

Senarai Topik Esei

Muka Surat

1.

Muka Hadapan & Abstrak/Ringkasan Esei

1

2.

Pengenalan & Pernyataan Tentang Kepentingan (Hasil Kerja): • TUJUAN PENGKORPORATAN UNIVERSITI AWAM TEMPATAN

2

3.

Maklumat Hasil Kerja: • FAEDAH-FAEDAH UNIVERSITI AWAM TEMPATAN DIKORPORATKAN

3

4.

Perbincangan & Kesimpulan

11

5.

Rujukan

13

2

PENDAHULUAN Pengkorporatan universiti awam tempatan merupakan satu pendekatan baru oleh Kementerian Pendidikan ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan di Malaysia bertaraf global dan menjadikan universiti awam tempatan sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia ini. Isu pengkorporatan universiti awam ternpatan ini sebenarnya bukan perkara baru, sebab ianya pernah dicadangkan pada 19 tahun yang lalu dengan harapan dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan membina masyarakat berilmu. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini timbul perbahasan yang hangar mengenai perkara ini, jadi apakah yang dimaksudkan dan tujuan universiti awam tempatan dikorporatkan. Perkataan pengkorporatan amat mengelirukan dan sering disalah tafsir oleh masyarakat umum, kakitangan akademik dan pelajar, sehingga ada yang menganggap universiti awam tempatan akan rnenjadi sebuah "Syarikat Sendirian Berhad" di mana semua hartanya akan dijual kepada individu korporat bagi

mendapatkan keuntungan. Mengikut Abdullah Sanusi

Hj. Ahmad,

"Corporation is separate from privatisation. In government corporation is the first step toward privatisation but in the case of the university, it's corporation. Full stop. Never, never, privatisation (New Strait Times, Nov. 9, 1995). Oleh itu konsep kerajaan mengenai pengkorporatan universiti awam tempatan tidak sama seperti konsep penswastaan agensi-agensi kerajaan yang lain, sebaliknya, pengkorporatan disini lebih bersifat kepada 'perbadanan'. Tegasnya universiti awam tempatan bukan diswastakan atau dijadikan universiti swasta, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad sendiri telah memberi jaminan bahawa kerajaan masih terlibat secara langsung dengan pentadbiran universlti walaupun ianya diperbadankan dan kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana pihak menumpu kepada kepentingan mereka sematamata sahaja. (New Strait Times, Nov. 10, 1995).

3

TUJUAN PENGKORPORATAN UNIVERSITI AWAM TEMPATAN Kesemua universiti awam tempatan sebenarnya telah pun berada dalam status korporat atau status badan berkanun, dimana ianya sememangnya mempunyai kuasa autonomi dari segi pengurusan dan kewangan sebagai mana termaktub dalam Akta Universiti dan Kolej 1971, tetapi kuasa tersebut tidak dapat dilaksanakan sejak kerajaan menyeragamkan dasar-dasar perkhidmatan, perjawatan dan saraan kepada pekerja-pekerja sektor awam. Pada masa yang sama universiti awam ternpatan sangat-sangat berganrung hampir sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan dari segi kewangan. Ini menyebabkan universiti awam ternpatan tidak mempunyai kuasa autonomi .dari segi pentadbiran dan kewangan. Oleh itu, keputusan kerajaan hendak mengkorporatkan universiti awam ini adalah untuk menjadikan universiti ini mempunyai kuasa autonomi dari segi pengurusan, perkhidrnatan dan kewangan, Selain itu, ianya akan dapat melepaskan skim perkhidmatan dan perjawatan universiti awam tempatan daripada cengkaman jabatan Perkhidmatan Awam yang selama ini menjadi salah satu faktor penghalang terhadap pergerakan dan pembangunan universiti awam

tempatan.

Keputusan

pengkorporatan

juga

bertujuan

untuk

mengurangkan pergantungan kewangan universiti awam tempatan daripada kerajaan dan seterusnya membuka laluan kepada skim perkhidmatan sendiri, Mengikut Menteri Pendidikan, "Sudah sampai masanya kita mengambil langkah mengkorporatan IPTA jika kita hendak menjadi negara maju serta berkembang. Salah satu kaedah mencapai matlamat tersebut ialah pengkorporatan institusi pengajian tinggl agar boleh berkembang ke skop yang lebih luas" (Utusan Malaysia, Sept. 11, 1995). Menurut beliau lagi, untuk menjadi sebuah negara maju, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 40% darlpada rakyatnya berkelulusan dari universiti tetapi sekarang ini kita cuma ada 14% rakyat negeri ini berkelulusan dari universiti atau institusi pengajian tinggi. Langkah pengkorporatan juga perlu bagi menentukan Malaysia tidak ketinggalan dalam persaingan global. Oleh itu melalui pengkorporatan ini akan dapat menjadikan

4

universiti awam tempatan sebagai pusat kecemerlangan, melahirkan mahasiswa yang berketrampilan dalam segala aspek. Pengkorporatan juga akan dapat melengkapkan universiti awam tempatan sebagai 'gedung ilrnu' yang mempunyai daya saing yang selaras dengan kernajuan negara, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bermutu dan efisien kepada pelajar-pelajar, Walau bagaimanapun siapakah yang mendapat faedah apabila universiti awam tempatan dikorporatkan. Isu Ini boleh dibincangkan melalui sub-sub tajuk yang berikut. FAEDAH-FAEDAH UNIVERSITI AWAM TEMPATAN DIKORPORATKAN 1.

Pemberian Kewangan Kerajaan Pusat Kepada Universiti Awam Tempatan Akan Berkurangan. Langkah

pengkorporatan

universiti

awam

tempatan

akan

dapat

mengurangkan beban kewangan kerajaan pusat yang dianggarkan berjumlah RM130 hingga RM180 juta setahun kepada sebuah universiti tempatan. Misalnya kertas cadangan projek pelan tindakan pengkorporatan Universiti Malaya yang dibentangkan oleh Naib Canselor Universiti Malaya, mengatakan Universiti Malaya akan mendapat sebanyak RM221 juta setahun mulai pada 1996 jika Universiti Malaya dikorporatkan (Utusan Malaysia, April, 22, 1995), Ini bermakna kerajaan akan dapat berjimat sebanyak RM200 [uta setahun dari Universiti Malaya sahaja. Dengan lni kerajaan boleh menggunakan peruntukan wang daripada Universiti Malaya ini untuk disalurkan dan dibelanjakan kepada projek-projek pendidikan yang lain. 2.

Universiti Awam Tempatan Mempunyai Kuasa Autonomi Dalam Pengurusan Kewangan. Pengkorporatan universiti awam akan memberi kuasa autonomi dalam

pengurusan

kewangan

kepada

universiti

awam

dan

mengurangkan

5

pergantungan peruntukan kewangan daripada kerajaan. Misalnya barubarn ini Rang Undang-undang AUKU (Pindaan 1995), Akta universiti dan Kolej 1971 telah dipinda di Parlimen dimana mengikut akta ini membolenkan universiti awam menubuhkan syarikat untuk mengambil alih beberapa kegiatan yang akan rnendatangkan pulangan kepada universiti (Salleh Lebar, 2000), Contohnya sebelurn akta ini dipinda, pihak Universiti Malaya terpaksa menutup syarikat stesyen minyaknya dan menyerap semua syarikat penerbitan dan percetakannya sebagai sebuah jabatan universiti kerana menyalahi undang-undang universiti awam, tetapi selepas pindaan Akta AUKU (Pindaan 1995), universiti awam tempatan dibenarkan menubuhkan syarikat perniagaan untuk mendapatkan wang sendiri, bahkan universiti awam sekarang ini digalakkan mencari kewangan sendiri melalui yuran pelajar, menyewakan kemudahan yang terdapat di universiti kepada orang awam dan penjualan hak cipta penemuan-penernuan penyelidikan kepada syarikat swasta atau sektor perkilangan. 3.

Sistem Pengurusan Dan Perkhidmatan Yang Lebih Bebas Dari Cengkaman Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jika universiti awam dikorporatkan ia akan mempunyai sistem pengurusan

dan perkhidmatan yang lebih bebas dad jabatan Perkhidrnatan Awam. Oleh itu soal lantikan kakitangan akademik atau kakitangan sokongan boleh di buat oleh pihak universiti dengan lebih cepat tanpa memerlukan JPA dan soal gaji pula pihak universiti boleh menawarkan gaji yang lebih fleksibel kepada calon-calon yang berkelayakan dan berpengalaman yang mahu berkhidmat dengan universiti awam. Selain itu segala urusan yang tidak berkaitan dengan akademik seperti tempat tinggal pelajar, pengurusan harta benda, pelbagai perkhidmatan sokongan yang lain akan diuruskan oleh anak syarikat atau diswastakan. Dengan ini pihak pengurusan universiti awam tidak perlu lagi memikirkan soal sampah sarap, tukang kebun, tukang masak, pemandu, pengawal keselamatan, sebaliknya ia boleh menumpukan sepenuh pernikiran kepada soal-soal kecernerlangan akademik Melalui pengkorporatan juga sistem pengurusan

6

universiti awam tempatan akan mengalami perubahan iaitu dari sistem yang terikat dengan peraturan dan prosedur kerajaan kepada sistem pengurusan yang lebih bebas dan bertindak dengan cekap dalam menangani perubahan mengikut keperluan sernasa dan juga akan datang sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. 4.

Skim Gaji Yang Lebih Lumayan Kepada Kakitangan Universiti Pengkorporatan universiti awam akan membolehkan kakitangan akademik

dan kakitangan yang lain mendapat gaji yang lebih baik. Ini bermakna pihak universiti akan membayar gaji melalui Skim Gaji Baru tersendiri yang ditetapkan oleh universiti tanpa terikat dengan syarat-syarat dan terma-terma yang ditetapkan oleh JPA. Contohnya di Universiti Malaya semua kakitangan akademik dan bukan akademik akan menerima kenaikan gaji sebanyak 20%=22%, dan kakitangan yang telah berada skim pencen tidak akan hilang pencen mereka tetapi akan menikmati pencennya selepas bersara nanti. Walau bagaimanapun Skim Gaji Baru untuk kakitangan akademik dan sokongan di Universiti Malaya tidak dapat dilaksanakan buat sementara waktu kerana kegawatan ekonomi. Selain itu kakitangan akademik mempunyai peluang kenaikan pangkat yang lebih luas lagi dimana skim perkhidmatan dan perlantikan kakitangan akademik bertambah daripada tiga kategori kepada enam kategori iaitu: penolong pensyarah, pensyarah, pensyarah kanan, profesor madya, profesor dan profesor kanan manakala jawatan tutor akan diserapkan ke jawatan tetap, Dengan adanya skim gaji bam ini dijangka akan dapat mengekang masalah penghijrahan (brain-drain) kakitangan akademik ke sektor swasta dan dijangka IPTA akan dapat menarik minat pakar-pakar dalam bidang-bidang tertentu dari sektor awam atau sektor swasta untuk menceburi profesion pensyarah.

7

5.

Perubahan Budaya Kerja Yang Iebih Unggul Sesuai Dengan Budaya Korporat. Pengkorporatan juga akan mernbawa kepada perubahan kepada budaya

kerja kakitangan sesuai dengan budaya korporat, Ini bermakna semua kakitangan di universiti awam tempatan disemua peringkat sarna ada terlibat dengan akademik atau pengurusan akan lebih komited pada masa hadapan. Di samping itu sistem penilaian pelajar yang diperkenalkan nanti akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar menilai pengajaran pensyarah. Ini membolehkan universiti menjejaki kelemahan-kelemahan yang ada dalam sistem penilaian dan kenaikan pangkat kakitangan akademik. Ini disebabkan produktiviti akan menjadi kriteria utama. Pensyarah yang dikira tidak produktif dan bermasalah akan ditamatkan perkhidmatannya. Dengan lni universiti akan dapat melahirkan pensyarah-pensyarah yang beriltizam yang mampu melahirkan graduan yang kreatif dan inovatif serta mampu bersaing dan berjuang dalam menghadapi dunia yang sentiasa berubah dan bergolak. 6.

Kursus-Kursus

Baru Yang Lebih Mempunyai Nilai Komersial

Diperbanyakkan Dan Dikembangkan Dalam rancangan pengkorporatan universiti awam tempatan, beberapa kursus baru ditawarkan terutama yang mempunyai daya tarikan dan nilai komersial dan bakal memenuhi cita rasa pelajar-pelajar tempatan dan luar negeri, Misalnya Universiti Malaya telah menawarkan beberapa kursus-kursus baru seperti kursus: Alam Bina, Sains Sukan, Pemiagaan dan Perakaunan, Farmasi, Teknologi Maklurnat dan Komputer, Awal Kanak-kanak. Dengan ini kemajuan dalam bidang ilmu tersebut akan terus dicapai dengan jayanya, secara tidak langsung kita dapat melahirkan lebih ramai graduan yang bermutu serta berkebolehan tinggi sesuai dengan kehendak pasaran buruh dalam negeri dan luar negara.

8

7.

Peningkatan Pengambilan Pelajar Pada Setiap Tahun Pengkorporatan universiti awam ternpatan bermakna IPTA mempunyai

sumber kewangan yang banyak untuk menyediakan dan membina bangunan baru dan infrastruktur yang barn. Dengan ini IPTA boleh mengambil lebih ramai lagi pelajar pada setiap tahun sesuai dengan saranan pihak kerajaan yang mahukan lebih ramai lagi pelajar-pelajar bela jar di universiti dalam negeri daripada di universiti luar negari disebabkan kegawatan ekonomi. Contohnya Universiti Malaya telah mengambil seramai 16 000 pelajar tempatan pada tahun 1996 berbanding 12852 pelajar pada tahun 1994. Selain itu juga universiti ini juga telah menerima seramai 200 pelajar asing dan dijangka pada tahun 2000 seramai 20 000 pelajar akan belajar di Universiti Malaya. Begitu juga keadaan pengambilan pelajar-pelajar di universiti-universiti awam tempatan yang lain terus bertambah. Maka tidak dapat dinafikan bahawa pengkorporatan universiti tempatan akan dapat mengubati kesedihan rarnai pelajar yang kecewa kerana tidak diterima masuk ke universiti pada masa lalu dan kini berpeluang untuk memasuki universiti pula. Dengan ini juga ia akan dapat menyekat kebanjiran pelajar keluar negara dan sebaliknya belajar di universiti ternpatan, Oleh itu ia akan dapat menyelamatkan pengaliran wang yang banyak keluar negara dan akhirnya akan dapat memperbaiki imbangan pembayaran negara. 8.

Peningkatan Kemudahan Fizikal dan Infrastruktur Universiti awam tempatan perlu mempunyai infrastruktur dan kemudahan

fizikal yang baik jika mahu menarik lebih ramai pelajar dari dalam negeri dan luar negeri. Ini dapat dilakukan dengan jayanya jika universltl awam tempatan dikorporatkan. Contohnya di Unlversiti Malaya, jumlah tandas yang ada hanya 700 buah dengan 1/3 daripadanya rosak, sedangkan bilangan pelajar semakin bertambah. Tempat tinggal pula tidak rnencukupi bagi menarnpung penginapan pelajar. Maka dengan pengkorporatan, masalah ini akan dapat diselesalkan

9

malah mampu menyediakan kernudahan-kernudahan yang lebih canggih dan bermutu. Universiti Malaya juga mempunyai pelan induk pembangunan jangka pendek dan jangka panjang untuk seluruh kampus. Terdapat 25 projek pembangunan yang sedang berjalan telah siap dan menelan belanja lebih 200 [uta, Antaranya ialah projek bekalan air pusat, bangunan Akademik Pengajian Islam, bangunan baru Fakulti Undang-undang, bangunan Pusat Sukan, bangunan baru Fakulti Teknologi Maklumat dan Kornputer, bangunan tambahan Fakulti Perubatan dan Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya juga telah melaksanakan kewangan,

program

peperiksaan

pengkomputeran bagi dan

perpustakaan

sistem

bagi

maklumat

kemudahan

pelajar,

kakitangan

akademik dan pelajar. 9.

Menimbulkan Persaingan yang Positif diantara Universiti Awam dan Universiti Swasta Tidak dapat dinafikan bahawa setengah Institusi Pengajian Tinggi Swasta

OPTS) mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan mampu menarik ramai pelajar serta pensyarah untuk berkhidmat dengannya. IPTS juga mempunyai kemudahan yang canggih serta moden dan mampu membayar gaji yang lebih baik kepada pensyarah. Begitu juga kursus-kursus yang ditawarkan sesuai dengan kehendak pasaran dan negara. Oleh itu universiti awam tempatan harus berani mengubah beberapa kursus yang tidak lagi sesuai dengan keperluan pasaran dan kehendak negara. Kalau tidak kemungkinan universiti awam tempatan akan menjadi universiti kelas kedua. Melalui pengkorporatan universiti awam tempatan akan mampu menjadi pusat kecemerlangan ilmu dirantau .ini dan di dunia, kerana pengkorporatan bukan sahaja membawa kemajuan dalam bidang pembangunan dan fizikal tetapi juga dalam bidang akademik. 10.

Dasar Rasionalisasi Akademik Bagi Menjimatkan Kos

10

Melalui pengkorporatan, universiti awam tempatan akan menekankan dasar rasionalisasi akademik. lni bermakna kedudukan jabatan- jabatan dan fakulti-fakulti yang telah lama wujud tetapi tidak pernah membuat penilaian menyeluruh terhadap pencapaiannya, kekuatan dan kelemahan akan dikaji semula dengan lebih teliti. Dasar ini dapat memastikan bahawa programprogram akademik di universiti awam tempatan benar-benar berasaskan dan sesuai dengan keperluan pelajar dan negara. Pada masa yang sarna dapat memastikan pihak universiti mengoptimunkan penggunaan tenaga manusia dan sumber fizikal yang terdapat disesebuah jabatan atau fakulti. Dengan lni ia akan dapat menjimatkan kos dan kepakaran kakitangan akademik. Sebagai hasil pelaksanaan ini misalnya di Universiti Malaya telah berjaya rnenyatukan Iabatan Pengajian Melayu dan Akademi Pengajian Melayu menjadi sebuah akademi barn yang lebih tersusun. Selain itu penubuhan Pusat Pengajian dan Pengurusan Alam Sekitar (Centre For Environmental Studies) telah disusun semula kerana pusat ini berperanan untuk menghapuskan pertindihan antara program-program akadernik berkaitan dengan alam sekitar yang dilaksanakan oleh pelbagai fakulti. Selepas membincangkan tentang faedah-faedah pengkorporatan universiti awam tempatan, dibawah ini diterangkan pula akan keburukan-keburukan pengkorporatan.

11

PERBINCANGAN & KESIMPULAN Apabila

membincangkan

tentang

pengkorporatan

universiti

awam

tempatan satu masalah yang tergambar dalam fikiran ialah masalah kenaikan yuran pengajian, dimana kenaikan yuran pengajian dijangka naik daripada RMllOO kepada RM7000 setahun bagi ijazah pertama. Manakala bagi penuntut ijazah lanjutan kenaikan yuran pengajian tahunan ialah daripada RM800 kepada RM10 000 setahun. Ini disebabkan yuran pelajar merupakan sumber pendapatan utama universiti se1epas dikorporatkan kerana kos sebenar seseorang pelajar ialah sekitar RM20 000 setahun. Ini menunjukkan bahawa yuran yang dikenakan sekarang ini te1ah disubsidi oleh kerajaan dengan jumlah yang besar. Walau bagaimanapun Menteri Pendidikan telah memberi jaminan, "Apabila IPTA dikorporatkan, kerajaan tidak akan menaikkan yuran sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kepentingan pelajar miskin dan kerajaan yang akan mengawal kadar sewa asrama pelajar (Berita Harian, Mei 30, 1997:5). Manakala Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya mengulas bahawa, sebenarnya jika tidak dikorporatkan pun, yuran pasti tetap naik dari semasa ke semasa. Sekarang yuran universiti lebih rendah daripada tadika di Petaling jaya sebanyak RM2400 setahun berbanding yuran di Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebanyak RM1200 setahun (Utusan Malaysia, April, 30,1996). Sebenarnya kegelisahan atau keengganan pihak kakitangan akademik dan kakitangan sokongan serta para pelajar menerima pengkorporatan adalah kerana mereka tidak faham apa sebenarnya yang akan dilaksanakan terutamanya dari segi yuran pelajar dan skim perkhidrnatan pensyarah. Satu perkara terbaru yang menarik perhatian ramal tentang pengkorporatan universiti awam tempatan ialah tentang sistem belajar dahulu dan bayar kernudian bagi menangani kenaikan yuran pelajar. Melalui kaedah ini, pelajar diberi pinjarnan dari Tabung Pendidikan Nasional bagi membiayai pelajaran di universiti ternpatan, tetapi selepas tamar pengajian dan bekerja pelajar-pelajar kena mernbayar balik pinjaman melalui potongan bulanan 12

seperti cukai pendapatan yang akan dikutip oleh jabatan Hasil Dalam Negeri (Berita Harian, julai, 31, 1995:1). Selain daripada itu kerajaan akan tetap memberi bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa dan geran kepada universiti awam tempatan walaupun universiti itu dikorporatkan sehingga surnbangan dan bantuan dari kerajaan tidak diperlukan sama sekali. jadi pelajar-pelajar tidak perlu bimbang kerana rnereka tidak akan dikenakan bayaran yang maksimurn (Utusan Malaysia, Ogos 4, 1995:3). Pengkorporatkan universiti awam akan memberi kesan keatas penggunaan Bahasa Melayu sebagi bahasa pengantar, Menurut Menteri Pendidikan, "Cadangan pengkorporatan IPTA akan mengambil kira implikasi terhadap kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam hal ini". Beliau seterusnya berkata, " Hasrat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai wahana ilmu dan pembinaan bangsa harus dipastikan menjadi lebih menonjol pada masa akan datang, bukan sahaja didalam negara tetapi sekurangkurangnya

di

peringkat

serantau"

(Utusan

Malaysia,

jun

16,1995:26).

Bagaimanapun hasrat ini tidak selari dengan kenyataan Perdana Menteri yang ingin menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa sains dan teknologi. jadi, tidak mustahil apabila universiti awam tempatan dikorporatkan, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di universiti awam tempatan akan terpinggir dan masyarakat pula akan mengagong-agongkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan lama kelamaan Bahasa Melayu akan dianaktirikan. Walau pun pengkorporatan universiti awam tempatan telah di tangguhkan buat sementara waktu disebabkan oleh masalah kegawatan ekonomi, namun daripada perbincangan di atas mendapati faedah-faedah pengkorporatan adalah lebih banyak daripada keburukan. Oleh itu jika ekonomi negara pulih konsep pengkorporatan universiti awam tempatan harus di teruskan terutama di Universiti Malaya dan diIuaskan ke universiti awam yang lainnya kerana ianya banyak memberi faedah kepada kerajaan pusat, pengurusan universiti, pensyarah, dan pelajar-pelajar itu sendiri.

13

RUJUKAN Isahak Haron (1988). The Role of The Government in Higher Education in Malaysia dalam The Role of Government in Asian Higher Education system. Issue andProspect. RIHED: Hiroshima University. Isahak Haran (1992). Aliran Perkembangan Pendidikan dan Perkembangan dan Pembentukan Malaysia sebagai Negara Industri dalam Abad ke 21. Pidato Umum Aminuddin Baki kali ke4, di UPM. Lee Pau Wing (1993), Pendidikan Tinggi di Malaysia. Dalam Shahril bin Marzuki et. al, Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution. Kementerian Pendidikan Malaysia (1996). Laporan Tahunan 1995, Kemeruerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional. Mohd Salleh Lebar (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Longman. Shahril @ Chari! bin Marzuki dan Habib Mat Som (1999).lsuPendidikan di Malaysia, Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution. Wong Hoy Kee, Francis dan Ee Tiang Hong (1975). Education In Malaysia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books.

14

Related Documents


More Documents from ""