1.0
Pengenalan Pembelajaran ialah satu perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Pembelajaran
berlaku melalui latihan berterusan dan pengalaman yang diterima. Pembelajaran bermula apabila seorang menerima sesuatu rangsangan pembelajaran . Lima jenis teori pendekatan
pembelajaran
telah
disarankan
oleh
ahli-ahli
psikologi
.terhadap
pemprosesan maklumat yang berlaku dalam sistem minda otak pelajar. Peloporpelopornya Pavlov, Watson, Thorndike dan Skinner adalah ahli psikologi yang paling banyak memberi sumbangan dalam teori pendekatan kognitif.
Teori ini memandang pembelajaran sebagai satu proses pemikiran. Pembelajaran adalah proses aktif minda yang focus kepada maklumat penting, menapis maklumat tidak penting dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat pemilihan (SLAVIN 1997)
Gagne melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah memproses maklumat. Manakala Ausubel berpandangan bahawa manusia memperolehi ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan penemuan.
2.0
Prinsip-prinsip Pendekatan Kognitif 1
2.1
Pemprosesan Maklumat RM Gagne mengemukakan teori bagaimana manusia memperoleh
maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Menurut beliau, rangsangan daripada persekitaran diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ditafsir dan disimpan dalam minda dimana pembelajaran telah berlangsung dalam diri murid. Menurut beliau pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran Maklumat yang dikumpul daripada berbagai-bagai sumber dan dengan berbagai-bagai cara perlu diproses supaya mudah dianalisis, dibuat kesimpulan dan menghasilkan laporan maklumat yang ringkas, tepat dan menarik.
2.2
Penanggapan Penanggapan
pula
merupakan
satu
proses
pembentukan
konsep.
Pembelajaran bergantung kepada pengamatan pelajar terhadap sesuatu ransangan dan membuat tanggapan yang tepat terhadap sesuatu konsep yang hendak disampaikan. Dalam proses membuat tanggapan yang tepat, pelajar seringkali terganggu sekiranya terdapat terlalu banyak rangsangan di sekeliling. Faktor-faktor yang mempengaruhi penanggapan ialah pengalaman pelajar, imaginasi pelajar, kecerdasan minda pelajar, penguasan bahasa pelajar dan contoh-contoh yang dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran.
2
Mohd.Daud Hamzah (1990) dalam bukunya menerangkan penanggapan ialah proses penyusunan maklumat deriaan, khasnya tumpuan pada deria perhatian dan pendengaran. Melalui pembentukan konsep ini seseorang pelajar dapat mengingat dengan mudah, menganalisis, menghubung dengan situasi yang lain dan mengumpulkan maklumat yang berguna dan dapat menyelesaikan masalah untuk tujuan-tujuan tertentu. Penanggapan dibahagikan kepada dua iaitu pendekatan induktif dan pendekatan deduktif. Induktif bermakna pengajaran guru dikaitkan dengan pengalaman murid dengan penggunaan contoh-contoh yang sesuai dan mencukupi. Contoh haruslah dari yang khusus dan membuat generalisasi. Dan juga sesi bersoal jawab berjalan dengan lancar. Murid harus memahami konsep yang hendak dipelajari terlebih dahulu. Dalam pendekatan deduktif, pengajaran guru bermula dengan penerangan konsep dan disusuli dengan contoh-contoh. Contoh-contoh mestilah jelas dan bersifat positif mengenai konsep pengajaran yang disampaikan. Latihan pula mestilah bersesuaian dengan kematangan pelajar. 2.3
Pembelajaran Celik Akal
Seterusnya ialah pembelajaran celik akal. Dalam kajian teori kognitif Kohler, beliau telah memberi keutamaan kepada pembelajaran celik akal. Pembelajaran celik akal
banyak
bergantung
kepada
persepsi
haiwan
terhadap
penyelesaian
masalah.Kebolehan celik akal turut diperolehi pada diri manusia untuk mempelajari yang baru. Pembelajaran celik akal juga tidak bergantung kepada ganjaran semata-mata. Dalam celik akal juga sesuatu akan dilakukan secara berterusan dan tidak akan melupakannya. Murid akan cuba menyelesaikan masalah yang serupa setelah
3
berjaya menyelesaikan masalah yang lama. Keinginan yang tinggi dalam diri seseorang akan menghasilkan kejayaan berdasarkan faktor persekitaran serta konsep celik akal yang dilahirkan melalui proses pembelajaran. Dalam celik akal peneguhan juga adalah penting. Oleh itu pelajar digalakkan mencuba sendiri di dalam sesuatu latihan. Pembelajaran di dalam kelas, latihan dan gerakbalas yang berulang-ulang diberi keutamaan.
2.4
Pembelajaran Konkrit ke Abstrak
Menurut Gagne proses pembelajaran berlaku dari peringkat paling mudah menuju keperingkat tinggi. Proses pembelajaran tersebut boleh berlaku melalui dua peringkat , iaitu bersifat kedayaan dan bentuk syarat. Sifat kedayaan pembelajaran wujud dengan adanya lima unsur. Antaranya ialah kecerdasan, strategi kognitif, maklumat berbahasa dan kemahiran motor dan sikap. Lapan syarat pembelajaran pula ialah pembelajaran isyarat, pembelajaran rangsangan .rangkaian,pertalian bahasa, pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep ,pembelajaran hukum dan penyelesaian masalah. Seseorang guru hendaklah menggunakan proses-proses tersebut semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Contohnya, seorang guru boleh memberi pujian dan galakan dalam menghasilkan rangsangan gerakbalas yang berkesan. Selain itu prinsip ulangan dan mengikut urutan pembelajaran dalam proses penyampaian maklumat turut digalakkan. Seorang guru hendaklah membimbing pelajar membuat diskriminasi dalam membezakan fakta mengikut keperluan. Beliau juga boleh
4
menggunakan perbandingan,analogi dan aplikasi ketika mengendalikan pembelajaran hukum. Oleh itu peranan guru amatlah penting untuk memberi panduan dan cadangan tentang konsep dan hukum yang perlu dihubung kaitkan dalam menyelesaikan masalah. Justeru itu guru juga boleh membantu pelajar mengenal pasti ciri utama tentang pengkelasan objek agar pembelajaran pembentukan konsep terhasil melalui soalan yang berkaitan.Secara umumnya pengajaran yang dikemukakan oleh Gagne telah menjadi panduan kepada guru-guru untuk mengajar murid-murid iaitu daripada
perkara yang
senang kepada susah sehingga murid dapat menyelesaikannya. Ia juga memberi kemudahan
kepada
murid-murid
berdasarkan
peringkat-peringkat
kognitif.
3.0
Kepentingan dan Pendekatan Kognitif dengan
5
perkembangan
dalam aplikasikan dalam amalan bilik darjah
3.1
Pembelajaran dari konkrit ke abstrak Menurut Gagne sesuatu pengajaran hendaklah dijalankan dari aras yang mudah
ke aras yang tinggi. Kaedah ini memudahkan para murid memikirkan sesuatu perkara dengan lebih senang sebelum membawa perkara itu ke aras yang susah. Seorang guru boleh mengaplikasikan kaedah ini semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Contohnya dalam matapelajaran sains ,apabila mengajar sesuatu topic guru boleh menanyakan soalan-soalan yang mudah berkaitan dengan topic dan seterusnya mengajukan soalan-soalan yang susah. Sebagai contoh guru boleh meminta para murid memberikan contoh-contoh haiwan yang bertulang belakang dan tidak bertulang belakang.Daripada contoh itu guru boleh meminta para murid menyenaraikan mamalia yang bertulang belakang .Jadi soalan ini akan membawa murid berfikir secara meluas.
3.2
CELIK AKAL DALAM PROSES PEMBELAJARAN Dalam pembelajaran yang menggunakan celik akal murid-murid
akan menggunakan pengalaman yang sedia ada untuk menyelesaikan masalah baru. Sebagai contoh murid-murid telah mempelajari 2D dalam matapelajaran matematik dan semasa guru mengajar 3D dalam matapelajaran yang sama mereka akan menyelesaikan masalah baru dengan menggunakan pengalaman sedia ada semasa menyelesaikan masalah lama. 3.3
Proses Penanggapan 6
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ciri penangkapan guru boleh membantu murid untuk memahami sesuatu konsep dengan mudah melalui berbagai-bagai pendekatan seperti deduktif iaitu umum kepada khusus. Dalam pengajaran dan pembelajaran guru boleh menggunakan kaedah deduktif untuk mengajar mengenai binatang –binatang yang makan daging untuk hidup. Pada awal pelajaran guru boleh menunjukkan gambara pelbagai jenis binatang. Murid akan menamakan binatang-binatang tersebut. Sebagai langkah seterusnya guru boleh meminta murid-murid menyenaraikan binatang-binatang yang makan daging sahaja. Akhir sekali guru boleh memberi penerangan bahawa binatang yang makan daging tergolong dalam kumpulan herbivour.
3.4
Pemprosesan Maklumat
Dalam pendekatan pemprosesan maklumat pula pembelajaran boleh dikaitkan bagaimana pelajar memperolehi maklumat baru dan menyimpannya dalam minda sebagai pengetahuan kekal. Sebagai contohnya apabila guru memperkenalkan sesuatu tajuk baru , murid akan memperolehi maklumat baru dan menyimpannya dalam minda.Seterusnya apabila guru mengajar sesuatu tajuk yang lain, murid akan menggunakan maklumat yang sedia ada dalam minda murid. Contohnya guru mengajar mengenai basikal pada hari pertama. Beberapa hari kemudian semasa guru memperkenalkan tajuk baru yang berkaitan tentang motosikal, murid akan menggunakan maklumat yang telah disimpan dalam mindanya untuk tajuk baru tersebut.
4.0
Mencorak alam pembelajaran yang berkesan di dalam kelas yang
7
merangkumi 3 aspek alam belajar.
4.1
Tiga aspek alam belajar
Tiga aspek alam belajar
yang penting dalam pembentukan murid secara
menyeluruh adalah psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran.
Aspek-aspek psikososial yang dimaksudkan merangkumi empat elemen, iaitu nada suara, budi bahasa, tingkahlaku yang sesuai dan suasana yang kondusif. Aspek fizikal bilik darjah bukan sahaja mempengaruhi faktor psikososial murid-murid bahkan, ia juga menggambarkan gaya pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Persekitaran fizikal adalah penting kerana pelbagai aktiviti kumpulan kecil, kumpulan besar dan sebagainya dapat dilaksanakan dan murid-murid akan terdorong untuk memberi
perhatian
semasa
proses
pembelajaran
dan
pengajaran.
Komuniti
pemebelajaran pula merujuk kepada sekumpulan manusia yang belajar bersama-sama dalam satu persekitaran yang selamat lagi menggalakkan dengan adanya dialog, maklumbalas,refleksi dan penurunan kuasa.
Dalam mencorak alam pembelajaran beberapa strategi boleh diamalkan bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu
8
pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penentuan dan perancangan kaedah serta teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang dalam sesuatu pendekatan dengan berkesan.konsep strategi dalam bidang pendidikan tidak terhad kepada perancangan dan penetuan kaedah dan teknik mengajar sahaja. Di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi pertimbangan-pertimbangan berikut:
penentuan pendekatan berasarkan objektif pelajaran.
Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.
Penyususnan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap kaedah dan
teknik mengajar yang telah disusun. Pengagihan bahan pelajar mengikut keperluannya dalam setiap
kaedah dan teknik mengajar. Pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah dan teknik
mengajar yang sesuai dipilih. Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperhatikan daripada beberapa contoh berikut:
Strategi
penggabungjalinan
kemahiran-kemahiran
misalnya pertuturan, membaca dan menulis
9
bahasa,
Strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu matapelajaran.
Strategi integrasi fakta-fakta dalam berbagai-bagai matapelajaran
Strategi gabungan kaedah keseluruhan kelas dengan kaedah kumpulan.
Strategi gabungan kemahiran-kemahiran pelajaran dalam kelas bercantum.
Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalm bilik darjah. Di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini, guru memainkan peranan yang utama. Di dalam bilik darjah, gurulah yang menguasai dan mengawal segala aktiviti , iaitu, guru banyak memberi penerangan dan murid hanya duduk mendengar. Kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi, syarahan, bercerita, pengajaran berkumpulan dan setengah-setengah kemahiran penggajaran berpusatkan guru dalam pengjaran mikro menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru. Di bawah strategi pemusatan murid, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran.mengikut strategi ini, murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan atau secara individu. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian
10
masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran menjadi pertimbangan asas semasa menggunakan strategi pemusatan murid.
Di antara kaedah-kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan bahan pelajaran ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projector dan video, pengajaran terancang melalui mesin-mesin mengajar seperti computer, dan modul yang melibatkan penggunaan bercetak. Setengah-setengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran berkait rapat dengan strategi pemusatan guru. Misalnya, strategi penggunaan kaedah demonstrasi atau teknik bersyarah kadangkala melibatkan penggunaan alat Bantu mengajar seperti transparensi dan projektor Di dalam bilik darjah, berbagai-bagai jenis interaksi boleh diwujudkan oleh guru untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta menghidupkan suasana alam belajar. Jenis interaksi ini diwujudkan biasanya berkait rapat dengan objektif pelajaran, pedekatan dan strategi pengajaran yang digunakan. Dalam pendekatan pemustan bahan , interaksi akan berlaku di antara guru, murid dan bahan pelajaran semasa menggunakan kaedah demonstarsi dan kerja amali untuk mencapai objekrif pelajaran yang ditentukan. Untuk menggalakkan intetaksi di antara gutu dengan murid agar mewujudkan peluang interaksi pelbagai hala, terdapat beberapa bentuk susunan kerusi dan meja diamalkan. Di antaranya ialah bentuk tradisi, kasut kuda dan modular.Bentuk tradisi merupakan susunan bersifat kaku. Semua kerusi dan meja murid disusun secara baris demi baris dalam barisan lurus. Murid-murid duduk sebelah-menyebelah di setiap barisan. Meja dan kerusi guru biasanya diletak dihadapan murid. Dengan susunan tradisi
11
ini, kaedah mengajar keseluruhan kelas biasanya diamalkan. Susunan kasut kuda pula menggalakkan interaksi dua hala dan interaksi pelbagai hala. Susunan bentuk ini adalah sesuai digunakan untuk aktiviti perbincangan di antara guru dengan murid. Susunan bentuk modular ini sesuai digunakan untuk aktiviti kumpulsn. Justeru itu, susunananya dapat menggalakkan interaksi di antara murid dengan murid dalam kumpulan mereka, terutamanya apabila mereka jalankan aktiviti perbincangan, sumbangsaran, pemulihan atau penggayaan. Corak intraksi guru dengan murid dalam sesebuah bilik darjah bergantung juga kepada jenis kepimpinan guru. Di antara jenis kepimpinan yang biasanya diamalkan oleh guru dalam bilik darjah ialah kepimpinan demokratik, kepimpinan autokratik dan kepimpinan laissesz-faire. Yang jelasnya, di bawah kepimpinan guru yang bersifat demokratik, suasana sosioemosi yang kondusif dapat dipertingkatkan. Perhubungan guru dengan murid menjadi mesra. Murid-murid tidak takut bertanya atau mengemukan pendapat mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Di bawah situasi ini, keberkesanan pembelajaran dapat dipertingkatkan dan semangat kerjasama dan sikap toleransi dapat dipupuk dengan baik. Dalam usaha menghidupakan alam belajar, guru juga boleh mengelolakan banyak aktiviti kumpulan. Aktiviti kumpulan banyak memberi peluang kepada murid-murid berintraksi di anata satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan, pertandingan atau kerja projek.
12
Semasa penyampaian isi pelajaran guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk mendapatkan tindak balas murid atau mencungkil pendapat murid. Dengan menggunakan kaedah menyoal, murid-murid akan dibimbing dan digalkkan menjawab soalan-soalan guru. Melalui teknik ini, murid- murid akan melibatkan diri secara aktif dengan memberi tindak balas, demi mewujudkan intraksi dua hala yang sihat antara guru dengan murid. Alat Bantu mengajar biasanya digunakan untuk menarik perhatian muird-muird serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. Apabila minat murid telah dapat dibangkitkan mereka akan berusaha belajar dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Alat Bantu mengajar merupakan suatu media yang boleh mengaitkan perhubungan guru dengan muird , dan secara tidak langsung intraksi di antara mereka akan dibentuk melalui penggunaan alat Bantu mengajar yang sesuai Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut atau pemalu, guru haruslah mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadi dan seterusnya mengglakkan mereka menyertai aktiviti pembalajaran bersama dengan murid-muird lain. Guru
harus juga
mendorong muird-murid normal supaya mereka dapat menerima muird-murid bermsalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermsalah tersebut. Cara ini dapat melibatkan lebih ramai murid berintraksi di antara satu sama lain
13