Tugasan-3 Laporan Projek Transisi Ke Kerjaya.pdf

  • Uploaded by: PertubuhanKebajikanDarulHasani
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan-3 Laporan Projek Transisi Ke Kerjaya.pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 10,206
  • Pages: 56
KOD DAN NAMA KURSUS: GGGB6843-PROGRAM TRANSISI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS SESI PENGAJIAN: SEMESTER 2 SESI 2018/2019 TAJUK TUGASAN 3 : LAPORAN PROJEK PROGRAM TRANSISI KERJAYA DI KEDAI BUKU PAK LATIP JELEBU

NAMA DAN NO. MATRIK: MOHD FIKRI BIN ABDUL FATTAH GP 06575

NAMA PENSYARAH: EN. MOHD SYAZWAN ZAINAL DR. ALIZA ALIAS 0

ISI KANDUNGAN

Bil

Tajuk

Halaman

1.0

Pengenalan

1

2.0

Tujuan

2

3.0

Matlamat

4

4.0

Langkah Ke Arah Transisi :

6

 4.1 Mencari majikan

7

 4.2 Mengenal pasti murid

9

 4.3 Berhubung dengan pihak sekolah

10

 4.4 Perjumpaan bersama ibu bapa murid

14

 4.5 Membuat modul latihan pengajaran

14

4.5.1

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

16

4.5.2

Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

20

 4.6 Latihan transisi

22

5.0

Kemahiran yang akan dicapai

25

6.0

Jadual Transisi

25

7.0

Kemahiran yang telah dibentuk

26

8.0

Maklum balas mengenai program transisi

27

9.0

Perubahan personaliti sebelum dan selepas program transisi

30

10.0

Halangan dan cabaran

32

11.0

Kesimpulan

34

Rujukan

35

Lampiran

37

1

1.0 PENGENALAN Bukan semua insan dilahirkan sempurna. Terdapat sesetengah individu yang lebih dikenali sebagai individu berkeperluan khas yang dilahirkan dengan sedikit kekurangan atau ketidakupayaan dalam ciri fizikal, mental, emosi, tingkah laku dan sebagainya. Oleh itu, bagaimanakah hala tuju mereka individu berkeperluan khas selepas sekolah kelak dan apakah ada majikan di dunia luar yang ingin menawarkan pekerjaan kepada mereka berdasarkan ketidakupayaan yang dihadapi. Pendidikan vokasional merupakan jalan kepada pendidikan alternatif bagi menyokong penambahbaikan dalam bidang lain untuk kumpulan berkeperluan khas di mana golongan ini perlu didedahkan kepada realiti kehidupan setelah tamat persekolahan melalui satu program yang sistematik (Kementerian Pelajara Malaysia, 2012). Selain daripada itu, berdasarkan pernyataan daripada Harpern (1994) dalam James & Min Kyung (2016) definisi peralihan ataupun transisi ialah perubahan status yang berlaku daripada perwatakan sebagai seorang pelajar kepada perwatakan sebagai seorang dewasa yang memainkan peranan dalam masyarakat. Antara peranan yang dimaksudkan ialah melibatkan pekerjaan dan melanjutkan pelajaran khusus dalam bidang kemahiran sejurus selepas tamat persekolahan di peringkat menengah (Harpen,1994 dalam James & Min Kyung,2016). Justeru itu berdasarkan definisi yang telah dibincangkan tadi dapat dibuat kesimpulan awal bahawa program transisi merupakan satu proses pendidikan yang bertujuan melengkapkan kemahiran ke arah kehidupan berdikari murid-murid berkeperluan khas. Ia adalah sebahagian daripada usaha melengkapkan murid berkeperluan khas dengan kemahiran yang boleh membantu meningkatkan nilai diri di pasaran kerja apabila mereka tamat persekolahan nanti.

Antara bentuk kemahiran yang diberikan semasa di sekolah seperti pertukangan, perkebunan, masakan, perkhidmatan mendobi, pemprosesan, jahitan, kraf tangan dan sebagainya.Secara amnya, golongan yang mempunyai masalah dalam pembelajaran mempunyai keupayaan fizikal yang boleh dilatih melalui pendidikan vokasional supaya dapat digunakan dalam pekerjaanpekerjaan tertentu (Daros, Nordin & Saud, 2012). Menurut William-Diehm & Lynch (2007), program transisi merupakan satu gabungan aktiviti untuk murid dari sekolah ke aktiviti selepas tamat sekolah. Gabungan aktiviti tersebut merujuk kepada keperluan murid secara individu, dengan mengambil kira pilihan dan minat murid, termasuklah arahan, pengalaman komuniti, perkembangan pekerjaan dan pelbagai objektif kehidupan alam dewasa selepas tamat persekolahan. Seterusnya, perkembangan transisi yang telah dijalankan dapat dilihat berdasarkan 1

persoalan apa, di mana dan bagaimana murid berkerpeluan khas menjalani kehidupan seharian dan bekerja sebagai orang dewasa (Kiarie, 2006). Selain itu, program transisi yang dijalankan bagi setiap kategori kecacatan haruslah mempunyai reka bentuk yang tersendiri kerana perkhidmatan yang dibina melalui program transisi tersebut banyak memberi penekanan dalam aspek pemilihan bidang yang bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan seseorang individu (Daros et al., 2012)

Dalam membantu murid untuk rancangan transisi, penglibatan daripada pelbagai individu atau pihak dalam memberikan kerjasama sangat diperlukan bagi mencapai objektif transisi yang telah dirancang (John, 2012). Antara pihak yang terlibat contohnya seperti ibu bapa, guru, pihak sekolah, majikan, komuniti sekitar dan sebagainya. Perkhidmatan atau peluang pekerjaan yang diberikan dan diperolehi melalui transisi membantu murid berkeperluan khas untuk mendapatkan faedah berguna dalam Pendidikan Khas (deFur & Patton, 1999). Murid akan belajar untuk berdikari, boleh mematuhi peraturan, memahami dan mengikut arahan, boleh menjalani kehidupan bersosial dalam masyarakat dan memupuk sifat yakin diri.

2.0 TUJUAN Program transisi dibina berasaskan Model Paula Kohler’s (2016). Model ini menekankan aspek berkaitan kolaborasi terutamanya antara murid, guru, pihak sekolah, ibu bapa dan agensi yang berkaitan dalam menjayakan matlamat program transisi. Model ini juga menumpukan kepada perancangan terhadap individu murid, pembangunan individu murid, penglibatan keluarga dan penglibatan antara agensi. Rajah 1 di bawah menerangkan tentang komponen dalam model ini. Rajah 1 : Model Paula Kohler’s Taksonomi Program Transisi 2.0 (2016)

2

Jelas melalui model ini, tujuan program transisi dijalankan antaranya bagi memberi peluang dan pendedahan kepada murid berkeperluan khas tentang kemahiran yang boleh digunapakai untuk pasaran kerja. Melalui modul yang sedia ada di sekolah, murid diberikan pendedahan asas tentang kemahiran mengikut kelengkapan, kewangan, tenaga kerja dan keperluan yang terdapat di sekolah. Ianya bergantung kepada sesebuah sekolah berkenaan dalam merancang pelbagai kemahiran mengikut tahap penguasaan murid berkeperluan khas yang mencakupi kategori murid yang berbeza-beza dan mengikut pasaran kerja semasa. Kemahiran yang dipelajari di sekolah ini nanti akan diaplikasikan dalam alam pekerjaan mengikut kesesuaiannya. Guru akan memberikan bimbingan tentang kemahiran kepada murid dan turut mendapatkan kerjasama dengan pihak berkenaan yang lebih arif tentang sesuatu kemahiran seperti Kolej Komuniti, pihak NGO dan agensi-agensi yang lain. Sebagai contoh pendedahan tentang kemahiran pembuatan roti, murid berkeperluan khas ini boleh bekerja di kedai roti dan kek. Atau boleh menjalankan perniagaan menjual roti.

Selain itu, tujuan program transisi juga memupuk sikap berdikari dan berkeyakinan dalam kalangan murid berkeperluan khas. Terdapat segelintir murid berkeperluan khas yang mempunyai sifat pemalu, tidak berani dan merasakan diri mereka lemah atau tidak pandai. Melalui pendedahan program transisi, murid berkeperluan khas akan berada dalam kelompok masyarakat atau komuniti yang besar. Dengan ini, tahap keyakinan dalam sosialisasi mereka dapat dipupuk seterusnya ditingkatkan. Wujudnya hubungan pergaulan, proses berkawan dan berlakunya komunikasi dua hala. Murid berkeperluan khas akan rasa dihargai dan ini memberi keyakinan dalam diri mereka. Di samping itu, murid berkeperluan khas ini akan ke arah sikap berdikari tanpa bergantung sepenuhnya dengan ibu bapa mereka lagi. Bukan bermaksud membuang ibu bapa mereka tetapi murid berkeperluan khas ini akan dapat meneruskan hidup seperti remaja tipikal lain dan mampu melangkah ke alam pekerjaan. Mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga serta dapat membina kehidupan seperti mereka yang tipikal.

Tujuan program transisi juga dapat mewujudkan kolaborasi melalui kerjasama di antara pihak yang terlibat iaitu pihak agensi (majikan) dengan pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid berkeperluan khas. Wakil daripada pelbagai agensi yang bekerjasama dengan sekolah berjaya membantu menguruskan latihan pekerjaan, pendidikan dan membuka peluang pekerjaan 3

kepada murid berkeperluan khas mengikuti program yang telah dirancang. Dengan memberikan peluang untuk murid berkeperluan khas menjalani latihan ke arah pekerjaan seterusnya menerima murid ini sebagai pekerja. Ini membuktikan bahawa pihak agensi (majikan) telah mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap murid berkeperluan khas yang mana murid ini boleh dilatih bekerja dan boleh menjadi seorang pekerja yang berkemampuan memikul tanggungjawab dengan tugasan yang diberikan. Kolaborasi antara agensi dan sekolah juga memberi laluan yang luas untuk peluang pekerjaan melalui pelbagai agensi dan interaksi dengan komuniti. Perancangan yang dibuat oleh pihak sekolah dengan kolaborasi agensi serta penglibatan keluarga membolehkan perlaksanaan program transisi berjalan lancar dan berkesan melalui struktur program yang sistematik.

3.0 MATLAMAT

Jadual dibawah menunjukkan matlamat yang akan dicapai pada akhir program transisi terhadap murid berkeperluan khas yang dipilih :

Meningkatkan kemahiran motor halus Meningkatkan kemahiran motor kasar Di akhir program transisi, murid dapat

Meningkatkan kemahiran komunikasi dan bertutur Meningkatkan kemahiran bersosial Ke arah mendisiplinkan diri Ke arah pembentukkan tingkah laku positif

Matlamat yang diharapkan pada akhir program transisi ini, murid berkeperluan khas dapat meningkatkan perkembangan motor halus dan motor kasar. Perkembangan motor didefinisikan sebagai proses yang diperlukan dalam membentuk cara melakukan gerakan. Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak untuk membuat gerakan. Malahan juga merupakan keperluan asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak. Kemahiran motor halus melibatkan pergerakan manipulatif. Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan seperti tangan dan kaki. Contohnya memegang, membuka dan melepaskan gengaman. Pergerakan motor kasar pula melibatkan pergerakan badan dari satu 4

tempat ke tempat yang lain. Kemahiran motor kasar pada tangan melibatkan kebolehan kanakkanak untuk berpaut dan memegang dengan stabil. Kanak-kanak juga akan cuba memijak secara tetap dan aktiviti ini akan menguatkan otot kaki sebagai kawalan dalam keseimbangan badan.

Dalam pada itu, matlamat program transisi ini bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi dan bertutur murid berkeperluan khas. Pergaulan yang terbentuk dalam transisi dapat mengikis sifat malu dan pendiam. Murid akan berasa lebih yakin untuk bertutur dengan individu luar iaitu bertutur dengan majikan, bertutur dengan rakan sekerja dan bertutur dengan pelanggan atau pembeli. Wujudnya komunikasi dua hala dalam masyarakat yang mana sebelum ini murid hanya berhubungan dalam keluarga sahaja. Mungkin pada mulanya murid berkeperluan khas ini berasa kekok untuk berkomunikasi, tetapi saban hari komunikasi berlaku, murid boleh menguasai kemahiran komunikasi dengan baik dan yakin. Murid turut akan memahami dan menerima arahan yang diberikan semasa proses transisi berjalan. Sebagai contoh majikan memberi arahan kepada murid tentang sesuatu pekerjaan. Murid faham dan terima arahan seterusnya melaksanakan tugasan berkenaan.

Matlamat lain iaitu meningkatkan kemahiran sosial murid berkeperluan khas. Dalam Falsafah Pendidikan Khas ada menekankan kepentingan elemen sosial yang terkandung dalam JERIS bagi melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Murid berkeperluan khas kebiasaannya sukar menyesuaikan diri dengan individu lain. Malahan terdapat juga yang kurang gemar bergaul. Hal ini dititikberatkan dalam program transisi agar kemahiran sosial murid berkeperluan khas dapat dibentuk dan memberi peluang kepada mereka bergaul seterusnya dihargai dalam masyarakat seperti kanak-kanak tipikal yang lain. Contohnya hubungan sosial antara majikan dan pekerja, pekerja dan pekerja serta pekerja dan pelanggan.

Program transisi ini juga bermatlamat ke arah mendisiplinkan diri. Murid berkeperluan khas akan diajar tentang peraturan tempat kerja. Antaranya seperti waktu masuk kerja, waktu rehat dan waktu balik kerja. Selain itu, perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat ketika waktu bekerja. Larangan seperti tidur, makan, duduk dan sebagainya semasa bekerja. Banyak peraturan yang perlu dipatuhi apabila telah berada di tempat kerja. Dengan ini, murid akan dibentuk untuk 5

berdisiplin terhadap peraturan yang telah dibuat oleh majikan. Di samping itu, murid akan bertingkah laku positif melalui didikan di tempat kerja. Peraturan yang sedia ada membentuk dan mengajar murid berkeperluan khas mengikuti setiap arahan yang diberikan. Menurut Teori Skinner, peribadi seseorang terbentuk daripada akibat respon terhadap persekitarannya. Contohnya, jika tingkah laku individu segera diikuti oleh tingkah laku menyenangkan, individu akan menggunakan tingkah laku itu lagi sesering mungkin. Penghargaan juga diperlukan bagi merangsang individu untuk terus kekal berkelakuan positif.

4.0 LANGKAH KE ARAH TRANSISI Rajah 2 : Carta Alir Proses Menjalankan Transisi. 1.Mencari Majikan

2. Mengenal Pasti Murid

3. Berhubung Dengan Pihak Sekolah

4. Perjumpaan Bersama Ibu

5.Merancang RPH & RPI

6. Pelaksanaan Program Latihan Transisi Kerjaya

7. Maklum Balas

6

4.1 MENCARI MAJIKAN

x

Kedai (a) : Kedai Komputer

Kedai (b) : Kedai Alat Tulis

Perkara pertama yang dijalankan ialah mencarai premis kedai yang bersedia untuk menerima murid berkeperluan khas bagi menjalankan program latihan transisi kerjaya. Seperti dua gambar yang telah ditunjukkan di atas, saya telah berhubung dan menemui setiap majikan kedai berkenaan unutk mendapatkan kebenaran. Kedai (a) merupakan dimiliki oleh majikan berbangsa Melayu manakala kedai (b) merupakan kedai berbangsa Cina. Kedai (a) merupakan kedai membaiki komputer yang menjalankan perjalanan secara kecil-kecilan dan turut menjalankan perkhidmatan menulis surat dan lain-lain. Manakala kedai (b) merupakan kedai alat tulis. Setelah berbincang dengan dengan kedua-dua majikan kedai (a) dan kedai (b) mereka sama sekali menolak dengan memberi beberapa alasan tertentu. Untuk kedai (a) Pn. Nor iaitu selaku tuan punya kedai memberi justifikasi bahawa kedainya agak sempit untuk bekerja dan sememangya polisi kedai tidak mengambil pelajar yang menjalankan praktikal termasuk murid ingin melakukan latihan. Bagi kedai (b) Pn. Wei berpendapat mereka tidak memerlukan lagi murid untuk menjalani latihan praktikal kerana pekerja yang telah ada telah cukup dan juga keadaan kedai terlalu sibuk. Oleh itu, dua permis kedai telah menolak untuk menerima murid berkeperluan bagi menjalani program latihan transisi kerjaya. 7

Halangan yang dilalui tidak mematahkan semangat saya dan ianya menjadi cabaran untuk saya berusaha mencari majikan bagi menjalankan program transisi saya ini. Saya meneruskan pencarian majikan dengan berhubung ke kedai buku yang mana merupakan syarikat pembekal buku di sekolah saya. Lokasi kedudukan kedai buku ini tidak jauh dari sekolah saya. Saya telah datang sendiri ke kedai berkenaan dan berjumpa dengan majikannya. Perbicangan telah dibuat dan majikan ini bersetuju menerima murid transisi saya. Saya memanjangkan ucapan syukur kepada ilahi dan mengucapakan terima kasih kepada majikan berkenaan kerana memberikan kerjasama dan mengizinkan murid transisi saya belajar serta mendapatkan kemahiran di kedainya. Kedai ini menjalankan perniagaan menjual buku seratus peratus dan turut menjalankan pameran buku di majlis-majlis terpilih. Banyak kemahiran yang boleh diberikan dan diajar sepanjang proses program transisi ini dijalankan. Latar Belakang Majikan Nama kedai

: Kedai Buku Pak Latip

Alamat kedai

: No 13, Dataran Jelebu 71600 Kuala Klawang, Jelebu Negeri Sembilan.

Lokasi

: Jelebu, Negeri Sembilan.

Nama Majikan : En. Abdul Latip Talib

Jenis perniagaan yang dijalankan iaitu menjual buku-buku agama, novel islam dan motivasi keluaran Pak Latip dan penerbit luar. Berikut perbualan informal dengan majikan pada 29.8.2018 jam 3 petang : Saya Pak Latip Saya

: Assaalamualaikum dan Selamat petang Pak Latip. : Waalaikumusalam dan selamat petang cikgu, cikgu nak beli apa Boleh saya bantu. : Saya datang dengan tujuan. Saya sambung belajar di UKM. Dan saya mempunyai tugasan tentang program transisi untuk murid pendidikan khas. Program transisi ini adalah bertujuan mendapatkan kemahiran dalam alam pekerjaan bagi murid berkeperluan khas. Kemahiran ini sebagai pendedahan awal dalam mendidik dan membentuk murid berkeperluan khas untuk

8

Pak Latip Saya

: :

Pak Latip Saya

: :

Pak Latip Saya

: :

Pak Latip

:

Saya

:

Pak Latip Saya

: :

Pak Latip

:

bekerja. Banyak aspek lain juga dapat ditingkatkan melalui program transisi ini. Oh saya faham. Apa yang perlu saya buat cikgu. Saya minta izin untuk Pak Latip untuk menerima murid transisi saya bekerja dan beri latihan kemahiran. Saya tiada masalah untuk meletakkan anak murid cikgu di kedai saya. OK, saya ucapkan terima kasih kepada Pak Latip kerana memberikan kerjasama dan membantu program transisi saya. Saya faham tujuan cikgu untuk beri kemahiran dan kerja untuk anak murid. Ye, saya harap Pak Latip boleh membimbing dan tunjuk ajar anak murid saya dalam menjalankan kerja. Anak murid saya ni pendidikan khas, murid slow learner. Pemerhatian dan bimbingan sangat diperlukan. Saya tiada masalah dan pekerja saya ada untuk membantu. Saya tolong mana yang mampu. Lagipun cikgu cucu saya Balqis juga merupakan seorang murid pendidikan khas dan sekarang ini berada di SK Kampai. Lagi satu saya faham cikgu mempunyai komitmen untuk tugasan ini dan sewajarnya murid pendidikan khas perlu diberi peluang unutk bekerja bagi menyara kehidupan selepas sekolah nanti. Terima kasih banyak-banyak, esok saya akan bawa anak murid saya untuk sesi pengenalan dan suai kenal bersama Pak Latip dan pembantu kedai Cik Mai. OK. Tiada masalah cikgu. Sebelum tu juga, saya minta izin Pak Latip untuk mengambil gambar atau merakam video sebagai bukti laporan transisi ini. Boleh cikgu, saya izinkan dan OK.

4.2 MENGENAL PASTI MURID

Latar Belakang Murid Nama Murid : Muhammad Irfan Bin Mohamad Faizal Tarikh Lahir : 26 Feb 2000 Jantina : Lelaki Keturunan : Melayu Kategori : Slow Learner Umur : 18 Tahun

Muhamad Irfan Bin Mohamad Faizal mendapat pendidikan pra sekolah di SK Undang Jelebu. Kemudian Irfan dan keluarga berpindah di Kuala Lumpur dan pada umur 9 tahun Irfan didiagnos 9

mengalami disleksia dan bersekolah di sana sehingga umur 14 tahun. Selepas itu Irfan dan keluarga berpindah kembali ke Jelebu dan bersekolah di SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj sehingga sekarang. Ibu dan ayah Irfan adalah daripada golongan berpendapatan rendah dan ketika di Kuala Lumpur ibu bapa Irfan bekerja sebagai pembantu kedai makan dan kemudian 3 tahun lepas mereka berpindah kembali ke Jelebu kerana ayah Irfan mengalami masalah kesihatan buah pinggang. Dukacitanya dimaklumkan bahawa ayah Irfan telah meninggal dua tahun lepas iaitu pada tahun 2016. Sekarang ibunya sahaja yang menyara kehidupan bekerja sebagai penjual barangan kecantikan secara atas talian dan mereka turut mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Rajah 3 : Faktor Pemilihan Murid

MENGUASAI 3M (1) Boleh menulis (2) Boleh membaca (3) Boleh mengira

BEKAS ANAK MURID (1) Sudah mengenali ibu bapanya (2) Seorang murid yang patuh (3) Mudah menguruskan

FAKTOR PEMILIHAN MURID Muhamad Irfan Bin Muhamad Faizal SIKAP (1) Rajin, kemas dan teratur (2) Mendengar dan faham arahan (3) Sangat pemalu serta rendah harga diri

JERIS YANG STABIL (1) Emosi stabil (2) Tingkah laku positif (3) Senang bergaul

Berdasarkan sesi perbincangan yang dijalankan bersaama dengan ibu Irfan, beliau tiada halangan dalam membenarkan program ini diajalnkan. Bagi personaliti, Irfan seorang budak yang baik dan jenis individu yang tidak banyak karenah. Patuh dengan arahan guru dan menghormati guru.

Irfan sudah menguasai kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Walaupun tidak 100% mahir atau lancar, tetapi tahap penguasaan kemahiran 3M perlu dipuji. Berdasarkan 10

temu bual dengan Pn. Juraiza guru sekolah menengah yang mengaja Irfan sekarang berkata dari segi kemhiran 3M Irfan dilihat mampu menguasai dengan baik. Sikap rajin, kemas dan teratur Irfan boleh dilihat dari segi penampilan dirinya. Apabila beruniform sekolah, Irfan kelihatan kemas dan terurus. Sikap rajinnya memang patut dipuji kerana dia memang seorang yang ringan tulang membantu guru kerana Irfan bukanlah seorang yang dikenali sebagai ulat buku. Selain itu, Irfan senang mendengar dan memahami arahan guru. Cekap menerima arahan dan pantas bertindak mengikut arahan. Irfan juga seorang yang boleh berdikari, sikap ini bermula didikan daripada rumah yang membentuk dirinya berdikari untuk membantu keluarga. Melalui aspek JERIS yang dimiliki oleh Irfan, perkembangannya stabil melalui pemeringkatan umurnya. Daripada sekolah rendah dan telah berada di sekolah menengah, proses perkembangan yang positif dapat dilihat. Emosinya yang stabil, senang berurusan, memberikan maklum balas positif apabila ditanya dan Lalitha sentiasa tersenyum. Di samping itu, tingkah lakunya positif dan sangat menghormati guru. Sentiasa menjaga adab dengan orang yang lebih tua. Selain itu, walaupun Irfan jenis yang pemalu, namun dia senang untuk bergaul dan tidak kekok untuk berkomunikasi. Soalan yang ditanyakan kepadanya akan dijawab dengan sopan walaupun sepatah jawapan.

4.3 BERHUBUNG DENGAN PIHAK SEKOLAH Lokasi sekolah : Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sek. Men. Keb. Dato’ Undang Musa Al-Haj, 71600 Kuala Klawang Jelebu, Negeri Sembilan

11

Kelas PPKI SMK Dato Undang Musa Al-Haj, Jelebu

Sesi perjumpaan dengan pihak sekolah bagi mendapatkan persetujuan menggunakan murid untuk ditransisikan. Turut dibawa bersama surat kebenaran program transisi sebagai bukti dan prosuder yang boleh dirujuk pada lampiran surat. Sesi perjumpaan dan perbincangan diadakan bersama Penyelaras Pendidikan Khas iaitu Puan Mismah. Di samping itu, turut diadakan temubual ringkas dengan guru kelas Irfan Pn. Juraiza.

Berikut perbualan informal dengan Penyelaras Pendidikan Khas : Saya Puan Mismah Saya

Puan Mismah

Saya Puan Mismah

: Assalamualaikum dan selamat petang Puan Juraiza. : Waalaikumusalam dan selamat petang cikgu Fikri. : Seperti tujuan dalam perbualan telefon, saya datang untuk memohon keizinan bagi membenarkan murid jagaan Puan Mismah iaitu Irfan untuk membantu tugasan transisi saya. : Ye Cikgu Fikri saya faham. Saya bersetuju membenarkan Irfan melalui program transisi yang Cikgu Fikri rancang. Sebab saya tahu Irfan seorang budak yang rajin, boleh mendengar cakap dan tiada masalah dari segi tingkah laku. : Itu lah puan, kalua puan cakap macam tu saya pun bebesar hati untuk memilih Irfan sebagai projek saya. : Cuma ada beberapa perkara yang perlu cikgu Fikri take noted iaitu cikgu Fikri perlu meminta izin dengan tuan pengetua berkenaan iaitu dengan membuat surat rasmi dan mengatakan bahawa program transisi ini tidak melibatkan waktu persekolahan. 12

Saya

: OK. Saya akan cuba usahakan secepa yang mungkin puan. Dan saya harap sangat pihak sekolah menyokong program latihan transisi kerjaya yang saya lakukan terhadap Irfan. Puan Mismah : Tiada masalah. Saya menyokong program transisi ini kerana sangat bermanfaat untuk murid-murid berkeperluan khas. Untuk modul vokasional sekolah, kami menyediakan pelbagai jenis kemahiran dan melibatkan pihak agensi luar seperti pembuatan kek dan roti dengan Kolej Komuniti Jelebu. Saya : Bagus sangat. Pendedahan awal untuk murid berkeperluan khas. Puan, saya mengucapkan terima kasih sebab dapat membantu saya. Puan Mismah : Tiada masalah. Program ini bagus untuk anak-anak istimewa kita. Saya tolong mana yang mampu untuk kebaikan bersama. Berikut perbualan informal dengan Guru Kelas : Saya Puan Juraiza Saya Puan Juraiza Saya

: : : : :

Puan Juraiza Saya

: :

Puan Juraiza

:

Saya

:

Puan Juraiza

:

Saya

:

Puan Juraiza

:

Saya

:

Assalamualaikum dan selamat petang cikgu Fikri. Ye selamat petang cikgu Fikri. Maaf saya mengganggu cikgu. Tiada masalah. Saya free je. Saya datang dengan tujuan. Tadi saya telah berjumpa dengan GPK Puan Zarina. Iaitu berhubung tentang program transisi yang saya jalankan untuk tugasan saya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu? Bagi program transisi ini, saya memilih Irfan dan telah memohon kebenaran melalui penyelaras Puan Mismah bagi memberi pelepasan dan keizinan membawa Irfan terlibat dengan transisi. Bagus tu. Saya sangat menyokong dan pemilihan Irfan adalah sangat bijak dan sesuai. Saya bersetuju. Itulah. Saya mahu pastikan kebenaran melalui guru kelas Irfan dan juga pendapat. Saya tiada masalah seperti juga Puan Mismah. Saya sangat menyokong dan transisi sangat berguna untuk murid pendidikan khas. Untuk masa depan mereka. Cikgu Fikri pilih Irfan sangat sesuai dan senang untuk diuruskan. Lalitha seorang yang rajin, boleh mendengar cakap, menghormati dan faham arahan. Lagi pun, dia sekarang belajar dalam kelas pertama. Dari segi bacaan dia OK, untuk penulisan rasanya tiada masalah dia boleh menyalin. Manakala, untuk pengiraan dia boleh mengira. Dia kenal nombor. Operasi tambah dan tolak untuk digit kecil tiada masalah. Itulah cikgu. Saya pilih Irfan atas dasar saya da kenal dia. Dia bekas anak murid saya. Saya tahu perangai dia, dia boleh berdikari dan senang untuk diurus. Ibu juga dapat memberikan kerjasama. Bagus tu. Senang nak urus dia. Dan saya harap semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Terima kasih Cikgu Juraiza atas pendapat dan doa cikgu.

Selepas mengadakan perjumpaan dengan Puan Mismah selaku penyelaras PPKI maka saya berjumpa dengan Tuan Pengetua SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj iaitu Tuan Norazaman selang 13

beberapa hari bagi tujuan untuk memaklumkan berkenaan projek transisi serta membawa surat permohonan kebenaran untuk izinkan Irfan menjalani latihan kerjaya pada waktu selepas sekolah. Boleh rujuk pada lampiran surat pada lampiran 1. 4.4 PERJUMPAAN BERSAMA IBU

Perjumpaan dan perbincangan bersama ibu Irfan iaitu Puan Zaiton binti Abdul Majid telah dijalankan. Saya telah menerangkan tentang tujuan dan pengenalan program transisi. Dan secara peribadinya Puan Zaiton bersetuju dan tiada masalah untuk membenarkan Irfan terlibat dengan transisi ini. Sebagai prosuder kebenaran ini, saya telah menyediakan surat kebenaran yang perlu diisi oleh Puan Zaiton sebagai tanda persetujuan. Surat kebenaran ini seperti dalam lampiran 2 yang telah siap diisi.

4.5 MEMBUAT MODUL LATIHAN PENGAJARAN

Sebelum Irfan menjalankan program transisi kerjaya di kedai buku Pak Latip, Irfan telah menjalani 2 minggu latihan di sekolah sebagai persediaan untuk bekerja. Ini kerana menurut Sulatha dan Jayashree (2015) latihan kemahiran yang spesifik serta kemahiran berinteraksi adalah sangat penting kepada individu berkeperluan khas kerana ia dapat memberikan persediaan yang mencukupi sebelum mereka dibenarkan untuk bekerja di tempat kerja yang sebenar. Modul latihan juga adalah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) masalah pembelajaran iaitu dalam mata pelajaran pengurusan diri dan matematk. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) juga ditulis sebagai bukti latihan dijalankan. Latihan kemahiran berkaitan kerjaya ini juga turut dibantu oleh Puan Juraiza selaku guru kelas PPKI Bestari. Berikut adalah jadual latihan yang dijalankan terhadap Irfan selama 2 minggu.

Rajah 4 : Jadual Latihan Kerjaya yang Diberikan oleh Irfan Selama 2 Minggu.

MINGGU

HARI/ TARIKH

Isnin

MASA

KEMAHIRAN

12.00 PM – 1.00 PM

Membersihkan lantai PENGURUSAN - Menggunakan penyapu dan DIRI penyodok dengan betul - Menyapu lantai 14

SUBJEK

3.9.2018

1.00 PM - 2.00 PM

MINGGU 1 12.30 PM – 1.30 PM

Selasa 1.30 PM – 2.30 PM 4.9.2018

12.30 PM – 1.30 PM Khamis 5.9.2018 12.00 PM – 1.00 PM Rabu 12.9.2018 1.00 PM - 2.00 PM

MINGGU 2

Khamis

12.30 PM – 1.30 PM

13.9.2018 1.30 PM – 2.30 PM

Jumaat 14.9.2018

2.30 PM – 4.30 PM

Membersih dan Megemas - Mengelap habuk dan kotoran di rak dan perkakas dalam kelas - Menyusun kerusi dan meja Menyusun benda-benda di dalam bilik darjah - Menyusun fail ikut kod yang betul Menyusun benda-benda di dalam bilik darjah dan mencetak - Menyusun buku ikut judul yang sama dan saiz - Mencetak kertas menggunakan mesin cetak komputer Menyelesaikan masalah wang - Melakukan simulasi transaksi jual beli menggunakan operasi tolak dan tambah Pembersihan lantai - Menggunakan penyapu dan penyodok dengan betul Menyapu lantai Membersih dan Megemas - Mengelap habuk dan kotoran di rak dan perkakas dalam kelas Menyusun kerusi dan meja Menyusun benda-benda di dalam bilik darjah Menyusun fail ikut kod yang betul

PENGURUSAN DIRI

PENGURUSAN DIRI

PENGURUSAN DIRI

PENGURUSAN DIRI PENGURUSAN DIRI PENGURUSAN DIRI

PENGURUSAN DIRI

Menyusun benda-benda di dalam bilik darjah dan mencetak PENGURUSAN - Menyusun buku ikut judul DIRI yang sama dan saiz - Mencetak kertas menggunakan mesin cetak komputer

Menyelesaikan masalah wang Melakukan simulasi transaksi jual beli MATEMATIK menggunakan operasi tolak dan tambah

15

4.5.1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Rajah 5: Contoh Rancangan Pengajaran Harian Hari Isnin.

Rajah 6 : Modul Latihan yang Diberikan Kepada Irfan. BIL

MODUL LATIHAN

CATATAN

1

Latihan menyapu

2

Latihan menyusun buku dan fail

  16

3

Latihan mengemas

4

Latihan mengelap

5

Latihan fotostat (print)

6

Latihan Jual beli

   

Lokasi : Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj 71600 Kuala Klawang Jelebu Waktu : 2 Minggu (10 Jam)

Berikut merupakan antara Modul Latihan yang saya rancang dan jalankan sebagai persediaan serta pendedahan kepada Ifan sebeleum menjalani latihan transisi kerjaya di kedai buku Pak Latip.

MODUL : Latihan menyapu

Catatan : Murid dibimbing cara menyapu dan memegang penyodok dengan betul dan berhemah.

17

MODUL : Latihan menyusun fail

Catatan : Murid dibimbing cara menyusun fail mengikut warna kod yang sama.

MODUL : Latihan menyusun buku

Catatan : Murid dibimbing cara menyusun buku-buku mengikut saiz.

18

MODUL : Latihan mengemas dan mengelap

Catatan : Murid dibimbing cara mengemas dan mengelap perkakas sepeti rak dan meja.

MODUL : Latihan fotostat

Catatan : Murid dibimbing cara melakukan fotostat menggunakan mesin printer.

19

MODUL : Latihan jual beli

Catatan : Murid dibimbing cara melayani pelanggan dan melakukan proses jual beli barang.

4.5.2 RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI) Selain daripada itu penulisan RPH, Rancangan Pengajaran Individu juga turut dlakukan terhadap Irfan bagi memastikan objektif jangka masa panjang dan jangka pendek dapat dicapai dengan baik. Oleh itu gabungan RPI dan RPH yang digunakan dapat memperjelaskan lagi objektif modul latihan yang diapkilasikan terhadapa Irfan serta menjadikan ia lebih sistematik Modul latihan dibuat sebagai pendedahan dan kemudahan kepada murid transisi sebelum melangkah menjalani program transisi. Modul latihan yang diberikan mestilah sesuai dan menepati bidang kerja berkaitan dengan program transisi yang dirancang. Murid sendiri yang membentuk kemahiran keazaman diri melalui aplikasi dan amalan. Aspek yang paling penting dalam perancangan berfokuskan murid penekanan kepada pemilihan pendidikan berasaskan matlamat, hala tuju dan minat murid. Maka matlamatnya, murid harus berlatih kemahiran untuk menyatakan kesediaan kendiri mereka kepada orang lain. Dalam konteks ini juga, murid perlu melakukan refleksi diri. Perancangan berfokuskan murid adalah perkara yang amat penting semasa 20

pembentukan program transisi untuk mereka. Hal ini kerana, murid merupakan objek utama dalam transisi yang perlu mempunyai sikap dan motivasi serta keazaman kendiri untuk berjaya dan bekerja serta boleh melibatkan diri dalam persekitaran sosial yang baik. Menurut Anizam, Manisah dan Amla (2013), pendidikan serta latihan vokasional merupakan salah satu usaha untuk mengembangkan kemahiran golongan murid berkeperluan khas dalam persediaan ke alam pekerjaan.

Rancangan Pengajara Individu (RPI) yang dibuat kepada Irfan 21

1.6 LATIHAN TRANSISI Semasa program latihan transisi kerjaya dijalankan Irfan pergi ke kedai Pak Latip dengan menaiki motorsikal dan telah mendapat keizinan daripada ibunya di sebelah waktu petang. Jarak di antara rumahnya di Kampung Ulu Jelebu dengan kedai Pak Latip adalah kira-kira 5km dan mengambil masa sebanyak 5 minit untuk sampai.

Irfan menyusun buku dengan cermat mengikut judul dan tajuk yang sama. Pembantu kedai memngarahkan dan mengajar Irfan menyusun buku dengan betul serta ikut judul buku.

Irfan mengira stok buku dan meyusun kembali ke dalam kotak sekiranya terdapat lebihan buku. 22

Irfan menyusun kotak-kotak buku yang tidak digunakan dan menyapu sampah.

Irfan mengekod buku untuk masukkan dalam sistem bagi transaksi jual beli. 23

Irfan menggulung serta menikat kembali banting yang telah digunakan di pesta buku dan menyimpan ke kotak.

Irfan dibimbing oleh Cik Mai pembantu kedai Pak Latip merekod stok buku menggunakan perisian Microsoft Word 2016.

24

5.0 KEMAHIRAN YANG AKAN DICAPAI

Terdapat 8 perkara berhubung kemahiran yang akan diperhatikan dan dicapai berdasarkan 4 elemen dalam falsafah pendidikan kebangsaan iaitu aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta dimasukkan juga elemen sosial.. Pentaksiran berbentuk senarai semak ini akan menilai sama ada murid transisi menguasai atau belum menguasai. Sebagai majikan, Pak Latip bertanggungjawab menjalankan pemerhatian dan seterusnya menilai tahap penguasaan dan potensi mengikut kemahiran berikut :

BIL

KEMAHIRAN

1

Kemahiran motor halus

2

Kemahiran motor kasar

3

Kemahiran komunikasi dan bertutur

4

Kemahiran bersosial

5

Kemahiran tingkah laku

6

Menerima dan memahami arahan

7

Mematuhi peraturan

8

Nilai kerjasama

MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

6.0 JADUAL TRANSISI Tranisi dijalankan sebelah petang iaitu pada pukul 2.30 petang hinga 5.30 petang selama 6 minggu iaitu bermula pada tarikh 18.19.2018 sehingga 27.10.2018 sebanyak 4 kali seminggu BIL

HARI

MASA

1

Isnin

02.30 petang – 05.30 petang

2

Selasa

02.30 petang – 05.30 petang

3

Khamis

02.30 petang – 05.30 petang

4

Jumaat

02.30 petang – 05.30 petang

*Rehat selama 25 minit iaitu bermula 4.15 petang - 4.40 petang

25

Seperti perbincangan bersama Penyelaras Pendidikan Khas iaitu Puan Mismah. Irfan tidak boleh diganggu pada hari rabu kerana terlibat dengan aktiviti kokurikulum sekolah. Setiap hari rabu akan diadakan aktiviti kokurikulum, kehadiran adalah wajib yang mana murid akan berkumpul dan menjalankan aktiviti seperti badan beruniform, kelab dan persatuan serta permainan/sukan diselang seli kan mengikut minggu. Irfan tidak terkecuali terlibat kerana ini adalah aktiviti wajib sekolah bagi melihat kemajuan dan potensi murid dari segi ko-akademik.

Dalam pada itu juga Irfan terlibat dengan beberapa aktiviti sekolah seperti latihan futsal yang diadakan sebelah petang yang melibatkan beberapa hari sahaja. Ini kerana Irfan telah terpilih mewakili PPKI ke peringkat daerah. Pak Latip memahami tentang perkara berkenaan kerana Irfan masih belajar di sekolah menengah. Tiada masalah baginya, asalkan program transisi ini mencapai matlamatnya untuk Irfan. Saya amat berterima kasih kerana mempunyai majikan yang sangat baik seperti Pak Latip.

7.0 KEMAHIRAN YANG TELAH DIBENTUK

BIL

KEMAHIRAN

MENGUASAI

1

Kemahiran motor halus

2

Kemahiran motor kasar

3

Kemahiran komunikasi dan bertutur

4

Kemahiran bersosial

5

Kemahiran tingkah laku

6

Menerima dan memahami arahan

7

Mematuhi peraturan

8

Nilai kerjasama

       

26

BELUM MENGUASAI

8.0 MAKLUM BALAS MENGENAI PROGRAM TRANSISI Untuk mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan program transisi yang telah dijalankan terhadap Irfan beberapa temu bual tidak berstruktur telah dijalankan terhadap majikan, ibu , rakan sekerja dan pelanggan. Berikut adalah temu bual yang telah dijalankan terhadap mereka Temu bual bersama Puan Zaiton sebagai ibu Irfan. Saya Puan Zaiton Saya

Puan Zaiton

Saya Puan Zaiton

Saya Puan Zaiton

: Assalamualaikum dan selamat petang Puan Zaiton : Waalaikumusalam dan selamat petang cikgu Fikri. : Seperti tujuan dalam perbualan telefon, saya datang untuk mendapatkan maklum balas mengenai program transisi latihan kerjaya yang telah dijalankan. : Ye Cikgu Fikri pasal program tu saya sebenarnya sangat setuju sebab beri peluang pada Irfan untuk bekerja. Mungkin ini juga sebagai persediaan kepada dia kelak. Lagi satu dialah yang paling bongsu memang berat jugak nak lepaskan Irfan satu hari nanti. : Ok takpa tu puan mungkin makan masa tu. Selain itu apa respon Irfan masa program tu dijalankan, dia ada cakap apa-apa tak. : Masa program tu takda apa-apa yang hendak dipertikaikan Cuma dia asyik mintak duit je cikgu, kekadang hari-hari tanya pasal duit betul ke cikgu bagi, betul ke Pak Latip bagi macam takda keyakinan pulak. : Maklumlah puan ini kali pertama kan Irfan kerja. Selain itu ada lagi tak? : Ya betul tu, satu lagi saya amat berterima kasih kepada Pak Latip kerana sudi untuk terima Irfa sebagai pekerja walaupun sementara.

Temu bual bersama Pak Latip sebagai majikan. Saya Pak Latip Saya Pak latip Saya Pak Latip

Saya Pak Latip

:Assalamualaikum dan selamat petang Pak Latip. :Waalaikumusalam dan selamat petang cikgu Fikri. :Pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Latip atas kesudian menerima Irfan untuk bekerja di permis kedai Pak Latip :Alhamdulillah dah menjadi tanggungjawab cikgu untuk menerima Individu sebegini, bila tengok Ifan teringat cucu saya yang berkeperluan khas jugak. : Pak latip nak tanya, sepanjang Irfan bekerja di permis Pak Latip apa yang Pak Latip dapat lihat dari segi perubahan permulaan kerja sehingga akhir Irfan bekerja :Pada mula-mula saya tengok Irfan dia ni agak pemalu dan Nampak kurang keyakinan. Bukan sikit je tapi saya rasa sikap tu dah menguasai peribadi beliau. Tapi bila saya bawak Irfan ke pesta buku di Sekolah Sri Putri, Cyberjaya ada sikit perubahan la. :Perubahan yang macam mana Pak Latip? :Seperti yang saya katakan tadi sikap malu serta kurang keyakinan diri dilihat berubah sikit, mula masa pelanggan dating dia x bangun tetapi setelah disuruh dan 27

Saya Pak Latip

Saya Pak Latip

Saya Pak Latip

ditegur walaupun agak berat untuk dia lakukan tetapi dia telah cuba. Cuma satu je mulut dia tak bukak sangat : Selain daripada itu Pak Latip : Yang lain saya tengok Irfan ada kekuatan dari aspek kerajinan,walaupun dalam bab yang saya sebut tadi dia kurang tapi dia mampu untuk bangun pagi, malah lagi awak dari saya berbanding pekerja yang lain. : Apa harapan Pak Latip tentang Irfan : Saya harap kalau dia tidak buat apa-apa selepas sekolah boleh la bekerja dengan saya buat sementara waktu sebab macam kami memang perlukan pekerja lelaki untuk angkat barang. Lagi satu saya juga harap Irfan ambik bidang yang diminati supaya mudah untuk dapat kerja nanti : Terima kasih Pak Latip. : Sama-sama

Temu bual bersama Cik Maizura sebagai rakan sekerja. Saya Cik Maizura Saya Cik Maizura

Saya Cik Maizura

Saya Cik Maizrua

Saya Cik Maizura

: Assalamualaikum dan selamat petang Cik Maizura. : Waalaikumusalam dan selamat petang cikgu. : Nak tanya cik Mai macam mana Irfan sepanjang bekerja di sini termasuk personaliti dia masa pergi pesta buku di Sri Puteri Cyberjaya. : Pada saya Irfan ni kalau buat kerja takda masalah sangat contoh macam susun buku, buang sampah, sapu , lap rak buku, kira stok buku dan lain-lain kerja. Memang seorang yang boleh disuruh, tidak membantah, mendengar arahan dan tak banyak kerenah. : Alhamdulillah, bagus untuk masa depan dia kalau dia terus macam tu. Yang lain ada tak cik Mai : Cuma satu je yang saya perhatikan Irfan ni, masa mula-mula jual beli dia sangat takut dan pemalu. Saya perasan masa saya nak ajar dia guna mesin wang dekat kaunter depan. Dia memang takut sangat tapi bila saya mula ajar dia bagi galakan sikit untuk naikkan semangat dia Alhamdulillah boleh biasakan mesin tapi tu pun ambil masa dalam 2 minggu. : Ooo macam tu, masa tu dah ada pelanggan beli buku dengan dia ke? : Masa tu belum lagi sebab saya tak berani nak bagi dia untuk jual beli, saya lebihkan dia buat kerja-kerja seperti susun buku, lap rak dan kerja pembersihan yang lain. Dalam masa yang sama saya mintak dia tengok macam mana saya buat transaksi jual beli guna mesin. Lepas 2 minggu saya baru benarkan itu pun tak banyak sangat pelanggan datang dan Irfan sempat 3 orang pelanggan sahaja di kedai : Oooo macam tu, bagaimana Irfan masa layan pelanggan dan cik Mai pun ada jugak perhatikan masa di pesta buku Seri Puteri Cyberjaya. : Masa di kedai tak nampak sangat perubahan sebab 3 orang sahaja pelanggan kan, tapi susah jugak Irfan nak senyum nak ucap terima kasih. Tapi pelanggan yang ketiga baru keluar sikit perkataan terima kasih dan ada sikit senyum 28

termasuk mengucap selamat datang kepada pelanggan itupun saya yang suruh sebab saya ada di sebelah Irfan. Masa di Cyberjaya Saya Cik Maizrua

Saya Cik Maizura

Saya

Cik Maizrua

: Ooo macam tu, masa tu dah ada pelanggan beli buku dengan dia ke? : Masa tu belum lagi sebab saya tak berani nak bagi dia untuk jual beli, saya lebihkan dia buat kerja-kerja seperti susun buku, lap rak dan kerja pembersihan yang lain. Dalam masa yang sama saya mintak dia tengok macam mana saya buat transaksi jual beli guna mesin. Lepas 2 minggu saya baru benarkan itu pun tak banyak sangat pelanggan datang dan Irfan sempat 3 orang pelanggan sahaja di kedai : Oooo macam tu, bagaimana Irfan masa layan pelanggan dan cik Mai pun ada jugak tengok Irfan kan. : Ooo..ada cikgu sempat jugak lah saya rakam video untuk tengok cara dia layan orang yang datang beli. Masa mula-mula macam tulah cikgu sebelah pagi memang saya je asyik kena push dia untuk berdiri dan buka mulut untuk sambut pelanggan yang hendak beli buku. Sebenarnya jujur saya cakap Irfan boleh buat cikgu tetapi kena push la kalau tak memangla dia tak bergerak jawapannyer. Tapi yang sebelah malam masa kami jalankan penjualan buku di dewan sekolah Seri Puteri ada Nampak sikit perubahan yang berlaku pada Irfan bila pelanggan datang hendak beli buku dah mula boleh berdiri dan senyum dan sapaan seperti nak beli buku sudah mula keluar serta ucapan terima kasih juga disebut cuma agak malu-malu sedikit : Ooo.macam tu..apa-apa pun terima kasih ye cik Mai sebab bantu Irfan sepanjang dia bekerja di sini : Sikit je cikgu, sama-sama.

Temu bual bersama Cik Azilah sebagai pelanggan di kedai buku. Saya Cik Azilah Saya Cik Azilah Saya Cik Azilah

Saya

: Assalamualaikum dan selamat petang Cik Azilah : Waalaikumusalam dan selamat petang ye saya maaf bertanya dengan siapa saya bercakap ni ye : Saya cikgu Mohd Fikri cikgu kepada Irfan yang cik bayar buku dengan dia sebentar tadi. : Oooo cikgu Fikri, ye ada apa cikgu apa yang boleh tolong ye? : Ok takda apa-apa Cik Azilah, benda kecik sahaja cuma nak tanya pendapat mengenai murid saya Irfan semasa memberli tu. : Oooo ingat apa tadi. Kalau pada saya Irfan penampilan dia saya tengok OK cuma masa mula-mula saya datang tadi tak dengar pulak suara ucap selamat datang. Lagi satu dia kurang senyum dan asyik pandang bawah macam pemalu je. : Ooo ok , untuk makluman Cik Azilah Irfan tu murid pendidikan khas dari SMK DUMA yang sedang jalankan praktikal kerja di sini program transisi. Yang lain ada lagi tak dari segi pengiraan duit ke.

29

Cik Azilah

Saya Cik Azilah

: Dari segi pengiraan duit tidak ada masalah yang berlaku, wang yang diberi pun tepat. Cuma selepas dia beri plastik yang ada buku kat dalam tu mata dia tetap tak mahu tengok dan tak senyum, itu sahaja cikgu : Baik Cik Azilah terima kasih ye. : Sama – sama cikgu.

Berdasarkan maklum - balas yang diterima menunjukkan bahawa rata – rata berpendapat program transisi latihan kerjaya ini dilihat baik untuk dijalankan terhadap murid selepas tamat sekolah menengah lebih-lebih lagi individu berkeperluan khas. Selain itu, dari segi personaliti Irfan dilihat mempunya harga diri rendah (low self esteem) dan agak sukar untuk diubah memandangkan tempoh latihan yang agak singkat. Selain pada itu, Irfan juga mempunyai kekuatan iaitu boleh mendengar arahan, tidak mempunyai masalah kehadiran dan tidak melanggar disiplin. Di samping itu, Irfan juga dilihat tidak yakin dengan ganjaran yang akan diberikan pada pertengahan latihan kerjaya dijalankan dan setelah dipujuk oleh ibu dan gurunya.

9.0 PERUBAHAN PERSONALITI SEBELUM DAN SELEPAS PROGRAM TRANSISI Program transisi latihan kerjaya yang dijalankan merupakan satu platform bagi mengembangkan potensi kerjaya dan juga personaliti individu berkeperluan khas. Seperti yang diperhatikan sepanjang program transisi latihan kerjaya dijalankan antara isu yang diketengahkan ialah Irfan mengalami harga diri rendah (low self esteem). Pada permulaan sebelum program transisi dijalankan penulis berjumpa sendiri dengan guru serta Irfan bagi berbincang mengenai program latihan kerjaya dijalankan. Penulis mendapati personaliti Irfan sebelum transisi agak berlainan sedikit selepas program transisi dijalankan. Antara personaliti sebelum transisi yang boleh dilihat ialah Irfan mempunyai sikap pemalu. Ini kerana ketika penulis ingin memandang muka Irfan, dia menoleh ke tempat lain supaya tidak bertentang mata dengan penulis. Keadaan ini berlanjutan ketika penulis berjumpa dengan Irfan kali ketiga rumah bersama ibunya bagi tujuan untuk meminta kebenaran secara lisan dalam menjalani program transisi latihan kerjaya. Selain itu Irfan juga tidak dapat membuat keputusan ketika ditanya adakah dia mahu menjalani latihan kerjaya yang ditawarkan. Irfan hanya menunduk dan memmandang ibunya dan kemudian ibunya bersuara supaya Irfan membuat keputusan sendiri. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan selama beberapa pertemuan sebelum latihan transisi dijalankan dilihat Irfan mempunyai harga diri yang 30

rendah (low self esteem). Selain pada itu juga, berdasarkan temu bual yang dijalankan mendapati bahawa Irfan susah untuk memberi kerjasama terhadap orang yang baru kenal lebih-lebih lagi tidak dikenali. Justeru itu, semasa latihan dua minggu dijalankan penulis berbincang dengan guru kelas iaitu Puan Juraiza utntuk mnekankan juga aspek kemahiran personaliti selain daripada latihan kemahiran yang dijalankan. Selain itu, semasa program latihan transisi dijalankan Irfan turut bertindak dengan tindakan yang sama menunjukkan ketidakyakinan pada diri sendiri lebih-lebih lagi majikan dan rakan sekerja bertanya mengenai sesuatu. Sikap ini agak ketara apabila dibawa ke pesta buku apabila Irfan hanya kaku apabila berinteraksi dengan pelanggan pada sebelah sesi jualan sebelah pagi. Namun begitu setelah dijalankan beberapa sesi penambahbaikan semasa latihan kerjaya di buku Pak Latip. Bagi mengatasi dan mengurangkan sikap yang dialami oleh Irfan penulis menggunakan peneguhan positif telah digunakan bagi meningkatkan lagi harga diri (self esteem) dalam diri Irfan. Caranya ialah meyakinkan Irfan bahawa Pak Latip akan meningkatkan wang gaji sekiranya Irfan dapat memberanikan diri untuk berinteraksi dengan pelanggan. Kaedah ini adalah berdasarkan teori pelaziman operan B.F Skinner yang mengatakan bahawa terdapat dua peneguhan positif dan negatif yang boleh meningkatkan tingkah laku dan mengurangkan tingkah laku (Rahil, Habibah dan Maria,2004). Selain itu, penulis juga menggunakan pendekatan membuatkan rasa dihargai kepada Irfan dengan berbual tentang kehidupan, minum bersama serta memberikan apa yang disukai. Pendekatan ini selaras dengan teori humanistik Maslow yang mengatakan bahawa untuk mencapai kesempurnaan dalam memotivasi seseorang setiap tahap perlu dipenuhi dahulu (Suppiah, Ramlah dan Abdul Aziz,2008) Selepas transisi dapat dilihat beberapa perubahan yang berlaku kepada personaliti Irfan antaranya ialah Irfan dilihat lebih berkeyakinan berbanding sebelum program transisi kerjaya dijalankan terutama dalam berinteraksi walaupun tidak sepenuhnya berubah. Namun begitu dalam masa yang singkat dilihat program mampu mengikis sedikit sifat malu yang telah sebati dalam dirinya. Selain itu, Irfan juga dilihat banyak bertanya kepada penulis mengenai sesuatu yang tidak difahaminya mengenai kerjaya dan Irfan sering berkongsi degan penulis berkenaan apa yang dilihatnya. Di samping itu, Irfan juga dilihat boleh bekerjasama dengan orang yang baru dikenalinya walaupun pada masa yang singkat. Begitu jua dengan pengurusan emosi Irfan dilihat tidak merungut selepas diyakinkan bahawa majikan dan penulis akan memberikan ganjaran upah berbenuk wang dan 31

hadiah. Berdasarkan perubahan personaliti yang terjadi didapati bahawa program latihan transisi kerjaya dapat memberikan impak yang positif kepada Irfan yang merupakan indiviu berkeperluan khas khususnya.

Kaitkan dengan teori Keperluan Maslow Teori Pelaziman operan skinner – ganjaran positif 10.0 HALANGAN DAN CABARAN

Mencari Majikan

HALANGAN DAN CABARAN

Rendah Harga Diri (low self esteem)

Komitmen Masa

Mencari Murid

(1) Mencari majikan Halangan paling utama adalah mencari majikan yang sudi membenarkan dan menerima program transisi ini berjalan. Saya telah berhubung dan berjumpa dengan 2 majikan kedai. Setiap majikan kedai mempunyai syarat dan alasan yang tersendiri bagi menolak atau perkara yang akan berbangkit di kemudian hari. Namnu begitu Majikan ke 3 iaitu Pak Latip yang menjalankan perniagaan menjual buku telah sudi menerima untuk menjalankan progam latihan transisi kerjaya kerana beliau ingin memberi peluang kepada Irfan yang merupakan individu berkeperluan khas dan juga atas alasan cucunya juga merupakan murid berkeperluan khas.

32

(2) Mencari murid Halangan mencari murid juga menjadi cabaran kepada saya. Pada mulanya saya bercadang mengambil murid lelaki melayu yang juga merupakan bekas anak murid saya. Saya berhubung dahulu dengan Penyelaras Pendidikan Khas dan saya mendapat tahu murid berkenaan telah lama tidak datang ke sekolah. Kerana sifat ingin tahu, saya telah menelefon ibu murid berkenaan dan berharap dapat berjumpa dengannya. Ibu murid berkenaan memaklumkan bahawa mereka sekeluarga akan berpindah negeri Pahang atas faktor keluarga. Lantas itu, saya telah menukar murid lain iaitu Irfan yang juga murid lelaki berbangsa Melayu merupakan bekas anak murid saya. Penyelaras Pendidikan Khas sangat bersetuju dengan cadangan saya dan menyokong program transisi ini dijalankan.

(3) Komitmen masa Komitmen masa merujuk kepada penglibatan murid transisi dengan aktiviti di sekolah dan komitmen masa saya yang terlibat dengan kursus, mesyuarat dan hal-hal sekolah. Seperti perbincangan yang telah dibuat, halangan dengan program sekolah seperti waktu kokurikulum dan latihan futsal. Manakala saya sendiri juga mempunyai komitmen dengan tugas hakiki saya sebagai guru seperti mesyuarat, terlibat dengan kursus dan hal-hal sekolah yang lain. Namun, berkat doa, kesungguhan dan kesabaran yang ada dalam diri, halangan ini dapat dilalui dengan jayanya dan mencapai matlamat transisi.

(4) Rendah Pengharargaan kendiri (low self esteem) Semasa program transisi dijalankan caabran yang paling utama yang ingin difokuskan ialah mengenai sikap Irfan yang mengalami rendah harga diri (low self esteem). Masalah ini agak ketara apabil Irfan dilihat sangat pemalu apabila berinteraksi dengan pelanggan apabila pelanggan mula masuk ke permis kedai. Selain itu pada permulaan Irfan dilihat agak kekok untuk bekerjasama dengan rakan sekerja dan sukar membuat keputusan sendiri apabila ditanya mengenai sesuatu perkara. Perkara ini berlarutan agak lama dan mujur ada rakan sekerja yang banyak membantu Irfan dari segi motivasi ekstrinsik.

33

11.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, bagi kebanyakan orang, pekerjaan adalah perkara penting untuk kesejahteraan hidup, rasa dihargai dan menunjukkan prestasi pencapaian ataupun kejayaan dalam mencapai kepuasan dalam hidup. Menurut Isa et al. (2009), corak kerjaya di masa hadapan adalah tertumpu kepada bidang-bidang kerjaya yang memerlukan kemahiran. Ini bermakna hanya orang yang berkemahiran sahaja yang berpotensi mendapat peluang pekerjaan. Hal ini menunjukkan bahawa program transisi murid berkeperluan khas amat diperlukan dalam membentuk murid yang berkemahiran dalam bidang yang bersesuaian dengan keupayaan, potensi dan minat supaya membolehkan mereka berpeluang mendapatkan pekerjaan yang sesuai apabila tamat persekolahan dan mampu menjadi ahli masyarakat yang berdikari.

Dalam pada itu, program transisi bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan murid berkeperluan khas dengan kemahiran vokasional, malah pendedahan ke alam pekerjaan sebenar seperti latihan kemahiran di bengkel-bengkel, syarikat atau apa sahaja perkhidmatan pekerjaan yang sesuai. Mereka juga boleh menimba pengalaman dan mengalami proses kehidupan bermasyarakat di dalam kemahiran berkomunikasi, berinteraksi, bergaul dengan rakan sekerja dan majikan sewaktu latihan di tempat kerja. Matlamat utama perancangan program transisi adalah untuk membantu murid berkeperluan khas untuk benar-benar menjadi berdikari sebagai individu dewasa yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selepas tamat alam persekolahan kelak

Program transisi yang baik adalah program yang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Keberkesanan sesuatu program bergantung kepada pelaksanaan yang sistematik melalui kerjasama semua pihak yang terlibat melalui peranan masing-masing. Di samping itu, penerimaan dan kesediaan para majikan sangat penting kerana penerimaan majikan yang positif terhadap pekerja berkeperluan khas akan memberi peluang kerjaya kepada golongan ini. Majikan yang baik adalah mereka yang bersedia dalam pelbagai keadaan semasa berhadapan dengan pekerja dari aspek pekerjaan dan kebajikan pekerja mereka sendiri.

34

RUJUKAN

Anizam Mohamed Yusof, Manisah Mohd Ali & Amla Moha Salleh. (2013). Pendidikan Tentang Vokasional Pelajar Berkeperluan Khas Ke Arah Memenuhi Pasaran Pekerjaan. Paper presented the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013, Penang, Malaysia.

Daros, M. M., Nordin, M.S., & Saud, M.S. (2012). Pelajar Berkeperluan Khas dan Bermasalah Pembelajaran Dari Sekolah Ke Kerjaya. Journal Of Social Science 5(1):42 – 46.

Isa, Z. M., Salleh, N., Mustapha, R., & Yassin, H. M. (2009). Analisis Keperluan Kurikulum Pendidikan Vokasional Pelajar Bermasalah Pembelajaran (LD) Di Malaysia. Malaysian Education Deans’ Council Journal : 3(2), 87- 97.

James R. Patton & Min Kyung Kim. 2016. The Importance for Transition Planning for Special Needs Students. Portuguese Journal of Education Revista Portuguesa de Educação 29(1) : 9-26.

John, S. T., 2012. Degree of collaboration for successful transition outcomes. Journal Of Rehabilitation. 78, 39-48.

Kementerian Pelajaran Malaysia 2012. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya.

Kiarie, M. W. 2006. Educational Services For Students With Mental Retardation In Kenya. International Journal of Special Education 21(2): 47 – 54.

Paula D. Kohler, June E. Gothberg, Catherine Fowler & Jennifer Coyle. 2016. Taxonomy Transition of Programming 2.0 : A Model for Planning, Organizing, and Evaluating Transition Education, Services, and Programs. United States of America : Western Micihigan University. 35

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Maria Chong Abdullah. 2004. Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Serdang : McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Sulata Ajit Sankardas & Jayashree Rajanahally. 2015. Skills Training for Young Adults With Special Education Needs for Transition Into Employment. Support For Learning Journal 30(3): 252-268.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Siri Pendidikan Guru : Psikologi Pendidikan. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

William-Diehm, K. L. & Lynch, P. S. 2007. Student Knowledge and Perceptions of Individual Transition Planning and Its Process. The Journal For Vocational Special Needs Education. 29(3) : 13 – 21.

36

LAMPIRAN GAMBAR

Irfan diberikan ganjaran upah daripada Pak Latip sebagai majikan berupa 3 buah buku hasil karangan Pak Latip, sijil penghargaan dan juga wang tunai berjumlah RM200.

Cenderamata kepada Penyelaras Pendidikan Khas SMK Dato Undang Musa Al-Haj Puan Mismah dan wang saguhai kepada Irfan

37

LAMPIRAN GAMBAR

Cenderamata berupa 2 buah buku diberikan oleh majikan kepada penulis. Sijil penghargaan, wang dan buku dan Irfan

Sekitar majlis penutup yang dihadiri oleh keluarga Pak Latip dan Keluarga Irfan.

38

LAMPIRAN GAMBAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH SERI PUTERI SEMASA MENJALANKAN JUALAN BUKU

39

40

LAMPIRAN SURAT DAN SIJIL

Lampiran 1

: Surat kebenaran pihak sekolah melalui kementerian

41

Lampiran 2

: Surat kebenaran ibu bapa

42

Lampiran 3

: Sijil penghargaan daripada majikan kepada Irfan

43

Lampiran 4 : Surat beranak Irfan.

44

LAMPIRAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MINGGU PERTAMA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN PENGURUSAN DIRI LELAKI :____1_/__1___ PEREMPUAN :_____/_____ MINGGU / HARI / TARIKH 1/ 5.9.2018/ ISNIN KEHADIRAN JUMLAH :_____/_____ KELAS PPKI BESTARI TIDAK HADIR MASA 1.00 PM – 2.00 PM BIDANG PEMBELAJARAN Pengurusan dalam dan luar bilik darjah STANDARD 4.1 Mengenal kebersihan bilik darjah KADNUNGAN 4.7 Membersihkan dan mengemaskan persekitaran dalam dan luar bilik darjah STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN/ Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : KRITERIA KEJAYAAN 1. Mengemas meja dan kerusi dengan kemas dan tersusun 2. Mengelap habuk atau kotoran di meja, kerusi dan rak secara kemas dan bersih menggunakan kain lap atau bulu ayam 3. Dapat menyimpan kain lap dengan baik dan bersih

AKTIVITI PEMBELAJARAN & PEMUDAHCARAAN (PdPc)

1. Guru menunjukkan cara mengelap meja,kerusi dan rak secara kemas dan bersih dengan menggunakan kain lap atau bulu ayam 2. Murid mengelap meja,kerusi dan rak mengikut kaedah yang diajar oleh guru degan menggunakan kain lap atau bulu ayam 3. Guru menunjukkan cara menyimpan kain lap dengan baik dan bersih 4. Murid menyimpan kain lap mengikut kaedah yang diajar oleh guru

ALAT BANTU MENGAJAR ELEMEN MERENTAS Kemahiran Hidup, Kemahiran Vokasional KURIKULUM (EMK) NILAI MURNI PETA PEMIKIRAN I-THINK Kebersihan, tolong menolong, kekemasan PEMBELAJARAN ABAD KE-21 TAHAP PEMIKIRAN PENILAIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN REFLEKSI Murid dapat menguasai kemahiran dengan baik

45

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN PENGURUSAN DIRI LELAKI :___1__/___1_ PEREMPUAN :_____/_____ MINGGU / HARI / TAIKH MINGGU 1/ SELASA / KEHADIRAN JUMLAH :_____/_____ 4.9.2018 TIDAK HADIR KELAS PPKI BESTARI MASA 12.30 PM – 1.30 PM BIDANG PEMBELAJARAN Pengurusan dalam dan luar bilik darjah STANDARD 4.3 Menyusun benda-benda dalam bilik darjah/ruang pada tempat yang KADNUNGAN sesuai STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN/ Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : KRITERIA KEJAYAAN 1. Mengenal pasti fail mengikut kod yang telah dipamerkan 2. Menyusun fail mengikut kod secara berturutan dengan kemas serta teratur di rak fail.

AKTIVITI PEMBELAJARAN & PEMUDAHCARAAN (PdPc)

1. Guru menunjukkan cara bagaimana untuk mengenal pasti fail mengikut kod yang dipamerkan 2. Murid mengasingkan fail mengikut kod seperti yang diberitahu oleh guru 3. Guru menunjukkan cara menyusun fail ke dalam rak fail 4. Murid menyusun fail ke dalam rak fail.

ALAT BANTU MENGAJAR fail ELEMEN MERENTAS Kemahiran Hidup, Kemahiran Vokasional KURIKULUM (EMK) NILAI MURNI Kebersihan, tolong menolong, kekemasan PETA PEMIKIRAN I-THINK PEMBELAJARAN ABAD KE-21 TAHAP PEMIKIRAN PENILAIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN REFLEKSI Murid dapat mengusai kemahiran dengan baik

46

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN PENGURUSAN DIRI LELAKI :___1__/___1__ PEREMPUAN :_____/_____ MINGGU / HARI / TARIKH MINGGU 1/ KEHADIRAN JUMLAH :_____/_____ /4.9.2018/SELASA TIDAK HADIR KELAS PPKI BESTARI MASA 1.30 PM – 2.30 PM BIDANG PEMBELAJARAN Pengurusan dalam dan luar bilik darjah STANDARD 4.3 Menyusun benda-benda dalam bilik darjah/ruang pada tempat yang KADNUNGAN sesuai STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN/ Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : KRITERIA KEJAYAAN 1. Mengenal pasti judul buku dan saiz yang sama 2. Menyusun buku megikut judul dan saiz yang sama secara tertib, tersusun dan kemas ke dalam rak buku yang disediakan 3. Mencetak kertas menggunakan pencetak komputer

AKTIVITI PEMBELAJARAN & PEMUDAHCARAAN (PdPc)

5. Guru menunjukkan cara bagaimana untuk mengenal pasti judul buku dan saiz untuk diasingkan 6. Murid mengasingkan mengikut judul buku dan saiz 7. Guru menunjukkan cara menyusun buku ikut judu dan saiz Ke dalam rak buku 8. Murid menyusun buku ikut judul dan saiz ke dalam rak buku secara tertib, kemas dan tersusun

ALAT BANTU MENGAJAR buku ELEMEN MERENTAS Kemahiran Hidup, Kemahiran Vokasional KURIKULUM (EMK) NILAI MURNI Kebersihan, tolong menolong, kekemasan PETA PEMIKIRAN I-THINK PEMBELAJARAN ABAD KE-21 TAHAP PEMIKIRAN PENILAIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

REFLEKSI Murid dapat menguasai kemahiran dengan baik

47

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN PENGURUSAN DIRI LELAKI :____1_/__1___ PEREMPUAN :_____/_____ MINGGU / HARI / TARIKH MINGGU 1/ / 5.9.2018/ KEHADIRAN JUMLAH :_____/_____ KHAMIS TIDAK HADIR KELAS PPKI BESTARI MASA 12.30 PM – 1.30 PM BIDANG PEMBELAJARAN Pengurusan dalam dan luar bilik darjah STANDARD 4.1 Mengenal kebersihan bilik darjah KADNUNGAN 4.7 Membersihkan dan mengemaskan persekitaran dalam dan luar bilik darjah STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN/ Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : KRITERIA KEJAYAAN 4. Mengemas meja dan kerusi dengan kemas dan tersusun 5. Mengelap habuk atau kotoran di meja, kerusi dan rak secara kemas dan bersih 6. Dapat menyimpan kain lap dengan baik dan bersih

AKTIVITI PEMBELAJARAN & PEMUDAHCARAAN (PdPc)

5. Guru menunjukkan cara mengelap meja,kerusi dan rak secara kemas dan bersih 6. Murid mengelap meja,kerusi dan rak mengikut kaedah yang diajar oleh guru 7. Guru menunjukkan cara menyimpan kain lap dengan baik dan bersih 8. Murid menyimpan kain lap mengikut kaedah yang diajar oleh guru

ALAT BANTU MENGAJAR ELEMEN MERENTAS Kemahiran Hidup, Kemahiran Vokasional KURIKULUM (EMK) NILAI MURNI Kebersihan, tolong menolong, kekemasan PETA PEMIKIRAN I-THINK PEMBELAJARAN ABAD KE-21 TAHAP PEMIKIRAN PENILAIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN REFLEKSI Murid apat menguasai kemahiran dengan baik

48

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN MATEMATIK LELAKI :___1__/___1__ PEREMPUAN :_____/_____ MINGGU / HARI / TARIKH MINGGU 1/ KEHADIRAN JUMLAH :_____/_____ /6.9.2018/KHAMIS TIDAK HADIR KELAS PPKI BESTARI MASA 1.30 PM – 2.30 PM BIDANG PEMBELAJARAN Wang STANDARD 8.3. Menyelesaikan masalah operasi tambah yang melibatkan wang KADNUNGAN 8.4 Menyelesaikan masalah operasi tolak yang melibatkan wang 8.8 Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan wang 8.8.1 Masalah harian melibatkan wang sebanyak RM100

STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN/ KRITERIA KEJAYAAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN & PEMUDAHCARAAN (PdPc)

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Menggunakan operasi tolak dan tambah dalam ketika proses transaksi jual beli berlaku 2. Menjual beberapa barang di kedai buku dengan menerima wang dan memulangkan baki mengikut berdasarkan jumlah yang diberi.

1. Guru menggunakan operasi matematik tambah dan tolak ketika proses transaksi jual beli berlaku 2. Murid menggunakan operasi tambah dan tolak seperti yang diajar oleh guru. 3. Guru menunjukkan cara proses transaksi jual beli di kedai buku menggunakan beberapa barang di kedai buku 4. Murid mmelakukan simulasi lakonan transaksi jual beli dengan beberapa rakan pelajar

ALAT BANTU MENGAJAR ELEMEN MERENTAS Kemahiran Hidup, Kemahiran Vokasional KURIKULUM (EMK) NILAI MURNI Kebersihan, tolong menolong, kekemasan PETA PEMIKIRAN I-THINK PEMBELAJARAN ABAD KE-21 TAHAP PEMIKIRAN PENILAIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN REFLEKSI

Murid dapat menguasai kemahiran dengan baik

49

LAMPIRAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MINGGU KEDUA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN PENGURUSAN DIRI LELAKI :___1__/__1___ MINGGU / HARI / TAIKH PEREMPUAN :_____/_____ MINGGU 1/ RABU / KEHADIRAN JUMLAH :_____/_____ 12.9.2018 TIDAK HADIR KELAS PPKI BESTARI MASA 12.00 PM – 1.00 PM BIDANG PEMBELAJARAN Pengurusan dalam dan luar bilik darjah STANDARD 4.1 Mengenal kebersihan bilik darjah KADNUNGAN 4.7 Membersihkan dan mengemaskan persekitaran dalam dan luar bilik darjah STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN/ KRITERIA KEJAYAAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN & PEMUDAHCARAAN (PdPc)

ALAT BANTU MENGAJAR ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) NILAI MURNI PETA PEMIKIRAN I-THINK PEMBELAJARAN ABAD KE21 TAHAP PEMIKIRAN PENILAIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 2. Memegang penyapu dan penyodok dengan cara yang betul 3. Menyapu sampah ke penyodok dengan kemas dan bersih 4. Membuang sampah di penyodok ke dalam tong sampah 5. Menyimpan penyapu dan sampah di tempat yag sesuai

1. Guru menunjukkan cara memegang penyapu dan penyodok dengan betul 2. Murid memegang penyapu dan penyodok ikut cara yang diajar 3. Guru menunjukkan cara menyapu sampah dan memasukkan sampah ke penyodok 4. Murid menyapu sampah ke penyodok mengikut cara yang telah diajar 5. Murid membuang sampah ke dalam tong sampah mengikut arahan guru 6. Murid meletakkan penyapu dan penyodok serta menympan peralatan tersebut di tempat yang sesuai Penyapu, Penyodok

REFLEKSI Murid dapat menguasai dengan baik. Murid mengalami peningkatan dari segi kekemasan berbanding pembelajaran yang lepas tanpa bimbingan guru

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 50

MATA PELAJARAN MINGGU / HARI / TARIKH KELAS MASA BIDANG PEMBELAJARAN STANDARD KADNUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN/ KRITERIA KEJAYAAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN & PEMUDAHCARAAN (PdPc)

PENGURUSAN DIRI LELAKI :____1_/__1___ PEREMPUAN :_____/_____ 2/ 12.9.2018/ RABU KEHADIRAN JUMLAH :_____/_____ PPKI BESTARI TIDAK HADIR 1.00 PM – 2.00 PM Pengurusan dalam dan luar bilik darjah 4.1 Mengenal kebersihan bilik darjah 4.7 Membersihkan dan mengemaskan persekitaran dalam dan luar bilik darjah

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Mengemas meja dan kerusi dengan kemas dan tersusun 2. Mengelap habuk atau kotoran di meja, kerusi dan rak secara kemas dan bersih menggunakan kain lap atau bulu ayam 3. Dapat menyimpan kain lap dengan baik dan bersih

1. Guru menunjukkan cara mengelap meja,kerusi dan rak secara kemas dan bersih dengan menggunakan kain lap atau bulu ayam 2. Murid mengelap meja,kerusi dan rak mengikut kaedah yang diajar oleh guru degan menggunakan kain lap atau bulu ayam 3. Guru menunjukkan cara menyimpan kain lap dengan baik dan bersih 4. Murid menyimpan kain lap mengikut kaedah yang diajar oleh guru

ALAT BANTU MENGAJAR ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) NILAI MURNI Kemahiran Hidup, Kemahiran Vokasional PETA PEMIKIRAN I-THINK Kebersihan, tolong menolong, kekemasan PEMBELAJARAN ABAD KE-21 TAHAP PEMIKIRAN PENILAIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN REFLEKSI Murid dapat menguasai kemahiran dengan baik. Murid boleh melakukan tanpa bimbingan dari guru.

51

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN PENGURUSAN DIRI LELAKI :___1__/___1_ PEREMPUAN :_____/_____ MINGGU / HARI / TAIKH MINGGU 1/ KHAMIS / KEHADIRAN JUMLAH :_____/_____ 13.9.2018 TIDAK HADIR KELAS PPKI BESTARI MASA 12.30 PM – 1.30 PM BIDANG PEMBELAJARAN Pengurusan dalam dan luar bilik darjah STANDARD 4.3 Menyusun benda-benda dalam bilik darjah/ruang pada tempat yang KADNUNGAN sesuai STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN/ Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : KRITERIA KEJAYAAN 1. Mengenal pasti fail mengikut kod yang telah dipamerkan 2. Menyusun fail mengikut kod secara berturutan dengan kemas serta teratur di rak fail.

AKTIVITI PEMBELAJARAN & PEMUDAHCARAAN (PdPc)

1. Guru menunjukkan cara bagaimana untuk mengenal pasti fail mengikut kod yang dipamerkan 2. Murid mengasingkan fail mengikut kod seperti yang diberitahu oleh guru 3. Guru menunjukkan cara menyusun fail ke dalam rak fail 4. Murid menyusun fail ke dalam rak fail.

ALAT BANTU MENGAJAR fail ELEMEN MERENTAS Kemahiran Hidup, Kemahiran Vokasional KURIKULUM (EMK) NILAI MURNI Kebersihan, tolong menolong, kekemasan PETA PEMIKIRAN I-THINK PEMBELAJARAN ABAD KE-21 TAHAP PEMIKIRAN PENILAIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN REFLEKSI Murid dapat mengusai kemahiran dengan baik dan tidak memerlukan bimbingan guru.

52

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN PENGURUSAN DIRI LELAKI :___1__/___1__ PEREMPUAN :_____/_____ MINGGU / HARI / TARIKH MINGGU 1/ KEHADIRAN JUMLAH :_____/_____ /13.9.2018/KHAMIS TIDAK HADIR KELAS PPKI BESTARI MASA 1.30 PM – 2.30 PM BIDANG PEMBELAJARAN Pengurusan dalam dan luar bilik darjah STANDARD 4.3 Menyusun benda-benda dalam bilik darjah/ruang pada tempat yang KADNUNGAN sesuai STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN/ Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : KRITERIA KEJAYAAN 4. Mengenal pasti judul buku dan saiz yang sama 5. Menyusun buku megikut judul dan saiz yang sama secara tertib, tersusun dan kemas ke dalam rak buku yang disediakan 6. Mencetak kertas menggunakan pencetak komputer

AKTIVITI PEMBELAJARAN & PEMUDAHCARAAN (PdPc)

5. Guru menunjukkan cara bagaimana untuk mengenal pasti judul buku dan saiz untuk diasingkan 6. Murid mengasingkan mengikut judul buku dan saiz 7. Guru menunjukkan cara menyusun buku ikut judu dan saiz Ke dalam rak buku 8. Murid menyusun buku ikut judul dan saiz ke dalam rak buku secara tertib, kemas dan tersusun

ALAT BANTU MENGAJAR buku ELEMEN MERENTAS Kemahiran Hidup, Kemahiran Vokasional KURIKULUM (EMK) NILAI MURNI Kebersihan, tolong menolong, kekemasan PETA PEMIKIRAN I-THINK PEMBELAJARAN ABAD KE-21 TAHAP PEMIKIRAN PENILAIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

REFLEKSI Murid dapat menguasai kemahiran dengan baik tanpa bimbingan yang berterusan dari guru

53

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN MATEMATIK LELAKI :___1__/___1__ PEREMPUAN :_____/_____ MINGGU / HARI / TARIKH MINGGU 1/ KEHADIRAN JUMLAH :_____/_____ /14.9.2018/JUMAAT TIDAK HADIR KELAS PPKI BESTARI MASA 2.30 PM – 3.30 PM BIDANG PEMBELAJARAN Wang STANDARD 8.3. Menyelesaikan masalah operasi tambah yang melibatkan wang KADNUNGAN 8.4 Menyelesaikan masalah operasi tolak yang melibatkan wang 8.8 Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan wang 8.8.1 Masalah harian melibatkan wang sebanyak RM100

STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN/ KRITERIA KEJAYAAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN & PEMUDAHCARAAN (PdPc)

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Menggunakan operasi tolak dan tambah dalam ketika proses transaksi jual beli berlaku 2. Menjual beberapa barang di kedai buku dengan menerima wang dan memulangkan baki mengikut berdasarkan jumlah yang diberi.

1. Guru menggunakan operasi matematik tambah dan tolak ketika proses transaksi jual beli berlaku 2. Murid menggunakan operasi tambah dan tolak seperti yang diajar oleh guru. 3. Guru menunjukkan cara proses transaksi jual beli di kedai buku menggunakan beberapa barang di kedai buku 4. Murid mmelakukan simulasi lakonan transaksi jual beli dengan beberapa rakan pelajar

ALAT BANTU MENGAJAR ELEMEN MERENTAS Kemahiran Hidup, Kemahiran Vokasional KURIKULUM (EMK) NILAI MURNI Kebersihan, tolong menolong, kekemasan PETA PEMIKIRAN I-THINK PEMBELAJARAN ABAD KE-21 TAHAP PEMIKIRAN PENILAIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN REFLEKSI

Murid dapat menguasai kemahiran dengan baik tetapi dilihat kurang yakin dengan pengiraan.

54

Related Documents


More Documents from "azzrul ariff"