Unit 3

  • Uploaded by: balamurali
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Unit 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,747
  • Pages: 14
PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

UNIT 3

Un it

3

A 1002 / Unit3/ halaman 1

PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

OBJEKTIF AM Memahami prinsip, peraturan dan sifat-sifat seorang individu yang bermoral

OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : • • •

mencetuskan idea berkaitan dengan agama yang dianuti. membezakan di antara peraturan-peraturan moral menghuraikan sifat-sifat seorang individu yang bermoral..

Unit 3-1

PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

A 1002 / Unit3/ halaman 2

INPUT

Boring betui la kawan dengan orang yang tak ada prinsip moral nih !

3.0.

PENGENALAN

Prinsip dan peraturan moral merupakan perkara penting di dalam mewujudkan individu dan masyarakat yang aman sejahtera dan peka terhadap keperluan orang lain di sekeliling mereka.

3.1. PRINSIP MORAL Prinsip moral dapat dibahagikan kepada tiga : 1. Prinsip Keadilan Keadilan merupakan tindakan yang saksama dan menghormati orang lain. Semangat keadilan juga membolehkan seseorang individu menggunakan kuasanya dengan saksama dan tidak ada perasaan pilih kasih atau tamak dalam menjalankan tugasnya. 2. Prinsip Autonomi Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Tingkah laku atau pertimbangan individu itu hasil daripada paksaan sesuatu kuasa atasan, autoriti atau kumpulan tertentu. Sebagai contoh pensyarah mengikut arahan ketua jabatan. Jadi tingkah laku atau pertimbangan itu bukan tanggung jawab moral pensyarah kerana ia hanya mengakui atau menurut perintah ketua jabatan.

Unit 3-2

PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

A 1002 / Unit3/ halaman 3

3. Prinsip Altruisme Prinsip ini merujuk kepada sebarang tingkah laku atau pertimbangan moral akan melibatkan atau berhubung kait dengan orang lain. Jika perasaan ini digunakan semasa membuat pertimbangan moral maka keputusannya adalah lebih berperikemanusiaan dan bermoral. Perasaan kasih sayang, simpati dan memikirkan persaan orang lain akan menjauhi perasaan kepentingan diri, tamak dan kelakuan jahat.

Eleeh.. tu pun tak tau. Aku pun tak tau !

Woi.. prinsip moral tu apa haa.. Nak tau.. baca le kat atas tu !

Unit 3-3

1.

PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

A 1002 / Unit3/ halaman 4

AKTIVITI 3A

1.

Nyatakan definisi prinsip-prinsip berikut : Prinsip keadilan --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1.2. Prinsip autonomi --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1.3. Prinsip altruisme --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------2.

Seorang bapa telah menghadiahkan sebuah basikal bernilai RM 300.00 kepada anaknya Ahmad dan membeli kerusi roda bernilai RM 1500.00 kepada anaknya yang bernama Ramli. Jelaskan prinsip keadilan di dalam permasalahan tersebut. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cih.. teman dalam buah pun tahu, takkan kome kat luar tak leh jawab.

Unit 3-4

PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

A 1002 / Unit3/ halaman 5

MAKLUMBALAS 3A 1. Prinsip-prinsip berikut ialah : 1.1. Prinsip keadilan Keadilan merupakan tindakan yang saksama dan menghormati orang lain. Semangat keadilan juga membolehkan seseorang itu menggunakan kuasanya dengan saksama dan tidak perasaan pilih kasih atau tamak dalam menjalankan tugasnya. 1.2. Prinsip autonomi Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Tingkah laku dan pertimbangan individu itu hasil daripada paksaan sesuatu kuasa atasan, autoriti atau kumpulan tertentu. 1.3. Prinsip altruisme Prinsip ini merujuk kepada sebarang tingkah laku atau pertimbangan moral akan melibatkan atau berhubung kait dengan orang lain. Jika perasaan ini digunakan semasa membuat pertimbangan moral maka keputusannya adalah lebih berperi kemanusiaan dan bermoral. 2. Tentu sekali adil kerana istilah adil itu bermakna meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Oleh itu bertepatanlah dengan keadaan yang berlaku kepada seorang bapa membeli kerusi roda kepada anaknya Ramli memandangkan dia seorang yang cacat dan sangat memerlukan kerusi roda tersebut untuk memudahkan pergerakannya. Sukanya saya.. awak bijak betul, semua soalan awak betulbetul belaka.

Unit 3-5

PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

A 1002 / Unit3/ halaman 6

INPUT

Eh.. Jah ! lama tak jumpa, mari la masuk dulu..

a..aa ia..laa, dah hampir 3 jam kita tak jumpa yee..

3.2. PERATURAN MORAL Merupakan satu kajian tentang betul salah tingkah laku manusia. Tingkah laku dapat dibahagikan kepada kemahuan dengan kesedaran dan kemahuan tanpa kesedaran. Peraturan moral menekankan sifat-sifat moral, pengertian baik dan salah dan apakah sifat yang ternyata dan tertentu tentang moral. Peraturan moral bersifat rasional dan otonomus kerana manusia berminat dalam tingkah laku sendiri, berfikir dan bersoal tentang tingkah laku, membandingkan di antara tingkah laku manusia. 3.2.1. Perbezaan peraturan agama dengan peraturan moral a. Peraturan agama mempunyai peraturannya yang tercatat di dalam kitab tetapi moral tidak tidak mempunyai suatu buku khas yang mencatatkan dengan teratur. b. Peraturan agama menyelitkan segala balasan pahala dosa terhadap penganutnya manakala peraturan moral diikuti untuk kebaikan individu serta masyarakat dan tidak mengesani kepada pahala dan dosa. c. Peraturan agama menetapkan tempat serta waktu sembahyang tetapi peraturan moral tidak menetapkan tempat dan waktu untuk melaksanakannya. d. Peraturan agama adalah suatu cara hubungan antara manusia dengan tuhan manakala peraturan moral menjalinkan hubungan antara manusia dengan manusia sahaja. 3.2.2. Perbezaan peraturan moral dengan peraturan adat a. Peraturan moral bersifat sejagat berbanding dengan adat yang dipegang oleh satu-satu kelompok manusia sahaja. b. Peraturan moral dipatuhi sepanjang masa tetapi peraturan adat hanya dipatuhi pada masa-masa tertentu dan di tempat-tempat tertentu sahaja. 3.2.3. Perbezaan peraturan moral dengan undang-undang

Unit 3-6

PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

A 1002 / Unit3/ halaman 7

Hei.. tak faham sungguh budak ni ! Kamu ni tak reti peraturan moral ke, tak reti undang-undang

a.

Peraturan moral ditentukan oleh akal atau pandangan manusia dan tidak ditulis, dicatat dan dikuatkuasakan oleh mana-mana pihak.Undang-undang pula diluluskan dan ditukarkan oleh parlimen yang telah mendapat kuasa daripada perlembagaan Negara. Suatu akta yang telah diluluskan oleh parlimen akan dilaksanakan oleh berkuasa. b. Peraturan moral adalah satu set peraturan tingkah laku yang mana apabila tidak mengikutinya hanya akan dipandang hina dan dikutuk masyarakat sahaja. Akan tetapi undang-undang apabila dilanggari akan menerima hukuman dan denda daripada pihak berkuasa. c. Peraturan moral mewujudkan perkara yang baik-baik sahaja seperti kesihatan, kebahagiaan dan kasih saying. Dalam undang-undang perasaan kasih sayang dan belas kasihan tidak dipertimbangkan.

3.3. SIFAT-SIFAT SEORANG INDIVIDU YANG BERMORAL Eh.. Abu ni seorang yang bermoral laa.. dia berus gigi !

a. Menjaga kebersihan fizikal dan mental b. Memahami perasaan dan dapat menilai perasaan orang lain c. Menunjukkan sifat murah hati d. Bertimbang rasa e. Salin faham memahami f. Peka terhadap masalah orang lain g. Sikap bertanggungjawab dan bekerjasama h. Sikap berterima kasih i. Mempunyai pengetahuan dan bijak membuat keputusan sendiri yang rasional, universal dan preskriptif j. Sikap adil dan saksama Unit 3-7

PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

A 1002 / Unit3/ halaman 8

k. Mempunyai pengetahuan dan kebolehan yang mencukupi untuk meramal hasil dan tindakbalas sesuatu terhadap sesuatu tindakan l. Mempunyai perasaan sayang kepada nyawa dan dirinya m. Bersikap jujur, bercakap benar, amanah dan ikhlas dalam kehidupan seharian. n. Sikap terus berusaha, gigih,cekal, dedikasi dan toleransi o. Memberi kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Negara.

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur. SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!

Unit 3-8

PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

A 1002 / Unit3/ halaman 9

AKTIVITI 3B

Bijak keanda ni ! Cuba jawab soalan di bawah ini..

1. Di dalam peraturan moral dan peraturan agama terdapat banyak perbezaan yang agak ketara. Bezakan di antara keduanya. Peraturan moral

2.

Peraturan agama

Seorang doktor telah ditahan oleh anggota polis yang bertugas kerana telah melanggar had laju 90 km/j dengan alasan untuk merawat pesakit yang tenat.Alasan itu tidak dapat diterima anggota polis tersebut dengan mengeluarkan saman kepada doktor tersebut.

Berdasarkan petikan di atas, berikan pandangan anda ? --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Unit 3-9

PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

A 1002 / Unit3/ halaman 10

3. Manusia yang bermoral adalah orang yang mulia akhlaknya dan tinggi keperibadiannya. Untuk mencapai perkara tersebut seseorang itu perlu mengamalkan sifat-sifat yang bermoral. Terangkan LIMA daripada sifat-sifat seorang yang bermoral. a. ___________________________________________________________________ b.___________________________________________________________________ c.___________________________________________________________________ d.___________________________________________________________________ e.___________________________________________________________________

Unit 3-10

PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

A 1002 / Unit3/ halaman 11

MAKLUMBALAS 3B 1.

Perbezaan perkara berikut : Peraturan moral Peraturan agama mempunyai peraturannya yang tercatat di tidak mempunyai suatu buku khas yang dalam kitab mencatatkan dengan teratur. menyelitkan segala balasan pahala dosa diikuti untuk kebaikan individu serta terhadap penganutnya masyarakat dan tidak mengesani kepada pahala dan dosa. menetapkan tempat serta waktu tidak menetapkan tempat dan waktu untuk sembahyang melaksanakannya 2. Di dalam permasalahan ini sebenarnya anggota polis itu telah menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi kerana dalam undang-undang tidak ada pertimbangan kasih sayang dan belas kasihan seperti mana yang perlu ada di dalam peraturan moral. 3. Lima daripada sifat-sifat tersebut : a. Menjaga kebersihan fizikal dan mental b. Memahami perasaan dan dapat menilai perasaan orang lain c. Menunjukkan sifat murah hati d. Bertimbang rasa e. Saling faham memahami

Unit 3-11

PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

A 1002 / Unit3/ halaman 12

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

1) Prinsip-prinsip moral dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu prinsip keadilan, autonomi dan altruisme. Berikan contoh terhadap ketiga-tiganya. 2) Peraturan agama ialah sejarah, cara hidup, muzik, seni, kepercayaan, peraturan, psikologi kepercayaan dan kelakuan yang berlainan antara berbagai agama. Terangkan tiga perbezaan di antara peraturan agama dengan peraturan adat. 3) Peraturan moral dan undang-undang adalah dua peraturan yang mempunyai banyak perbezaan. Berikan perbezaan di antara keduanya. 4) Di antara sifat-sifat seorang yang bermoral ialah mempunyai sikap menghormati warisan ketinggalan zaman. Huraikan sifat tersebut ?

Unit 3-12

PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

A 1002 / Unit3/ halaman 13

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

1) Contoh-contoh : a. Prinsip keadilan – tidak ada pilih kasih dalam membahagikan tugas kepada orang bawahan b. Prinsip autonomi – Pensyarah menurut perintah ketua jabatannya c. Prinsip altruisme – mendahului sahabat lebih dari diri sendiri 2) Perbezaan di antara peraturan agama dan adat : Peraturan agama Suatu cara hubungan manusia dengan tuhan Mempunyai peraturan yang tercatat di dalam kitab-kitab Menyelitkan segala balasan dosa pahala terhadap penganutnya

Peraturan adat Suatu cara hubungan manusia dengan manusia Peraturan yang tidak tercatat di mana-mana Tidak ada kesan jika tidak melaksanakannya

3) Perbezaan di antara peraturan moral dan undang-undang : Peraturan moral a. Peraturan moral ditentukan oleh akal atau pandangan manusia dan tidak ditulis, dicatat dan dikuatkuasakan oleh manamana pihak..

Undang-undang Undang-undang pula diluluskan dan ditukarkan oleh parlimen yang telah mendapat kuasa daripada perlembagaan Negara. Suatu akta yang telah diluluskan oleh parlimen akan dilaksanakan oleh berkuasa b. Peraturan moral adalah satu set peraturan undang-undang apabila dilanggari akan tingkah laku yang mana apabila tidak menerima hukuman dan denda daripada Unit 3-13

PRINSIP DAN PERATURAN MORAL

A 1002 / Unit3/ halaman 14

mengikutinya hanya akan dipandang hina pihak berkuasa. dan dikutuk masyarakat sahaja. c. Peraturan moral mewujudkan perkara undang-undang perasaan kasih sayang dan yang baik-baik sahaja seperti kesihatan, belas kasihan tidak dipertimbangkan. kebahagiaan dan kasih saying. 4) Menghormati warisan peninggalan zaman ialah memberi penghormatan kepada adat resam, kepercayaan kaum dan keturunan demi menjaga keharmonian hidup.

Pada fikiran hang macamana dengan unit ni..

Boleh tahan.. senang ada susah pun ada. Aku rasa le unit selepas ni susah tau !

Unit 3-14

Related Documents

Unit 3
December 2019 19
Unit 3
June 2020 14
Unit 3
May 2020 16
Unit 3
November 2019 17
Unit 3
December 2019 22
Unit 3
May 2020 14

More Documents from "balamurali"

Unit 4
May 2020 6
Unit 0 Pm
May 2020 5
Unit 5
May 2020 9
Unit 10
May 2020 10
Auto Cad 6
June 2020 8
Auto Cad 3
June 2020 5