Ulasan Buku Kajian Tindakan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulasan Buku Kajian Tindakan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,286
  • Pages: 7
ULASAN BUKU Tajuk

: Action Research in Teaching and Learning: A practical guide to conducting pedagogical action research

Penulis

: Lin s. Norton

Penerbit

: Routledge Taylor & Francis Group

Tahun terbitan : 2009

Konsep Kajian Tindakan Kajian tindakan memerlukan masa, sumber dan komitmen yang tinggi daripada seorang penyelidik. Beberapa konsep yang cuba diterapkan adalah: 1. Kajian tindakan dan refleksi adalah komponen penting untuk menambah baik praktis

dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana refleksi perlu wujud untuk melakukan tindakan, dalam tindakan dan selepas tindakan (Postareff, 2007). 2. Kajian tindakan sebagai satu kaedah untuk pembelajaran sepanjang hayat dikalangan

guru (lifelong learning). 3. Kajian tindakan mengimplikasikan refleksi keatas diri untuk menambahbaik amalan

mereka, kefahaman terhadap amalan-amalan mereka dan juga persekitaran dimana amalan mereka dipraktiskan (Carr & Kemmis, 1986). Terdapat 3 jenis kajian tindakan yang diperkenalkan oleh penulis iaitu: 1. Teknikal/ teknikal- kolaboratif/ saitifik-teknikal/ positivis

Kajian ini dijalankan secara kolaborasi diantara pakar penyelidik dan guru untuk menambah baik amalan dengan menggunakan intervensi tertentu dalam P & P. 2. Mutual-collaborative/ practical-deliberative – interpretivist perspective

Kajian ini melibatkan kedua-dua penyelidik dan guru namun penyelidik hanya bertindak sebagai fasilitator. Guru menggunakan cara sendiri untuk menilai dan seterusnya mengubah amalan mereka. Ini membolehkan guru lebih mengenali dan memahami amalan mereka. 3. Enhancement

perspective

approach/

critical-emancipatory

action

research/

critical

science

Kaedah ini bermula dengan kritikan terhadap teori berdasarkan kepada pengalaman guru dan lebih menekankan kepada pemahaman dalam konteks politik dan sosial yang berkaitan dengan amalan guru berbanding hal yang berkait dengan guru.

Tujuan menjalankan Kajian Tindakan Beberapa tujuan yang digariskan oleh penulis adalah: •

Sebagai latihan untuk ahli akademik di university dalam menganalisis praktis, kaedah penyelidikan dan kepakaran mereka (Ponte, 2002).



Sebagai alat untuk membuat refleksi tentang pemikiran mereka yang mana diakhiri dengan tindakan bagi menyokong efikasi profesional.



Menyediakan cabaran kepada kepercayaan, konsep dan teori yang sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran (Wahlstrom & Ponte, 2005).



Sebagai satu kaedah untuk memperbaiki mutu pembelajaran pelajar melalui pengalaman dan pencapaian mereka.



Membolehkan ahli akademik di universiti menambah kefahaman mereka tentang pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran serta proses-proses yang terlibat.



Sebagai satu kaedah untuk menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran di unversiti (Kember, 2000)

Reka Bentuk Kajian Tindakan Pemilihan reka bentuk kajian adalah bergantung kepada konteks pembelajaran dan juga tahap pengetahuan tentang sesuatu kaedah kajian. Didalam buku ini, penulis menggambarkan kitaran spiral kajian tindakan berdasarkan kepada 4 langkah utama iaitu: 1. Memerhati/ mengenalpasti perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku/ boleh

diperbaiki (Observe). 2. Merancang pelan tindakan yang mana melibatkan perubahan dalam amalan (Plan). 3. Melaksanakan perancangan (Act). 4. Melihat kesan pelaksanaan (Reflect).

Sampel/ Responden Pelajar tahun tiga jurusan Psikologi

Seting Liverpool Hope University Prosedur Kajian Tindakan Terdapat 5 proses yang ditekankan oleh penulis untuk menjalankan kajian tindakan iaitu: 1. Mengenalpasi masalah/isu (Identify). 2. Pencarian jalan penyelesaian kepada masalah/ isu (Thinking). 3. Pelaksanaan penyelesaian yang dipilih (Doing it). 4. Menilai pelaksanaan (Evaluate). 5. Mengubah suai amalan (Modifying).

Kelima-lima langkah ini dapat diringkaskan menjadi ITDEM. Didalam buku ini penulis telah menggunakan proses yang sama tetapi pendekatan yang berbeza bagi menyelesaikan satu isu/ masalah yang sama. Pendekatan tersebut ialah secara kualitatif melalui model interpretivis dan secara eksperimen melalui model positivis. a) Model interpretivis 1. Pengenalpastian masalah (I) 2. Pencarian jalan penyelesaian (T) •

Penulis menggunakan borang maklum balas (questionnaire) yang diedarkan kepada reponden.



Menjalankan temu bual

3. Pelaksanaan (D) •

Menjalankan temu bual tidak berstruktur (unstructured interview) dengan responden untuk mendapatkan gambaran perspektif responden yang lebih luas tentang isu yang diutarakan berbanding temubual bersruktur dan semistruktur.

4. Penilaian (E) •

Menggunakan kaedah ‘content analysis’ yang menggabungkan kedua-dua analisis secara kualitatif dan kuantitatif.



Mengklasifikasikan hasil dapatan termubual mengikut tema tertentu berdasarkan prinsip analisis bertema (principles of thematic analysis).

5. Pengubahsuaian amalan (M)

b) Model positivis 1. Pengenalpastian masalah (I) 2. Pencarian jalan penyelesaian (T) •

Penulis menggunakan kajian intervensi untuk menguji hipotesis



Kajian intervensi melibatkan pembolehubah bersandar (intervensi) dan pembolehubah tak bersandar.



Memerlukan penyelidik mengawal faktor-faktor luaran bagi memastikan persekitaran kumpulan kawalan dan kajian adalah sama.

3. Pelaksanaan (D) •

Memberi intervensi kepada kumpulan kajian

4. Penilaian (E) •

Membandingkan hasil dapatan antara kumpulan kajian dan kumpulan kawalan

5. Pengubahsuaian amalan (M)

Pengumpulan dan Penganalisisan Data Pengumpulan data Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan unuk mengumpul data. Pemilihan kaedah ini bergantung kepada objektif/ tujuan kajian dijalankan. a) Borang maklum balas yang mengandungi set soalan (questionnaire) b) Temubual

Teknik analisis Pemilihan teknik analisis bergantung kepada jenis data yang dikumpul samada kualitatif atau kuantitatif seperti mana yang digambarkan oleh penulis didalam buku ini. 1. Data kualitatif

Didalam buku ini, penulis menekankan dua jenis analisis kualitatif iaitu analisis menggunakan tema (thematic analysis) dan analisis keatas kandungan teks/ visual (content analysis).



Analisis menggunakan tema (Thematic analysis)

Analisis ini melibatkan 7 peringkat iaitu: i.

Peringkat 1: Immersion Menumpukan perhatian penuh terhadap pembacaan transkrip (data) dan catat tema umum tanpa mengambil kira perkaitan dengan persoalan kajian.

ii. Peringkat 2: Generating categories

Membaca teks dengan teliti untuk mengkategorikan setiap maklumat iii. Peringkat 3: Deleting categories

Menghilang/ menggugurkan kategori-kategori yang tidak berkaitan dengan persoalan kajian iv. Peringkat 4: Merging categories

Menggabungkan beberapa kategori yang berkait menjadi satu tema. v. Peringkat 5: Checking themes

Baca semula teks/ transkrip berkait dengan tema dan baiki jika perlu vi. Peringkat 6: Linking themes

Mengaitkan satu tema dengan tema yang lain berdasarkan data (transkrip) yang diperoleh. vii. Peringkat 7: Presenting your findings

Membentangkan tema utama kajian dan ulas secara keseluruhan bagaimana tema-tema berkait antara satu sama lain. •

Analisis tekstual (Content analysis)

Analisis ini membolehkan pengkaji memahami dengan lebih mendalam tentang isu yang dikaji. Terdapat 5 peringkat yang terlibat. i.

Peringkat 1: Tentukan unit analisis Unit analisis boleh menggunakan perkataan/ frasa/ ayat/ perenggan tertentu. Ianya ditentukan berdasarkan kepada persoalan kajian.

ii. Peringkat 2: Memecahkan transkrip kepada unit analisis iii. Peringkat 3: Membina kategori iv. Peringkat 4: Menandakan unit analisis kepada kategori (pengkodan)

Setiap unit maklumat akan dikelaskan mengikut kategori yang telah

ditetapkan. Setiap unit maklumat dalam satu kategori tidak boleh bertindih dengan kategori yang lain. v. Peringkat 5: Mengira peratusan unit dalam setiap kategori

Analisis juga boleh dilakukan dengan: a)

Menentukan teori/ hipotesis daripada data yang dikumpul (grounded theory)

b)

Mencari makna tersirat didalam ucapan/ teks (discourse analysis)

c)

Analisis keatas petunjuk seperti perkataan, gambar, bahasa badan dan sebagainya (semiotics)

d)

Pemahaman keatas perspektif/ pandangan dan pengalaman seseorang individu (interpretative phenomenological experience)

2. Data kuantitatif

a. Descriptive statistic Statistik ini memberi gambaran yang jelas tentang data yang diperolehi. Ianya merangkumi: •

Kecenderungan memusat seperti min, median dan mod



Pengukuran serakan dan seperti sela, sisihan piawai dan kepelbagaian

b. Inferetial statistic

Statistik ini digunakan apabila ingin membuat kesimpulan tentang hasil dapatan kajian. Didalam buku ini, penulis menekankan kepada tiga bentuk sahaja iaitu: •

Ujian untuk penentuan korelasi iaitu menentukan hubungkait diantara dapatan kajian



Ujian pembezaan dalam min



Ujian ketepatan/ kepadanan (Test of goodness of fit) bagi menentukan ketepatan dapatan kajian dengan jangkaan.

Etika Kajian Tindakan Penulis telah menggariskan 3 prinsip asas etika kajian berdasarkan kepada British Educational Research Association (2004) dan American Educational Research Association (2000) iaitu: 1. Kebenaran dan kejelasan (Informed concent)

Mendapatkan kebenaran daripada peserta kajian iaitu pelajar/ staf untuk terlibat dalam kajian tanpa paksaan dan memberi penjelasan yang jelas tentang prosedur kajian kepada peserta serta hak mereka. 2. Rahsia dan sulit (Anonymity and confidentiality)

Identity peserta haruslah dirahsiakan daripada pengetahuan umum dan menyatakan dengan jelas individu yang berhak untuk melihat data yang disediakan oleh peserta. 3. Perlindungan daripada ancaman

Ancaman disini merujuk kepada apa-apa bentuk rangsangan yang boleh mengganggu psikologi peserta seperti tahap kendiri peserta.

Kebolehpercayaan dan Kesahihan Kajian Tindakan Dalam konteks buku ini, pelbagai kaedah didedahkan untuk menganalisis data kualitatif dan kuantitatif. Namun, salah satu kelemahan dalam inovasi dan perubahan yang dilakukan dalam pendidikan tidak mempunyai bukti yang empirikal bagi menunjukkan kelebihan yang ada pada sesuatu inovasi. Penilaian Keseluruhan Buku

Related Documents