Teori Kematangan Arnold Gesell

  • Uploaded by: ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teori Kematangan Arnold Gesell as PDF for free.

More details

  • Words: 5,650
  • Pages: 25
ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR, BESTARI JAYA FAKULTI PENDIDIKAN

PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK ETD 1113 TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHD KHAIRI BIN SAMSUDIN NAMA PELAJAR: NAMA ABDUL RAZAK BIN ISMAIL MOHD AIZZIZI BIN MAD NOR MOHD BOB HALIL BIN MUSTAPA

NO KAD MATRIK 3081014831 3081018061 3081022701

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) KOHORT 6 GROUP 1 TARIKH: 2 MAC 2009

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

3

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

PENGHARGAAN ‫السلم عليكم ورحمة ال تعالى وبركاته‬ Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Khairi Bin Samsudin pensyarah matapelajaran Psikologi Perkembangan Awal Kanak-kanak, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami.

Beliau juga

banyak

membantu

kami sepanjang

proses

pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung aatau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah jugaa pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

“KEBENARAAN ITU IBARAT AIR YANG MENGALIR, WALAUPUN ia DISEKAT, IA AKAN TETAP TERUS MENGALIR”

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

4

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

PENGENALAN DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

5

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

Rousseau mempercayai bahawa tingkah laku berkembang menurut tahap-tahap atau jadual dalaman yang berlaku secara semula jadi Dengan perkataan lain kita namakan proses ini sebagai kematangan biologis Arnold Gesell (1880-1961) telah berusaha memulakan kajian kematangan. Gesell dibesarkan di Alma, Winconsin, sebuah bandar kecil di pinggir Sungai Mississippi bahagian utara. Dalam sebuah penulisan autobiografi, beliau menerangkan zaman kanak-kanak, yang beliau alami hampir menyenangkan di mana ‘hills, valley, water and climate concurred to make the seasons distinct and intense in my home town. Each season had its own challenges and keen pleasures, accentuated by the everchanging yet enduring river” (Gesell, 1952) Menurut bakinsky (1983) geseii menggenakan bahasa yang sama untuk menerangkan keindahan yang dilihatnya dalam proses pertumbuhan dengan “ its seasons and sequences”. Ini tidaklah dikatakan bahawa gesell seorang yang besemangat romantic. Beliau mengkaji pertumbuhan kanak-kanak dengan pemerhatian

bersungguh-sungguh.

Untuk

menambah

pengetahuannya

mengenai proses psikologi yang tersirat, beliau menuntut disekilah perubatan pada umur 30 tahun, walaupun beliau telah memperolehi ijazah doctor falsafah. Dan bekerja sebagai aahli psikologi yang berjaya. Sepanjang 50 tahun di klinik pertumbuhan kanak-kanak Yale, gesell dengan rakan sekerjanya melibatkan diri dalam sebuah kajian teliti dan luas mengenai perkembangan neuromotor kanakkanak dan bayi. Mereka mamperkembangkan norma tingkah-laku yang menyeluruh yang masih bertindak sebagai bahan asas informasi kepada ahli pediatik dan ahli psikologi. Gesell juga memperkembangkan satu daripada kajian pertamanya “ kecerdikan bayi” (gesell, 1952). Beliau juga seorang ahli penyelidik yang pertama mengkaji filem secara luas.

KONSEP KEMATANGAN DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

6

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

Gesell memperkatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak dipengarihi oleh dua faktor yang utama. Pertama, kanak-kanak itu adalah hasil daripada persekitaran sendiri. Tetapi secara khususnya, gesell percaya bahawa perkembangan kanak-kanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan baka. Satu cirri perkembangan yang penting mengenai perkembangan ialah ia terjadi dalam sekuen yang tetap. Ini dapat dilihat dalam fetus yang berkembang misalnya, jantung selalunya adalah organ pertama yang berkembangan dan berfungsi dulu. Kemudian sel pembeza yang pantas bermula membentuk puast sistem saraf iiaitu otak dan gentian saraf tulang belakang. Perkembangan otak dan kepala bermula sebelum bahagian lain seperti lengan dan kaki terbentuk. Urutan ini diarahkan oleh ‘blueprint’ genetik penah ditentang. Perkembangan berurutan bersambung selepas kelahiran. Misalnya sebauk sahaja kepala berkembang di peringkat awal fetus, ia juga mengambil keutamaan dalam perkembanga awal selepas berasalin. Bayi pada mulanya mempunyai kawalan terhadap bibir dan lidah, kemudiannya menguasai kawalan terhadap pegerakan mata diikuti dengan kawalan terhadap leher, bahu , lengan jari , batang tubuh dan kaki. Dalam kedua-dua perkembangan sebelum dan selepas kelahiran terhadap trend kepala hingga ke kaki (cephalocaudal) (gesell, 1952). Menerut gesell (1952) semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berderi, berjalan, dan berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang berbeza dari segi kepantasan perkembangan. Mereka tidak berdiri dan berjalan pada umur yang sama. Walau bagaimanpun, mereka melalui sekuens yang serupa. Dari pandangan gesell, perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman.

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

7

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

Menurut gesell (1952) lagi kesan kematangan dapat dibandingkan dengan kesan persekitaran. Dalam perkembangan sebelum kelahiran, ini bermakna bahawa kematangan diasingkan dari aspek persekitaran dalaman, seperti suhu badan fetus dan oksigen yang diterima daripada ibunya. Faktor persekitaran ini penting. Kematangan menyokong pertumbuhan yang baik tetapi mereka tidak memainkan peranan terus dalam stuktur perkembangan sekuens dan bentuk tingkah laku. Ia adalah tugas makanisme kematangan. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, ia memasuki jenis persekitaran yang berlainan. Ia bukan sahaja persekitaran yang bertemu dengan kehendak fizikal tetapi persekitaran sosial dan budaya yang cuba menggalakannya berkelakuan dalam cara yang sewajarnya. Gesell memperkatakan bahawa kanak-kanak itu dengan jelasnya memerlukan persekitaran sosial untuk menyedari potensinya tetapi dia juga menegaskan bahawa kuasa sosialisasi bertindak dengan berkesannya apabila mereka berirama dengan prnsip kematangan dalaman. Gesell (1952) lebih menitikberatkan keupayaan untuk mengajar kanakkanak akan perkara terdahulu daripada jadual. Kanak-kanak akan duduk, berjalan, dan bercakap apabila mereka bersedia dan sistem saraf sudah matang dengan sepenuhnya. Pada masa yang sesuai mereka mula menguasai sesuatu tugasan yang datang dari keinginan diri sendiri. Sehingga pada masa itu pengajaran tidak memberi makna mungkin menimbulkan ketegangan antara pengasuh dan kanak-kanak. Beberapa bukti untuk kedudukan kematangan dalam pengajaran datang dari kajian terhadap anak kembar seiras. Misalnya, balinsky (1983) memberi seorang kembar latihan aktiviti seperti memanjat tangga dan memegang serta memanipulasi kiub. Anak kembar ini dapat menunjukkan bebberapa kemahiran lebih daripada yang seorang lagi kembar yang tidak dilatih juga akan menguasai kemudian, tanpa banyak latihan. Dia akan buat demikian pada umur semasa kita mengharapkan menjalankan berbagai tugasan lain. Dengan jelasnya terdapat

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

8

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

jadual waktu dalaman yang menentukan kesediaan untuk membuat sesuatu manakala kebaikan latihan awal bersifat sementara sahaja. Soal stimulasi awal konterversi awal impaknya usaha untuk mempercepatkan perkembangan motor awal mengeluarkan kesan kecil ( Cole & Cole, 1989). Kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang dikawal oleh faktor intrinsik, terutamanya gen, iaitu bahan kimia terkandung dalam nukleus setiap sel. Gen yang menentukan sekuens, masa dan bentuk tingkah laku yang terhasil. Walau bagaimanapun proses mekanisme ringkas dimana gen tidak bekerja secara berasingan dan mereka memerima isyarat daripada ‘cytoplasm’, iaitu bahan sel di luar nukleus (gesell, 1952, rajah 2.1) oleh sebab ‘cytoplasm) ialah persekitaran gen, maka sukar bagi kita menentukan perbezaan antara faktor dalaman dan persekitaran. Walau bagaimanapun, kita dapat menganggap kematangan sebagai proses semasa gen mengarahkan perkembangan, walaupun bersamaan dengan faktor lain. Setakat ini saya secara dasarnya telah menggambarkan pertumbuhan kematangan dengan tingkah laku motor awal iaitu fokus utama kajian saintifik gesell. Walau bagaimanapun gesell percaya bahawa kematangan mengawal pertumbuhan keseluruhan personaliti. Beliau berkata, misalnya, (The child’s) nervous system matures by stages and natural sequences. He sits before he stands; he babbles before he talks; he fabricates before he tells the truth; he draws a circle before he draws a square; he is selfish before he is altruistic; he is dependent on other before he achieves dependence on self. All his capabilities, including jis morals, are subject to the laws of growth. (Gesell ang IIg. 1943).

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

9

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

RAJAH 2.1 Sekumpulan sel. Nukleus mengandungi nukleus kromosom yang terdiri daripada gen cytoplasm:

(Diadaptasi daripada Munn. N.L. the Growth of human Berhavior, 3rd ed. Boston : Houghton Mifflin Co. 1974) Kajian Mengenai Bentuk Gesell (1952) mengatakan bahawa apabila kita mengkaji pertumbuhan, kita tidak hanya mengukur benda dalam bentuk kuatitatif tetapi perlu mengkaji bentuk itu. Sesuatu bentuk mungkin yang mempunyai rupa atau bentuk yang khusus, misalnya kenyitan mata. Tetapi yang paling penting dalam proses pembentukan itu dimana tingkah laku menjadi tersusun. Seterusnya beliau mengatakan bahawa terdapat illustrasi yang jelas mengenai proses pembentukan dalam kes pengilihatan bayi. Semasa kelahiran mata bayi lebih bergerak tanpa arah tetapi setelah beberapa hari ataupun jam bayi dapat memberhentikan matanya dan melihat benda untuk seketika masa. Mereka dapat memberhentikan mata mereka dan melihat “at will” kerana satu bentuk perkaitan baru telah terbentuk antara dedenyut saraf dalam otak dan otototot kecil yang menggerakkan mata. Dalam waktu sebulan, bayi biasanya boleh mengikutinya melalui sebuah organisasi baru iaitu antara otot mata dan otot yang memusingkan kepala.

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

10

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

Pembentukan berterusan dalam proses perkembangan ialah apabila bayi dapat mengorganisasikan pergerakan mata mereka dengan pergerakan tangan mereka apabila melihat apa yang mereka pegang. Dalam usia empat bulan, bayi iasanya boleh memegang sebuah alat permainan dan memerhatikannya dalam masa yang sama. “ This is significant growth gain. It means that eyes and hand are doing team work, coming into more effective coordination. Mental growth cannot be measured in inches and pounds. So it is appraised by patterns” (Gesell, 1952). Walaupun demikian, koordinasi tangan dengan mata adalah tidak menyeluruh pada usia empat bilan pertama. Untuk seketika mata terlibat terlebih dahulu. Misalnya, pada empat bulan bayi biasanya boleh ‘mengangkat’ sebuah kiub satu inci ataupun sebiji gula-gula yang kecil dengan matanya iaitu mereka boleh memfokus kepada kiub itu dan menganggapnya dari sudut yang berlainan sedikit. Tetapi mereka masih tidak dapat memegangnya dengan tangan mereka. Mungkin kelihatan bayi sedang melihat kepada kiub itu dan kemudian melihat tangan mereka seperti mereka ada cara memegang kiub itu tetapi mereka tetap tidak dapat membuat demikian. Sistem saraf masih belum bertumbuh dengan secukupnya. Cuma sehingga enam bulan barulah bayi dapat mengangkat kiub itu dengan seluruh tapak tangannya dan sehingga sepuluh bulan barulah bayi mereka dapat mengangkat biji gual-gula itu dengan ibu jari dan jari telunjuknya (Rajah 2.2). oleh demikian, koordinasi tangan dengan mata berkembang dengan perlahannya. Ia menjadi lebih tersusun dengan perlahanlahan dan diikuti dengan pergerakan yang lebih halus.

Rajah 2.2 perkembangan dalam koordinasi tangan dengan mata DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

11

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

(a) Empat bulan. lihat tetapi tidak dapat berhubung

(b) Enam bulan. Cengkaman tapak tangan

(c) Sepuluh bulan. Cengkaman menyepit

Prinsip Perkembangan Pemerhatian Gesell mencadangkan beberapa prinsip perkembangan yang lain. Kita akan melihat kepada tiga prinsip iaitu penggabungjalinan dua hala, fungsi tidag bersimetri dan peraturan kendiri. Penggabungjalinan Dua Hala Manusia terbina daripada prinsip asa berpasangan; iaitu kita mempunyai bahagian otak yang terdiri daripada dua hemispera, sepasang mata, sepasang tangan, sepasang kaki dan lain-lain lagi. Pergerakan kita juga ada mempunyai cirri-ciri dualistic; seperti apabila kita mengeliatkan badan. Penggabungjalinan dua hala merujuk kepada proses perkembangan dua keinginan yang akhirnya akan mencapai satu cara pengelolaan yang efektif. Seperti contoh, dalam perkembangan menggunakan tangan, seorang bayi menggunakan sebelah tangan, kemudian menggunakan kedua-duanya sekali, kemudian menggunakan tangan sebelah yang lain, diikuti dengan penggunaan kedua-dua belah tangan dan berulang-ulang sehingga dia mencapai dominasi satu tangan. Perkara saling menggantikan penggunaan kadua-dua belah tangan memberi contoh kepada kita Tentang penggabungjalinan dua hala. Gesell telah menunjukkkan bagaimana penggabungjalinan dua hala memberi penjelasan tentang corak DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

12

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

beberapa tingkah laku, termasuk tingkah laku yang boleh dilihat, iaitu merangkak dan berjalan(Gesell, 1946) Gesell

juga

percaya bahawa penggabungjalinan

dua

hala

akan

menghuraikan perkembangan sesuatu personaliti. Di sini kita melihat kepada penggabung organisma yang memungkinkan kecenderungan introvert dan extrovert. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang tenang pada usia tiga tahun bertukar menjadi introvert pada usianya tiga tahun setengah, yang akan bersikap pendiam dan resah. Jangkamasa introvert ini diikutu oleh zaman extrovert pada usia empat tahun dan kedua-dua keadaan ini akan bergabung dan menjadi seimbang pada usia lima tahun. Peredaran seperti ni akan bermula pada zaman bayi dan akan wujud sehingga seseorang itu berusia enam belas tahun. Organisma ini akan kehilangan keadaan seimbang ini secara sementara pada waktu ianya berkembang menjadi alam dalaman dan luaran yang baru, tetapi kemudiannya mengelolakan diri pada tahap yang baru (Gesell, 1956). Fungsi Tidak Bersimetri Melalui proses penggabungjalinan dua hala kita telah menseimbangkan asas berpasangan alam sekeliling kita. Walau bagaimanapun kita jarang mencapai

keseimbangan

yang

tepat

atau

simetri,

malah

satu

tahap

keseimbangan tidak bersimetri yang selalunya berfungsi. Kita selalunya menunjukkan kesan apabila kita menghadapi dunia darimsatu segi, lebih kepada menggunakan sebelah tangan, sebelah mata dan lain-lain lagi. Keadaan ketidakseimbangan bayi ini dapat dilihat pada ‘tonic neck reflex’ iaitu satu tindak balas yang ditemui oleh Gesell dalam diri manusia. Gesell mendapati bahawa bayi lebih suka berbaring dengan mendongak kepala pada satu arah dan bila mereka berbuat demikian, maka mereka akan memperlihatkan kedudukan badan ‘tonic neck reflex’ tersebut. Mereka akan menjulurkan lengan pada arah kepala ditudingkan (seolah-olah sedang memerhatikan tangan tersebut) manakala tangan yang satu lagi akan dibengkokkan lalu diletakkan di

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

13

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

belakang kepala. Kedudukan badan ‘tonic neck reflex’ ini nampak seolah-olah seperti cara asas berdiri seorang pemain pedang (lihat gambarajah 2.3). Kedudukan badan ‘tonic neck reflex’ ini adalah dominan dalam jangkamasa tiga bulan

selepas

kelahiran

dan

kemudian

ianya

akan

diselubungi

oleh

perkembangan baru dalam sistem saraf (Gesell, 1946) Rajah 2.3 Kedudukan ‘tonic neck reflex’

Kendiri Gesell (1946) percaya bahawa mekanisma perkembangan intrinsik terlalu kuat sehingga organisma tersebut pada sesuatu tahap akan dapat mengawal perkembangan dirinya. Dalam satu siri penyelidikan beliau telah menunjukkan bagaimana bayi dapat mengawal kitaran menyusu, tidur dan keadaan berjaga mereka. Bila bayi diberi kebebasan menentukan masa menyusu dan tidur, mereka sebara pelahan-lahan memerlukan kala penyusuan yang kurang dan mereka juga berada dalam keadaan berjaga lebih lama pada siang hari. Kemajuan tidak dapat mengikut satu garisan lurus, malah telah dapat beberapa perubahan yang menerus termasuk yang menurun. Akan tetapi bayi tersebut secara perlahan-lahan telah mengalami jadual yang stabil. Gesell juga telah menulis tentang peraturan kendiri ini dari pandangan yang berbeza sedikit, iaitu memusatkan kepada keupayaan organisma untuk mempertahankan satu integrasi yang menyeluruh dan seimbang. Pertumbuhan DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

14

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

tentu sekali akan melibatkan ketidakseimbangan. Sebagaimana yang kita lihat tadi corak tidur dan penyusuan berubah selalu. Kita telah juga melihat ketidakseimbangan dalam perkembangan personaliti di mana telah terdapat jangkamasa stabil yang diikuti oleh jangkamasa yang tidak stabil semasa bayi ini memasuki tahap introvet dan ekstrovet yang baru. Walau bagaimanapun mekanisma kendiri akan selalu bertugas untuk memastikan organisma tidak memesong dalam satu arah sebelum bergerak maju ke hadapan sekali lagi. Kanak-kanak kadang kala akan mementang usaha untuk mengajar mmereka perkara yang baru disebabkan oleh proses peraturan kendiri yang intrinsik. Hal ini seolah-olah ada sesuatu yang memberitahu mereka supaya jangan mempelajari sesuatu dengan banyak dalam jankamasa yang singkat. Keutuhan organisma ini patutlah dikekalkan. Sifat Perorangan Kta telah pun menyorot kembali banyak daripada idea Gesell mengenai perkembangan. Walau bagaimanapun, ini satu isu yang perlu di bincangkan. Perkara ini mengenai masalah perseorangan. Gesell percaya pada keadaan unik setiap seorang kanak-kanak. Malang sekali, keadaannya kurang jelas dengan cara dia merumuskan dapatannya. Sebagai contoh, beliau telah menulis bagaimana kita seolah-olah mengharapkan kanak-kanak pada umur dua, dua setengah, tiga tahun dan sebagainya untuk berkelakuan dengan cara yang serupa. Beliau bagaimanapun telah memberi amaran yang ianya menggunakan norma umur hanya sebagai jalan singakat (Gesell, 1943) tetapi beliau tidak menyatakan angka sebenar perbezaan individu yang belaku pada setiap tahap umur. Oleh sebab ini sifat perseorangan selalu ditinggalkan dalam penulisan beliau. Keadaan sebenar Gesell seperti yang telah dinyatakan bahawa setiap kanak-kanak normal menjalani proses peraturan yang serupa, tetapi keadaan mereka

berbeza

dari

segi

kadar

perkembangan.

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Beliau

juga

telah

15

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

mencadangkan bahawa bebeza dari segi kadar perkembangan mungkin berkaitan dengan perbezaan dalam tabii dan personaliti seseorang. Dalam satu perbincangkan yang menarik (Gesell, 1943) telah memsembahkan keadaan tiga orang kanak-kanak secara hypotetikal, iaitu seorang yang lambat membesar, seorang yang cepat membesar manakala seorang lagi tidak sempurna tumbesarannya.

Beliau

telah

mencadangkan

cara

bagaimana

setiap

pembesaran yang mungkin dapat dilihat dari segi beberapa jenis cara pembesaran secara persendirian. Kanak-kanak A, kanak-kanak B, yang membesar dengan cepat, mungkin akan cepat bertindak balas, riang dan gembira, cergas dan secara amnya cerdik dan pandai. Kanak-kanak C, yang mengalami kebantutan pada pertumbuhannya, mungkin kadang-kadang akan bersikap lebih berhati-hati dan ada kalanya kurang berhati-hati, murung, tidak sabar dan kadang kala menunjukan kecerdikannya. Gesell percaya bahawa tabii seseorang individu dan cara pembesarannya akan mengakibatkan keinginan yang berbeza ke atas budaya dan budaya juga patut cuba menesuaikan diri dengan keunikan setiap kanak-kanak. Gesell (1946) percaya bahawa untuk membesar dan mendidik anak perlu bermula dengan memberi pengiktirafan kepada kebijaksanaan implisit. Bayi memasuki ke alam duniawi dengan satu jadualyang semula jadi yang dimana adalah hasil daripada perkembangan beransur-ansur selama lebih daripada tiga juta tahun, dimana merek sangat arif tentang keperluan diri dan juga tentang perkara yang mereka sedia dan tidak sedia untuk berbuat sesuatu. Oleh kerana ini para ibu bapa tidak harus memaksa anak-anak mereka untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan pola-pola perlakuan praanggap mereka, tetapi mereka patut mengambil ikhtibar daripada anak-anak mereka sendiri. Dalam topik mengenai pemakanan, Gesell telah menyarankan memberi makanan secara keinginan, iaitu memberi makanan kepada bayi apabila ianya menunjukkan persediaan untuk menerima makanan, yang mana adalah bertentangan dengan corak memberi makanan kepada bayi mengikut pola-pola yang telah ditentukan.

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

16

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

Bila ibu bapa berhenti memikirkan tentang apa yang bayi mereka patut buat di samping mengikut isyarat daripada bayi mereka akan mula menghargai keupayaan semula jadi bayi tersebut untuk perkembangan kendirinya. Mereka akan dapat melihat bagaimana bayi dapat mengawal corak pemakanan, masa tidur dan terjaga. Kemudian mereka akan dapat melihat bagaimana bayi tersebut belajar untuk duduk, merayap dan merangkak dengan sendiri tanpa perlu menolak atau menujah mereka. Ibu bapa akan percaya kepada bayi tersebut dan juga kepada proses tumbesaran. Gesell (1943) menegaskan bahawa tahun pertama masa yang paling sesuai untuk mempelajari tentang ciri-ciri individu seseorang kanak-kanak. Ibu bapa yang bertindak balas dengan keperluan kanak-kanak semasa bayi akan secara semulajadi senstif terhadap kecenderungan dan keupayaan unik kanakkanak tersebut. Mereka akan kurang meletakkan pengharapan dan cita-cita mereka sendiri ke atas kanak-kanak tersebut malah lebih cenderung untuk memberikan ciri-ciri individu kanak-kanak tersebut untuk berkembang dan mencari identiti dirinya sendiri. Gesell (1943) menyatakan bahawa ibu bapa perlu pengetahuan teoritikal mengenai trend dan corak perkembangan di samping memiliki rasa sensitif secara intuitif terhadap kanak-kanak. Secara khusus mereka perlu tahu bahawa, perkembangan ada tidak tetap dalam jangkasama antara stabil dengan tidak stabil. Pengetahuan ini akan dibantu oleh pengetahuan yang menyatakan bahawa kanak-kanak berusia dua tahun setengan akan mengalami satu jangkamasa yang mengelirukan yang akan menjadikan mereka sangat degil. Dengan memiliki pengetahuan ini seseorang ibu bapa tidak akan tergesa-gesa menghapuskan kedegilan anaknya sebelum ianya menjadi terlambat, sebaliknya ibu bapa tersebut berupaya untuk mengendalikan anaknya yang cuba untuk mengukuhkan kebebasannya. Salah seorang pengikut Gesell, Crain (1992), menawarkan nasihat-nasihat

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

17

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

berikut kepada para ibu bapa: 1. Lupakan

angapan

bahawa

kejayaan

anak

anda

begantung

sepenuhnya kepada anda dantidak ada masa yang perlu diabaikan. 2. Cuba hayati ke takjuban tumbesaran. Lihat dengan teliti dan nikmati faka yang menyatakan setiap minggu dan setiap bulan membawa kebaikan dan kejayaan 3. hormati ketidakmatangan anak anda. Jangkakan bahawa dia perlu merayap sebelum ianya bejaalan, menyatakan sesuatu melalui sepatah perkataan sebelum dia menggunakan sebaris perkataan dan menggunakan ayat ‘tidak’ sebelum menggunakan ayat ‘ya’. 4. cuba elah daripada berfikir tentang kemungkinan appa akan berlaku sesepas perkara. Cuba menikmati dan berilah peluang kepada anakanak anda menikmati setiap tahap yang dia capai sebelum dia mneruskan tumbesarannya. Setakat ini, falsafah Gesell dikatakan menuju ke arah memuaskan keinginan sendiri serta permisif dalam pandangan atau perilaku. Persoalan akan timbul, ‘tidakkah sikap

ini akan

merosakkan

pemikiran

kanak-kanak?”.

“menyebabkan kanak-kanak bersikap suka memerintah serta memastikan keinginan mereka dicapai dalam apa jua cara sekalipun?”. Bagi menjawab persoalan ini, Gesell menyatakan bahawa kanak-kanak perlu belajar mengawal desakan keinginan serta mengikut permintaan aliran kebudayaan mereka. Bagi berbuat demikian, kita seharusnya memberi perhatian terhadap keupayaan pertumbuhan kematangan kanak-kanak terhadap kawalan diri sendiri. Misalnya, pada awal lagi, bayi tidak sepatutnya dibiarkan tunggu lama untuk makan. “keinginan dan kepuasan terunggul bagi bayi adalah makanan dan masa tidurnya. Keinginan ini adalah berdasarkan sifat organik individu tersendiri. Sifat ini tidak boleh ditukar atau dicerobohi”. (Gesell. 1946). Selepas bayi mencapai umur empat bulan ke atas, sistem usus dalam perut tidak lagi mempunyai kawalan atau pengaruh kuat dalam hidupnya malah kekurangan

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

18

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

tangisan dan radangan bayi ini akan memberi petunjuk kepada ibu bapanya bahawa bayi tersebut boleh menahan kelaparan bagi seketika. Beberapa lama kemudian, perkembangan bahasa dan peningkatan perspektif masa akan membantukanak-kanak melambatkan rasa nikmat rasa kepuasan yang serta merta. Pada umur dua setengan tahun, kanak-kanak akan memahami perkataan ‘sekejap lagi’ seta akan menunggu buat seketika untuk mendapatkan jus minumannya daripada ibu bapa. Pada umur tiga tahun, mereka akan memahami perkataan ‘bila tiba masanya’ serta pada umur empat tahun pula, mereka mahu membantu menyediakan makanan dengan sendirinya. Budaya hidup ini akan memudahkan kanak-kanak di bentuk untuk mengawal diri mengikut persediaan kematangan mereka. Gesell (1952) juga percaya bahawa penjaga yang peka dan prihatin akan dapat mencapai pengimbangan yang sewajarnya antara kuasa kematangan dengan pembentukan budaya hidup. Walau bagaimanpun, jelas di sini bahawa gesell mahukan pembentukan budaya hidup ini untuk melakukan segala keselarasan yang diperlukan. Pembentukan budaya hidup sememangnya diperlukan tetapi matlamat pertama kita bukanlah mendorong untuk membentuk kanak-kanak menyesuaikan diri dengan alam budaya hidup. Matlamat ini hanyalah sesuai bagi pemerintah autoritarian tetapi bagi pemerinntah demokrasi pula, mereka lebih mementingkan kualiti yang mendalami akar biologi terhadap pertumbuhan optima autonomi dan hak individu. Pembentukan budaya hidup akan dipelajari di sekolah mahupun di rumah. Kemahiran dan perlakuan dewasa yang sewajarnya diperlukan oleh kanak-kanak dalam masyarakat akan diajar di sekolah, tetapi guru seperti ibu bapa, tidak seharusnya berfikir secara ekslusif ke arah matlamat pencapaian budaya hidup, sehinggakan terlepas pandang kelakuan pertumbuhan kanak-kanak yang sebenarnya. Misalnya walaupun budaya kerja kita menuju kearah ketepatan kerja tetapi guru perlu kenal, yang kanak-kanak pada satu-satu umur biasanya

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

19

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

adalah kurang tepat berbandiing dengan umur yang seterusnya. Mengikut pandangan Vogorous, kanak-kanak kurang teguh yang berumur enam tahun akan membuat banyak kesalahan, manakala kanak-kanak yang teguh yang berumur tujuh tahun pula akan bersedia menuju ke arah latih tubi dan menyiapkan kerja yang sempurna. Guru yang mengetahui sistem tumbesaran kanak-kanak, tidak akan memaksa kanak-kanak yang berumur enam tahun untuk mempelajari sesuatu bertentangan dengan daya semula jadinya tetapi akan mengajar latih tubi bila tiba waktunya, kanak-kanak tersebut akan menerima faedah melalui pembelajaran (Gesell, 1946) Pada waktu yang sama, adalah tidak mencukupi untuk mengajar menggunakan teknik-teknik yang sesuai mengikut setiap umur atau kelas, kerana peringkat pembesaran kanak-kanak berbeza termasuklah bakat-bakat istimewa yang terpendam. Oleh itu, guru perlulah bekerja menuju ke arah keadaan persediaan setiap kanak-kanak mengikut keistimewaan kebolehan mereka. Pada ketiaka ini, kebanyakan sekolah tidak berbuat demikian. Mereka memberi penekanan yang lebih kepada pencapaian yang seragam seperti pemberian gred mengikut tahap bacaan dimana mereka tidak mengendahkan pmbesaran kanak-kanak mengikut masa dan kemungkinan perkembangan keunikan tersendiri. Sekolah perlu mengajar kemahiran hidup yang seragam tetapi dalam pemerintahan demokrasi, matlamat terunggul ialah untuk membentu kanak-kanak mengembangkan perlakuan kanak-kanak yang sepenuhnya. Untuk berbuat demikian, guru perlu membiarkan kanak-kanak itu sendiri memberi panduan kepada mereka sepertimana kanak-kanak itu sendiri dipandu oleh pelan asas biologi bagi pembesaran optima (Gesell, 1946)

KESIMPULAN Kami membuat kesimpulan bahawa dalam pegangan gesell mengenai kuasaperkembangan dalaman telah menjadi pendorong utama, di sebalik pembelajaran secara mendalam dan kajian yang luas. Gesell telah menunjukkan DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

20

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

bagaimana cara kematangan mekanisma yang tersirat, telah muncul dengan tersendirinya dalam urutan perkembangan yang rumit serta dalam proses mengawal kendiri. Gesell menyatakan mungkin terdapat alasan yang baik yang menunjukkan bahawa perkembangan mengikut pelan dalaman. Kami juga mendaapai kebanyakan ahli psikologis kontemporari akan mempertimbang posisi kematangan Gesell adalah keterlaluan. Walaupun mereka mengakui peranan dimainkan oleh kematangan, tetapi mereka masih percaya bahawa pengajaran dan pembelajaran lebih penting daripada tuntutan yang diakui oleh gesell. Mereka mereka juga mempercayai bahawa persekitaran tidak sahaja menyokong dalam pencorakan dalaman malah memainkan peranan yang lebih penting dimana ia membentuk perlakuan seseorang. Misalnya, walaupun kanak-kanak tidak boleh mempelajari cara membaling bola atau bermain piano sebelum menguasai kematangan neuromotor, mereka akan memperoleh corok perlakuan tersebut melalui pengajarandan peneguhan. Malah, kajian Gesell masih diakui oleh sesetengan pengkaji teori mengenai proses kematangan dalaman. Selanjutnya kami menyatakan ramai pengkaji mengkritik kajian Gesell mengenai norma-norma umur yang telah dikemukakan oleh beliau. Normanorma umur belia , terlalu seragam sehinggakan ia menghindar untuk mengetahui variasi-variasi berdasarkan umur-umur yang tertentu. Tambahan pula, norma-norma Gesell berdasrkan ke atas kanak-kanak kelas pertengahan di universiti Yale dan ini tidak mungkin diaplikasikan ke atas konteks kebudayaan yang lain. Walau

bagaimanapun,

baru-baru

ini

norma-norma

umur

yang

dikemukakan oleh Gesell telah di cabar oleh satu arus kajian yang menfokuskan ke atas bayi yang baru lahir (berumur di bawah satu bulan). Bayi-bayi yang baru lahir memiliki banyak kapasiti yang menakjubkan. Dalam keadaan yang sesuai, mereka boleh dan mengikuti objek yang bergerak pada arah yang pendek , boleh

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

21

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

menyentuh objek dan boleh membezakan bentuk, warna, bunyi, rasa dan bau. Mereka juga boleh meniru pergerakan seperti pengunjuran keluar lidah dan boleh menunjukkan gaya berjalan secara refleksi. Dalam kajian seperti ini, gambaran perkembangan yang telah diberi oleh Gesell adalah terlalu lambat. Bayi-bayi yang baru lahir kini menunjukkan gaya yang lebih pandai dan lebih kompetensi berbanding dengan orang lain. Malah, penyelidikan yang dijalankan oleh para pengkaji menunjukkan bayi yang baru lahir adalah lebih maju sehinggakan mereka tidak langsung perlu melalui tahap perkembangan, mereka dipandang

seperti

kanak-kanak

dewasa,

seperti

yang

dikekalkan

oleh

prapembentuk. Penemuan-peneuan baru ini penting tetapi mereka mesti dilihat dengan sikap berhati-hati. Pertama sekali, ramai bayi menunjukkan kompetensi yang maju termasuk pergerakan mata dan tangan yang mana ia adalah terlalu halus dan sukar untuk mendapatkan gerak balas. Para pengkaji terpaksa menunggu beberapa jam malah beberapa hari untuk melihat demonstrasi bayi-bayi tersebut. Tambahan pula, bayi-bayi yang berada pada peringkat cepat berkembang daripada kebiasaan, termasuk pergerakan berjalan, mencapai sesuatu dan peniruan akan hilang selepas sebulan atau dua bulan. Sesetengah daripada pergerakan ini akan berkekalan jika dilatih, tetapi mereka akan meninggalkan tabiat ini apabila dikawal oleh bahagian korteks. Kemudian, apabila mereka muncul kembali, mereka akan menunjukkan pendekatan yang lebih sukarela. Malahan, sesetengah daripada kapasiti awalan perkembangan adalah sementara sahaja. Mungkin perkembangan ini kesan daripada evolusi yang lepas di mana perkembangan kita adalah lebih pesat daripada perkembangan kini. Dalam kes-kes yang tertentu, kajian yang dibuat ke atas bayi-bayi yang baru lahir sebagai penambahan dan bukanlah bercanggah terus menerus dengan kajian Gesell. Doktor kanak-kanak dan pakar kanak-kanak kontemporari

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

22

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

masih mempertimbangkan norma-norma Gesell sebagai suatu nilai yang tinggi dengan menggunakan hasil kajian tersebut bagi menentukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh bayi pada tahap umur yang tertentu. Gesell juga telah membekalkan satu falsafah yang jelas mengenai pemeliharaan kanak-kanak. Kata Gesell, kita tidak seharusnya memaksa kanakkanak menjalankan corak kehidupan yang telah digubah oleh kita sendiri tetapi semestinya mengikuti perlakuan yang ditunjukkan melalaui kuasa pertumbuhan asas biologi mereka. Hasil kajian Gesell kerap menunjukkan ketaksaanya, tetapi ada sebahagian daripada hasil kajiannya menarik serta menyokong pendapar beliau. Dalam satu kajian impresif, Ainsworth (1972) telah mengemukakan satu persoalan mengenai perilaku atau respon ibu bapa yang sertab merta sebaik sahaja mendengar tangisan bayi (berbanding dengan melakukan sesuatu mengikut idea tersendiri di mana mereka akan menetukan waktu yang sesuai untuk kanak-kanak menangis). Kajian jelas menunjukkan bahawa pergerakan serta merta ini tidak akan merosakkan bayi. Sebaliknya, semasa berumur satu tahun, kanak-kanak yang memiliki ibu bapa yang lebih responsif ini jika berbanding dengan kanak-kanak yang memiliki ibu bapa yang kurang responsif akan kurang menangis serta tidak akan bergantung kepada ibu bapa. Kanakkanak ini sememangnya suka didukung tetapi apabila diletakkan di bawah oleh ibu, mereka tidak akan menangis malah akan bergerak bebas dengan gembira atau bermain dengan sendirinya. Kadangkala kanak-kanak ini juga dari semasa ke semasa akan memastikan kehadiran ibu bapa mereka, ini menunjukkan satu kebiasaan yang dilakukan olehn kanak-kanak pada umur yang tertentu tetapi amnya meraka tidak akan bergantung pada ibu bapa. Nyata sekali, apabila isyarat bayi diberi perhatian, mereka akan menjadi yakin bahawa mereka akan sentiasa mendapat bantuan bila diperlukan dan oleh itu mereka tidak perlu risau serta boleh bergerak bebas ke mana-mana sahaja yang diingini. Terdapat juga beberapa bukti di mana penyalahgunaan fakta am dan anekdot akan mengakibatkan kecelaruan apabila prinsip Gesell dilanggari dan

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

23

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

disalahtafsirkan. Bukti ini didapati melalui kajian yang dijalankan keatas pesakit skizofrenia (berkelakuan pelik) iaitu pesakit yang telah melalui pengalaman semasa kanak-kanak yang bertentangan dengan prinsip Gesell. Semasa kecil, pesakit ini telah berpendapat bahawa keniginan dan desakan semula jadi mereka tidak diendahkan atau dipentingkan, malahan ia mungkin mengugut yang lain dan seterusnya mereka dipaksa memenuhi hasrat dan imej yang digubah oleh orang lain (Crain, 1992). Perkara ini akan diperbincangkan dengan sepenuhnya apabila berbincang mengenai Bettleheim, tetapi di sini saya ingin menjelaskan perkara ini dengan memberi gambaran yang ringkas mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang berumur sembilan tahun. Saya telah mengkaji kanak-kanak ini semasa menjalankan penilaian psikologi. Kanak-kanak lelaki ini telah melalui satu kehidupan yang sangat menakutkan dan kemungkinan juga terdesak ke arah menjadi seorang psiko. Ibu bapa kanak-kanak ini tidak menginginkan anak, umur mereka dalam lingkungan empat puluhan dan ibunya pula menghidapi beberapa penyakit fizikal di mana ia lebih menyukarkan untuk menjaga anaknya. Berikutannya, ibu kanak-kanak tersebut mengingini seorang kanak-kanak yang baik, bersopan santun dan seakan-akan berpengetahuan serta berkelakuan dewasa di mana dia tidak akan menganggu atau memberi masalah

kepada

ibunya.

Ibu

kanak-kanak

tersebut

cuba

mengajarnya

membuang air di tandas semasa dia berumur enam bulan sahaja iaitu sebelum bayi bersedia untuk memahami proses tersebut. Apabila kanak-kanak itu mula berjalan dan menjelajah kawasan persekitaran semasa berusia satu tahun, ibunya menjadi sangat resah. Kanak-kanak tersebut mula menjadi tidak senonoh serta menunggu keterangan ibunya. Ibu kanak-kanak tersebut memandang perilaku kanak-kanak itu sebagai sesuatu yang luar biasa. Oleh sebab itu ibu tersebut berada dalam keadaan yang tidak sihat maka prinsip Gesell telah dilanggari serta nasihat Gesell telah disalah tafsirkan. Ibu tersebut telah memliki sebuah gambaran mengenai seorang kanak-kanak yang baik tetapi tidak dapat memahami serta menerima perilaku semula jadi anaknya yang biasa itu. Sebagai keputusannya, budak lelaki itu telah mendalamkan perasaan takutnya, sehinggakan dia berpendapat bahawa setiap aksi yang dilakukan semestinya

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

24

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

mendapat persetujuan dari ibu bapanya terlebih dahulu lagi. Jikalau tidak perlakuan

tersebut

adalah

sangat

berbahaya.

Kanak-kanak

itu

tidak

mempercayai diri sendiri atas naluri semula jadinya. Terdapat juga beberapa bukti yang mengukuhkan posisi Gesell iaitu sememangnya adalah menyeronokkan untuk mengikuti atau tabiat semulajadi kanak-kanak dimana kanak-kanak tersebut mengikuti jadual perkembangan dalaman biologinya. Selain itu, terdapat juga bukti yang mana sebahagian daripada prinsip Gesell dikatakan bercanggah. Kajian yang dijalankan oleh Baumrind (1967) mencadangkan bahawa sikap bergantung pada usaha diri sendiri di kalangan kanak-kanak dianggap sudah berpengatahuan dewasa memiliki ibu bapa yang mengharapkan permintaan yang terlalu tinggi. Baumrind juga berpendapat bahawa ibu bapa ini telah menentukan tugas-tugas tertentu yang

melebihi

kebeolehan

anak-anak

mereka

dan

ibu

bapa

tersebut

berpendapat bahawa mereka mengikuti cadangan Gesell. Walau bagaimanapun, perilaku ibu bapa ini adalah terlalu tegas dan terlalu ketet kawalannya. Apa yang diperkatakan oleh Gesell sebenarnya ialah ibu bapa seharusnya menunjukkan sikap yang diperlukan sahaja dan bukan sikap yang keterlaluan. Kemungkinan juga falsafah-falsafah seperti Gesell tidak dapat dibuktikan dengan sepenuhnya ataupun dibuktikannya salah melalui pandangan emirikal sahaja kerana terlalu banyak perkara yang bergantung pada nilai tersendiri. Begitu juga diperkatakan bahawa kita akan mendapat pengetahuan yang banyak dengan hanya mendengar pada Gesell sahaja. Kebenarannya bahawa kiata seharusnya mengawal, menunjuk jalan dan mengarah anak-anak kita mengikuti had tertentu di mana kadang kala kita juga akan melakuakannya dengan tergesa-gesa. Apa yang menyulitkan kita sebenarnya ialah mengambil masa untuk melihat bergembira dan meghargai anak-anak kita apabila kita memberi mereka peluang untuk membesar dengan sendirinya.

RUJUKAN & BIBLIOGRAFI DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

25

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

Infant and Child in the Culture of Today (Francis L. Ilg, 1940). The Child from Five to Ten (Frances L. Ilg, 1946). Youth: The Years from Ten to Sixteen (Frances L. Ilg dan Louise Bates Ames, 1956). ARNOLD GESELL PRINCIPLES OF DEVELOPMENT : http://www.des.emory.edu/mfp/302/302gesell.PDF http://www.historyforsale.com/html/prodetails.asp?bw=1&documentid=29578 https://catalog.lib.ecu.edu/ipac20/ipac.jsp?session=1221DD256G708.32565&pro file=joyner&uindex=UTL&term=Arnold%20Gesell%20:%20themes%20of%20his %20work%20/;%20Louise%20Bates%20Ames.&aspect=subtab13&menu=searc h&source=~!alsdb Health Care Industry: http://findarticles.com/p/articles/mi_g2699/is_0001/ai_2699000150 To learn more about The Adoption History Project, please contact Ellen Herman Department of History, University of Oregon: http://darkwing.uoregon.edu/~adoption/people/gesell.html Arnold Gesell and Your Child from Five to Ten From Kimberly L.Keith : http://childparenting.about.com/od/childdevelopment/a/geselletal.htm Medicine at Yale, 1901-1951: 1931-1941: http://info.med.yale.edu/library/exhibits/yalemed2/1931-1941.html Gesell, Arnold (1880-1961) Encyclopedia of Psychology - Find Articles at http://www.findarticles.com/cf_dls/g2699/0001/2699000150/p1/article.jhtml Education Policy Analysis Archives: Vol. 4 No. 8 Stone "Developmentalism: An Obscure but Pervasive Restriction" at http://olam.ed.asu.edu/epaa/v4n8.html Untitled at http://www.gesellinstitute.org/ http://www.des.emory.edu/mfp/302/302gesell.PDF http://www.emory.edu/EDUCATION/mfp/302/302gesell.PDF Adoption History: Arnold Gesell (1880-1961) http://darkwing.uoregon.edu/~adoption/people/gesell.html DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

26

ETD 1113 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

Arnold Gesell : http://www.sierra-connections.org/psy332/arnold_gesell.htm Judy Duchan's Short History of Speech Pathology http://www.acsu.buffalo.edu/~duchan/new_history/hist19c/subpages/gesell.html Arnold Gesell (1880-1961) :http://social.jrank.org/pages/276/Gesell-Arnold-18801961.html Arnold Gesell Summary: http://www.bookrags.com/Arnold_Gesell Arnold Gesell's Biography: http://www.freudianslip.co.uk/gesell.php Isis Contents: Vol. 92, No. 1: http://www.journals.uchicago.edu/Isis/abstracts/924her.html Arnold Gesell: Biography and Much More from Answers.com: http://www.answers.com/topic/arnold-gesell?cat=health

DIPLOMA PENDIDIKAN (PRASEKOLAH) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

27

Related Documents

Kematangan Emosi.docx
November 2019 4
Arnold
June 2020 11
Gesell Ordnung
December 2019 13
Texto Arnold
November 2019 19
Gesell Orden 1
December 2019 7

More Documents from ""