Ulasan Buku Kajian Tindakan Gb5023

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulasan Buku Kajian Tindakan Gb5023 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,986
  • Pages: 10
Ulasan Buku Kajian Tindakan Oleh: Ella Syafinaz Safian (P48587) Tajuk Buku: Collaborative Action Research for English Language Teacher 1. Jenis Kajian Tindakan: Kolaboratif guru-guru dalam bidang yang sama 2. Mengapa guru perlu melakukan Kajian Tindakan? Berdasarkan ulasan para guru dalam buku ini: •

Melalui KT, guru boleh menilai apa yang dilakukannya dalam kelas. Guru menjadi lebih methodical dalam melaksanakan penilaian dan penerangan dalam kelas, bukan tentang 'apa' yang dilaksanakan; tetapi lebih kepada 'bagaimana' untuk melaksanakannya. (it made me evaluate what I was doing in my classes. I think I have become more methodical in the way I approach assessment and in my explanation to the class, not in what I do but how)



KT memberi peluang kepada guru untuk membuat refleksi bagi setiap keputusan disebalik apa yang telah dilaksanakan. Maka, ia akan menghasilkan satu asas untuk mengembangkan lagi kurikulum.



KT secara kolaboratif memberi peluang kepada guru-guru untuk berjumpa dan berbincang sesama mereka, mendengar idea-idea dan kaedah baru bagi menyelesaikan masalah yang sebenarnya hampir serupa (common to all).



KT meningkatkan self-awareness dan self-analysis setiap guru. Guru boleh memeriksa kekuatan dan kelemahannya dalam cara pengajarannya.



Proses KT adalah suatu yang memberi ganjaran kepada para guru dan murid. (rewarding process because it validates classroom observation and encourage teacher to value your own judgements)



KT adalah suatu proses yang segar kerana guru berhubung terus dengan kelas sedia ada (refreshing as it is concerned with the classroom as it really is)

3. Rekabentuk Kajian Tindakan: •

Researcher/Penyelidik:

Linda Ross, seorang guru ESL (English Second Language) yang berkhidmat untuk Australian Adult Migrant English Program (AMEP). •

Sampel/Participant:

Program AMEP adalah untuk mengajar imigran dewasa yang berumur dari 17-42 tahun untuk belajar Bahasa Inggeris dan subjek-subjek lain di dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakan imigran ini berasal dari Vietnam, Taiwan, Bosnia, Iran dan Thailand. Umumnya, para pelajar ini dikategorikan mengikut - kumpulan negara atau - migrasi kerana bisnes atau - tahanan (refugee) atau - family reunion programme Mereka menggunakan bahasa rasmi mereka dalam kehidupan seharian dan tidak fasih berbahasa Inggeris. Namun, ada segelintir yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan kurang bermasalah. •

Setting Kajian:

KT ini berlaku di AMEP Australia. Kelas AMEP ini dijalankan selama 20 jam seminggu (4 jam sehari untuk 15 minggu)

4. Prosedur Kajian Tindakan •

Contoh masalah

Linda Ross adalah seorang guru ESL dan berhadapan dengan masalah untuk mengajar para pelajarnya yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan keperluan yang sangat heterogenous. Circle pertama: Pada permulaannya, dia rasa kurang pasti (uncertainty) untuk mencari fokus spesifik kajiannya dan dia memulakannya dengan memerhatikan cara pengajaraanya sendiri (observing her lessons). Keputusannya: Linda mendapati dalam sesi 30 minit pertama pengajarannya, pelajar yang agak pintar (stronger student) hanya memberikan tumpuan pada minit-minit pertama sahaja. Maka, bagaimana pula halnya dengan pelajar yang lemah? Sudah tentulah lagi ketinggalan dan tidak fokus. Contohnya, dalam pelajaran Matematik bagi subjek pecahan; pelajar pintar secara otomatik tahu bahawa 1/4 adalah separuh daripada 1/2 dan pelajar lemah pula kelihatan kebingungan. Maka, Linda terfikir adakah beliau perlu kembali mengajar yang asas kepada pelajar lemah dan bagaimana dia mencari masa untuk itu? ("I need to go much further back for the weak students. How will I find time?") Refleksi Bagi Circle 1: Linda amat tidak berpuashati melalui pemerhatian pengajarannya. Antara yang dikenalpasti adalah: - Dia perlu mengetahui dengan jelas kekuatan, kelemahan dan progress bagi setiap pelajar. - Dia perlu mengasah skill asas (develop basic skills) untuk mengajar para pelajar yang lemah tetapi pada masa yang sama perlu menangani pelajar yang sudah pintar. - Aktiviti kelasnya melibatkan kedua-dua pengurusan masa (4 jam sehari untuk 15

minggu) dan isu rekabentuk modul subjek (course design issue) Circle Kedua: Linda membuat satu jadual 'checklist of skills' supaya dia boleh monitor pencapaian bagi setiap pelajar. Contoh checklist bagi subjek matematik:

Lilian

Warren Chris

Kevin

Mike

John

Barry

Peter

Uses place value up to 5 places Uses decimal point appropriately Can read numbers from calculator Can ‘round up’

Keputusannya: Checklist ini terbukti berkesan dan sesi pengajaran menjadi lebih mudah dan fokus. Checklist ini telah dijadikan sebagai asas dalam rancangan pengajarannya. Refleksi bagi Circle Kedua: Linda masih risau mengenai masa yang diperuntukkan untuk setiap pelajar. Linda merasakan bahawa dia telah mengabaikan masa berkualiti untuk para pelajarnya yang pintar (neglect the stronger student) kerana terlalu fokus mengajar pelajar yang lemah. Namun, dia terkejut apabila mendapati para pelajarnya yang pintar sebenarnya lebih menyukai sistem sedia ada yang dilaksanakannya. Para pelajarnya tidak sedikitpun merasa terbiar kerana mereka sangat faham dan dalam masa yang sama menyokong kawan-kawan yang lemah. Pelajarnya yang pintar memberi komen "We like it when you

give us the sheet and we can just get on with it. Don't worry- we'll yell if we need you". Circle Ketiga untuk memperbaiki Pengurusan Pelajar: Setelah berjaya melakukan checklist, Linda cuba untuk memperbaiki masalah pengurusan para pelajarnya pula. Maka, apa yang dilakukan oleh Linda adalah seperti berikut: - membahagikan para pelajar mengikut kemampuan - menyediakan 2 jenis kertas kerja (2 levels) dan memberikan mengikut kumpulan. Para pelajar sebenarnya tidak bergerak mengikut kumpulan masing-masing kerana ingin pelajar yang lemah develop skill pada tahap yang lebih perlahan dan berdaya saing dengan pelajar yang lebih pandai. Keputusannya: Cara ini tidak berjaya kerana pelajar mula membandingkan kertas kerja yang diberikan sesama mereka dan mewujudkan perubahan kerana pelajar yang lemah "terasa mereka dilabelkan sebagai lemah dengan memberikan kertas kerja yang berlainan dari pelajar yang pandai". Akibatnya, timbul masalah-masalah yang baru seperti pelajar lemah mula tidak hadir ke kelas, tidak menyiapkan kerja dll. Refleksi bagi Circle Ketiga: Linda telah membuat kesilapan kerana "melabel" para pelajarnya dan merendahkan moral mereka. Apa yang telah dipelajarinya adalah sesuatu yang baru kerana mengikut pemerhatian Linda, ianya adalah OK dan boleh diterima jika mereka "melabel" sesama mereka tetapi menjadi sedikit berbeza apabila seorang guru memberi "label" terhadap pelajarnya. Seperti kata Linda " I had made the mistake of 'labelling' some students as under-achievers and realised that I had undermined their morale. This was interesting since they had always found it quite acceptable to label themselves....It seemed it was quite different if the teacher did the labelling".

Circle Keempat: Linda melakukan strategi baru dengan membawa satu jenis kertas kerja sahaja. Kali ini,

semua pelajar dikehendaki menjawab Kertas Kerja tersebut (wajib menghabiskannya) dan terpulang kepada pelajar bagaimana untuk menyelesaikannya. Keputusannya: Linda mendapati pelajarnya yang lemah berpuas hati dengan strategi ini kerana ia membuktikan bahawa mereka juga mampu menyelesaikan tugasan tersebut walaupun mengambil masa yang lebih panjang. Refleksi bagi Circle Keempat: Pada mulanya, Linda khuatir pelajarnya yang pintar akan dapat menyelesaikan tugasan dengan cepat dan kemudiannya bersembang. Namun, ini tidak terjadi kerana pelajarnya yang pintar akan terus melakukan kerja-kerja mereka dan ada yang menolong rakanrakan. 5. Pengumpulan dan Analisis Data •

Teknik Pemerhatian (Observation)

Perkara yang diambil kira oleh penyelidik (Linda Ross) semasa melakukan pemerhatian adalah: a) Fokus pada pemerhatian yang relevan sahaja. Jangan catat kesemuanya. b) Kenalpasti lokasi yang spesifik untuk diperhatikan. (Dalam kes ini, Linda Ross menjadikan kelas AMEPnya sebagai lokasi pemerhatian) c) Kenalpasti sama ada yang hendak diperhatikan adalah keseluruhan kumpulan atau individu tertentu sahaja. (Linda memerhatikan keseluruhan kelasnya) d) Rekodkan pemerhatian semasa ia berlaku atau sejurus selepas ia berlaku. (Linda mencatatkannya sejurus selepas pengajarannya berlaku seperti yang dicatatkannya ”on 22/3/95 I noted in a half hour session the stronger students only got a few minutes attention and on 27/3/95 I wrote a typical numeracy lesson-hectic!”) e) Sentiasa cuba menjadi pemerhati yang tepat dan elakkan menggunakan perkataan yang merujuk kepada penilaian terhadap sikap atau pemikiran individu yang diperhatikan.

f) Bina satu sistem yang bersesuaian untuk merekod segala pemerhatian. •

Teknik Nota Penyelidik- checklist

Linda telah membina sebuah checklist yang lengkap untuk memantau pencapaian murid-muridnya terutamanya yang lemah. Bagi setiap topik, Linda akan menulis sub topic yang lebih kecil dan menilai pelajarnya secara umum. Jika pelajar tahu dan faham apa yang dipelajarinya, Linda akan tick (√) pada kotak nama pelajar tersebut dan sebaliknya. Cara ini didapati berkesan dan memudahkan dia memberi tumpuan dan penekanan kepada pelajar-pelajar yang lemah bagi topik-topik tertentu. Contoh checklist bagi subjek pecahan (matematik): Lilian

Warren

Chris

Kevin

Mike

John

Barry

Peter

Uses place value up to 5 places Uses decimal point appropriately Can read numbers from calculator Can ‘round up’



Teknik ‘charting the social organization of the classroom’

Teknik ini digunakan untuk mendokumenkan bagaimana guru dan pelajar menggunakan ruang-ruang yang ada dalam sesi P&P. Contohnya, susun atur dalam bilik darjah Linda adalah seperti apa yang diminta oleh pelajarnya kerana mereka berasa lebih selesa untuk bekerja dan melakukan tugasan tanpa diskriminasi antara pelajar yang pintar dan lemah. Contoh susun atur (layout) bilik darjah kelas Linda Ross:

Komen Linda “When we first got into the classroom, it had chairs with flip-over lids for writing. The students didn’t like these at all. They wrote to the Assistant Principle asking for desks and they were supplied with tables shaped link together. I prefer a learnercentered classroom so I wanted the classroom set up in groups or circles so that I could encourage them to work together and introduced a less formal atmosphere- I wanted it to be an adult classroom. I put the desks into a horseshoe shape and they complained- they said the people on the end couldn’t see properly. However many times I changed the desks around the students changed them back into this conventional set-up. They made it look like a traditional classroom and insisted it had to be this way” Analisis Data a) Analyzing classroom talk Analisis berdasarkan apa yang penyelidik perlu baiki untuk menjalankan penambahbaikan seterusnya. Dalam kes Linda, - Well…I didn’t realize…I use OK and ‘Right’ so much. - I gave the students very little time to answer questions..I either answered the question myself or, er…moved on to ask another student. b) Transcript analysis Berdasarkan checklist, lakukan analisis untuk mencari kelemahan dan kekuatan bagi setiap pelajar. Contohnya, lakukan pemprosesan terhadap data yang didapati.

Topic

Student

Question asked

Responses given

Information offered

Fraction

A

0

0

0

B

0

2

1

C

0

6

0

D

5

0

2

Comments Teacher from notes student

6. Etika Kajian Tindakan Beberapa etika perlu diambil kira oleh penyelidik. Antaranya: •

Perlukah saya memberitahu para pelajar tentang kajian saya?



Adakah saya mempunyai ”hak” untuk melakukan eksperimen terhadap pelajar saya?



Apa yang perlu dilakukan jika ada pelajar yang menolak (refuse) untuk terlibat di dalam kajian saya?



Perlukah saya mendapatkan kebenaran bertulis daripada orang yang saya temuduga?



Adakah saya mempunyai hak untuk menggunakan nama para pelajar dalam kajian dan penerbitan kajian saya tanpa pengetahuan mereka?

Professional Integrity •

Terangkan dengan jelas tujuan kajian, objektif dan methodology kajian kepada semua pihak yang terlibat.



Pastikan rujukan adalah jelas dan tidak berlaku sebarang penciplakan dari bahan penyelidik lain.



Dapatkan kebenaran dari pihak yang terlibat jika kajian akan diterbitkan.



Memberi kebenaran kepada subjek sama ada ingin terlibat dalam kajian atau tidak.

7. Relaibility and Validity •

Monitoring researcher bias

As we analyze the data, we examine as explicitly and critically as possible, our own beliefs and values about the situation and subjects being researched. This is done in order to raise our awareness of ‘taken for granted’ biases and assumptions. Reflexive diaries/notes or journals are a valuable way of displaying personal thinking process, philosophical positions and the bases of one’s decision about the data, as are discussions conducted with other members of the research group. •

Member checks

Member checks or ‘respondent validation’, involve taking your data analysis and interpretations back to the actual participants involved in the research, such as teaching colleagues, students or parents. If these participants from the research setting recognize and support the findings, you can be more confident of their validity. 8. Penilaian Keseluruhan Saya amat tertarik dengan kajian tindakan yang telah dilakukan oleh Linda Ross dalam buku ini. Walaubagaimanapun, buku ini tidak menerangkan dengan terperinci analisis data oleh Linda Ross dan diterjemahkan secara ringkas sahaja. Namun, kajian ini benarbenar menarik minat saya untuk mencubanya kepada para pelajar saya nanti terutamanya jika saya diberi tugas untuk mengajar subjek English for Science and Technology.

Related Documents