TUTUP SAHAJA ISU CHIN PENG Mukadimah SEJAK akhir-akhir ini isu supaya Chin Peng dibenarkan balik ke negara ini mendapat perhatian ramai. Ada sebilangan rakyat Malaysia merasakan kononnya kerajaan tidak adil kerana tidak membenarkan Chin Peng yang sudah berusia 85 tahun untuk kembali. Namun hakikatnya ramai rakyat negara ini yang enggan menerima Chin Peng kembali setelah sekian banyak kekejaman dilakukan olehnya terhadap penduduk negara ini. Bagi mendapatkan penerangan lanjut wartawan Mingguan Malaysia HAFIZAHRIL HAMID dan MOHD. KHUZAIRI ISMAIL telah mewawancara bekas Panglima Pemerintahan Medan Tentera Darat LT.JEN (B) DATUK SERI ZAINI MOHD SAID. Menurut beliau, Parti Komunis Malaya (PKM) tidak pernah menyerah diri, malah merasakan mereka mesti diberi layanan berbeza, berbanding musuh yang ditewaskan. Jelasnya, ada orang yang bertanya isu mengenai Chin Peng ini telah dibangkitkan oleh pihak tertentu kerana merasakan kerajaan kita ketika ini lemah. "Kerajaan perlu memilih sama ada mementingkan dia seorang atau rakyat negara ini secara keseluruhannya. Sama ada mahu mengotakan janji atau mengecewakan rakyat sendiri. "Saya lihat kita harus pentingkan rakyat kita. Sama ada kononnya kita mahu memberi belas kasihan kepada seorang atau mungkin juga keluarganya atau meletakkan negara di atas keadaan yang penuh berisiko yang boleh melibatkan keamanan," ujarnya.
Lt. Jen (B) Datuk Zaini Mohd Said
Mingguan: Boleh Datuk Seri ceritakan pengalaman berhadapan dengan komunis? ZAINI: Saya memasuki tentera pada tahun 1965. Ketika itu PKM sudah berundur ke selatan Thailand, tapi saki bakinya masih beroperasi di sempadan terutamanya di Perak dan Kedah dan kita terpaksa bertindak menjalankan operasi di sana. Pada 1968, kita mendapat maklumat PKM cuba masuk semula dan menghidupkan kembali pemberontakan bersenjata. 1
Ketika itulah saya banyak terlibat dengan operasi lebih-lebih lagi di Perak, Pahang, Kedah sehingga ke Kelantan. Sepanjang tahun 70-an saya banyak masuk hutan menjalankan operasi. Pada 1979 saya merupakan Pegawai Staf Utama yang merancang dan melaksanakan operasi atas arahan Panglima. Banyak operasi dijalankan terutamanya di Perak dan di sekeliling Ipoh pun ketika itu masih ada ancaman. Kejadian seperti tembakan meriam masih berlaku. Di situlah kita nampak lebih-lebih lagi anggota yang bertugas di sempadan dan di kawasan hutan yang bergolak serta di sempadan yang mana kita mendapat kerjasama daripada Thailand yang cedera terutamanya akibat jerangkap Samar serta terbunuh. Boleh dikatakan setiap, hari kita menerima orang yang cedera dan mati di Ipoh, Kelantan dan Pulau Pinang. Kekejaman yang dilakukan oleh komunis ini sudah semestinya niat mereka adalah untuk memusnahkan negara dengan apa juga taktik. Mereka mahu mengkucarkacirkan pasukan keselamatan kita dan menimbulkan satu suasana yang mengancam keselamatan negara. Tindak-tanduk mereka juga tidak memberi ruang untuk kita membangun dan membina negara. Selain kekejaman terhadap anggota tentera dan rakyat yang tak berdosa, kekejaman mereka juga adalah dalam bentuk menghalang pembangunan apabila banyak kawasan tidak dapat dibuka selama bertahun-tahun. Hanya selepas mereka mengaku kalah, itu pun dari sudut peletakan senjata dan tidak pernah menyebut kalah dalam perjuangan politik. Dalam persetujuan yang dicapai, mereka juga dilarang untuk berjuang atas platform politik. Tapi itu tidak disebut dengan persis. Yang diakui hanyalah peletakan senjata. Jadi inilah yang menimbulkan masalah, sebab dalam perjanjian mereka dibenarkan untuk pulang secara prinsipnya atas kelulusan kerajaan. Pihak komunis mendakwa mereka juga pejuang kemerdekaan? Zaini: Selepas Jepun kalah dan mereka memerintah dua minggu mereka melaksanakan peperangan gerila. Pemberontakan mereka untuk menjatuhkan kerajaan tidak kira samasa British atau bila kita merdeka. Kerajaan kita tak pernah berhenti sebenarnya. Yang mengisytiharkan tamat darurat 1960 itu adalah kerajaan, bukannya mereka. Andai kata mereka mengatakan mereka menentang penjajah, tetapi sewaktu penaklukan Jepun misalnya, mereka tidak memerangi tentera Jepun. Sebaliknya ketika itu mereka dalam fasa membina kekuatan dan menubuhkan pasukan. Mereka juga mendapat bekalan senjata dari luar serta melatih anggota baru. Jarang sekali mereka melawan Jepun sebab apabila mereka menyerang Jepun, askar Jepun akan bunuh masyarakat Cina menyebabkan mereka menjadi takut. Jadi mereka sebenarnya tidak terlibat dalam memerangi Jepun. Andai kata mereka mendakwa memerangi tentera Jepun seperti yang diisytiharkan, beritahu saya bila dan di mana insiden itu berlaku? Mereka sebenarnya lebih mengajar penduduk-penduduk yang terpaksa bekerjasama dengan Jepun. Sedangkan pemerintahan Jepun ketika itu sangat zalim tidak kira bangsa Melayu, Cina dan India terpaksa tunduk kepada Jepun kerana takut. Jadi orangorang inilah yang diserang oleh mereka, sedangkan orang-orang itu sebenarnya rakyat kita dan bukannya tentera Jepun. Apabila Jepun meninggalkan Tanah Melayu selepas kekalahan dalam Perang Dunia Kedua dan British pula masih belum menduduki negara, kumpulan komunis ini bermaharajalela sebab tidak ada kerajaan ketika itu. Ramai orang dizalimi mereka, malah keluarga saya sendiri menjadi mangsa seperti yang menimpa datuk saya yang merupakan seorang bekas guru dan terpaksa bekerja membantu Jepun dalam hal-ehwal tempatan. Begitu juga dengan bapa mertua saya iaitu seorang pembantu perubatan yang hilang tanpa dapat dikesan dalam satu kejadian yang berlaku di hadapan 2
Penjara Pudu. Ini adalah antara contoh kezaliman tanpa sebab yang dilakukan oleh komunis semata-mata kerana rakyat ketika itu terpaksa tunduk kepada Jepun. Apakah wajar Chin Peng dibawa balik ke negara ini? ZAINI: Dalam isu membawa Chin Peng pulang, kita kena lihat ramai lagi tentera kita yang cacat anggota badan serta anak dan isteri bekas tentera yang terbunuh kerana kezaliman komunis yang masih hidup. Sebagai contoh isteri saya, dia serta ahli keluarganya yang lain masih ingat tentang kejadian itu. Soal rasa marah dan benci terhadap Chin Peng dan komunis itu tidak hanya ada dalam diri bekas tentera sahaja, tetapi seluruh rakyat yang saya rasa kebanyakannya Melayu serta Cina dan India juga berkongsi perasaan tersebut. Memang antara logik untuk membawa dia pulang sebab dia sudah tua tapi dalam hal ini ia membabitkan kekejaman dan kezaliman yang dilakukan. Malah negara juga hilang keselamatan dan keamanan yang menyebabkan berlaku ketidakadilan dalam pembahagian kedudukan kaum, perpecahan dan rasa benci serta sakit hati dengan kaum lain disebabkan Chin Peng dikaitkan dengan kaum tertentu. Maka Ching Peng bukan semata-mata dikaitkan dengan keganasan senjata tapi seorang yang betul-betul memecah-belahkan negara. Daripada komunis mula keluar dalam mana dua minggu itu mereka sudah menanamkan sifat benci dan marah terhadap kaum yang dikaitkan dengan pergerakan komunis. Bagi saya, ini adalah sebahagian daripada sebab mengapa kita berpecah belah. Ditambah dengan kemajuan yang tidak seimbang serta pembahagian kekayaan yang tak adil, ia menimbulkan kemarahan yang kadang-kadang orang kata tidak nampak tapi masih membara. Kita perlu ingat keluarga yang menjadi mangsa kekejaman komunis ini masih ada, justeru adalah tidak wajar untuk kita membawa Chin Peng pulang. Namun ada pihak yang berkepentingan mendesak supaya Chin Peng dimaafkan dan dibenarkan balik? ZAINI: Saya tahu ramai yang berhujah bahawa kerajaan pernah berjanji untuk membenarkan dia dibawa pulang. Memang benar tetapi kerajaan perlu memilih sama ada mementingkan dia seorang atau rakyat negara ini.secara keseluruhannya. Sama ada mahu mengotakan janji atau mengecewakan rakyat sendiri? Maka saya lihat kita harus pentingkan rakyat kita. Apa perasaan orang yang pernah berkorban menentang komunis ini? Saya sendiri misalnya pernah membuat operasi menyeberang sempadan semata-mata mahu menjejak Chin Peng, tetapi tidak berjaya. Banyak lagi operasi lain sama ada secara sulit atau tidak sulit oleh tentera dan pasukan kita tapi juga gagal menjejakinya. Jadi pada saya berapa tepat. Ada pihak yang mempertikaikan terdapat mereka yang terlibat dalam kegiatan pengganas boleh dibawa balik? ZAINI: Mungkin ada orang yang akan mempertikaikan kenapa pengganas jihad boleh dibawa pulang ke Malaysia? Kita perlu ingat, pengganas itu tidak beroperasi di negara ini. Paling utama mereka juga tidak mengagung -agungkan diri mereka sebagai seorang pejuang atau menggalakkan kelompok pengikut mereka untuk mengagungkannya. Bukankah itu sesuatu yang bahaya?
3
Kalau Chin Peng ini mengakui kejahatan dan kesalahan dia dan berdiam diri, itu mungkin kita boleh terima. Tetapi dia sebaliknya mengagung-agungkan dirinya seolah-olah dialah pejuang negara yang sebenar. Apa yang akan terjadi kepada masyarakat kita apabila seseorang yang kita betul-betul marah tiba-tiba dibawa balik ke negara ini. Dia akan jadi ikon kepada kelompok-kelompok yang anti keamanan yang tidak lagi kisah tentang hidup dan mati. Ada yang mahukan Chin Peng dimaafkan kerana melihat dia juga seorang pejuang negara? ZAINI: Kenapa kita perlu memaafkannya. Bagaimana boleh dikatakan dia adalah pejuang negara yang sebenar sedangkan cara perjuangan dan matlamatnya salah? Mereka bukan berjuang untuk rakyat tapi berjuang bagi menubuhkan republik dan menjatuhkan institusi raja dan kerajaan. Mereka juga tunduk kepada kerajaan komunis di China. Itu bukan perjuangan untuk rakyat Malaysia. Pada saya selagi generasi kita tidak kira waima seorang sekali pun yang ada perasaan begitu marah dan tidak melihat adanya keadilan daripada perbuatan Chin Peng, maka selagi itulah kita tidak boleh benarkan dia pulang. Yang rasa dizalimi itu ialah rakyat kita, sedangkan Chin Peng kita tidak, tahu kerakyatannya. Mungkin dia cakap sijil kelahirannya hilang maka tidak boleh dibuktikan dia warganegara Malaysia. Tapi persoalan di sini bukan tentang sijil kelahiran, sebaliknya semangat dia kepada negara itu yang penting. Jika dia betul merasakan sebagai seorang pejuang negara, maka kenapa ketika negara sudah merdeka sekali pun masih melancarkan serangan. Jelas dapat dilihat mereka sebenarnya mahu menghancurkan negara ini dan mahu membina apa yang dirasakan kerajaan pada ketika itu dan mungkin juga pada masa akan datang. Pada saya juga Chin Peng sama macam Hitler dan ketua Jepun yang zalim sehingga menyebabkan kemudaratan kepada orang yang tidak berdosa. Bagaimanakah dengan hujah yang mengatakan kerajaan sudah berjanji untuk membenarkan dia dibawa pulang? ZAINI: Memang benar ada perjanjian di situ. Tapi bila disebut 'oleh kerajaan' itu maknanya kerajaan berhak untuk mempertimbangkan kebolehan dia untuk balik dan kerajaan mengikut keperluan kepada negara. Kalau kerajaan dapati kepulangannya mungkin menimbulkan imej tidak baik seperti orang marah, atau mungkin ada yang bertindak ke atas dirinya atau tempat persemadian atau mungkin membawa kepada kaum dia. Ini secara tidak langsung membawa kepada keadaan huru hara dalam negara kita. Jadi banyak yang perlu difikirkan bukan setakat kerana rasa kasihan sebab dia sudah tua. Tapi kita tidak melawan balik dengan memberi hujah yang kukuh dan membiarkan isu ini berlegar-legar. Saya menjangkakan akan ada orang yang bertanya kenapa isu ini timbul ketika ini. Sebab mereka merasakan kerajaan kita ketika ini lemah. Apa jua isu yang boleh kerajaan dan yang boleh membuktikan orang Melayu dan Islam tidak adil maka akan ia akan dilontarkan. Chin Peng mungkin adalah sebahagian daripada strategi itu dan ia digunakan oleh kelompok tertentu. Apakah cara terbaik bagi menangani isu Chin Peng selepas ini?
4
ZAINI: Saya berpandangan isu mengenai Chin Peng tidak perlu dibangkitkan lagi. Telah terbukti kekejamankomunis sesuatu yangtidak boleh dimaafkan. Kita perlu Cutup isu inidan tidak perlu lagimelayan segala tuntutanyang sengaja dibangkitkan oleh pihak tertentu atas sebab kedudukan politik. Dia bukan pejuang kemerdekaan kerana perjuangan kemerdekaan itu bukan hanya membebaskan tanah air tetapi juga memelihara institusi-institusi yang sedia ada. Ketika kita ditakluk kedudukan raja entah ke mana, begitu juga dengan kedudukan agama dan rakyat, tetapi Komunis datang bukan untuk membebaskan negara, malah mahu membuang institusi itu dan menjadikan negara ini sebuah republik dan tunduk kepada kerajaan komunis China. Musuh itu bukan soal siapa yang ditentang, tetapi ke mana dia mahu membawa negara ini. Komunis bukan mahu membawa kepada kemerdekaan tapi kepada perhambaan dan memusnahkan institusi sedia ada. Mingguan Malaysia, Ahad 6 Disember 2009
5