Chin Peng Pinda3

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Chin Peng Pinda3 as PDF for free.

More details

  • Words: 931
  • Pages: 19
Setujukah anda dengan kepulangan Chin Peng? Nor Wany Affinda bte M.P. Afandi

Siapa Chin Peng? Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama

samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan. anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China kerana kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930. Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari sebelahku" ("Chin Peng: My Side of

Kisah Hidup Semasa kecil dia minat membaca dan

menyoroti perkembangan di negara China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung. Semasa berumur 15 tahun, dia kagum dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek tetapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941.

1940, beliau menyertai Parti Komunis Malaya. turut menyertai Force 136, satu pasukan

bersenjata yang ditubuhkan perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu ketika berumur 18 tahun. memimpin (MPAJA) Malayan People Anti Japanese Army, - pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.

selepas Perang Dunia II, pihak radikal dalam

MPAJA keluar dari hutan untuk membunuh dan menyeksa mereka yang bersubahat dengan Jepun dan British. mereka membunuh pemimpin tempatan seperti Penghulu & Imam kampung & turut cuba merampas pentadbiran di bahagian selatan Tanah Melayu. Tindakan ini tidak pernah disekat oleh MPAJA, ini sekaligus menunjukkan tindakan tersebut mendapat sokongan dari para pemimpin MPAJA.

Tindakan puak radikal telah menimbulkan

kemarahan orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis. Akibatnya Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang Melayu yang bangkit ketika itu. Malah beberapa fakta yang menunjukkan bahawa ada kelompok Melayu elit yang telah membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu dalam usaha mengekalkan kekuasaan.

kembalinya British menyebabkan Bintang Tiga

gagal merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, akibatnya MPAJA dibubarkan. atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' atas sumbangannya memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British semakin membara.

Cin Peng Memimpin PKM berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai

Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya . di bawah pimpinannya PKM semakin agresif menyerang ladang, gudang, rumah asap dan rumah pengurus milik British di Tanah Melayu. ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng namun ia membawa padah kerana ia tidak diterima orang Melayu.

PKM juga tidak mengamalkan athiesme sebagaimana prinsip komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai Tuhan. Contohnya: tokoh PKM – Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah tetap mendirikan solat lima waktu di dalam hutan. Mereka juga menunaikan ibadah haji. Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit melancarkan perang saraf mempengaruhi fikiran orang Melayu bahawa PKM kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang Melayu dan taktik komunis yang membunuh ramai rakyat yang tidak berdosa menyebabkan orang Melayu komunis.

Perjuangan orang Melayu mendapatkan

kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik dengan cara menggunakan keganasan. Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Perjanjian Damai akibat kesukaran dan kekurangan sokongan

dari masyarakat, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan. rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Namun Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan. keengganan PKM berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 tanpa PKM.

Chin Peng (tengah) dan Rashid Maidin (kiri) sewaktu Rundingan Baling

Kemerosotan Komunis Setelah keruntuhan komunis di Rusia dan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan PKM telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai. Selepas 1989, tiada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin hanya dibenarkan menetap di sebuah perkampung khas di Yala,

Ingin Kembali ke Malaysia Cubaan kembali ke Malaysia menerima sokongan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan dan parti DAP. Chin Peng tidak pernah kesal memimpin PKM dalam menentang kerajaan Malaysia, malah bangga dengannya sebagaimana yang ditulis dalam bukunya, "Setiap generasi membina impiannya. ... Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu. Kami telah membayar harga ke atas impian kami. ... Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan

Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ditentang hebat ramai mangsa kekejaman PKM termasuk polis dan tentera. Ini disebabkan Chin Peng orang yang bertanggung jawab atas kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut PKM sebagai parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya. Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak Chin Peng. Persoalan ini dicetuskan tanpa memikirkan bahawa Chin Peng tidak

Setujukah anda? Setelah mengetahui serba sedikit tentang

Chin Peng dan perjuangan komunis, setujukah anda jika Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia?

Related Documents

Chin Peng Pinda3
May 2020 14
Chin Peng
May 2020 28
Chin May Chin
May 2020 30
Peng Ramaddhan.docx
May 2020 24