Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk memberi sepatah dua kata di dalam laman ini Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada semua Pegawai dan Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Tanjong Malim / Slim River kerana telah bertungkus rumus dan kerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan aktiviti persatuan. Setakat ini bilangan ahli BSMMTMSR adalah seramai 1080 orang yang terdiri darpada berbilang kaum, agama dan umur. Ini mampu memberi teladan yang baik kepada pertubuhan dan Persatuan bukan kerajaan yang lain dan memainkan peranan untuk memupuk dan mengukuh semangat perpaduan di kalangan rakyat. Saya amat berbangga dan gembira kerana prestasi,disiplin dan bilangan ahli BSMM telah meningkat dari tahun ke tahun dan berharap agar ia akan dipertingkatkan lagi pada masa depan. khidmat kemanusiaan sukarela bukan hanya bertumpu di kawasan Bandar, tetapi Bulan Sabit Merah telah banyak memberi perhatian kepada masyarakat orang asli di kawasan perdalaman dan masyarakat luar Bandar terutamanya selepas pelancaran Klinik Bergerak BSMM di Kampung Batu 8. Secara tidak langsung golongan ini dapatlah menjadi ahli BSMM supaya ilmu yang sedia ada dapat disalurkan kepada mereka yang lain. Persatuan ini adalah persatuan yang beruniform dan bertaraf, saya berharap agar setiap pegawai yang memegang jawatan tidak kira di Cabang mahupun di Unit haruslah menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab dan berdisiplin. Semua ahli BSMM harus mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan dan tidak boleh melanggar undang-undang. Kita hendaklah meningkatkan usaha dan keupayaan untuk bertindak dan melatih lebih ramai sukarelawan dalam mengendalikan operasi bencana supaya mampu bergerak pantas apabila berlaku bencana dan sentiasa bersedia untuk membantu orang ramai tanpa mengira tempat dan waktu Latihan kecemasan, pertolongan cemas, bantuan bencana alam dan operasi menyelamat adalah penting untuk anggota BSMM demi memastikan mereka mampu memberi bantuan yang betul dan sempurna kepada orang ramai. Saya mengalakkan dan berharap agar program Seorang Pembantu Pertolongan Cemas Dalam Setiap Rumah dapat diteruskan sebab ini adalah program yang amat penting untuk semua lapisan masyarakat sekurangkurangnya mereka dapat tahu apa yang hendak dilakukan jika berlaku apa-apa kemalangan. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak dan berharap agar semua ahli dapat bekerjasama untuk berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Tanjong Malim / Slim River pada masa akan datang. Sekian, terima kasih
YDH Toh Tan Dewa Sakti Dr Hj Ghazali bin Abdul Wahab., BHMS., MDHB ( NEW DELHI )., AMP., BKT., PJK., JC Orang Besar 32 Perak